Tranungkite Para pelabur nampaknya begitu berhati-hati untuk terus melabur di negara ini sementara para pemodal nampaknya sedang menunggu saat pemerintahan atau setidak-tidaknya kepimpinan negara bertukar. Yang penting negara tidak boleh lagi dipimpin oleh manusia yang bernama Abdullah Ahmad Badawi. Beliau tidak mempunyai keupayaan dan kredibiliti untuk menjaga ekonomi negara. D dalam satu perkembangan yang menarik, Perdana Menteri, Abdullah, telah melantik timbalannya Datuk Seri Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan, satu portfolia yang dipegangnya semenjak beliau mengambil-alih tampuk pemerintahan negara. Penganalisis ekonomi menyambut baik langkah berkenaan sekalipun mereka tidak menjangkakan akan berlaku sebarang perubahan ketara di dalam dasar ekonomi negara yang telah hampir musnah di tangan Abdullah. Beberapa telahan dibuat ekoran pengumuman Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan. Pertama ialah kenyataan Mohd Najib sendiri sebelum ini yang ingin menyerahkan kepada keputusan bahagian mengenai tarikh peralihan kuasa yang mana kenyataan itu amat tidak disenangi oleh Abdullah yang telah menetapkan 2010 ebagai tahun dimana beliau bersedia untuk melepaskan jawatannya. Ini ekoran dari kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Muhyiddin Yassin yang meminta Abdullah menyegerakan pelan peralihan kuasa dan usaha Muhyiddin untuk membawa Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri untuk menyertai semula UMNO. Kedua, kemuraman pasaran Bursa Malaysia yang menyaksikan keadaan pasaran yang begitu "bearish" memaksa Abdullah untuk ayoh pergi dari pejabat kementerian kewangan sebelum nanti negara mengalami kerugian yang dasyat apabila para pelabur terus mennggalkan Bursa Malaysia. Ketiga asakan kuat Pakatan Rakyat untuk perubahan pemerintahan negara nampaknya tidak mungkin berupaya untuk ditolak lagi. Ini akan mengakibatkan satu anjakan baru di dalam sejarah pemerintahan negara dan Abdullah merupakan orang yang bakal dipertanggungjawabkan seandainya Barisan Nasional terpaksa menyerahkan pemerintahan kepada Pakatan Rakyat. Untuk mengelaknya, Abdullah kini sanggup "memperkongsikan" risiko itu kini bersama timbalannya sekalipun jawatan Menteri Kewangan itu adalah lubuk penting setidak-tidaknya bagi anak menantunya. Kini, Najib terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah besar negara disamping terpaksa pula memulihkan keadaan ekonomi negara yang begitu terjejas akibat dari kelemahan pentadbiran dan pemerintahan Abdullah. Mampukah Najib memperbaiki keadaan ekonomi yang telah parah ini? Kita sama-sama saksikan. Kejayaan atau kegagalannya amat menentukan nasibnya samada layak atau tidak untuk menjawat jawatan Perdana Menteri ke 6 atau rakyat akan memilih parti baru menggantikan seluruh jentera Barisan Nasional yang korup itu.
Dilulus terbit pada Wednesday, September 17 @ 15:13:34 MYT oleh greenboc
Oleh Greenboc
Pasaran saham Bursa Malaysia telah merudum dengan begitu teruk sejak kekalahan kerajaan BN di dalam mengekalkan majoriti dua pertiganya di dalam plihanraya ke 12 lalu.
Malah di dalam minggu ini sahaja Bursa Malaysia kehilangan lebih 50 mata dan kedudukan indeks komposit Bursa Malaysia pada petang ini berada pada paras yang hampir memecah garis psikologi 1000 mata iaitu 1007.23 mata.
Wednesday, September 17, 2008
Bursa KL Merudum Teruk, Najib Di lantik Menteri Kewangan
Posted by
Sang Pemantau
at
3:59 PM
Labels: najib razak, Pak Lah undur, pemimpin haprak, tranungkite
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment