skip to main | skip to sidebar

Tau Takpe

memantau biarlah seperti burung....

  • Laman Utama
  • Catatan OK
  • Koleksi Video
  • Koleksi gambar
  • Pautan laman
  • E-mail OK
+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 23, 2008

MB Perak mahu Sains, Matematik dalam BM

Posted by Sang Pemantau at 9:46 AM

Utusan Online

IPOH 22 Mei - Kerajaan pakatan pembangkang Perak menggesa Kementerian Pelajaran supaya melaksanakan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam kedua-dua subjek itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, pelajar-pelajar di negara maju seperti China, Korea, Jepun, Jerman dan Perancis yang belajar dalam bahasa ibunda lebih cemerlang dalam kedua-dua subjek itu berbanding negara lain yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.

''Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu (BM) pada asalnya, pun banyak melahirkan siswazah dari universiti yang hari ini banyak menduduki institusi-institusi profesional seperti jurutera, doktor dan angkasawan.

''Kalau tidak mengajar (Sains dan Matematik) dalam bahasa ibunda, baik bahasa Mandarin, Tamil dan Melayu, ia bertentangan dengan Akta Pendidikan, Akta Bahasa Kebangsaan dan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Mohammad Nizar berkata, kerajaan pakatan pembangkang tidak menafi dan memperkecilkan penguasaan bahasa Inggeris tetapi bukannya melalui pengajaran Sains dan Matematik.

Sebaliknya, kata beliau, ini boleh dilakukan dengan memperkenalkan pengajaran subjek bahasa Inggeris dan kesusasteraan bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah lagi bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

''Kalau hendak menyatakan kerajaan pakatan pembangkang tidak memperjuangkan bahasa ibunda khususnya bahasa Melayu, ia tidak betul kerana kami antara yang pertama membawa perkara ini ke mahkamah.

''Pada tahun 2004, anak saya, Mohd. Syawal yang berada di darjah empat menyaman kerajaan dan Kementerian Pendidikan pada masa itu kerana melaksanakan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang bertentangan dengan Akta Pendidikan, Akta Bahasa Kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan," ujar beliau.

-

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: bela rakyat, MB perak, utusan

Tenang Dan Bersikap Matang Dalam Menerima Keputusan ICJ, Kata Rais

Posted by Sang Pemantau at 9:42 AM

Bernama

Oleh Nor Faridah Rashid



THE HAGUE, 22 Mei (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Rais Yatim berkata rakyat Malaysia perlu tenang dan bersikap matang dalam menerima apa jua keputusan berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan yang akan disampaikan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Jumaat ini.

"Masyarakat Malaysia perlu tenang dan bersikap matang berhubung perkara ini supaya kita tidak menterjemahkan ia kepada pergolakan politik, walau apa keputusannya. Ini amat penting," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari Khamis.

Rais yang tiba hari ini bagi menghadiri saat ICJ menyampaikan keputusan berhubung pertikaian antara Malaysia dan Singapura mengenai perkara itu berkata beliau sudah memberikan taklimat kepada pemimpin-pemimpin negeri Johor, dan Sultan Johor berhubung perkembangan kes itu.

Beliau berkata Malaysia optimis dengan kes itu, yang dibawa kepada ICJ selepas kedua-dua negara menandatangani persetujuan khas pada 6 Februari 2003.

"Tetapi seperti yang saya nyatakan terdahulu kewaspadaan kita penting iaitu sekiranya kemenangan berada di tahap dan di tangan kita, maka kita sebaik-baiknya tidak begitu ghairah atau meluap-luap perasaan gembira sehingga melangkaui batas kebiasaan atau batas kewarasan," katanya.

"Dan jika tidak memperolehi penghakiman positif misalnya, kita harus pandai dan berkebolehan tidak menyinggung mana-mana perasaan," tambahnya.

Beliau berkata kadangkala unjuran awal mengenai siapa menang atau kalah tidak tepat.

"Dalam keadaaan sedemikian walaupun kita optimis, kita perlu berkebolehan untuk menyesuaikan diri kita selepas esok,” katanya.

Rais berkata Malaysia memiliki hujah yang mencukupi, berdasarkan kepada bukti, aspek sejarah dan kepentingan sosial, bahawa kes itu seharusnya berpihak kepada Malaysia.

"Orang ramai mungkin ingin tahu, apa yang ingin kita lakukan terhadap sebuah pulau yang bersaiz separuh keluasan padang bola, (mengapa) kita amat bimbang mengenainya, tambahan pula tiada apa tumbuhan diatasnya. Namun jawapannya kerana ia adalah sebahagian daripada Malaysia, itulah fakta yang ingin kami katakan dan apabila ia menjadi sebahagian daripada Malaysia, kami ingin dapatkan kepastian yang ia kembali dalam tangan kami," kata Rais.

Pulau Batu Puteh terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusuh di Johor.

Keputusan berhubung pertikaian itu akan disampaikan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, yang merupakan Pemangku Presiden kes itu pada kira-kira pukul 10 pagi (4petang waktu Malaysia).

Beliau dijangka selesai membaca keputusan penghakimannya dalam masa dua jam. Satu panel 16 hakim termasuk Al Khasawneh mendengar kes itu.

Semasa perbicaraan dari 6 hingga 23 November tahun lepas, Malaysia diketuai oleh Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, yang merupakan ejen Malaysia bagi kes itu manakala Datuk Noor Farida Ariffin adalah ejen bersama.

Turut sama di pihak Malaysia pada perbicaraan itu ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan kumpulan peguam antarabangsa Malaysia yang terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht dan James Crawford, kedua-duanya professor dalam bidang Undang-undang Antarabangsa Universiti Cambridge; Nicolaas Jan Schrijver, professor Undang-undang Antarabangsa Awam Universiti Leiden; Marcelo G. Kohen, professor Undang-undang Antarabangsa Graduate Institute of International Studies, Geneva; dan Penelope Nevill, pensyarah Downing College, Universiti Cambridge.

-- BERNAMA

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: bernama, ICJ

Petronas sumbang RM357.8b

Posted by Sang Pemantau at 9:39 AM

Utusan Online

KUALA LUMPUR 22 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sejak ditubuhkan pada tahun 1974 sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, Petronas telah mencatat keuntungan sebanyak RM570 bilion.

Menurut Perdana Menteri, daripada jumlah itu, Petronas telah membayar sebanyak 62.8 peratus atau RM357.8 bilion dalam bentuk cukai, royalti, duti eksport dan dividen kepada Kerajaan Malaysia.

Tambahnya, sebanyak 7.2 peratus atau RM41.4 bilion adalah keuntungan yang diperuntukan kepada pemegang saham minoriti kumpulan dan perbelanjaan cukai luar negara.

“Sebanyak 30 peratus daripada keuntungannya atau RM170.8 bilion digunakan untuk pelaburan semula serta mengembangkan perniagaannya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) hari ini.

Kata Abdullah, wang diterima oleh kerajaan dari Petronas sama ada dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai atau dividen dimasukan ke dalam akaun Kumpulan Wang Yang Disatukan bersama hasil lain yang diterima kerajaan.

“Hasil yang kerajaan terima ini digunakan untuk perbelanjaan mengurus termasuk pemberian subsidi ke atas produk petroleum, sektor kesihatan, sektor pendidikan serta sektor pertanian dan perbelanjaan pembangunan,” ujarnya.

Perdana Menteri berkata, selain sumbangan dalam bentuk royalti, duti eksport, cukai dan dividen kepada kerajaan, Petronas juga menanggung beban subsidi harga gas kepada sektor elektrik dan bukan elektrik.

Tambahnya, sejak Mei 1997 sehingga Mac tahun ini, subsidi harga gas yang ditanggung Petronas adalah kira-kira RM79 bilion.

“Penetapan harga gas yang rendah kepada sektor elektrik telah membolehkan pihak Tenaga Nasional Berhad. (TNB) mengenakan tarif elektrik yang rendah yang dinikmati oleh kira-kira 5.5 juta pelanggannya,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, pelaburan semula keuntungan adalah kritikal bagi Petronas untuk membolehkannya terus meningkatkan usaha-usaha cari gali minyak dan gas dalam negara, membina serta meningkatkan kapasiti pengeluaran loji-loji penapisan dan pemprosesan untuk memenuhi permintaan bagi minyak dan gas.

“Langkah ini secara langsung menambah nilai kepada sumber minyak dan gas negara. Pada tahun kewangan berakhir Mac 2007, umpamanya Petronas membuat pelaburan semula bernilai RM21.6 bilion yang mana RM16.2 bilion dalam sektor minyak dan gas manakala RM5.4 bilion dalam hartanah dan khidmat logistik.

“Dengan pelaburan ini, Petronas telah dapat mencatat keuntungan yang baik dan ia membolehkannya terus menyumbang kepada negara melalui pembayaran kepada kerajaan dalam bentuk cukai, dividen, duti eksport dan royalti,” ujarnya.

Oleh itu, Abdullah berkata, pelaburan semula yang dibuat Petronas adalah lebih memberi manfaat kepada negara dalam jangka panjang berbanding penggunaannya untuk pemberian subsidi minyak.

Perdana Menteri turut menjelaskan, Petronas juga perlu membayar pinjamannya yang digunakan untuk mengembangkan operasinya dan pada tahun kewangan berakhir Mac 2007, baki pinjamannya adalah sebanyak RM35.9 bilion.

“Selain itu, Petronas juga melaksanakan tanggungjawab sosialnya dalam bidang pendidikan, kesihatan, sukan dan kesenian.

“Selain itu, Petronas juga merupakan penabung tunggal kepada Kumpulan Wang Amanah Negara yang ditubuhkan pada tahun 1988 dengan tujuan untuk memastikan penggunaan optimum sumber-sumber negara yang menyusut bagi faedah generasi akan datang dan memberikan sumber pendapatan yang berterusan kepada negara,” katanya.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: PETRONAS, utusan

Awas wang kertas RM100 palsu

Posted by Sang Pemantau at 9:37 AM

Kosmo Online

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my


MICHEAL Chong memegang dua wang kertas RM100 yang mana kiri merupakan wang palsu menyerupai wang tulen di sebelah kanan di pejabatnya semalam.


KUALA LUMPUR - Awas! jika anda berurusan dengan seseorang menggunakan wang kertas RM100, anda perlu berhati-hati kerana ada kemungkinan wang tersebut palsu.

Menyamai wang tulen hampir 90 peratus, penggunaan wang palsu tersebut dikatakan semakin bebas digunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Micheal Chong memberitahu, sehingga bulan ini sebanyak empat kes telah dilaporkan melibatkan penipuan licik ini.

"Paling terbaru ialah pada malam semalam apabila seorang peniaga buah tertipu dengan wang RM100 yang diberi oleh sepasang suami isteri minggu lalu,'' katanya kepada pemberita di Wisma MCA semalam.

Kata Micheal Chong, mangsa yang dikenali sebagai Lohman, 53, yang berniaga di Jalan Klang Lama, telah menerima kunjungan sepasang suami isteri yang membeli buah-buahan di kedainya.

Bagaimanapun apabila diberikan RM100, mangsa tidak mengesyaki apa-apa dan terus mengambil wang itu tanpa banyak bicara.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: bohong rakyat, kosmo

Dr Mahathir tiada hak kritik Umno: Shahrir

Posted by Sang Pemantau at 9:33 AM

Berita Harian

Oleh Azhar Abu Samah, Azman Zakaria, Anwar Hussin, Saufi Hamzah dan Norliza Wasilan

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, semalam menegaskan, Tun Dr Mahathir Mohamad kini tidak mempunyai hak mengkritik Umno selepas bertindak keluar daripada parti itu.

Mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menyifatkannya pernah menjadi 'duri dalam daging' Umno ketika bertanding calon Bebas satu ketika dulu, Shahrir berkata ada perbezaan antara beliau dengan Dr Mahathir dalam soal tidak menjadi ahli parti.

"Saya sebenarnya tidak pernah meninggalkan Umno, tetapi cuma tidak dibenarkan menyertai semula Umno Baru ketika ia ditubuhkan pada 1988. Mungkin saya (menjadi duri dalam daging) kerana saya tidak dapat menyertai semula parti.


"Kerana itu, saya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru dan pada pilihan raya kecil berikutnya, saya menang atas tiket Bebas mengalahkan calon Umno. Kemenangan itu akhirnya menjadi asas untuk Umno membuka keahlian kepada semua orang Melayu dan saya akhirnya menjadi ahli Umno setahun kemudian.

"Saya tidak pernah meninggalkan Umno... cuma adalah sukar untuk saya menyertai semula parti ketika itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Dr Mahathir, dalam laman webnya, chedet.com.my, semalam mengulas komen bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang berkata tiada lagi 'duri dalam daging' Umno apabila Dr Mahathir keluar daripada parti itu Isnin lalu.Dalam komennya itu, Dr Mahathir berkata, Musa pernah menjadi 'duri dalam daging' Umno pada tahun 1986-87 apabila meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden parti kerana mahukannya berhenti daripada menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, Shahrir pula, yang pernah menganggotai Kabinet di bawah pentadbirannya, juga pernah keluar daripada Umno dan menjadi duri sepanjang berada di luar parti itu.

Shahrir berkata, beliau tidak kisah dengan kritikan Dr Mahathir terhadapnya dan menganggap perbezaan beliau dengan Dr Mahathir mungkin kerana cara mereka berbeza.

"Beliau tidak boleh mengatakan saya menteri yang tidak baik (dalam melaksanakan tugas sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dalam Kabinet Dr Mahathir). Beliau mungkin tidak suka cara saya, tetapi ia digemari rakyat," katanya.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: Berita Harian, dr det, UMNO haprak

Ezam bukan 'trojan horse' kata Najib kepada Agendadaily

Posted by Sang Pemantau at 9:28 AM


Agenda Daily

Dalam suasana politik negara diwarnai cerita lompat parti dan perang saraf pembangkang mereka akan menubuhkan kerajaan baru, orang kuat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Noor semakin hampir kembali menyertai UMNO.

Walaupun sebelum ini beberapa media dan laman berita membuat spekulasi kemasukan Ezam ke dalam UMNO, Agendadaily petang Khamis berkesempatan menemui Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bertanyakan mengenai perkara berkenaan.

Menurut Najib, UMNO sedia untuk menerima Ezam menyertai UMNO semula.

“Bagi saya Ezam adalah friendly party dan saya yakin dengan keikhlasannya untuk menyertai semula UMNO,” kata beliau.

Menurut Najib, kesediaan Ezam menyertai semula UMNO membuktikan beliau telah hilang keyakinan sepenuhnya terhadap Anwar, PKR dan pakatan pembangkang.

Najib menjelaskan, walaupun ada pihak yang khuatir Ezam akan menjadi 'tojan horse' kepada pembangkang apabila menyertai UMNO, beliau tidak yakin perkara itu akan berlaku kerana percaya dengan niat ikhlas untuk kembali semula ke pangkuan UMNO.

Ungkapan 'trojen horse' dalam politik sering digunakan bagi menggambarkan seseorang itu akan menjadi musuh dalam selimut kepada sesebuah parti. Ini bermakna jika seseorang itu berasal dari parti lawan dan kemudiannya menyertai parti lain, orang itu dikhuatiri akan menjadi musuh dalam selimut.


Najib menyatakan demikian ketika ditanya desas-desus kemungkinan Ezam menyertai semula UMNO selepas mengambil keputusan meninggalkan PKR dan kini bergerak aktif melalui GERAK, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertujuan banteras rasuah.

Ekoran desas-desus , pelbagai pihak telah memberikan komen termasuk Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang pelik dengan keputusan Ezam untuk sertai semula UMNO kerana berpendapat Ezam adalah orang yang sama-sama bertanggungjawab tubuh PKR serta pernah masuk penjara kerana perjuangannya.

Namun, Ezam sendiri tidak memberikan sebarang kenyataan sebelum ini berhubung cerita beliau akan kembali ke pangkuan UMNO.

Bagaimanapun setelah Agendadaily menghubunginya yang kini berada di luar negara bagi meminta komen kenyataan terbaru Najib itu Ezam memberikan komen seperti berikut:

“Saya menghargai kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dan mengucapkan terima kasih,” ujarnya ringkas.

Beliau bagaimanapun berkata, akan membuat kenyataan berhubung dengan isu berkenaan sekembalinya dari luar negara. – 22/5/2008

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: agenda daily, najib razak, UMNO haprak

Cadangan Tun Mahathir tidak munasabah

Posted by Sang Pemantau at 9:26 AM

Utusan Online

PUTRAJAYA 22 Mei - Saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) keluar daripada parti itu jelas bertentangan dengan nasihat yang pernah diberikan oleh bekas Perdana Menteri itu kepada pemimpin BN dahulu.

Sambil menyifatkan saranan itu sebagai satu cadangan yang tidak munasabah, ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, semua pemimpin sedia ada telah diajar supaya memberikan sepenuh kesetiaan kepada parti.

''Kalau kita tidak sayang parti, maka akan rosak parti dan rosak kerajaan. Ini nasihat yang kita ikut. Kita patut kekal bersama parti, memastikan parti kuat.

''Anda mungkin tidak bersetuju dengan pemimpin tetapi anda tidak boleh memecah belahkan parti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2008 di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir yang mengumumkan keputusannya keluar dari UMNO Isnin lalu, melalui blognya mengemukakan cadangan supaya ahli Parlimen kerajaan keluar daripada BN bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ahli Parlimen BN itu bagaimanapun tidak boleh menyertai parti pembangkang sepanjang tempoh berada di luar BN dan akan kembali kepada parti itu selepas Abdullah meletak jawatan.

Syed Hamid berkata, beliau berharap Dr. Mahathir akan sentiasa ingat kepada nasihat yang selalu diingatkan kepada ahli-ahli Parlimen BN dan UMNO dahulu.

''Saya harap dia tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan UMNO. UMNO bukan milik sesiapa. Milik ahli-ahlinya. Kita akan tentukan UMNO selamat dan akan terus menjadi pelindung kepada bangsa Melayu," kata beliau.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: dr det, tolak BN, UMNO haprak, utusan

Raja Gula kekal terkaya di Malaysia

Posted by Sang Pemantau at 9:20 AM

Berita Harian

Oleh Azli Ayob




KUALA LUMPUR: Nilai kekayaan terkumpul 40 individu paling kaya di Malaysia tahun ini ialah AS$46 bilion (kira-kira RM150 bilion), meningkat AS$3 bilion (kira-kira RM9.8 bilion) daripada tahun lalu.

Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu berkenaan adalah kira-kira 30 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tahun lalu sebanyak RM503.1 bilion dan lebih tinggi daripada hasil Kerajaan Persekutuan tahun lalu yang berjumlah RM141.8 bilion.

Mengikut laporan terbaru majalah Forbes Asia, bilangan rakyat negara ini yang memiliki kekayaan lebih AS$1 bilion juga meningkat kepada 10 daripada sembilan tahun lalu.

Tan Sri Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di negara ini dengan nilai kekayaan AS$10 bilion.

'Raja Gula' berusia 84 tahun itu meningkatkan nilai kekayaannya sebanyak AS$2.4 bilion tahun ini, menerusi pemilikan dalam pelbagai bidang perniagaan, seperti hartanah di Hong Kong, media dan paling utama penguasaannya dalam gergasi minyak sawit, Wilmar International.

Ini diikuti oleh Ananda Krishnan yang menguasai Maxis Communications Bhd dengan nilai kekayaan AS$7.2 bilion, merosot AS$200 juta daripada tahun lalu.Pengerusi Eksekutif IOI Group, Tan Sri Lee Shin Cheng pula menduduki tangga ketiga daripada keempat tahun lalu dengan nilai kekayaannya meningkat AS$1.6 bilion kepada AS$5.5 bilion.

Pendatang baru dalam senarai rakyat negara ini memiliki kekayaan lebih AS$1 bilion ialah Tan Sri Vincent Tan, dengan kekayaannya meningkat hampir AS$1 bilion kepada AS$1.3 bilion apabila harga saham Berjaya Corp yang dikuasainya melonjak hampir tiga kali ganda dalam tempoh 12 bulan lalu.

Sementara itu, lapan ahli perniagaan Melayu turut berada dalam senarai '40 Paling Kaya di Malaysia', didahului oleh Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary. Beliau berada di tempat kelapan senarai itu dengan nilai kekayaan AS$1.8 bilion.

Turut berada dalam senarai itu ialah Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim (AS$700 juta) yang berada di tempat ke-11; Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir (AS$285 juta, tempat ke-20); Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun (AS$280 juta, tempat ke-21); Pengerusi Naim Cendera Holdings Bhd, Datuk Abdul Hamed Sepawi (AS$180 juta, tempat ke-30) dan Pengarah Eksekutif Westports, Ahmayuddin Ahmad (AS$155 juta, tempat ke-34).

Individu Melayu lain yang berada dalam senarai itu ialah Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah (AS$150 juta, tempat ke-35) yang mempunyai pegangan saham ketara dalam Gamuda Bhd dan Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Nazir Razak (AS$100 juta, tempat ke-40).

Forbes Asia dalam kenyataan dikeluarkan semalam berkata, pengiraan nilai kekayaan individu itu dibuat berdasarkan harga saham syarikat yang dikuasai dan kadar pertukaran mata wang daripada 9 Mei lalu.

Bagi pemilikan aset yang tidak disenaraikan pula, ia menggunakan maklumat daripada firma biro kredit BRIS Information Services Sdn Bhd (BRIS) dan sumber lain untuk membuat anggaran nilainya jika aset itu disenaraikan di Bursa Malaysia.

Read More...

Summary only...

 

0 comments Labels: Berita Harian

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

Harga minyak semasa

Harakahdaily

Loading...

Tranungkite Online v10

Loading...

Selatan Online

Loading...

Detikdaily

Loading...

Malaysiakini

Loading...

Utara Online Portal Rakyat Malaysia

Loading...

Buletin Online - Media Informasi Terkini

Loading...

Minda rakyat

Loading...

Malaysia Today

Loading...

The Malaysian Insider

Loading...

Suara KeADILan Online

Loading...

KLPOS.com | Apa Siapa Mengapa

Loading...

MyCen News

Loading...

Malaysia independent news

Loading...

My Sinchew -

Loading...

EMedia News

Loading...

Malaysia News.Net

Loading...

The Malaysian Insider

Loading...

The Star Online : G A L L E R Y

Loading...

Islam Hadhari

Jelmaan Wajah Misteri Masjid Kristal Patrick Lim...
Tiba-tiba je ternampak jelmaan wajah seperti tokong buddha kat masjid kristal....

Bloggers United

Bloggers United

Media rakyat

  • Aliran
  • Buletin Online
  • Detik Daily
  • Harakah Daily
  • KLpos
  • Laman Marhaen
  • Malaysia Today
  • Malaysiakini
  • Newskini
  • Selatan Online
  • Siasah Daily
  • Suara Keadilan
  • Tranungkite Online
  • Utara Online

Media kerajaan

  • Agenda Daily
  • Sinar Harian
  • The Sun
  • The Star online
  • Harian Metro
  • Kosmo Online
  • BERNAMA
  • NST Online
  • Berita Harian
  • Utusan Online
  • Mstar Online

Lain-lain media

  • The Nut Graph
  • Malaysia Insider
  • Other Malaysia
  • Channel News Asia
  • cyberita online
  • Daily Star
  • Malaysian News
  • Inside Malaysia
  • Malaysia Sun
  • Mycen news
  • EIN news
  • Malay mail
  • Borneo post
  • Malaysia post
  • International Herald Tribune
  • Al-Jazeera
  • BBC
  • Asia News Network
  • Mysinchew

TV rakyat

  • Keadilan tv
  • Kelantan tv
  • Malaysiakini TV
  • Terengganukini
  • TV Antara
  • TV ceramah
  • TV PAS
  • webtv PAS
  • wtv8

Video klip best

Andai Ku Tahu pangkah BN jadi begini....
Video klip best...penuh dengan msg kesedaran untuk rakyat yg tido...bangkitlah menentang kerajaan korup!!!Harga barang makin naik...Mat Mongol tak abis2 dgn projek rangsangan ekonomi....

Blog Archive

  • ► 2010 (53)
    • ► April (49)
      • ► Apr 26 (6)
      • ► Apr 25 (8)
      • ► Apr 24 (5)
      • ► Apr 23 (6)
      • ► Apr 21 (4)
      • ► Apr 20 (8)
      • ► Apr 19 (4)
      • ► Apr 18 (3)
      • ► Apr 16 (5)
    • ► January (4)
      • ► Jan 03 (1)
      • ► Jan 01 (3)
  • ► 2009 (337)
    • ► November (1)
      • ► Nov 18 (1)
    • ► September (17)
      • ► Sep 08 (3)
      • ► Sep 04 (6)
      • ► Sep 03 (1)
      • ► Sep 02 (7)
    • ► August (4)
      • ► Aug 31 (4)
    • ► July (5)
      • ► Jul 20 (5)
    • ► June (11)
      • ► Jun 02 (5)
      • ► Jun 01 (6)
    • ► May (56)
      • ► May 28 (8)
      • ► May 27 (11)
      • ► May 26 (14)
      • ► May 12 (2)
      • ► May 11 (10)
      • ► May 05 (2)
      • ► May 01 (9)
    • ► April (121)
      • ► Apr 21 (14)
      • ► Apr 20 (10)
      • ► Apr 15 (8)
      • ► Apr 13 (7)
      • ► Apr 10 (10)
      • ► Apr 09 (11)
      • ► Apr 08 (2)
      • ► Apr 07 (17)
      • ► Apr 05 (5)
      • ► Apr 04 (11)
      • ► Apr 03 (8)
      • ► Apr 02 (10)
      • ► Apr 01 (8)
    • ► March (110)
      • ► Mar 30 (3)
      • ► Mar 29 (9)
      • ► Mar 26 (5)
      • ► Mar 25 (11)
      • ► Mar 24 (10)
      • ► Mar 20 (5)
      • ► Mar 08 (10)
      • ► Mar 07 (10)
      • ► Mar 06 (7)
      • ► Mar 04 (7)
      • ► Mar 03 (8)
      • ► Mar 02 (5)
      • ► Mar 01 (20)
    • ► February (8)
      • ► Feb 06 (8)
    • ► January (4)
      • ► Jan 01 (4)
  • ▼ 2008 (2648)
    • ► December (66)
      • ► Dec 27 (10)
      • ► Dec 20 (4)
      • ► Dec 19 (13)
      • ► Dec 18 (5)
      • ► Dec 15 (18)
      • ► Dec 12 (3)
      • ► Dec 11 (3)
      • ► Dec 06 (6)
      • ► Dec 03 (4)
    • ► November (244)
      • ► Nov 30 (7)
      • ► Nov 29 (11)
      • ► Nov 28 (7)
      • ► Nov 25 (6)
      • ► Nov 24 (1)
      • ► Nov 22 (9)
      • ► Nov 21 (3)
      • ► Nov 18 (8)
      • ► Nov 17 (5)
      • ► Nov 16 (7)
      • ► Nov 15 (12)
      • ► Nov 14 (15)
      • ► Nov 13 (7)
      • ► Nov 12 (11)
      • ► Nov 11 (15)
      • ► Nov 10 (7)
      • ► Nov 09 (15)
      • ► Nov 07 (19)
      • ► Nov 06 (19)
      • ► Nov 05 (15)
      • ► Nov 04 (5)
      • ► Nov 03 (16)
      • ► Nov 02 (13)
      • ► Nov 01 (11)
    • ► October (14)
      • ► Oct 31 (14)
    • ► September (348)
      • ► Sep 29 (6)
      • ► Sep 28 (16)
      • ► Sep 27 (16)
      • ► Sep 25 (24)
      • ► Sep 24 (10)
      • ► Sep 23 (19)
      • ► Sep 22 (8)
      • ► Sep 18 (12)
      • ► Sep 17 (15)
      • ► Sep 16 (27)
      • ► Sep 15 (11)
      • ► Sep 14 (12)
      • ► Sep 11 (10)
      • ► Sep 10 (19)
      • ► Sep 09 (18)
      • ► Sep 08 (23)
      • ► Sep 06 (12)
      • ► Sep 04 (13)
      • ► Sep 03 (27)
      • ► Sep 02 (26)
      • ► Sep 01 (24)
    • ► August (77)
      • ► Aug 24 (8)
      • ► Aug 23 (9)
      • ► Aug 10 (14)
      • ► Aug 07 (22)
      • ► Aug 02 (10)
      • ► Aug 01 (14)
    • ► July (416)
      • ► Jul 31 (6)
      • ► Jul 30 (23)
      • ► Jul 29 (13)
      • ► Jul 24 (10)
      • ► Jul 23 (23)
      • ► Jul 22 (15)
      • ► Jul 21 (25)
      • ► Jul 20 (19)
      • ► Jul 19 (17)
      • ► Jul 18 (6)
      • ► Jul 17 (36)
      • ► Jul 16 (14)
      • ► Jul 15 (15)
      • ► Jul 14 (17)
      • ► Jul 13 (17)
      • ► Jul 12 (17)
      • ► Jul 11 (11)
      • ► Jul 09 (22)
      • ► Jul 08 (11)
      • ► Jul 07 (21)
      • ► Jul 05 (17)
      • ► Jul 04 (22)
      • ► Jul 03 (7)
      • ► Jul 02 (15)
      • ► Jul 01 (17)
    • ► June (435)
      • ► Jun 30 (16)
      • ► Jun 29 (14)
      • ► Jun 28 (18)
      • ► Jun 26 (18)
      • ► Jun 25 (27)
      • ► Jun 24 (22)
      • ► Jun 22 (7)
      • ► Jun 21 (11)
      • ► Jun 20 (22)
      • ► Jun 19 (11)
      • ► Jun 18 (23)
      • ► Jun 17 (12)
      • ► Jun 15 (10)
      • ► Jun 14 (18)
      • ► Jun 13 (15)
      • ► Jun 12 (5)
      • ► Jun 11 (19)
      • ► Jun 10 (20)
      • ► Jun 09 (25)
      • ► Jun 07 (23)
      • ► Jun 06 (13)
      • ► Jun 05 (24)
      • ► Jun 04 (19)
      • ► Jun 03 (16)
      • ► Jun 02 (18)
      • ► Jun 01 (9)
    • ▼ May (480)
      • ► May 31 (12)
      • ► May 30 (28)
      • ► May 29 (15)
      • ► May 28 (18)
      • ► May 27 (6)
      • ► May 26 (13)
      • ► May 25 (12)
      • ▼ May 23 (8)
        • MB Perak mahu Sains, Matematik dalam BM
        • Tenang Dan Bersikap Matang Dalam Menerima Keputusa...
        • Petronas sumbang RM357.8b
        • Awas wang kertas RM100 palsu
        • Dr Mahathir tiada hak kritik Umno: Shahrir
        • Ezam bukan 'trojan horse' kata Najib kepada Agenda...
        • Cadangan Tun Mahathir tidak munasabah
        • Raja Gula kekal terkaya di Malaysia
      • ► May 22 (29)
      • ► May 21 (21)
      • ► May 20 (15)
      • ► May 19 (16)
      • ► May 18 (10)
      • ► May 17 (11)
      • ► May 16 (18)
      • ► May 15 (17)
      • ► May 14 (25)
      • ► May 13 (14)
      • ► May 12 (28)
      • ► May 11 (8)
      • ► May 10 (11)
      • ► May 09 (32)
      • ► May 07 (15)
      • ► May 06 (26)
      • ► May 05 (21)
      • ► May 04 (26)
      • ► May 03 (12)
      • ► May 01 (13)
    • ► April (481)
      • ► Apr 30 (15)
      • ► Apr 29 (18)
      • ► Apr 28 (18)
      • ► Apr 27 (13)
      • ► Apr 26 (10)
      • ► Apr 25 (9)
      • ► Apr 24 (29)
      • ► Apr 23 (12)
      • ► Apr 22 (33)
      • ► Apr 21 (26)
      • ► Apr 20 (5)
      • ► Apr 19 (22)
      • ► Apr 18 (22)
      • ► Apr 17 (29)
      • ► Apr 16 (25)
      • ► Apr 15 (16)
      • ► Apr 14 (19)
      • ► Apr 13 (31)
      • ► Apr 10 (6)
      • ► Apr 09 (34)
      • ► Apr 08 (12)
      • ► Apr 07 (6)
      • ► Apr 06 (15)
      • ► Apr 05 (8)
      • ► Apr 04 (18)
      • ► Apr 03 (10)
      • ► Apr 02 (10)
      • ► Apr 01 (10)
    • ► March (87)
      • ► Mar 31 (16)
      • ► Mar 30 (6)
      • ► Mar 29 (6)
      • ► Mar 28 (6)
      • ► Mar 27 (8)
      • ► Mar 26 (4)
      • ► Mar 25 (5)
      • ► Mar 24 (4)
      • ► Mar 23 (14)
      • ► Mar 22 (11)
      • ► Mar 20 (7)

Iklan

Bloggers pimpinan

Berita dari bloggers

Terima kasih kepada pengunjung dan pembaca yang sengaja ataupun yang tidak sengaja melayari blog Tau Takpe ini. Segala berita dan artikel yang disiarkan di blog ini adalah khas untuk rujukan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atas segala artikel yang diambil dan disiarkan kecuali dinyatakan ianya adalah pandangan pemilik blog sebagaimana tercatat dalam catatan OrangKita.

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |