Malaysiakini |
Beh Li Yi | Sep 17, 08 2:36pm |
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau menyerahkan jawatan menteri kewangan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengambil alih jawatan menteri pertahanan.![]() Perdana menteri yang memegang jawatan menteri kewangan sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan keputusannya itu kepada kabinet. Abdullah yang juga presiden Umno berkata, beliau mungkin bersara lebih awal daripada tahun 2010 bergantung kepada prestasi Najib. Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin tersebut tetap berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010. Abdullah berkata, beliau dan Najib akan mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan Umno Disember ini. Najib turut hadir di sidang akhbar tersebut dan apabila ditanya komennya, menjawab: "Kami telah bersetuju. Saya menyerahkannya kepada parti. Kami menawarkan diri kepada parti dan saya berharap mereka akan menerimanya". Terdapat desakan yang semakin meningkat ke atas Abdullah supaya bersara lebih awal, tetapi kini nampaknya Najib telah mencapai persetujuan dengan bosnya itu untuk menenangkan tuntutan dari akar umbi Umno. Kedua-dua mereka kini berdepan dengan kekalutan politik yang berpunca daripada pergeseran dalam Umno, di tengah-tengah cabaran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha untuk menubuhkan kerajaan baru. Anwar 'ancaman pada negara' ![]() Abdullah juga turut menyentuh tentang permintaan Anwar untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat kerana mendakwa mempunyai jumlah ahli parlimen mencukupi untuk menubuhkan kerajaan baru. Perdana menteri berkata, surat yang dihantar oleh pemimpin Pakatan tidak menyebut tentang peralihan kuasa. Beliau juga menyifatkan Anwar sebagai "satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara". "Saya tidak akan nyatakan apakah rancangan saya," katanya ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap Anwar. Najib juga turut dilantik sebagai timbalan pengerusi badan pelaburan kerajaan, Khazanah Holdings. |
Wednesday, September 17, 2008
Najib kini menteri kewangan, Pak Lah menteri pertahanan
Posted by
Sang Pemantau
at
3:56 PM
Labels: malaysiakini, najib razak, Pak Lah undur, pemimpin haprak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment