+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, April 22, 2008

PAS sokong usaha memperkasakan BPR

Tranungkite

Posted on Tuesday, April 22 @ 13:33:02 MYT by SongkokPutih
Kenyataan Media Oleh DS Haji Abdul Hadi Awang

 PAS menyokong usaha pihak kerajaan dalam memperkasakan agensi pencegahan rasuah negara, BPR dengan menstrukturnya semula menjadi sebuah suruhanjaya bebas. Bagi PAS keberkesanan menangani rasuah sesungguhnya tidak terletak semata-mata pada nama atau status tetapi yang lebih penting adalah keikhlasan dan keimanan para petugasnya dan kerajaan yang memerintah serta perlaksanaan yang menepati maksudnya yang sebenar.

PAS merasakan apa yang telah dibentuk dan diasaskan oleh Islam lebih 1400 tahun dahulu merupakan contoh terbaik dalam usaha memerangi dan membenteras rasuah, dan model Islam ini jauh lebih dahulu dari model-model semasa termasuklah apa yang terdapat di Hong Kong pada hari ini. Islam telah menanam asas memelihara masyarakat dan pemimpin dari rasuah bukan hanya dengan memperkenalkan peraturan dan undang-undang tetapi dimulakan dengan menanam kepercayaan kepada Tuhan yang melihat dan mengetahui segala-galanya. Islam membentuk masyarakat dan pemimpin sehingga menyedari bahawa perlakuan dan jenayah rasuah tidak hanya akan berakhir di dunia semata-mata tetapi pesalahnya akan turut dihukum di Hari Akhirat kelak.
Bagi PAS sebarang usaha memerangi rasuah mestilah bermula dengan pemerintah yang bersih. Jika parti pemerintah itu sendiri dibebani dengan penyakit rasuah dan mereka pula dipilih melalui amalan rasuah, maka adalah mustahil untuk memberikan kepercayaan kepada mereka ini untuk memerangi rasuah dalam erti kata yang sebenar.

PAS telah berjaya membuktikan corak dan sistem pemerintahan yang bersih dari rasuah di Kelantan, sejak 1990 hingga kini, dan di Terengganu antara tahun 1999-2004. Insyallah kita akan memperkenalkan model yang sama ini, yang kita yakini dapat diterima oleh semua dinegeri-negeri Pakatan Rakyat dalam usaha melahirkan masyarakat dan pentadbiran yang bersih dan bebas dari rasuah.


22 April, 2008

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Read More...

PAS Johor catat sejarah, 2 Adun angkat sumpah

kelantankini

Written by admin on Apr 22nd, 2008 | Filed under: PAS


22 Apr | 7.55am

JOHOR BAHRU: Semua 56 Anggota Dewan Undangan Negeri Johor termasuk enam dari Pakatan Rakyat (dua Adun PAS, empat DAP) mengangkat sumpah di depan Speaker DUN, Dato’ Ali Hassan semalam.

Majlis angkat sumpah itu diadakan sempena dengan mesyuarat pertama bagi penggal persidangan pertama DUN Johor ke-12 semalam, serentak dengan pemilihan Ali sebagai Speaker DUN yang dipersetujui sebulat suara semua 56 Adun berkenaan.

Persidangan DUN Johor kali ini mencatat sejarah tersendiri bagi PAS yang buat pertama kalinya mempunyai wakil yang dipilih secara sah dalam pilihan raya umum lalu.

Sebelum ini PAS seringkali gagal menembusi negeri yang dianggap sebagai kubu kuat Umno itu. Bahkan ada pihak yang menganggap mustahil untuk parti itu menang kerusi DUN di Johor walau satu kerusi pun.

Sejarah mula tercipta pada penggal lepas apabila PAS mempunyai wakil dalam DUN Johor melalui calonnya di DUN Senggarang, Dr Mohd Ramli Md Kari yang menang kerusi berkenaan tanpa bertanding.

Namun nasib tidak menyebelahi beliau kali ini apabila pada pilihan raya 8 Mac lalu Dr Ramli tewas di DUN berkenaan kepada calon BN, Ja’affar Hashim dengan majoriti 3,028 undi.

Bagaimanapun kekalahan Dr Ramli berjaya ditebus apabila mempunyai bukan satu tetapi dua wakil dalam DUN Johor iaitu Dr Mohamad Taslim mewakili DUN Maharani dan Dr Syeikh Ibrahim DUN Sungai Abong.

Kedua-duanya diberikan mandat untuk mewakili pengundi di kawasan masing-masing pada pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini.

Kemenangan Dr Syeikh Ibrahim dengan majoriti yang agak besar iaitu lebih 1500 undi dan Dr Mohamad Taslim dengan majoriti 158 Undi agak mengejutkan semua pihak.

Untuk rekod Dr Taslim tewas pada pilihan raya umum 2004 di DUN sama dengan majoriti 4,594 undi, manakala Dr Ibrahim tewas dengan majoriti 6,057.

Tempias ‘tsunami’ juga mengakibatkan negeri kubu kuat Umno itu lewat mengumumkan penubuhan kerajaan negeri tidak sebagaimana kelazimannya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub ketika mengulas kejayaan bersejarah PAS Johor berkata:

“Selama ini mereka merasa cukup kuat dan kebal seolah-olah tidak ada siapa pun yang mampu menggugat keampuhan serta kekuatan mereka, tetapi mereka lupa bahawa kekuatan yang mereka miliki hanyalah bersifat sementara.

“Hari ini segala keangkuhan serta kesombongan mereka selama ini telahpun terjawab apabila enam kerusi DUN dan satu Parlimen, terlepas kepada pembangkang, dengan kejayaan ini juga ia sekaligus telah menafikan tanggapan Umno bahawa Johor adalah kubu kebal mereka.

“Walaupun pada PRU Ke-12, tempoh hari, gabungan PAS, DAP dan PKR, gagal mendapatkan kemenangan besar bagi membolehkan kita membentuk keraajaan di Johor, tetapi saya cukup yakin dengan kejayaan awal yang begitu menggalakkan ini, kita mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar lagi pada masa depan,” katanya.

Read More...

Anything's possible in politics... so what's next?

E-media News

22 Apr 2008

Sharanjit Singh

IT looks like Datuk Lee Kah Choon just cannot stay out of the spotlight.

Just last month, he was touted to become the next chief minister of Penang.

However, as fate would have it, he ended up with nothing as Gerakan was thrashed in the general election and lost Penang to its arch enemy the DAP, which has since gone on to form the state government with Parti Keadilan Rakyat (PKR).

The former Gerakan deputy secretary-general subsequently had a falling out with the leadership and has since quit all his party posts. Just when everyone thought it was the end of his political career, Lee bounced back with the shocking announcement by the new state government that he had been appointed director of Penang Development Corporation (PDC) and investPenang. The appointment was received with mixed feelings by various quarters, with some, especially those from Gerakan, describing Lee's acceptance of the posts as doublecrossing the party.

However, none of the Gerakan leaders have come out publicly to condemn Lee and all of them have not responded to repeated attempts by pressmen for their comments. Only Gerakan adviser, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, has offered his best wishes to Lee so far. Although Chief Minister Lim Guan Eng sees it as an appointment of the best to lead two of the most important state agencies, others are more sceptical.

Some DAP leaders have privately voiced their reservations about bringing in a former enemy to head important agencies like the PDC and investPenang. "I personally have my reservations about the whole thing," an elected DAP representative said. "It makes us look bad, especially among the grassroots members who have been working hard all these years only to see others being rewarded." The appointment has also been interpreted as an attempt by the DAP-PKR to lure capable leaders from Barisan Nasional to switch camps.

