+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, May 17, 2008

Rombak undang-undang pilihan raya, beri SPR kuasa luas

Mstar Online

17-05-2008 05:11:41 PM
Oleh G. MANIMARAN

GOMBAK: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dihujani kritikan dan kecaman berhubung soal pengendalian pilihan raya, hari ini mengesyorkan agar undang-undang pilihan raya dirombak secara menyeluruh bagi membolehkan badan bebas itu diberikan kuasa tambahan.

Mengambil kira perkembangan politik negara sejak dua bulan lalu, selepas pilihan raya umum ke-12, sudah tiba masanya bagi kerajaan meminda dan menyediakan peruntukan-peruntukan khas yang boleh memperkukuhkan kedudukan SPR.

Saranan terbuka itu dikemukakan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika berucap pada Seminar Kebangsaan Mengenai Pilihan Raya 2008: Perjalanan Demokrasi anjuran Unit Pengajian Penyelidikan Pilihan Raya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pagi ini.

Saranan itu termasuk menyediakan peruntukan bagi membolehkan SPR mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang melontarkan tuduhan-tuduhan tidak berasas dan menyediakan set daftar pemilih baru dan teratur, yang boleh diterima semua.

"Kita memerlukan kuasa yang lebih besar (dalam mengendalikan pilihan raya), dalam memastikan EC diletakkan dalam kedudukan yang lebih kukuh," jelas beliau kepada pemberita ketika diminta mengulas lanjut mengenai saranannya itu.

Buat masa sekarang, SPR mengendalikan pilihan raya berpandukan Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2006, Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) (Pindaan) 2006 dan Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Selain itu, pengendalian pilihan raya negara ini juga berpandukan kepada Perkara 113 hingga 120 Perlembagaan Persekutuan.

Kali terakhir undang-undang pilihan raya secara meluas adalah pada tahun 2002.

Beliau yang secara peribadi terlibat dalam pengendalian enam pilihan raya sama ada selaku Setiausaha ataupun Pengerusi menambah:

"Saya bercakap mengenai kemungkinan kajian semula undang-undang pilihan raya, tiga hingga empat undang-undang pilihan raya seperti Akta Pilihan Raya, Akta Kesalahan Pilihan Raya, sudah tentu Perkara 113 hingga 120 Perlembagaan," kata beliau.

"Yang ini merupakan undang-undang utama pilihan raya, yang lain berkaitan dengan perjalanan pilihan raya," katanya.

Menurut beliau, saranannya juga merangkumi Peraturan-peraturan Pendaftaran Pemilih, yang dilihat penting dalam menguruskan pendaftaran pemilih.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, Peraturan-peraturan Pendaftaran Pemilih perlu dikaji semula dengan segera untuk memberikan SPR kuasa bagi menyediakan set daftar pemilih yang baru, yang diharap boleh diterima semua.

Daftar pemilih juga menjadi isu pertikaian menjelang pilihan raya, khususnya barisan pembangkang mendakwa wujud pengundi-pengundi hantu.

Ketika ditanya sama ada SPR telah ataupun akan mengemukakan saranan secara rasmi kepada kerajaan, Abdul Rashid memberitahu, salah satu masalah yang dihadapi oleh suruhanjaya ialah pihaknya tidak boleh berbuat demikian.

Ini bukan perkara yang termasuk dalam fungsi-fungsi SPR, kata beliau sambila menambah, sebuah jawatankuasa khas boleh ditubuhkan untuk tujuan tersebut.

"Saya juga terkejut kerana tiada perbahasan mendalam (dalam isu ini) di Parlimen baru-baru ini. Saya ingat apabila mereka bersuara sebelum ini, mereka juga akan membangkitkan di Parlimen, tetapi semua orang nampak senyap sekarang.

"Satu lagi kuasa yang kurang sekarang ialah kuasa bagi suruhanjaya untuk menyaman. Apabila ada pihak yang mengatakan perkara buruk tentang kami, kami perlu berupaya untuk menyaman. Banyak perkara buruk dilemparkan ke atas kami, termasuk oleh media, media arus perdana ataupun alternarif," katanya.

Oleh itu, mereka harus dipertanggungjawabkan atas segala perkara yang dikatakan tentang SPR kerana kebanyakannya tidak benar, tambah Abdul Rashid.

Read More...

Serangan Dangkal Juak Terdesak! - DSAI

AnwarIbrahim

Bila para juak melalak, kian nyata Umno kian gelisah. Maka bermula lagi serangan, fitnah dan tuduhan tanpa ada ruang buat kita bertahan!

Ya kita dan rakyat umumnya sudah mangli dengan muslihat kotor mereka. Penjenayah dan perasuah dilindungi, kalangan lain pula yang dituding..

Demikianlah halnya manakala terteka kisah penghijrahan ahli parlimen BN ke Pakatan Rakyat. Kalangan yang hidup bergelumang dengan rasuah, melimpah kekayaan dalam masa singkat pura-pura berhujah mengenai moral dan etika!

ANWAR IBRAHIM

Read More...

Poli-fiksyen 3 : Bila Anwar Marah

Matsamankati

Tarikh: 16 Mei 2008
Tempat: The Chattrapathi Shivaji International Airport, Mumbai

Aku berada di Mumbai untuk menghadiri satu seminar mengenai Human Rights anjuran Mumbai Initiative for Human Rights Education (MIHRE) sebagai wakil SUARAM. Anwar Ibrahim juga telah dijemput untuk memberi ucaptama dalam seminar ini.

Selesai berucap, Anwar bersalam dengan peserta dan bila terserempak dengan aku, dia tak mau salam. Dia tunjuk dengan jari telunjuk kat muka aku, "Aku nak jumpa hang!". Fuh! Pasai apa pulak? "Tunggu balik kat Malaysia la.." aku jawab balik.

Aku tak tau Anwar pi mana lepas tu. Tapi bila sampai kat Mumbai Airport, aku terserempak sekali lagi. Kali ini dia seret aku masuk bilik VIP. Aku cakap kat dia, "aku naik Jet Airways. Mana boleh masuk bilik VIP!" Tapi dia seret jugak. Dia buat bilik VIP kat airport ni macam rumah dia kat Segambut.

Belum sempat masuk kedalam, Anwar dah mula bising. "Hang pi tulis cerita pasai makan pasemboq kat Esplanade pasai apa? Cerita tu punya pasai, la ni Umno dah buat macam-macam. Hang betui-betui perosak!"

"Hello, brader!" Aku jawab balik. "Cerita tu fiksyen saja. Tarikhnya pun 31 Ogos 2008. Lambat lagi."

"Mat, fiksyen tu cerita rekaan, tapi hang tulis yang betui."

"Mana aku tau betui tak betui! Aku main reka saja."

"hang kata, kita perlukan 42 MP untuk mengambil alih kerajaan. Hari ni, Raja Petra pulak tulis dah ada 43. Hang baca ni! Anwar has very cleverly placed 43 Barisan Nasional Members of Parliament in his pocket Sapa bagi tau hangpa rahsia ni?"

"Mungkin Petra pun main tembak kot?" aku mula cari escape route.

"Raja Petra, kalau tak cukup bukti dia tak tulis punya. Aku nak tau sapa yang cerita kat hangpa semua! Hari tu hang tulis 9 Pas 3 DAP nak keluar kalau 42 ni masuk PR."

"Tak betui ka?" aku tanya balik.

"Masa tu memang betui, tapi la ni yang 3 DAP tu dah OK dah. Cuma yang 9 Pas ni susah sikit. Depa kata kalau lompat, tak bermoral."

Aku pun cuba jadi adviser tak bertauliah kat Anwar. "Brader! You pi explain kat Nik Aziz, ni bukan lompat. Kalau depa keluar kerajaan masuk pembangkang, tu memang lompat. Tapi yang ni, depa keluar kerajaan, join kita dan kemudian jadi kerajaan, macam mana kata lompat? Kalau keluar kerajaan masuk pembangkang, yang tu boleh la kata lompat. Ni keluar kerajaan, masuk kerajaan. Yang Nik Aziz dok bela AlKataki tu tak pa?"

"Whoa! Hang baru sehari kat Mumbai ni, otak hang pun dah macam Shivaji no!" Anwar perli balik. Ni, pasai Berahim Ali tu, hang perli dia pasai apa? Hang tulis, "Yang tu hang tok sah cari. Nik Aziz pun dah pening kepala" La ni dia dah marah kat aku. Hang baca ni. "Anwar 24 jam berpolitik...." Anwar tunjuk berita Agendadaily melalui Blackberry dia. Malu la, nak tunjuk aku punya Nokia 33sekupang.

"Berahim Ali nak marah pasai apa? Saifuddin pun cakap macam tu."..takpayah runding...pelawa sudah". "Macam mana? Jadi ka tak jadi Pak Lah nak join kita?" aku cuba korek sikit.

"Tak tau nak kata la. I suruh D***** negotitate dengan dia kat Dubai. Depa tengah berbincang kat sana. Tapi hang tok sah gatai mulut pi cerita kat orang!" Anwar bagi warning.

"Tak payah aku cerita. Raja Petra dah dah bagi clue hari ni!" Aku bagi tau balik. " Dah baca belum? Surf MT tengok. Hari ni Petra tulis "As they play the final curtain".

"Hangpa dua ekoq ni memang betui-betui malaun.Mulut tempayan!"

Read More...

Malaysia's opposition leader Anwar Ibrahim says he'll be in power by September

IHT


MUMBAI, India: Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim said Friday he would have enough support to topple Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's government by September.

Anwar told reporters that his People's Justice Party needed just 30 members to gain a simple majority in parliament. His party controls 82 seats in the legislature.

"By our calculation, we should move before Sept. 16," he said during his visit to Mumbai, India's financial and entertainment capital, for a lecture series on "Human Rights Awareness."

The date is significant as his country celebrates Sept. 16 as "Malaysia Day" — commemorating the establishment of the Malaysian federation in 1963 by joining the provinces of Malaya, Singapore, Sabah and Sarawak.

Although Anwar has made such claims several times in the past, Friday was the first time he has given a specific timeframe to try to pull down the government.

The sodomy charge was later overturned, but he served prison time after being convicted of corruption.

The corruption charge prevented him from holding public office until April 14, 2008, which meant he could not contest the March 8 general elections.

A record 82 opposition members from a three-party alliance led by Anwar were elected to the 222-member lower house in the elections. This shook the ruling National Front's grip on governance for the first time in 40 years.

Anwar said last month that it won't be long before he is elected a lawmaker in a by-election.

"We have enough numbers now. But we want the transition to be peaceful and democratic," he said Friday.

He has said any government he forms will change Malaysia's system of promoting majority ethnic Malays — Anwar himself is Malay — in government contracts, jobs and education over ethnic Chinese and Indian Malaysians.

"Many ruling party members of parliament know that the time for racial politics is over," said Anwar, adding that he was confident that governing party members would defect to his side.



Read More...

Dedah laporan video Lingam agenda siapa?


Harakahdaily

Abdul Halim Mohd Rashid
Sat | May 17, 08 | 4:23:13 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - PAS melihat pendedahan awal beberapa media yang dikuasai parti-parti di dalam Barisan Nasional (BN) sebagai agenda politik dalaman Umno untuk mengalihkan hasil kajian usaha memulihkan sistem kehakiman kepada agenda memulihkan krisis kepimpinan Umno, kata Ketua Penerangannya, Haji Mahfuz Omar.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam membuat laporan polis ekoran tindakan beberapa organisasi media menyiarkan isi kandungan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V. K. Lingam sebelum kabinet membuat keputusan untuk mendedahkan laporan itu.

Tindakan tersebut dilaporkan telah diambil kerana beberapa akhbar telah menyiarkan isi kandungan laporan suruhanjaya itu sebelum Kabinet bermesyuarat membincangkan perkara itu pagi ini.

"Kita tidak pasti sama ada laporan ini bertujuan �mengenakan� (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) atau ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan calon proksi Dr Mahathir, tetapi yang pasti ia adalah agenda untuk memerkukuhkan pengaruh pihak tertentu dalam Umno.

"Pada hari ini walau apa pun yang dilaporkan oleh media, hakikat wujudnya persaingan pengaruh dalam Umno amat ketara. Kini ada di kalangan mereka cuba mengalihkan isu siasatan pita video ini untuk kepentingan politik Umno" katanya.

PAS, katanya, memandang serius pendedahan kandungan Laporan Suruhanjaya Diraja tentang Klip Video Lingam oleh media massan, khususnya Kumpulan NSTP.

Seperti yang dimaklumi umum, katanya, ketika perkara itu dibocorkan akhbar-akhbar tersebut, Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-Raja mahupun kabinet belum membuat keputusan sama ada mahu mendedahkan atau tidak laporan ini kepada umum.

"Perdana Menteri sendiri sebelum ini memberitahu kerajaan akan mengkaji sama ia perlu didedahkan atau sebaliknya. Tetapi, yang menjadi persoalan bagaimana hasil siasatan tersebut boleh didedahkan lebih awal oleh media massa," Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Umum mengetahui, kata Mahfuz, bahawa Kumpulan NSTP adalah antara akhbar yang dimiliki oleh Umno dan kumpulan tertentu dalam Umno dikatakan menguasai media ini.

"Sebelum ini, Dr Mahathir pernah membangkitkan tentang perlantikan Datuk Kalimullah Hassan sebagai ketua pengarang kumpulan akhbar ini. Dan hari ini, bberapa akhbar utama NSTP seperti Berita Hatian dan New Straits Times telah membuat pendedahan terhadap laporan siasatan diraja ini dengan mendakwa dua kroni Dr Mahathir, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Tan Sri Vincent Tan sebagai terlibat terhadap usaha mempengaruhi perlantikan hakim," kata beliau.

PAS, katanya lagi, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu ang cuba menggunakan media bagi membangkitkan isu yng sebenarnya masih menjadi �rahsia negara�.

"Adakah ini satu pedekatan politik BN ketika mereka sedang tersepit antara kemaraan Pakatan Rakyat dengan pergolakan dalaman Umno/BN?

"Isu Lingam ini sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan masalah Umno, melainkan untuk membersihkan institusi kehakiman semata-sama. Jadi mengapa ada usaha dari tangan-tangan ghaib untuk mempergunakan media bagi menjerat pihak tertentu dalam usaha memperkukuhkan pengaruh masing-masing dalam Umno.

"PAS bimbang sekiranya isu ini menjadi agenda politik yang sempit dan akhinya tujuan asal untuk membersihkan institusi kehakiman bertukar menjadi agenda untuk membersihkan pengaruh kumpulan tertentu dalam Umno," katanya lagi.

Read More...

Kabinet tidak mahu dakwat kekal

Malaysiakini

May 17, 08 3:19pm

Kabinet membantah pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini.

“Saya dimaklumkan bahawa saya harus bertanggungjawab (sendiri) jika bersetuju melaksanakannya.

"Tidak mudah menjadi pengerusi SPR. Saya kena memikul kecaman selama setahun," katanya kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataannya itu menjelaskan sedikit tanda tanya terhadap misteri keputusan SPR membatalkan saat-saat akhir penggunaan dakwat kekal menjelang hari mengundi pilihanraya umum 8 Mac lepas.

[Laporan penuh menyusul]

Read More...

Puas hati wujud pakatan sulit - Suruhanjaya Siasatan Pita Lingam

Berita Harian


LAPORAN LENGKAP: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menunjukkan buku laporan suruhanjaya mengenai rakaman klip video di Putrajaya, semalam.

Suruhanjaya yakin pelantikan Hakim Besar Malaya pada Ogos 2001 diatur

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Klip Video V K Lingam berpuas hati wujud pakatan sulit oleh peguam itu untuk membabitkan diri secara aktif dalam pelantikan dan kenaikan pangkat hakim, terutama Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Suruhanjaya itu yang dipengerusikan Tan Sri Haidar Mohamed Noor yakin Lingam dibantu sahabat karibnya, ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan dan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam pakatan itu, terutama bagi pelantikan Ahmad Fairuz sebagai Hakim Besar Malaya dan seterusnya sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.


Menurut suruhanjaya itu, keadaan berkenaan mengakibatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terkait dalam proses berkenaan.

"Perkara ini dapat dilihat terutama jika mengambil kira keadaan di mana Allahyarham Tan Sri Malek Ahmad tidak dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.

(Dr Mahathir tidak menerima nasihat Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah supaya melantik Allahyarham Tan Sri Malek Ahmad menjadi Hakim Besar Malaya pada Ogos 2001. Sebaliknya, jawatan itu diberikan kepada Ahmad Fairuz yang ketika itu lebih junior berbanding Malek). "Sayangnya, matlamat utama mereka tidak dapat dipastikan sepenuhnya memandangkan skop terma rujukan suruhanjaya ini adalah agak terhad.

"Bagaimanapun ia boleh dikaitkan dengan penyusunan kes dan penghakiman, seperti yang dihujahkan peguam pemerhati ketika inkuiri, termasuk wakil Majlis Peguam. Adalah munasabah untuk mengandaikan tujuan pakatan itu semata-mata untuk kepentingan peribadi," katanya.

Mengikut laporan itu, titik permulaan bagi siasatan suruhanjaya adalah untuk menentukan tema perbualan dalam klip video yang seterusnya diteliti dengan mengambil kira peranan setiap watak dalam rakaman berkenaan.

Sehubungan itu, suruhanjaya juga berpuas hati bahawa isi kandungan serta butiran perbualan yang dirakamkan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne, adalah benar. Rakaman itu dibuat di rumah Lingam pada 20 Disember 2001.

Suruhanjaya berpuas hati bahawa adanya perbuatan salah laku kerana tindakan 'watak utama' dalam klip video sepanjang 17 minit itu akan mengakibatkan pandangan serong rakyat terhadap integriti dan kebebasan badan kehakiman di negara ini, memandangkan perkara itu menjadi isu induk yang dibualkan.

Rumusan suruhanjaya itu sekali gus menyangkal dakwaan Lingam bahawa rakaman berkenaan sekadar menunjukkan beliau bercakap besar, mabuk atau merapu dalam perbualan telefon.

"Kami berpeluang menonton dan mendengar klip video itu tidak kurang dari lima kali sepanjang siasatan berlangsung, dan tiada langsung tanda menunjukkan Lingam mabuk sama ada dari perlakuan atau percakapannya.

"Malah beliau mampu ingat pelbagai fakta dan kejadian dengan menyeluruh dan terperinci serta nampak rasional (ketika bercakap) selain berdialog secara lancar.

"Selain itu, dua saksi iaitu ahli perniagaan Loh Mui Fah dan anaknya, Gwo Burne, yang hadir sepanjang rakaman memberi keterangan bahawa Lingam tidak mabuk.

"Tidak masuk akal untuk Lingam mabuk sedangkan mereka ke rumahnya khusus untuk makan malam selain membincangkan beberapa hal perundangan," katanya.

Selain itu, Haidar berkata isu mabuk bukanlah sesuatu yang Lingam ingat sebagai satu fakta sebaliknya ditimbulkan sebagai satu andaian berdasarkan gambar botol dalam dua keping gambar yang juga diambil pada malam sama.

"Lingam juga mengakui dirinya sekadar minum pada majlis tertentu, dan bukannya seorang yang sering minum arak," kata laporan itu.

Mengikut suruhanjaya, keterangan Lingam bahawa beliau sekadar menipu atau bercakap besar turut tidak diterima kerana kebanyakan pernyataan yang didakwa peguam itu sepanjang perbualan akhirnya terbukti benar.

Malah, isi kandungan perbualan itu tidak pernah dipertikaikan kecuali beberapa perkara remeh, itupun disebabkan kata-kata yang sebenar tidak dapat didengar dengan jelas.

Read More...

Pelacuran politik terbesar babitkan Shabery Chik

Harakahdaily

Mat Zain Mat Isa
Fri | May 16, 08 | 10:52:41 am MYT

Tergamak sungguh Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek melabelkan golongan yang terlibat dengan usaha mempengaruhi wakil rakyat supaya melompat parti sebagai pelacur yang kehausan pelanggan.

Barangkali beliau tidak terfikir bahawa dengan sejarah politiknya sendiri yang pernah dua kali melompat parti, orang lain juga boleh mengaitkan Shabery sendiri dengan label diberikannya itu.

Akhbar Berita Harian, Khamis (15 Mei) memetik Ahli Parlimen Kemaman itu sebagai berkata, perbuatan pihak yang menawarkan ganjaran wang dan jawatan untuk mempengaruhi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti membuktikan sikap tidak bermoral serta corak kepimpinan mereka yang sangat rendah.

"Ada pemimpin parti tertentu saban hari merayu dan meramalkan kononnya ada (Ahli Parlimen BN) berminat datang kepada mereka dengan cara tidak bermoral, tetapi tindakan mereka itulah yang sebenarnya kemuncak kepada corak kepimpinan paling tidak bermoral," katanya.

Tidak syak lagi, pemimpin parti tertentu dimaksudkan itu bukan dari kalangan pemimpin BN. Apatah lagi di muka surat sama akhbar berkenaan, berita utama disiarkan adalah mengenai usaha yang didakwa sedang dilakukan parti pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN.

Berita Harian memetik dakwaan beberapa Ahli Parlimen Sabah bahawa pembangkang sanggup menawarkan ganjaran besar kepada mana-mana Ahli Parlimen BN yang snaggup berpaling tadah. Laporan sama secara terbuka mengaitkan usaha itu dengan impian Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat bagi menggantikan BN sebelum 16 September.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, malah berkata beliau telah menerima beberapa panggilan dan dikunjungi duta kecil pembangkang yang memujuknya menyertai pembangkang. Beliau mendakwa dijanjikan sejumlah wang dan kedudukan dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang akan dibentuk.

"Kalau saya ambil, saya akan senang dua tiga generasi," katanya, sebagaimana dipetik Berita Harian, Khamis lalu.

lompat parti

Pendedahan Abdul Rahman itu menambahkan lagi kehangatan perbahasan mengenai isu lompat parti sebelum ini. Isu itu sebenarnya mula didedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 19 Mac lalu. Dalam kenyataannya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet barunya, Abdullah berkata beliau sedar dan mendengar mengenai desas-desus ada wakil rakyat BN akan menyertai pembangkang.

Beliau bagaimana pun menegaskan tidak ada sebab untuk kerajaan pimpinannya ditumbangkan kerana kerajaan BN kuat dan mendapat sokongan rakyat. Abdullah dipercayai merujuk kepada kenyataan Anwar sebagaimana disiarkan laman berita internet bahawa beberapa Ahli Parlimen BN terutama di Sabah dan Sarawak sedia menimbang kemungkinan menyertai pembangkang.

Keyakinan Abdullah itu bagaimana pun gagal menghilangkan kebimbangan para pemimpin BN lain. Mereka sendiri seolah-olah turut meragui kesetiaan sebilangan rakan mereka terhadap parti. Hakikat itu terbukti apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar undang-undang antilompat parti digubal. Katanya, pembentukan undang-undang itu penting bagi mengelak seseorang wakil rakyat dengan mudah berpaling tadah selepas menang pilihan raya.

Cadangan itu bagaimana pun mendapat reaksi berbelah-bahagi, termasuk di kalangan para pemimpin BN sendiri. Antara yang menentang undang-undang itu ialah pemimpin BN Sabah dan Sarawak.

"Anda tidak boleh buat perkara bertentangan dengan kemahuan manusia normal. Tidak kira berapa banyak pertikaian mengenainya (lompat parti) dan berapa banyak undang-undang (mengenainya), calon yang terpilih tidak boleh sama sekali dihalang untuk meninggalkan partinya," kata Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Dr James Jemut Masing.

negara polis

Sikap terbuka tentang perbuatan lompat parti itu dikongsi lain-lain pemimpin di kedua-dua negeri itu. Seperti Masing, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman juga tidak bersetuju dengan undang-undang antilompat parti. Baginya mewujudkan undang-undang itu boleh dianggap sebagai meletakkan wakil rakyat seperti berada dalam negara polis apabila hak mereka untuk memperjuangkan nasib rakyat disekat.

"Apalah gunanya kita terus bersama pemimpin yang sudah menyeleweng daripada matlamat asal. Adakah kita perlu akur dan pertahan serta memperjuangkan pemimpin dan parti dengan mempertaruhkan kebajikan rakyat?" soalnya, ketika berucap di Dewan Rakyat, 7 Mei.

Nada serupa diulang sebut seorang lagi wakil BN Sabah beberapa hari kemudian. Pada 12 Mei, juga dalam persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh pula membayangkan kemungkinan mereka mengalihkan sokongan kepada parti pembangkang.

"Kita (BN Sabah) tidak akan lompat parti, kita tidak akan masuk pembangkang, tapi kalau kita buat parti baru sendiri di Sabah, ini berkemungkinan. Kita boleh sertai sana (pembangkang), kita boleh sertai sini. Jadi anggaplah ini serius," katanya.

Barangkali mengambilkira sikap terbuka para pemimpin Sabah dan Sarawak tadi mengenai lompat parti ini menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta BN mengambil serius kemungkinan pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan dalam masa terdekat. Dr Mahathir percaya dorongan untuk melompat parti timbul apabila tidak wujud lagi kesetiaan kepada parti atau ekoran wujudnya sesetengah pihak yang merasakan mereka tidak mendapat apa-apa daripada BN, kini mempunyai peluang mendapat jawatan penting dalam kerajaan baru.

Kenyataan beberapa pemimpin BN itu menjurus kita kepada beberapa kesimpulan. Pertama, perlu diakui bahawa soal melompat parti diterima sebilangan para pemimpin BN sendiri, terutama dari kalangan pemimpin Sabah dan Sarawak. Tidak semua mereka menganggap perbuatan melompat parti sebagai tidak bermoral. Kedua, kekecewaan dan rasa tidak puas hati yang diluahkan secara terbuka beberapa pemimpin BN Sabah terhadap layanan Kerajaan Pusat mutakhir ini menjelaskan bahawa kemungkinan terjadinya perbuatan lompat parti bukan semata-mata atas dorongan tawaran lumayan parti lawan. Kekecewaan dan ketidaksetiaan mereka kepada parti yang kini mereka sertai juga boleh menjadi penyebab utama.

Ketiga, andai kata lompat parti berlaku, ia tidak boleh disalahkan kepada sebelah pihak sahaja. Kalau pun ada pemimpin pembangkang memujuk pemimpin BN, ia tidak akan berkesan sekiranya wakil BN itu tidak melayannya. Kata orang-orang tua, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Ertinya, jika para pemimpin BN, termasuk Shabery menganggap perbuatan mendorong wakil BN melompat kepada pembangkang sebagai tidak bermoral, adakah persoalan moral itu hanya terbatas kepada pihak pembangkang sahaja?

"Maaf saya katakan, jika ada orang sanggup melanggani pelacur, orang itulah sendiri pelacur paling besar. Itulah sifat dan taraf moral yang ada pada pemimpin yang saban hari merayu dan mencari pelanggan untuk mendapatkan kepuasan kehidupan politik mereka," itu kata Shabery.

Soalnya, dalam perkembangan politik yang diwarnai sikap terbuka sebilangan pemimpin BN sendiri terhadap perbuatan melompat parti, siapakah sebenarnya pelacur dan siapa pula yang melanggani pelacur itu? Apatah lagi jika diteliti sejarah, tindakan melompat parti paling besar dan bersejarah ialah apabila para pemimpin Parti Melayu Semangat 46 (S46) secara en bloc menyertai Umno. Bukan hanya beberapa pemimpin yang terlibat, malah keseluruhan organisasinya. Bermula Presiden dan Ahli Majlis Kepimpinan Tertingginya, sehinggalah kepada ahli-ahlinya di peringkat akar umbi. Mereka bersepakat membubarkan S46 dan serentak melompat kepada BN.

Kita tidak tahu apa tawaran dibuat pemimpin tertinggi BN kepada S46 ketika itu. Bagaimana pun, mengambil kira ganjaran diterima sebilangan bekas pemimpin utama parti itu, termasuk dilantik menganggotai Kabinet kemudiannya, rakyat boleh menyimpulkan bahawa kemasukan mereka ke dalam BN bukan sekadar suka-suka.

Rakyat ada dorongan sangat kuat untuk percaya bahawa sudah ada tawar-menawar sangat besar antara para pemimpin tertinggi S46 dan BN sebelum itu. Perlu diingat, di sepanjang episod pada pertengahan 90-an itu, Shabery sendiri adalah antara pemimpin kanan S46 yang sangat ghairah menerima tawaran melompat menyertai Umno.

Apakah beliau mahu mengatakan tidak terlibat dengan episod pelacuran politik itu? - tajdid

Read More...

Beras hancur naik 20 peratus

Berita Harian

Oleh Farah Marshita Abdul Patah

Peniaga dakwa perniagaan merosot berikutan pembeli berjimat cermat

KUALA LUMPUR: Harga beras terutama beras hancur mengalami peningkatan 10 hingga 20 peratus menyebabkan ramai pengguna serta peniaga merungut kerana terpaksa membayar sehingga RM30 untuk 10 kilogram beras.

Kenaikan harga beras turut menyebabkan kekurangan bekalan beras Super Tempatan 15 peratus yang harganya dikawal.

Tinjauan Berita Harian mendapati, hanya segelintir pengusaha kedai runcit masih mengekalkan harga lama beras hancur iaitu sekitar RM1.40 sekilogram.

Seorang pekedai runcit, Selvarani, berkata pihaknya kini terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga beras hancur oleh pemborong sebanyak RM6 daripada harga lama, RM34 bagi 10 kilogram beras.

“Disebabkan simpanan beras yang banyak, kami masih menjualnya pada harga lama bagi membolehkan pelanggan yang sering berkunjung membeli dengan harga lama dan bersiap sedia dengan harga baru."Kami akan mula menjual dengan harga baru apabila bekalan stok beras lama habis dijual," katanya.

Peniaga, Rofi Hassan, berkata peningkatan harga itu turut menyebabkan barang berasaskan beras hancur seperti tepung beras mengalami kenaikan harga dan menjejaskan perniagaannya.

"Jika sebelum ini orang ramai gemar membeli goreng pisang, namun dengan kenaikan harga beras, duit yang dulunya digunakan untuk membeli bahan makanan sampingan sekarang terpaksa disimpan untuk membeli beras.

“Akibatnya perniagaan kami terjejas dan pendapatan mula merosot kerana pengguna terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka," katanya.

Seorang lagi peniaga kedai makan, Amijah Shahari, berkata walaupun harga beras mula meningkat sejak tiga minggu lalu pihaknya masih tidak menaikkan harga jualan nasi di gerainya.

"Bagaimanapun, kami terpaksa mengurangkan kuantiti nasi yang dijual bagi mengimbangi kenaikan harga untuk mengelakkan aduan pelanggan terhadap kenaikan harga jualan beras.

“Kami mengambil inisiatif mengurangkan kuantiti beras dalam jualan berikutan harga sedia ada masih dianggap mahal.

“Dulu harga beras hanya RM18 tapi kini kami terpaksa membayar sehingga RM27 bagi 10 kilogram beras untuk jualan setiap hari,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan harga beras hancur membebankan pengguna yang berpendapatan rendah kerana ia adalah keperluan utama hidup mereka.

Sementara itu, Penasihat Biro Ekonomi Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Mohd Semat Mahmud, berkata kenaikan harga bahan berkenaan di pasaran tempatan sejak beberapa minggu lalu umpama pesta di kalangan syarikat pembekal beras.

Sehubungan itu, beliau meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Padiberas Nasional Berhad (Bernas), melaksana langkah lebih tegas menangani masalah kenaikan harga beras.

“Kenaikan mendadak harga bijirin yang menjadi makanan ruji rakyat itu menyebabkan orang ramai kini resah dan mula mempersoalkan keberkesanan usaha serta langkah pihak terbabit dalam mengekang masalah berkenaan.

“Saya yakin menteri yang dilantik menerajui KPDNHEP adalah seseorang yang berkaliber dan berpengalaman, sekali gus mampu mengatasi masalah dihadapi dan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit dengan kegiatan menyorok bekalan berkenaan,” katanya.

Read More...

Lingam Tape report to be made public from Tuesday

Sun2surf

Husna Yusop

PUTRAJAYA (May 16, 2008): The Cabinet today agreed that the contents of the report by the royal commission on the VK Lingam video clip be made public and copies of the report to be sold.

It has also taken into account the findings of the commission which has identified that the video clip recording is authentic and decided to recommend that appropriate action be taken against the individuals identified and said to have committed certain offences.

"Following these findings, there is a possibility that offences against the law have been committed as stipulated in the report. The Cabinet agrees for the Attorney-General (A-G)'s Chambers to institute immediate investigation on all allegations levelled against individuals identified in the report,” said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Zaid Ibrahim, adding the government is now in the process of preparing the necessary laws for the establishment of the Judicial Appointment Commission.

Asked for the names of the individuals identified in the report, he said, they are Datuk V.K. Lingam, Tan Sri Vincent Tan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Tun Mohd Eusoff Chin, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim and Tun Dr Mahathir Mohamad.

When asked whether these people were implicated, he said: "No. No. I don’t want to say implicated. I said these are the findings of the report."

He said the various offences mentioned in the report included the Official Secret Act, Sedition Act, Penal Code and obstruction of justice.

"These are the issues that the A-G has to investigate. But I have to remind you, this report or recommendations are advisory in nature. So, you have to have another investigation," he added.

Zaid said the government is committed and serious about restoring the rule of law, returning confidence back to the judiciary and making sure that the selection process of judges and high officers are done in a transparent way.

"This is so that we ca minimise the shortcomings and weaknesses in the past,” he said, adding the Cabinet urged the public, including the media, to allow investigation process to proceed uninterrupted without undue pressure or any prejudice against any individuals identified in the report.

"It must be reiterated that in our legal system, an accused or a person implicated for an offence is presumed innocent until proven guilty in a court of law," he said, adding the public would be able to buy the report from the Legal Affairs Division from 2pm on Tuesday (May 20).

There are four volumes to the report by the Commission of Enquiry on the Video Clip Recording of the Images of a Person Purported to be an Advocate and Solicitor Speaking on the Telephone on Matters Regarding the Appointment of Judges, namely the main report (RM161.40), the notes of proceeding (RM123), statutory declaration (RM120) and exhibits (RM136.90).

Read More...

Lompat * Tiada tawaran lumayan

Utusan Online

KUALA LUMPUR 16 Mei – Presiden Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, beliau tidak pernah ditawarkan ganjaran lumayan untuk menyertai parti pembangkang.

Menurut beliau, sepanjang pengetahuannya ahli-ahli LDP yang lain juga tidak menerima tawaran daripada pihak tertentu untuk lompat parti.

‘‘Tidak (terima sebarang tawaran lumayan).

‘‘Bagi ahli-ahli LDP yang lain pula, setahu saya, mereka juga tidak pernah ditawarkan ganjaran sebegitu untuk melompat parti,’’ katanya di Dewan Seng Peng, Wisma Chinese Chamber di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia semalam mengenai pengakuan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menerima ganjaran lumayan untuk menyertai parti pembangkang.

Terdahulu, Vui Keong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melancarkan Ekspo Cintai Malaysia (ECM) 2008.

Turut hadir ialah Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM), Tan Sri William Cheng dan Pengerusi Penganjur ECM, Michael Chai.

Vui Keong menegaskan, Ahli-ahli Parlimen yang ingin melompat parti perlu bertanding semula untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

Jelasnya, tindakan wakil rakyat yang menang atas tiket Barisan Nasional (BN) dan kemudiannya ingin melompat parti adalah tidak betul selain tidak beretika.

Sementara itu, William berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 600 usahawan tempatan dan luar negara akan menyertai ekspo itu.

‘‘Kami menjangkakan sebanyak setengah juta pengunjung mengunjungi ekspo ini,’’ katanya.

Ekspo tersebut akan diadakan dari 3 hingga 7 Disember ini di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC).

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |