+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 22, 2008

Spesimen Baru Diperlukan?


Anwaribrahimblog

DNA tidak pernah dimakan usia oleh itu tidak ada sebab spesimen baru perlu diambil dari Datuk Seri Anwar Ibrahim kata Dr Syahril Abdullah, pakar genetik lulusan Oxford dan kini bersama Unit Klinik Genetik, Makmal Genetik Molekular, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Ada kemungkinan pasukan forensik yang lepas telah menggunakan semua sampel yang ada jadi mereka perlukan yang baru- kerana hanya 100 mikroliter DNA sahaja yang dapat diperolehi dari setitik darah, saliva, simen, air kencing atau apa-apa dari cecair badan.

Kemungkinan lain yang disebut oleh Dr Syahril ialah sampel terdahulu mungkin telah rosak akibat tidak dijaga ataupun tidak diuruskan dengan baik oleh penjaga makmal. Beliau juga menjelaskan spesimen baru mungkin diperlukan oleh pasukan forensik ini untuk digunakan sebagai “kawalan” bagi ujian mereka.

3 comments:

Unknown said...

Adalah tidak wajar jika terus menyalahkan kerajaan khususnya Pak Lah dalam isu DNA Anwar ni. Memang sampel DNA masih boleh digunakan walaupun telah berusia berjuta tahun. Kemungkinan sampel DNA tersebut telah rosak atau telah habis digunakan. Tapi itu hanya satu andaian. Apa yang pastinya tujuan Pak Lah adalah untuk tidak mengaitkan kes liwat yang baru ini dengan kes liwat 1998 supaya ia tidak dilihat sebagai sinambungan kes lama. Pak Lah mahu kes ini dilihat sebagai kes baru di bawah pemerintahan beliau. Bukan konspirasi seperti yang digembar gemburkan oleh pembangkang dan Anwar sendiri...

Unknown said...

Yup, jangan terlalu cepat menyalah pihak berkuasa. Tujuan mereka hanyalah untk melancarkan siasatan kes agar dapat cepat diselesaikan.

Kemungkinan sampel baru diambil adalah kerana samepl yang lama telah habis digunakan ataupun mengalami kerosakan.

Jadi, kita tidak perlu tergesa-gesa membuat spekualsi yang negatif. Biarlah kita melihat perjalanan kes ini ke arah yang benar ataupun palsu.

Pak Tuan said...

Pemberian DNA adalah hak individu! DSAI tak perlu memberikan sampel DNA. Sekiranya pihak penyiasat perlukan perbandingan, DSAI hanya perlu pergi kepada pihak ketiga dan memeberikan salinan laporan DNA sudah lebih daipada memadai.

Ini bukan soal kaitan dengan kes liwat 1998. Kenapa rayuan terhadap kes yang lalu itu diterima sedangkan pihak pendakwaan mempunyai bukti DNA yang 'perfect'?

Sekiranya DNA yang lalu telah habis digunakan atau rosak, jelas membuktikan pihak yang berwajib mempunyai pengurusan yang sangat lemah (bangang!)

Jadi, samaada DSAI bersalah atau tidak, bukan perlu kepada perbandingan DNA tetapi sekiranya telah ada kes yang kukuh dakwa saja di mahkamah! Bukti DNA yang ada pada pihak polis sekarang ini yang diperolehi dari air mani daripada seluar dalam 'si epol'(spt dlm blog RPK) boleh dibandingkan di hadapan hakim.
'LU PK LA SENDIRI'!

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |