+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, April 22, 2008

Isu Kah Choon: Najib nanti tindakan Gerakan

Utusan Online


KUALA LUMPUR 21 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah bekas Setiausaha Agung parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon menerima tawaran kerja kerajaan pembangkang Pulau Pinang sebagai bertentangan dengan prinsip Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau menunggu bentuk keputusan yang akan diambil oleh parti Gerakan terhadap Kah Choon.

“Saya nak tengok apa pendirian Gerakan dalam hal ini kerana dari segi prinsipnya kita tidak menggalakkan atau sepatutnya berkhidmat dalam kerajaan pembangkang.

“Jadi saya nak tahu apa pendirian parti itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Kah Choon yang menerima tawaran kerajaan negeri untuk berkhidmat dengan Perbadanan Pembangunan Pelaburan Pulau Pinang (PDC).

Menurut Najib, tindakan Kah Choon itu bertentangan dengan prinsip yang diamalkan kerajaan BN selama ini.

Semalam, kerajaan Pulau Pinang telah melantik bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan itu sebagai anggota Lembaga Pengarah Perbadanan PDC dan investPenang iaitu anak syarikat PDC.

Kah Choon, 48, yang menggemparkan Gerakan dengan keputusannya meletakkan semua jawatan dalam parti itu hujung bulan lalu menerima pelantikan itu.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |