+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 22, 2008

Suami isteri saman Raja Petra

Malaysiakini

Jul 22, 08 5:21pm

raja petra kamaruddin

Sepasang suami isteri anggota tentera yang dinamakan dalam akuan berkanun blogger Raja Petra Kamaruddin, telah memfailkan saman fitnah terhadap pengendali lamanweb Malaysia Today itu hari ini.

Left-Kol Abdul Aziz Buyong dan isterinya Left-Kol Norhayati Hassan memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam saman tersebut, mereka masing-masing menuntut gantirugi RM1 juta dan - RM1 juta untuk Abdul Aziz dan RM1 juta lagi untuk Norhayati.

Di samping itu, mereka juga menuntut gantirugi teladan dan perintah mahkamah menghalang Raja Petra daripada mengulangi dakwaan terhadap mereka.

Dalam akuan berkanunnya pada 18 Jun lalu, Raja Petra telah mengaitkan pasangan suami isteri itu, dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut akuan berkanun tersebut, Aziz didakwa telah memasang C4 di pelbagai bahagian badan Altantuya, dengan disaksikan oleh Rosmah dan Norhayati.

Pasangan suami isteri itu mendakwa, tindakan mengaitkan mereka dengan pembunuhan tersebut berniat jahat dan merupakan fitnah terhadap mereka.

Menurut mereka lagi, akuan berkanun itu juga mendedahkan mereka kepada kebencian, penghinaan dan cemuhan di mata masyarakat yang berfikiran waras.

Minggu lalu, Raja Petra ditahan dan didakwa atas tuduhan jenayah fitnah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Beliau dibebaskan dengan ikatjamin RM2,000. Kesnya akan mula didengar pada 15 Ogos depan.

1 comments:

Unknown said...

Hmm..perjalanan kes ini menjadi semakin menarik. Kini tampil orang untuk memfailkan saman terhadap RPK, mendakwa bahawa RPK telah membuat akuan bersumpah yang menuduh mereka.

Maka dengan ini, mengapa tiada orang yang tampil untuk meragui akuan bersumpah RPK? Bukankah hari itu orang ramai dengan bulat-bulat mempercayai kandungan yang termaktub di dalam akuan bersumpah adalah benar belaka, maka di manakah mereka sekarang? Adkah akuan bersumaph ini hanyalah suatu konspirasi untuk memalukan ahli-ahli pemimpin kerajaan dan melemahkan pari politik kerajaan BN secara amnya?

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |