Husammusa.com
|
Kenyataan Media PEJABAT PRESIDEN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) 318A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 03-26925000 Faks: 03-26938399
To : All News Editors
From : Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir
Date : 13th April 2008
(Berikut adalah Kenyataan Media yang dibuat oleh YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS pada jam 7.30 pagi tadi dari Hsopital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu)
PERPADUAN MELAYU TIDAK LAGI BERSANDARKAN UMNO
Perhimpunan Perpaduan Melayu yang dianjurkan oleh beberapa NGO Melayu di PWTC semalam masih berpaksikan kepada pergantungan politik terhadap Umno sebagai satu-satunya wadah untuk orang Melayu. Sedangkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 lalu ternyata menegaskan bahawa Umno sudah tidak layak lagi menerajui bangsa dan umat Melayu setelah mereka bertindak khianat menghakis dan memupuskan keperibadian dan identiti Melayu selama mereka memegang tunggak kuasa. Sesungguhnya perpaduan dan survival Melayu sebenar akan dapat dipupuk bukannya melalui perubahan di dalam Umno tetapi melalui perubahan drastik terhadap sikap dan pendirian kerajaan Persekutuan yang masih di dalam tangan parti berkenaan.
Segala bentuk penjajahan minda orang Melayu yang dibelenggu oleh kehadiran peraturan dan perundangan yang dicipta oleh Umno perlulah segera dihapuskan. Akta Universiti dan Koleh Universiti (AUKU) contohnya menyekat kemajuan dan kebebasan berfikir mahasiswa dan pensyarah serta ahli akademik Melayu, inilah yang perlu dihapuskan terlebih dahulu. Begitu juga media arus perdana, perlu dibebaskan agar orang Melayu dapat berfikir dengan lebih matang dan kritikal. Kerajaan perlu membenarkan wujudnya lebih banyak media yang bersifat ilmiah dan bukannya menjurus kepada hiburan yang menghayalkan semata-mata, yang banyak mencorakkan budaya dan pemikiran bangsa Melayu kini.
Dibidang ekonomi, orang-orang Melayu jauh tercicir dan sering terpinggir apabila amalan-amalan ekonomi digunakan sebagai umpan dan rasuah untuk memperolehi sokongan dan kuasa serta gelanggang amalan rasuah. Pemberian subsidi dan bantuan kerajaan seolah menjadi hak dan percaturan Umno sehingga orang Melayu akhirnya tidak maju sebaliknya lesu dan tertipu.
Perpaduan dan kekuatan Melayu akan terbina jika orang-orang Melayu sentiasa disuntik dengan kesedaran beragama. Penyibaran dan dakwah serta kesedaran Islam perlulah dipulihkan. Selama ini jabatan-jabatan dan institusi agama diperkudakan oleh Umno untuk kepentingan dan kelangsungan politik mereka. Orang-orang Melayu yang tidak menerima kefahaman Islam sebenar akhirnya tidak menguntungkan bangsanya malah menjadi liabiliti kepada ummah.
Oleh itu kiranya semua pihak jujur mahu memperjuangkan agenda Melayu dan Islam, mereka perlu sedar bahawa Umno lah yang selama ini merupakan punca dan masalahnya. Umno ditolak dalam Pilihan Raya Umum lalu kerana umat Melayu mahukan perubahan dan pembaharuan. Kesimpulannya perubahan dan pembaharuan itu hendaklah mengambil kira pandangan kuasa politik Melayu yang baru yang tidak lagi didominasi oleh Umno pada hari ini.
DATO' SERI TUAN GURU HJ. ABD HADI AWANG Presiden PAS
13 April, 2008
|
0 comments:
Post a Comment