+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label penjelasan isu. Show all posts
Showing posts with label penjelasan isu. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Koleksi Video - Pemimpin Umno lebih teruk minum arak, berjudi -Zaid

Pemimpin Umno lebih teruk minum arak, berjudi




Harakahdaily

PETALING JAYA, 20 April:
Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata pemimpin Umno juga ramai mengambil alkohol sepertinya dahulu namun tidak berniat untuk mengaibkan mereka.

Beliau sewaktu wawancara eksklusif bersama Harakah dan Harakahdaily semalam memberitahu, isu itu sengaja ditimbulkan pemimpin Umno/BN setelah beliau menyertai Pakatan Rakyat kerana mahu menjatuhkan karier politiknya. [LIHAT VIDEO]

"Saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri-menteri macam saya dulu, tapi tidak menjadi isu pada waktu itu.

"Peribadi saya, karektor saya, Islam saya dipersoal setelah saya bersama-sama Pakatan Rakyat,” katanya yang juga pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, apa yang berlaku itu adalah sejarah lampau yang sudah lama ditinggalkannya yang berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruk itu.

"Saya manusia, dalam lumrah hidup kita adalah salah silap, tapi yang pentingnya apakah saya insaf dan sedar.

"Itulah beza saya dengan menteri Umno, saya berterus terang bukan hipokrit," tambahnya lagi.

Mengenai serangan peribadi oleh Umno terhadapnya, beliau menyerahkan kepada pengundi Hulu Selangor untuk menilai sikapnya setelah membuat pengakuan jujur sebelum ini.

Berhubung tuduhan bahawa beliau kaki judi pula, Zaid berkata semua tohmahan yang dilemparkan Umno itu tidak betul, sebaliknya perkara itu dilakukan pemimpin Umno.

"Kaki judi ini sebenarnya langsung tidak betul, yang berjudi besar sebenarnya di kasino-kasino adalah menteri-menteri Umno, berjuta-juta ringgit, hutang tak bayar, tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka.

"Tapi saya tak nak sebut dan tak nak aibkan mereka," jelasnya.

Sewaktu bertanding sebagai calon Umno/BN pada PRU 2004 di Kelantan, katanya, PAS sebagai parti lawan pada waktu itu langsung tidak menyentuh isu peribadinya biarpun parti Islam itu tahu latar belakang dirinya.

Tetapi pemimpin Umno kini sangat terdesak dan sangat takut sehingga terpaksa menggunakan taktik jahat menyerang peribadinya.

"Inilah budaya politik Umno sebenarnya, politik manusia yang takut kuasa mereka hilang.

"Inilah petanda mereka sedang cemas," katanya.

Read More...

Hulu S'gor: Perang 'botol arak' di dunia siber


Malaysiakini

Nigel Aw
Apr 19, 10
8:20pm

Beberapa pemimpin utama Umno kini turut terkena tempias kepanasan kempen serangan peribadi terhadap calon PKR Datuk Zaid Ibrahim yang dikaitkan dengan tabiat minum arak.

Ia ekoran tindak balas penulis blog pro-Pakatan yang menyiarkan foto yang dikatakan menunjukkan pemimpin Umno itu, turut melakukan perkara yang sama.

Dua blog memulakan 'perang' dengan mendakwa mereka akan menyiarkan bukti tabiat minum Zaid tengahari ini. Berita tersebut turut disiarkan di muka depan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Dua blog pro-Umno - Gerakan Anti-PKR dan Pisau.net - masing-masing menyiarkan gambar Zaid meletakkan tangannya atas meja dengan memegang sebotol wiski yang belum dibuka.

Selepas beberapa jam berlaku, posisi ganjil tangan dan botol tersebut, membuat warga internet membuat kesimpulan bahawa gambar itu telah diubahsuai.

Gambar asalnya disiarkan pada 2008 oleh portal berita Nut Graph, yang menunjukkan Zaid sedang diwawancara di sebuah restoran, tanpa botol wiski tersebut.

'Gambar menteri dan isteri'

Menurut artikel Gerakan Anti-PKR, gambar tersebut diberikan oleh 'orang dalam PKR' dan penulisnya berjanji banyak lagi pendedahan akan menyusul.

Penulisnya mendakwa dia memiliki lapan lagi gambar dan video selama lapan minit mengenai tiga pemimpin PKR dalam "situasi yang memalukan".

Dalam reaksi tindakan balas, blog bernama Salt, Pepper and a little kicap menyiarkan satu siri foto yang dikatakan menunjukan seorang pemimpin kanan Umno yang juga menteri kabinet, sedang memegang satu tin bir. Foto itu juga menunjukkan isteri pemimpin Umno tersebut, juga melakukan perkara yang sama.

Artile tersebut kemudiannya dipetik oleh peguam terkemuka Haris Ibrahim dalam blognya, di mana beliau mengecam menteri berkenaan kerana mendakwa Umno tidak terbabit dalam serangan peribadi terhadap Zaid.

Ahli parlimen Kota Belud yang juga bekas setiausaha Pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan terus menjawab melalui twitternya, mendakwa gambar tersebut telah diubahsuai.

Kemudiannya, satu lagi gambar muncul di internet di mana seorang individu yang kelihatan seperti ahli parlimen Rembau yang juga ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dan dua orang wanita.

Suasananya kelihatan seperti di kelab malm dan mereka duduk di depan meja yang penuh dengan botol minuman keras.

Perkara itu sampai ke perhatian Khairy yang menjawabnya melalui Twitter.

"Apa yang betul? Adakah saya minum apa2 dalam gambar tersebut?" soalnya.

Ketika dihubungi, ketua penerangan PKR, Latheefa Koya berkata pengedaran gambar Zaid yang diubahsuai itu dan paparan besar mengenainya oleh Utusan Malaysia, menunjukkan bahawa BN sudah ketandusan idea.

Sebaliknya, kata beliau, pihaknya tidak mahu tersimpang daripada isu-isu sebenar di Hulu Selangor dan para penulis blog berkenaan "boleh buat apa sahaja yang mereka mahu".

Usaha untuk menghubungi Khairy untuk mendapatkan komennya tidak berhasil.

Read More...

Tuhan Selamatkan PKR Dari Dikencing Halili.

msomelayu

(gambar dari KLpos)

TUHAN Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Kalau Tuhan ingin menolong sesuatu pihak mudah saja, cukup bagi-Nya dengan mengatakan kun fayakun, jadi maka jadilah. Pengumuman Dr Halili Rahmat keluar darip PKR dan menyertai Umno hari ini adalah atas kehendak Tuhan.

Langkah Dr Halili dilihat pahit untuk ditelan, tetapi kalau diselami ia bertimbun dengan rahmat. Tuhan mengawalkan Halili menyertai Umno sebelum beliau menjadi ahli parlimen atau dalam keadaan beliau sudah menjadi ahli parlimen.

Apa kata, kalau beliau dipilih jadi calon Hulu Selangor dan kemudian menyertai Umno, tentu luka hati penyokong dan ahli PKR makin parah. Sungai Choh, Ampang Pecah di Kuala Kubu Baru akan menjadi merah kerana disimbah darah kekecewaan ahli. Ahli akan menangis atas tindakan itu kelak.

Apabila Tuhan mengawalkannya membawa Halili ke dalam Umno ini bermakna Tuhan tidak mahu ahli PKR dan Pakatan Rakyat merasai kesedihan atasnya lebih parah lagi. Sekurang-kurangnya dengan Tuhan membuka pintu hati Halili menyertai Umno ia membolehkan ahli PKR cepat mencari ubat merawati dan mbaluti kelukaan itu. Ahli PKR dan penyokong PKR kena bersujud syukur kepada Terima atas apa yang berlaku ke atas Halili.


Saya cukup yakin, dan dari sumber yang diperolehi kenapa beliau tidak dipilih sebagai calon kerana sudah ada keraguan dan kesetiaan beliau kepada parti. Itulah yang menjadi dilema kepada Anwar Ibrahim dalam menimbangkan Halili dan calon lain menjadi calon. Anwar juga sudah tahu ke mana sahabat karibnya itu. Dan ia tidak menghairankan kalau Ezam Mohd Noor yang dikembangbiakkan oleh Anwar pun boleh meninggalkan dan mencerca Anwar sambil berlari-lari ke rumah Umno semula. Jadi apalah sangat dengan Halili dan orang-orang sejenis dengannya. Bagaimana cara Ezam mengentuk pintu belakang Umno begitulah juga Halili.

Apa lah Halili berbanding dengan Ezam dan lain-lain. Seorang pakar bedah saraf boleh dan pakar membedah tetapi dia tidak pakar dalam menilai saraf politik yang lebih shofiketed dari saraf kepala manusia. Saya sebelum ini pun tidak pernah menulis dan mencatat nama Dr Halili ini menunjukkan nama itu hama dalam kamus politik saya. Dia menjadi sebutan hanya kerana diambil Anwar menjadi doktor peribadi.

Yang tinggal dalam Keadilan adalah mereka yang kental. Mereka yang suci hati dan nekad berjuang untuk melakukan perubahan demi rakyat. Pun begitu kesetiaan seseorang tidak boleh diukur. Hari ini mungkin setia esok mungkin memungkiri segala persetiaan. Itulah manusia. Mereka yang rapuh, lemah semangat dan tidak tahan diugut dengan api perjuangan, akan menggeletar dan mengaku kalah kepada musuh.

Sekali lagi terima kasih kepada Halili kerana bersikap gentlemen menyertai Umno tidak dalam mendapat mandat rakyat. Pasti ahli PKR akan lebih kecewa kalau beliau bertindak seperti beberapa yang lain setelah berjaya memasuki ke parlimen yang dihampar karpet merah oleh rakyat kemudian berak dan kencingnya atas laluan itu.

Dalam usaha menganggui semangat dan jentera PKR saya percaya selepas ini ada bebera individu lain akan mengikut jejak Halili. Kalaupun tidak orang besar tetapi pembantu Halili semasa dalam bilik pembedahan pasti akan menurut jejak bosnyanya.

Begitu juga dengan calon bebas Melayu itu saya saya dia juga akan mengistyharkan diri dan menyokong Umno. Hari ini Chandran sudah berbuat demikian. Membatalkan niat dan menyatakan sokongan kepada MIC. Dari awal sudah diduga kenapa dan mengapa Johan Mat Diah menyertai pilihan raya berkenaan ia adalah strategi dan motif yang jelas.

Orang sudah tahu di mana akar politiknya. Ia bertunjang di Shah Alam Selangor. Kalau akar tunjang sudah buruk sudah pasti akar cabang, akar rambut dan ranting serta daun-daun pokok berkenaan semuanya akan buruk dan akan layu yang mana akhirnya pokok itu akan menyembah bumi.

Saya percaya ahli PKR dan Pakatan Rakyat sudah memahami tribulasi ini. Makanya hadapilah hari-hari mendatang yang tersisa selama enam hari saja lagi dengan penuh semangat dan keyakinan kepada perjuangan yang tidak berbelah bahagi. Percayalah apa yang berlaku hari ini, esok dan lusa itu semua menandakan kedudukan UBN hari ini sudah benar-benar terdesak. UBN akan sedia menerima apa saja untuk menguatkan partinya hatta bangkai.

Ahli PKR dan penyokong Pakatan Rakyat perlu menjadikan tindakan berpaling tadah Halili itu sebagai penyuntik semangat baru untuk berkerja lebih kuat lagi demi kemenangan PKR. Jangan sesekali merasa cemas dan hilang tumpuan dengan kejutan yang kecil itu.

Ingatlah kemenangan sejati ialah bila kita mampu mempertahankan prinsip dan setia janji kepada rakyat bukannya bersikap hipokrit untuk melepaskan diri dan membalas dendam atas kekecewaan kerana sesuatu sebab.
[*** 12:15 t/hati 18/04/10]

Read More...

Monday, April 19, 2010

Gambar Zaid Ibrahim Minum Arak? Superimpose?

Tranungkite

Posted on Monday, April 19 @ 00:34:11 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
CyberSniper
Analisis Isu
Oleh: Pemerhati

GAP telah menyiarkan gambar Zaid Ibrahim yang dikatakan peminu arak tegar. Namun gambar yang di siarkan hanyalah gambar Zaid Ibrahim bersama botol arak. Bukannya sedang meminum arak. Mungkin gambar yang meminum arak masih di simpan untuk dijadikan senjata terakhir.

Yang bermain diminda pemerhati, adakah ia sekadar gambar superimpose? Forum TKO ada pendedahannya...



gambar ini dikirimkan kepada gap oleh 'sumber dalaman pkr' .

Tulisan poyang dalam forum TKO

Kawan pikir ada baiknya dihentikan penyebaran gambar zaid yang dikatakan sedang pegang botol kerana gambar tersebut sah dipalsukan.

Gambar tersebut diambil daripada portal http://www.thenutgraph.com/man-of-a-hundred-contradictions dan gambar asal itu tidak ada pun Zaid memegang botol apa-apa.




Inilah gambar asal tersebut:


Kawan bukan penyokong Zaid tetapi perkara ini ternyata tidak tepat dan boleh masuk dalam bab fitnah kot....

Read More...

Kaki botol: Sudah sampai tahap fitnah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 April: Umno melalui rakan-rakan blogger mereka nampaknya secara bersungguh-sungguh benar mahu mengaibkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan tuduhan kaki botolnya.

Namun, apa yang dibuat oleh mereka keterlaluan sehingga sanggup membuat gambar palsu bagi membuktikan tuduhan mereka.

Walaupun Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein menafikan Umno terlibat dengan tuduhan itu, tetapi akhbar Umno sendiri antara yang terlibat dengannya secara langsung.

(Gambar kiri yang disiarkan oleh blogger Umno manakala gambar kanan adalah gambar asal yang menjadi sumber gambar ini)

Ia disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia Ahad lepas dengan berselindung di sebalik cabaran dari Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Ekoran dakwaan muka depan Mingguan itu para blogger Umno berbondong-bondong kononnya menyahut cabaran Azmin untuk membuktikan Zaid kaki botol.

(Gambar kiri adalah gambar yang disiarkan oleh blogger Umno manakala kanan adalah gambar asal Zaid )

Dalam laman ini adalah dua gambar yang disiarkan oleh para blogger Umno ini kononnya ia adalah bukti Zaid sedang minum arak padahal ia hanya gambar yang dibuat semula secara palsu.

Di siarkan juga gambar asal yang di'super impose'kan oleh para blogger ini atas dasar untuk memberikan bukti kepada Azmin, ini dia buktinya.

Read More...

Sunday, April 18, 2010

"Saya sudah insaf dan mohon keampunan tuhan," - Zaid Ibrahim

Mstar Online

HULU SELANGOR: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim hari ini secara tidak langsung mengakui bahawa beliau pernah mengambil minuman keras apabila berkata beliau kini sudah insaf dan memohon kemaafan daripada Allah.

“Saya sudah mintak maaf dengan Allah s.w.t dan saya mintak maaf dengan rakyat Selangor.

“Saya sudah perjelaskan sebelum ini, saya bukan malaikat dan ada kelemahan semasa saya muda dahulu. Kalau Umno hendak mainkan isu ini kerana mereka itu malaikat terpulanglah,” katanya pemberita selepas menunaikan solat asar di masjid Kerling di sini hari ini.

Hari ini, akhbar Mingguan Malaysia dalam laporan muka depannya memetik Naib Presiden PKR, Azmin Ali, mencabar BN mengemukakan bukti berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadap calon mereka yang didakwa sebagai kaki botol tegar.

Zaid dipertaruhkan PKR bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan, bakal berdepan saingan empat penjuru daripada BN dan dua calon Bebas yang turut menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya kecil 25 April ini

Mengulas lanjut isu berkenaan, Zaid yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baru berkata, apa pun kelemahan dan ketidaksempurnaannya sebagai seorang manusia beliau masih mampu menjadi wakil rakyat yang baik dan memperjuangkan hak rakyat sekiranya menang dalam pilihan raya kecil ini.

“Saya tidak kisah jika Umno hendak serang peribadi saya..serang lah mereka tak perlu berhenti.Mereka ada tujuh hari lagi untuk serang saya.

“Apa yang silap itu silaplah, saya tidak lari daripada kebenaran. Saya tidak hipokrit dan bukan macam mereka. Bila saya silap saya mengaku tapi mereka tidak mereka angkuh,” ujarnya.

Zaid percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai sama ada beliau layak atau tidak menjadi wakil rakyat di sini.

“Kalau saya layak saya akan menang, kalau tidak layak saya kalah. Itu sahaja,” katanya.

Ditanya bila beliau berhenti daripada amalan minum arak itu Zaid berkata: “Itu tak usahlah kita bercerita. Itu cerita lama yang tak perlu diungkitkan lagi.”

Dalam perkembangan berkaitan, Zaid berkata beliau tidak perlu bersumpah untuk membuktikan dia tidak pernah minum arak.

“Apa nak sumpah-sumpahnya suruh lah orang-orang yang minum arak dalam Umno itu bersumpah dahulu. Sumpah adalah urusan saya dengan tuhan, tak perlu tunjuk kepada mereka,” katanya ketika mengulas mengenai cabaran yang dilontarkan oleh Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof mencabar bekas menteri Kabinet itu supaya bersumpah bagi membuktikan beliau tidak pernah minum arak.

Read More...

Tuesday, September 8, 2009

Pemindahan kuil Hindu Seksyen 19 dibekukan

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman
Sep 5, 09
2:00pm

Kerajaan Selangor memutuskan untuk memembekukan rancangan memindahkan kuil Hindu di Seksyen 19, Shah Alam ekoran bantahan keras penduduk Seksyen 23 - tempat kuil itu hendak dipindahkan - dalam sesi dialog pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita di kediaman rasminya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Khalid berkata rancangan pemindahan kuil yang mencetuskan kontroversi itu, dibekukan sehingga tapak alternatif yang sesuai dikenalpasti.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ADUN Batu Tiga turut hadir.

Ditanya bila satu penyelesaian dijangka dicapai, Khalid berkata "secepat mungkin, tetapi proses sewajarnya perlu diikuti, termasuk mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak terbabit."

"Selepas kita bertemu PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor), MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam), maka kita akan kemukakan cadangan mengenai pemindahan kuil tersebut," katanya.

Ditanya sama ada pemindahan kuil itu ke Seksyen 23 dibatalkan, Khalid mengulangi bahawa "ia dibekukan".

Katanya, ekoran bantahan penduduk dalam sesi dialog pagi tadi, kerajaan negeri terpaksa terpaksa menilai semula cadangan memindahkan kuil Sri Mariaman itu ke Sekyen 23.

"Kita faham, perkara yang melibatkan agama merupakan isu sensitif. Tetapi kita tidak akan menyapunya ke bawah permaidani (mengelak daripada menyelesaikannya)," katanya.

Menegaskan beliau tidak kecewa dengan insiden itu, Khalid Ibrahim berkata, bantahan itu telah dijangka, berdasarkan mood penduduk setempat ketika ini.

"Kita hargai hujah yang baik dan positif, walaupun ia bersulamkan emosi," katanya yang tidak mahu menyalahkan pendudik Melayu yang membantah keras cadangan tersebut.

Sementara itu, Khalid Samad pula menyifatkan insiden pagi tadi berpunca daripada salah faham semata-mata ekoran terdapat anggapan bahawa keputusan telah dibuat.

Sedangkan, katanya, perkara itu masih di peringkat cadangan.

Ditanya kewajaran kerajaan negeri membenarkan petugas Unit Amal PAS memasuki dewan di MBSA, tempat dialog itu diadakan - yang menimbulkan kemarahan penduduk - menteri besar berkata, ia bertujuan membantu pasukan penguatkuasa mengawal keadaan.

Bagaimanapun, Khalid meminta perkara itu tidak dipanjangkan kerana ia telah selesai.

Read More...

Sesi ‘Dialog’ Dengan Penduduk Seksyen 23

Khalid Samad

Semua melihat apa yang berlaku dalam sesi dialog tersebut. Saya merasakan ianya peristiwa yang amat memalukan ummat Islam. Tengah-tengah bulan puasa pula. Sedih. Itulah apa yang berlaku bila tidak menghayati ajaran agama dan tidak juga menerima asuhan yang baik dari pemimpin. Hishamuddin memberi sokongan dan dorongan secara terbuka dan selepas itu menyedari tidak boleh secara terbuka, mesti secara tertutup. Seterusnya mengutuk tetapi semua tahu, reaksi awal adalah apa yang sebenar tersemat di hati. Hakikatnya tukang demo tidak dikenakan apa-apa tindakan hingga ke hari ini. Sedangkan tindakan mereka jelas melampaui batas. Ini adalah bukti bahawa Hishamuddin membela dan melindungi mereka. Begitu juga si Noh Omar, ‘hero Melayu’ gelar mereka.

Matlamat sesi dialog adalah untuk mendapat pandangan dan reaksi penduduk terhadap cadangan pemindahan berkenaan. Ianya merupakan langkah terakhir dalam proses lima langkah seperti berikut :-

1. Tapak cadangan dari PKNS - Ini adalah kerana telah dipersetujui PKNS akan menggantikan tapak kuil di Seksyen 19 dengan tapak lain milik mereka kerana tapak di Seksyen 19 akan diambil alih oleh mereka.

2. Persetujuan MBSA bahawa lokasi berkenaan adalah sesuai. Ini adalah wajar memandangkan MBSA adalah pihak yang bertanggung jawab atas perancangan bandar Shah Alam.

3. Persetujuan AJK Kuil – ini telah diperolehi selepas proses perbincangan pada hujung bulan Mei. Nota mesyuarat ditanda-tangani sebagai bukti persetujuan mereka kerana tidak mahu berlaku penafian atau bertukarnya fikiran. Surat inilah yang dijaja oleh orang-orang demo kepala lembu itu. Persetujuan AJK kuil perlu kerana dasar PR ialah musyawarrah bukan paksa pindah ke mana orang lain tetapkan.(Itu dasar UMNO – rujuk pengakuan bangga KT).

4. Persetujuan Kerajaan Negeri atas cadangan untuk memindahkan kuil ke tapak yang dicadangkan. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri mahu memantau semua aktiviti pembinaan dan perobohan kuil.

Pada tahap ini, cadangan mencapai status sebagai ‘cadangan rasmi’ dan barulah boleh dibincangkan dengan pihak awam, terutama penduduk sekitar kawasan berkenaan. Mengadakan perbincangan bersama penduduk sebelum mendapat persetujuan ke empat-empat pihak ini tidak memberikan sebarang makna, kerana cadangan itu belum lagi merupakan cadangan rasmi.

5. Pertemuan dan perbincangan dengan penduduk berhubung cadangan yang telah dipersetujui terlebih dahulu oleh ke empat-empat pihak seperti di atas. Ini adalah kerana walau macam mana sekalipun, penerimaan oleh penduduk sekitar adalah penting untuk menjamin keharmonian.

Jika berdasarkan peraturan yang sediada, peruntukan jarak melebihi 50 meter tidak mewajibkan sebarang perbincangan diadakan dengan penduduk. Namun dasar PR adalah untuk mengadakan perbincangan walaupun jaraknya melebihi 50 meter, jika dilihat akan memberikan kesan. Sekiranya penduduk bersetuju, maka inilah yang ideal dan cadangan itu boleh dilaksanakan. Sekiranya setelah dikemukakan, penduduk menolak maka adalah lebih baik untuk dipertimbangan tapak alternatif sekiranya ada.

Malangnya kerajaan Negeri Selangor tidak diberi peluang untuk membentangkan cadangan ini di peringkat ke-5. Cadangan ditolak sebelum ianya dikemukakan dengan cara amat tidak sopan.

Hakikatnya, sekiranya cadangan ditolak secara sopan sekalipun – iaitu tanpa sebarang aksi yang telah ditunjukkan sebelum ini, kerajaan PR akan mengambil kira pandangan penduduk. Namun atas sebab hasutan pihak tertentu dan kempen salah-maklumat yang dilakukan maka cadangan ditolak mentah-mentah dengan cara paling tidak sopan. Yang dipertikaikan adalah cara bantahan dibuat, bukannya bantahan itu sendiri. Ada yang menganggap kerajaan negeri sudah pun mahu mula pembinaan! Sedangkan tiada pelan kuil yang telah diluluskan. Nak bina macam mana kalau tiada pelan?

Kami dituduh tidak mahu mendengar pandangan penduduk. Yang hadir pada hari tersebut melihat secara jelas siapa sebenarnya yang tidak mahu mendengar. Ini boleh dibuktikan melalui video clip yang tersiar di beberapa blog. Hanya blog UMNO yang tidak mahu menyiarkannya kerana tahu ianya hanya akan memalukan mereka. Semua tahu yang berperangai sedemikian bukan ahli PAS dan bukan PKR. Nafikanlah berapa kali sekali pun, rakyat tahu ini perangai UMNO.

Saya diberitahu juga ada pihak yang mendakwa bahawa mereka yang terlibat membuat kacau semasa sesi dialog tempohari adalah terdiri dari ahli PAS dan PKR. Sekiranya benar, maka saya cadangkan mereka ini dihadapkan di bawah lembaga disiplin parti, dipecat dan sekiranya didapati bersalah dikenakan tindakan dibawah akta hasuatan. Dalam masa yang sama, saya juga berharap jika ada ahli UMNO yang terlibat sama, maka mereka juga dikenakan tindakan yang sama. Mahukah mereka melakukan perkara yang sama sekiranya benar-benar yakin?

Teringat saya kisah Haji Bakhil. Dia tanam duit di sesuatu tempat dan meletakkan papan tanda ‘Tiada Duit Di Sini’. Datang pula Haji Bahalol menggali dan mengambil duit berkenaan. Seterusnya dia meletak papan tanda yang menyatakan ‘Bukan Hj Bahlol yang ambil duit di sini’. Bagi saya, begitulah penafian mereka terhadap keterlibatan UMNO dalam soal ini.

Esoknya Najib dengan gembiranya mengumumkan sesi dialog tersebut merupakan bukti kegagalan PR mentadbir Negeri Selangor. Persoalannya, adakah kemungkinan orang-orang yang bertindak samseng diminta berkelakuan sedemikian supaya Najib boleh membuat kenyataan sebegini? Sudah pasti mungkin! Dan ini juga merupakan penjelasan munasabah mengapa mereka bertindak sedemikian rupa. Tanpa provokasi dan tanpa sebab seperti yang telah dijelaskan.

Sebenarnya kenyataan Najib sendiri itu pun tidak benar sama sekali. Kerajaan negeri telah berjaya mengadakan sesi dialog dengan penduduk dan maklumat yang diinginkan telahpun diperolehi (walaupun bukan melaui jalan perbincangan yang diharapkan) iaitu penduduk setempat menolak cadangan tersebut. Mungkin bagi Najib ‘kejayaan’ diukur berdasarkan nilai projek yang dijalankan. Khir Toyo membelanjakan RM600,000 dan ini dianggap ‘kejayaan’. Walaupun masalah tetap tidak diselesaikan! Kontraktor juga yang untung.

Sebagai kerajaan yang perihatin, kami mengambil kira penolakan ini oleh penduduk Seksyen 23, bukan kerana ianya dilakukan secara biadab, tetapi kerana ianya adalah pandangan penduduk setakat mana yang boleh diperolehi. Walaupun ramai yang berdiam diri, namun itulah keputusan yang dizahirkan.

Begitu jugalah dengan kenyataan Khir Toyo. Dia dengan gembiranya menyatakan bahawa semasa dia MB, tiada masalah sebegini. Ya, betul kerana kami sebagai pembangkang merupakan pembangkang yang bertanggung jawab. Kami tidak menggunakan provokasi samseng atas isu-isu perkauman dan agama seperti mereka. Mereka bila jadi pembangkang, jelas merupakan pembangkang yang tidak bertanggung jawab! Bila memerintah pun menjadi kerajaan yang tidak bertanggung jawab, bila pembangkang begitu juga, pembangkang yang tidak bertanggung jawab!

Seterusnya kami telah pergi melawat tapak alternatif dengan kadar segera. Kami ingin memenuhi hak penduduk Seksyen 19 dan juga hak kuil tersebut. Tapak tanah di tepi kilang Nitto Denko Seksyen 23 telahpun kami lawati pagi tadi bersama PKNS, MBSA, para ADUN dan juga MB. Seterusnya akan dikemukakan kepada AJK kuil. Sekiranya mereka setuju, akan disediakan kertas cadangan untuk kelulusan Exco Kerajaan dan melalui 5 proses yang sama seperti yang telah dinyatakan. Lokasinya ditanda dipeta yang disertakan.


Sambil semua perkara ini diusahakan, saya berharap semua bertenang dan bersabar. InsyaAllah masalah ini akan diselesaikan dengan baik walaupun UMNO berusaha untuk mengagalkannya. Itulah sahajalah yang UMNO pandai buat: KACAU.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Read More...

Wednesday, September 2, 2009

Menjejak dalang di sebalik kepala lembu berdarah

Harakahdaily

Dzulfikar Mashoor

Wed | Sep 02, 09 | 3:52:10 pm MYT

SHAH ALAM, 2 Sept: Sejak demontrasi mengarak kepala lembu berdarah terjadi enam hari lalu, khalayak rata-ratanya ingin tahu siapakah sebenarnya di belakang demonstrasi yang mendakwa diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam ini.

Harakahdaily mengambil inisiatif bagi mengenalpasti siapakah mereka yang terlibat itu. Terbukti, hampir kesemua mereka adalah pemimpin Umno Selangor dan tempatan iaitu Seksyen 23.

Bagi menganalisanya, klik video youtube digunakan sebagai rujukan.

Analisis impirikal ini dibuat bersama dua Exco Pemuda PAS Selangor Nadzham Haji Ahmad Nazir (berkolar kuning) dan Mohd Khairul Afandi Ibrahim (berbaju hitam berlogo PAS).(gambar bawah)

Berdasarkan klip youtube tersebut, Nadzham mendakwa bahawa dalang sebenar perhimpunan terbabit adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23, Haji Azmir Mohd Zain.

Jelasnya, Azmir merupakan adik kandung kepada bekas Adun Kota Anggerik Dato' Nawawi Md. Zain (dalam Parlimen Shah Alam) yang mewakili Umno dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.

"Kalau dah ada Ketua Penaja Umno (cawangan) Seksyen 23 menjadi kepala demontrasi itu, siapa lagi dalangnya?" kata Nadzham.

Image"Kalau orang PAS, kita (ahli-ahlinya) tidak akan demontrasi isu perkauman, (sebaliknya) kita akan demontrasi isu hak asasi dan Islam. Sudah lama kita (pemimpin PAS) ditangkap, kene gas pemedih mata, dibelasah FRU (atau) dikenakan Akta Hasutan serta ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)."

Jelasnya lagi, Azmir turut dikenali khalayak tempatan sebagai salah seorang penggerak pasar malam yang menguasai kawasan panas, Up-Town Shah Alam.

"Dia (Azmir) salah seorang yang kuasai Up-Town Shah Alam. Itu sebab walaupun penduduk setempat membantah (dan) pungut tandatangan bantahan disebabkan (bunyi) bising-bising, sampai sekarang tak berjaya (dipindahkan); sebab Dato' Nawawi di belakangnya," katanya lagi.

Nadzham yang pernah dikenali sebagai penggerak Pemuda Umno Shah Alam pada era Reformasi 1998, sebelum menyertai PAS.

Tambah Nadzham lagi, antara demontran yang cuba menyamar sebagai pemuda PAS dalam demontrasi ekstrem tersebut adalah bekas Bendahari Pemuda Umno Shah Alam sendiri, selepas meneliti klip youtube Malaysiakini.

Menurut Khairul Afandi pula, demontrasi melampau tersebut turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Selayang, Sohaimi Shahadan.

ImageSumber dalamam Umno ketika dihubungi kemudian bukan sahaja mengesahkan keahlian Umno Sohaimi, malah menjelaskan bahawa Sohaimi bukanlah penduduk tempatan Seksyen 23, di sini. Sebaliknya, beliau bermastautin di Batu 19, Kuang, Rawang.

Sumber tersebut juga mendedahkan bahawa terdapat kes kuil bersebelahan masjid di Sungai Buluh (berdekatan Kuang) yang sampai ke pengetahuannya beberapa tahun lalu (iaitu sewaktu Umno BN memerintah Selangor), tetapi beliau mengambil sikap sambil lewa sahaja.

Sumber tersebut juga mendakwa Sohaimi merupakan antara individu yang terbanyak mengaut tender projek di bawah Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani melalui Menterinya Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, sejak kerajaan Selangor jatuh di bawah Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Khairul juga mendakwa penduduk tempatan tidak mengenali Ibrahim Sabri yang mendakwa sebagai Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini; sehinggalah sebuah akhbar harian membuat liputan luar biasa ke atasnya.

Sambil menyifatkan Ibrahim Sabri berdusta kepada khalayak, Khairul dan Nadzham juga mendakwa lelaki misteri itu cuba mencari helah apabila banyak pihak mempertikai tindak tanduk mengarak dan menendang kepala lembu berdarah itu.

Image"Sepatutnya dia (Ibrahim Sabri) sebagai penganjur menasihati supaya kepala lembu berdarah itu tidak dibawa bersama perarakan itu," katanya.

Ibrahim turut didakwa cuba mencari helah untuk mengelakkan Umno mendapat nama burok dari peristiwa itu.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Ibrahim berkata:

"Sebenarnya kita sendiri tidak menyangka perhimpunan yang diadakan itu di hadapan bangunan SUK selepas solat Jumaat itu ada orang yang membawa kepala lembu."

Jelasnya lagi, cadangan mengarak kepala lembu 'berdarah' itu tidak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pendududuk Seksyen 23.

Namun rakaman Youtube Malaysiakini, membayangkan Ibrahim bersifat ekstrem, kalau tidak pun terlibat mengarak kepala lembu yang segar berdarah itu.

"Kami (mewakili) penduduk Syeksyen 23 (Shah Alam) sekali lagi menyatakan tidak akan berganjak walaupun seinci,walau nyawa habis (terkorban), walau darah mengalir; kami tetap pertahankan Seksyen 23 (Shah Alam) daripada dibina kuil,� kata Ibrahim sebagaimana yang dirakamkan dalam video itu.

ImageAgendadaily melaporkan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar semalam berkata, "Jangan tuding jari pada pihak lain (Umno), saya sendiri lawat tapak di Seksyen 23 pada 18 Ogos lalu untuk terima memorandum bantahan yang hendak diserah kepada Perdana Menteri."

Bagaimanapun, Noh dalam kenyataannya 18 Ogos lalu mahu menyertai bantahan penduduk dengan mendapatkan injunksi Mahkamah atas cadangan kerajaan negeri membina kuil tersebut.

Beliau mendakwa keputusan itu sebagai mainan politik Pakatan Rakyat negeri, demi mengetepikan bantahan penduduk setempat Jumaat lalu.

Semalam, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar pada satu kenyataan akhbar di Pejabat Agong PAS berkata, "Saya lihat bahawa isu ini ada kepentingan politik kepada Umno Barisan Nasional dengan mengadu domba hubungan antara kaum yang harmoni dalam negara kita untuk mencetuskan suatu keadaan tegang bagi survival politik mereka."

ImageAhli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang ditemuramah lewat malam tadi, mempertikai tindakan Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammudin Tun Hussien yang menyanjungi para pemuda ekstrem terbabit.

"Saya diberitahu bahawa Hishamuddin akan turun sendiri ke sini (Seksyen 23) untuk bertemu dengan samseng-samseng terbabit. Itu suatu penghormatan (Hishamuddin) sedangkan samseng-samseng itu jelas membelakangkan undang-undang dalam isu ini."

"Saya tahu bahawa yang bercakap itu (demontrasi kepala lembu berdarah) bukan mewakili penduduk setempat (Seksyen 23). Saya sedih melihat bagaimana samseng-samseng itu boleh bertindak sesuka hati mereka.

Image"Orang-orang sebegini sepatutnya sudah lama dikenakan tindakan undang-undang (kerana) mereka sudah merosakkan harta benda awam, mengancam orang ramai dengan kata-kata hasutan. Mereka dikebalkan sehingga mengugut penduduk yang mempersoal tindakan mereka," katanya.

Tanpa menyebut nama-nama mangsa, Khalid juga menjelaskan bahawa beberapa saksi kejadian yang tampil membuat kenyataan sudah diugut serta diarahkan meninggalkan kediaman mereka, di sini.

Khalid juga menjelaskan bahawa beliau masih menunggu maklum balas pihak Polis sejak Sabtu lepas.

Utusan Melaporkan, Noor Azam memaklumkan bahawa sudah terdapat 52 laporan Polis daripada penganut Hindu berhubung insiden tersebut

ImageWartawan Harakahdaily, yang turut turun ke Seksyen 23 petang semalam mendapati Pasukan Gerakan Am (PGA) masih berkubu di Dewan Serbaguna MBSA di sini.

Dua penduduk yang membuat kenyataan kepada Harakahdaily 30 Ogos lalu memeberitahu, diri serta keluarga mereka dikecam, dipulau serta diancam oleh suatu pihak yang tidak dikenali.

Ditanya sama ada responden terbabit ada membuat laporan Polis, kedua-duanya memberikan alasan takut terus diancam pihak terbabit. _


Read More...

Thursday, May 28, 2009

'Penjelasan kenapa saya tarik diri' - Husam

Harakahdaily

Azamin Amin
Thu | May 28, 09 | 9:09:22 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS Dato' Paduka Husam Musa memberi penjelasan bahawa beliau menarik diri daripada menyertai program Hujah terbitan TV9 adalah kerana panel debat Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak dapat hadir.

"Oleh yang demikian saya dengan rasa dukacita, menarik diri dari menyertai program ini dan menasihati penerbit rancangan supaya ianya ditunda kepada satu tarikh lain di masa hadapan yang sesuai dengan jadual YB Menteri," katanya melalui satu kenyataan yang disiarkan dalam blognya.

Beliau telah menyatakan persetujuan menyertai debat ini selepas pegawainya mengesahkan dengan pihak pengajur, bahawa Zahid disahkan datang dan tidak mahu digantikan dengan pihak lain

"Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, samada dalam parti mahu pun kerajaan. Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Dato' Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau,"katanya

Namun katanya pada 25 Mei, malam, TV3 mula menyiarkan iklan beliau berdebat dengan Ezam Mohd Noor, tanpa persetujuannya terlebih dahulu.

Husam berkata penganjur langsung tidak bersikap profesional manakala Zahid langsung tidak bertanggungjawab malah jika Zahid menggantikan seseorang seperti Setiausaha Politiknya sudah cukup untuk menunjukkan rasa hormat terhadap tanggungjawab beliau kepada masyarakat umum sebagai Menteri Kabinet.

"Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab dari gagalnya debat pada malam tadi. Tidak Zahid, tidak juga TV9?

"Saya sudah berada di Sri Pentas malam tadi. Zahid tidak muncul. Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru," kata Husam. - azm_

Read More...

Wednesday, May 27, 2009

Blog komunis jawab Rais Yatim

Malaysiakini

May 26, 09 1:59pm

Blog bekas gerila Parti Komunis Malaya (PKM) yang menjadi sasaran kecaman Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam menjawab balas kenyataan keras menteri penerangan hari ini.

Penulis blog tersebut yang memperkenalkan dirinya Mat Amin menyifatkan usaha menghalang penyebaran sejarah perjuangan bersenjata mereka sebagai "tidak demokratik" dan "tidak profesional."

Mat Amin - yang mendakwa bekas gerila Rejimen ke-10, seksyen tentera Melayu PKM - menjelaskan sumbangan, suka dua dan perkembangan pasukannya itu termasuk di kampung perdamaian di Sukhirin di selatan Thailand.

communist malaya members with malaysia ministers and vips 260509 02Selain mempertikaikan kenyataan Dr Rais yang ingin membawa penyebaran positif sejarah komunis ke jemaah menteri esok, blog yang sama memuatkan beberapa foto pertemuan pemimpin besar rejimen tersebut beberapa tokoh negara, termasuk Sultan Perak.

Abdullah CD dan isterinya Suriani Abdullah dilihat bergambar dalam dua keping foto - masing-masing dengan bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar dan bekas menteri luar bandar Datuk Aziz Samsuddin pada Disember 2007 di satu majlis.

Sekeping lagi memuatkan gambar rombongan Abdullah diterima menghadap Sultan Azlan Shah pada Disember 1998.

Selain ingin membangkitkan isu blog komunis dalam mesyuarat kabinet, Dr Rais juga menggesa orang ramai agar tidak "terburu-buru mengikuti dan meminati penulis blog yang cuba mendewa-dewakan fahaman komunisme."

"Apa-apa maklumat yang kita miliki kita akan sampaikan kepada pihak berkuasa pada mesyuarat jemaah menteri minggu ini kerana didapati ada beberapa blog yang sudah mula muncul seolah-olah beri pujian melahirkan perasaan nostalgia kepada komunisme serta angkara yang mereka lakukan," beliau dipetik berkata.

communist malaya members with malaysia ministers and vips 260509 03Dr Rais juga berkata "tiada tempat untuk golongan komunis di negara ini" sewaktu mengulas seruan agar kerajaan membenarkan pemimpin utama PKM Chin Peng kembali ke Malaysia.

Mat Amin sendiri tidak menduga blognya akan mendapat perhatian besar dan menjadi topik hangat. Akhbar Utusan Malaysia hari ini menjadikan kenyataan menteri itu laporan utamanya.

"Dengan tidak diduga, blog Kampung Perdamaian Sukhirin - Kini Dan Silam telah menjadi topik panas saat ini," katanya.

"Bahan-bahan yang kami paparkan adalah bahan asli yang tidak diputar belit. Apakah ini salah?

"Dalam zaman moden dan demokratik ini, rakyat patut diberi hak untuk mendapat atau menerima maklumat dari perspektif-perspektif yang berlainan malah bertentangan supaya mereka boleh membuat tafsiran-tafsiran yang lebih seimbang serta objektif."

Menurutnya lagi, dalam proses perjanjian damai PKM pada 1989, kerajaan Malaysia pernah menyatakan "ia mengakui sumbangan PKM untuk kemerdekaan, tetapi tidak boleh membuat kenyataan tersebut secara terbuka, biar ahli-ahli sejarah memberi penilaian masing-masing, kerajaan tidak sekat."

"Usaha-usaha yang menghalang mana-mana pihak menceritakan perjuangannya yang sebenar adalah tidak profesional, tidak demokratik dan tidak jujur serta tidak adil," coretnya lagi.

Sementara itu Bernama melaporkan menteri pertahanan menyelar usaha beberapa pertubuhan tidak berdaftar dan parti politik yang sengaja menggalakkan kemunculan semula ideologi komunis dalam negara.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata pihaknya mendapati ada pihak tertentu termasuk beberapa pertubuhan haram yang seakan-akan mengambil kesempatan dengan cuba menghidup dan menyebarkan sentimen mengenai ideologi itu melalui pelbagai cara.

Katanya, tambah mengejutkan apabila ada juga yang seakan cuba membangkitkan dan menyebarkan sentimen itu melalui parti-parti politik.

"Saya tidak dapat memaklumkan secara khusus tentang adanya gerakan untuk hidupkan ideologi komunis dalam negara, tetapi ada macam suatu usaha yang berbaur komunis yang cuba dihidupkan semula oleh beberapa badan yang tidak berdaftar dan ada juga yang mahu hidupkannya melalui parti politik," katanya selepas melawat Markas Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang.

Read More...

PAS: Mogok lapar untuk bukan Islam

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | May 26, 09 11:16am

Pesuruhjaya PAS Perak menafikan pemimpinnya bermogok lapar - dianggap bertentangan dengan ajaran Islam - seperti didakwa sesetengah pihak.

"Banyak pihak tidak mengambil maklumat yang betul. Sebenarnya, mogok lapar ini untuk kawan-kawan yang bukan Islam. Yang , (mereka) berpuasa sunat," kata Ahmad Awang pagi ini.

"Hari ini 1 Jamadil Akhir. Menurut takwim hijrah, dari 1 hingga 3 hari bulan, (orang Islam) memang sunat berpuasa.

"Dalam Islam pun, memang digalakkan berpuasa sunat dahulu sebelum memohon sebarang hajat yang besar."

Beliau mengulas tuduhan yang dilemparkan kepada PAS - yang bergabung dalam Pakatan Rakyat - apabila menganjurkan mogok lapar selama 72 jam mulai hari ini untuk mendesak pembubaran DUN.

Tokoh agama terkenal Johor, Datuk Noh Gadut semalam dilaporkan berkata, amalan mogok lapar haram dan bercanggah dengan al-Quran dan sunnah kerana ia boleh memudaratkan.

Ahmad juga menjelaskan, Pakatan di Perak tidak mengabaikan aspek kesihatan dalam mogok tersebut apabila perkhidmatan doktor disediakan kepada mereka yang terlibat, termasuk beberapa ADUN.

Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar melancarkan dan menyertai mogok tersebut.

Mogok lapar yang bermula di ibu pejabat DAP Perak di Ipoh pagi ini akan berakhir di pejabat PAS negeri petang Khamis dengan solat hajat.

Read More...

Friday, May 1, 2009

Akhil Hayy mengaku Waheeda isterinya!

Mstar Online

Waheeda akan berlakon sebagai isteri Akhil Hayy dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua.

SETELAH sekian lama asyik menepis spekulasi dan persoalan ramaitentang hubungan sebenar mereka, penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy akhirnya membuat pengakuan bahawa penyanyi popular, Waheeda adalah isterinya.

Lebih setahun kisah 'panas' mereka hebat diperkatakan. Dalam tempohitu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.

Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang 'status'mereka itu.

"Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya...tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua," kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui padamajlis pelancaran program itu di Ampang, semalam.

Ternyata 'gimik' yang dibuat oleh Akhil itu agak mengejutkan media yang hadir di majlis tersebut yang rata-ratanya merasakan mereka akan membuat satu 'pengumuman' istimewa di situ apatah lagi bila melihat ibu bapa Waheeda sendiri hadir ke majlis itu bersama anaknya.

Malah, sikap 'sporting' yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yang akhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkan ramai media bahawa 'pasangan' ini mungkin sudah bersedia untuk 'mendedahkan' status sebenar mereka.

"Saya dah jangka pasti ramai wartawan yang beranggapan sedemikian. Memang benar Waheeda adalah isteri saya, tetapi itu adalah wataknya di dalam program Cafe Akhil Hayy kali ini.

"Waheeda membawakan watak bernama Hani Az-Zahra. Sebenarnya nama Waheeda dicadangkan sendiri oleh pihak Astro Oasis...mungkin mereka melihat kredibilitinya sebagai penyanyi dan pelakon yang menampilkanimej Islamik dan pada masa yang sama, dia turut terlibat denganaktiviti dakwah.

"Waheeda juga merupakan 'facilitator' di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)dan sebab itu saya rasa dia memang sesuai untuk turut serta dalam program ini. Kami digabungkan di dalam program inisekadar untuk berdakwah.

"Saya tahu dia mampu bawakan tugasnya dengan baik dan memang dia sendiri tahu apa yang perlu dilakukan terhadap wataknya itu," kata Akhil berceritakan serba-sedikit tentang pembabitan Waheeda di dalamprogram berunsurkan dakwah dalam bentuk santai yang telah pun memulakan siaran pertama musim kedua ini pada Rabu lalu, pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis.

Musim kedua program yang berelemenkan bual bicara dan drama ini bukan saja menampilkan Waheeda, malah mereka turut ditemani oleh bakat baru, Afiq AF5 dan Mimie Haris yang akan turut sama melayan kerenah pelanggan-pelanggan yang hadir di cafe tersebut.

"Ada juga penonton yang memberikan respon berdasarkan musim lalu dan minta kami buatkan lebih 'drama'. Tetapi ini sebenarnya adalah program bual bicara, cuma kita adunkan dalam sedikit bentuk drama.

"Kali ini juga kita turut menjemput tetamu-tetamu yang berjaya di dalam bidang masing-masing seperti Azmil Mustapha, Tan Sri Jins Shamsudin, Datuk Aziz Sattar dan Ustaz Radhi, bekas vokalis kumpulan Melissa.

"Topik-topik yang dibincangkan juga lebih global. Semua idea itu kita bincangkan terlebih dahulu dengan produksi sebab kita kena melihat juga sasaran penonton.

"Berdasarkan musim pertama dulu, memang saya tidak nafikan golongan remaja yang sering mononton program ini. Kalau boleh, kali ini kita mahu kelompok penontonnya lebih luas, tidak hanya kepada remaja sahaja," kata Akhil.

Mengulas mengenai pembabitannya dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua ini, kata Waheeda, tindakannya ini bukan sengaja untuk 'mengiyakan' kontroversi yang melandanya dan Akhil, tapi tawaran ini sanggup digalasnya kerana merasakan ini juga merupakan salah satu medium yang baik untuk berdakwah.

"Jika musim pertama dulu, kita saksikan Akhil banyak fokus kepada aspek hukum-hakam, tetapi saya akan kupaskan lebih dari segi psikologi.

"Apapun, saya tidak rasakan pembabitan saya sepatutnya menjadi isu. Kami ni sebenarnya degil sikit...lagi banyak orang bercakap, lagi kami akan buat saja apa yang kami suka," kata Waheeda.

Dalam pada itu, peluang bertemu media itu juga digunakan sebaikn mungkin oleh Akhil dan Waheeda untuk menjelaskan hal sebenar tentang pelbagai spekulasi panas yang melanda diri mereka, termasuklah dikatakan telah bernikah di sebuah kawasan di Selangor pada tahun lalu.

"Benda ini memang tidak akan selesai. Saya pun tidak tahu mengapa hidup saya dilanda tsunami seperti ini. Mereka boleh bercakap apa saja, tetapi kamu nampak ke kami diijabkabulkan?

"Saya hanya berdoa agar kami terus kuat mengharungi perkara ini. Memang selalunya, orang tidak akan nampak yang putih, tetapi sedikit saja kesan hitam itulah yang orang akan nampak dulu," kata Akhil.

Tambah Waheeda pula, "Seteruk mana sebenarnya kes kami ini? Saya mintamaaf kerana mengatakan ini, tapi kenapa artis yang keluarkan kenyataan sebagai contoh, tidak salah berpakaian seksi asalkan dirinya selesa dengan pakaian itu atau kerana rasa dirinya masih muda, tidakdijadikan isu?"

Namun, kata Akhil, dia bagaimanapun redha dengan apa yang melanda hidupnya dan tidak merasakan dirinya telah menjejaskan status 'ustaz'.

"Saya pun tidak pernah merasakan diri saya hebat. Tetapi saya tetap bersyukur kerana orang menggelarkan saya ustaz. Apapun, kita kenalah faham. Walaupun sebagai seorang ustaz, dia juga adalah manusia biasa.

"Mungkin saya juga ada terlepas pandang tentang hal-hal tertentu, tapi apapun, dakwah tetap perlu diteruskan," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan isterinya berikutan kontroversi tersebut, kata Akhil:

"Dia tidak ada masalah. TapiaAsam garam rumahtangga bagi saya adalah peribadi," tuturnya.

Diajukan pula pertanyaan bagaimana boleh timbulnya gosip tentang mereka itu, dalam nada tenang, kata Akhil, dia sendiri tidak pasti bagaimana perkara ini mula menjadi buah mulut ramai dan merebak dengan cepat.

"Isu ini bukan kami yang mulakan. Dan sebab itulah kami tidak berdaya untuk hentikan. Jika diikutkan, saya dan Waheeda mula kenal sejak tahun 2006 ketika terbabit di dalam program Hijrah Remaja di saluran Astro.

"Dari situ saya nampak dia adalah seorang wanita Malaysia yang jumlah sepertinya hanya boleh dibilang dengan jari. Saya lihat dia ni menjaga apa yang perlu dia jaga dan sehingga kini, dia masih seperti itu," kata Akhil.

Akhil tidak berdisiplin?

Tatkala isu kontroversinya dengan Waheeda masih hangat diperkatakan, timbul sebuah lagi perkhabaran yang mengatakan Akhil sering tiba lewat di mana-mana majlis atau program.

Dengan imej yang ditampilkan serta turut menjadi ikon eksklusif Astro Oasis, perkara ini dilihat mampu menjatuhkan reputasinya.

"Ini saya akui mungkin adalah 'bad attitude' saya dan janganlah mencontohi dari aspek ini. Hakikatnya, saya juga manusia biasa dan tidak sempurna," tutur Akhil ringkas sambil menambah adakalanyakelewatan itu berpunca kerana kesibukannya mengadakan ceramah di merata-rata tempat.

Bercerita tentang ikon eksklusif Astro Oasis itu pula, kata Akhil, dia amat terharu dengan tawaran tersebut.

"Ini tanggungjawab yang besar untuk saya galas. Sebelum ini saya hanya banyak berdakwah di kampung-kampung, tapi kali ini sudah mula berdakwah menerusi program-program di kaca televisyen.

"Saya tidak pula merasakan saya adalah ikon, tetapi mungkin perkataan yang sesuai adalah 'idola'. Saya bukanlah idola yang terbaik, tapi mungkin pihak Astro melihat sesuatu mengenai pendekatan yang saya gunakan untuk berdakwah dengan khalayak," katanya.

Read More...

SU Hadi: Elok pembantu Nik Aziz bersuara

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Apr 30, 09 2:13pm

Penjelasan pembantu kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat dapat menjernihkan konflik terbuka pemimpin PAS berhubung isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Untuk berlaku adil (kepada semua pihak), biarlah beliau (Nik Abduh), ayahnya (Nik Aziz) dan pembantunya (menjawab).

"Sudah tentu beliau (Nik Abduh) tidak sebut nama (pembantu itu), tetapi orang itu yang perlu menjawabnya dan memberikan reaksi," kata setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Roslan diminta mengulas jawab-menjawab beberapa pemimpin PAS berhubung kenyataan anak Nik Aziz itu yang membidas para pembantu mursyidul am PAS dengan label "mi celup" dan "sesat."

Nik Abduh mendakwa pembantu bapanya menghasut Nik Aziz sehingga menteri besar itu menolak cadangan kerajaan perpaduan secara terbuka - dan perkembangan ini dilihat sebagai pergeseran dua tokoh besar PAS.

Sebagai reaksi, beberapa pemimpin parti itu seperti ahli Lajnah Politik PAS Khalid Samad menyelar kenyataan tersebut, sementara Timbalan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan pula mempertahankan kenyataan Nik Abduh, juga timbalan ketua Pemuda Kelantan.

Mengulas lanjut fenomena itu, Roslan berkata, komentar pihak lain hanya akan "mengeruhkan keadaan" kerana kenyataan Nik Abduh itu "bertujuan menyelamatkan keadaan" dan "tidak berniat jahat".

"Saya ingat kenyataan Nik Abduh bertujuan menegur dan membetulkan keadaan.

"Beliau memikul tanggungjawab memberikan penjelasan. Kerana itu, beliau buat pendedahan sebagai orang yang duduk sebumbung (dengan Nik Aziz).

"Beliau bukan jenis orang yang buat pendedahan, kemudian lari," kata Roslan, juga ketua penerangan PAS Selangor.

Ditanya sama ada saranannya supaya pihak lain tidak lagi memberikan reaksi boleh dianggap menyalahi kebebasan bersuara dalam parti, Roslan berkata:

"Bolehlah counter (lawan pandangan itu). Tetapi kalau hendak mencari kebenaran, biarlah dia jelaskan lagi.

"Beliau (Nik Abduh) pun setakat tulis dalam blog, bukan keluarkan kenyataan (media).

"Tetapi kita pula yang melompat-lompat. Biarlah beliau selesaikan dulu, kita kena berlaku adil.

"Beliau bukannya (bersikap) macam penulis blog yang tidak ada nama."

Menurut Roslan, pandangan exco Pemuda PAS itu berjaya "menarik minat" ramai ahli PAS mengikuti perkembangan isu kerajaan perpaduan.

Ia memberikan "gambaran yang betul", katanya lagi, sekali gus membolehkan ahli-ahli "membuat keputusan yang betul" dalam muktamar PAS, awal Jun ini.

"Saya rasa beliau hendak membetulkan persepsi supaya dalam muktamar nanti, akan dibuat keputusan dengan gambaran yang betul.

"Kita dalam parti Islam mahukan yang terbaik. (Oleh itu) kita kena dengar pandangan semua pihak," katanya.

Read More...

Tokoh Pemuda PAS sokong anak Nik Aziz

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Apr 30, 09 12:41pm

Kritikan pedas anak mursyidul am PAS terhadap terhadap pembantu bapanya Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu kerajaan perpaduan kini bukan lagi pandangan peribadi tetapi mewakili sentimen satu aliran tertentu.

nik mohd abduh nik azizSelain mempertahankan pandangan Nik Abduh Nik Aziz, timbalan ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan turut mengingatkan mereka yang termakan cili supaya "usahlah rasa resah dan panas tidak semena-mena".

"Pendedahan atau penjelasan ustaz Nik Abduh bukan untuk saudara. Ustaz Nik Abduh mesti bertanggungjawab atas dakwaannya. Jika benar (dakwaannya), ertinya beliau telah menegakkan yang hak. Dan Allah tahu ganjaran apa untuk beliau.

"Demikianlah sebaliknya, jika beliau salah dan sengaja mereka-reka cerita dan (membuat) dakwaan, maka Allah pasti tidak lalai dan terpengaruh dengan setiap kalimah indah tulisan beliau.

"Tentu sahaja beliau pula akan menerima azabnya," coretnya, yang disebut-sebut berminat mengetuai Dewan Pemuda PAS, dalam blog Episod Sebuah Perjuangan kelmarin.

nasrudin hassanMinggu lepas, exco Pemuda itu menghentam pembantu bapanya yang didakwanya mendorong Nik Aziz menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Awang.

Dalam artikel yang sama, Nik Abduh juga menyifatkan pembantu-pembantu Nik Aziz sebagai "mereka yang hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup', lalu mendakwa diri mereka pun ulama juga".

Mengulas lanjut, Nasrudin menyifatkan tulisan Nik Abduh sebagai reaksi yang "mungkin tertekan atau kecewa melihat ayahnya diperlagakan secara langsung atau tidak langsung dengan presiden PAS."

Usaha melaga-lagakan itu, tambahnya, antaranya boleh ditemui dalam komentar pelbagai pihak di internet.

"Kalau saudara melayari blog dan laman web (tanpa perlu saya menyebut nama blog atau tuan empunya laman web terbabit), nescaya saudara akan ketemui unsur-unsur ini secara jelas dan ketara sehingga saya sendiri berasa tidak sedap duduk walaupun kedua-dua tok guru ini bukanlah ayah saya.

"Kalau mereka ayah saya, rasanya mungkin saya akan 'mengamuk' lebih hebat dari ustaz Nik Abduh," coretnya.

PAS sejak tahun lalu berdepan pergeseran terbuka para pemimpin atasannya - termasuk antara Nik Aziz dan Abdul Hadi - berhubung beberapa isu penting, antaranya muzakarah dengan Umno dan kerajaan perpaduan dengan BN.

Pergeseran ini memunculkan istilah "kumpulan Erdogan" yang menentang usaha muzakarah dan kerajaan perpaduan dan satu aliran lagi yang pro-Abdul Hadi, yang mendukung kedua-dua idea tersebut.

Berhubung isu kerajaan perpaduan dan muqabalah PAS dengan BN, Nasrudin berkata isu itu sering timbul walaupun "tidak pernah berbangkit isu PAS masuk BN".

Beliau berkata, "sentimen bahawa tok guru mursyidul am (Nik Aziz) murka kepada tok guru presiden (Abdul Hadi)" bertujuan "melaga-lagakan" dua pemimpin utama dalam PAS itu.

"Seolah-olah mereka (pihak yang ingin melagakan) sengaja buat tidak faham. Makin dinafi, makin kuat fitnah mengatakan tok guru (Abdul Hadi) nak bawa PAS masuk BN," katanya.

Sementara itu, sebagai reaksi terhadap tulisan Nik Abduh pada 24 April lalu, Dewan Ulama PAS pula menggesa anggota-anggota parti itu tidak menjadikan blog sebagai medan mendedahkan keburukan orang lain.

Ketuanya Mohamed Daud berkata, tindakan itu dikhuatiri memberikan kesan negatif serta "memberi ruang kepada musuh mempermainkan isu terbabit", lapor media rasmi parti Harakahdaily.net hari ini.

Berhubung isu kerajaan perpaduan PAS dengan BN, Mohamed berkata, dewan itu tiada masalah menyokongnya "sekiranya perundangan negara dan ekonomi berjalan mengikut lunas-lunas Islam."

Bagaimanapun, beliau menolak tindakan mengeluarkan kenyataan terbuka berhubung itu kerana ia hanya akan diputuskan dalam muktamar parti itu, Jun nanti.

Read More...

kerja - kerja bodoh dalam pas (2)

nikabduh

Salam Kamunting,

1)

Saya menyegerakan penjelasan ini lebih awal daripada niat asal saya untuk menangguhkannya selang beberapa hari lagi. Bagi seorang blogger, adalah sayugia dan menarik untuk memerhatikan tindak balas daripada para pembaca dan masyarakat di luar terhadap apa yang dilontarkannya.

Saya tahu tulisan saya akan masuk akhbar dan menghangatkan dunia blog dan politik. Justeru apabila ia benar - benar terjadi, saya memerlukan sedikit masa untuk melihat, mengukur dan memutuskan sesuatu yang akan lebih mencorakkan apa yang saya inginkan daripada tulisan asal saya. Saya akan gagal jika arus luar menghanyutkan dan memesongkan saya daripada tempat tuju saya.

Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.

Saya akan berbicara tentang sesuatu yang mencipta arus itu. Saya akan berbicara mengenai angin. Anginlah yang mencipta arus dan gelombang. Saya tidak beriman dengan angin juga. Tetapi saya akan meredah mencari punca angin. Di situ saya menemui apa yang saya inginkan.

Saya menemui Allah. Allah mencipta angin dan Allahlah yang mengarahkan angin mencipta arus dan gelombang. Allahlah tuhan saya. Saya beriman dengan Allah yang satu. Dalam gelombang jenis mana pun, saya mahu tenang. Allahlah sumber ketenangan saya dan seluruh pembaca yang inginkan ketenangan yang benar dan abadi.

Justeru saya tidak akan fana dan luluh dalam gelombang kuasa rakyat atau kemarahan dan ridha rakyat. Rakyat hanyalah mainan pemimpin. Pemimpin adalah angin. Pemimpinlah yang mencetuskan kuasa rakyat dan mengemudi halanya. Dalam kebangunan dan kejatuhan sesebuah negara, pemimpin digunakan Allah untuk menentukan kejayaan dan kehancurannya.

Allah mengarahkan pemuka - pemuka negara melakukan kebaikan dan keadilan. Jika mereka melakukannya, Allah perteguhkan negara tersebut dengan keadilan dan keamanan. Jika pemuka - pemuka itu engkar, malah melakukan kefasiqan dan kezaliman, Allah pasti menghancurkan negara itu sehancurnya. Ia berpindah dari gelap menuju gelap atau lebih gelap lagi.

Saya bercakap mengenai pemimpin. Rakyat perlukan pemimpin yang benar dan jujur. Kemudian dia mesti berani dan amanah. Jika seorang pemimpin mencetuskan arus, maka arus itu biarlah benar, berguna dan dinikmati hasilnya.

Semalam saya dihubungi ayahanda dari Kota suci Makkah. Saya tengah menulis pasal bola sepak dan tahniah saya pada pasukan Kelantan dan Selangor yang telah menyajikan permainan yang bagus dalam perlawanan akhir piala FA.

Saya pastinya tersentak. Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. AlhamduliLlah, ia mengesankan walaupun perbualan hanyalah sekitar dua tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.

Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu.

Pastinya tulisan kedua ini lebih ringan bebanannya. Saya dapat lampu hijau daripada ayahanda. Sebelumnya, saya hanya memohon lampu hijau daripada Allah. Anda akan lihat bagaimana ketenangan mengalir dalam tulisan saya. Saya lebih yakin.

Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu bahawa sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai. Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi. Wah, ada insan yang begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!

Sekarang anda tahu betapa saya sedang menempuh jalan yang sukar. Anda tahu saya perlukan keberanian yang sudah lama saya pohon daripada Tuhan saya. Betapa saya sering menangis memohon keberanian daripada Allah. Mengapa saya harus mendiam diri, takut dan dilanda kecewa sendirian? Dalam blog ini, saya sering menyeru agar jangan bersedih, berani kerana benar dan pelbagai dorongan ugama, tetapi saya sendiri kelu dan bisu di hadapan kebenaran yang mesti saya sampaikan kepada ayahanda. Saya melukut di hadapan pembohongan dan pemalsuan yang dipaksakan ke atas orang yang saya kasihi.

Sehingga saya tiba - tiba diberikan keberanian itu. Ia melanda - landa datang. Allah memperkenalkan saya jalan dan masanya. Saya kenal diri saya. Saya mampu mengesan, dengan izinNya bahawa sesuatu itu daripada nafsu atau daripada suluhan taufikNya. Ini untuk saya dan diri saya. Justeru saya mulakan dengan nama Allah. Anda pun telah membacanya.

AlhamduliLlah, dalam seketika sahaja saya dihujani tahniah. Ia tidaklah mengujakan saya sehinggalah saya menerima ucapa terima kasih daripada seorang yang saya sayangi. Dia guru saya dan guru ratusan ribu ahli PAS seluruh negara. Saya bertanya adakah saya telah mengganggu dan merosakkan jamaah? Jawabannya tidak. Ia dinikmati oleh mereka yang cintakan keharmonian dan para ulama yang saya maksudkan daripada tulisan saya.

Akhirnya, keberanian turut melanda mereka yang faham tetapi takut dan bersimpati daripada kalangan guru dan sahabat saya. Mereka berjanji untuk turut bersama. Saya bersyukur kerana saya sedang mencetuskan keberanian untuk semua. Kekuatan saya bertambah - tambah dan Allah memberikan saya ketenangan yang saya perlukan saat ini.

Anda bacalah komentar para penjengok blog ini. Ia berbaur antara puji dan keji. Inilah suara rakyat. Inilah suara yang saya mahukan setiap pemimpin bersimpati dan bertanggung jawab ke atas mereka. Mereka memuji dan mencela dalam arus yang diciptakan ke atas mereka. Justeru arus mestilah benar agar mereka tiada tertipu oleh pemimpin.

Sekarang masanya saya menjelaskan..

2)

Saya dengan sengajanya memilih perkataan ‘pembantu - pembantu ayahanda’ dan menjadikannya umum. Saya tembak terus kerana saya mahu semua orang kena. Semua mereka yang merasakan masing - masing adalah pembantu ayahanda. Saya mahu mereka bertanya, adakah aku yang dimaksudkan?

Pastinya mereka yang tidak pernah bercakap dan menyumbang idea kepada ayahanda mengenai isu - isu politik yang saya maksudkan akan merasakan mereka terkeluar. Keluarlah anda. Sesungguhnya Allah membalas pekerjaan anda dengan kebaikan yang melimpah daripadaNya.

Saya kenal kebanyakan pembantu ayahanda. Mereka inilah kaki dan tangan ayahanda yang telah banyak menyumbang dan berkorban. Daripada Abang Lah pemandu ayahanda yang telah berkhidmat sedari saya kecil sehinggalah YB Dato Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan, ada ratusan pembantu ayahanda samada di pejabat PAS Kelantan, di pejabat SUK dan di luarnya.

Saya hormati mereka dan saya tabik mereka. Kerja dan bantuan mereka mengatasi saya. Saya hanyalah seorang anak yang menjadi pembantu dalam soal - soal kekeluargaan. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Setiausaha Akhbarnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah bertanya tahun lepas, di kawasan mana saya mahu bertanding? Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Pegawai Peribadi di DUNnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda akur kerana dia tahu maksud dan bebanannya ke atas saya.

Saya mahu kekal sebagai pembantu di rumah. Saya meyakini kekuatan para pembantu ayahanda di luar. Saya tidak banyak masuk campur walaupun kadang - kala bonda bersungut mengenai beberapa pembantu yang dilihat gagal berperanan.

Kepada mereka saya doakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Adapun maksud saya adalah para pembantu yang membantu dalam isu politik. Mereka ramai, mungkin berpuluh - puluh. Semua mereka adalah benar dan betul. Kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.

Pekerjaan bodoh hanyalah satu. Dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Apabila anda memuji saya, ia tak pun meredakan kemarahan saya. Apabila anda memaki saya, ia tak pun memarakkan kemarahan saya. Saya kekal panas sehinggalah ayahanda dibebaskan daripada kerja - kerja bohong, bodoh dan jahat ini.

Ayahanda adalah ayah saya. Darah dan dagingnya mengalir di tubuh saya. Jika anda berjutaan memerangi saya, anda tak akan mampu memisahkan di antara darah dan daging kami. Saya mempertahankan ayahanda sebagaimana saya mempertahankan saya.

Saya enggan melihat kepanasan ayahanda disebabkan pembohongan dan pemalsuan. Saya enggan melihat mendung di langit perjuangan Islam. Saya enggan melihat kekecewaan daripada hukuman yang salah dan palsu.

3)

Yang menghubungkan kita dengan langit adalah al Quran dan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Apabila baginda wafat, para ulama adalah pewaris. Ulama mewarisi ilmu, iman dan taqwa. Itulah legasi kenabian. Al Quran adalah punca ilmu yang benar. Ia dijaga kekuasaannya sehingga qiamat. Allah mempersiapkan para ulama dengan ilmu, iman dan taqwa demi kelangsungan perjuangan menegakkan kekuasaan al Quran ke atas manusia.

Ulama adalah cahaya yang menyinari kehidupan. Ketika PAS kesakitan, Allah mencetuskan idea kepimpinan ulama. Ia memberkati kebangkitan PAS. Allah bekalkan kita dengan para ulama yang menerajui dan menyatukan kekuatan.

Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.

Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata - mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!

Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan di antara ulama. Inilah kerja bodoh! Pemberi komen bernama MuhaiminSulam kata, tukarkan bodoh kepada jahat!

Saya memaksudkan mereka ini dan saya memaksudkan kerja seperti ini. Saya tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.

Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua merasa tidak tenteram. Saya menyerang dipuncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan.

4)

Saya nukilkan perbualan saya dan ayahanda pasal idea Unity Government dan Pakatan Rakyat. Saya kemukakan titik persamaan dan perbezaan. Jawaban ayahanda adalah di sebalik yang anda perolehi di luar. Saya kata ayahanda menerima hujah keharusan itu.

Saya tak kata ayahanda dah setuju dibentuk kerajaan bersama BN. Saya tak tanya pun adakah dia setuju atau tidak. Itu tidak penting. Ia tidak mengganggu apa yang saya mahukan daripada jawabannya itu.

Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia sendiri. Saya tidak memerlukan jawaban itu.

Ingat, saya bukan mendodoi Unity Government di sini. Nak berhujah, cari di tempat lain. Saya hanya mahu anda faham mengapa wujud percanggahan di antara sebelum dan selepas pertemuan itu? Mengapa sejuk sesudah panas? Saya memberitahu anda sebabnya. Sebabnya adalah pekerjaan bodoh itu.

Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.

Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan bahawa saya telah berbohong tentang kewujudan kerja bodoh itu. Jika anda sangsi, usah percaya dan usah bohongi. Saya menulis kepada pembaca di blog saya yang yakin bahawa saya tidak berbohong. Kepada mereka saya mahu memberikan rasa tenang dan yakin.

Saya juga menulis untuk disampaikan kepada pembantu - pembantu itu agar bertaubat. Kerja kamu itu sia - sia di sisi tuhan walau kamu digilai manusia dan haiwan pun.

Kemudian saya tambahkan perencah. Wujud mereka ( pembantu ) yang berang sesudah ayahanda tersenyum lebar di JKR 10 selepas pertemuan di antara anggota Majlis Syura. Mereka gagal memisahkan di antara ulama.

Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan saya bohong. Tidak wujud keberangan itu. Jika tidak, anda melibas pedang di angin, lalu mendakwa tubuh saya telah putus seribu.

Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat.

5)

Saya berpegang sebagai mana ahli PAS berpegang. Pakatan Rakyat adalah sebaik - sebaik temuan dan alternatif hari ini. Tulisan saya sebelum ini menyokong DSAI sebagai peneraju jika ianya disepakati. Hujah agama membenarkan. Tulisan saya sebelum ini menolak pakatan dengan BN, apatah masuk BN. Sehingga BN bersetuju untuk berubah, hukum agama mengambil tempat.

Saya menyeru kepada pembukaan. Jangan tutup apa yang Allah mahu ianya terbuka. Anda akan bernafas lebih lega dan harmoni. Anda akan lebih gagah melangkah.

Ini siasah syar’ieyah. Dua tuan guru ini adalah pakar ilmu ini. Apabila mereka bertelagah saya tak rimas pun. Saya tahu mereka akan bertemu dan bersetuju. Saya diberitahu TGHH dinasihat untuk tidak berjumpa ayahanda ketika panasnya, tetapi beliau enggan. Beliau tahu ayahanda akan reda. Reda dan ridha dengan temuan ilmu dan hujah. Itulah yang berlaku.

Tetapi, kerja - kerja bodoh mengambil tempat. Mereka inilah batu api. Batu api inilah satu kerja dosa besar yang merosakkan jamaah dan ummah. Atas kerja bodoh inilah saya doakan Allah membalas mereka di dunia agar mereka kembali sedar dan bertaubah.

Itu hikmah Allah membalas di dunia. Anda alim, ingat ayat itu. Anda jahil, tanya orang alim. Jangan meracau tak tentu pasal marahkan saya menamakan sesetengah manusia sebagai ulama ‘mi celup’. Apa tak adakah di dunia ini orang jahil yang mengaku alim?

Macam peniaga makanan kesihatan dalam MLM. Habis kursus sebulan pasal produk, mereka keluar bersyarah macam seorang doktor. Anda marahkah jika saya namakan mereka doktor ‘mi celup’?

Saya belajar ugama. Maka saya tahu saya bukan taraf ulama. Saya tahulah siapa ulama yang benar dan palsu. Saya ada neracanya mengenal kaca dan permata. Kerana itu saya mempertahankan ulama yang saya kenali dan akui ilmu, iman dan taqwa mereka.

Mereka di hadapan anda. Menyayangi ulama adalah iman. Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah. Ingat al hadis itu. Justeru jangan mencetuskan kebencian dan kerenggangan di antara awam dan ulama, apatah memecahkan saf para ulama.

Jangan lupa blog saya. Doakan saya terus mampu menulis demi perjuangan meruntuhkan kekuasaan BN durjana.

Read More...

kerja - kerja bodoh dalam pas

nikabduh

Salam Kamunting,

Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.

Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.

Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.

Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.

Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.

Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?

Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!

Read More...

Tuesday, April 21, 2009

Pas Wilayah Tidak Tolak Hadi!

Detik daily

Posted on Tuesday, April 21 @ 14:43:16 MYT by Reformis
Oleh Hedzer Ibrahim

 Saya selaku Setiausaha Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan kecewa dengan tindakan wartawan Malaysiakini, Jimadie Shah Othman dalam artikelnya yang bertajuk “PAS Wilayah tolak Hadi?” yang mana beberapa kenyataan saya turut digunakan disitu dan dimanipulasikan dengan niat yang subjudis terhadap proses pemilihan kepimpinan parti peringkat Wilayah Persekutuan.

Adalah dengan ini saya meminta agar pihak Malaysiakini tidak membuat spekulasi melampau terhadap keputusan mesyuarat agung peringkat kawasan di Wilayah Persekutuan.

Perwakilan dan Pimpinan Baru Kawasan Buat Keputusan

Saya tidak menafikan bahawa sehingga kini sebanyak 9 kawasan telah mengadakan mesyuarat agung. Mengikut tradisinya, kebiasaanya Perwakilan mesyuarat agung kawasan akan menyerahkan mandat bagi membuat pencalonan untuk Jawatan Peringkat Pas Pusat kepada kepimpinan Pas Kawasan yang baru dilantik.

Walaubagaimana pun, Pas Titiwangsa telah memecahkan tradisi ini bila mana ada perwakilan mahu beberapa jawatan peringkat tertinggi parti dicadangkan untuk dipilih dalam mesyuarat Agung termasuklah bagi jawatan Presiden.

Kedua-dua tindakan perwakilan ini tidak bercanggah dengan perlembagaan dimana perwakilan boleh mengunakan kuasa mereka untuk menentukan calon dalam mesyuarat agung atau sebulat suara memberikan mandat kepada Kepimpinan yang baru.

Andaian bahawa ke semua kawasan ‘keberatan’ untuk menamakan calon bagi jawatan Presiden adalah tidak benar dan berniat jahat. Hakikatnya saya menegaskan bahawa pencalonan bagi jawatan berkenaan sedang diteliti oleh kawasan dan itu adalah tanggungjawab mereka untuk menamakan siapa pemimpin yang mereka suka. Tidak timbul isu menolak kepimpinan presiden sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang digembar-gemburkan oleh Malaysiakini.

Dimaklumkan juga bahawa semua pencalonan dari kawasan diserahkan terus kepada Jawatankuasa Pemilihan diperingkat Pas Pusat tanpa perlu melalui Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan dan saya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan hanya menyelaraskan jadual mesyuarat Agung kawasan-kawasan sahaja.

Media jangan siarkan kenyataan yang tidak sahih

Seterusnya saya ingin merujuk kepada perenggan berikut;

“Mengenai hasrat PAS Bukit Bintang mencalonkan Nik Aziz bagi jawatan presiden, seorang pemimpinnya berkata, pihak mahu menjadi “pencetus” kerana terdapat banyak lagi kawasan yang mempunyai hasrat yang sama, tetapi masih “berdiam diri”.”

Saya melihat bahawa ini adalah satu lagi tindakan tidak bertanggungjawab pihak media untuk mempengaruhi dan menganggu perjalanan mesyuarat agung di Wilayah Persekutuan. Berdasarkan etika dan tanggungjawab pengamal media, Malaysiakini tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan atau pandangan yang subjudis tanpa menyatakan siapakah yang mengeluarkan pandangan itu.

Dengan menggunakan pengenalan diri seperti ’seorang pemimpinnya’, ’sumber dalaman’, ‘pimpinan utama’ dan sebagainya tanpa menyatakan nama orang yang bertanggungjawab disebalik gembar gembur politik itu, saya melihat ianya hanyalah sekadar satu andaian dan propaganda media yang tidak beretika.

Seharusnya kenyataan sedemikian tidak disiarkan kerana ianya bukanlah maklumat sahih dan boleh mendorong tanggapan negatif terhadap Pas Wilayah Persekutuan sekaligus menganggu perjalanan Mesyuarat Agung diperingkat Kawasan dan Dewan-dewan yang lain.

Malaysiakini kena tarik balik, hormati Mursyidul Am Pas

Saya menegaskan bahawa saya menolak artikel “PAS Wilayah tolak Hadi?” yang disiarkan oleh Malaysiakini dan meminta agar ianya ditarik balik kerana terlalu banyak manipulasi dan fakta-fakta yang tidak sahih digunakan dalam artikel berkenaan.

Saya juga ingin memperingatkan kepada semua pihak agar menghormati kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berhubung isu pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau “kumpulan Erdogan”). Diharapkan isu ini tidak dibangkitkan lagi sesuai dengan penegasan Mursyidul Am bahawa tidak wujud kumpulan-kumpulan seperti yang digemburkan media.

Itu hanyalah persepsi sesetengah pihak yang bukan dilaungkan oleh majoriti ahli dan pimpinan. Perbezaan pendapat adalah lumrah dalam Pas, begitu juga parti-parti politik lain.

Wujudnya kumpulan pro-muzakarah dan pro-Pakatan (atau “kumpulan Erdogan”) hanyalah persepsi terpencil yang diperbesarkan media dan sebenarnya ia tidak wujud seperti yang dinyatakan oleh Mursyidul Am, yang ada hanyalah ahli Pas dan penyokong Pas sahaja.

Diharapkan agar pihak media, terutamanya Malaysiakini berhati-hati dan bertanggungjawab dalam membuat penulisan agar tidak mencetuskan spekulasi atau gossip semata-mata untuk menaikkan rating pembaca mereka. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakkan undang-undang jika terdapat kenyataan saya yang dimanipulasi oleh media sehingga menyebabkan ahli-ahli Pas Wilayah Persekutuan sangsi akan kredibiliti saya sebagai salah seorang pimpinan yang diberi amanah.

Hedzer Ibrahim
Setiausaha
Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan

Read More...

Cadangan Kerajaan Perpaduan tidak berbangkit lagi - TG Haji Hadi

Harakahdaily

Khairul Azlam
Tue | Apr 21, 09 | 3:12:22 pm MYT

PELBAGAI isu panas berlegar dalam masyarakat dan rakyat, amat memerlukan kupasan serta penjelasan oleh kepimpinan PAS. Jika tidak dirungkai akan berlaku kekusutan serta terbelit dalam kefahaman sesama sendiri. Justeru, wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD mewawancara Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Rusila, Marang baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan berkenaan isu-isu yang melingkungi dalam dan luar parti.

HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato� Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?

USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government'.

Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.

Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana? Image

Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul.

Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti.

Umno takut untuk teruskan? Image

Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu "Unity Government' tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya. Saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik. Apabila masa tenang balik dia (Umno) fikir balik. Apabila keadaan yang munasabah. Dan 'Unity Government' adalah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara. Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri.

Apakah isu ini dijangka akan menjadi topik perbahasan hangat para perwakilan pada muktamar akan datang?

Ini akan menilai orang yang bercakap itu faham atau tidak dan dengan sebab itu, saya harap jika tidak faham usah bercakap nanti orang nampak kita tidak faham, kita jahil. Tetapi yang hendak bercakap (Unity Government) mesti yang faham.

Apakah implikasi terhadap kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan KeADILan di Bukit Selambau?

Implikasi terhadap kemenangan PAS di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah tentu kepada perkembangan politik tanah air. Sokongan kepada Pakatan Rakyat terutama kepada PAS sendiri.

Pertama, sudah tentulah terserlah jentera pilihan raya di semua tempat adalah jentera PAS yang memainkan peranan yang besar. Kedua, kerjasama yang erat antara PAS dengan parti-parti Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Melayu memberi implikasi Islam. Di mana, kita telah berjaya memecahkan tembok pemisahan yang memisahkan antara kita dengan orang-orang bukan Islam hasil daripada kita memperkenalkan politik Islam yang terbuka kepada semua manusia bukan sahaja kepada orang Islam termasuk juga orang bukan Islam.

Adakah ini kesan langusng dari dakwah PAS selama ini?

Keadilan Islam adalah mutlak dan kita telah berjaya merealisasikan konsep ini dalam pemerintahan PAS di Kelantan dan pernah di Terengganu. Dalam masa yang singkat pemerintahan PAS di Perak dan di Kedah dan kenyataan kita di negeri Pakatan Rakyat.

Hasil dari pelaksanaan yang ringkas ini telah memberi keyakinan awal kepada orang-orang bukan Islam menyebabkan mereka bekerjasama dengan jentera PAS. Bahkan, memberi undi kepada orang-orang PAS sendiri dalam pilihan raya di Bukit Gantang dan dalam masa yang sama kita berjaya memberi kefahaman kepada akar umbi PAS tentang pelaksanaan kerjasama.

Maksud Dato' Seri, hubungan kerajsama itu makin erat dan dihayati sebetulnya dalam bentuk praktikal ...

Ya! Jentera PAS di Bukit Selambau telah memberi kerjasama yang baik untuk memenangkan calon KeADILan. Walaupun calonya dari bukan Islam tetapi mereka adalah dalam kumpulan yang bertahaluf dengan PAS dan akan memberi kekuatan kepada kerajaan yang dipimpin PAS di Kedah.

Ini sudah tentu ia memberi implikasi yang mendalam pada perkembangan politik tanah air. Maka, berlakunya satu anjakan paradigma di kalangan pengundi-pengundi muda orang Melayu Islam yang memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat termasuk PAS. Ini ternyata, melalui saluran-saluran orang muda seperti saluran 3, 4, 5 dan 6. Saluran ini memberi kemenangan besar kepada PAS, walaupun saluran-saluran tua masih lagi menunjukkan perubahan yang sedikit walaupun banyak isu yang berlaku.

Dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang, undi kaum Cina meningkat banyak. Apakah mesejnya itu?

Kita melihat pengundi bukan Islam telah mengundi PAS di Bukit Gantang dan memberi undi yang besar. Sebab itu, majoriti di Bukit Gantang adalah di luar jangkaan PAS. Ia di luar kiraan yang kita buat. Ini kerana, ditambah dengan pengundi-pengundi yang bukan Islam. Saya sendiri telah memberi hujah untuk mengemukakan satu senarai calon di Bukit Gantang. Dan hujah ini dibincang bersama kalangan Jawatankuasa Politik PAS Pusat, kemudian mendapat sokongan daripada pengundi muda dan bukan Islam.

Ini perubahan yang berlaku. Sudah tentu dengan perkembangan politik tanah air khususnya di Semenanjung iaitu di kawasan-kawasan rakyat mendapat maklumat, celik politik meningkat. Walaupun media arus perdana yang dikuasai kerajaan dan disalahgunakan oleh kerajaan, cuba menutup kebenaran di pihak Pakatan.

Sebab itu, tidak pelik jika di Batang Ai kita menemui kegagalan kerana itu kawasan pendalaman yang rakyat tidak mendapat maklumat. Radio dan berita pun jarang-jarang dengar, apa lagi TV dan kertas-kertas undi dibawa dengan helikopter. PAS kurang yakin dengan ketelusan, keamanahan pilihan raya itu.

Pada pengamatan Dato' Seri, bagaimana reputasi Perdana Menteri baru yang dipimpin oleh Dato� Seri Najib?

Saya anggap ini kenderaan lama yang masih lagi kebocoran tayar, kelemahan enjin dan akan lebih parah. Ia berlaku, sejak pada zaman Tun Dr Mahathir dan ini bukan baru. Image

Pada zaman Tun Dr Mahathir lagi sudah berlaku kelemahan-kelemahan ini dan Tun Abdullah Ahmad Badawi memikul dengan berat penyakit-penyakit itu dan penyakit itu tidak boleh diubat. Sehingga zaman Tun Abdullah Badawi dan Najib mengambil-alih kenderaan yang sama. Cuma yang berubahnya �nakhoda�. Kapalnya �bocor� yang sama dan dibayangi gejala rasuah, dibayangi penyalahgunaan kuasa dan dibayangi oleh pelbagai jenis penyelewengan yang tidak boleh diatasi hingga ke hari ini.

Jadi, perubahan yang dijanjikan oleh Umno dengan pelantikan Dato� Seri Najib sebagai Perdana Menteri sekadar perubahan yang bersifat kosmetik. Apa komen Dato' Seri?

Begitulah! Kalau kita hendak kata secara jelas kerana sehingga hari ini tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan berlaku satu perubahan yang menyeluruh. Sebab itu, kita kata tunggu. PAS akan lihat positif terhadap sebarang perubahan yang baik dan PAS akan menentang penyelewengan. Soalnya sama sahaja. Tiada perubahan bahkan lebih meningkat dari masa-masa yang lalu berdasarkan kemajuan yang dicapai.

Boleh Dato' Seri mengulas sedikit beberapa keputusan mahkamah terutama dalam kes yang berkait dengan kemelut di negeri Perak?

Sehingga hari ini, saya tidak yakin dengan kebebasan kehakiman berlaku dengan sepenuhnya di negara kita. Dan tidak ada pemisahan kuasa di antara �legislative� dengan pentadbiran, dengan kehakiman.

Tidak ada dalam erti kata yang sebenar dalam pentadbiran mengikut sistem British. Apatah lagi mengikut sistem Islam. Dan British pun banyak mengambil daripada Islam dan membekalkan sistem pemerintahan kepada negara barat. Di sini berlakunya pemisahan kuasa yang diajar oleh Nabi s.a.w. pada zaman pemerintahannya. Dan pemisahan kuasa di antara politik, kehakiman dan pentadbiran.

Sehingga Nabi kita Muhammad s.a.w. dalam mengendalikan kes dia (Nabi) dengan rakyat dibawa kepada hakim yang dilantik, yang dibebaskan bercampuran dengan Rasulullah s.a.w. sendiri. Tiada campurtangan Rasulullah s.a.w. sendiri dalam kehakiman.

Ini pada zaman Khilafah dan cara ini diambil oleh British dan diamalkan di negara kita. Diamalkan pada zaman Tunku Abdul Rahman, masih ada di zaman Tun Abdul Razak dan makin lemah pada zaman Tun Hussein Onn dan zaman Mahathir lagi lemah. Semua orang tahu bagaimana bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dipecat dan bagaimana hakim-hakim yang lain dipecat. Ini adalah gejala yang tidak sihat yang dimulakan pada zaman Tun Dr Mahathir dengan sebab itu, saya meragui zaman pemerintahan Najib yang dibayangi oleh Tun Dr Mahathir yang ada di dalamnya.

Muktamar PAS dijangka akan diadakan pada bulan Jun ini. Beberapa jawatan utama pastinya dipertandingkan. Wajarkah 'pertandingan' di peringkat jawatan tertinggi parti itu?

Ini bukan kali yang pertama berlaku sejak zaman PAS mula ditubuhkan. Zaman Dato� Asri Muda, zaman Ustaz Yusof Rawa, zaman Dato� Fadzil Noor bahkan, pada zaman saya pun berlaku dalam muktamar yang lalu. Tetapi saya yakin terdapat kematangan di kalangan ahli PAS dan saya minta kematangan ini dipelihara. Dan PAS hendaklah selamat daripada gejala-gejala politik yang tidak sihat seperti politik wang, politik ugut, politik melobi dan politik kempen yang �melampau�.

Apa yang berlaku, pertandingan atas dasar �berlumba-lumba untuk mengerjakan kebajikan� dan bukan berlumba-lumba untuk menjadi ketua dan berlumba-lumba mendapat kelebihan. Kalau berlumba untuk jadi ketua itu dilarang oleh Islam. Kalau berlumba untuk mendapat fadhilat, untuk berada di medan yang hadapan, untuk menghadapi musuh dan menjadi sasaran kepada gejala-gejala politik zalim. Itu merupakan satu petanda yang baik dan itulah yang kita harapkan berlaku dalam PAS ini.

Penilaian Dato' Seri terhadap cabaran dan harapan kepada Pakatan Rakyat yang menggabungkan kerjasama antara PAS, KeADILan dan DAP?

Harapan saya supaya Pakatan Rakyat diteruskan dan bagi PAS sendiri kita akan meningkatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebenarnya, Pakatan Rakyat ini ditaja oleh PAS sejak zaman kita (PAS) bersama dengan Parti Melayu Semangat 46. Kemudian, lebih meningkat lagi dengan Barisan Alternatif (BA) pada zaman Ustaz Fadzil Noor dan pada tahun 2004-2008 ianya menjadi lebih matang lagi.

Dan kita mengharapkan mantap lagi pada masa yang akan datang. Harapan saya 'Pakatan Pembangkang' ini tidak berpecah. Kita bersatu dalam menghadapi �Pakatan Kerajaan� dan berlakunya dua parti dalam negara itu lebih sihat dan tidak banyak memecahkan rakyat.

PAS bersikap anjal atau fleksibel dalam menangani kerjasama di atas prinsip Islam dengan PAS tidak menjual prinsip dan PAS tidak memaksa parti-parti lain dalam pakatan menjual prinsip tetapi kita (PAS) boleh bekerjasama dalam perkara yang sama atau titik persamaan yang satu di antara kita bagi membuat perubahan ke arah yang adil, menentang kezaliman. Di mana menegakkan yang adil dan menentang yang zalim merupakan perkara sejagat yang kita tidak berbeza antara satu sama lain.

<>Sejak mutakhir ini dilihat kecelaruan berlaku dalam politik Umno-BN, bukan sahaja di Terengganu, malah di seluruh negara. Apa yang Dato' Seri boleh simpulkan?

Saya tidak mahu campurtangan banyak dalam hal Umno. Pengamatan saya dari luar itu lebih bersifat perlumbaan untuk merebut kepentingan. Royalti akan dipulangkan balik kepada Terengganu. Ini sudah tentu banyak projek yang akan mencurah di Terengganu melalui royalti yang akan dipulang-balik itu. Mereka merasakan mereka tidak berpeluang lebih banyak melalui projek-projek ini, akan berrsikap haloba untuk mendapat kuasa itu. Kepada saya ini suatu gejala yang tidak baik bagi negeri Terengganu, cukup dengan berlakunya projek-projek haloba dari tahun 1978 hingga 1998.

Ketika PAS berkuasa dulu, macam mana PAS betulkan kepincangan ini?

Apabila PAS cuba hendak buat pembetulan, kita telah dicantas melalui politik yang kotor. Daftar pemilih yang terlalu besar jumlah sehingga tidak padan dengan penduduk di negeri Terengganu. Dan kita sabar menghadapi karenah itu. Kita tidak bertindak liar. Bahkan, saya pernah sebut di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), PAS pernah bersabar selama 40 tahun. Dari tahun pilihan raya 1959, kita menang dan kita jatuh. Kita tunggu hingga pilihan raya 1999 (40 tahun). Kita boleh sabar, kerajaan PAS jatuh di tengah jalan dalam tahun 60-an. Kita sabar dan kita menunggu sehingga PAS menang tahun 1999. PAS pernah diguling tahun 2004 dengan cara yang begitu rupa dan kita bersabar.

Kita balik dengan lapan kerusi semula dan kita sabar menghadapi karenah-karenah ini. Saya percaya mereka (pemimpin) yang rakus dalam Umno tidak bersabar dalam melihat perubahan ekonomi yang akan berlaku bagi kepentingan puak masing-masing tanpa mengira dunia ditenggelam oleh gejala dan krisis ekonomi yang parah. Sudah tentu Terengganu yang duduk dalam Malaysia akan menerima kesan yang sama. Sepatutnya, kita berfikir bagaimana untuk mengatasi masalah rakyat dan kekayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Bukan kita berebut untuk mendapat projek dan merasakan kuasa politik yang ada ini boleh menghalang di kalangan tertentu mendapat projek dan berlakulah pergolakkan itu.

Pakatan Rakyat sekali lagi bakal berdepan dengan pilihan raya kecil di Dun Penanti Pulau Pinang, ekoran pengosongan kerusi Adunnya, Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan. Apa harapan Dato' Seri?

PAS bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Sebenarnya, PAS mempunyai cawangan yang banyak di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dan kawasan itu juga adalah �kubu� kuat PAS.

Insya-Allah, jentera PAS akan lebih baik daripada Bukit Gantang dan lebih baik daripada Bukit Selambau. Apatah lagi, PAS pernah menghadapi pilihan raya di Permatang Pauh. Di mana, Dun Penanti berada dalam Parlimen Permatang Pauh dan kita mengganggap ini satu latihan yang paling baik bagi PAS untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. - azm_

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |