KLpos
| | |
Oleh Wartawan KLpos.com |
Selasa, 22 April 2008
|
KL: Reformasi Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi disifatkan oleh Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai kejayaan pembangkang. Menurut beliau, kenyataan ini tetap melambangkan kejayaan parti pembangkang dan masyarakat sivil yang sentiasa desak untuk memerdekakan BPR yang seharusnya berfungsi secara bebas, khususnya dalam keadaan banyak kes penyelewengan berlaku di kalangan pentadbir dan pemimpin kerajaan. Bagaimanapun, ujarnya, PKR menganggap cadangan Perdana Menteri Abdullah Badawi supaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi sebuah badan bebas yang bertanggungjawab kepada Parlimen, dan bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri ini sepatutnya dilakukan pada empat tahun lalu ketika beliau diberi mandat oleh rakyat untuk menentang rasuah. Malah, kata Ahli Parlimen Parmatang Pauh itu lagi, pengumuman ini sudahpun terlambat sejak kempen anti rasuah dilancarkan oleh beliau sendiri pada empat tahun lalu dan ia tidak akan bermakna tanpa pindaan sebenar pada Akta Badan Pencegah Rasuah.
"Memandangkan pelaksanaan cadangan ini membabitkan penggubalan Akta Badan Pencegah Rasuah, kami akan menunggu Perdana Menteri untuk membentangkan rang undang-undang untuk meminda akta tersebut dalam sesi parlimen terdekat," katanya yang juga merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen.
Jelasnya, cadangan-cadangan baik yang lain seperti penambahan kakitangan BPR bagi mempertingkatkan keupayaan menentang rasuah dan membentuk akta untuk melindungi pemberi maklumat juga harus dimasukkan ke dalam rang undang-undang, dan bukan sekadar cadangan.
"Apa yang sama penting ialah media massa harus bebas dari kongkongan kerajaan kerana tanpa media yang bebas, agenda untuk melawan rasuah tidak akan berjaya hanya membebaskan BPR semata-matanya." kata beliau. |
0 comments:
Post a Comment