+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, April 19, 2008

Agenda Pakatan Rakyat selepas merdeka daripada penjajahan BN

Karya Fansuri


Oleh H Fansuri

Burung Rajawali itu semakin yakin menantikan hari kemenangannya. Lontaran kiasan itu dipunggah melalui sajak W. S Rendra, seorang penyair terkenal Indonesia. Sebenarnya, MB Selangor Tan Sri Khaled Ibrahim menisbahkan rajawali kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 14 April lalu ketika membacakan puisi itu sebelum Anwar memulakan ucapannya.

"Bermula malam ini, tamatlah perundangan zalim yang menyekat penglibatan Anwar di dalam politik negara," kata Azmin Ali sebelum itu.

Dingin angin April yang bertiup malam itu membungkus seribu kenangan ke atas Anwar sendiri ketika menyifatkan sebatang sungai berhampiran Yayasan Anda di Kg Baru sebagai Sungai Firdaus yang berada di syurga. Malah, banyak kisah sejarah di situ yang menyebabkan tempat tersebut telah dipilih sebagai tempat perhimpunan rakyat.

Selain itu, pertemuan di Kelab Sultan Sulaiman dapat dilakukan tanpa halangan memandangkan MB Selangor adalah presiden kelab tersebut, sekali gus menyulitkan operasi polis menghalau rakyat.

Pertemuan di situ juga, menurut Anwar, dibuat untuk mengirimkan pesan bahawa Umno yang dianggap penjajah baru akan beransur pergi setelah Pakatan Rakyat mengambilalih kepimpinan negara tidak lama lagi dalam tempoh terdekat.

"Kita sengaja buat pertemuan rakyat di sini kerana di sinilah rakyat berhimpun menuntut kemerdekaan. Inilah tempat perjuangan mereka menolak Inggeris supaya rakyat kembali berkuasa," tambah beliau.

Kursus Bahasa Melayu kepada penjawat awam Selangor

Sekatan awal yang baru dilumpuhkan ke atas Anwar itu diangkat temanya dengan agenda menjadikan penjawat awam kerajaan Selangor mahir bertutur dalam bahasa kebangsaan. Anwar mahukan kursus bahasa Melayu diperkenalkan ke atas para pegawai kerajaan negeri.

"Kita sasarkan matlamat supaya semua pegawai ini mahir dalam bahasa kebangsaan. Jadi, mungkin sebab itu sekarang ini Tan Sri Khaled pun mula berjinak-jinak membaca puisi," gurau Anwar ketika merujuk puisi yang dibacakan Khaled itu.

Suatu hal penting yang menjadi tanda tanya orang-ramai ialah apakah benar Anwar sudah pun membeli ahli-ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak? Anwar menolak hal tidak bermoral itu, malah menempelak PM melakukan hal yang lebih tidak bermoral.

"Sekarang sudah kalah, baru mahu bercakap mengenai perpaduan Melayu. Kemudiannya, beliau kata kita beli ahli Parlimen BN sebagai langkah tidak bermoral. Apakah mereka bermoral ketika menukar penggunaan dakwat kekal pada saat-saat akhir sebelum pilihan raya?

"Dan ada banyak penyelewengan lagi. Kalau tidak kerana penyelewengan ini kita dah ada di Putrajaya," kata beliau lagi. Warga BN Sabah dan Sarawak, kata Anwar memang sudah lama bermasalah dengan Abdullah.

"Tidak lama lagi, jawatan Ketua Pembangkang akan diserahkan kepada Abdullah Ahmad Badawi. Ahli-ahli BN di Sabah, Sarawak mahu menempa sejarah. Pada masa terdekat ini, kita meletakkan Datin Seri Wan Azizah sebagai Perdana Menteri terlebih dahulu," tambah beliau.

Anwar bakal menjadi Senator?

Dalam sidang media selepas itu, Anwar ditanya samada beliau berminat menjadi Senator? Soalan itu dilontarkan memandangkan Anwar dalam ucapannya sebelum itu telah mengesyorkan agar Presiden KeADILan Wan Azizah diangkat sebagai PM terlebih dahulu.

Apakah Anwar bersedia menjadi Senator? Anwar terdiam sebentar, dan kemudiannya dia tersenyum mengangguk-angguk, "Ya, saya tidak pernah terfikirkan hal itu. Terima kasih. Saya akan pertimbangkan syor tersebut," kata beliau.

Rapat umum di Kelab Sultan Sulaiman tentu sekali tak dapat dielakkan dengan Ketuanan Melayu kerana tempat itu amat rapat dengan perhimpunan umat Melayu. Anwar bagaimanapun telah menyanggah konsep itu yang telah diputarbelitkan Umno.

Beliau memajukan mahukan konsep Ketuanan Rakyat! Tapi, hal itu tetap berpaksikan kepada Melayu tanpa mengenepikan dan menafikan hak kaum lain. Menurut Anwar, Ketuanan Melayu asuhan Umno selama ini sebenarnya bertujuan memelihara kepentingan kapitalis Melayu semata-mata

"Rakyat ditipu sejak dulu, kini dan selamanya. Pembelaan nasib orang Melayu dan rakyat tak boleh ada dalam tangan perasuah. Perjuangan ini mengangkat martabat Melayu, tetapi dalam masa yang sama kita tidak abaikan hak orang bukan Melayu.

"Kita kumpulkan kekuatan Melayu untuk bela hak semua. Saya beri jaminan Perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan dirombak," kata beliau lagi.

Perjuangan berhaluan kiri lazimnya tidak mendapat liputan daripada media arus perdana. Dalam hal ini, Anwar menyifatkan Utusan Malaysia misalnya masih menganggap pilihan raya belum selesai kerana masih lagi meneruskan laporan memburukkan Pakatan Rakyat.

"Utusan Malaysia sebenarnya bukan perjuangkan rakyat, tapi banyak melaporkan pergolakan dalaman Umno. Abdullah dan Najib sebagai perancang pilihan raya perlulah bertanggungjawab terhadap semua penyelewengan yang berlaku baru-baru ini termasuk bekas PM Dr Mahathir.

"Mahathir kata semasa pemerintahan beliau dahulu, tiada kezaliman. Jadi, kes Lingam itu apa ertinya? Kes percaturan semua hakim itu berlaku pada zaman kamu. Mahathir perasuah besar, perompak harta rakyat. Jangan lupa, siapa singkirkan Tun Salleh Abbas?" katanya.

Najib gagal sebagai bakal PM?

Berhubung syor Najib akan dilantik Abdullah bagi menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri, Anwar berkata hal itu makin sukar kerana imej TPM yang buruk. "Abdullah nak lantik Najib, tetapi semua orang tahu siapa bunuh Altantuya," kata beliau.

"Seperti mana ibu bapa kita berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, seperti itulah kita hari ini bertindak dengan cara yang sama menuntut kemerdekaan.

"Kepada orang-orang Umno di sini, anda boleh kemukakan bantahan melalui kami. Kami akan sentiasa mendengar masalah saudara jika kepimpinan Umno tidak mahu mendengar luahan hati saudara," kata Anwar lagi.

Berhubung Ketuanan Rakyat, Anwar menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tetap tak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa kebangsaan dan lain-lain hal yang telah diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuan sebelum ini.

"Pimpinan mestilah serius dalam usaha meletakkan semula bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik.

"Selain itu, jikalau wujud kerajaan baru, harga minyak akan tetap turun. Saya mahu bawa para pelabur asing dari China, Arab untuk melabur dalam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat selama ini," ujar beliau.

Ceramah diganggu polis

Sekitar jam 10:15 malam ketika Anwar hampir menutup ceramahnya, rombongan sekitar 10 ke 15 orang pegawai polis secara beransur-ansur bergerak perlahan menuju ke tempat pentas beliau berucap.

"Tidak apa, biarkan. Ini prosedur biasa. Saya pun sudah hampir tamat berucap," kata Anwar, cuba meredakan kemarahan para penyokong Pakatan Rakyat. Deretan pasukan polis itu berterusan dihambur dengan ucapan-ucapan liar daripada hadirin. Rasa dendam mereka tidak dapat dirawat dalam tempoh terdekat. Bagaimanapun, keadaan tersebut masih lagi terkawal.

Tidak lama selepas rundingan itu pihak polis mula beransur pergi kerana ceramah akan berakhir. Ketika polis beransur bergerak meninggalkan pentas, Anwar sempat bergurau dan berseloroh berhubung kejadian itu.

"Kita lihat malam ini dan akhir-akhir ini mereka berikan kerjasama kepada kita. Mungkin mereka pun dapat rasakan bahawa tidak lama lagi akan terbentuk kerajaan baru. Tak apa, kalau kami memang, kami akan bela nasib polis dan naikkan elaun mereka," kata Anwar.

Kata Rendra, sebuah sangkar besi, tak boleh menukar seekor rajawali. Kini sang rajawali telah pun terbang bebas dan hinggap di dahan kekuasaan. Dia dapat mematuk atau berbuat apa sahaja. Namun, rajawali harus ingat bahawa di atasnya ada seekor burung garuda.

Dan, burung garuda itu adalah rakyat yang sentiasa menaunginya, membelanya ketika dia susah dan akan menyerangnya jika dia lupakan tanggungjawabnya. Demikian kata Fansuri.

1:46 a.m, 17 April 2008
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Read More...

Bela Kaum: Nasib Samy Bagai Telur Di Hujung Tanduk !!

Gempar! Kecewa layanan terhadap beliau, Apakah Samy Vellu bertukar profesyen? Samy akan menggantikan tempat Ronaldo dalam pasukan Brazil? (Gambar sekadar hiasan )

Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib malang yang menimpa bekas Menteri Kerjaraya, Samy Vellu mutakhir ini. Apakah beliau bakal menerima tamparan yang lebih hebat selepas ini. Mungkinkah beliau akan dijatuhkan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti MIC tidak lama lagi. Gambaran awal sudah jelas kelihatan. Suaranya yang baru kedengaran kononnya ingin membela nasib kaum India kini dipandang sepi oleh kerajaan Barisan Nasional. Samy sudah tidak bermaya lagi. Jika dulu beliaulah hero Tamil yang sering bertindak menaikkan kadar tol hingga membebankan rakyat, kini beliau sudah tidak berkuasa lagi. Tumbang di kubu kuatnya dalam pilihanraya umum lalu, bahkan juga tumbang untuk memimpin Kementerian Kerjaya yang sudah sinonim dengan namanya itu.

Apa yang lebih menyedihkan, susulan daripada kegagalan itu Samy dilihat semakin ditolak oleh kepimpinan tertinggi BN. Suaranya sudah tidak "power" lagi. Mungkinkah Pak Lah terlalu kecewa dengan perubahan undi kaum India lantaran memandang sepi kehebatan Samy dulu. Mungkin juga Samy didapati telah gagal untuk membela nasib kaum India. Apa tidaknya, begitu ramai orang India di Malaysia ini yang masih mendiami estet-estet dalam keadaan yang begitu daif. Mereka tiada kad pengenalan, tiada surat beranak bahkan ramai juga anak-anak kaum India ini yang tidak bersekolah hingga ke hari ini. Samy lebih mengutamakan periuk nasinya sahaja. Majlis perkahwinan anaknya yang menelan belanja hingga jutaan ringgit masih tersemat erat dalam ingatan masyarakt India di negara ini.

Perasaan kecewa mula timbul, pabila Samy gagal untuk menghalang kerajaan merobohkan kuil hindu di Rimba Jaya, Shah Alam tahun lalu. Sudahlah Samy gagal untuk membendung perkara itu, beliau sengaja ingin menjaga kepentingan peribadinya dengan menyatakan beliau akan mengadakan pertemuan dengan pengendali kuil yang dibina secara haram di atas tanah kerajaan di seluruh negara bagi mencari penyelesaian terbaik sekiranya ia dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Maknanya bila kuil diroboh, beliau akan menjadi hero menyakinkan kaum India tujuan kerajaan itu. Bukannya mahu membela nasib rakyat kaum India yang tertindas, sebaliknya membela kerajaan atas nama pembangunan. Justeru itulah, kita tidak hairan Samy juga menyokon tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) merobohkan kuil Hindu di Rimba Jaya, Shah Alam baru-baru ini – Tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) merobohkan kuil Hindu di Rimba Jaya, Shah Alam baru-baru ini adalah sah mengikut peraturan di bawah Kanun Tanah Negara. Inilah akibatnya dari keceluparan mulutnya itu.

Terbaru, Samy juga telah menyokong kerajaan dalam kes tangkapan pemimpin Hindraf. Walhal, mereka itu hanya bertindak untuk menghantar memorandum kepada kerajaan British. Tetapi atas kebiadapan kerajaan yang menggunakan kekerasan dalam menyuraikan perhimpunan itu, maka akhirnya menyebabkan beberapa orang pemimpin Hindraf itu telah ditangkap dan ditahan ISA. Akibatnya mereka terpaksa merengkok di Kem Kemunting, Taiping hingga kini. Maka akhirnya setelah Samy tewas dalam pilihanraya lalu, barulah beliau nampak kesilapannya itu dan merayu supaya kerajaan membebaskan tahanan terbabit. Sebelum itu beliau juga merayu kerajaan menarik balik tunduhan membunuh yang dihadapkan kepada beberapa orang lagi penyokong Hidraf yang didakwa di mahkamah. Beliau akhirnya cuba membela setelah melihat masa depannya dalam politik kaum India semakin terhalang.

Namun, semuanya sudah terlambat. Samy bukan lagi MGR (Hero Tamil) seperti dulu lagi. Kerajaan Pak Lah menolak rayuannya untuk membebaskan pemimpin Hindraf yang ditahan ISA itu. Dengan alasan perlu mengikut undang-undang. Walhal penahanan ISA itu jelas bercanggah dengan undang-undang negara, menahan tanpa bicara. Samy dilihat gagal untuk membela suara rakyat India di negara ini. Hasratnya untuk kekal dua penggal lagi sebagai wakil rakyat juga telah digagalkan dan kini masa depannya sebagai Presiden MIC juga kelihatan semakin samar-samar. Apatah lagi jika beliau ditentang oleh pencabarnya kali ini. Begitulah malangnya nasib Samy Vellu ini. Terbaru kita lihat keratan berita hal Samy dalam akhbar arus perdana Utusan Meloya dibawah:-

Samy Vellu tidak perlu ugut kerajaan

CYBERJAYA 18 April - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu tidak perlu mengugut kerajaan dalam membuat tuntutan untuk kepentingan kaum India di negara ini. Beliau berkata, kerajaan sentiasa mempertimbangkan tuntutan kaum minoriti itu secara adil dan saksama sejajar dengan konteks pakatan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, Samy Vellu seharusnya mengemukakan tuntutan kepada kerajaan dalam bentuk permohonan atau cadangan. ''Dari segi dasar, kita akan beri pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua kaum dan apa-apa pun yang diperlukan oleh masyarakat kaum India, kita sedia untuk timbangkannya tapi dalam konteks pakatan Barisan Nasional (BN). ''Kita sedia timbangkan tapi bukan dalam bentuk ugutan... dalam bentuk permohonan, di sini hari ini.

Maka kini, jelaslah kepada kita bukan sahaja Pak Lah menolak hasrat Samy Vellu malahan Najib juga sudah mula bosan dengan kerenah Samy itu. Samy sendiri dilihat sudah hilang keyakinan kepada kerajaan Barisan Nasional dalam hal membela nasib dan kepentingan kaum India di negara ini. Dulu, ketika Anwar membicarakan hal ini dalam satu persidangan di India beliaulah juara dan jaguh yang mempertahankan kononnya kenyataan Anwar itu adalah satu fitnah. Kini, akhirnya tuduhan itu terkena atas batang hidungnya sendiri.Sesungguhnya, gara-gara untuk membela nasib kaum India di Malaysia, kini nasib Samy bagai telur dihujung tanduk. Riwayat politiknya hanya menanti hari untuk ditamatkan. Nantikan sahaja apakah nasib Ayo Yo Samy selepas ini.

[Politik Samy bakal dikapankan, jika beliau terus dilihat gagal membela nasib kaum India di negara ini. Barulah Samy faham apa itu laungan keramat "Makhal Sakhti". Namun kini semuanya sudah menjadi bubur. Samy sudah tiada apa-apa jawatan lagi dalam kerajaan, beliau kini terpaksa menanggung kos tol yang selama ini dinaikkan oleh dirinya sendiri]

Read More...

Wilayah Pembangunan Iskandar = Wilayah Pembangunan Singapura

Tranungkite

Posted on Friday, April 18 @ 09:01:32 MYT by greenboc
Artikel Oleh ceroi

"aby : orang johor lama

Saya terpanggil untuk meneroka lebih mendalam tentang Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau Iskandar Development Region (IDR) setelah kerajaan beria-ia sangat untuk melaksanakan dalam masa terdekat ini. Bukan apa, sebagai penduduk yang akan menerima tempias pembangunan WPI, saya rasa perlu untuk mempunyai ilmu dan faham tentang apa yang bakal berlaku kerana kerajaan tidak memberi gambaran yang jelas dan tepat tentang kesannya kepada rakyat terutama penduduk yang tinggal di Johor Bahru dan kawasan-kawasan sekitarnya. Dalam surat khabar cuma kata pembangunan ini akan menguntungkan penduduk setempat khususnya orang Melayu.

Tapi macamana ia menguntungkan tidak jumpa pulak huraiannya. Atas dasar itu, kajian yang tidak seberapa ini mungkin dapat membuka mata ramai tentang kesan dan akibat WPI kepada penduduk khususnya diri saya. Saya akan huraikan kajian saya ini dalam bentuk soalan supaya dapat difikirkan bersama dan mudah difahami oleh orang kampung mungkin tanah mereka akan diambil dan terpaksa dipindahkan ke kawasan lain atas dasar memberi laluan kepada pembangunan di negara tercinta.

Apakah Wilayah Pembangunan Iskandar? t. ACara termudah untuk dapatkan maklumat tentang WPI ialah melalui website WPI (http://www.wpi.com.my/). Di dalam website ini terdapat brosur tentang WPI yang boleh didownload untuk dibaca. Cuma masalah disini maklumatnya agak terhad kerana maklumatnya ringkas dan tidak terperinci. Oleh itu saya cuba memahami serba sedikit apa yang diterangkan daripada brosur ini.

brosur-wpi.jpg

Muat turun brosur WPI di sini.(sila simpan dalam komputer, takut hilang nanti)

Berikut adalah petikan ucapan PM dalam brosur tersebut:

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah pelan jangka panjang kerajaan saya untuk mengubah lanskap Johor Selatan menjadi kawasan pembangunan yang premier. Apabila siap sepenuhnya pada 2025, WPI yang keluasannya tiga kali saiz Singapura akan menjadi sebuah metropolis yang serba moden, dengan tiga juta penduduk serta menawarkan taraf kehidupan antara yang terbaik di rantau ini.
Pada waktu itu, WPI akan memiliki pelbagai produk pelancongan, tapak untuk seni bina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai, sektor perkhidmatan, kewangan yang berdaya maju dan sistem pengangkutan bersepadu sepenuhnya. Perancangan ke arah menjadikan wawasan itu sebagai kenyataan sudah pun bermula. Kerajaan saya juga sudah mengumumkan pelbagai insentif, termasuk potongan cukai bagi beberapa industri perkhidmatan terpilih, selain membenarkan pelabur mendapatkan sumber manusia untuk industri itu dari serata dunia.
Kami juga melonggarkan syarat berhubung pemilikan asing dalam sektor terpilih. Untuk merancakkan pelaksanaan wilayah itu, kerajaan juga menubuhkan sebuah badan kawal selia bagi menjadikan urusan perniagaan dan pelaburan di WPI, satu pengalaman yang menyenangkan. Ada banyak faktor mengapa Iskandar adalah syurga untuk pelaburan. Dari segi geografinya, ia terletak di antara India dan China iaitu dua gergasi baru ekonomi yang menawarkan pasaran yang besar, kos perniagaan yang lebih murah berbanding pesaing di rantau ini, selain sistem perundangannya yang mudah. Iskandar juga dihubungkan dengan dunia luar melalui tiga pelabuhan utamanya, dua lapangan terbang antarabangsa dan rangkaian lebuh raya yang canggih serta mesra pengguna.
Sejak pelancarannya akhir 2006, lebih 1,000 pelabur dari Malaysia, Singapura, Timur Tengah, China, India dan Amerika Syarikat sudah meninjau peluang di Iskandar. Malah, ramai daripada mereka menyatakan minat untuk melabur di situ. Dianugerahkan dengan hutan hujan tertua dunia, paya bakau, pulau-pulau yang indah dan pesisir pantai yang panjang, Iskandar akan menjadi model untuk pembangunan mapan dan mesra alam. Untuk itu, perancangan yang rapi dan berhati-hati telah dilakukan bagi memastikan WPI menjadi kawasan pertumbuhan paling pesat di rantau ini menjelang 2025.

Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi

Antara persoalan yang bermain difikiran:

1. Apa itu pembangunan premier?

2. Untuk siapa metropolis yang serba moden, senibina yang masyhur, penginapan idaman di pesisir pantai?

3. kenapa perlu dilonggarkan syarat pemilikan asing?

4. syurga pelaburan untuk siapa?

5. betulke kat JB ni ada hutan hujan tertua di dunia?

Untuk lebih mudah faham dan maklumat lanjut boleh rujuk maklumat yang terdapat di dalam wikipedia disini.

Kawasan manakah yang bakal terlibat dengan WPI?

map-development.jpg

(sila rujuk brosur untuk lebih jelas)

Ini adalah kawasan yang terlibat dengan WPI. Sekali imbas dah macam sebahagian pembesaran Singapura. Senang tak payah susah-susah gali pasir. Beli tanah dengan pemimpin-pemimpin Malaysia aje. Murah dan Mudah. Kawasan yang terlibat adalah sampai ke Majlis Perbandaran Kulai (termasuklah rumah Mawi di Felda Taib Andak. Jangan rumah Mawi pun kena ambik sudah le), Pasir Gudang dan Pontian.


Kenapa sumber maklumat di dalam website hanya disediakan dalam bahasa Inggeris?

Yang saya memusykilkan ialah kenapa website http://www.wpi.com.my/, http://www.idr.com.my/, http://www.irda.com.my/, dan http://www.sjer.com.my/ menggunakan website yang sama sedangkan semua ini menjalankan fungsi yang berbeza.

Yang keduanya kenapa semua website menerangkan tentang WPI ini dalam bahasa Inggeris sedangkan yang akan membaca dan yang paling ramai terlibat adalah dikalangan orang Melayu. Tidak bolehkah sediakan satu website dalam bahasa Melayu supaya mudah penduduk boleh baca dan faham.

Juga tiada satu badan atau orang perseorangan yang datang ke balai raya atau ke ke kampung-kampung untuk terangkan tentang WPI hingga ke peringkat akar umbi. Apa salahnya menyediakan satu badan bertindak untuk menerima input penduduk setempat di kawasan terlibat. Ajak la orang Kampung Pasir, Kampung Melayu dan yang sewaktu dengannya sebagai wakil setempat.


Adakah penduduk boleh menghalang jika tanah mereka diambil bagi tujuan pembangunan?

Jawapan bagi persoalan di atas ialah rakyat tidak boleh menghalang pengambilan balik tanah bagi kegunaan persekutuan sebagaimana terkandung dalam Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Kerajaan Persekutuan boleh mengambil tanah melalui kerajaan negeri kerana urusan tanah dibawah bidang kuasa negeri. Yang akan meluluskan ialah exco negeri yang terdiri dari ADUN atau wakil rakyat yang dipilih oleh kita rakyat malaysia yang mengundi dia dengan diketuai oleh Menteri Besar (di Johor Ghani Othman la).

Penduduk cuma boleh merundingkan jumlah pampasan yang boleh diterima sahaja. Maklumat lanjut sila buka buku akta ni yang boleh dibeli di kedai buku di Angsana atau kedai-kedai buku bahagian undang-undang.

Persoalannya, adilkah tanah datuk nenek kita diambil dan dijual kepada orang Singapura?

Kenapa WPI dikatakan menguntungkan Singapura?

“Wawasan Malaysia untuk selatan Johor adalah cemerlang…”

Chua Lee Hoon, Pengarang Review, 2 Jun 2007, The Straits Times, Singapore

“Dengan adanya Iskandar, kita boleh mengalihkan perniagaan yang tidak akan menguntungkan di Singapura - kerana masalah kekurangan tanah dan pelbagai halangan lain - tapi menguntungkan jika dilakukan di selatan Johor”

Manu Bhashkaran, Felo Kanan Penyelidikan, Partner and Member of the Board, Centennial Group Inc. 5 Mei 2007,

The Straits Times, Singapore

Ini adalah 2 petikan komen daripada brosur yang didownload dari website yang disebut di atas. Rasanya dah boleh faham macamana faedah kepada Singapura. Dah tak laku kat tempat dia baru nak buang kat Johor.


Rakyat Singapura bakal untung sebab mereka boleh beli rumah, pejabat atau hotel yang dibina di atas tanah orang Malaysia yang diambil kerana harga yang murah jika dibandingkan dengan harga di Singapura. Cuba kita lihat sama-sama di sini. Harga sebuah rumah flat di Singapura ialah dalam lingkungan SGD200,000 (RM 460,000) hingga SGD 700,000 (RM 1.6 juta) http://www.hdb.gov.sg/

Statistik Harga Rumah di Singapura

TOWN

3-ROOM

4-ROOM

5-ROOM

EXECUTIVE

ANG MO KIO

$203,000

$307,000

$423,000

$550,000*

BEDOK

$193,000

$257,000

$400,000

$440,000*

BISHAN

$238,000*

$340,500

$480,000

$568,000*

BUKIT BATOK

$183,000

$305,000

$430,000

$431,800

BUKIT MERAH

$230,000

$428,000

$573,000

-

BUKIT PANJANG

$178,000

$249,000

$319,000

$400,000*

BUKIT TIMAH

$255,000*

$380,000*

$440,000*

$638,500*

CHOA CHU KANG

$169,800

$253,000

$313,000

$380,000

CLEMENTI

$210,000

$335,000

$484,500

$600,000*

GEYLANG

$185,000

$271,500

$435,000*

$410,100*

HOUGANG

$184,000

$263,000

$349,000

$416,000

JURONG EAST

$190,800

$267,000

$390,000

$490,000*

JURONG WEST

$170,000

$242,000

$315,000

$360,000

KALLANG/WHAMPOA

$212,000

$353,000

$461,500

$522,500*

PASIR RIS

-

$275,500

$340,500

$455,000

PUNGGOL

-

$293,000

$358,000

$410,000*

QUEENSTOWN

$220,000

$425,000

$591,000

$757,500*

SEMBAWANG

-

$257,500

$308,000

$365,000*

SENGKANG

-

$281,000

$334,000

$421,300

SERANGOON

$187,000

$275,500

$350,000

$424,000*

TAMPINES

$222,000

$293,000

$350,000

$446,000

WOODLANDS

$161,300

$248,000

$300,000

$380,200

OVERALL

$197,000

$273,000

$340,000

$415,000

(Sumber: http://www.hdb.gov.sg/)


Berapa ramai orang Malaysia boleh beli rumah harga macam tu jika dibuat dikawasan WPI? Bos tempat saya kerja pun belum tentu boleh beli rumah harga macam ni. Rumah banglo di Johor pun tak sampai RM500 ribu. Rumah teres setingkat kos sederhana (RM100,000 hingga RM 200,000) untuk duduk sendiri di JB pun belum mampu dibeli oleh orang yang duduk di JB, inikan pula harta tanah berharga ratusan ribu ringgit.


Menurut program kerajaan dalam Malaysia My Second Home Programme (http://www.mm2h.gov.my/), penduduk asing boleh beli harta tanah di Malaysia yang berharga lebih RM 250,000 (SGD 109,000-murahnya bagi orang Singapura). Rumah kedai atau ruang pejabat di Malaysia lebih mahal dari harga rumah tetapi jauh lagi murah jika dibandingkan dengan harga di Singapura.


Jika saya orang Singapura amatlah beruntung kerana harta tanah serta barang keperluan boleh dibeli pada harga yang amat murah dan kekal menjadi hakmilik saya dan keturunan saya selama saya tidak menjual tanah tersebut.


Persoalannya ialah apa yang akan berlaku jika separuh kawasan WPI ni dibeli oleh orang Singapura?

Maka WPI ni jadi hakmilik Singapura lah. Orang Malaysia hanya boleh melawat kawasan-kawasan menarik di tepi Pantai Lido untuk makan steamboat. Lepas tu balik ke rumah di kawasan kampung nun jauh di Kulai atau Pekan Nenas, Pontian.


Persoalan yang masih perlu diterokai:

Masih terdapat banyak lagi persoalan yang belum terjawab. Mungkin dilain kali kita bertemu lagi. Masih boleh difikir-fikirkan bersama wahai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum kerana WPI melibatkan kepentingan semua kaum yang duduk di Johor khususnya. Antaranya:

  • Tak cukupkah pembangunan di Johor Bahru sekarang ini?
  • Kenapa tidak dibangunkan kawasan belum membangun di tempat lain?
  • Mampukah orang Johor bergerak selari dengan pembangunan yang drastik ini?
  • Tidak cukupkah dengan kesan kenaikan harga barang akibat ramai orang Singapura membeli belah di Johor Bahru?
  • Kenapa tidak dibuat satu jambatan baru yang mudah orang Singapura dan Malaysia menjalankan urusniaga di kedua-dua negara?
  • Jika berlaku pengambilan tanah, dimanakah penduduk akan menggantikan tanah tersebut untuk tinggal? Berapa harganya?
  • Siapakah pemilik syarikat pemaju dan syarikat-syarikat utama yang terlibat dalam WPI? Boleh rujuk di sini.
  • Kenapa pulak Robert Kuok (orang terkaya di Malaysia) ada dalam Majlis Penasihat WPI?
  • Jika WPI akan menjadi lambakan penduduk Singapura apa yang bakal berlaku seterusnya? Harga barang keperluan? Kuasa beli?
  • Adakah kita sebagai anti pembangunan jika mempersoalkan WPI?
  • Siapakah yang merancang pembangunan WPI? Adakah orang tempatan JB terlibat atau orang yang duduk di KL merancang di atas kertas sahaja?
  • Kenapa tiada satu badan berfungsi menyalurkan maklumat dengan jelas kepada kepada rakyat Johor?
  • Apa yang bakal berlaku kepada Kampung Melayu, Kampung Pasir, kampung Skudai Kanan, Kampung Majidee dan kampung-kampung lain yang sewaktu dengannya?
  • Mampukah anak generasi kita menghadapi pembangunan yang pesat ini? Apa persediaan kita untuk itu?
  • Dimana saluran untuk penduduk dan rakyat memberi idea dan pandangan tentang WPI?
  • Jika WPI ini ‘berjaya’, adakah koridor-koridor lain pun akan dibuat benda yang sama?
  • Dan banyak lagi persoalan yang bakal muncul…….memerlukan jawapan….di dunia dan akhirat.


Semoga maklumat yang tidak seberapa ini mampu membuka mata pemimpin-pemimpin kita semua. Jangan hanya menyokong dan meluluskan sahaja semua yang dibentangkan. Guna akal yang waras dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat sebab nanti setiap pemimpin akan disoal atas apa yang dipimpimnya selepas mati kelak. Selamat berkoridor…

Yang benar,
Orang Johor Lama

* Saya harap tulisan saya ini dapat disebarkan kepada ramai terutama pemimpin-pemimpin kita supaya mereka faham dan sedar apa yang berlaku dan bakal berlaku terutama kepada penduduk di kawasan WPI. Tulisan ini adalah untuk menjaga keharmonian semua kaum yang baru mengorak langkah ke arah kehidupan bersama yang aman sejahtera. Saya terlalu sayang untuk melihat keharmonian antara kaum ini dihancurkan oleh tangan-tangan yang tamak haloba.

“Aku tidak kaya, tetapi aku tidak mahu mengemis di bumi sendiri.” - Rakyat Malaysia

jika-ini-anak-anakku1.jpg


Sumber: http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com/
http://isuhangat.blogspot.com/

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |