+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, August 10, 2008

Lebih Ramai Penduduk Akan Dihambat keluar Dari Pulau Duyong

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin
Friday, 08 August 2008

http://buletinonline.net/images/berita9/pduyong1.jpgKerajaan akan meneruskan agenda zalim ‘menghambat’ keluar lebih ramai penduduk dari Pulau Duyong demi untuk meneruskan agenda pembangunan sebagaimana yang telah dirancang.


Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Penduduk Pulau Duyong (Pekeduy) Muzafeq Affyulzaifuzan Muhammad menyatakan demikian ketika ditemui Buletin Online baru-baru ini.


http://buletinonline.net/images/berita9/muzafiq.jpgMenurut Muzafeq, beliau dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh pihak berkenaan yang simpati kepada nasib penduduk Pulau Duyong.


“Kawasan yang akan terlibat adalah perkampungan asal bertentangan dan dibelakang pangsapuri yang telah dibangunkan sebelum ini,

“walau bagaimanapun saya akan buat siasatan,” katanya apabila ditanya kawasan manakah yang akan terlibat dengan tindakan kerajaan tersebut.


Beliau mengakui kawasan tersebut merupakan tanah kerajaan, namun katanya, penduduk terbabit sudah tinggal diatas tanah itu puluhan tahun dan pernah beberapa kali menghantar permohonan.


“Sebelum pilihanraya lalu, pihak kerajaan telah berjanji tidak akan mengeluarkan penduduk dari kawasan itu, namun janji itu kin adalah cuma janji-janji kosong untuk memancing undi pilihanraya,”ujar Muzafiq


Pada November tahun lalu, Muzafiq telah memohon jasa baik masyarakat umum untuk bersama-sama menyokong perjuangan membela nasib rakyat Pulau Duyong yang semakin terhimpit akibat ‘pembangunan haram’ yang dilaksanakan.


Terlalu banyak kontroversi pembangunan Pulau Duyong yang memakan belanja RM 220 juta sebagaimana dilaporkan Warta Hadhari Bil 10, 2005.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengkritik pembinaan Pulau Duyong yang disifatkannya sebagai membazir.


“Tanpa sebarang kajian dan perancangan, tanpa mengendahkan peraturan dan undang-undang bagaimana sepatutnya wang kerajaan sepatutnya diperuntukkan dan digunakan,
“Dato Seri Abdullah, Dato’ Seri Idris dan para kroninya membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk membangunkan Pulau Duyong,”kata Mahathir dalam Blognya.


Muzafiq yang juga Timbalan Ketua AMK Terengganu menyuarakan kebimbangan terhadap nasib tang akan menimpa penduduk Pulau Duyong.


http://buletinonline.net/images/berita9/pendudukpduyong.jpgBeliau berkata sebelum ini, pihaknya telah berjumpa dan cuba berbincang berkenaan perkara tersebut, namun pihak terbabit tidak dapat memberikan jawapan, apakah yang akan terjadi kepada nasib pnduduk Pulau Duyong.


“Samada dari Kerajaan Negeri, Menteri Besar, Exco, wakil rakyat dan yang lain-lain, semua kami dah jumpa, tetapi semuanya tidak dapat menjawab persoalan tentang nasib dan masa depan penduduk Pulau Duyong” jelas Encik Mozafiq.


Ahli Jawatankuasa Pekeduy, Encik Saado berkata tidak ada kepastian terhadap masa depan kehidupan penduduk Pulau Duyong.


“Kemanakah orang kampung akan pergi, adalah penempatan akan disusun semula atau penduduk Pulau akan dihambat keluar,”soal beliau.


Beliau juga mendakwa penduduk kampung tidak dimaklumkan tentang projek-projek pembangunan Pulau Duyong kerana kerajaan menganggap penduduk pualau membangkang sema projek yang dilaksanakan.


“Sepatutnya kerajaan mengambil pelajaran terhadap keputusan pilihanraya umum lalu, dimana penduduk Pualau Duyong telah menolak kerajaan dan mengundi PAS,”tambah Saado.

Read More...

Dr M: Anwar akan menang di Permatang Pauh

Malaysiakini

Aug 9, 08 6:13pm

Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai calon "istimewa" yang mampu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada
26 Ogos ini.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, Penasihat PKR itu akan memenangi pilihanraya tersebut kerana ia merupakan kubu kuat beliau di samping BN juga sudah hilang kredibiliti setelah gagal menawan kawasan berkenaan pada beberapa pilihanraya umum lalu.

"Ketika ini, saya tidak nampak sesiapa (calon), tentunya dari BN. Anwar akan menang. (Tapi) apa yang menarik ialah margin. Sama ada (undi) lebih besar dan lebih kecil dari apa yang beliau (Anwar) dapat pada masa lalu," katanya ketika ditanya mengenai pandangan beliau berhubung calon yang mampu menentang Anwar dalam pilihanraya tersebut.

mahathir mohamad 04Sebelum itu, Dr Mahathir menyampaikan syarahan di forum bertajuk "Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu" anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu, di Kuala Terengganu hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata jika Anwar memperolehi majoriti yang lebih besar, ia tidak bermakna bahawa bekas timbalan perdana menteri itu semakin popular dan mendapat sokongan rakyat.

Sebaliknya, Bernama memetik bekas perdana menteri itu sebagai berkata ini menunjukkan bahawa BN khususnya Umno sudah semakin tidak diterima rakyat.

"Jika majoriti undi yang diperolehi Anwar kurang...Umno boleh terus ke depan (untuk kembali mendapat sokongan rakyat)," katanya.

Calon bebas

Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak supaya beliau bertanding sebagai calon Bebas pada pilihanraya kecil itu, Dr Mahathir berkata: "Tak mungkin. Saya telah berundur pada 2003 dan saya telah kata saya tidak akan datang semula. Tetapi saya punya hak sebagai warga untuk membuat ulasan mengenai negara saya".

Beliau berkata jika terdapat calon Bebas bertanding dalam pilihanraya kecil itu, ia akan hanya memecahkan undi calon BN dan PKR.

"Terpulang siapa (calon Bebas) yang bertanding. Kalau dia dari serpihan PAS, kemungkinan ia akan mengurangkan undi kepada Anwar...kalau dia bekas Umno, maka dia akan menambah kelebihan undi kepada Anwar. Tetapi tidak ada kemungkinan calon Bebas ini akan menang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan kekal sebagai presiden Umno walaupun Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan diri untuk merebut jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Disember ini.

"Ku Li (Tengku Razaleigh) harus menilai sokongan ahli. Saya dapati cuma di peringkat rendah (akar umbi) yang menyokongnya. (Sebaliknya) Pak Lah mendapat sokongan dari ketua-ketua bahagian Umno sehingga mereka tidak boleh buka mulut sama sekali.

"Dulu mereka (ketua bahagian) yang pernah cabar Datuk Seri Abdullah, sekarang senyap...saya fikir susah (bagi Tengku Razaleigh untuk menang).

"(Bagaimanapun) dalam parti Pak Lah akan menang tetapi dalam pilihanraya, dia akan kalah," katanya.

Read More...

Nik Aziz pertahan lantik menantu

Malaysiakini

Aug 9, 08 2:57pm

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan wujudnya unsur kronisme dalam pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sebaliknya dibuat berdasarkan kelayakannya.

nik azizBeliau berkata, Ariff Fahmi Abdul Rahman yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan dipercayai mampu menjalankan tanggungjawab itu setelah CEO sebelum ini meletak jawatan.

"Jadi saya lantik bukan atas dasar menantu tetapi atas dasar kelayakan dia (Ariff Fahmi)," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ni.

Bernama memetik Nik Aziz sebagai berkata beliau telah menjelaskan kepada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu, sebab-sebab pelantikan menantunya itu.

Semalam media melaporkan mengenai beberapa pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) memasuki premis PMBK di Kota Bharu untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu yang berbangkit termasuk salah guna kuasa.

Nik Aziz sebelum ini berkata beliau sedia disiasat oleh BPR sekiranya wujud unsur-unsur salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya itu.

Read More...

Pakatan ambil alih negara, tiada lagi penahanan dan bicara sewenangan


Suara Keadilan


Oleh Anwar Ibrahim


Saya berjanji sebuah kerajaan yang diperintah Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia tidak perlu lagi takut kepada penahanan dan perbicaraan yang sewenangnya. Pegawai polis dan pendakwaraya yang berkonspirasi untuk memfitnah dan memalukan orang yang tidak bersalah akan dihukum. Setiap rakyat Malaysia pasti akan mendapat perbicaraan yang adil, di mana seseorang itu tidak bersalah selagi adanya bukti yang jelas untuk membuktikan sebaliknya. Penggunaan kuasa polis dan Peguam Negara untuk menghukum musuh politik akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat, di mana sebarang perbezaan pendapat bukan sahaja di benarkan malah digalakkan.

Dengan ini setiap hak rakyat Malaysia akan dianggap sebagai suci dan akan dilindungi oleh kehakiman yang bebas dipandui oleh prinsip-prinsip yang selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Perbicaraan bermotifkan politik yang dibuat ke atas saya, dengan izin Allah merupakan yang terakhir.

Apa yang berlaku semalam membuktikan saya sememangnya tidak bersalah dari sebarang pertuduhan yang muncul baru-baru ini. Laporan perubatan dan akuan bersumpah oleh Dr Osman yang muncul pada hari Khamis seharusnya menghilangkan sebarang keraguan dan pertanyaan yang masih timbul samada kejadian itu berlaku ataupun tidak. Kenyataan Dr Osman juga mengesahkan apa yang kami nyatakan sebelum ini berkenaan usaha memualkan pihak polis untuk memalsukan bukti di dalam kes ini, dengan cara yang sama di dalam memanipulasikan kes saya pada tahun 1998. Kredibiliti pihak polis pasti rosak dengan tiadanya penyiasatan yang teliti terhadap wujudnya salah tata urus penyiasatan kes saya.

Keselamatan doktor tersebut ternyata menjadi kebimbangan kami. Saksi utama kes berprofil tinggi di Malaysia sering hilang pada masa lalu seperti PI Balasubramaniam. Saya memuji individu-individu berani yang mempamirkan komitmen mereka kepada kebebasan dan keadilan dengan melangkah ke hadapan membawa bukti penting. Saya mahu pihak berkuasa memastikan keselamatan mereka.

Semalam di mahkamah, kita sedar kejelikan kes yang dibawa oleh pihak pendakwaraya ternyata mempunyai persamaan dengan kegagalan perbicaraan 1998, pendakwaan sudah pun bertukar dari aksi yang memaksa kepada aksi sukarela. Ini semua terjadi kerana konspirasi yang dicipta pada minggu terakhir bulan Jun sudah mulai retak dan berkecai. Ada usaha yang terburu-buru dari pihak polis untuk menutup sebarang kelemahan pengakuan petuduh. Usaha mereka pastinya gagal kerana bukti yang ada sangat jelas menunjukkan sebaliknya serta adanya rakyat Malaysia yang berani ke hadapan untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah.

Perdana Menteri telah secara cuai melibatkan dirinya dengan kes ini, dalam usaha untuk menggagalkan sebarang proses perubahan di Malaysia dan untuk menghindari kejatuhan kareer politik beliau. Penglibatan beliau dalam kes ini pasti mengakibatkan krisis tenat di dalam pentadbirannya. Penyokong kuat beliau di kalangan orang Melayu sendiri mulai muak dengan perkara ini. Tambahan lagi Perdana Menteri Abdullah Badawi sedang berhadapan dengan penyiasatan Badan Pencegah Rasuah berkenaan penglibatan beliau di dalam korupsi dan politik wang.

Bayangan korupsi dan salah urus ekonomi menjadi legasi pentadbiran beliau. Perdana Menteri Abdullah masih gagal memberikan sebarang penjelasan yang meyakinkan berkenaan keuntungan besar yang diraih oleh keluarga beliau hasil dari penglibatan keluarga beliau dalam skandal Minyak untuk Makanan yang melibatkan rakyat Iraq yang terdesak dan di ambang kematian.

Saya menasihati mereka di sekeliling beliau untuk menjauhi bahtera kepimpinan beliau yang bakal tenggelam itu selagi mereka mempunyai peluang.

Agenda Reform Pakatan Rakyat kembali ke landasan yang tepat dan Harapan Baru untuk Malaysia sudah semakin dekat. Kami akan memastikan kempen yang bersepadu untuk memenangi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti besar meliputi penduduk yang pelbagai latar dan etnik dari kawasan tersebut. Saya berhasrat untuk memasuki Parlimen pada 27hb Ogos 2008 dengan sokongan rakan-rakan saya di dalam pakatan sebagai pemimpin mereka yang baru.

ANWAR IBRAHIM

Read More...

Banglo Shahrizat dilontar bom petrol - Dua molotov cocktail turut ditemui di bangunan Majlis Peguam


SEORANG lelaki membersihkan pekarangan banglo Shahrizat di Damansara yang dilontar bom petrol pagi semalam.


KUALA LUMPUR - Mungkinkah ada kaitan? Itulah persoalan di kalangan orang ramai dan pihak berkuasa ekoran penemuan bom petrol (molotov cocktail) di pekarangan bangunan Majlis Peguam di sini dan yang dilontar di rumah Datuk Seri Shahrizat Jalil di Damansara semalam.

Kedua-dua penemuan itu dikatakan dikaitkan dengan penganjuran forum kontroversi Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam di bangunan majlis itu di Jalan Lebuh Pasar di sini pagi semalam.

Rumah Penasihat Khas kepada Perdana Menteri itu sebelum ini merupakan milik ahli keluarga Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga sebelum dijual kepada Shahrizat tiga tahun lalu.

Bom petrol yang ditemui di pekarangan bangunan Majlis Peguam pada pukul 7.30 pagi manakala di banglo Shahrizat lebih awal iaitu antara 2.30 pagi hingga 3.30 pagi.

Di bangunan Majlis Peguam itu kira-kira 1,000 orang yang membantah penganjuran forum tersebutserta pihak berkuasa yang sedang mengawal dikejutkan dengan penemuan dua bom petrol berwarna merah dan kuning itu yang disedari oleh orang awam.

Difahamkan, kedua-dua botol itu berisi petrol dan paku termasuk salah satunya mengandungi sekeping nota diletakkan berhampiran pintu masuk bangunan berkenaan.

Sehubungan itu, sepasukan Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 8.20 pagi bagi mengenal pasti kandungan di dalam kedua-dua botol tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Zulakarnain ketika ditemui mengesahkan penemuan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut berhubung isi kandungan nota tersebut.


DUA botol bom petrol yang ditemui di bangunan Majlis Peguam
di Kuala Lumpur semalam.


Forum Memeluk Islam yang dianjurkan Majlis Peguam Malaysia bertujuan menyelesaikan isu mengenai konflik undang-undang yang dihadapi keluarga yang terperangkap antara pemisahan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun ia mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin negara kerana ia dianggap menyentuh sensitiviti umat Islam.

Sementara itu dua bom petrol yang dilontar di banglo Shahrizat di Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara disedari oleh pengawal keselamatan banglo itu.

Ketika kejadian Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu serta ahli keluarganya sedang tidur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 7.15 pagi.

"Bom itu jatuh di bahagian hujung tempat letak kereta hingga meninggalkan kesan terbakar kecil serta serpihan kaca di lantai simen.

"Salah satu daripada botol yang pecah itu juga mengandungi sekeping nota," katanya yang enggan mendedahkan isi kandungan nota tersebut.

Menurut Wan Abdul Bari, pihaknya masih menyiasat motif kejadian.

Read More...

Logo anjing: Penulis blog mohon maaf

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Aug 8, 08 2:49pm

Seorang penulis ditahan polis selama dua hari kerana memaparkan imej kepala anjing di lambang rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di blognya.

Abu Bakar Mohd Rashid juga disiasat berhubung artikelnya bertajuk 'Kenapa tidak usik Raja Petra' yang termuat di blognya 'Penarik Beca' (www.penarikbeca.blogspot.com) pada 14 Julai lalu.

Ditemui Malaysiakini selepas dibebaskan di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur, petang ini, beliau menyatakan kesal dengan tindakannya itu dan memohon maaf kepada pasukan polis.

"Saya memohon maaf mana-mana yang tersinggung kepada semua (anggota) polis. Tetapi tulisan dalam artikel itu saya pertahankan," katanya.

"Saya rasa saya tidak patutlah meletakkan lambang itu."

"Apabila disebut (dalam siasatan) tentang lambang (PDRM) itu, saya langsung tidak mempertahankan. Saya kesal dan saya tidak pertahankan. Kalau ada orang bertanya bab itu, saya malas layan lagi," tambahnya.

"Saya kesal, dan saya balik, saya mahu buang."

abu bakar mohd rashid penarik beca 0808081Di lambang itu, imej muka harimau digantikan dengan "muka anjing yang sedang menyalak", perkataan Allah digantikan dengan "simbol wang", perkataan Muhammad (dengan perkataan bahan letupan 'C4') dan lambang di puncak mahkota (simbol Zionisme).

Menurut wartawan sambilan itu, lambang PDRM yang diubah itu diambil dari laman web lain - bagaimanapun beliau tidak menyebutnya.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan dikehendaki melapor diri di ibu pejabat polis yang sama pada 20 Ogos jam 10.30 pagi.

Beliau disambut oleh isterinya Salwah Abd Samad dan empat rakannya di balai tersebut kira-kira 5.40 petang tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata gambar anjing pada lambang PDRM "satu percubaan untuk menghasut orang ramai membenci polis".

Beliau dilaporkan berkata, polis yang memandang serius cubaan itu akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencemar imej dan kredibiliti pasukan itu.

Menurut penulis blog itu, beliau ditahan oleh tujuh anggota polis yang diketuai oleh ASP Hazizi Abdul Samad, yang juga pegawai penyiasat kesnya.

Laporan Bernama menyebutkan, beliau ditangkap di rumahnya pada pukul 10 malam di Taman Koperasi Polis, Gombak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Penulis itu kemudian ditahan di ibu pejabat polis daerah Sentul dan disiasat di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan.

penarik beca sang kutu website blogspot 070808Mengulas artikelnya tentang sistem pengurusan data polis yang didakwanya didalangi oleh kongsi gelap, beliau bertegas mempertahankan haknya untuk bersuara.

"Dalam siasatan, saya mempertahankan hak saya untuk menulis seperti yang terdapat dalam posting itu."

Artikelnya itu, yang mengulas satu tulisan Raja Petra Kamarudin, turut mendakwa seorang berpangkat Datuk, bekas pegawai tinggi polis Bukit Aman, terlibat dengan pengurusan data tersebut.

Katanya, beliau berpuas hati dengan layanan polis yang profesional dan berhemah.

Siasatan itu dipercayai susulan laporan polis terhadapnya. Bagaimanapun, sewaktu siasatan, beliau tidak ditunjukkan aduan polis tersebut.

Menurutnya lagi, komputer peribadinya dirampas sewaktu serbuan polis itu.

Jika polis memulangkan komputer itu, tambahnya, beliau akan membuang lambang tersebut dari blognya.

"Jadi sekarang saya patah tangan. Saya sekarang tidak dapat nak ubah (buang) dari blog sebab saya patah tangan kerana komputer saya dirampas," katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, memandangkan beberapa komputer yang dirampas sebelumnya tidak dipulangkan, Abu Bakar tidak berharap barang miliknya itu akan dikembalikan oleh polis.

Semalam polis mereman Abu Bakar untuk sehari bagi melanjutkan siasatan ke atasnya.

Polis sebelum ini pernah menahan beberapa penulis blog termasuk Raja Petra yang terkenal dengan blog Malaysia Today.

Read More...

Peguam Islam perlu terajui Majlis Peguam - Zulkifli Nordin

Harakahdaily

Sat | Aug 09, 08 | 5:38:00 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Hrkh) -"Sudah sampai masanya peguam yang beragama Islam mengambilalih teraju kepimpinan Majlis Peguam," kata ahli exco Persatuan Peguam Islam, Zulkifli Nordin.

Beliau berkata, ini bagi mengelakkan Majlis Peguam menganjurkan forum yang boleh menimbulkan kemarahan orang Islam.

Malaysiakini melaporkan, Zulkifli yang juga ahli Parlimen KeADILan Kulim-Bandar Baharu memberitahu pemberita demikian selepas menyertai perhimpunan membantah penganjuran forum awam 'memeluk Islam' anjuran majlis tersebut di ibu negara hari ini.

Beliau mendakwa, Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut kerana hendak membuat provokasi terhadap orang Islam.

"Tetapi saya mewakili Persatuan Peguam Islam memberi amaran supaya tidak mencabar umat Islam kerana kesabaran mereka ada hadnya," katanya.

Forum awam tersebut akhirnya dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat majlis tersebut.

Seramai 500 orang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi, sambil melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".

Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".

Zulkifli berkata, forum anjuran Majlis Peguam hari ini sebenarnya bukan dialog tetapi sebaliknya, satu program untuk memprovokasi terhadap umat Islam.

"Semasa saya berunding dengan presiden dan timbalan presiden Majlis Peguam, saya katakan kepada mereka bahawa forum ini tidak wajar diadakan.

"Saya katakan forum ini menguji kesabaran orang Islam," katanya yang gembira kerana umat Islam bersatu menyatakan suara mempertahankan hak mereka.

Sementara itu, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu, Jais Abdul Karim berkata, beliau mendapat tahu 110 peserta telah menghadiri forum tersebut.

Katanya, 95 peratus daripada mereka adalah terdiri daripada orang bukan Islam.

"Semasa kami naik ke tempat forum, saya mendapati ia sedang berjalan dan kami memaksa mereka memberhentikannya.

"Ketika itu ada peserta mengeluarkan perkataan yang menghina kami," katanya sambil menambah "inilah perjuangan yang terpaksa kami lalui untuk menegakkan Islam".

Jais berkata, beliau berharap program seperti ini tidak lagi diadakan pada masa depan.

Katanya, sebanyak 29 penyokong NGO Islam datang untuk menyatakan sokongan membantah forum tersebut. - mks._

Read More...

Piala Monsun – Ahmad dan Rahin Bercanggah

Buletion Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mat Stringer
Friday, 08 August 2008

http://buletinonline.net/images/berita9/monsooncup.jpgMenteri Besar, Dato’ Ahmad Said sekali lagi membuat penegasan dan mengakui Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun yang dianjurkan sejak tahun 2006 hanya memberi manfaat kepada segelintir golongan tertentu tetapi tidak kepada rakyat tempatan.

Beliau berkata, di sebalik penganjuran kejohanan itu selama ini, rakyat tempatan hanya mampu menjadi penonton sedangkan orang luar yang mendapat faedah.


''Menyedari hakikat ini, kerajaan negeri mengambil alih pengurusan kejohanan ini bagi memastikan setiap acara dibuat menurut acuan dan selera tempatan,'' kata Ahmad.

''Yang penting bagi kita ialah rakyat dan bukannya orang luar sebab tidak ada guna ia diadakan sekiranya faedahnya hanya dinikmati orang luar.


''Rakyat adalah penduduk di negeri ini, mereka adalah pengundi kita dan jika Kejohanan Piala Monsun faedahnya untuk orang luar, jadi apa faedahnya mereka diutamakan sedangkan rakyat hanya menjadi penonton,'' tambah Ahmad


Sehari sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, Kerajaan Terengganu telah mengambil alih pengurusan T-Best Events, penganjur Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun bagi membolehkannya terlibat secara langsung dalam penganjuran sukan itu.

Kenyataan Rahin disanggah oleh Ahmad dengan mengatakan kerajaan negeri sebenarnya tidak mengambil alih syarikat T-Best sebagaimana yang dinyatakan oleh Rahin.


Ahmad berkata kerajaan negeri hanya mengambil alih pengurusan Kejohanan Piala Monsun dan The Heritage Bay Club and Marina daripada syarikat itu.

Kenyataan Ahmad itu menjelaskan kedudukan sebenar T-Best sebagaiman laporan Buletin Online pada Mei lalu.


Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Ahli Dewan Undangan Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjelaskan sebenarnya syarikat pengendali sukan perahu layar itu bukan milik kerajaan negeri.


TDM Bhd yang mewakili kerajaan Terengganu hanya memiliki 42.9% peratus saham T-Best manakala selebihnya dimiliki oleh beberapa individu, termasuk beberapa pimpinan UMNO Terengganu.


Lebih mengejutkan adalah kaitan diantara T-Best dan syarikat Taman Tamadun Islam Sdn Bhd, syarikat yang dikatakan melaksanakan pembangunan Taman Tamadun islam di Pulau Wan Man.


Kedua-dua syarikat tersebut didaftarkan berhampiran dalam Taman yang sama iaitu Taman Equine, sebuah taman perumahan yang dibangunkan oleh Patrick Lim.

Read More...

Anwar akui hadapi laluan sukar untuk menang di Permatang Pauh

Mstar Online

10-08-2008 03:32:13 PM

BUKIT MERTAJAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini mengakui menghadapi laluan sukar untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini ekoran pelbagai fitnah yang timbul mengenai dirinya.

Beliau berkata pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya itu disebarkan pihak tertentu bagi menggagalkan usahanya memenangi kerusi berkenaan.

"Saya tak jangka ia mudah kerana banyak halangan daripada orang yang menentang kita. Saya berasa sedikit sukar kerana fitnah akan bertambah dan rasuah juga akan bertambah.

"Tapi saya yakin kerana nampak sokongan rakyat bertambah baik dan mudahmudahan kita akan menang," katanya dalam ucapan ringkas kepada kirakira 200 penyokongnya selepas menunaikan solat hajat di Masjid Nadhoh di sini hari ini.

Solat hajat itu, yang turut disertai isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, diadakan pada pukul 9 pagi ini bagi mendoakan kemenangan beliau pada pilihan raya kecil itu kelak.

Anwar, yang juga bekas timbalan perdana menteri, mendakwa PKR melalui pengalaman sukar ketika menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri di Ijok berikutan adanya pengaruh wang untuk meraih undi.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan tindakan Dr. Wan Azizah, yang juga Presiden PKR mengosongkannya bagi memberi laluan kepada suaminya untuk bertanding semula kerusi itu.

Anwar pernah mewakili kerusi itu sebagai wakil Barisan Nasional (BN) mulai 1982 sehingga terpaksa melepaskannya kerana dikenakan tindakan mahkamah kerana kesalahan rasuah dan liwat pada 1999.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 16 Ogos sebagai tarikh penamaan calon manakala 26 Ogos sebagai hari pengundian.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Dr. Wan Azizah menang dengan majoriti 13,398 menewaskan calon BN Datuk Pirdaus Ismail.

Sementara itu semasa berceramah pada satu majlis di sini malam tadi, Anwar secara tidak rasmi memulakan kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan membuat janji bertemakan "Agenda Permatang Pauh".

Anwar berkata, jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan pusat dan beliau terpilih menjadi "perdana menteri", agenda Permatang Pauh adalah agenda pembangunan rakyat iaitu menurunkan harga minyak sebanyak 70 sen, menurunkan harga barang dan membasmi kemiskinan.

"Pilihan raya di Permatang Pauh ini ialah pilihan raya agenda Permatang Pauh... kita tidak mahu sentuh manamana isu peribadi walaupun mereka (BN) lanyak (hentam) saya," kata beliau.

Sambil mempertahankan tindakan Dr. Wan Azizah yang mengosongkan kerusi itu dan dikatakan mengkhianati rakyat Permatang Pauh yang mengundi beliau, Anwar berkata tindakan isterinya ialah untuk menunaikan janji kepada rakyat di situ.

"Pada pilihan raya lepas Azizah (Wan Azizah) telah berjanji kepada rakyat Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada saya jika beliau menang dan sekarang ini beliau telah menunaikan janjinya", kata beliau. BERNAMA


  • PAS gerak jentera bantu Anwar
  • Mahathir: BN tiada calon 'istimewa' hadapi Anwar
  • BN sedia kempen 'khas' pilihan raya kecil?
  • Read More...

    Mampukah Anwar membuat 'come-back'?

    KLpos


    Cetak E-mail
    Oleh Hafizah Kamarudin, Bernama
    Khamis, 07 Ogos 2008



    SUDAH hampir sedekad Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah disabitkan kesalahan rasuah pada 1999, dan setahun kemudian kesalahan liwat.

    Selepas dibebaskan pada 2 September, 2004 bila panel tiga hakim dari Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan liwat terhadap beliau, dan melayakkannya bertanding dalam pilihan pada April tahun ini, Anwar sekurang-kurangnya memutuskan untuk kembali ke kerusi Permatang Pauh yang dipegang oleh isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk beliau selama beberapa tahun ini.

    Pada 29 Mac 1982, Anwar mengejutkan penyokongnya, bila beliau mengubah haluan dari seorang yang 'anti-establishment', menjadi anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
    Dilahirkan di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam pada 10 Ogos 1947, pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan bekas Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya ini merupakan seorang pemimpin belia yang aktif dan punya semangat berontak pada zaman remajanya.

    Pada 1974 semasa tunjuk perasaan pelajar di jalan raya beliau ditangkap dan dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 20 bulan.

    Pada 29 Mac 1982, Anwar mengejutkan penyokongnya, bila beliau mengubah haluan dari seorang yang 'anti-establishment', menjadi anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

    Dari tarikh itu, karier politik beliau meningkat mendadak.

    Beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Permatang Pauh pada pilihan raya umum April 1982, dan sebagai orang baru dalam politik, beliau menewaskan calon penyandang dari PAS Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi, dan sebulan kemudian Dr Mahathir, melantik beliau sebagai seorang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

    Umno Bahagian Permatang Pauh memilih beliau sebagai ketua mereka, dan dalam pemilihan parti pada tahun yang sama, beliau menewaskan Suhaimi Kamaruddin dengan 10 undi untuk jawatan Ketua Pemuda Umno.

    Lima tahun sebagai ketua Pemuda Umno, Anwar bertanding untuk jawatan lebih besar dalam parti - untuk satu dari tiga jawatan Naib Presiden, dan meraih tiga undi terbesar.

    Beliau mendapat 850 undi dan pada 1993, beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden parti bila penyandang Tun Ghafar Baba enggan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti pada Oktober.

    Hampir tiada yang menyekat beliau dalam mengejar kerjaya politiknya. Selepas setahun menjadi timbalan menteri, Anwar dinaikkan taraf ke menteri penuh.

    Beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Beliau dan Sukan, kemudian pada 1984 sebagai Menteri Pertanian, Menteri Pelajaran (1986), Menteri Kewangan (1991) dan pada 1993 beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno tanpa bertanding, dengan itu secara automatik dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

    Beliau mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Umno tanpa bertanding pada pemilihan parti pada 1996 dan pada Mei 1997, beliau memangku jawatan Presiden parti semasa Dr Mahathir bercuti dua bulan.

    Bagaimanapun, setahun kemudian pada 3 September, beliau disingkirkan dari Umno oleh Majlis Tertinggi parti selepas beliau tidak mempertahankan dirinya dari dakwaan rasuah dan liwat selepas peluang luas diberikan kepadanya untuk memberi penjelasan.

    Dengan penyingkiran itu, beliau menjadi anggota bebas Parlimen. Pada pilihan raya umum 1999 ketika beliau disabitkan kesalahan rasuah dan dipenjara lima tahun, Wan Azizah, yang membentuk Parti Keadilan Nasional, bertanding bagi kerusi itu dan memenanginya setelah menewaskan calon BN Datuk Ibrahim Saad.

    Wan Azizah, yang menjadi ahli politik atas desakan keadaan mempertahankan kerusi tersebut dalam tiga pilihan raya umum lepas.

    Pada 31 Julai, beliau melepaskan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar, yang kini menghadapi tuduhan liwat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, bertanding.

    Dengan kesnya kini dibawa ke mahkamah, Anwar berdepan dengan tugas cukup berat untuk menarik pengundi dalam pilihan raya kecil ini.

    Read More...

    Menteri: Forum dihenti elak ketegangan

    Malaysiakini

    Aug 9, 08 2:46pm

    Forum "Memeluk Islam" anjuran Majlis Peguam yang berlangsung di ibunegara hari ini terpaksa ditamatkan lebih awal bagi mengelak timbulnya keadaan tegang dan suasana tidak terkawal, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

    syed hamid albar 02Katanya, polis menasihatkan penganjur supaya menamatkan lebih awal forum itu bagi mengelak sebarang ketegangan berikutan jumlah orang ramai yang mengadakan demonstrasi di luar pejabat Majlis Peguam, tempat berlangsungnya forum itu, terus bertambah.

    "Kita tidak mahu perasaan marah itu membawa kesan yang di luar dugaan. Setakat ini saya tidak menerima laporan tentang ancaman keselamatan atau gangguan terhadap ketenteraman awam secara keseluruhan.

    "Pihak polis telah bertindak dengan baik untuk mengawal keadaan," katanya kepada pemberita di Kota Tinggi hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

    Syed Hamid berkata sensitiviti orang lain perlu dihormati walaupun negara ini mengamalkan kebebasan bersuara.

    convertion forum protest 090807 big crowdForum yang mendapat bantahan keras dari pelbagai pihak dan pertubuhan itu, bermula sebagaimana dijadualkan pada jam 9 pagi, tetapi ditamatkan satu jam kemudian selepas dinasihatkan oleh polis. Forum itu dijadual tamat pada jam 1.30 tengah hari.

    Presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga yang mengumumkan penamatan forum tersebut pada 10 pagi berkata, polis telah menasihatkan agar forum itu ditamatkan lebih awal.

    Harap 'terima mesej'

    Syed Hamid berkata, beliau berharap Majlis Peguam menerima mesej yang mahu disampaikan bahawa "ada perkara yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka, malahan diadakan di tempat persendirian."

    Beliau berkata, kes yang melibatkan seseorang memeluk agama Islam boleh dirujuk ke mahkamah untuk penyelesaian.

    Mengenai desakan sesetengah pihak yang mahukan kerajaan menggunakan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Majlis Peguam, beliau berkata, kerajaan tidak mahu menggunakan pendekatan undang-undang pencegahan dengan sewenangnya.

    bar council islamic forum controversy inccident 090808 03Katanya, kerajaan hanya akan bertindak menggunakan akta-akta pencegahan sedia ada, jika selepas siasatan menunjukkan terdapat keperluan untuk menggunakannya.

    "Kita cukup berhati-hati untuk menggunakan akta pencegahan, tetapi dalam masa yang sama, kita perlu memastikan ketenteraman awam dan kepentingan negara tidak terganggu dan tergugat," katanya.

    Beliau meminta golongan terpelajar seperti Majlis Peguam agar mengambil pendekatan berhati-hati dalam membincangkan itu tertentu seperti isu agama supaya tiada keperluan bagi kerajaan menggunakan Akta Hasutan dan ISA bagi membendung keadaan.

    Syed Hamid turut meminta umat Islam negara ini tidak mengambil langkah berdiam diri, tetapi sebaliknya perlu menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu yang menyentuh kepentingan mereka.

    Read More...

    Anwar maafkan, Dr. M rela berhijrah jika bekas timbalan jadi PM

    Mstar Online

    10-08-2008 03:15:34 PM

    PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau rela berhijrah ke luar negara jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, seperti yang dilaung-laungkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

    Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak mahu individu seperti Anwar yang pernah 'menikamnya dari belakang' ketika menjadi timbalannya dahulu mentadbir negara ini.

    ''Jika dia (Anwar) jadi Perdana Menteri, saya nak keluar dari negara ini. Bagilah semua pada dia," katanya ketika menjawab soalan daripada seorang peserta pada forum bertajuk Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

    Dr. Mahathir memecat Anwar pada September 1998 daripada jawatan Perdana Menteri dan dibuang Umno pada masa yang sama.

    Beliau pula keluar Umno pada 19 Mei lalu.

    Selepas sabit kesalahan Anwar tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya termasuk pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

    Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh bulan lalu dan yakin akan kembali ke Dewan Rakyat 27 Ogos ini serta membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September.

    Dr. Mahathir yang dipetik Mingguan Malaysia berkata, beliau yakin Anwar tidak akan berpeluang menjadi Perdana Menteri seperti yang diharap-harapkannya pada 16 September ini walaupun beliau yakin memenangi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

    Sementara itu dalam ceramah hampir 45 minit kepada kira-kira 200 penyokongnya selepas menunaikan solat hajat di Masjid Nadhoh di Butterworth pagi ini, Anwar juga mempertikaikan kes liwat yang dihadapinya dengan mendakwa ia fitnah untuk memalukan dirinya, malah tidak berdendam dengan sesiapa serta telah memaafkan Dr. Mahathir.

    "Saya tidak dendam dengan sesiapa pun dan telah memaafkan semua orang yang mengaibkan saya", katanya.

    Anwar, yang genap berusia 61 tahun hari ini, berkata: "Pada 27 Ogos ini saya masuk Parlimen, 30 Ogos Perdana Menteri bentang bajet (Bajet 2009) dan kemudian kita gegarkan parlimen dan kita ambil alih jadi kerajaan".

    Read More...

    Jangan salahkan Anwar…

    Agenda daily



    Sekali lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil dengan wajah penuh yakin dan boleh buat para pembesar UMNO tidak boleh tidor malam mendengar ‘ senda guraunya’.

    Sebagai orang lama dan cukup mahir dengan gerak saraf Penasihat Parti Keadilan Rakyat ini tahu UMNO kini kena berdepan dengan orang yang nothing to lose bila beliau terus bercakap dan terus bercakap seperti dalam sidang akhbarnya di ibupejabat parti itu dekat Petaling Jaya Jumaat.

    Kalangan mereka yang kenal sangat dengan stail Anwar apa lagi ketika sedang berdepan dengan beban kes mahkamah dakwaan liwat oleh bekas pembantunya ,Saiful Bukhari Azlan yang kelak akan jadi penentu hidup mati karier politiknya - hanya memberi komen ringkas: “Jangan salahkan Anwar…apa pilihan yang dia ada kalau tidak tampil bergaya begitu untuk mencuri keyakinan orang.”

    Juga kata mereka alangkah indahnya demokrasi di Malaysia jika ribuan orang yang ada kes mahkamah sepertinya berpeluang berkempen,bercakap,menghentam sebebas-bebasnya mempertikaikan pertuduhan yang dihadapi.

    Tentunya ramai yang ada niat serong yang nak buat hal jenayah dan segala macam akan menyambut dengan penuh riang ria satu reformasi perundangan sebegitu kalau betul bagai dikatakan - jika ditakdirkan barisan pembangkang yang diketuai Anwar berkuasa.

    Anwar bukan baru hidup di Malaysia malah pernah berbelas tahun berada dalam kerajaan sampai ke jawatan Timbalan Perdana Menteri.

    Dalam keadaan yang tidak tertekan beliau sendiri mungkin akan mengakui hakikat bagaimana kelamkabutnya negara jika semua orang yang ada kes mahkamah boleh ‘ berpesta’ mempertikaikan pertuduhan mereka secara terbuka seperti yang dinikmatinya sekarang.

    Siapapun boleh berjanji seperti janjinya dalam sidang akhbar hari ini bahawa di bawah kerajaan yang bakal dipimpinnya tidak akan kuasa polis dan peguam negara untuk menghukum musuh politik.

    Mungkin ramai lupa semasa beliau dalam kerajaan dulu ini semua tidak begitu menjadi isu baginya.

    Entahlah berapa ramai musuh politik kerajaan di Malaysia ini sudah ‘dipancung’ oleh kuasa polis dan Peguam Negara seperti yang digembar gemburkannya bila mengenangkan barisan pembangkang berjaya menawan lima negeri dalam pilihanraya 8 Mac dan kebanyakan tokoh pembangkang masih aktif berpolitik dan bergerak bebas ke sana kemari.


    Cara Anwar mensensasikan sesuatu isu memang cukup menarik.

    Aneh juga tiba-tiba riuh dan heboh pasal adanya cubaan membunuhnya semasa baru-baru timbul kes dakwaan liwat dulu sudah tidak kedengaran lagi sekarang.

    Malah kehabisan bilik–bilik hotel di Seberang Perai ditempah menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh sudah awal-awal digambarkannya seolah BN akan bawa segala peti harta karun untuk ditabur di sana.

    Sedangkan soal kehabisan bilik hotel semasa mana-mana pilihanraya kecil adalah perkara biasa.Ia mungkin ditempah oleh orang UMNO atau mana-mana ahli parti pembangkang sendiri yang nak turun bantu berkempen.

    Dalam sidang akhbar itu apa saja untuk mencetuskan rasa curiga pada kes mahkamahnya dan keyakinan orang pada masa depan politiknya dijadikan peluru.

    Ini termasuklah akuan bersumpah doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman yang kata bahawa beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Saiful bahawa tidak ada sebarang bukti berlaku liwat ditemui.


    Kenyataan pihak Pusrawai sendiri yang telah menjelaskan bahawa doktor yang berasal dari Burma itu hanya buat pemeriksaan biasa - tidak diambil kira.

    Begitu juga halnya dengan prosedur tetap yang diguna pakai selama ini bahawa bagi siasatan kes-kes macam ini hanya hasil pemeriksaan hospital kerajaan dikira sah - tidak langsung dipedulikannya.

    Gambaran yang cuba diberikan ialah seluruh sistem yang ada berkonspirasi untuk mengenakannya.

    Apa saja yang dilihat tak memihak kepadanya dikira tidak adil.Sebaliknya sistem perundangan yang selama ini dipertikaikannya tiba-tiba menjadi adil baginya bila Mahkamah Sesyen,Jalan Duta,Kuala Lumpur membenarkan ikat jamin dengan bon peribadi semasa beliau didakwa pagi Khamis.

    Semua orang bakal tertunggu–tunggu penubuhan kerajaan pimpinannya menjelang 16 September ini.

    "Saya melihat ke depan untuk masuk ke parlimen pada 27 Ogos dengan sokongan rakan-rakan dalam barisan pembangkang,"katanya setelah menyuarakan keyakinan untuk memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

    Pada ketika ramai yang terus meragui congak apa yang dipakainya,Anwar selamba berkata jumlah ‘ meyakinkan’ Ahli Parlimen BN yang nak melompat sudah ada ditangannya.

    Beliau enggan mendedahkan jumlahnya tetapi kata ia akan diberitahu bila tiba masanya kelak.

    Dakwanya matlamat 16 September - untuk jatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah menerusi pilihanraya 8 Mac menerusi lompat parti - tidak berubah.

    Juga yang bakal ditunggu ialah jika tak jadi pada dateline itu apa pula alasan dan ceritanya nanti.- 8/8/2008

    Read More...

    'Malaysia baru' Anwar pukau pengundi

    Malaysiakini

    K Raveendran Nair | Aug 9, 08 8:12pm

    Kebangkitan kembali Anwar Ibrahim dalam arena politik negara adalah satu kejutan di luar jangkaan. Ramai penganalisis politik pada awalnya berpendapat karier politik beliau telah tamat sewaktu terpenjara.

    Maka, wajar beliau dibebaskan untuk menerima rawatan kesihatan bagi sakit tulang belakang atas sifat perikemanusiaan.

    Lebih-lebih lagi apabila parti serpihan Umno, PKR hanya mempunyai kekuatan satu kerusi parlimen yang disandang oleh isterinya melalui pilihanraya umum 2004.

    Namun semua persepsi akan matinya karier politik Anwar berjaya dipadamkan dalam sekelip mata melalui agenda "Harapan Baru Untuk Malaysia" dalam pilihanraya ke-12.

    pkr anwar ibrahim campaign leaflet 230208Sekiranya dianalisis, PKR telah menunjukkan tanda-tanda kebangkitan sejak pilihanraya negeri Sarawak pada 2006 lagi.

    Keupayaan parti ini untuk memenangi kerusi DUN Sarawak, dan hampir kesemua kerusi yang disandang oleh BN telah berjaya dikurangkan undi majoritinya, sesuatu yang di luar jangkaan.

    Bagaimanapun penganalisis di Semenanjung gagal menginterpretasikan mesej yang cuba dihantar oleh pengundi dari Sarawak.

    Sekilas lalu, Anwar antara pemidato yang dikenali dengan gaya percakapan yang mampu memukau para pendengar. Penglibatan beliau dalam politik telah bermula sejak zaman masih remaja dan bakat muda beliau lebih menonjol semasa menjadi penghuni Universiti Malaya.

    Pada 1974, beliau melancarkan demonstrasi besar-besaran apabila ada laporan media yang menyatakan, penduduk Baling, Kedah mati kerana kelaparan.

    Hasil demonstrasi tersebut, beliau ditahan bawah Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) selama 22 bulan tetapi dalam senyap-senyap kerajaan BN terpaksa mengambil tindakan proaktif untuk membangunkan masyarakat luar bandar.

    Kerajaan telah melancarkan skim-skim baru untuk mempertahankan harga getah, stok negara untuk getah, penubuhan pembangunan getah Risda, memberikan hak milik tanah kepada penduduk luar bandar, membina pusat asuhan kanak-kanak untuk menjaga anak penoreh getah dan sebagainya.

    Kesemua ini telah dilaksanakan oleh kerajaan selepas demonstrasi Baling 1974.

    Apabila beliau menyertai Umno pada awal 1980-an, ramai pemimpin muda terutamanya dalam PAS kecewa kerana Anwar dilihat sebagai seorang pemimpin yang mempunyai keupayaan untuk membawa Islam ke alaf baru. Dalam bahasa Anwar, "beliau mahu membersihkan tong tahi dari dalam."

    Walau Tun Dr Mahathir Mohamad perdana menteri ketika itu, namun Tengku Razaleigh Hamzah adalah pemimpin utama yang memainkan peranan untuk membawa Anwar bersama Umno.

    Hasil usaha Ku Li, Anwar dibebaskan daripada ISA dan kemudiannya dibawa masuk ke dalam Umno. Jawatan pertama yang ditandangi oleh Anwar selepas beberapa bulan menyertai parti Melayu itu adalah ketua Pemuda.

    anwar pc 290607 showing newspaperBeliau memenangi jawatan tersebut dengan undi yang amat tipis dalam sekitar 25 undi sahaja. Namun keakraban beliau dengan Dr Mahathir mengembangkan pengaruhnya dalam parti.

    Dalam tempoh masa 17 tahun, Anwar berjaya menguasai parti sehingga mencapai jawatan timbalan presiden sekali gus menduduki kerusi timbalan perdana menteri.

    Umum berpendapat sekiranya beliau berkompromi dengan Dr Mahathir sewaktu krisis kewangan pada 1997-1998, kemungkinan besar beliau telah menduduki kerusi perdana menteri yang menjadi idaman setiap ahli politik.

    Tetapi keseluruhan lanskap politik negara telah berubah apabila Anwar mengambil keputusan untuk melawan arus politik negara.

    Sejak beliau tumbang daripada singgahsana kuasa, boleh dikatakan secara konsisten beliau bercakap atas paksi kuasa rakyat dan selepas 10 tahun berada di luar Dewan Rakyat, kini beliau sekali lagi beradu tenaga mencuba nasib untuk kembali ke kerusi parlimen yang sekali gus mungkin membuka ruang untuk beliau menjadi perdana menteri keenam negara.

    Kerusi parlimen P44 boleh dikatakan secara tradisinya adalah milik Anwar sejak tahun 1982. Sebelum itu, kerusi tersebut kubu luat PAS. Dalam pilihanraya tersebut, beliau bertanding atas tiket BN menentang calon PAS, Zabidi Ali dan menang dengan majoriti 14,352 undi.

    Pada 1986, beliau ditentang oleh Mohamad Sabu, tokoh muda PAS waktu itu (sekarang naib presiden). Walaupun menang tetapi Mohamad berjaya mengurangkan undi majoriti kepada 10,479.

    Pada 1990, di kala Umno masih mengalami luka parah akibat pengharamannya dan perebutan kuasa yang menyebabkan penubuhan Parti Melayu Semangat 46, Anwar masih berjaya mengekalkan kerusi beliau dengan undi majoriti sebanyak 16,150 dengan mengalahkan Mahfuz Omar (bekas ketua Pemuda PAS, kini ketua penerangan).

    Pada 1995, DAP meletakkan calon Melayu di kawasan tersebut dan keadaan ini membuka ruang lebih besar kepada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat dengan majoriti yang lebih besar iaitu 23,515 undi.

    Calon DAP itu Abdul Rahman Manap. Bagaimanapun tiada siapa menduga, tahun itu merupakan pilihanraya terakhir bagi Anwar kerana belum sempat pilihanraya seterusnya diadakan, beliau telah ditumbangkan daripada singgahsana politik Umno.

    Krisis kewangan yang kemudiannya berubah wajah kepada krisis perebutan kuasa dalam Umno menyebabkan Anwar dipecat dan dihumban ke dalam penjara.

    Walaupun tuduhan liwat dikenakan, namun kebangkitan rakyat memuncak apabila beliau hadir ke mahakamh dengan mata lebam.

    Dr Mahathir mengisytiharkan Parlimen dibubarkan pada 1999 dua bulan sebelum Ramadan bermula kerana situasi bulan itu yang boleh dikatakan majoriti masjid dan surau telah dikuasai oleh pengikut Anwar.

    Dr Mahathir khuatir, Ramadan akan digunakan secara maksimum untuk menghasut masyarakat Melayu untuk mengundi menentang Umno. Lagipun ketika itu, tempoh Dewan Rakyat untuk dibubarkan semakin hampir.

    anwar ibrahim wan azizah permatang pauh by election 310708Dengan hati yang terguris air mata, Dr Wan Azizah Wan Ismail, seorang surirumah dan bekas doktor gigi, bangkit mempertahankan suaminya dan meneruskan perjuangan politik bagi pihak kekandanya.

    Parti Keadilan Nasional dengan wajah baru untuk rakyat Malaysia tanpa mengenal bangsa dan agama ditubuhkan pada April 1999, lima bulan sebelum pilihanraya umum.

    Dalam pilihanraya tahun itu, Dr Wan Azizah bertanding di kerusi P44 Permatang Pauh dan ditentang oleh bekas setiausaha politik Anwar sendiri dan juga timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Dr Ibrahim Saad.

    Ramai berpendapat tujuan utama Dr Mahathir meletakkan Dr Ibrahim untuk membunuh karier politik rakan Anwar itu kerana sudah menjadi rahsia umum beliau seorang kroni Anwar.

    Kalau menang, Dr Ibrahim mempunyai masa depan yang cerah. Kalau kalah, yang akan terkubur Dr Ibrahim dan bukannya Umno.

    Dalam pillihanraya umum tersebut, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 9,077 undi. Beliau menerima 23,820 undi, manakala Dr Ibrahim menerima 14,473 undi.

    Boleh dikatakan dalam pilihanraya 1999, Umno telah diselamatkan oleh pengundi bukan Melayu. Namun sumbangan bukan Melayu dilupakan begitu sahaja selepas pilihanraya umum 2004.

    Pada tahun itu, BN telah meletakkan bekas imam besar Masjid Negara, Datuk Pirdaus Ismail untuk bertanding menentang Dr Wan Azizah. Namun faktor Anwar telah memberikan kemenangan solo kepada PKR.

    Isterinya memenangi 21,737 undi, manakala Pirdaus menerima 21,147 undi. Dr Wan Azizah menang dengan majoriti tipis 590 undi - itu pun selepas pengiraan semula pada hari berikutnya.

    Selepas pilihanraya tersebut, Umno menjangkakan PKR akan berkubur atau kembali merujuk Umno dalam masa terdekat. Namun kesemua jangkaan itu meleset.

    Pilihanraya umum 8 Mac lalu menjadi satu titik perubahan dalam sejarah politik negara.

    Anwar yang kembali daripada menerima rawatan sakit tulang belakang pada awalnya (setelah dibebaskan pada penghujung 2004) menggunakan "jaringan antarabangsanya" untuk menguatkan semula perhubungan beliau dengan negara-negara luar dan hampir setiap bulan berada di luar negara sama ada atas undangan pemimpin negara-negara yang dikunjungi atau untuk sesi ceramah di universiti-universiti terkemuka dunia.

    anwar tour perak 050308 gopeng mixy crowdBeliau kemudiannya mengalihkan pandangan kepada politik dalam negara dan menjanjikan "Malaysia Baru" sekiranya diberikan kepercayaan untuk kembali memimpin negara.

    Berbekalkan kelemahan pemimpin BN dengan politik perkauman yang tebal, Anwar menggubal manifesto yang menjanjikan "Malaysia Baru."

    Setuju atau tidak, terpulang kepada pembaca untuk menilai, janji untuk memberikan Malaysia Baru telah berjaya mempengaruhi massa untuk memberikan kepercayaan kepada gabungan tiga parti yang kemudiannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

    Hasilnya empat negeri baru jatuh tersungkur kepada kepada Pakatan dan cengkaman ke atas negeri Kelantan terus diperkukuhkan.

    Lebih mengejutkan, kuasa dua pertiga luntur daripada BN dan apabila masyarakat Malaysia bangun pada pagi 9 Mac lalu, pancaran matahari pagi seolah-olah menjanjikan harapan baru untuk Malaysia.

    Untuk Anwar kekal relevan dalam politik, isterinya mengisytiharkan mengosongkan kerusi P44 untuk memberi laluan kepada suaminya. Walaupun pelbagai spekulasi dan teori dikemukakan termasuk pengosongan kerusi sebagai satu strategi untuk menghalang tindakan undang-undang terhadapnya dalam kes moral, namun perkembangan tersebut sebenarnya menjadi satu medan politik yang terbaik untuk membuktikan kuasa rakyat.

    Persoalannya, apakah BN sebagai kerajaan pusat mampu mengalahkan Anwar di P44 Permatang Pauh dengan kerajaan negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat?

    P44, berdasarkan senarai pengundi yang digunakan dalam pilihanraya ke-12 mempunyai 58,449 pengundi. Pecahannya menunjukkan pemilih Melayu adalah majoriti dengan bilangan 40,563 atau 69.4 peratus. Pemilih Cina pula 14,320 orang atau 24.5 peratus, manakala India 3,507 orang atau 6 peratus.

    Peratus keluar mengundi dalam pilihanraya itu tinggi iaitu 47,288 orang (81.8 peratus), manakala undi rosak pula 110.

    Dalam kerusi parlimen ini terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti. BN hanya menguasai Seberang Jaya dengan majoriti 533 undi. Majoriti tersebut telah berkurangan daripada 4,464 uni yang dimenangi dalam pilihanraya 2004.

    Permatang Pasir dikuasai PAS, manakala Penanti dimenangi oleh calon PKR, Mohammad Fairus Khairuddin yang kemudiannyadilantik timbalan ketua menteri I Pulau Pinang. Kedua-dua kerusi tersebut dimenangi Pakatan Rakyat dengan majoritilebih besar berbanding 2004.


    Bahagian II 'Lapan faktor BN tewas di Permatang Pauh' akan diterbitkan Isnin.


    Menurut blognya Security, K Raveendran Nair dilahirkan di Bukit Mertajam, bersebelahan Permatang Pauh, 33 tahun lalu.

    Read More...

    Carian dalam Tau Takpe

    masukkan je apa-apa yg nak dicari

    Tau takpe

    Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

    - OrangKita (OK) -

    Video mesti tengok!!!

    | Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |