+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 14, 2008

Piala Monsun diteruskan tapi diubah suai

Utusan Malaysia


KUALA TERENGGANU 13 April – Kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar yang baru, Datuk Ahmad Said akan meneruskan kejohanan Piala Monsun tahun ini, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian selaras dengan kehendak penduduk tempatan.

Keputusan tersebut sekali gus menafikan dakwaan setengah pihak bahawa pimpinan baru kerajaan negeri akan membatalkan program tersebut kerana ia dikatakan membazir.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, kejohanan tersebut tetap diteruskan kerana ia merupakan acara antarabangsa.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan negeri memutuskan akan membuat beberapa pengubahsuaian terutama dari segi pengisian acara bagi memastikan kejohanan tersebut membabitkan semua pihak termasuk penduduk tempatan.

“Antara acara yang diteliti untuk dihidupkan sempena kejohanan Piala Monsun adalah lumba perahu tradisi dan lain-lain yang difikirkan sesuai,” katanya semasa berucap di majlis perjumpaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob bersama badan bukan kerajaan (NGO) melibatkan belia di sini malam tadi.

Mengulas lanjut Abdul Rahin berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan beberapa pihak dalam tempoh terdekat ini bagi mengadakan beberapa pengubahsuaian terhadap kejohanan Piala Monsun.

Katanya, pandangan mereka perlu diambil kira kerana sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, pandangan akar umbi seharusnya didahulukan bagi memastikan setiap program dirancang benar-benar mendatangkan manfaat kepada rakyat.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |