+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, April 26, 2008

MCA harap keris tidak dijulang lagi

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Apr 25, 08 8:37pm


Masyarakat Cina berharap ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak akan menjulang lagi keris, kata rakan sejawatnya dari MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, isu keris memberi persepsi tidak baik kepada masyarakat majmuk.

liow tiong laiLiow berkata Pemuda MCA menyambut baik kesediaan Hishammuddin untuk meminta maaf berhubung isu keris.

"Ini satu perubahan yang penting," katanya sambil menyifat pengakuan Hishammuddin itu sebagai satu keputusan yang berani.

"Kita telah membangkitkan dan membincangkan persepi rakyat yang tidak positif mengenai isu keris," kata Liow selepas mesyuarat jawatankuasa Pemuda BN petang tadi.

Beliau berkata Pemuda MCA telah membuat cadangan-cadangan untuk mengukuhkan BN.

"Kita menyambut baik kesediaan Datuk Seri Hishammuddin minta maaf mengenai isu keris.

Nilai semula

"Kita mahu menilai semula apa yang telah berlaku, dan tidak mahu sakitkan hati mana-mana pihak.

"Tidak adil untuk Datuk Seri Hishammuddin melepaskan tanggungjawab ketua Pemuda Umno dan BN dalam keadaan pelbagai isu yang dimainkan oleh pembangkang," kata Liow.

Sehubungan itu, beliau yang juga menteri kesihatan berkata BN perlu menilai semula persepsi negatif masyarakat itu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting bahawa isu ketuanan Melayu sudah tidak sesuai dalam masyarakat hari ini, Liow berkata:

"MCA sebagai sebuah komponen BN, tidak memainkan politik perkauman.

"Tetapi MCA adalah untuk politik pelbagai kaum. Inilah hasrat MCA, kita memperjuangkan kepentingan semua kaum kerana BN memperjuangkan semua kaum."

Read More...

Hishammuddin mohon maaf isu hunus keris

Berita Harian

Oleh Azman Zakaria dan Saufi Hamzah



KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam memohon maaf berhubung tindakannya menghunus dan mencium keris Panca Warisan pada Perhimpunan Agung Umno sebelum ini, jika ia menjadi antara faktor menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Katanya, kepada bukan Melayu beliau meminta maaf kerana tindakannya itu menyebabkan mereka ditakut-takutkan oleh politik persepsi dan gembar-gembur terhadap keris sebagai satu simbol, sedangkan itu bukan niatnya.

Kepada orang Melayu pula, beliau memohon maaf kerana tidak dapat mempertahankan keris sebagai simbol warisan bangsa.

"Kalau realitinya begitu, saya bukanlah seorang yang angkuh dan bongkak sehingga tidak boleh menerima hakikat.

"Ia satu pengajaran sedih tetapi jika hari ini politik memang sebegitu rupa, kita sebagai pemimpin mesti besar hati dan jiwa untuk sanggup meletakkan kedudukan BN lebih penting daripada segala-galanya.

"Sebagai Ketua Pemuda, saya secara peribadi sanggup memikul tanggungjawab itu. Kalau ia menimbulkan keadaan yang memerlukan saya memilih antara diri dan parti, saya pilih parti kerana ia penting untuk kita wariskan kepada generasi akan datang," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Sebelum ini, segelintir pemimpin parti komponen menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Hishammuddin menghunus dan mencium keris Panca Warisan itu serta mendakwa ia menjadi antara punca yang menjejaskan prestasi BN dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Pemuda BN berkata, bagi dirinya dan Pemuda Umno, keris mempunyai makna tetapi malangnya, usaha memperjuangkannya ditolak sesetengah pihak termasuk oleh orang Melayu sendiri.

"Ia digembar-gemburkan oleh politik persepsi... kalau itu persepsi yang ada, ia tak akan bawa apa-apa manfaat kepada perjuangan kita. (Permohonan maaf) ini tidak bermakna keris tiada dalam budaya atau masyarakat Melayu," katanya

Ditanya sama ada beliau akan terus menghunus dan mencium keris Panca Warisan ketika perasmian Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda Umno akan datang, Hishammuddin berkata, perkara itu tidak dibincangkan kerana mesyuarat semalam bukan forum untuk membincangkannya.

"Fenomena baru dalam keadaan politik selepas pilihan raya lalu menuntut Pemuda BN melihat secara realistik. Ini paradigma baru yang perlu diterima dan disesuaikan," katanya sambil menegaskan perjuangan membela nasib orang Melayu akan tetap diteruskan.

Beliau berkata, mesyuarat semalam antara lain membincangkan hasil 'bedah siasat' keputusan pilihan raya 8 Mac lalu dan azam Pemuda BN membuat pembaharuan dalam tempoh 100 hari, khususnya berhubung isu yang dekat di hati rakyat.

Katanya, Pemuda BN juga mengiktiraf sumbangan sayap pergerakan itu dari Sabah dan Sarawak serta bertekad untuk membawa mereka memperjuangkan lebih banyak isu dalam arus perdana politik di peringkat nasional.

Katanya, Pemuda BN juga akan memastikan hubungan dengan pemimpin dan ahli parti komponen BN di negeri yang diperintah pembangkang sentiasa diperkukuhkan untuk memulihkan semangat perjuangan mereka.

Hishammuddin berkata, mesyuarat semalam juga membincangkan banyak perkara lain, termasuk mengenai punca kemerosotan prestasi BN dalam pilihan raya umum lalu, secara ikhlas dalam usaha mencari penyelesaiannya.

Read More...

Nik Aziz ketuai pertemuan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri pembangkang

Mstar Online

25-04-2008 05:52:26 PM


KOTA BAHRU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengetuai pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang diperintah pembangkang bagi mendapatkan pandangan dan nasihat Mursyidul Am PAS itu mengenai langkah untuk memantapkan pentadbiran lima negeri terbabit.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai pemimpin yang lebih berpengalaman, Nik Aziz telah diminta untuk menganjurkan pertemuan itu.

"Sebagai orang yang lebih senior, Menteri Besar Kelantan akan diminta untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan cara dan kaedah pentadbiran oleh pembangkang ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di JKR 10 di sini, hari ini, Jumaat.

Anwar berkata Nik Aziz pada dasarnya telah memberikan persetujuan dan pertemuan itu akan diadakan secepat mungkin.

Katanya antara yang akan diperbincangkan adalah isu mengenai pelaburan, pembangunan dan yang lebih penting hubungan dua hala antara negeri-negeri tersebut dengan kerajaan Pusat.

Lima negeri yang diperintah pembangkang selepas pilihan raya umum 8 Mac, selain Kelantan, adalah Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Kelantan bagaimanapun telah ditadbir oleh PAS sejak 1990 lagi. Sementara itu, Anwar meminta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri itu membantu kerajaan Pusat untuk menangani pelbagai masalah berkaitan rakyat termasuk isu bekalan beras ketika ini.

"Apa sahaja yang berkaitan rakyat, kami di pihak pembangkang bersedia membantu apa yang perlu dan kerjasama antara kami dengan Pusat akan terjalin dengan lebih baik," katanya. BERNAMA

Read More...

Pautan web dan blog.

Blog politik

|
Al-Banjari | Al-Bakistani | Amdang81 | Amin Iskandar@Black | Anak Bapa | Anti-Khairy | Berita Panas | Cucu Mat Kilau | Chegu Bard | Cina Islam | Din Merican | Dunia Tiger | Edyesdotcom | Fudzail | Greenboc | The People's Parliament | Ibnu Hasyim | Herman Shamsudeen | Ibrahim Baba | Izoblog | Jasin Daily | Jiwo Kelate | Kadir Jasin | Karya Fansuri | Kedahlanie | Kerabu Bersuara | Ketua Perusuh | Minda Kembara | Kickdefella | Kuda Kepang | Kuda Ranggi | Kutubkanah | Malaysiakita bakaq | Maliki xp | My Kebenaran | No2umno | Penarik Beca | Politic Today | Rocky Bru | Roslan SMS | Sanggah Tok Sago | Merah Tinta | Taraknama | Tun Telanai | Video Reformasi | Warisan Kini | Wartawan Rasmi Reformasi | Republik Kata | Nik Abduh | Halim Islamic Online | Anti TV3 | Hembusan | Lidah Penghunus | Mat Saman Kati | dPerantauan | Fikir Hidup | DemahDali | Topeng Sakti | Teropong Kota | Jemohid Kecil | Perisik Rakyat | Cenangau | Pahangdaily | motorcabok | firuz-786 |


Blog pimpinan

| TG Hj Hadi | DS Anwar Ibrahim | IR Khalid Samad | Dr Shafie | Dato' Husam Musa | Dr Hassan Ali | Dr Lo' Lo' | Ustaz Nasharudin | Salahuddin Ayub | Mahfuz Omar | Hj Takiyuddin | Hanipa Maidin | Nurul Izzah | Dr Mujahid Rawa | Tian Chua | Fuziah Salleh | Zulkiflli Noordin | Zuraida Kamaruddin | Lim Kit Siang | Tan Seng Giaw | Teresa Kok | Fong Po Kuan | Ustaz Idris Ahmad |


Media Alternatif

| Harakahdaily | Tranungkite Online | Malaysiakini | Agenda Daily | Aliran | Buletin Online | Detik Daily | Kelantankini | KLpos | Malaysia today | Siasah daily | Suara Keadilan | Laman Marhaen | Newskini | Kelate daily | Marang daily | Utara Online |

Laman web/blog parti.

| PAS Pusat | PKR | DPP Kemaman | DPP Rompin | DAP | Pemuda PKR | DPP Pusat | DPP Wangsa Maju | PAS Johor Bahru |


Bloggers info/knowledge.

| Musafir Kerdil | Zulkiply Harun | Azmi | Idham Xpression | Blog Menjerit | Abu Asma | Hong Kiat | Ilmu IT | Liew CF | Sembang Komputer | ien247 | Dearlova | Eriyza |


Blog Islamik

| Saiful Islam | Zaharuddin.net |



Pautan blog -blog dan laman web akan dikemaskini dari masa ke semasa. Sila e-mail kepada saya atau masukkan link di ruangan sembang dulu untuk saya linkkan pautan anda. Terima kasih...

Read More...

Keris: Hishamuddin akui silap

Agenda daily



Isu menjulang keris Panca Warisan oleh Pemuda UMNO yang dikatakan menjadi salah satu faktor kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lalu, menyaksikan Ketua Pemuda BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein secara terbuka memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Kepada orang Melayu, Hishamuddin memohon maaf kerana tidak dapat mempertahankan keris Panca Warisan sebagai simbol ketuanan Melayu dan kepada bukan Melayu pula beliau memohon maaf kerana isu keris berkenaan telah disalah erti sehingga menimbulkan ketakutan kepada mereka.

“Secara ikhlas banyak perkara yang boleh menjadi sebahagian dariapda punca kemerosotoan kita dalam beberapa negeri. Termasuk juga soal keris Panca Warisan ia telah dibincang secara telus.

“Saya beritahu kepada mereka saya sendiri akan bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan dan sekiranya ia menjejaskan prestasi kita saya tidak boleh lari daripada realiti dan kalau itu boleh menjejaksan sesiapa saya mintaa maaf kepada kaum bukan Melayu dan kepada orang Melayu juga.

“Kepada bukan Melayu kerana mereka merasakan takut dengan sesuatu simbol yang itu bukan niat saya. Orang Melayu saya minta maaf kerana tidak dapat pertahan simbol warisan kita yang sebenarnya nilainya tidak seperti apa yang digembar-gemburkan tetapi kalau realitinya sepetrti itu saya bukan seorang yang angkuh yang tidak boleh terima hakikat itu dan ini merupakan pengajaran sedih tetapi kalau politik hari ini sebegitu rupa kita sebagai pemimpin mestilah mempunyai jiwa besar,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di bangunan PWTC Kuala Lumpur petang Jumaat selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN.



Mesyuarat berkenaan adalah yang pertamanya diadakan oleh Pemuda BN selepas pilihan raya umum ke-12 yang lalu.

Prestasi buruk BN pada pilihan raya umum lalu turut dikaitkan dengan isu keris Panca Warisan yang secara tradisinya diarak dan dijulang oleh Ketua Pemuda UMNO semasa perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia.

Menurut Hishamuddin, isu keris Panca Warisan itu telah digembar gemburkan menjadi politik persepsi dan sebarang usaha untuk menjelaskan perkara berkenaan tidak membaa makna apa-apa.

“Ia digembar- gemburkan oleh politik persepsi. Saya nak terang macam mana pun kalau itu merupakan persepsi yang diwujudkan saya rasa ia tidak akan membawa manfaat kepada perjuangan kita,” ujarnya.

Menjawab satu soalan, beliau menjelaskan, bagi dirinya dan Pemuda keris memang mempunyai makna yang besar dalam perjuangan orang Melayu.

Namun jelasnya, jika sesuatu yang diperjuangkan itu jelas ditolak, ia tidak akan membawa erti apa-apa.

“Bagi saya dan Pemuda keris memang ada maknanya tetapi kalau kita nak perjuangkan sesuatu di mana ditolak oleh kadang-kadang oleh pemimpin UMNO itu sendiri … ia digembar- gemburkan oleh politik persepsi. Saya nak terang macam mana pun kalau itu merupakan persepsi yang diwujudkan saya rasa ia tidak akan membawa manfaat kepada perjuangan kita,” ujar beliau.

Ditanya adakah ini bermakna Pemuda UMNO tidak akan lagi menjulang keris Panca Warisan pada Perhimpunan Agungnnya Disember ini, Hishamuddin menjelaskan, mesyuarat harin ini bukanlah platform untuk membincangkan mengenai perkara berkenaan.

Hishamuddin juga mengulangi bertanggungjawab sebagai Ketua Pemuda terhadap isu berkenaan dan jika diberi pilihan antara kepentingan atau parti, beliau akan mengutamakan kepentingan parti yang perlu dipertahankan. – 25/4/2008

Read More...

Malaysiakini mohon maaf kepada Khairy

Utusan Online

KUALA LUMPUR 25 April - Akhbar dalam talian, Malaysiakini hari ini memohon maaf kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung laporan dan dakwaan berterusan bahawa beliau memenangi kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum lalu setelah melalui proses pengiraan semula undi.

Permohonan maaf itu dibuat kerana pada pilihan raya umum 8 Mac lalu tidak berlaku pengiraan semula undi di kerusi Parlimen itu yang menyaksikan Khairy menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin dengan majoriti 5,726 undi.

Dalam kenyataan yang dilampirkan di laman webnya, Malaysiakini berkata, pihaknya dimaklumkan oleh lawan Khairy, Badrul Hisham dari PKR bahawa satu pengiraan semula akan diadakan pada malam pengundian itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Badrul Hisham memberitahu, dia menerima maklumat tentang pengiraan semula itu daripada seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Bagaimanapun, kini kami mendapat tahu bahawa tidak ada sebarang pengiraan semula yang dilakukan.

"Justeru kami ingin memohon maaf kepada Khairy kerana menerbitkan dakwaan itu dalam berita-berita kami yang menyusul selepas itu," demikian menurut Malaysiakini dalam kenyataan itu.

Kenyataan maaf yang diletakkan di bawah nama Nota Pengarang itu disiarkan di laman web berkenaan bermula pukul 3.35 petang.

Turut disertakan sekali ialah penjelasan oleh Khairy berhubung dakwaan pengiraan semula itu.

Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO antara lain menekankan bagaimana laporan berterusan Malaysiakini mengenai perkara itu membayangkan beliau tewas pada peringkat awal dan hanya menang setelah meminta pengiraan semula undi dilakukan.

''Sedangkan jumlah undi yang diterima oleh lawan saya pada malam itu tidak memerlukan sebarang pengiraan semula mengikut Peraturan Pilihan Raya 1981.

''Saya diumumkan pemenang dengan majoriti 5,746 undi selepas satu-satunya pusingan pengiraan undi (tidak ada pengiraan semula) yang dibuat malam itu.

''Malah, saya yakin Badrul Hisham juga sebenarnya tidak hadir di pusat pengiraan undi berkenaan pada 8 Mac lalu,'' kata Khairy.

Sementara itu, Khairy dalam reaksinya terhadap permohonan maaf itu berkata, beliau menerima permohonan maaf Malaysiakini.

''Walaupun saya terima permohonan maaf Malaysiakini, saya masih tidak pasti sama ada punca kesilapan mereka adalah kecuaian wartawan atau pun niat jahat terhadap saya.

''Memandangkan kesilapan ini diulang beberapa kali, tak mungkin ia berpunca daripada kecuaian,'' katanya.

Read More...

Khairy: Tiada kiraan semula di Rembau

Malaysiakini

Apr 25, 08 3:44pm

Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa tiada pengiraan semula undi di parlimen Rembau yang dimenanginya dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu dengan majoriti 5,726 undi.

Menantu perdana menteri itu menjelaskan demikian dalam suratnya kepada Malaysiakini yang menyiarkan berita mengenai perkara itu.

khairy jamaluddin and badrul hisham and rembauDalam suratnya, Khairy menafikan laporan tersebut yang menyatakan beliau kalah kepada calon PKR Badrul Hisham Shaharin dalam kiraan kali pertama, dan menang selepas pengiraan semula undi diadakan.

Laporan mengenai perkara itu, tambahnya, terkandung dalam berita 'Ku Li: Power transition unconstitutional' pada 18 April.

Menurut ahli parlimen itu lagi, dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas.

Sebaliknya, kata Khairy, tiada pengiraan semula undi dan oleh itu isu beliau kalah dalam "kiraan kali pertama" tidak berbangkit.

Perkara itu, katanya, dinyatakan dengan jelas oleh Suruhanjaya Pilihanraya dalam laporan media bertarikh 13 Mac.

"Mereka telah mengira undi pos terlebih dahulu dan bukannya selepas pengiraan semula dibuat. Jika undi pos tidak dikira sekalipun, saya tetap menang lebih 500 undi," kata Khairy.

Menurut penjelasan Malaysiakini, berita pada malam pengiraan undi itu bersumberkan maklumat pencabarnya, calon PKR Badrul Hisham yang mendakwa telah dimaklumkan oleh seorang pegawai SPR bahawa pengiraan semula undi akan diadakan.

"Laporan kami pada malam tersebut mencerminkan hakikat itu. Bagaimanapun, kami mendapat tahu kemudiannya bahawa tidak ada pengiraan semula undi," penjelasan pengarang Malaysiakini dipetik.

"Oleh itu, kami ingin memohon maaf kepada Khairy kerana menyiarkan laporan tersebut dan menyebutnya dalam laporan-laporan berikutnya."

Selain malam itu, Badrul Hisham turut mengulangi wujudnya pengiraan semula undi dalam satu kenyataannya di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur pada 11 Mac. Berita

Read More...

Najib tunduk pada Amerika: Anwar

Malaysiakini

Apr 25, 08 10:47pm

Menteri pertahanan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menamatkan penyertaan Iran daripada pameran senjata di Kuala Lumpur kerana "telah tunduk kepada desakan dari Amerika Syarikat dan rakan-rakan sekutunya", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia sebagai negara berdaulat dan bermaruah sepatut mengamalkan dasar laur yang bebas dan tidak boleh tunduk kepada arahan dari Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa lain," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya berasa dukacita dengan tindakan timbalan perdana menteri merangkap menteri pertahanan terhadap (negara) tetamu kita,
Iran."

Bekas timbalan perdana menteri itu mengulas kenyataan Najib hari ini bahawa negara Asia Barat itu telah melanggar resolusi 1747 dan 1803 Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila membawa masuk dan mempamerkan senjata-senjata terlarang bawah resolusi tersebut.

Akibatnya, ruang pameran milik Iran ditutup mendadak pada Selasa, hari kedua Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 yang diadakan sehingga semalam.

Walaupun Iran telah dimaklumkan tentang larangan itu, tambah Najib, negara itu masih berbuat demikian.

Anwar menambah, DSA 2008 dianjurkan untuk semua negara berdaulat yang ingin mengambil bahagian secara bebas, bukan untuk menjual senjata dan alat pertahanan lain.

"Oleh itu, Malaysia sebagai tuan rumah bebas menjemput negara yang sanggup mengambil bahagian tanpa syarat. Kerana itu Iran telah dijemput oleh Malaysia untuk mengambil bahagian dalam DSA 2008.

"Mustahil sekali apabila Malaysia membuat keputusan tergempar tentang (menghentikan) penyertaan Iran itu."

Read More...

'Anwar lepas peluru kosong' - Shabery Cheek

Utusan Online

KOTA KINABALU 25 April - Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pihak pembangkang akan menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru sebelum 16 September ini, sekadar 'melepaskan peluru kosong'.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kenyataan tersebut tidak memberi sebarang makna atau kesan kepada Barisan Nasional (BN) kerana semua yang diperkatakan itu tidak berasas sama sekali.

"Anwar melepaskan peluru kosong dan buat apa kita perlu berlindung daripada peluru kosong," katanya pada sidang akhbar selepas sesi taklimat Jabatan Penerangan Sabah di Wisma Dang Bandang di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar kelmarin, bahawa pakatan pembangkang dijangka dapat menubuhkan kerajaan baru dan sudah pun mempunyai Ahli-Ahli Parlimen BN yang bersedia untuk menyertai pembangkang.

Shabery berkata, BN tidak khuatir dengan kenyataan Anwar itu, sebaliknya pihak pembangkang yang perlu bimbang kerana hubungan mereka yang rapuh, khususnya kerajaan campuran di empat negeri di bawah pembangkang.

"Baru-baru ini, ramai wakil rakyat daripada parti pembangkang yang berjumpa dengan saya, meluahkan rasa tidak senang hati dan bosan dengan PKR yang disifatkan sebagai kuku besi.

"PKR terlalu tamakkan kuasa, merasakan seolah-olah mereka adalah parti dominan yang memerintah tetapi sebenarnya, parti ini terpaksa bergabung dan menumpang dengan parti lain untuk memerintah," katanya.

Katanya, wakil-wakil rakyat pembangkang tersebut sudah pun menemuinya dan menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai BN.

"Saya tidak sepatutnya mendedahkan perkara ini (keinginan pembangkang menyertai BN) dan perlu memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu," katanya.

Katanya lagi, pihak pembangkang tidak akan berjaya menarik wakil rakyat BN menyertai mereka kerana BN mempunyai hubungan yang rapat di antara parti komponennya.

"Susah untuk parti pembangkang menggugat BN kerana kita mempunyai jalinan kukuh dan hubungan sangat rapat termasuk dengan rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak," katanya

Read More...

Hassan Ali jelas isu babi, negara Islam

Malaysiakini

Azreen Madzlan | Apr 25, 08 3:55pm

Masyarakat Melayu tidak akan dipinggirkan dalam dasar-dasar kerajaan negeri Selangor tetapi ia tidak seharusnya membimbangkan orang bukan Melayu di negeri itu, kata exco kerajaan negeri, Datuk Hassan Ali.

hassan ali interview 240408 01Bukan Melayu juga, katanya, akan diberi peluang yang saksama untuk menikmati kemajuan di negeri termaju di negara itu, kata beliau yang mempengerusikan jawatankuasa hal ehwal Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Hassan yang juga ahli dewan undangan negeri (DUN) Gombak Setia, bercakap panjang lebar mengenai portfolio di bawah jagaannya.

Selain memberi jaminan akan bersikap adil kepada semua kaum, Hassan yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, menerangkan juga tentang rancangannya untuk memperbaiki infrastruktur di Selangor.

Untuk itu, katanya, beliau akan memanfaatkan pengalamannya selama tujuh tahun tinggal di Amerika Syarikat.

Beliau juga menjelaskan tentang kekeliruan yang timbul berhubung agenda negara Islam PAS dan pandangannya tentang isu ternakan babi secara moden.

Berikutan adala petikan wawancara dengan Dr Hassan:

Pada pandangan Datuk, mengapa orang Islam begitu sensitif terhadap itu ternakan babi setiap kali ia dibangkitkan?

Ia bukan sahaja mengenai soal agama, tetapi juga mengenai factor budaya. Mengenai agama, kita harus mengambil pendirian untuk menghormati satu sama lain. Orang lain juga mempunyai keperluan mereka. Islam menghormati keperluan orang lain yang menganut agama lain. Oleh itu, jika dilihat dari sudut tersebut, saya juga akan memberi peluang kepada orang bukan Islam. Mereka perlukan daging babi, mereka makan babi. Jadi mengapa tidak beri peluang untuk mereka mendapatkan daging babi, dan selain daripada itu, kemudahan yang lebih baik dalam menternak babi?

Kedua, bagi agama Islam, babi diharamkan. Mufti kita telah memberi penjelasan yang cukup baik mengenainya. Tentulah ianya haram bagi orang Islam, tetapi membenarkan orang (penganut agama) lain makan babi tidak dilarang. Bagi saya, ia menjadi obligasi pihak berkuasa Islam, seperti saya yang mentadbirkan negeri ini, memberi peluang yang saksama kepada bukan Islam untuk menikmati apa juga dalam ruang lingkup batasan moral dan etika di negeri ini.

Tetapi dari apa yang saya dapat lihat, orang Islam tidak melampau dalam isu ini. Bantahan yang kita lihat itu, saya rasa, telah diperbesar-besarkan, terutama oleh Umno. Bila kita menerangkan bahawa ianya adalah projek Umno dan orang Umno terbabit secara langsung dalam projek ini, sekarang saya rasa masalah ternakan babi tidak lagi menjadi isu besar. Jika Umno terus menerus memainkan isu tersebut, saya rasa mereka sendiri yang akan menanggung akibatnya, bukan kita.

Baca berita lanjut

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |