+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, March 7, 2009

Isyarat jelas rakyat tolak PPSMI, himpunan 100,000 berjaya! - Abu Bakar Chik

Harakahdaily

Azamin Amin Foto | Wan Zahari Wan Salleh
Sat | Mar 07, 09 | 5:26:03 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Sungguhpun himpunan 100,000 hari ini dianggap hebat dan luar biasa kejayaannya namun insiden kekasaran dan serangan pihak polis yang terpaksa menurut arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diterima sama sekali

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan itu tidak mematahkan semangat tinggi dan 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan Bahasa Melayu sekaligus membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan BN.

"Saya bersyukur dan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat seluruhnya yang sanggup bersusah-payah mengharungi asakan pihak polis untuk menyampaikan suara hati mereka kepada Yang Dipertuan Agong.

"Target dan hasrat kita hari tercapai dengan terkumpulnya lebih 100,000 rakyat dan serahan memo juga berjaya disampaikan," katanya ketika dhubungi Harakahdaily kira-kira jam 5.00 petang tadi. Image

Beliau juga kagum dengan semangat para pejuang bahasa yang menunggu dan bersama-sama rakyat berarak dari mula acara sehinggalah himpunan bersurai seusai bacaan doa di adakan di pekarangan masjid negara kira-kira 4.45 petang tadi

"Isyaratnya sudah jelas, rakyat sangat-sangat tidak puas hati terhadap dasar kerajaan BN dalam menggangkat bahasa Melayu dan meneruskan dasar PPSMI itu. Oleh itu rakyat mahukan perubahan dan tidak mahu melihat lagi kedegilan kerajaan BN.

"Justeru kita berharap agar Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-raja akan memperhalusi dan mempertimbangkan isu ini demi kedaulatan Bahasa Melayu di negara ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu. Image

Sementara itu, beliau yang kecewa dengan sikap dan tindak tanduk polis yang sewajarnya melindungi orang awam dan para peserta daripada berlaku insiden tidak diingini sebaliknya mencetuskan suasana huru-hara mengakibatkan ramai pihak yang diasak teruk dan mengalami kecederaan.

"Asalnya polis benarkan, tiba-tiba di penghujung meraka bertindak kasar kepada orang ramai. Saya kira ini bukan kehendak mereka tetapi terpaksa ikut arahan BN yang tidak peduli keselamatan rakyat dan meremehkan suara mereka Image

"Yang hadir ada 60, 70 tahun ke atas malah kanak-kanak juga terpaksa menghadapi gas pemedih mata dan insiden kejar-mengejar yang menjadikan suasana hiruk-pikuk sedangan PDRM berperanan menjaga keselamatan. Saya sangat kecewa dengan tindakan polis yang hanya mengikut telunjuk Bn yang terang menganiaya rakyat" katanya dengan penuh semangat.

Katanya pihak polis perlu menghormati rakyat yang bersungguh-sungguh hadir untuk menunjukkan sokongan memartabatkan bahasa melayu dan bukan datang seperti 'penjenayah' yang wajar diperlakukan sebegitu rupa.

Di akhir perbualan beliau sekali lagi merasa bersyukur dan menganggap ianya satu sejarah telah tercipta membuktikan rakyat sudah berani bersuara untuk memastikan kerajaan bertindak demi kepentingan bahasa, bangsa dan agama. -azm _

Read More...

Demo anti-PPSMI dihujani gas polis

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri | Mar 7, 09 1:54pm

Gerakan aktivis bahasa menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mencipta sejarah apabila turun ke jalan raya, mengulangi peristiwa perarakan Keranda 152 beberapa dekad lalu.

ppsmi march 070309 crowd.jpgPeristiwa bersejarah pada 3 Mac 1967 itu bagi membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), waktu itu antara lokasi penting kegiatan sasterawan dan intelektual Melayu.

Mereka merancang mengadakan bantahan ke Parlimen. Nombor '152' merujuk Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh fasal Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

Hari ini, selepas 42 tahun peristiwa penting dalam perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu, kira-kira 8,000 orang berarak dari Masjid Negara selepas jam 2 petang tadi.

Mereka bagaimanapun dihujani tembakan gas pemedih mata oleh polis di sekitar Kampung Attap, hanya beberapa ratus meter dari pintu masuk utama Istana Negara.

anti ppsmi rally 070209 climbing to palacePeserta perhimpunan itu - yang asalnya hanya dibenarkan oleh polis diadakan di masjid tersebut - melanggar arahan polis yang melarang sebarang perarakan.

Mereka berhasrat membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu yang diperkenalkan sejak 2003.

Polis pada mulanya berkawal dekat mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, beberapa ratus meter dari Masjid Negara, jalan menuju istana melalui Lebuhraya Mahameru.

Untuk memintas sekatan polis di situ, kumpulan ribuan penentang dasar tersebut - termasuk pemimpin dan penyokong PAS dan PKR - bergerak melalui jejantas depan masjid menuju ke arah Kampung Attap melalui Jalan Syed Putra.

anti ppsmi rally 070209 tear gasPolis melepaskan berpuluh-puluh das gas pemedih mata ke arah kumpulan penentang dasar PPSMI di situ bermula jam 2.40 petang sehingga memecahkan kumpulan tersebut kepada beberapa kelompok kecil.

Suasana kelam-kabut, orang ramai yang berpakaian putih dengan tulisan merah "Mansuhkan PPSMI" dan "Selamatkan Bahasa Melayu" - sebagai lambang membantah PPSMI - di barisan hadapan bertempiaran lari.

Walaupun kelihatan asap gas pemedih mata berkepul-kepul di udara, barisan belakang peserta perhimpunan terus bergerak ke depan, dengan harapan dapat menuju ke Istana Negara.

ppsmi march 070309 tear gas.jpgMereka bersurai seketika bagi mengelak kesan asap gas pemedih mata. Manakala sebahagian lagi terus berdegil cuba berarak ke istana walaupun diminta bergerak pulang ke masjid.

Polis antirusuhan pula memancutkan air kepada orang ramai di jalan pendek menuju mahkamah syariah dari arah Jalan Syed Putra sewaktu mereka ingin pulang ke lokasi awal perhimpunan.

Sebahagian peserta demonstrasi telah kembali ke Masjid Negara selepas jam 3 petang tadi.

Ratusan orang ramai yang berkumpul di perkarangan masjid sekali lagi ditembak dengan gas pemedih mata. Beberapa das tembakan kedengaran.

Sementara di Istana Negara, kawalan lebih 150 anggota polis dan unit pencegah rusuhan FRU, termasuk kenderaan pemancut air.

Polis membuka semula laluan hampir jam 4 petang di Lebuhraya Mahameru dari kedua-dua arah yang ditutup selama 90 minit bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

anti ppsmi rally 070209 rally bannerEmpat lelaki berusia, dijangka antara 30-an hingga 50-an, ditahan polis dan mereka dimasukkan di dalam sebuah trak di depan istana.

Butiran lanjut belum diperolehi. Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan pegawai polis di situ gagal.

Penasihat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang menganjurkan perhimpunan itu, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad berjaya menyerahkan memorandum anti-PPSMI.

Penolong Datuk Paduka Maharajalela, Azuan Effendy Zairakithnaini menerima memorandum bersejarah itu di pintu masuk utama Istana Negara kira-kira jam 2.50 petang.

Lima lagi pemimpin GMP yang dijadual menyerahkan memorandum tersebut tidak kelihatan, dipercayai tersekat dalam kumpulan penyokong gerakan itu.

Bercakap kepada media selepas penyerahan tersebut, A Samad berkata rombongan pemimpin GMP pada asalnya merancang ke istana dengan kereta, bagaimanapun ia gagal kerana kesesakan.

"Saya berjalan (ke istana), sepatutnya diiringi dengan motokar," katanya.

anti ppsmi rally 070209 pak samad chokesTambahnya, inilah "pengalaman pertama" matanya pedih dan melalui keadaan tolak-menolak dalam kumpulan penentang PPSMI sewaktu menuju ke istana.

"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," katanya (dua dari kanan).

Perjuangan menentang dasar ini tidak akan berhenti hari ini, katanya lagi, malah ia akan diteruskan pada masa akan datang.

Selain Ketua I Persatuan Penulis Nasional (Pena) Datuk Baha Zain dan beberapa sasterawan Melayu, pemimpin pembangkang yang kelihatan termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasharuddin Mat Isa, naib presiden Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Kamaruddin Jaafar, ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan naib ketua Angkatan Muda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Read More...

PPSMI: Perarakan berjaya


Suara Keadilan

Kemaskini: Kuala Lumpur 7 Mac (SK): Penasihat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP),Sasterawan Negara A Samad Said dan pengerusinya Dr Hassan Ahmad berjaya menyerahkan memorandum anti-PPSMI ke Istana Negara.

Kira-kira jam 2.50 petang tadi memorandum berkenaan kepada penolong Datuk Paduka Maharajalela, Azuan Effendy Zairakithnaini di pintu masuk utama Istana Negara.

Lain-lain pemimpin GMP yang dijadual menyertain penyerahan memorandum tersebut tidak dapat sampai ke Istana kerana disekat polis dalam kekecohan ala zionis membedil meriam air dan gas pemedih mata di sepanjang jalan menujuke Istana Negara.

Sekuruh kawasaan Istana Negara yang selama ini tenang di kawal rapi oleh pasukan polis.

Difahamkan President PAS Abdul Hadi Awang juga antara 120 ribu penentang PPSMI itu menyertai perarakan tersebut.

Demonstrasi menentang PPSMI kini bersurai pada jam 4.10 petang.

Read More...

Himpunan 100 ribu: Polis bedil Masjid Negara!

Harakahdaily

Oleh Irwan,Saidah,Anis,Intan,Salmiyah, Roy, Arif & Atriza.
Sat | Mar 07, 09 | 9:18:15 am MYT

Terkini|KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Maklumat terkini daripada petugas Harakah di lokasi memaklumkan bahawa pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air daripada 'Water Cannon' kepada orang ramai yang berada di dalam kawasan Masjid Negara.

Berikut adalah beberapa perkembangan terkini yang dibawa secara langsung oleh para wartawan Harakah yang bertugas di 3 lokasi perhimpunan serta di kawasan Istana Negara:

3.45 petang: Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar dan Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dihalang pihak polis daripada bergerak ke Istana Negara.

3.25 petang: Sebahagian peserta himpunan tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam masjid oleh pihak polis.

3.15 petang: Pihak berkuasa mula menyembur pancutan air daripada 'Water Cannon' dan melepaskan gas pemedih mata sebanyak 5 das kepada orang ramai yang sedang berehat di Masjid Negara.

3.00 petang: Ustaz Riduan Mohd Nor mengajak orang ramai untuk kembali semula ke Masjid Negara memandangkan pihak polis masih bertalu melepaskan gas pemedih mata.

2.55 petang: Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said kelihatan berada di pintu pagar Istana Negara. Sebelum itu,beliau kelihatan diiringi pihak polis untuk masuk ke dalam kawasan istana dan keluar semula kira-kira 15 minit kemudian.

2.50 petang: Polis masih terus melepaskan gas pemedih mata. Dalam masa yang sama amaran dikeluarkan agar semua bersurai jika tidak tangkapan akan dilakukan.

2.35petang: pihak polis mula melepaskan berpuluh gas pemedih mata.

2.30 petang: Dianggarkan lebih 150 ribu orang sedang berusaha untuk menembusi sekatan FRU di jalan menghala ke Istana Negara.

2.21 petang: Kumpulan daripada Sogo yang berarak telah mula bersatu dengan kumpulan daripada Dayabumi,dianggarkan lebih 5,000 orang ketika ini sedang bergerak ke arah Istana Negara.

Sementara itu, dilaporkan bahawa FRU sedang mengalihkan trak untuk membuat hadangan terhadap kumpulan daripada Masjid Negara.

2.20 petang: Dianggarkan lebih 1,000 orang sedang berarak daripada Pasar Seni ke arah Dataran Merdeka dengan dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Chik.

Sementara itu, di Istana Negara para wartawan telah diarahkan untuk meninggalkan kawasan istana oleh polis. Dilaporkan,pihak polis sedang membuat hadangan di hadapan istana.

2.16 petang: Sementara di Pasar Seni, Ustaz Abu bakar Chik sedang membaca doa dan pihak polis telah membenarkan kumpulan di situ untuk berarak.

2.15 petang: Namun, rantaian sekatan yang dibuat FRU telah dirempuh oleh rakyat yang berhimpun dengan laungan 'Allahuakbar'!

2.10 petang: FRU ketika ini sedang menghalang rakyat yang berhimpun di Masjid Negara daripada berarak ke Istana Negara.

2.05 petang:Pihak polis sedang menghalang beberapa kumpulan di Pasar seni daripada berhimpun dan berarak ke Masjid Negara.

2.00 petang: Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat sertai AJK GMP sedang berucap untuk menaikkan semangat rakyat yang hadir agar berarak ke Istana Negara.

1.52 petang: Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub,Dr Syed Azman, Dato' Mahfuz Omar sedang memimpin perarakan daripada Kompleks Sogo bersama lebih 1,000 orang yang menyokong untuk membantah dasar PPSMI.

Walaupun,hujan turun namun semua bersemangat dengan meneriak pelbagai slogan.

1.50 petang:Pihak kerajaan melaksanakan 'languange cleansing' (pembersihan bahasa) kerana berdegil untuk meneruskan dasar PPSMI walaupun dibantah oleh rakyat.

1.35 petang: Dua buah bas yang membawa orang asli daripada Tapah,Perak telah ditahan pihak polis di Damansara dan dibawa ke Balai Polis Sentul untuk disoal siasat.

1.25 petang:Sekumpulan wakil daripada Chinese Assembly Hall telah tiba di pekarangan Masjid Negara dan turut menyatakan sokongan terhadap bantahan PPSMI.

1.15 petang:Sasterawan Negara,Dato' A. Samad Said melahirkan kekecewaan dengan sistem demokrasi negara apabila dilaporkan dua buah bas yang sedang menuju ke Masjid Negara telah ditahan polis.

1.10 petang:Pihak polis mengarahkan sepanduk membantah PPSMI diturunkan di Masjid Negara.

1.00 petang: Dato' Dr Hassan Ahmad melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai hari ini dan ia jelas menandakan PPSMI ditolak oleh rakyat.

Dalam pada itu, Dr Hassan memaklumkan setelah berunding dengan wakil GMP,pihak polis hanya membenarkan sebanyak 7 orang dengan 3 buah kereta bergerak ke Istana Negara selepas solat Zohor (sekitar jam 2.00 petang). Turut serta adalah beberapa wakil NGO berbangsa Cina. Namun, pihak polis masih melarang untuk diadakan sebarang perarakan,tetapi perhimpunan hanya dibenarkan di kawasan masjid sahaja.

12.50 tengahari: Kira-kira 10,000 orang sudah mula berhimpun di sekitar kawasan Masjid Negara dengan memakai baju berwarna putih.

12.45 tengahari: Lebih 1,500 orang daripada Kelantan telah tiba di KL Sentral melalui keretapi dan kini telah bergerak ke tiga lokasi yang ditentukan oleh pihak penganjur.

12.45 tengahari:Keadaan di Masjid Negara masih terkawal,namun anggota polis dianggarkan lebih 50 orang ditempatkan sekitar kawasan masjid.

12.30 tengahari: Jalan dari arah Jalan Klang Lama dan Parlimen telah ditutup oleh pihak polis.

12.00 tengahari: Kawasan sekitar Pasar seni mula gamat dengan anggota polis yang ditambah lebih 100 orang. Sementara itu, di hadapan bangunan Jawi kelihatan 3 buah trak 'Water Cannon'.

11.40 pagi: Pihak polis dan FRU kelihatan telah bersedia di kawasan Istana Negara. Trak 'Water Cannon' hanya sebuah tetapi anggota FRU dianggar sekitar 100 orang. Dalam pada itu, helikopter kelihatan berlegar di kawasan istana.

11.20 pagi:Kawasan pusat membeli belah Sogo mula terasa bahangnya apabila bilangan anggota polis mula bertambah lebih 100 orang.

10.35 pagi: Kawasan membeli belah Kompleks Sogo pula kelihatan lebih 30 anggota polis sedang berkawal,namun suasana masih terkawal.

10.20 pagi: Tinjauan harakahdaily mendapati sebanyak 5 buah trak FRU kelihatan di Dataran Merdeka.

10.04 pagi: Kawasan di sekitar pasar Seni mula terasa bahang Himpunan apabila beberapa kelompok orang ramai di lihat berkumpul. wartawan Irwan,melaporkan kelihatan lebih 30 anggota polis di kawasan ketak kereta Pasar Seni.

9.20 pagi: Jalan menuju ke pusat bandar raya dari arah Jalan Kuching mula sesak apabila pihak polis mula mengadakan sekatan jalan raya.

9.00 pagi: Helikopter milik pasukan polis mula kelihatan dan berlegar di sekitar bandaraya. - mks.

Read More...

Terkini Demo PPSMI dari Notoumno.

notoumno

LAPORAN TERKINI DEMO PPSMI !!!

3.50 pm
Satu gerombolan polis telah menceroboh masuk ke dalam masjid. Mereka telah di kepong oleh orang ramai.

Akhirnya mereka mengundur.

Orang ramai bersorak gembira. - laporan tukar tiub

3.47 pm
laporan malaysiakini
Difahamkan seorang lelaki ditahan polis depan istana. Butiran lanjut belum diperolehi.

Penasihat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang menganjurkan perhimpunan itu, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad menyerahkan memorandum anti-PPSMI kepada penolong Datuk Paduka Maharajalela, Azuan Effendy Zairakithnaini di pintu masuk utama Istana Negara kira-kira jam 2.50 petang.

3.43 pm
keadaan kembali tenang. kedua dua pihak sedang cuba bernafas dan menghisap rokok ..
Sedang menanti perkembangan selanjutnya.

3.40 pm
Laporan dari malaysiainsider
Riot police have fired tear gas at hundreds of people who tried to march to Istana Negara to protest the use of English to teach maths and science.

The demonstrators wanted to submit a petition to the Yang di-Pertuan Agong today to demand that Bahasa Malaysia be reinstated in schools for the two subjects.

Some school teachers and linguists from the ethnic Malay majority have complained that a six-year-old policy of using English undermines efforts to modernise their mother tongue and to develop a scientific lexicon in Malay.

The government began a review to evaluate the success of the policy last year.

3.34 pm

Laporan dari harakah

Menurut beliau, kawasan sekitar Istana Negara kelihatan 'memutih' kerana lebih 100,000 orang ramai masih bertahan sungguhpun terasa bahang gas pemedih mata yang dilancarkan oleh FRU.

"Saya sudah tak nampak kawasan sekitar, mata sangat pedih kena tembakan gas...saya akan maklumkan kemudian," katanya singkat ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Mar 7, 2009

Terkini ! Demo PPSMI - 3.38 pm

3.32 pm
Terkini !!! menurut Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang berada di lokasi berhampiran Istana Negara memaklumkan bahawa Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu istana. - harakah

3.29 pm
Pihak FRU memberi amaran melalui pembesar suara melarang orang ramai masuk ke kawasan masjid dan di arah meninggalkan masjid.

laporan dari tukar tiub -
Pihak polis sedang bercakap melalui alat pembesar suara memaksa warga yang berada didalam Masjid Negara agar meninggalkan masjid.

Pihak polis sedang melarang warga dari datang ke masjid.

Pihak polis meminta para demonsran meninggalkan kawan Masjid Negara.

3.28 pm
Blogger Mat Comot yang berada di dalam masjid telah terkena gas pemedih mata. Ramai yang menjerit jerit ke arah Polis dan FRU yang berada di luar pagar. Dalam masjid pun tak selamat lagi.

3.23 pm
Sebuah kenderaan polis pecah cermin. Peserta sudah masuk kedalam kawasan masjid tetapi mereka terus di serang. Tembakan gas pemedih mata hampir 20 di lepaskan dan air kimia turut di tembak sama. Ramai mencari tempat perlindungan.

3.21 pm
Kumpulan PKPIM yang bertahan di Kampong Atap dengan KERANDA 152 telah mula berundur
ke Masjid Negara.
KERANDA 152 - adalah simbol perjuangan Bahasa Melayu. Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia. - tukar tiub

3.19 pm
DI laporkan satu tembakan pemedih mata masuk ke kawasan masjid. Laporan terperinci sedang di nanti.

3.17 pm
Ustaz Riduan Mohd Nor mengajak orang ramai untuk kembali semula ke Masjid Negara memandangkan pihak polis masih bertalu melepaskan gas pemedih mata.

Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said kelihatan berada di pintu pagar Istana Negara. - laporan harakah

3.09 pm
laporan dari tukartiub

Mata mata dan FRU sedang mengepong Masjid Negara. Para demonstran yang ingin mengundur dan berkumpul kembali ke Masjid Negara sedang di serang dengan gas pemedih mata dan tembakan meriam kimia.

Read More...

Terkini Demo PPSMI dari Tukartiub.


Tukartiub

Sabtu, 2009 Mac 07

JAM 3.41 - DI MASJID NEGARA



Para demonstran telah mula kembali berkumpul di Masjid Negara.

Setelah di serang dengan gas dan tembakan kimia para demonstran telah mencari perlindungan di Masjid Negara. Ini sama seperti rakyat Palestin yang di serang oleh Zionis akan berlindung di dalam masjid.

Para demonstran kelihatan berpelih, muka merah ada yang berhingus kerana serangan gas.

Cuca cukup cun dan teduh. Awan sedang memayungi para demonstran.



Nuffnang Ads

JAM 3.31 DI MASJID NEGARA


Tembakan gas pemedih mata berterusan.

Para demonstran di kejar polis. Polis mengejar demonstran.

Kucing mengejar tikus. Tikus lari dan muncul kembali.

Ini memening kepala tikus.




JAM 3.27 - DI MASJID NEGARA


Pihak polis sedang bercakap melalui alat pembesar suara memaksa warga yang berada didalam Masjid Negara agar meninggalkan masjid.

Pihak polis sedang melarang warga dari datang ke masjid.

Pihak polis meminta para demonsran meninggalkan kawan Masjid Negara.




JAM 3.23 - DI MASJID NEGARA



Warga kota dan para demonstran sedang bertempiran lari untuk mengelakkan dari serangan kimia.

Tembakan gas pemedih mata datang bertalu ke dalam kawasan masjid.

Ramai yang masuk ke dalam tempat ibadah untuk menyelamtkan diri.

Ini samalah seperti serangan tentera Zionis terhadap warga Palestin.




JAM 3.18 - BERKUMPUL KEMBALI KE MASJID NEGARA


Di Masjid Negara serang gas pemedih mata sedang datang bertalu-talu.

Serangan meriam kimia telah berulang lagi.

Para demonstran yang ingin berkumpul kembali ke Masjid Negara telah di halang.

Belum pasti apakah KERANDA 152 telah selamat di bawa ke Masjid Negara.




JAM 3.14 - KERANDA 152


Kumpulan PKPIM yang bertahan di Kampong Atap dengan KERANDA 152 telah mula berundur
ke Masjid Negara.

Arahan telah di buat untuk kembali berkumpul ke Masjid Negara.

Dalam masa yang sama kawasan Masjid Negara dan di sekitarnya masih dikawal oleh mata-mata dan FRU.

KERANDA 152 - adalah simbol perjuangan Bahasa Melayu. Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia.




JAM 3.08 - KE MASJID NEGARA



Para demonstran yang kini sedang di serang di hadapan Istana Negara sedang berundur ke Masjid Negara.

Dalam masa yang sama kawasan Masjid Negara dan di hadapan Stesen Keretapi sedang di kepong oleh mata mata dan Fru.

Demonstran yang sempat berkumpul telah masuk ke dalam masjid.

Ini samalah seperti yang berlakau di Gaza. Apabila tentera Zionis Isreal menyerang warga Gaza akan mencari perlindungan di masjid
.



JAM 3.03 - MASJID NEGARA




Mata mata dan FRU sedang mengepong Masjid Negara. Para demonstran yang ingin mengundur dan berkumpul kembali ke Masjid Negara sedang di serang dengan gas pemedih mata dan tembakan meriam kimia.




JAM 2.59 - PUBLIC BANK


SERANGAN MERIAM KIMIA BARU SAJA BERMULA DI HADAPAN PUBLIC BAK.

DI HADAPAN BANK INI ADA BERIBU DEMONSTRAN YANG MASIH INGIN MENERUSKAN PERJALAN KE MASJID NEGARA.

KETIKA BERITA INI DI TULIS SERANGAN MASIH DI TERUSKAN.

HELIKOPTER SEDANG BERLIGAR LIGAR DI KAWASAN MASJID NEGARA,PASAR SENI, SOGO DAN JALAN SYED PUTRA.





JAM 2.56 - MAT SABU


MAT SABU PEMIMPIN PARTI PAS HAMPIR PENGSAN. KETIKA BERITA INI DITULIS BELIAU SEDANG TERBARING DAN SEDANG DI RAWAT OLEH UNIT AMAL.

MAT SABU KENA TEMBAKAN GAS DAN KIMIA.

BELIAU SEDANG DI BERI MINUM AIR DAN DI KIPAS UNTUK MELEGAKAN NAFAS.




JAM 2.53 - KERANDA 152


KERANDA 152 YANG DI USONG OLEH PKPIM MASIH LAGI SELAMAT. ADA HAMPIR 5000 PELAJAR DAN ANAK MUDA SEDANG BERKUMPUL DI KAMPONG ATAP.

MEREKA TELAH DI SERANG DENGAN MERIAM KIMIA DAN TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA.

MEREKA MASIH BERTAHAN DALAM PERJALANAN KE ISTANA NEGARA.




JAM 2.46 - MENUJU KE ISTANA



KAMPONG ATAP DI SEBELAH ISTANA NEGARA TELAH DI SERANG OLEH MERIAM KIMIA.

MAT SABU BERSAMA 5000 PENYOKONG SEDANG BERHADAPAN DENGAN GAS PEMEDIH MATA DAN LEDAKAN KIMIA.

UNIT AMAL TERUS MEMGERAKAN DEMONSTRAN UNTUK KE ISTANA.

DALAM MASA YANG SAMA GAS PEMEDIH MATA MASIH DI TEMBAK DI MERATTA TEMPAT UNTUK MEMASTIKKAN PARA DEMONSTRAN TIDAK DAPAT BERKUMPUL.

12 KILOMETER DI KELILINGI KOTA KUALA LUMPUR JALAN JALAN TELAH DITUTUP/SEKAT INI UNTUK MEMASTIKKAN RAMAI DEMONSTRAN TIDAK DAPAT TURUT SAMA KE ISTANA NEGARA.

CUACA CUKUP CUN. RENYAI BERHENTI. REDUP DAN MEMAYUNGI PARA DEMONSTRAN

- nuffnang -->


JAM 2.40 - KE ISTANA NEGARA


PARA DEMONSTRAN MASIH CUBA KE ISTANA NEGARA.

SATU KILOMETER DI JALAN SYED PUTRA ADA LAPORAN DI TERIMA YANG MEREKA
DAPAT MENDENGAR TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA YANG BERTERUSAN TIDAK HENTI HENTI.

HELIKOPTER SEDANG BEERLIGAR-LIGAR DARI ISTANA NEGARA ARAH KE TAMAN SEPUTEH DAN PULANG KEMBALI KE ISTANA NEGARA.

TEMBAKAN INI BETUL BETUL MENYUSAHKAN KANAK KANAK DAN ORANG TUA YANG INGIN TURUT SAMA KE ISTANA NEGARA.

PARA DEMONSTRAN MASIH BERTEKAD KE ISTANA NEGARA.




JAM 2.39 - KE ISTANA NEGARA



PARA DEMONSTRAN YANG DI GANGU OLEH TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA KINI
TELAH BERJAYA BERKUMPUL KEMBALI.

PARA DEMONSTRAN BERTEKAD UNTUK SAMPAI KE MASJID NEGARA.




JAM 2.35 - KE ISTANA NEGARA


KEADAAN KACAU BILAU. JALAN JAM. INI KERANA SERANGAN GAS PEMEDIH MATA.

HON HON KERETA MASIH KEDENGARAN TANDA SOKONGAN TERHADAP PERJUANGAN GERAKAN MANSUH PPSMI.

GERAKAN INI BERTUJUAN UNTUK MENGHAPUSKAN PEMBELAJAARAN BAHASA INGGERIS. GERKAN INI MAHU PEMBELAJAYAN MATHS DAN SAINS DI AJAR DALAM BAHASA IBUANDA.

---------

HELIKOPTER SEDANG BERLIGAR DI BELAKANG ISTANA NEGARA.

------



JAM 2.31 - TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA BERMULA


PARA DEMONSTRAN TELAH DISERANG OLEH TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA.

PARA DEMONTRAN MASIH MENERUSKAN KE ISTANA NEGARA.

BERITA BARU MASUK
--------------------

PULUHAN TEMBAKAN TELAH DI ARAHKAN KEPADA PARA DEMONSTRAN

TETAPI MEREKA MASIH BERGERAK MENUJU KE ISTANA NEGARA.

----------------------------





JAM 2.30 PETANG - MENUJU KE ISTANA NEGARA


PARA DEMONSTRAN KIAN BERTAMBAH. TIDAK TAHU DARI CEROK MANA MEREKA SAMPAI -

JUMLAH TELAH MENINGKAT KE 20,000 ORANG - INI LAPORAN ANGGARN TERAKHIR.




JAM 2.26 - KE ISTANA NEGARA



PADA JAM 2.26 PETANG 15,000 DEMONSTRAN TELAH SAMPAI KE KAMPONG ATAP DALAM PERJALANAN MENUJU KE ISTANA NEGARA.




JAM 2.23 - PETANG


PARA DEMONSTRAN YANG MENCDECAH 15,000 SEDANG BERGERAK KINI TELAH SAMPAI KE BANGUNAN KOPERASI POLIS TIDAK BAGITU JAUH DARI ISTANA NEHARA.

PEMIMPIN ANGKATAN MUDA KEADILAN DAN PEMUDA PAS SEDANG MEMANDU PARA DEMONSTRAN DI BARISAN HADAPAN.

UNIT AMAL SEDANG BERTUGAS UNTUK MEMASTIKAN SEMUA BERJALAN DENGAN AMAN.



HON ! HON ! HON !!!


KINI ANGKA PARA DEMONSTRAN TELAH MENCECAH DIANTARA 10 KE 15 RIBU

CIK GU BAD AHLI MPT PARTI KEADILAN KELIHATAN DI HADAPAN PERARAKAN.

KERETA DI SANA SINI MEMBUNYIKAN HON TANDA SOKONGAN.

SELURUH JALAN DI KAWASAN SEKITAR MASJID NEGARA BERBUNYI HON KERETA TANDA SOKONGAN !!





BEERITA JAM 2.10 - RAKYAT BERJAYA !!!


RAKYAT DAN WARGA TELAH BERJAYA MEMECAHKAN BENTENG BENTENG FRU DAN MATA MATA.

SEMUA SEDANG BERGERAK KE ISTANA NEGARA !!

JALAN RAYA DI STESEN KERETA API TELAH DI PENUHI OLEH PARA DEMONSTARN.

SEMUA BERGERAK KE ISTANA !!





PERHIMPUNAN - jam 2.06 Petang Dari Masjid Negara





Pada ketika ini telah ada hampir 7000 demonstran.

Ramai yang telah mula keluar untuk bergerak ke Istana Negara.

FRU sedang menghalang.

Tolak menolak telah bermula
.



TERKINI JAM 2.00 PETANG




PERARAKAN !!

Warga sedang menunggu di Sogo dan Pasar Seni.

Mereka ingin berarak ke Istana Negara untuk menyampaikan memo tentangan mereka terhadap PPSMI.

Yang DiPertuan Agung telah mengarahkan Bendahara Istana untuk menerima memorandum dari rakyat ini secara resmi.

Rakyat ingin mengiringi memorandum ini ke Istana.
-----

KETIKA INI PAK SAMAD JANGGUT DAN DR> HASSAN AHMAD SEDANG BERUNDING DENGAN POLIS

----
jam 2.05

PEMIMPIN SEDANG BERUCAP. RUNDINGAN MASIH BERJALAN.

HUJAN RENYAI TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT !!

---------



HELI KOPTER !!!! SEMBAHYANG DALAM MASJID NEGARA !!!



HELI TERBANG RENDAH

HELIKOPTER SEMAKIN RENDAH DI SEKITAR MASJID NEGARA !!!

HELIKOPTER BUAT BISING KERANA PARA PEMIMPIN YANG BARU SELESAI SEMBAHYANG ZUHUR INGIN BERUCAP.

PARA DEMONSTRAN SEDANG BERKUMPUL DAN MENUNGGU!!

HUJAN RENYAI RENYAI - CUACA REDUP DAN CUN
-----------

Ramai warga muslim membuat sembahyang sunat masjid dan sembahyang Zuhur.

Yang laian mula berkumpul di gigi tangga Masjid Negara.

Polis telah masuk ke dalam kawasan Masjid.




TOK BATIN POS DEPANG LEPAS -


jam 1.39

AINON MUHAMAD BARU MENALIPON:

Tok Batin dan isterinya dari Pos Dipang Tapah Perak telah sampai ke Masjid Negara.

Tok Batin ini datang dengan kereta maka beliau tidak di tahan.

Anak anak buah Tok batin ini yang datang awal dengan dua buah bas telah di tahan.

Anak buah Tok Batin ini masih lagi di tahan di rumah pasong Sentul.

Mereka di tahan oleh mata-mata di satu sekatan jalan raya di Damansara.

-------

DI MASJID NEGARA ORANG BERKUMPUL TELAH MENCECAH 5 RIBU - WARGA DAN ANAK ANAK MUDA MASIH DATANG BERDUYUN DUYUN DARI PELBAGAI PELUSUK MENUJU KE MASJID NEGARA.

LRT PADAT DI PENUHI OLEH WARGA YANG INGIN MENUNJUKKAN PERASAAN !

--------

BANYAK JALAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR SEDANG DI SEKAT

--------

TERKINI !! jam 1.46

Helikopter berligar ligar - orang ramai telah melintasi angka 5,000 orang.

Mat Motor, Mat Rempit, Mat Skin Head, Mat Punk, Mat Rock, Minah Cun, Minah Tudung Labuh, Minah Tudung Pendek, Minah Tak Bertudung - semua telah sampai ke perkarangan Masjid Negara.

Helikopter NURI terbang rendah di atas Masjid Negara.
!


KUMPULAN PELAJAR CINA TELAH SAMPAI



Berita jam 1.33 tt

Lebih dari 50 orang pelajar, mahasiswa anak muda Cina telah sampai ke mAsjid Negara.

Mereka membawa sepanduk dan kaian rentang.

Kain rentang mereka bertulis : MANSUH MANSUHKAN PPSMI!!!

Sebelum ini kain rentang dari pelajar/siswa UKM yang bertulis : PPSMI HINA SEMANGAT UKM - telah di rampas polis.

Kain rentang dari UKM ini telah sempat di pasang di perkarangan Masjid Negara sebelum di rampas.




SAMAD SAID BERUCAP DI MASJID NEGARA !!




Berita jam 1.25 tt

A.Samad Said baru berkata di Masjid Negara:

" Kerajaan pada hari ini sedang menjalankan dasar pembersihan bahasa"


----------

Warga kota dan ank anak muda dari Sogo, Jalan Masjidf India dan Pasar Seni/Central Market sedang berjalan menuju ke Masjid Negara.

-------

Hujan renyai. Sila bawa baju hujan/payong.

----------

Dari laporan yang di terima telah ada hampir 2000 penyokong anti-PPSMI yang sedang berkumpul di perkarangan Masjid Negara.

Banyak jalan masuk ke Kuala Lumpur telah di tutup/road block.

Jalan dari Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang juga sedang menhadapi sekatan.

Istana Negara sedang di kaswal rapi.




BARU SAMPAI !! BERITA DEMO DI MASJID NEGARA



Haji Mohamad Salleh Abu Bakar 74 tahun - aktivis seni dan penyaer rakyat
baru sahaja sampai ke Msjid Negara.

Tuan Haji ini ialah bekas Setiausaha Dewan Negara.

Beliau adalah penyokong kuat Pakatan Rakyat.

Sajak beliau yang terkenal ialah TELINGA SATU BERLIDAH DUA.

----------

Hujan renyai renyai - cuaca redup

Sila datang dengan baju hujan/payong/bawa pakaian ganti!




JAM 1.09 TENGAH HARI




TERKINI

Kelihatan ramai anak anak muda sedang berkumpul di Sogo dan Pasar Seni.

Nampaknya anak anak muda semakin peduli terhadap perkembangan keilmuan
dalam negara kita.

Ramai yang sedang menapak dari pelbagai penjuru menuju ke Masjid Negara.

Sila datang dengan baju hujan atau payong.

Bawa pakaian ganti jika hujan datang.




PANGGILAN TALIPON DARI AINON MUHAMAD - jam 1.00


Sdri. Ainon Muhamad baru menalipon.

Ini beritanya :

Dua buah bas Orang Asli dari RAWANG/ Kuala Kubu Baru yang ingin datang bersama
ke Masjid Negara telah di tahan di Damansara.

Kemudian bas ini telah di bawa ke rumah pasong Sentul./

Bila berita ini di tulis bas dan Warga Asli ini masih lagi di tahan.
----------

Ribuan anak muda dari semua arah sedang menuju ke Masjid Negara.

------

Hujan telah mulai turun.

----

BEKAS PENGARAH BERNAMA DATUK ABU BAKAR HAMID TELAH SAMPAI KE MASJID NEGARA !!!





POLIS MASUK KE MASJID NEGARA !!! KENYATAAN MEDIA - TERKINI !!!


TERKINI JAM 12.58 tt

POLIS TELAH MASUK KE PERKARANGAN MASJID NEGARA


BERITA 12.55 tt

Datuk Hassan Ahmad pemimpin mansuh PPSMI baru membuat kenyataan kepada media :

'Saya terharu melihat ribuan rakyat yang sedang datang berkumpul di Masjid Negara.
Pihak polis akan mengiringi kami ke Istana Negara'.



GEDEBE TELAH SAMPAI KE MASJID NEGARA


BERITA JAM 12.45 tt

Pemimpin anti PPSMI telah mula sampai ke Masjid Negara.

Mereka yang telah dilihat ialah:

Tuan Haji Azmi - TERAS
Prof. Tajul Arrifin - UKM
Ainon Muhamad - Ahli Majlis ke 16 PMUM 1973/74
Dr. Alinor - UKM
Dr. Shahrir Mohamad Zain
Pak Samad Janggut dari Bangsar Utama
Wan Ramli Wan Daud

Mereka berada di Masjid Negara pada ketika ini.

Hujan renyai renyai mula turun
.




LAPORAN DARI RAWANG - jam 12.20


KOMUTER DARI RAWANG PENUH.

Kumpulan anak anak muda dari Trolak semua igin bersama.

Kelihatan mereka penuh semangat - mebawa botol air, towel dan sedangh bersedia
untuk memusnahkan PPSMI.





JAM 12.17 - BERITA DEMO !!


jam 12.17 tt




BERITA TERKINI !!!

Kain Rentang PPSMI HINA SEMANGAT UKM - yang dibuat oleh siswa/siswi UKM Bangi telah di rampas polis.

Kain Rentang ini di pasang di Masjid Negara

-----------

Satu Meriam Kimia dan 7 truk FRU sedang
tidur do hadapn Mahkamah Syariah.

------

DI HADAPAN PEJABAT GAPENA DEKAT DEWAN BAHASA -

Ratusan orang ramai sedang berkumpul.

Puluhan Polis biasa sedang tercegat di hadapan bangunan MAA

------------

Kereta sedang berjalan perlahan bergerak ke arah Istana Negara.

-----

ISTANA NEGARA

RATUSAN POLIS DAN 7 TRAL FRU BERADA DI HADAPAN ISTANA NEGARA.

BERAPA JALAN MENUJU KE ISTANA NEGARA SEDANG DI K
AWAL.

-------------




JAM 12.10 MINIT - TERBARU


jam 12.10 tt

Kain Rentang dari UKM bar sahaja di naikkan di Masjid Negara.

Orang semakin ramai melihat kain rentang anti - PPSMI ini.

------

Warga kota dan para demonstran telah mula bergerak dalam beberpa kumpulan kecil menuju Masjid Negara dari Sogo.

----------




SOGO SOGO - LAPORAN DEMO

Berita - jam 12.00 tt


CUACA REDUP - CUN DAN SANTAI


SEKATAN JALAN RAYA TELAH BERMULA DARI AWAL PAGI.

Sekatan jalan raya menuju ke Kuala Lumpur telah bermula.

Sila ambil komuter dan lrt.
--------------

UNIT AMAL

Unit Amal berbaju merah kelihatan di kawasan Sogo.

Puluhan mereka sedang menjaga keadaan.

Orang ramai belum sampai lagi.
------

DI SOGO - Polis telah mula menghalau orang ramai.

Mereka yang di halau memakai baju putih - lambang Gerakan Mansuk PPSMI

----------

AKTIVIS PPSMI

Aktivis PPSMI kelihatan ramai di kawasan Sogo

Pak Cik dan Mak Cik mengankat ibu jari menyokong.

Anak muda dan awek mereka yang sedang lepak di sogo sudah mula tak mahu bdergerak.

Mereka ingin tahu apa yang sedang berlaku.

Di Pertama - Mat Rempit dan Minah Rempit mula merewang.

------------

Helikopter kelihatan jauh berligar-ligar.

------------

Read More...

Nik Aziz saran perkemas didikan agama

Berita Harian

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Kementerian Pelajaran memperkemaskan pengajian pendidikan agama di kalangan pelajar pada semua peringkat sekolah dalam mengatasi masalah keganasan di sekolah.

Beliau melahirkan rasa sedih dengan pelbagai kejadian tidak diingini berlaku sejak kebelakangan ini di sekolah yang membabitkan pelajar sehingga ada yang mengalami kecederaan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya guru serta Kementerian Pelajaran memantapkan lagi pengajian agama di sekolah supaya pelajar dibekalkan ilmu agama yang tinggi, sekali gus mampu mengelak mereka terjebak dalam keganasan.

"Sekolah sekarang asyik dengan kejadian pelajar kena belasah saja. Kalau guru atau Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak memasukkan pengajian agama dalam kepala murid (tidak memantapkan pendidikan agama), ia (masalah keganasan sekolah) tidak akan selesai," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguannya, di sini, semalam.

Dalam kejadian 16 Februari lalu, sembilan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya, Dalat, di Mukah, Sarawak membelasah seorang pelajar Tingkatan Tiga sebelum rakaman kejadian itu yang dibuat menggunakan telefon berkamera disebarkan di laman web YouTube.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata adalah tidak wajar parti pembangkang sentiasa disabitkan dengan perbuatan derhaka kepada Raja.

Katanya, daripada maklumat yang disiarkan dalam akhbar rasmi Pas minggu lalu oleh seorang penulis, banyak bukti yang menunjukkan Umno juga derhaka kepada Raja.

"Akhbar (perdana) selalu sebut pembangkang iaitu Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai penderhaka kepada Raja.

"Saya baca satu tulisan dalam akhbar itu yang memberi banyak maklumat mengenai Umno derhaka terhadap Raja," katanya.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |