+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, April 22, 2008

Wang ehsan banyak bantu rakyat Terengganu: Abdullah

Mstar Online

21-04-2008 03:02:22 PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pemberian wang ehsan sebagai ganti pembayaran royalti minyak daripada kerajaan pusat kepada Terengganu telah membawa kebaikan kepada rakyat negeri itu.

Perdana Menteri berkata pemberian itu yang dibuat menerusi satu langkah yang diputuskan sebelum ini sebenarnya membantu rakyat Terengganu mencapai kejayaan.

"Ada satu kaedah yang telah kita buat dengan kewujudan wang ehsan ini, dan ini sebenarnya membantu rakyat negeri Terengganu selama ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama pada Dialog Integriti Asean 2008 di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar hari ini yang menyebut Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta kerajaan pusat mengembalikan pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan negeri itu.

Ahmad berkata penyerahan semula hak pengurusan royalti minyak sebanyak lima peratus itu akan membolehkan kerajaan negeri merancang sendiri projek yang sesuai dengan keperluan rakyat setempat. BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |