Mstar Online
14-04-2008 10:30:38 AM
SHAH ALAM: Selangor FM, stesen radio Jabatan Penyiaran Malaysia di Selangor akan mengambil langkah proaktif berpindah dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini ke Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR) bersebelahan Angkasapuri dalam bulan ini.
Pengarah Jabatan Penyiaran Selangor, Isamudin Ahmad berkata, pemindahan itu dibuat berikutan kenyataan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berhubung 'kata dua' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada stesen radio berkenaan.
Semalam, Ahmad Shabery berkata beliau akan mengarahkan Selangor FM keluar dari bangunan itu selepas Abdul Khalid dilaporkan memberi kata dua kepada stesen radio itu kerana dikatakan tidak memberi jawapan terhadap permohonannya untuk diwawancara bagi menerangkan program kerajaan negeri kepada rakyat Selangor.
Khalid berkata, jika Radio Selangor tidak dapat memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri adalah lebih baik stesen radio itu berpindah ke tempat lain.
Bangunan Sultan Abdul Samad juga menempatkan sekretariat kerajaan negeri.
Isamudin berkata pemindahan itu akan dilakukan secara berperingkat dimulai dengan konti radio supaya siaran tidak terganggu sebelum pemindahan kakitangan sepenuhnya.
Mengikut jadual, tempoh sewaan di Bangunan Sultan Abdul Samad tamat bulan depan.
Selangor FM telah menyewa di bangunan itu sejak 1991.
Kepada satu pertanyaan, Isamudin berkata tidak ada notis keluar diberikan kepada stesen itu setakat ini.
Beliau berkata pemindahan operasi Selangor FM ke IPTAR dijangka untuk tiga tahun sementara menunggu pejabat barunya bernilai RM30 juta di tapak seluas lapan ekar di belakang pejabat Sirim Bhd di sini siap. BERNAMA
Monday, April 14, 2008
Selangor FM pindah operasi ke IPTAR bulan iniM
Posted by
Sang Pemantau
at
1:41 PM
Labels: mstar online, UMNO haprak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment