+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, July 22, 2008

Mazlan: Tiada rundingan kongsi kuasa

Malaysiakini

Jul 22, 08 11:36am

Walaupun PAS tidak menolak kepentingan muzakarah dengan Umno demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu, tetapi tidak benar sama sekali, ada rundingan ke arah 'perkongsian kuasa' dengan Umno/Barisan Nasional, kata ahli jawatankuasa PAS pusat, Mazlan Aliman.

Sehubungan itu, beliau yang juga ketua penerangan PAS Johor dukacaita dengan pemberitaan media mengenai isu muzakaran PAS-Umno yang 'seolah-olah ada agenda memecahbelahkan perpaduan di kalangan pimpinan tertinggi PAS'.

Menurutnya, isu tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 8 Jun lalu dan mesyuarat khas pada 25 Jun, kedua-duanya di pejabat agung PAS di ibunegara.

Dalam mesyuarat tersebut, katanya, keputusan yang dicapai ialah:

round button type 180708 PAS kekal dan mendepani Pakatan Rakyat.

round button type 180708 PAS proaktif dalam Pakatan Rakyat bagi memperjuangkan Islam.

round button type 180708PAS mesti proaktif di peringkat negeri yang menjadi kerajaan.

round button type 180708 Kelab Penyokong PAS perlu dipertingkatkan.

PAS, katanya, tidak menolak kepentingan muzakarah dengan Umno, demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu.

Bagaimanapun, tegasnya, adalah tidak benar sama sekali, ada rundingan yang mempunyai kecenderungan 'perkongsian kuasa' dengan Umno/Barisan Nasional.

"Bahkan dokongan PAS menerusi mandat rakyat dalam pilihanraya umum lalu, untuk memperkukuhkan persefahaman dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, tidak pernah berubah," tegasnya dalam satu kenyataan.

"Selaku ketua penerangan badan perhubungan PAS Johor, saya ingin memaklumkan keputusan mesyuarat PAS negeri Johor pada 20 Julai lalu, mempertegaskan komitmen yang sama.

"Bahkan konvensyen PAS Johor pada 3 Ogos ini yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang pasti menjadi medan perwakilan untuk membahaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekaligus menolak sebarang rundingan politik dengan Umno.

"Saya menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa pimpinan PAS mesti bersatu untuk mengelak perpecahan daripada permainan golongan oportunis.

"Umno mesti selamatkan rumahtangga mereka dulu sebelum sibuk mencampuri urusan PAS!" tambahnya.

1 comments:

Unknown said...

saya percaya muzhakarah itu bakal berlangsung demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu seperti apa yang dikatakan oleh PAS.jadi PAS tidak perlu risau akan perpecahan didalam PAS.mereka akan kekal kuat jika mereka bersatu padu.

cuma ketepikan ego dan berbincang lah demi kebaikan semua.bukan setakat UMNO,PAS pun perlu selamatkan rumahtangga mereka kerana saya percaya mereka pun ada kepincagan juga.

tiada apa yang perlu ditakutkan dan dirisaukan jika kita rasa tindakan kita membawa kearah kebaikan.bukan islam menyeru kita kearah kebaikan? :).jangan biarkan kisah sebelum ini menjadi penghalang kepada sesuatu yang lebh positif.

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |