+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 22, 2008

Anwar tak yakin perbicaraan adil

Berita Harian

Oleh Rosli Abdul Jalil dan Mohd Roji Abdullah
bhnews@bharian.com.my

BATU PAHAT: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa kerajaan sudah menetapkan hakim yang akan mengendalikan perbicaraan membabitkan kes tuduhan liwat ke atasnya.

Anwar dalam ceramah pada siri jelajahnya di sini berkata, beliau tidak percaya dengan jaminan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kes itu akan ditangani seadilnya di mahkamah.

"Beliau (Syed Hamid) kata nak serah nasib saya pada hakim, tetapi saya dengar jika kes saya dibawa ke mahkamah, beliau sudah pilih hakim," katanya di depan kira-kira 6,000 penyokong Pakatan Rakyat di Kampung Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini, malam kelmarin.

Anwar berkata, beliau tidak yakin dengan sistem perundangan dan kehakiman negara kerana sudah terbukti ada hakim yang tidak boleh dipercayai.

"Menteri Dalam Negeri tak bacakah laporan Suruhanjaya (kes video VK Lingam), hakim kena beli, hakim penipu, hakim makan duit rakyat, hakim dapat banglo...ini tak bacakah? Saya tak tahu macam mana jadi Menteri ni.

"Sebab itu, kita kena buat perubahan cepat kerana jika ini berterusan, siapapun tidak akan percaya dengan sistem perundangan dan kehakiman negara kita," katanya.

Beliau turut mempertahankan keengganannya memberi sampel darah untuk ujian DNA kerana mendakwa polis negara ini tidak profesional.

"Saya memang tidak akan bagi darah kerana darah itu akan disimpan polis dan budak itu (Saiful) juga kini dalam simpanan polis.

"Apa akan jadi jika darah itu atau DNA saya dicampur dengan darah budak itu, kemudian periksa darah saya dan mereka akan padankan, jahanam lagi saya," katanya.

Anwar mendakwa, keengganannya memberi sampel darah itu juga dipengaruhi penasihat beliau daripada kalangan peguam, doktor malah ulama, termasuk pemimpin negara dari seluruh dunia melarangnya berbuat demikian.

"Pakar bedah jantung dari Washington baru hubungi saya, katanya Anwar... jangan bagi sama sekali. Kemudian pakar DNA Indonesia pun bagi nasihat sama, kawan saya dari Arab malah Perdana Menteri Afrika Selatan, pun hubungi saya dan menasihatkan saya supaya jangan bagi," katanya.

Sementara itu di KUANTAN, Anwar mendakwa tindakan pihak berkuasa ingin mengambil DNA sebagai usaha untuk mengaibkannya seperti 10 tahun lalu.

Beliau menyifatkannya sebagai 'ulang tayang' peristiwa kes liwatnya dibicarakan pada 1998.

"Dia ambil darah saya, percik ke tilam, kemudian dia kata, tengok Anwar main atas tilam.

"Cuba bayangkan...terkejut saya dan Azizah (isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail), anak-anak, anak perempuan, keluarga dan satu Malaysia," katanya berucap di di Kampung Razali, Jalan Gambang dekat sini, kelmarin.

6 comments:

Unknown said...

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa kerajaan sudah menetapkan hakim yang akan mengendalikan perbicaraan membabitkan kes tuduhan liwat ke atasnya.------>mestilah hakim kena dipilih sebab bukan sebarangan orang boleh dipilih jadi hakim untuk kes high-profile.kalau takde hakim,macam mana nak jalankan perbicaraan?.nak bagi dia pilih hakim sendiri?tak boleh jugak sebab nanti kata sebelahkan Anwar pulak.kalau dulu dia boleh percaya dan terima keputusan hakim yang menetapkan beliau tidak bersalah atas tuduhan liwat maka kenapa sekarang beliau tidak pervaya kepada hakim dan sistem perundangan sekarang?

"Saya memang tidak akan bagi darah kerana darah itu akan disimpan polis dan budak itu (Saiful) juga kini dalam simpanan polis.

"Apa akan jadi jika darah itu atau DNA saya dicampur dengan darah budak itu, kemudian periksa darah saya dan mereka akan padankan, jahanam lagi saya," katanya.------->memang la darah tu akan disimpan.takkan nak kasi semula kat Anwar kot?dna baru diperlukan kerana ini kes baru.kes 10 tahun dulu lain cerita.lagipun Pak Lah tidak mahu dikaitkan dengan
kes 10 tahun yang lepas dan mahu rakyat mengetahui bahawa kepimpinan beliau masih boleh dipercayai.kes baru,bukti baru.berani kerana benar.

Anwar mendakwa, keengganannya memberi sampel darah itu juga dipengaruhi penasihat beliau daripada kalangan peguam, doktor malah ulama, termasuk pemimpin negara dari seluruh dunia melarangnya berbuat demikian. "Pakar bedah jantung dari Washington baru hubungi saya, katanya Anwar... jangan bagi sama sekali. Kemudian pakar DNA Indonesia pun bagi nasihat sama, kawan saya dari Arab malah Perdana Menteri Afrika Selatan, pun hubungi saya dan menasihatkan saya supaya jangan bagi," katanya.---------> mereka tu semua orang yang duduk jauh-jauh.cuba tanya orang yang dekat ataupun pemimpin-pemimpin yang bersetuju dengan tindakan memberi DNA.rasanya lain jawapan mereka?

ementara itu di KUANTAN, Anwar mendakwa tindakan pihak berkuasa ingin mengambil DNA sebagai usaha untuk mengaibkannya seperti 10 tahun lalu.

Beliau menyifatkannya sebagai 'ulang tayang' peristiwa kes liwatnya dibicarakan pada 1998.

"Dia ambil darah saya, percik ke tilam, kemudian dia kata, tengok Anwar main atas tilam."---->kerana Anwar tidak mahu pula mendakwa orang atau pegawai yang bertindak sedemikian?

persoalan demi persoalan.

Unknown said...

Ni memang macam gaya orang bersalah lah ni.
Banyak sangat alasan.
Is he saying that he didn't trust the very same system that found him not guilty of the same charge back in 1998?
well, you have a lot of noise to share but very little concrete explaination Anwar.

Unknown said...

What's next? he wants the trial to be carried out somewhere else?
US perhaps?

Unknown said...

Banyak sungguh modal Anwar untuk mempertahankan dirinya... Kononnya banyak nasihat yang diterima dari luar negara menyarankan beliau supaya tidak bagi sampel DNA. Dah la tu, beliau tidak yakin dengan jaminan yang diberi oleh Hamid Albar bahawa beliau akan diadili seadil2nya. Malah beliau dakwa keputusan mahkamah telah dirancang yang mana kesudahannya beliau akan didapati bersalah..Entah la Anwar. Banyak sangat songeh dia ni...

Unknown said...

If the law is on his side, he would not be saying such thing. Its natural for every person accused of criminal issues.

Sang Pemantau said...

salam untuk semua,

bagi saya, baik kes ini diadili oleh pihak yang berkecuali seperti saranan MCA. Barule takde bias....

Logikla DSAI takut nak bagi DNA dia...kan dia dah penah kena aniaya sebelum ni...Perundangan negara pun kan dah jelas2 hakim kena control...tengok tak pita lingam tu???Polis???sama la jugak bro...pelakon lama ada lagi bro...mana orang tu nak pecaya...

saya memang tabik ah dengan propaganda media yang berjaya menampakkan DSAI mmg meliwat budak sampah ni....bro, takkan la si Sepol sampah tu tak boleh nak melawan langsung DSAI bro...ni hujah direct je...tengok pada tubuh dengan kudrat, memang kuat si sepol ni....takkanla DSAI yang sakit belakang, jalan pun tak kuat nak tonggengkan dia...masuk batang kat anus dia senang2....

bro, bukan DSAI je tak yakin dengan jaminan kerajaan. Rakyat pun ramai tak yakin. kisah liwat camni, tak payah la nak susah2....kalu betul DSAI buat, cukup bukti tangkap....tapi biar le bukti yang sahih..bukan yg kelakar macam angkat tilam dulu tu....kelakar bro...satu dunia tengok....

ello, drpd kerajaan tumpukan kes liwat ni, baik pi cari pembunuh altantuya tu...cari sapa yg bg guna bom c4 untuk letup orang tu....cari sapa yang padamkan rekod imigresen sepupu altantuya masuk malaysia tu....kan ada konspirasi tu....awat tetiba je hilang???apsal kes RPK punya akuan bersumpah senyap je.....ni lagi bahaya bro...bunuh orang....bunuh.....nyata bunuh bro!!!

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |