+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 22, 2008

Bertolak dari isu Anwar, akuan berumpah tumpuan esok menjurus kes Altantuya

Mstar Online

22-07-2008 02:04:45 PM

PETALING JAYA: Selepas 'berehat' sebulan, Mahkamah Tinggi Shah Alam dijadual bersidang esok semula esok untuk mendengar lima hujahan dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya Shaariibuu (gambar).

Perbicaraan ditangguhkan 23 Jun lalu setelah Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah menutup prosiding pada peringkat kes pendakwaan yang masuk hari ke-124.

Pada 23 Jun lalu, Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin ketika menetapkan tarikh setelah dipersetujui kedua-dua belah pihak menjelaskan bahawa mahkamah akan mendengar kesemua hujahan tersebut secara berterusan sehingga proses itu selesai.

Empat daripada hujahan ialah pecahan kepada prosiding induk perbicaraan kes bunuh Altantuya.

Hujahan pertama dan kedua melibatkan dua prosiding mencabar kebolehpercayaan keterangan dua saksi iaitu saksi pendakwaan ketiga, DSP Mohd. Yusri Hasan Basri dan saksi ketujuh, Lans Koperal Rohaniza Roslan.

Ia melibatkan kenyataan Rohaniza kepada polis pada 16 November 2007 di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur dan mengenai percanggahan empat bahagian keterangan Mohd. Yusri di mahkamah dengan kenyataan beramaran ketika siasatan.

Dalam pada itu, hujahan ketiga dan keempat pula menyentuh prosiding perbicaraan dalam perbicaraan berhubung keterangan Cif Inspektor Koh Fei Cheow tentang perlakuan Cif Inspektor Azilah Hadri menunjukkan tempat kejadian kepada polis dan perlakuan Koperal Sirul Azhar Umar menunjukkan barang-barang peribadi milik Altantuya di rumahnya.

Hujahan kelima pula menyentuh mengenai prosiding induk, perbicaraan kes bunuh Altantuya di peringkat akhir kes pendakwaan.

Berdasarkan laporan media bulan lalu, Tun Abdul Majid menyenaraikan seramai 144 orang saksi yang ditawarkan untuk diteliti sekiranya pihak pembelaan berminat dan seandainya mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan kelak.

Yang menarik sepanjang 124 hari perbicaraan, nota keterangan prosiding telah menjangkaui 4,000 muka surat, kata Hakim Mohd. Zaki yang sering dilihat menggunakan secara maksimum kedua belah tangannya untuk menulis nota tersebut.

Azilah, 32, dan Sirul Azhar, 36, didakwa membunuh Altantuya, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Abdul Razak Baginda, 48, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia pula didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul membunuh Altantuya.

Tertuduh itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara pukul 9.45 dan 10.05 pagi pada 18 Oktober 2006.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |