+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 22, 2008

Bazaar Warisan - RM18.4 Juta Yang Menyedihkan

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor & Wan Kay
Tuesday, 22 July 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita8/bazaarwarisanpunoh1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu – Bazaar Warisan, satu projek tinggalan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh kini menjadi tanggungan (liabiliti) kepada Menteri Besar Dato’ Ahmad Said.

Projek ‘hebat’ Idris yang sering mengimpikan segalanya mencapai kelas dunia, sebenarnya amat meleset, kurang sambutan orang ramai dan rendah kualiti pembinaannya.

‘Kenapa Tak Percaya’? Ungkapan komersial yang mungkin terpacul dari mulut seseorang apabila melihat sebuah Kompleks Perniagaan biasa yang berharga RM18.4 juta, amat menyedihkan!

Bazaar Warisan yang asalnya adalah tempat letak kereta terletak di kaki Bukit Puteri, di persisir Sungai Terengganu berhadapan dengan Pasar Besar Kedai Payang.

The image “http://buletinonline.net/images/berita8/bazaarwarisanpunoh.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Belum pun sampai setahun, bangunan yang dilihat indah pada pandangan zahir itu mempunya kemasan (finishing) yang sangat teruk.

Buletin Online amat mengejutkan terdapat di beberapa bahagian bazaar tersebut yang rosak teruk seperti penghadang tangga yang tumbang dan tiang hampir putus.

Hanya beberapa buah kedai sahaja menjalankan perniagaan dari kira-kira 70 buah premis menjadikan suasana Bazaar Warisan bertambah muram.

Kerajaan membina Bazaar Warisan dalam perancangan menggantikan Pasar Besar Kedai Payang sebagai pusat utama jualan pelbagai barang atau produk kraf keluaran Terengganu.

Namun setelah lebih enam bulan dibuka, pengunjung tidak masuk menjenguk walaupun ia dikatakan indah dan hebat!

Seorang peniaga songket, Encik Kamal Misal, 40, berkata para peniaga telah menerima arahan dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) agar memulakan operasi premis perniagaan masing-masing pada 15 Mei 2008 lalu.

Katanya, para peniaga sebelum ini keberatan untuk memulakan perniagaan di kompleks tersebut kerana beberapa kemudahan asas belum diselesaikan termasuk perkara yang berkaitan faktor keselamatan.

“Kompleks ini telah dibuka tetapi masih ada beberapa bahagian yang belum sempurna dan ada yang rosak,” ujarnya.

Selain itu, katanya kos sewaan premis di bazaar tersebut agak tinggi dan sangat membebankan para peniaga di sini.

Seorang peniaga kraf, Norizan Abdul Rahman, 40, mengeluh kerana kekurangan pengunjung meski pun telah menjalankan perniagaan sejak sebulan lalu.

“Sudah lebih sebulan saya buka kedai ini tetapi tiada pelanggan yang datang, mungkin orang ramai fikir kompleks ini belum dibuka lagi,” ujarnya.The image “http://buletinonline.net/images/berita8/img_3204.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Menurutnya, dengan kos sewaan yang tinggi para peniaga mungkin tidak mampu bertahan lama.

Buletin Online meninjau pendapat beberapa pengunjung dari luar negeri Terengganu dan bertanyakan mereka mengapa masih meilih Pasar Payang dan tidak ke Bazaar Warisan.

“Nampak mewah, tentu barang-barang dijual mahal,” kata salah seorang dari mereka.

Seorang pengunjung, Hasbullah Mamat, 40, terkejut melihat beberapa kerosakkan terutama di bahagian tangga kompleks berkenaan.

Katanya, pihak kontraktor wajar dipertanggungjawabkan kerana kompleks tersebut baru digunakan beberapa bulan lalu.

“Saya terkejut melihat kerosakkan ditangga dan tiang yang rosak. Apa punca minta pihak berwajib segera menyiasat dan mengambil tindakan,” ujarnya kepada Harakah, semalam.

Encik Mohd Zabri Muda, 39, menggesa kerajaan negeri segera melakukan tindakan memulihkan imej pengurusan terutama pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Katanya, tidak wajar sebuah kompleks yang baru siap dibina tetapi telah berlaku kerosakkan yang amat mengecewakan rakyat.

“Apakah pihak kontraktor yang dipertanggungjawabkan itu membina bangunan tidak mengikut ‘spesifikasi’ atau berlaku menyelewengan,” soalnya.

The image “http://buletinonline.net/images/berita8/img_3208.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Justeru itu, kata Mohd Zabri apakah bangunan kompleks yang setinggi empat tingkat itu mempunyai sijil CF bagi menjamin keselamatan peniaga dan pngunjungnya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani mempersoalkan keselamatan pengunjung dan peniaga premis di bazaar tersebut.

Katanya, jika bangunan yang baru siap pun sudah berlaku kerosakkan pada bahagian-bahagian tertentu mungkin akan berlaku juga di tempat lain.

“Kami (Pemuda) cukup bimbang dengan keselamatan rakyat dan mahukan pihak kerajaan segera bertindak sebelum berlaku kejadian tidak diingini yang boleh mengancam nyawa,” tegasnya.

Menurutnya, beberapa kes yang melibatkan projek ‘segera’ termasuk yang menggunakan wang dana khas royalti tidak selamat.

Buletin Online dimaklumkan, sewaan lot-lot premis di tingkat bawah mencecah RM1500.00 sebulan mengikut saiz ruang yang disediakan pihak MBKT.

Buletin Online juga pernah menyiarkan, menurut seorang peniaga yang memohon untuk menyewa ruang premis Bazaar Warisan, hampir 90 peratus pemilik premis itu kini adalah terdiri daripada ‘orang kuat’ bekas seorang Exco Kerajaan Negeri.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |