+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 14, 2008

Mufti Perlis nasihat pemimpin bertaubat, mohon maaf pada rakyat

Harakahdaily

Azamin Amin

Sun | Apr 13, 08 | 1:58:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 April (Hrkh) - Pilihan raya lalu membuktikan bahawa rakyat mengundi untuk kebaikan negara malah mahukan perubahan ke arah yang lebih positif, adil dan telus.

Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin berkata usaha-usaha ke arah hasrat tersebut kelihatannya sedang giat dilakukan di mana kerajaan pusat juga telah merangka berbagai cadangan dan gagasan agar ketelusan dan keadilan dapat dilaksanakan.

"Begitu juga sesetengah kerajaan negeri yang baru dan yang lama. Sokonglah usaha-usaha yang baik serta berikanlah kritikan yang membina," katanya dalam rencana Pena Mufti yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Politik bukan untuk membalas dendam atau ruang mencurahkan emosi yang tidak sudah-sudah. Sebaliknya, berpolitiklah untuk keadilan dan kebahagiaan kehidupan manusia di dunia dan akhirat," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan peristiwa pilihanraya yang lepas, perkara pertama yang mesti dilakukan oleh pihak pemerintah bagi mengeluarkan diri dari krisis dan kegawatan politik yang saban hari mengganggu rakyat adalah dengan cara bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha.

"Segala kesalahan, ketidakadilan, ketidaktelusan, kecuaian atas tanggunjawab yang Allah amanahkan selama ini hendaklah benar-benar insaf dan memohon ampun daripada Allah.

Kata Dr Asri, pasca politik kini adalah ujian untuk kepimpinan negara dan bukan masa untuk menunjukkan ego, atau mencari-cari kesilapan pihak lain sebaliknya melupai dosa-dosa politik yang pernah dilakukan.

"Kita ingin mendengar kepimpinan memohon kemaafan kepada rakyat di atas segala kesilapan yang pernah berlaku sepanjang pentadbiran yang lalu. Inilah yang akan mendatangkan keberkatan dan menimbulkan rasa hormat rakyat.

Dalam laman web drmaza.com beliau juga menjelaskan bahawa para pemimpin adalah contoh untuk sekelian rakyat dan diperhatikan malah kemewahan yang tidak betul cara akan menimbulkan tanda tanya.Ini termasuklah sikap dan perwatakan para pemimpin yang dipersoalkan, kata Dr Asri.

"Demikian jugalah anak isteri mereka. Gaya yang berlebih-lebihan membuat rakyat merasa jelak. Ada yang sehingga ketika artis hindustan datang ke Malaysia yang terlebih Bollywood dari Bollywood. Sedangkan dia isteri orang besar," katanya dalam laman web terbabit.

Ramai pemimpin seketika dulu merasakan mereka manusia kebal yang tidak mungkin ditumbangkan sedangkan mereka lupa bahawa rakyat sedang merasa mual,katanya.

Malah jika pemimpin bercakap soal Islam, hendaklah dibuktikan menerusi percakapan, pendekatan, sikap dan juga pakaian anak isteri.

Sementara itu beliau mengakui banyak perkara yang patut diberi komen berhubung konsep Islam Hadhari namun menangguhnya terlebih dahulu dan akan menjelaskan dalam buku yang bakal di tulisnya.

"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang 'seribu kekeliruan itu'.

"Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya-Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan. Bertaubat!," katanya. - mks.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |