+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 22, 2008

Saiful dibayar untuk dedah, perangkap Anwar?

Mstar Online

22-07-2008 02:25:46 PM
Oleh NURUL AIN HUSSAIN

Peguam Zambri Idrus (kiri) dan bapa saudara kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan yang hanya mahu dikenali sebagai Path berbincang sesama mereka sebelum meneruskan sidang media yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini. - fotoBERNAMA

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Mohd. Saiful Bukhari Azlan (gambar) tidak dibayar untuk membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa telah meliwatnya, kata peguamnya Zamri Idrus.

Menafikan dakwaan terhadap teori konspirasi sesetengah pihak bahawa beliau dibayar oleh pihak tertentu untuk membuat laporan polis, peguam Mohd Saiful berkata: "Itu tidak benar."

Zamri, yang mewakili bapa Mohd. Saiful, Azlan Mohd Lazim pada satu sidang akhbar hari ini, beria-ia menafikan dakwaan bahawa anak guamnya adalah seorang homoseksual.

Zamri berkata, beliau percaya dan yakin dengan kes Mohd Saiful.
Bapa saudara Mohd Saiful, yang hanya mahu dikenali sebagai "Uncle Pet", berkata gambar Mohd Saiful dengan beberapa menteri diperoleh semasa beliau menjadi pemimpin pelajar dan Mohd Saiful tidak mengenali mereka secara peribadi.

"Saya rasa kalau manamana ketua pelajar pun pasti akan mengambil gambar dengan menteri sebagai kenangan. Memang dia tidak kenal manamana (menteri)," katanya.

Bersetuju dengan pendapat Uncle Pet, Zamri berkata: "Anda boleh mengambil gambar dengan sesiapa sahaja anda suka. Gambar tidak menceritakan apa-apa. Ia hanya gambar. Dan dalam masa itu (Mohd) Saiful merupakan bekas pemimpin, ketua pelajar semasa di universiti."

Zamri, yang mengakui menemui Mohd. Saiful beberapa hari lepas, berkata anak guamnya pada masa ini "selamat" di bawah perlindungan polis dan sihat.
Beliau, bagaimanapun, enggan mendedahkan di mana Mohd Saiful berada.

"Kami tetap teruskan kehidupan. Ini kerana kita orang Islam, kita berserah kepada Allah.

"Selagi kita berserah kepada Allah, bantuan tetap akan datang. Itu sahaja," kata Uncle Pet ketika ditanya mengenai keadaan keluarganya dan bagaimana mereka menghadapi saatsaat sukar ini. BERNAMA

2 comments:

Unknown said...

Cukup lah dengan spekulasi.
Kita biarkan kes ni disiasat dahulu sebelum kita membuat keputusan/verdict kita sendiri.
Kes ni kes high-profile, mendapat liputan worldwide, spekulasi yang keluar dari minda-minda rakyat boleh menjejaskan kredibiliti negara di mata dunia

Pak Tuan said...

"Saya amat malu dengan pengakuan palsu oleh anak tiri saya. Saya berharap rakyat Malaysia tidak mempercayainya" tambah Hj Osman Bapa Tiri Sayfool.

Setakat suruh loyo baca kenyataan sape pun boleh tulis!
Orang diluar sana tak baca spekulasi dari rakyat macam kita. Pelabur tegok pada anak badwi samaada dia mempunyai kredibiliti atau tidak!lol

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |