Malaysiakini |
May 2, 08 12:27pm |
kemaskini 6:28pm Polis menyerbu rumah Raja Petra Kamaruddin pagi ini berhubung siasatan mengenai tulisannya yang menyentuh timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu. Seramai lapan anggota polis tiba di rumah beliau pada jam 9 pagi tadi dan menyoalnya berhubung tulisan tersebut. Pasukan tersebut diketuai oleh DSP Victor Sanjos dari bahagian jenayah siber Bukit Aman. Polis yang berada selama dua jam di rumahnya, turut merampaskan komputer ribanya. Raja Petra mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini. Katanya, polis memberitahunya bahawa beliau disiasat bawah Akta Hasutan. Beliau diarahkan hadir di bahagian jenayah siber di Bukit Perdana jam 4 petang dan dibebaskan lebih dua jam kemudian, kira-kira 6.20 petang. Ketika dihubungi, Victor berkata, laporan terhadap Raja Petra dibuat oleh ketua pegawai penyiasat kes pembunuhan wanita Mongolia itu, Supt Gan Tack Guan. Dalam laporan Gan itu, tulisan Raja Petra didakwa berunsur hasutan dan sesiapa sahaja yang membacanya, boleh mempercayai apa yang ditulisnya. Tulisan Raja Petra juga dianggap sebagai komen sebelum penghakiman kes tersebut dibuat. |
Saturday, May 3, 2008
Petra disiasat kes Najib-Altantuya
0 comments Labels: Altantuya, bloggers united, malaysiakini, najib razak
Balkis: Laporan BPR terhadap Isteri bekas MB Selangor
KLpos |
Oleh Amin Iskandar | |
Sabtu, 03 Mei 2008 | |
PARTI Keadilan Rakyat (KeAdilan) negeri Selangor membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap isteri kepada bekas MB Selangor (Khir Toyo), Zaharah Kechik. Laporan dibuat kepada BPR berikutan dengan dakwaan pemindahan dana sebanyak RM 9.9 juta oleh Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) ke akaun Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri (Bakti) Kerajaan Pusat. Laporan BPR ini diketuai oleh Ketua Penerangan KeAdilan Negeri Selangor, Mohd. Nasharudin Abdul Aziz dan pimpinan negeri Selangor bersama-sama dengan Badrul Hisham Shaharin, Ahli MPT KeAdilan. Laporan setebal 15 muka surat itu diserahkan oleh Mohd. Nasharudin kepada Pegawai BPR Selangor, Mohd Anuar. Ketika Nasharudin, Badrul dan dua orang lagi pimpinan KeAdilan membuat laporan rasmi dipejabat Mohd Anuar, Timbalan Ketua Bahagian KeAdilan Bahagian Petaling Jaya, Sarifuddin Budin mengetuai beberapa orang lagi untuk merentangkan “banner” yang berbunyi, “Bapa borek, anak rintik, Suami sebat isteri rembat, Zaharah… Pulangkan dana Balkis”. Selepas selesai membuat laporan, Mohd Nasharudin yang ditemui wartawan mengatakan bahawa pegawai BPR menasihatinya dan rakan-rakan agar tidak mendedahkan laporan setebal 15 muka surat tersebut. Selain daripada itu, pegawai BPR menyatakan kepada beliau siasatan terhadap Zaharah Kechik dan Balkis akan dimulakan oleh kerana laporan yang dibuat oleh KeAdilan Selangor tersebut memberikan alasan kepada BPR untuk memulakan tindakan. |
0 comments Labels: Balkis, klpos, penyelewangan, selangor
Beberapa Persoalan Idris Kena Jawab dari Laporan Ketua Audit Negara 2006
Buletin Online |
Ditulis oleh SM Noor | |
Friday, 02 May 2008 | |
Laporan Ketua Audit Negara dibuat berdasarkan Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan serta aktiviti Kerajaan Negeri dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
i) Pihak Audit tidak dapat memastikan kedudukan baki wang yang disalurkan sama ada kepada Jabatan, Agensi atau pihak yang berkenaan kerana Penyata Terimaan dan Bayaran tidak menunjukkan butiran terperinci penerimaan dan perbelanjaan. |
0 comments Labels: buletin online, penyelewangan, pokyeh, terengganu
Perginya tokoh korporat Melayu
KUALA LUMPUR - Setelah hampir tiga bulan menjalani rawatan kanser paru-paru di sebuah hospital di Los Angeles, pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin, 53, menghembuskan nafas terakhirnya Khamis lalu.
Allahyarham meninggal dunia pada pukul 9 pagi (waktu Los Angeles) iaitu pukul 10 malam waktu tempatan.
Berada di sisi Allahyarham di saat-saat terakhir ialah isterinya, Puan Sri Datin Sri Utama Zaleha Ismail dan anak-anak beliau. Nasimuddin meninggalkan seorang balu, lima anak dan seorang cucu.
Jenazah tokoh perniagaan Melayu berjaya itu dijangka tiba ke Malaysia Ahad ini dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Melaka, Batu 9 Cheras, Hulu Langat di Kajang.
Tinjauan Kosmo! semalam mendapati rumah pemilik empayar industri automotif terbesar itu tidak berpenghuni.
Ia hanya dikawal oleh dua orang pengawal keselamatan dan dipenuhi oleh media sejak awal pagi lagi.
Dalam pada itu, adik Allahyarham, S.M Shalahuddin berkata, arwah cukup meminati kereta dan mendedikasikan dirinya kepada hobi tersebut.
Pada pertemuan ringkas dengan pihak akhbar di Menara Naza semalam, beliau berkata, walaupun bisnes ini telah menjadikan Nasimuddin dan adik beradiknya taikun dunia automobil, kejayaan itu datang perlahan dan semestinya menerusi kerja keras.
"Kami bermula pada 1975, mengimport tujuh ke lapan buah kereta recond Jepun sebulan, kami adalah (syarikat) Melayu pertama memperkenalkan kereta recond di Malaysia kerana tidak ramai yang benar-benar memberi pengkhususan dalam bisnes berkenaan ketika itu.
"Ketika itu, menjual kereta recond tidak seperti hari ini. Kami perlu bekerja keras, menyediakan kredit-leasing sendiri, kami sendiri terpaksa memantau sama ada pelanggan terus membuat bayaran... hanya pada 1979 bisnes mula mengutip hasil berjuta (ringgit)," kata Shalahuddin, juga Presiden Naza Kia Sdn. Bhd.
Shalahuddin, menyifatkan arwah sebagai seorang bertutur lembut, tenang dan mudah bekerja dengannya.
Malah, kata beliau, abangnya itu amat mementingkan kesihatannya dengan bermain badminton dan segera mendapat rawatan walaupun untuk masalah kecil seperti batuk.
Bagaimanapun, katanya, penyakit abangnya itu muncul secara mengejut.
"Kami tahu beliau berada di California sejak Januari untuk melihat bisnesnya di sana serta rawatan perubatan isterinya.
"Dalam tiga minggu lepas penyakit beliau mula kritikal dan terus mendapat rawatan di sana,'' kata beliau.
Abang sulung Nasimuddin, Datuk Sharifuddin berkata, mungkin arwah tidak menyedari penyakitnya itu hingga kanser tersebut berada di tahap serius.
0 comments Labels: dalam kenangan, kosmo
Tunai janji, kerajaan PAS Kedah umum penurunan cukai tanah
Harakahdaily Bashir Ishak Fri | May 02, 08 | 12:29:04 pm MYT | |
ALOR STAR, 2 Mei (Hrkh) - Kerajaan Kedah yang diterajui PAS melaksanakan janji dalam manifesto pilihan raya baru-baru ini dengan mengumumkan penurunan cukai tanah untuk rakyat negeri ini. Pada tahuh 2006, kerajaan Kedah yang diterajui oleh Barisan Nasional telah menaikkan kadar cukai tanah di negeri ini antara 100 peratus hingga 300 peratus. Penurunan tersebut melibatkan tiga kategori tanah antara 25 dan 75 peratus mulai tahun ini. Antara jenis tanah ialah kawasan padi MADA diturunkan sebanyak 25 peratus dari RM20 kepada RM15 sehektar atau RM5.75 kepada RM4.31 serelung; tanah kampung: RM60 kepada RM25 sehektar (58 peratus) atau dari RM17.27 serelung kepada RM7.19 serelung; PPRT: RM30 kepada RM20 satu lot (33 peratus).Rumah sesebuah (banglo): RM0.25 kepada RM0.15 satu meter persegi atau minimum RM150 kepada minimum RM100 (40 peratus); rumah teres: RM0.20 (minimum RM60) kepada RM0.12 meter persegi (minimum RM45) (40 peratus); rumah kos rendah: RM0.15 meter persegi (minimum RM50) kepada RM0.12 meter persegi (minimum RM35) (30 peratus).Tanah industri sederhana: RM0.20 meter persegi (minimum RM600) kepada RM0.15 sen (minimum RM400) (50 peratus): industri ringan: RM0.15 (minimum RM300) kepada RM0.11 sen (minimum RM300). "Penurunan cukai tanah itu adalah bagi memenuhi sebahagian daripada manifesto pilihan raya dan janji PAS kepada rakyat Kedah," katanya. Begitu juga, orang ramai diberi kelonggaran membayar cukai tanah sehingga bilan Disember ini tanpa dikenakan denda yang biasa dikenakan kepada mereka yang menjelaskannya selepas akhir bulan Mei. Selain itu Azizan turut mengumumkan bahawa mesyuarat exco telah bersetuju mengenakan bayaran RM10 sahaja bagi setiap lot tanah setahun kepada sekolah swasta yang tidak berorientasikan keuntungan. "Ini adalah satu berita gembira kepada sekolah-sekolah swasta yang bukannya "profit oriented", sama ada Sekolah Cina, Tamil mahupun Sekolah Agama Rakyat," jelasnya. Menjawab pertanyaan wartawan kemudiannya, Azizan memberitahu bahawa hasil penurunan cukai tanah ini, kerjaan Kedah dijangka kehilangan pendapatan dalam bentuk hasil sebanyak RM15 juta setahun. Bagaimanapun katanya kehilangan pendapatan itu bakal diganti memalui kaedah lain. "Kehilangan hasil kerajaan negeri ini akan diganti balik dengan membuat perbelanjaan berhemah, hasil daripada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tender terbuka kawasan pembalakan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman semalam. Dalam pada itu, Azizan turut mengumumkan kerajaan Kedah hanya akan memberikan kawasan balak secara tender terbuka mulai tahun depan. Menurutnya, dari seluas 2,400 hektar kawasan balak yang diluluskan oleh kerajaan sebelum ini bagi tahun 2008, cuma berbaki 700 hektar yang belum ditebang. "Mulai tahun depan tiada lagi tender berasaskan rundingan bagi kawasan balak. Semuanya akan dibuat secara tender terbuka. Ini akan menambah pendapatan kerajaan negeri," katanya./wann. |
0 comments Labels: bela rakyat, Harakahdaily, PR Kedah
www.chedet.com - Mahathir kini blogger
KLpos |
Oleh Malaysiakini | |
Khamis, 01 Mei 2008 | |
TUN Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim kerana ia memerlukan sokongan pembangkang. Mantan perdana menteri itu berkata, penubuhan suruhanjaya itu memerlukan pindaan perlembagaan sedangkan kerajaan BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga dalam parlimen.Dalam tulisan sulung di blognya "Dr Mahathir Mohamad" (www.chedet.com), beliau berkata pindaan ini hanya boleh dilakukan dengan sokongan sekurang-kurangnya sembilan undi ahli parlimen pembangkang. "Apakah kerajaan bercadang bekerjasama dengan pembangkang berkenaan isu ini, dan menunjukkan kelemahan mereka (kerajaan) sendiri? "Adakah ia akan memulakan quid pro quo (sesuatu untuk sesuatu), tawar-menawar dengan pembangkang? Tentu menarik melihat bagaimana PM bercadang mengendalikan hal ini." Beliau juga bertanya kedudukan dan peranan perdana menteri dalam suruhanjaya. "Tentu menarik jika kita dapat mengetahui perincian lengkap prosedur (suruhanjaya), terutamanya peranan perdana menteri," katanya. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Abdullah pada majlis jamuan makan malam anjuran Majlis Peguam 17 April lalu. Ia ditubuhkan untuk memulihkan kewibawaan sistem kehakiman yang dianggap tercemar sejak krisis 1998. Di majlis yang sama, perdana menteri juga mengumumkan bayaran ex-gratia kepada lima bekas hakim kanan yang terbabit dalam krisis itu, termasuk bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abbas. Dr Mahathir membangkitkan persoalan-persoalan itu berikutan tiada keterangan lanjut dibuat selepas pengumuman dua minggu lalu. "Adakah suruhanjaya ini akan melantik sendiri hakim-hakim atau adakah ia hanya mencadangkan nama-nama untuk persetujuan PM, atau adakah suruhanjaya itu mencadangkan (nama-nama) terus kepada (Yang di-Pertuan) Agong supaya baginda dapat menggunakan kuasa istimewanya (melantik hakim)?" katanya. "Atau perlukah Agong menunggu perkenan Majlis Raja-raja Melayu? Atau Majlis Raja-raja hanya memberi nasihat seperti amalan sekarang? "Atau Raja-raja berhak menolak calon (hakim), dan meminta calon-calon baru atau menamakan calon baru yang menjadi pilihan mereka?" Tambahnya, pelantikan hakim telah termaktub dalam perlembagaan dan sebarang perubahan harus melibatkan pindaan dokumen penting tersebut. |
0 comments Labels: dr det, klpos
Anwar - 100 tokoh paling berpengaruh
Malaysiakini |
Jimadie Shah Othman | May 2, 08 4:51pm |
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai seorang daripada 100 tokoh paling berpengaruh di dunia oleh sebuah majalah terkenal. Keputusan itu dibuat berdasarkan undian secara dalam talian majalah mingguan antarabangsa Time. Tokoh-tokoh tersebut dibahagikan dalam lima kategori: pemimpin dan revolusioner, hero dan perintis, ahli sains dan pemikir, seniman dan penghibur, serta jurubina dan titan. Seratus tokoh paling berpengaruh dipilih daripada 207 tokoh yang dicalonkan. Dalam majalah itu, Anwar digambarkan sebagai pemimpin Islam yang memperjuangkan sikap toleransi, demokrasi dan hak-hak asasi manusia. Majalah itu melihat pemimpin pembangkang itu sebagai calon perdana menteri dan tokoh yang menuntut pilihanraya bebas dan adil di Malaysia. Tokoh yang mendapat sokongan tertinggi, pereka permainan video terkenal Shigeru Miyamoto, mendapat 2,008,705 undi. Tempat kedua, artis pop Korea Selatan, Rain (1,568,612 undi) dan diikuti rapat pelakon komedi terkenal Stephen Colbert (918,105). Tempat keempat dan kelima masing-masing dikuasai Heidi Klum (26,587) dan Tyra Banks (17,011) – kedua-duanya peragawati tersohor. Anwar, walaupun mendapat undian yang lebih tinggi (42,116) daripada dua jelitawan ini, namun bekas timbalan perdana menteri itu ketinggalan dari sudut purata pemeringkatan, menyebabkan beliau berada di tangga ke-85 dalam senarai tersebut. Keputusan undian tersebut dimuatkan dalam edisi terbaru majalah itu dan boleh juga dicapai di laman webnya www.time.com. Selain undian, kriteria lain yang turut dipertimbangkan termasuklah hit di enjin carian Google dan di laman web perkongsian video Youtube.com, selain masukan dalam ensiklopedia Wikipedia. Time mengeluarkan senarai ini setiap tahun mulai 1999 dan kemudian dihidupkan semula pada 2004. |
0 comments Labels: DSAI, malaysiakini, pemimpin rakyat
"Angkuhnya Khairy pertahan ISA"
Harakahdaily Norlaila Othman (Keluarga Tahanan ISA 6 tahun) Fri | May 02, 08 | 12:16:51 pm MYT | |
Saya keluar dari bangunan Parlimen petang tadi dengan hati yang panas dan menggelegak. Sekiranya saya ada bawa air asid, hendak saja saya simbah ke muka mereka yang begitu 'sayang' dan angkuh kerana mereka dijaga oleh ISA. "I tak boleh pakai 'badge' ni sebab 'I luv ISA'�. Lagi pun family I belum ada yang kena ISA�, itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau petang tadi. Sebelum itu saya dan YB Dr Lo� Lo Mohd Ghazali (PAS Titiwangsa) menghulurkan lencana yang sama pada Mukhriz Mahathir (BN Jerlun) dan jawapannya ialah "saya tak boleh ambil badge ni � lagipun, kalau tak salah, kenapa mereka kena ISA pula?" Berdesing telinga saya mendengar kata-kata itu. Itulah antara kata-kata sebahagian ahli Parlimen Barisan Nasional yang kami temui di Parlimen petang tadi. Pada hari ini, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengadakan satu majlis khas menyerahkan lencana ISA kepada semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Di majlis itu, GMI dengan kerjasama Bar Council menyerahkan satu memo yang diterima oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah dimana dalam memo itu, mendesak supaya semua tahanan di Kem Kamunting (Kemta) segera dibebaskan. Dalam majlis itu, Saudara Amer Hamzah, yang menjadi peguam tahanan, mendesak supaya Dato' Seri Syed Hamid Albar pergi melawat tahanan di Kem Kamunting dan lihat sendiri keadaan mereka. Syed Hamid dilantik menjadi menteri kerana beliau di pilih oleh rakyat, justeru, dia sepatutnya berusaha untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, bukan setakat melawat tahanan ISA di Kem, tetapi juga untuk membebaskan mereka dengan segera. Majlis penyerahan lencana ini adalah salah satu usaha untuk mendidik rakyat yang dipilih menjadi ahli Parlimen supaya mereka mempunyai sedikit rasa simpati terhadap nasib Tahanan ISA yang berada dalam pemerintahan mereka. Ahli Parlimen adalah orang yang dipilih rakyat untuk membela nasib mereka. Namun, dari pemerhatian saya, walaupun ramai rakyat tidak suka ISA, namun pemimpin yang mereka pilih ini adalah dari golongan manusia yang hati mereka telah kering kontang dari sifat belas kesihan kepada sesame manusia. Walaupun rakyat telah memberi gambaran bahawa mereka menolak pemimpin yang ego,bongkak dan tidak berperikemanusiaan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini, namun semua pemimpin yang saya temui tadi seolah-olah tidak ada rasa simpati, jauh dari rasa insaf dengan �hukuman� yang telah dijatuhkan oleh rakyat. Saya rasa amat malang menjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai pemimpin yang sengaja jahil dan tidak mahu membuka mata hati mereka terhadap kejahatan serta kezaliman ISA. Mungkin mereka akan sedar jika Umni sudah dibubarkan dari bumi Malaysia ini. |
0 comments Labels: Harakahdaily, ISA, KJ beruk
Mudah sahaja jika mahu kalah - Mohamad Sabu
Siasah Daily
RAWANG, 2 Mei: Para pemimpin dan penyokong parti-parti Pakatan Rakyat diminta bekerja untuk menyatukan sesama mereka bagi memastikan mereka kekal memerintah dan sentiasa mendapat sokongan rakyat.
Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, kejayaan yang mereka capai dalam pilihan raya ke 12 lalu kerana rakyat melihat mereka bersatu dan tidak saling serang menyerang antara satu sama.
"Jika mahu jatuh, bergaduhlah dan seranglah antara satu sama lain, sebagaimana kita buat semasa pilihan raya 2004 lalu," kata Mohamad Sabu ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan Selayang di Dewan Merdeka, Kuang 1 Mei lepas.
Lebih 200 para perwakilan dari 28 buah cawangan PAS seluruh Selayang menyertai mesyuarat agung itu.
Mohamad dipercayai merujuk kepada beberapa kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin Pakatan khasnya DAP dan PAS sejak kebelakangan ini terutama dalam isu negara Islam.
"Kalau kita nak kalah senang je. Kita pakat kutuk sesama kita. PAS kutuk DAP, DAP kutuk PAS. PKR curigai DAP dan PAS, manakala PAS pula curigai PKR. Akhirnya kita pun akan bergaduh dan bila tiba pilihan raya kita kalahlah," kata Mohamad.
Bagi beliau, semua orang tahu PAS dan DAP mempunyai perbezaan tetapi banyak juga persamaaan yang ada antara mereka.
"Jika kita cari perbezaan, kita jumpalah. Tetapi kalau kita ingin terus menang, kita kena cari persamaan antara kita dan bekerja dalam kerangka persamaan itu.
"Kita banyak persamaan. Dalam isu ISA kita bersama, memerangi kezaliman BN kita bersama, memerangi rasuah dan penyelewengan kita bersama. Jadi kenapa kita cari perbezaan antara kita.
"Terbukti rakyat menyokong kita kerana kita bersatu. Jadi kalau mahu kalah, mudah sahaja," kata beliau.
0 comments Labels: Mat Sabu, minda pemimpin, siasahdaily
Istana arah tarik balik - Raja Nazrin titah MB Perak kekalkan Jamry Pengarah JAIP
|
|
IPOH 2 Mei – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini menitahkan pertukaran serta-merta yang diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury ditarik balik.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini petang ini, Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry Selasa lalu telah membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai ketua agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).
Titah Sultan Perak menarik balik arahan pertukaran Jamry yang juga Setiausaha MAIAMP itu disampaikan kepada Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini.
Susulan itu, Raja Nazrin, atas kedudukan baginda sebagai Yang Dipertua MAIAMP, telah menitahkan Mohammad Nizar, 51, menghadap baginda pada pukul 11 pagi ini di Istana Raja Muda Perak di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu yang baru memimpin kerajaan campuran DAP, PKR dan Pas selama 46 hari diminta menjelaskan kepada baginda berhubung arahan supaya Jamry, 47, ditukarkan serta-merta daripada jawatan Pengarah JAIP.
Selasa lalu, Jamry diarahkan mengosongkan pejabatnya oleh Mohammad Nizar. Tindakan terhadap Jamry yang ditukarkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu dipercayai ada kaitan dengan pertikaian mengenai isu-isu pentadbiran agama dan usaha Menteri Besar itu untuk menukar senarai ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.
Menurut kenyataan Istana Perak yang dikeluarkan melalui Setiausaha Sulit kepada Sultan, Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd. Rahim Mohamad Nor, ketika Mohammad Nizar dipanggil menghadap, Raja Muda Perak telah menyampaikan pandangan dan pendirian Sultan supaya arahan pertukaran serta-merta yang dikenakan ke atas Jamry ditarik balik.
Kenyataan itu menyebut: “Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan kesalahan terhadap pentadbiran kerajaan yang dilakukan oleh Jamry, maka kerajaan negeri diminta mempersembahkan perkara tersebut secara rasmi kepada Sultan.
“Sultan yang akan menitahkan proses undang-undang selanjutnya sebelum diambil apa-apa keputusan secara muktamad.
“Sebarang perbuatan dan tindakan yang dilakukan tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan Perak dan Raja Muda dianggap telah membelakangkan kedudukan Sultan sebagai ketua agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua MAIAMP.”
Sebelum itu, kira-kira pukul 11 pagi, Mohammad Nizar dilihat tergesa-gesa meninggalkan Mesyuarat Lembaga Air Perak (LAP) yang diadakan di Bangunan LAP di sini selepas dipanggil ke istana.
Selasa lalu, beliau telah mengarahkan Jamry bertukar dengan mendakwa Jamry tidak boleh memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.
Perbuatan Mohammad Nizar itu segera dibidas oleh ahli-ahli politik di Perak kerana ia dikatakan melanggar tradisi negeri ini. Di negeri ini, semua pelantikan melibatkan institusi agama dibuat dengan perkenan Sultan Perak selaku ketua agama Islam.
Menurut kenyataan Istana Perak, Sultan Azlan bertitah, pentadbiran kerajaan negeri perlu memperlihatkan satu bentuk amalan yang adil termasuk dalam pertukaran para pegawai.
Baginda dipetik sebagai mengingatkan bahawa proses keadilan itu hendaklah dipatuhi supaya tidak ada dalam kalangan rakyat merasakan diri mereka menjadi mangsa kepada perbuatan fitnah atau penindasan daripada mana-mana pihak yang lebih berkuasa.
“Sebelum sesuatu keputusan atau hukuman dijatuhkan, proses dan prosedur yang memperlihatkan berlakunya keadilan hendaklah dipatuhi sepenuhnya terlebih dahulu.
“Prinsip keadilan sejagat perlu dihormati. Oleh itu, mana-mana pihak yang dikenakan sebarang tuduhan hendaklah diberikan hak untuk membela diri dan memberikan penerangan supaya satu pertimbangan yang saksama lagi adil dapat dilakukan,” menurut kenyataan itu.
Pada pandangan istana, pelantikan Jamry selaku Pengarah JAIP yang juga berperanan sebagai Setiausaha MAIAMP hanya dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Perak.
Kenyataan itu menegaskan, urusan agama Islam serta badan dan agensi yang bertanggungjawab dengannya adalah di bawah kuasa mutlak Sultan.
“Pada tafsiran Sultan Perak, Menteri Besar mempunyai tanggungjawab untuk menghadap dan memaklumkan kepada Sultan dan juga kepada Raja Muda, memohon mendapat perkenan sebelum mengambil sebarang tindakan berkaitan hal ehwal agama Islam, badan dan agensi yang bertanggungjawab dengan agama Islam.
“Ia merangkumi urusan lantikan, penempatan dan pemindahan pegawai dan kakitangan yang menguruskan hal ehwal agama Islam, apatah lagi bagi penjawat jawatan penting dan jawatan utama,” ujar kenyataan itu.
Malah, ketika Mohammad Nizar menghadap Raja Nazrin pagi ini, Raja Muda Perak itu memperingatkan Menteri Besar berkenaan hubungan kerja dengan istana.
Hubungan kerja yang menghormati Sultan, kata kenyataan itu, merupakan satu konvensyen dan budaya kerja yang sentiasa diamalkan serta dihormati oleh setiap Menteri Besar dengan pihak istana selama ini.
Raja Muda bertitah, hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman itu wajiblah dihormati pada setiap masa.
Menurut kenyataan itu, Raja Nazrin Shah juga telah menyampaikan nasihat dan pandangan Sultan Perak bahawa seseorang ketua kerajaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan hendaklah memperlihatkan berlakunya keadilan.
Sebagai Menteri Besar, Mohammad Nizar, titah baginda, perlu mematuhi prosedur dan tatacara pentadbiran berlandaskan peraturan dan undang-undang yang ada.
Baginda berpendirian bahawa kestabilan sesuatu pentadbiran dan kerajaan adalah berlandaskan kepada prinsip yang berpegang kepada peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.
“Baginda Sultan amat mementingkan hubungan kerja harmoni dan baik berlaku di kalangan para pentadbir dengan pemimpin politik di negeri Perak demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan itu.
0 comments Labels: MB perak, Sultan, utusan
AD-LIB: Siapa lebih kontroversi... Mufti Perlis atau Faizal Tahir?
Mstar Online
01-05-2008 04:57:41 PM
oleh ZIEMAN
KENYATAAN yang benar, berani, sensitif dan selalunya berbaur 'negatif' mudah saja mendapat reaksi dan persepsi yang mengundang 'kontroversi.'
Malah aksi, perlakuan mahupun kenyataan yang terang-terang dibuat atas landasan yang menongkah arus juga dikatakan kontroversi.
Mungkin dewasa ini, personaliti yang layak mendiami takhta teratas bagi kategori kontroversi ini ialah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza. Tokoh agama yang disegani ini cukup 'kontroversi' tanpa disedarinya.
Mungkin juga ini disebabkan keberanian dan kelantangan juga ketajaman beliau mengeluarkan buah fikirannya yang bernas tanpa takut-takut.
Pernah sekali secara berlawak sinis, Dr Maza berkata, dia tidak takut berkata benar.
"Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Habis kuat dia orang suruh saya 'berehat'...eloklah sayapun dah penat," katanya dalam satu perbualan telefon.
MUFTI YANG KONTROVERSI
Bagi beliau, segala teguran atau kenyataan yang dibuat bukan berniat untuk mencetus kontroversi kerana itu sudah tanggungjawabnya sebagai 'pemegang mohor besar' dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama.
Dari kenyataan 'Kerajaan perlu bertaubat nasuha', 'Mualaf tidak perlu menukar bin/bintinya,' 'Isu babi di negeri Selangor' hinggalah ke 'Jangan perbesar isu Sufiyah' semuanya tidak terlepas pandangan Mufti...
Dan paling terbaru pula adalah konsert Jom Heboh di Perlis. Antara yang tertulis di dalam hebahan terbaru yang disiarkan dalam blognya www.drmaza.com ialah..."Jabatan Mufti Perlis tidak mengharamkan Program Jom Heboh anjuran Stesyen TV3, akan tetapi pihak Jabatan Mufti dukacita dengan nilai-nilai negatif yang terselit bersama dengan program Jom Heboh tersebut."
Beliau menegaskan, teguran mahupun surat bantahan yang dikeluarkan oleh Jabatannya tidak bermaksud mengharamkan Jom Heboh. Ianya sekadar satu pemantauan untuk memastikan tidak ada perkara yang tidak elok berlaku.
Ketegasan yang cuba ditekankan oleh Mufti antara lain beliau mencadangkan garis panduan pelaksanaan program Jom Heboh di Negeri Perlis:
i. Program Jom Heboh TANPA konsert adalah satu keutamaan sekiranya hendak dilaksanakan di Negeri Perlis
ii. Jika disertai dengan program konsert, ia hendaklah terkawal dan berdisiplin
iii. Artis-artis yang menimbulkan contoh-contoh yang buruk seperti Faizal Tahir atau aliran artis lain dari aliran rock, dangdut dan seumpamanya yang mempromosikan gelagat-gelagat liar dan ala kebudak-budakan yang menghapuskan nilai-nilai kematangan hidup tidak boleh dibenarkan
iv. Artis-artis yang hendak dibawa masuk hendaklah artis yang telah dirujuk persetujuan dari Jabatan Mufti, secara umumnya dicadangkan artis-artis puisi seperti Kopratasa, Ramli Sarip dan Sohaimi Mior Hassan ataupun kumpulan-kumpulan nasyid di tanahair.
v. Sebarang aktiviti-aktiviti yang memperlihatkan nilai-nilai kebodohan yang seakan-akan memperlekehkan akal dan pemikiran rakyat adalah tidak boleh dibenarkan
vi. Unsur-unsur khurafat seperti penampilan kepercayaan-kepercayaan misteri dan karut tidak dibenarkan. Demikian juga jualan barang-barangan khurafat dan tahyul seperti kayu koka tidak dibenarkan
vii. Penganjur Jom Heboh hendaklah menghormati sensitiviti orang-orang Islam seperti tidak menguatkan bunyian-bunyian pada waktu solat sehingga kelihatan seperti tidak menghormati agama.
Tujuan murni beliau memantau Konsert Jom Heboh agar tidak ada terpalit mahupun terselit elemen negatif dan yang boleh membawa ke arah maksiat seharusnya dipuji.
Keberanian beliau mengutarakan hujah-hujahnya agar masyarakat Perlis khususnya tidak terus-terusan hanyut dibawa sentimen hiburan yang melampaui batas adalah wajib. Berhibur boleh tapi ada garis panduan yang perlu diikut. Apa saja tanpa batasan dan panduan akan membuat kita khayal, terpesong dan lalai.
Selebihnya kita perlu fikirkan sendiri apakah kenyataan yang dibuatnya berbentuk kontroversi, sensasi atau sememangnya wajar dibuat kerana beliau seorang Mufti. Tambahan pula tokoh dan ilmuan agama ini arif dan bijaksana tentang hal hukum hakam ini.
TEGURAN MUFTI BUAT FAIZAL
Sinonim dengan kelantangannya bersuara menegur, Mufti berkata, "Artis-artis yang menimbulkan contoh-contoh yang buruk seperti Faizal Tahir atau aliran artis lain dari aliran rock, dangdut dan seumpamanya yang mempromosikan gelagat-gelagat liar dan ala kebudak-budakan yang menghapuskan nilai-nilai kematangan hidup tidak boleh dibenarkan."
Rasanya 'clause' di atas sudah merangkumi beberapa golongan artis di dalam dunia hiburan. Jadi mana-mana artis yang 'makan cili akan terasa pedasnya.'
Sebenarnya ini bukan kali pertama Faizal ditegur Mufti. Dua minggu lepas, beliau mula menegur Faizal Tahir dalam kolum Minda Muftinya di bawah tajuk, "Kekeliruan identiti menjadikan kita hilang arah."
Lantang sekali teguran Mufti. Katanya, bukan sahaja semua jenama parti politik menghadapi krisis identiti setelah berlaku tsunami politik yang merubah banyak identiti negara dan parti tetapi dalam dunia hiburan juga ramai.
"...Seperti seorang artis yang keliru antara ingin menjadi penyanyi atau menjadi super-man. Krisis identiti ini juga kadang-kala seperti seorang yang berjantina lain, tetapi berkecenderungan lain. Akhirnya ‘saudara’ pun tidak, saudari pun tidak. Maka akhirnya mungkin dipanggil ‘saudarai.'"
Walaupun nama Faizal Tahir tidak disebut namun umum tahu, teguran itu ditujukan khas untuknya. Sementelah siapa yang TERUJA dengan watak Superman jika bukan Faizal Tahir yang tidak lekang dengan baju T 'Superman'nya. Mufti menyifatkan perlakuan Faizal ini seperti kebudak-budakan yang 'sekejap ingin jadi manusia sekejap ingin jadi Superman.'
Jelas, menurut Mufti, kekeliruan identiti turut dialami oleh Faizal. Nasib kurang baik, Faizal pula selepas teguran dibuat telah kebetulan mengenakan pakaian 'berlubang-lubang' nampak skin color di Anugerah Planert Muzik yang jelas tidak begitu sesuai untuk kaum Adam.
Tapi kata tokoh agama itu lagi, beliau bukan anti Faizal Tahir dan bukan juga antimuzik...
FAIZAL TAHIR DALAM 'DILEMA' KONTROVERSI
Faizal Tahir, yang sinonim dengan isu kontroversi buka baju, cukup kecewa dilarang menyanyi di Jom Heboh, di Perlis minggu depan.
Mungkin Faizal belum pernah lagi mengeluarkan kenyataan sehebat Mufti Perlis, namun kontroversi yang membelenggu Faizal tidak kurang menariknya. Kalau Mufti buat kenyataan kontroversi, Faizal pula buat aksi kontroversi.
Teguran Mufti yang baru diterima Faizal sudah cukup mengheretnya ke kancah kontroversi semula. Tambahan pula, Faizal baru saja 'dibebaskan' maka namanya masih lagi dalam 'black list' ramai orang.
Beliau baru saja 'lepas hukum' 3 bulan setelah insiden membuka baju di atas pentas menayang dada polosnya pada peminat. Siapa sangka, baru saja hendak menarik nafas lega, Faizal akan 'dikenakan' hukum semula.
Pastinya Faizal cukup terasa bahangnya setelah dicap sebagai 'artis yang tidak menunjukkan contoh yang baik'. Teguran ini sekaligus bagaikan satu cabaran buat Faizal untuk membuktikan yang dia tidak 'seburuk' yang disangka oleh Mufti?
Mungkin juga hukuman yang dilalui sudah meninggalkan kesan pada Faizal. Dari semua cakap-cakap Faizal, kedengaran seolah Faizal sudah insaf dan tidak mahu mengulangi dan mengingati 'titik hitam' yang pernah dilaluinya.
Kini, Faizal yang cerdik, berbakat besar tetapi sedikit 'lepas laku' berada dalam kebingungan. Manakan tidak, karier seni yang baru nak bermula dengan mengacara rancangan 'Gang Starz' musim 2 bagaikan tidak mendapat restu dari Mufti Perlis.
Bila Mufti sudah tidak berkenan perangai Faizal, memang payahlah nak dapat imuniti. Ada benarnya Mufti menamakan Faizal kerana tidak mahu artis itu menjadi contoh tidak baik pada peminat-peminatnya.
Tapi bukankah itu cerita lama, wahai tuan Mufti. Setiap manusia perlu diadili dengan apa yang dilakukan sekarang, tidak begitu? Lembaran baru Faizal baru saja bermula....Tidak adil beliau dihukum terus-terusan atas satu kesilapan.
Walaubagaimanapun, mufti bistari mendakwa, walaupun Faizal telah menerima hukuman kerana perlakuannya yang kontroversi, Faizal masih tidak menunjukkan perubahan. Sukar untuk membuat tanggapan fizikal samada Faizal sudah berubah atau tidak rasanya....
Penyanyi yang 'baik-baik' seperti penyanyi puisi Kopratasa, Ramli Sarip, M.Nasir dan Sohaimi Mior Hassan juga penyanyi nasyid sahaja yang mendapat pengiktirafan Mufti. Jangan sebut penyanyi rock, dangdut mahupun rappers. Semua ini tidak masuk dalam 'kitab' artis bercontoh baik bagi Mufti.
Seharusnya teguran yang dibuat adalah satu tamparan hebat buat semua artis yang berada dalam kelompok 'Bukan artis contoh'. Tapi masakan mereka berani bersuara menyatakan isi hati mereka yang sebenarnya kerana dalam hukum Islam, hitam tetap hitam dan putih tetap putih. Maka itulah garis panduan yang juga dibuat oleh Mufti Perlis kita.
Dan jelas sekali di antara hitam dan putih itu adalah lembah yang didiami oleh orang-orang hipokrit dan munafik. Siapakah agaknya mereka itu?
0 comments Labels: artis, mstar online, mufti
Pengasas Naza meninggal dunia
Malaysiakini |
May 2, 08 11:09am |
Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Los Angeles, California, pagi semalam. Dengan modal tersebut, beliau membeli 20 AP dan kemudian berlepas ke Jepun selama tiga bulan. Beliau membawa balik 20 kereta terpakai dari Jepun, dan berjaya menjualnya dalam masa tiga bulan. |
0 comments Labels: dalam kenangan, malaysiakini