State BN leaders fear certain individuals may find it difficult to reject plum offers from the new state leadership. This is more so as Penang is set to undergo a major transformation once projects planned under the Ninth Malaysia Plan get implemented. "The time is just right for DAP-PKR to tempt those who had lost everything to abandon the BN and join them. "We cannot dismiss such a possibility and the BN leadership needs to deal with those who switch camps now severely... we will be faced with a major problem if it is not done immediately," a state Umno leader said.

Apart from Lee, three Umno assemblymen have also been offered seats in various state administrative committees. However, the three - Sungai Acheh's Datuk Mahmud Zakaria, Seberang Jaya's Datuk Ariff Shah Omar Shah and Pulau Betong's Muhammad Farid Saad - have rejected the offers, claiming they were a political trap. State Umno liaison committee secretary and state opposition chief Datuk Azhar Ibrahim said the party had expected the new state government to make such a move. However, he said the party's involvement in the state administration would make it difficult for its members to debate any motion tabled at the state legislative assembly. It is now left to be seen if Lee's appointment would also mark the beginning of an exodus of BN leaders to the Pakatan Rakyat camp.

This is especially so if the offers are too good to reject and as Lee himself put it, "anything is possible in politics".

Read More...

Syok Juga Jenguk Blog Dua Bekas MB - MSO

msomelayu


Tuesday, April 22, 2008

Analisa

SESEKALI syok juga apabila menjenguk ke blog orang politik (pure) seperti dua bekas MB Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dan Muhmmad Mohd Taib. Kedua mereka mendahului ahli politik lain khususnya bekas MB dalam menyahut cabaran agar berblog.

Syabas diucapkan kepada mereka kerana berani membuka 'taman maya' (blog) sendiri. Bukan calang-calang orang juga berani berblog. Ada seorang bekas MB turut sama membuka blog tetapi tidak berani untuk mepamirkan gambarnya. Selepas beliau dibelasah teruk, khabarnya blog berkenaan teus ditutup!

Sebenarnya dalam riuh randah dunia blog ini, kesemua MB termasuk MB Kelantan juga patut ada blognya sendiri. Walaupun sudah banyak blog pronya, namun tidak puas hati kalau tidak dibukan blog sendiri. Kalau Nik Aziz ada blog sendiri barulah ada umppphhhh... orang boleh berintraksi langsung dengannya bukan saja berhubung dengan politik tetapi agama juga.

Begitu juga dengan bekas MB Terengganu Abdul Hadi Awang, patut ada blog sendiri yang aktif. Banyak yang hendak dicerita dan dikongsikan idea dengan Abdul Hadi. Kalau beliau buka blog sendiri tentulah berlambak soalan dan persoalan yang diajukan mengapa Terenganu boleh kalah dalam pilihan raya lalu.

Kenyataan beralasan

Sehingga kini belum ada bedah siasat atau kenyataan beralasan daripada pemimpin Pas Terengganu termasuk Abdul Hadi sendiri menjelaskan perkara itu. Nampaknya semua pemimpin Terengganu menikus dan tidak berani menjelaskan kenapa Terengganu gagal dirampas Pas?

Sikap ini sedikit sebanyak memberi tohmohan buruk kepada bekas MB itu kerana orang akan beranggapan kekalahan itu kerana kelemahan kepimpinannya. Walahal khabarnya kelahan Terengganu itu kerana rakyat sudah muak dengan pemimpin yang lebih tua daripada Abdul Hadi yang suka mengkontrol segala machinery di Terengganu.

Blog boleh ditafsirkan sebagai wadah baru untuk berkata-kata langsung dengan tuan blog dan penjenguknya. Blog boleh digunakan untuk memberi pandangan, menghentam orang dan juga meluahkan perasaan yang tersumbat dalam diri.

Orang yang degil patut dikritik menerusi blog! Apa lagi kalau orang politik wajar dikritik dalam blog. Kalau dicerita dengan baik jarang untuk diendahkan. Mungkin sebab sikap orang politik yang suka menghentam orang di pentas maka beliau juga perlu ditegur secara terbuka atas pentas dan ia cara itu lebih berkesan.

Kalau kita menghentam orang menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), hanya pemilik telefon saja tahu apa kandungan. Tetapi kalau ditulis dalam blog, berjuta orang dapat mengetahuinya.
Manusia akan merasa puas apabila isi hatinya dapat dibaca dan diketahui oleh orang lain.

Sama ada baik atau buruk blog bergantung kepada manusia itu sendiri dan bagaimana ianya dimanfaatkan. Kalau dia boleh menggunakan ke arah baik, mengawal akal dan jiwanya, maka ia menjadi bahan maklumat yang berfaedah akan dapat pahla berganda pula.

Khir Toyo dan Muhamadm Taib menerima hakikat dan keistimewa blog ini. Merek buka blog untuk berintraksi dengan umum bagi mendapat maklum balas. Muhmad yang kini menjadi pengerusi badan perhubungan Umno Selangor kali kedua tentu mengharapkan sesuatu yang baik dari blognya. Akan digunakan blog itu untuk mengawal dan menjaga prestasinya agar tidak tumbang sekali lagi.

Maklum balas

Khir pula yang melepaskan jawatan itu kepada Muhammad Taib membuka blog untuk mendapat maklum balas berhubung dengan masa depan dirinya dan masa yang ditinggalkan. Sayang sedikit Khir membuka blog selepas tidak menjadi MB. Sepatutnya beliau membuat blog semasa menjadi MB, dapatlah dicari penawar atau pandangan orang lain mengenai pentadbiran dan cara beliau berpolitik. Dikala itu kesilapan dan kelemahannya boleh diperbaiki.

Kita percaya teguran-teguran dalam blog lebih berkualiti dan berterus terang daripada pujian orang yang berada di keliling yang semuanya tukang nggek atau anggup untuk menyedapkan hati. Kerja menyedapkan hati ini selalunya berakhir dengan tragedi menyayatkan hati pula.

Seronok saya kata apabila menjenguk blog kedua mereka ini, (Khir dan Muhammad Taib) kerana nampaknya mereka menjadikan blog untuk bergasak sama sendiri. Khir nampaknya banyak melepaskan perasaan geramnya yang memberi kesan buruk kepada Umno menerusi blog.

Manakala Muhammad Taib pula cuba mempertahankannya. Sebagai gundik baru kepada presiden, Muhammad Taib perlu menunjukkan kerja kuat dan seorang yang setia yang akan bersedia bertunduk sujud sehingga muka rapat ke bumi.

Bagaimnana pun dalam menilai blog kedua mereka, yang ada sedikit polemik itu, Khir nampak ikhlas dan lebih berani berbanding Muhammad Taib dalam usaha memulihkan Umno. Khir tanpa berselindung mejelaskan apa yang buruk dalam Umno menyebabkan parti itu kalah. Kerana keberanian dan keikhlasan itu maka beliau kini dikecam oleh Umno termasuk Muhammad Taib. Khir mengeluarkan pandangan yang tidak popular bagi Umno.

Misalnya, (tanpa mengakui kesilapannya sendiri) Khir melemparkan masalah itu kepada Abdulah Ahmad Badawi. Pandangan dan huraian beliau mengenai kelemahan Abdullah menjelaskan Khir kurang senang dengan Abdullah. Apakah kurang senang itu selepas beliau kalah ataupun selepas beliau terpaksa melepaskan jawatan pengerusi perhubungan? Atau pun kerana terpengaruh dengan pandangan dan krtikan Dr Mahathir Mohamad ke atas Abdullah. Khir diketahui seorang yang telah termakan air ludah Dr Mahathir.

Serangan balas

Kesimpulannya kewujudan blog kedua bekas MB itu untuk masa kini adalah untuk melepas peluru masing-masing. Khir nampak berhati-hati untuk membuat serangan balas. Apa yang dapat dirasakan perbalahan kecil ini ialah kerana satu pihak ingin mempertahankan kedudukannya. Muhammad Taib walaupun kini selesa sebagai pengerusi perhubungan Umno tetapi beliau juga tetap merasakan terganggu.

Selagi Khir Toyo tidak dicampak jauh-jauh selama itulah Muhammad Taib tidak boleh lena tidur. Muhammad Taib sedari dia mengambil jawatan dari Khir Toyo menerusi pelan tersusun dan strategi yang licit. Kerana peralihan itu tidak ikhlas, maka Muhammad dikejar bayangan kesalahannya. Justeru beliau kena kodem dan sekat Khir secukupnya.

Dalam mengadapi realiti hidup Khir tidak perlu menangisi masa lalu. Beliau kena bangkit dan menyusun strategi bagaimana untuk kembali semua ke takhtanya hari ini selaku pengerusi Umno Sealngor. Beliau kena berbuat sesutau. Apa yang beliau perlu insaf bahawa fail hitam beliau di Selangor sedikit berbanding dengan fail hitam Muhammad Taib.

Walaupun keduanya ada kenangan dan nostalgia tersendiri di Australia namun kenangan yang dilalui Muhammad Taib tetap akan diingat dan disebut oleh rakyat Selangor!

Apa yang patut Khir perlu mendedahkan bagaimana peranan Muhammad Taib selama ini di Selangor. Ceritakan sejauh manakah bekas MB itu turut sama membangun dan memperkuatkan Umno Selangor dalam membantunya! Selama ini Khir lena dan asyik dengan kuasa sehingga tidak sempat memantau pergerakan Muhammad Taib.

Sejak lama dulu saya sudah mengira suatu hari Muhammad akan membuat membuat comeback. Beliau akan menguasai semua Umno Selangor. Kerana orang politik yang tulen cita-citanya tidak pernah padam. Dalam diam inilah Khir kena main kepada Muhammad seperti seekor belalang yang kini dibotolkan oleh Muhammad.

Namun masa masih ada.Perlu kalau Khir ketika duduk bersendirian bermain dengan laptop memikir semula bagaimana peralihan kuasa itu berlaku antara beliau dengan Muhammad Taib yang dalam izin dalam paksa itu. Cuba-cubalah menyusun strategi untuk merampasnya balik. Kalau Muhammad Taib boleh bangkit kembali apa kurangnya dengan Khir, mungkin anak Jawa lebih hebat daripada anak Banjar! Dan kebangkitan kedua lebih bererti bagi orang politik. [wm.kl. 8:00 am 22/04/08]

Read More...

HISHAMMUDDIN: No point competing for posts if Umno is weak

NST Online

2008/04/21
Bernama

SINGAPORE, MON:

Umno members were today reminded not to forget the advise of past party leaders that “it is no use competing for party posts if the party is weak and held in low regard”. Umno Youth chief Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said that was why his current agenda was to work hard with other party members to restore Umno after its dismal performance in the March 8 general election.

“Past Umno leaders like Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Abdul Razak and Tun Dr Mahathir Mohamad had repeatedly advised party members not to scramble for posts to the extent of damaging the party.

“Now, the current leaders including party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and I too have been telling members not to focus too much on vying for posts to the detriment of the party,” he told reporters after opening a regional seminar on language here.

“But in their eagerness (for posts), people tend to forget such advice,” he added.

He said because of that too, he declined to respond to questions whether he would offer to contest a vice-president’s post in the party elections in December.
Hishamuddin recently announced that he would not seek re-election as Umno Youth chief, a post he has held for 10 years.

But, he said, he would not prevent any quarters to nominate him or other party leaders for the post.

He said what was important now was for party members to think of ways to restore Umno, and for the party to hear the members’ views and grouses and study its poor showing in the recent general election.

Nevertheless, he was confident that Umno could be restored because a challenging situation, crisis or test was not only faced by Umno as other component parties in the Barisan Nasional had gone through this before.

“I’m sure if all party members unite and listen to the voices of the people, Umno will be able to get out of this crisis and re-emerge as a stronger and more cohesive party,” he said.

Hishammuddin said while the top party leaders and himself had gone to the opposition-held states to listen to the party grassroot voices, Umno Youth was also looking ahead.

For example, he said, Johor Umno Youth yesterday held a meeting for some soul-searching and to look into the causes for Umno’s poor performance in the five states.

“The results of the recent general election has changed the country’s political landscape, but it is up to Umno members to paint a new picture and chart a new direction for the party,” he added.

Read More...

PAS mesti jadi alternatif kepada Umno sebagai parti orang Melayu

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Nazree Yunus
Selasa, 22 April 2008


SUDAH hampir sebulan berlalu Pilihan Raya ke-12. Sehingga ke hari ini PAS masih lagi gagal dalam meletakkan kewibawaan parti itu pada tahap yang sepatutnya. PAS perlu berada pada suatu tahap prestijnya yang tersendiri.

Ramai anak-anak muda yang mempunyai jiwa yang lebih Islamik agak kecewa dengan prestasi PAS yang sepatutnya lebih dominan dalam politik terkini berbanding PKR.

Dalam keadaan pergolakan UMNO yang kian berkocak, agenda permuafakatan Melayu perlu diteliti dengan sehalusnya.

Kita juga mahu melihat PAS menjadi alternatif terhadap UMNO. Kita mahukan ini adalah atas dasar supaya UMNO itu sendiri tidak terlalu alpa dan selesa dengan kedudukan politiknya kerana mereka akan merasakan PAS telah pun menjadi saingan alternatif parti Melayu buat orang Melayu. Pada ketika ini yang untungnya rakyat.
Kita tidak mahu atas nama agenda Melayu ada pihak sama ada UMNO, PAS atau PKR mengambil kesempatan untuk mengkosmetikkan permuafakatan ini.

Kita perlu jelas dalam mewujudkan permuafakatan ini, perlu ada agenda yang membina dan menguntungkan agama Islam, orang Melayu dalam bentuk ketuanannya dan keseluruhan rakyat Malaysia.

Kesepakatan para pemimpin pelbagai kaum dan agama dalam memelihara dan memberikan penghormatan terhadap Islam dan orang Melayu akan memastikan inilah formula yang pastinya akan memberikan pulangan keuntungan kestabilan terhadap negara kita.

Keadilan bukan dalam bentuk persamarataan dan ini antara perkara yang perlu dicermati. Adil dalam Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Baik yang Melayu, Cina dan India harus memahami keadaan ini. Kefahaman terhadap konsep keadilan yang sebenar akan membawa kepada sikap masyarakat yang memikirkan soal menunaikan hak dan bukannya menuntut hak apatah lagi untuk menuntut hak dan keistimewaan orang lain.

Hari ini PAS wajar menentukan definis keadilan dan pandangan serta pendekatan politik PAS berkaitan isu agama Islam, DEB, keistimewaan orang Melayu, soal pendidikan dan kek ekonomi Malaysia.

PAS sudah semakin berusia dan adalah menjadi kemestian kematangan PAS itu ditonjolkan dalam bentuk ‘blue print’ yang jelas tentang corak pentadbirannya.

Hakikat jika PAS mahu menjadi parti Melayu alternatif terhadap UMNO ada relevannya. Gerak kerja perlu dibuat dalam mendekati anak-anak muda terutamanya aktivis mahasiswa di kampus yang semakin terdedah dengan gaya politik masa depan. PAS perlu mendepani Pakatan Rakyat.
Kita juga mahu melihat PAS menjadi alternatif terhadap UMNO. Kita mahukan ini adalah atas dasar supaya UMNO itu sendiri tidak terlalu alpa dan selesa dengan kedudukan politiknya kerana mereka akan merasakan PAS telah pun menjadi saingan alternatif parti Melayu buat orang Melayu. Pada ketika ini yang untungnya rakyat.

Dalam apa jua keadaan, keuntungan rakyat yang akan kita kehadapankan. Kekuatan politik berlebihan akan membawa kepada keangkuhan politik yang merosakkan.

Sebab itu jika PKR juga dalam keadaan kekuatan politik yang berlebihan, maka unsur-unsur keangkuhan politik akan menonjol. Yang ruginya ialah rakyat apabila keangkuhan politik mula merajai jiwa pemimpin.

Hakikat jika PAS mahu menjadi parti Melayu alternatif terhadap UMNO ada relevannya. Gerak kerja perlu dibuat dalam mendekati anak-anak muda terutamanya aktivis mahasiswa di kampus yang semakin terdedah dengan gaya politik masa depan. PAS perlu mendepani Pakatan Rakyat.

PAS perlu tegas dalam menyatakan pendirian politiknya. Ketegasan dalam menjelaskan apa yang menjadi halatuju perjuangan politik Islam PAS perlu diterangkan dengan suluhan yang jelas.

Apakah soal kepentingan politik semata-mata menyebabkan banyak bisu berbanding bicara PAS dalam menentukan lebih banyak corak politik Pakatan Rakyat?

Ataupun PAS sendiri sudah semakin tidak relevan dalam landskap politik Malaysia seumpama UMNO alami dan rasai dalam PRU-12 tempoh hari.

Mungkin cara politik PKR yang lebih menyentuh jiwa rakyat buat masa kini ataupun situasi ini hanya sementara dan untuk 5 tahun akan datang cara politik PKR ini tidak akan lagi memenangi hati nurani rakyat.

Sebab itu jika PKR juga dalam keadaan kekuatan politik yang berlebihan, maka unsur-unsur keangkuhan politik akan menonjol. Yang ruginya ialah rakyat apabila keangkuhan politik mula merajai jiwa pemimpin.
PAS harus sedar, jika mahu dibandingkan dengan PKR atau DAP, PAS adalah satu-satunya parti yang punyai sistem pengkaderan yang mantap dan agak jelas pembinaan karakter kepimpinan muda masa depannya.

Namun jika dilihat dalam keputusan PRU-12 kali ini, ada sesuatu yang menggusarkan tentang prestasi PAS walaupun berjaya menambah kerusi namun tewas kepada parti yang setahun jagung seumpama PKR.

Apakah perlu untuk PAS mengubah cara politiknya supaya lebih mirip method politik PKR? Apakah dengan ini PAS mampu untuk merubah kedudukan politiknya?Apa pula nasib PKR yang tidak mempunyai sistem pengkaderan yang strategik?

Orang Melayu hanya tinggal berharap kepada PAS jika UMNO sudah punah dan tidak mampu untuk dipulihkan. Sememangnya ada silap UMNO yang besar kerana tidak menjaga soal survival orang Melayu selama 50 tahun pemerintahannya. Hukuman rakyat sudah diterjemah dalam undi dengan menolak kuasa 2/3 BN di Parlimen.

Namun apakah ini penghukuman atau pengkhianat ataupun kesilapan? Apakah hukuman terhadap kesalahan UMNO dalam membela Melayu tetapi akhirnya yang menerima akibatnya daripada penghukuman tersebut adalah rakyat?

Ataupun sebenarnya orang Melayu tidak kehilangan apa kerana yang hilangnya 2/3 kerusi BN adalah daripada hilangnya kerusi MIC, MCA, Gerakan & PPP. Perkara ini perlu kita bentangkan.

PAS harus bangkit dalam mengisi vakum kekecewaan pengharapan orang Melayu terhadap UMNO dengan memperlihatkan keupayaan PAS sebagai parti Melayu alternatif terhadap UMNO.

PAS harus bangkit dalam mengisi vakum kekecewaan pengharapan orang Melayu terhadap UMNO dengan memperlihatkan keupayaan PAS sebagai parti Melayu alternatif terhadap UMNO
Corak ini tidak nampak ditonjolkan oleh PAS. PAS perlu lebih bijak dalam meletakkan kembali posisinya sebagai parti yang sewajibnya dilihat lebih kukuh dan diterima masyarakat. Soal hari ini PKR mendapat sokongan yang lebih banyak daripada rakyat adalah soal kedua.

Persoalan utamanya ialah PAS perlu berada pada tahap itu dengan melihat komposisi kepimpinan PAS yang kebanyakan Melayu dan lebih mulianya lagi ada kecenderungan untuk membela dan prihatin terhadap agama Islam. Ataupun UMNO akan melakukan ‘comeback’ dalam dengan melakukan reformasi menyeluruh parti itu.

Reformasi dalam UMNO mungkin berlaku melalui permuafakatan dengan PAS. Siapa akan mengikut? Mungkinkah PAS akan memasuki UMNO ataupun hasil muafakat akan membawa UMNO untuk memasuki PAS. Ini juga perkembangan politik yang menarik untuk kita nantikan.

Apa pun yang terbaik ialah bermuafakat atas dasar iman dan taqwa. PAS dan UMNO bermuafakat demi kepentingan Islam dan Melayu.

Wajarnya ialah perlu ada kepimpinan dalam kedua-dua parti yang ikhlas. Jika sekadar gimik politik dan sekadar usaha untuk memanipulasi orang lain, baik PAS dan UMNO lupakan sahaja hasrat muafakat ini.

Setelah sekian lama PAS menyepi dari bercerita tentang soal Melayu, Kenyataan Tuan Guru Hj. Hadi Awang tentang Melayu adalah amat penting disambut oleh kepimpinan PAS yang lain.

Kita tidak mahu PAS terlalu lemah dalam Pakatan Rakyat dan juga kita tidak mahu UMNO lemah dan tidak prihatin tentang survival Melayu Islam di Malaysia. Kedudukan Islam, Melayu dan rakyat Malaysia perlu menjadi keutamaan jika PAS, UMNO atau PKR mahu mencipta satu bentuk suasana yang lebih kondusif terhadap situasi politik tanah air. Dan orang Melayu akan bersama UMNO kembali jika PAS tidak menunjukkan ciri alternatif yang lebih baik dan PKR pula terlalu banyak bercakap soal kesamarataan berbanding keadilan.
Jika PAS tidak merubah dan menentukan politik Malaysia, tidak menjadi suatu yang mustahil PAS yang akan berubah dan bakal mengikut sahaja apa arus politik yang berlaku dalam negara.

Kita tidak mahu PAS terlalu lemah dalam Pakatan Rakyat dan juga kita tidak mahu UMNO lemah dan tidak prihatin tentang survival Melayu Islam di Malaysia.

Kedudukan Islam, Melayu dan rakyat Malaysia perlu menjadi keutamaan jika PAS, UMNO atau PKR mahu mencipta satu bentuk suasana yang lebih kondusif terhadap situasi politik tanah air. Situasi keadaan politik hari ini sebenarnya masih banyak kegoyahannya.

Situasi mungkin berubah pandangan alam politik kita jika majoriti Cina dan India adalah mereka yang berakidah dengan akidah Islam. Apa pun kebebasan beragama masih kita hormati dalam keadaan realiti Malaysia hari ini.

Survival Islam dan Melayu ada di tangan PAS jika UMNO sudah semakin dilupakan rakyat terutamanya orang Melayu.

Dan orang Melayu akan bersama UMNO kembali jika PAS tidak menunjukkan ciri alternatif yang lebih baik dan PKR pula terlalu banyak bercakap soal kesamarataan berbanding keadilan.

Penulis merupakan Pengerusi Jaringan Pemikir Anak Muda, Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA). Rencana ini dipetik dari portal malaysiahariini.com - Pengarang

Read More...

Exit plan: Selain pandangan 3 juta ahli Umno, pandangan 16 juta umat Melayu juga harus diambil kira - Khir Toyo

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Mohamad Khir Toyo
Selasa, 22 April 2008

DUA catatan terakhir saya mengenai peralihan kuasa mendapat respon yang pelbagai. Apa yang saya cuba tulis ialah satu analisis senario politik semasa mengikut pandangan dan pemerhatian sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Saya hanya merayu agar satu exit plan dikemukakan segera. Ini juga selari dengan pengakuan YAB Pak Lah sendiri kepada UMNO Johor untuk mengadakan peralihan kuasa.
Tujuan saya ialah supaya pimpinan tertinggi UMNO dapat memikirkan secara positif isu pergelutan politik ini dan mengambil langkah-langkah proaktif. Sekurang-kurangnya bagaimana untuk mengelak perkara tersebut dari menjadi kenyataan.

Untuk melaksanakan peralihan kuasa, sama ada sekarang, akan datang atau pun tiada peralihan langsung, itu adalah hak YAB Perdana Menteri.

Saya hanya merayu agar satu exit plan dikemukakan segera. Ini juga selari dengan pengakuan YAB Pak Lah sendiri kepada UMNO Johor untuk mengadakan peralihan kuasa.

Selain itu, ahli-ahli UMNO juga mempunyai kuasa dan hak menentukan kedudukan kepimpinan parti.

Saya hanya berharap jika ada exit plan dikemukakan awal, maka tiada satu pertandingan yang terlalu sengit sehingga memecah belahkan parti akan berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO akan datang.

Jika ada pihak mengatakan ini merupakan satu desakan daripada saya terpulanglah kepada pemahaman masing-masing. Saya cuma menyampaikan suara akar umbi yang menyatakan pandangan mereka kepada saya.

Selain pandangan ahli UMNO yang lebih 3 juta orang, pandangan orang Melayu seramai 16 juta juga perlu diambil kira bagi memastikan UMNO terus relevan.
Saya fikir pandangan-pandangan ini amat relevan dan saya bertanggungjawab untuk menyampaikannya kepada kepimpinan parti dan negara.

Selain pandangan ahli UMNO yang lebih 3 juta orang, pandangan orang Melayu seramai 16 juta juga perlu diambil kira bagi memastikan UMNO terus relevan.

Sebab itu dalam catatan pertama saya mengenai peralihan kuasa (ini juga saya sebut dalam forum mykmu.net di Hotel Singgahsana), UMNO, BN dan Kerajaan harus datang dengan satu formula baru bagi memastikan ia terus relevan kepada orang Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain di Malaysia.

Semua ini, sama ada cakap-cakap mengenai perubahan kepimpinan mahu pun perubahan pendekatan dalam kerajaan dan parti, adalah bertujuan mengukuhkan UMNO sebagai parti yang menjadi tunggak Barisan Nasional dan juga kepimpinan negara.

Penulis merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor; pernah menjadi Menteri Besar Selangor selama dua penggal dan Pengerusi Barisan Nasional & Badan Perhubungan UMNO Selangor. Mempunyai Ijazah Pembedahan Pergigian dari Universiti Malaya dan pernah menjadi Presiden, Majlis Belia Malaysia. Blog beliau boleh dilayari di drkhir.blogspot.com - Pengarang

Read More...

Abdullah: Reforms not to win back public support

The Star

Tuesday April 22, 2008

KUALA LUMPUR: The major reforms planned for the Judiciary and the Anti-Corruption Agency are not aimed at winning back support for the Barisan Nasional following its poor performance in the recent general election.

In dismissing such perceptions, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said if he had announced it before the election, his critics would say that he was doing it to win votes, and if he did not do it after, they would say that he had forgotten his promises.

“I do not forget my promises. I will attend to them when the time comes,” he told reporters yesterday after delivering a keynote address at the Asean Integrity Dialogue 2008.

Yesterday, the Prime Minister announced massive reforms to the Anti-Corruption Agency, to give it independence and more bite. Just days earlier, he had announced reforms to the Judiciary, to make it more transparent.

Abdullah stressed that the reforms were all part of his 2004 election manifesto, saying he had not been able to carry them out over the last four years because there were other more pressing matters.

“The manifesto for 2004 is not just for four to five years,” he said.

Abdullah also said reforms could not be made quickly without thinking through what needed to be done.

“We just can’t undertake reform for the sake of reform. There must be a certain objective ... or it will not mean anything,” he added.

Barisan Nasional lost in five states in the March 8 general election, and angered by this, some Umno members had started pointing fingers at the Prime Minister over the coalition's dismal performance.

In his speech, Abdullah said over the last four years, his government had taken vigorous steps to fight corruption. The number of arrests had risen by 54% compared with seven years ago.

The conviction rate, he added, had improved to 78% today, a rise of 28% in just five years.

However, he acknowledged that despite the Government’s best efforts, it seemed to have fallen short of public expectations, with the people wanting more rapid and decisive action.

He said public perception too was that anti-corruption enforcement was slow and inconsistent, with some saying that “so-called big fish were protected while the small fry faced the full brunt of the law”.

Read More...

Mahathir lagi: Bilakah semua ini akan reda?

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Rustam A Sani
Selasa, 22 April 2008

SAYA benar-benar kagum akan Mahathir, khususnya terhadap kemampuan dan kedegilannya untuk menyatakan pandangannya.

Dia akan terus berkata-kata, meskipun sudah tidak ada lagi orang yang mau mendengar pandangannya itu – kecuali mungkin beberapa orang yang mau memperalatkannya sebagai sumber "pendapat" bagi maksud tertentu – untuk menyerang Abdullah Badawi, misalnya.

Dan bagi tahap umurnya, tenaga Mahathir memang luar biasa. Suaranya masih lantang, sebutannya masih jelas – meskipun daya ingatannya ternyata sudah kabur (banyak yang tidak diingatnya atau sudah tersalah ingat), daya analisisnya sudah longgar, rasa hormatnya terhadap lojika, etika, maupun kebenaran jelas sudah berkecai.

Namun, bagi saya, apa yang lebih menakjubkan ialah masih banyak antara kita yang masih sanggup mendengar racauannya itu. Oleh itu, bila Mahathir akan diwawancara untuk rancangan "Hard Talk" baru-baru ini saya menjadi kebanjiran dengan pesanan SMS maupun posting blog tentangnya.

Memanglah Mahathir merupakan seorang yang degil, yang tidak puas-puas meracau di mana sahaja. Dia akan berceramah di majlis ceramah anjuran PROWARIS atau bahagian-bahagian Umno yang tertentu, berdebat dalam forum anjuran laman blog MyKMU, ditemuramah oleh Malaysiakini.com, malah menulis kata pengantar untuk buku Dr. Collin Abraham.

Tidak ada sesuatu yang baru dalam apa yang diperkatakannya, namun orang tetap akan mendengar malah melaporkannya kembali di tempat lain, di muka akhbar maupun di laman blog. Tidak ada yang mendalam atau profound dalam analisisnya, namun masih banyak yang menganggap kata-katanya sebagai semacam mutiara ilmu.

Dan inilah yang menakjubkan saya. Apakah yang menarik tentang Mahathir ini: mutiara ilmu yang keluar dari mulutnya atau sekadar personanya? Dan apakah yang menarik tentang persona itu – auranya atau sekadar latarbelakang dirinya yang pernah menjadi ahli politik yang memberontak terhadap establishment Umno tetapi kemudiannya bertukar menjadi establishment itu sendiri yang amat menindas?

Baru-baru ini Mahathir tampaknya telah berhasil pula menjaja misteri dirinya itu ke luar negara. Dia sanggup ditemuramah di ruangan "Hard Talk" BBC yang terkenal kerana soalan-soalan mendalam lagi kasar terhadap sesiapa sahaja – khususnya para pemimpin negara dunia ketiga.

Mahathir memang tahu tentang reputasi rancangan Hard Talk itu, namun naluri dan semangatnya untuk terus berkata-kata itu ternyata tidak akan dapat diredakan. Otot di sekeliling mulutnya yang overdeveloped itu tampaknya tidak akan dapat dilemahkan.

Satu sifat dan sahsiah Mahathir yang asasi sehubungan dengan nalurinya yang mau terus berkata-kata ini ialah sifatnya yang combative – yakni dia akan menyerang bila dia mendapati dirinya terdesak oleh serangan orang lain khusus pihak yang mempersoalkan kredibiliti hujah dan kata-katanya.

Dan apabila Mahathir mulai menyerang, dia akan melakukannya secara dogged (hantam keromo, membujur lalu melintang patah). Bila Mahathir menyerang, maka jelaslah terserlah sifatnya yang samasekali tidak menghormati dan mengendahkan kebenaran, fakta, logika atau malah urutan dan tertib hujah yang siuman.

Saya telah melihat perkara ini berlaku beberapa kali sewaktu Mahathir diwawancara oleh media antarabangsa (Mahathir dalam nada prasangkanya sendiri akan mengatakannya "media barat").

Beberapa tahun lalu, sewaktu Mahathir ditemuramah oleh Zain Verge dari CNN, bila dia didesak dengan soalan-soalan yang hangat dan pedas, dia akan segera menjadi combative – menuduh sipenemuramah itu sebagai mewakili prasangka "orang putih" yang senantiasa memandang rendah terhadap orang kulit berwarna seperti dirinya.

Hakikat yang tidak diendahkan Mahathir ialah hakikat Zain Verge merupakan seorang wanita keturunan Pakistan yang dibesarkan di Afrika – hanya kulitnya sedikit cerah berbanding Mahathir.

Kali ini sewaktu menghadapi asakan soalan-soalan panas dari Stephen Sackur, hos rancangan Hard Talk ini, huraian Mahathir tentang prasangka orang Barat terhadap orang pribumi kita tampaknya diasaskan pada ikhtisar pandangan beberapa tokoh pegawai penjajah British satu dua abad lalu seperti Swettenham, Winstedt.

Pandangan berprasangka seperti itu sebenarnya sudah tidak kedengaran lagi hari ini, dan malah hujah seperti yang dikemukakan oleh Mahathir itu juga sejak lama sudah tidak digunakan lagi oleh para pembahas dan sarjana anak negeri. Namun demikianlah adanya vintage Mahathir: dia tidak teragak-agak menggunakan hujah dan mauduk dari dua abad lalu untuk memenangi perdebatan hari ini.

Mahathir agak beruntung bila berhadapan dengan para wartawan seperti Zain Verge dan Sackur itu. Mereka ini sebenarnya tidak begitu tahu tentang realiti politik di Malaysia, oleh itu tidak dapat terus bertanya (probing) bila Mahathir memberikan reaksi yang sebenarnya tidaklah seratus peratus tepat.

Huraiannya, misalnya, tentang penyingkiran para hakim, tentang pita V. K. Lingam, tentang keadilan yang diterima Anwar dari sistem kehakiman Malaysia sudah pasti akan mengundang asakan yang malah lebih kuat lagi dari seorang wartawan yang lebih tahu tentang Malaysia berbanding Zain maupun Sackur.

Namun Mahathir, bagi saya, tetap merupakan seorang watak awam yang bijak lagi licik. Dia pandai menggunakan segala macam helah dan permainan citra untuk mempertahankan dirinya dan mengelirukan para pendengarnya. Sebab itulah setiap gerak geri maupun kata-katanya akan menarik perhatian, meskipun tidak terdapat barang seurat ketulusan maupun kebijaksanaan dalam penampilan citra dan cendekianya itu.

Bilakah permainan penampilan dirinya yang penuh helah ini akan reda – demi menjaga kewarasan dan kesehatan minda (mental hygiene) masyarakat kita sendiri?

Read More...

Isu Kah Choon: Najib nanti tindakan Gerakan

Utusan Online


KUALA LUMPUR 21 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah bekas Setiausaha Agung parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon menerima tawaran kerja kerajaan pembangkang Pulau Pinang sebagai bertentangan dengan prinsip Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau menunggu bentuk keputusan yang akan diambil oleh parti Gerakan terhadap Kah Choon.

“Saya nak tengok apa pendirian Gerakan dalam hal ini kerana dari segi prinsipnya kita tidak menggalakkan atau sepatutnya berkhidmat dalam kerajaan pembangkang.

“Jadi saya nak tahu apa pendirian parti itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Kah Choon yang menerima tawaran kerajaan negeri untuk berkhidmat dengan Perbadanan Pembangunan Pelaburan Pulau Pinang (PDC).

Menurut Najib, tindakan Kah Choon itu bertentangan dengan prinsip yang diamalkan kerajaan BN selama ini.

Semalam, kerajaan Pulau Pinang telah melantik bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan itu sebagai anggota Lembaga Pengarah Perbadanan PDC dan investPenang iaitu anak syarikat PDC.

Kah Choon, 48, yang menggemparkan Gerakan dengan keputusannya meletakkan semua jawatan dalam parti itu hujung bulan lalu menerima pelantikan itu.

Read More...

BN Sabah tolak tawaran pembangkang

Utusan Online


SANDAKAN 21 April – Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah mempunyai pendirian teguh dan tidak akan termakan tawaran daripada parti pembangkang untuk menyertai pakatan mereka, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin.

“Jangan memandang rendah terhadap Ahli Parlimen BN di Sabah. Kami mempunyai pendirian teguh dalam BN dan ada baiknya mereka (pembangkang) melupakan hasrat mereka itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu PKR Sabah dan Sarawak, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan semalam yang mengalu-alukan Ahli Parlimen BN menyertai pakatan pembangkang sekiranya mereka mahukan perubahan.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menyelar kenyataan Jeffrey itu dan meminta beliau tidak memandang remeh kesetiaan Ahli Parlimen BN.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok ketika dihubungi di Kuala Lumpur malam ini berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai desas-desus kononnya ada pihak cuba menarik beliau melompat parti menyertai pakatan pembangkang.

Katanya, beliau tidak mendengar sebarang berita mengenai perkara tersebut.

“Siapa yang beritahu perkara ini? Esok saya beritahu (perkara sebenar),” katanya.

Ditanya sama ada benar atau tidak wujud usaha untuk membawa UPKO keluar daripada BN, Bernard berkata, beliau telah banyak kali memberikan komen mengenai perkara yang sama.

“Tak payah tanyalah, esok hubungi saya,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, para pemimpin parti pembangkang menyebarkan khabar angin mengenai kemungkinan Ahli Parlimen BN di Sabah berpaling tadah kepada pembangkang.

Read More...

Jambatan Kedua Pulau Pinang Ditangguhkan Kerana Masalah Tanah, Kos Dan Reka Bentuk

Bernama

22 April, 2008 10:59 AM


KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang telah ditangguhkan berikutan masalah untuk mendapatkan tanah yang sesuai, reka bentuk yang terbaik dan kos pembinaan yang meningkat.

"Ada beberapa perkara yang telah melewatkan pembinaannya. Pertama, dari segi untuk mendapatkan tanah yang diperuntukkan untuk pembinaan jambatan berkenaan.

"Kedua, perkara yang berkaitan dengan reka bentuk yang perlu dipastikan ia adalah reka bentuk yang terbaik dan perkara yang ada hubung kait dengan kos yang mana sekarang ini mungkin ada perubahan disebabkan harga dah naik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan Asean Eropah, di sini, Selasa.

Abdullah berkata demikian ketika ditanya mengenai sebab-sebab pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dikaji semula di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Beliau juga menjelaskan bahawa selain daripada pembinaan jambatan ini, ada beberapa lagi projek yang sedang dikaji semula di bawah RMK9.

-- BERNAMA

Read More...

Reformasi BPR: "Perjuangan saya tidak sia-sia" Ezam

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Utusan
Selasa, 22 April 2008

KL: Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) menyokong sepenuhnya langkah kerajaan menstruktur semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi menjadikannya satu suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.

Pengerusinya, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, tindakan tersebut dilihat sebagai satu komitmen kerajaan untuk memerangi rasuah secara bersungguh-sungguh di negara ini.

"Asas perjuangan ini jugalah telah menyebabkan saya ditahan di penjara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Hari ini saya merasakan perjuangan saya tidak sia-sia," Ezam

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memulakan sesuatu yang amat berani.

"Secara peribadi gerakan memerangi rasuah merupakan sesuatu yang amat bermakna dalam perjuangan saya. Sejak menerajui Angkatan Muda Keadilan (PKR) dan kemudian mengasaskan Gerak inilah asas perjuangan saya.

"Asas perjuangan ini jugalah telah menyebabkan saya ditahan di penjara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Hari ini saya merasakan perjuangan saya tidak sia-sia," katanya.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan distruktur semula bagi menjadikannya satu suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.

Penstrukturan semula itu merupakan satu daripada empat inisiatif kerajaan untuk memerangi gejala rasuah di negara ini.

Mohamad Ezam berkata, langkah paling signifikan untuk membebaskan negara ini daripada rasuah ialah memastikan BPR menjadi sebuah badan bebas dan hanya bertanggungjawab kepada Parlimen.

Sementara itu, beliau mengajak semua rakyat memberi sokongan dan kerjasama yang sewajarnya dalam usaha merealisasikan rancangan tersebut.

Katanya, Gerak mengajak seluruh lapisan masyarakat melihat secara positif terhadap keputusan ini.

"Rakyat diminta memberi sokongan dan kerjasama yang wajar kepada Perdana Menteri untuk melaksanakan cita-cita murni tetapi penuh cabaran

Read More...

Poster Hari Ini : Filem Bakal Box Office Tahun Ini







Bakal Menemui Anda Disember ini

Read More...

Temubual Mahathir-BBC: Mengapa saya mesti kesal?

Malaysia today

PDF Print E-mail
Posted by Raja Petra
Tuesday, 22 April 2008


(Bernama) - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bukannya seorang anti barat, tapi akan terus bercakap mengenai pelbagai kesilapan yang dilakukan mereka terhadap orang ramai.

"Saya bukannya anti barat, (tapi) saya menentang perkara-perkara buruk yang dilakukan oleh negara-negara barat," katanya.

Beliau berkata orang barat, terutamanya British, menggelarkan orang Melayu dengan nama-nama yang negatif seperti malas serta tidak cekap, dan menjangka mereka (orang Melayu) akan menyukainya.

Beliau berkata oleh itu, orang barat juga perlu bersedia mendengar mengenai apa yang difikirkan oleh orang lain.

"Orang British memanggil kami Melayu malas, Melayu tidak cekap, tidak boleh dipercayai.

Kita tidak dapat berkata apa-apa mengenai anda, jadi bila saya berada dalam kedudukan untuk berkata mengenai apa yang fikirkan tentang anda, dan kemudiannya anda katakan anda tidak sukakannya.

Bila anda katakan kepada kami, anda jangka kami untuk menyukainya, kami tidak menyukainya tapi kami tidak ada cara untuk manjadikan suara kami didengari," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian semasa ditemuramah dalam rancangan "Hard Talk" yang disiarkan oleh BBC di London hari Isnin. Beliau mengakui pernah mengatakan bahawa Anglo-Saxon Eropah adalah penyokong peperangan, perhambaan dan 'holocaust'.

"Ia benar... Saya berkata benar. Ini adalah karektor mereka dan saya akan terus berkata demikian," katanya.

Berhubung demokrasi, Dr Mahathir mempertahankan corak sistem yang diamalkan di Malaysia.

"Tidak semestinya sistem itu akan berjalan lancar bagi setiap orang, tapi jika ada pemimpin yang tidak baik, sistem demokrasi sekalipun akan gagal.

"Anda perlu ingat bahawa sebuah demokratiklah yang menjatuhkan bom atom yang membunuh lebih 200,000 orang," katanya.

Beliau berkata sekiranya dilihat kepada sejarah barat, mereka akan temui bahawa orang barat biasanya akan menampilkan pelbagai jenis ideologi.

"Mereka menggunakan ia untuk seketika dan kemudiannya mereka mendapati ia rosak. Mereka buangkannya dan mulakan yang lain. Satu hari, mereka akan melupakan demokrasi kerana di beberapa negara demokrasi biasanya akan berakhir dengan anarki, dan secara praktiknya kerajaan tidak wujud," katanya.

Dr Mahathir berkata demokrasi bukanlah satu sistem yang boleh disesuaikan dengan semua orang.

"Anda perlu ada sedikit persefahaman berhubung batasan demokrasi dalam usaha menjadikan ia boleh dilaksanakan," katanya. Dr Mahathir juga diminta mengulas mengenai keputusan pilihan raya umum baru-baru ini di mana parti memerintah kehilangan lima negeri kaya kepada gabungan pembangkang dikatakan akibat perbezaan kaum yang diperjuangkan oleh beliau semasa pentadbirannya.

"Saya tahu itu cuma andaian pengkritik asing tetapi hakikatanya dalam keputusan itu, ia diakibatkan oleh rasa tidak puas para penyokong parti memerintah dengan keputusan-keputusan sekarang," kata beliau.

Beliau juga mempertahankan Dasar Ekonomi Baru yang dikatakan penyebab kekalahan, dengan menyatakan ia adalah langkah perlu bagi membetulkan ketidakseimbangan yang wujud semasa penjajahan British.

Mengenai soal berhubung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata jika Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau dialu-alukan untuk menjalankan siasatan penuh dan menyeluruh mengenai apa yang dipanggil salahlaku beliau (Dr Mahathir).

"Beliau dialu-alukan berbuat demikian, tetapi saya harap beliau mendapatkan orang yang neutral, yang tidak berat sebelah, mungkin orang luar kerana saya tidak mempercayai orang yang mereka letakkan menjaga orang yang mereka tidak suka," kata beliau.

Dr Mahathir juga ditanya sama ada beliau kesal dengan apa yang beliau lakukan terhadap Anwar.

"Mengapa saya mesti kesal, beliau ditangkap di bawah undang-undang negara, beliau dibicarakan dan dihukum oleh mahkamah, jika beliau tidak bersalah, saya tidak fikir tidak kira apa anda fikir mengenai kehakiman kami, saya tidak fikir beliau dihukum penjara," kata beliau.

Mengenai sistem kehakiman di Malaysia, Dr Mahathir dengan tegas menafikan beliau melantik hakim-hakim di Mahkamah Agung dan menyatakan beliau sentiasa percaya terhadap sistem itu.

"Saya tidak melantik hakim-hakim, hakim-hakim dilantik oleh Ketua Hakim Negara, dan tugas saya ialah untuk memeriksa sama ada mereka mempunyai sebarang rekod, dan selepas itu ia dipersembahkan kepada Agong yang kemudian melantik hakim-hakim," jelas beliau.

Mengenai langkah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menawarkan bayaran ex-gratia kepada hakim-hakim yang dipecat semasa pentadbirannya beliau (Mahathir) menyifatkannya sebagai "tindakan politik".

"Ia tindakan politik, sesuatu bagi seseorang yang menjadi begitu tidak popular sekarang mahu menunjukkan beliau perlu melakukan sesuatu yang betul," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga menuduh Abdullah menggunakan sistem dengan cara seteruk mungkin.

"Tidak ada orang boleh menyatakan sesuatu yang menentang beliau, beliau mempunyai surat khabar yang melaporkan sewajarnya mengenai diri beliau dan tentang betapa hebatnya beliau, dan beliau dikelirukan oleh penyokongnya sendiri untuk mempercayai yang beliau akan menang besar dalam pilihan raya baru-baru ini," kata beliau.

Ditanya mengapa beliau memilih Abdullah sebagai penggantinya, Dr Mahathir berkata, "Orang-orang ini, mereka bijak dalam menyembunyikan sifat sebenar, beliau dikenali sebagai Mr Clean dan saya fikir saya perlu melantik seseorang yang bersih menggantikan saya... walaupun beliau bukan seorang yang mempunyai undi terbanyak (sebagai naib presiden) dalam parti, tetapi saya fikir beliau lebih tua dan saya lantik beliau dengan memikirkan beliau tidak akan melakukan sesuatu yang salah".

Read More...

Guan Eng ready to face DAP backlash for appointing Lee

NST Online

GEORGE TOWN, MON:

PENANG Chief Minister Lim Guan Eng is ready to face any criticism for appointing Gerakan's Datuk Lee Kah Choon as the director of the Penang Development Corporation (PDC) and investPenang.

"I will explain to DAP members and hopefully they will accept my decision... one which I made after much consultation," he said after the swearing-in of the new Penang Island Municipal Council (MPPP) councillors today.

He was asked if Lee's appointment would cause dissatisfaction among DAP members who had been eyeing the position. The appointment has led to talk that the DAP lacks capable leaders to helm the position.

However, Lim shot back at his critics, saying the party had enough capable and competent leaders.

"We are not inferior. It is just that as the new state government, we want to chart a new course, a new political paradigm," he said, adding that the joint DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) state government intended to be fair to everyone.
Lim explained that the state government would no longer do things the traditional way.

He stressed that the government would not discriminate against anyone based on race, religion and more importantly, political affiliation.

"If we really wanted to rule the state with our own people, the first person I will replace is Zainal (MPPP president Datuk Zainal Rahim Seman) but I am not going to do that.

"He has performed well and has kept up to our principles - he is competent, accountable and transparent - and this is what we want from our people," he said.

On Sunday, Lim appointed Lee as director of PDC and investPenang. Lee was also made executive committee chairman of investPenang.

Lim said the decision to appoint Lee was made during the state executive council meeting last Wednesday.

Lee, who is the former Gerakan deputy secretary-general, had late last month announced his resignation from all Gerakan posts after its poor performance in the Mar 8 general election.

Read More...

Antara Blog 2 Mantan MB Selangor

Fudzail


Tan Sri
dan Datuk Sri yang keduanya mantan MB Selangor sudah melangkah ke alam blogging.

Satu perkembangan menarik kerana perbedaan usia dan status masa kini. Tan Sri kembali ke persada politik melalui tiket senator dan menjadi menteri pusat serta ketua penerangan parti terbesar melayu.

Tan Sri Mat Tyson ini pernah didakwa di Brisbane kerana membawa duit berjuta dalam guni dan mengaku di mahkamah tidak boleh berbahasa Inggeris. Juga melarikan puteri raja untuk dinikahkan di Golok.

Kalau dari segi melihat tarikh lupus, sepatutnya beliau sudah pencen sahaja dari politik. Tetapi Pak Lah memerlukan khidmat beliau untuk mencepatkan kepupusan parti yang didokong. Maka Tan Sri sanggup bermatian mempertahankan Pak Lah.

Manakala Datuk Seri yang meluluskan projek ternak babi besar-besaran kemudian menafikannya kini menjadi ketua pembangkang di DUN Selangor. Selain mahu kembali menjadi doktor gigi dan orang biasa. Nampak awet muda dengan khasiat tempe.

Datuk Seri ini kini lantang menempelak Pak Lah dan mahukan peralihan kuasa di segerakan di peringkat pimpinan tinggi. Suara protes sebegini sudah semakin kerap dan bengit di dengar di mana-mana, Datuk Seri mungkin mengikut arus untuk survival.

Begitulah nasib manusia. Yang penting mereka sudah sama berblog setelah tsunami pilihanraya menenggelamkan parti mereka di Selangor.

Mungkin kita dapat mengenal mereka secara lebih dekat melalui blog masing-masing. Tak kenal maka tak cinta...bila dah kenal blog makan jatuh cinta....

(Harap Tan Seri tidaklah 'outsourced' kan blog sebab ada tersebut 'beliau' bukan 'saya'! Opps, sudah dibetulkan...tetapi Tan Sri ada banyak masakah untuk menjawab komen?)

Read More...

Reformasi BPR: "Kejayaan pembangkang" Dr Wan Azizah

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Wartawan KLpos.com
Selasa, 22 April 2008

KL: Reformasi Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi disifatkan oleh Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai kejayaan pembangkang.

Menurut beliau, kenyataan ini tetap melambangkan kejayaan parti pembangkang dan masyarakat sivil yang sentiasa desak untuk memerdekakan BPR yang seharusnya berfungsi secara bebas, khususnya dalam keadaan banyak kes penyelewengan berlaku di kalangan pentadbir dan pemimpin kerajaan.

Bagaimanapun, ujarnya, PKR menganggap cadangan Perdana Menteri Abdullah Badawi supaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi sebuah badan bebas yang bertanggungjawab kepada Parlimen, dan bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri ini sepatutnya dilakukan pada empat tahun lalu ketika beliau diberi mandat oleh rakyat untuk menentang rasuah.

Malah, kata Ahli Parlimen Parmatang Pauh itu lagi, pengumuman ini sudahpun terlambat sejak kempen anti rasuah dilancarkan oleh beliau sendiri pada empat tahun lalu dan ia tidak akan bermakna tanpa pindaan sebenar pada Akta Badan Pencegah Rasuah.

"Memandangkan pelaksanaan cadangan ini membabitkan penggubalan Akta Badan Pencegah Rasuah, kami akan menunggu Perdana Menteri untuk membentangkan rang undang-undang untuk meminda akta tersebut dalam sesi parlimen terdekat," katanya yang juga merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen.

Jelasnya, cadangan-cadangan baik yang lain seperti penambahan kakitangan BPR bagi mempertingkatkan keupayaan menentang rasuah dan membentuk akta untuk melindungi pemberi maklumat juga harus dimasukkan ke dalam rang undang-undang, dan bukan sekadar cadangan.

"Apa yang sama penting ialah media massa harus bebas dari kongkongan kerajaan kerana tanpa media yang bebas, agenda untuk melawan rasuah tidak akan berjaya hanya membebaskan BPR semata-matanya." kata beliau.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |