+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label mat said. Show all posts
Showing posts with label mat said. Show all posts

Tuesday, April 21, 2009

Ahmad Said lantik pemandu ambulan, guru jadi Pengarah GLC

Harakahdaily

Tue | Apr 21, 09 | 10:34:54 am MYT

KUALA TERENGGANU, 21 April (Hrkh) - Tindakan melantik seorang pemandu ambulan sebagai Pengarah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) oleh Menteri Besar, Dato' Ahmad Said telah mencetuskan satu lagi kontroversi antara beliau dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Menurut sebuah akhbar online beberapa ADUN tersebut mendakwa mereka tidak bersetuju dengan pelantikan pemandu tersebut serta dua lagi bekas guru sekolah rendah sebagai pengarah sebuah anak syarikat dan hospital milik kerajaan negeri di Kuantan, Pahang.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Terengganu, Dato' Rosol Wahid mendakwa pelantikan berkenaan tidak disenangi beberapa ADUN.

Sekurang-kurangnya 18 ADUN yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan 18 dikatakan akan memberi tekanan kepada Ahmad bagi membatalkan pelantikan berkenaan.

Pada mulanya hanya 13 ADUN yang bertindak bertentangan dengan Ahmad, namun ada lima lagi ADUN dipercayai akan menyertai kumpulan berkenaan.

"Beliau (Ahmad) cuba untuk menarik penyokongnya (pengundi kawasan Kijal) menyertai pentadbiran negeri dengan melantik mereka ke jawatan-jawatan eksekutif dalam agensi milik kerajaan tanpa mengira sama ada mereka berkelulusan ataupun tidak," katanya yang dipetik daripada laman web tersebut.

Ditanya sama ada kumpulan berkenaan juga akan memberikan tekanan supaya Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, Rosol berkata mereka tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian.

Sebaliknya mereka mengharapkan satu perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Jumaat ini adalah harinya, kita dengar Perdana Menteri akan membuat satu keputusan bagi menyelesaikan kebuntuan antara Menteri Besar dan kumpulan ini," katanya. - azm/mks. _

Read More...

Monday, April 20, 2009

Majoriti ADUN BN T'ganu mahu MB letak jawatan

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Apr 20, 09 11:09am

Sejumlah 18 daripada 24 ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said supaya meletakkan jawatan.

Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.

alias abdullahMenurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri.

"Bagaimanapun, saya tidak dapat mendedahkan nama-nama exco terbabit untuk menjaga kedudukan mereka sekarang," katanya kepada Malaysiakini.

Berikutan tambahan sokongan tersebut, Alias yang juga ADUN Alor Limbat berkata, majoriti ADUN BN Terengganu mahu Ahmad meletak jawatan.

Ditanya apakah tindakan selanjut mereka selepas mendapat sokongan majoriti tersebut, Alias berkata:

"Kita menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti terlebih dahulu untuk menyelesaikan kemelut politik di Terengganu."

Sehubungan ini, Alias menegaskan, pihaknya percaya pucuk pimpinan tertinggi parti akan membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan negeri Terengganu.

Tidak berganjak

rosol wahidSementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong BN Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya tidak berganjak daripada tuntutan supaya Ahmad perlu meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

“Tiada kompromi dalam hal ini. Kita berjuang untuk kepentingan rakyat Terengganu kerana kepimpinannya menyebabkan ketidakstabilan kepada parti dan pentadbiran kerajaan negeri.

“Pentadbiran Ahmad telah menjadi percakapan bukan sahaja di kalangan orang Umno tetapi juga rakyat secara keseluruhan sejak beliau menjadi menteri besar setahun lalu,” katanya.

Seorang exco kerajaan negeri Terengganu yang dihubungi hari ini menjelaskan beliau tidak tahu ada exco yang tidak menyokong Ahmad.

Exco berkenaan, Yahaya Khatib Mohamad berkata, tugas exco ialah menyokong menteri besar melaksanakan tugas mereka.

“Kalau tidak sokong, tentu mereka tidak hadir sidang DUN,” katanya.

Kemelut terbaru itu tercetus apabila 10 ADUN BN tidak menghadiri sidang DUN minggu lalu setelah tiga daripada mereka menerima SMS berupa ugutan.

Bagaimanapun, mereka menyertai semula pada hari terakhir Rabu lalu atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Read More...

Monday, April 13, 2009

Krisis Keyakinan Terhadap Ahmad Said Semakin Serius?

Buletin Online

Written by Editor
Sunday, 12 April 2009 23:27

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/idrisatauahmad1.jpgKuala Terengganu - Pendedahan media tentang adanya usaha untuk membawa usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said kelmarin, dikatakan telah sampai ke Putrajaya.

Empat wakil rakyat BN hari ini dimaklumkan telah pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Mereka dipercayai bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin bagi menyuarakan hasrat mereka, dalam usaha menyelesaikan ‘krisis keyakinan’ yang semakin serius.

Krisis bermula lebih setahun lalu apabila Ahmad yang juga ADUN Kijal di lantik menjadi Menteri Besar ‘merampas’ kedudukan yang sepatutnya menjadi milik Dato’ Seri Idris Jusoh selaku pengerusi BN negeri ketika itu.


Perlantikan secara luar kebiasaan Ahmad hampir-hampir mencetuskan krisis perlembagaan apabila UMNO menentang pemilihan Ahmad yang diperkenan oleh pihak istana.

Kumpulan yang menyokong Idris, diketuai bekas Exco kerajaan Dato’ Rosol Wahid merasa kecewa, membantah dan mengugut untuk membawa usul undi tidak percaya kedalam sidang Dewan Undangan Negeri. (Gambar - Rosol menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak istana Terengganu Mac tahun lalu)

Bagaimana pun, Rosol yang dihubungi media semalam menafikan beliau masih cenderung untuk membawa usul tersebut.

"Tak ada... tak ada rancangan nak buat begitu (usul undi tidak percaya).

"Saya jamin saya tak akan kemuka sebarang usul undi tak percaya kepada Menteri Besar," katanya kepada mStar Online.


Namun begitu beliau tidak menjamin yang rakan-rakan seangkatannya, ADUN BN lain tidak membawa usul tersebut.

"Orang lain saya tak pastilah macam mana, itu terpulang kepada merekalah, tapi bagi saya memang tak ada," katanya.

Semalam dalam mengulas perkembangan terbaru negeri Terengganu itu, Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman menyarankan supaya Ahmad Said membubarkan DUN lebih awal bagi menghadapi krisis keyakinan yang sedang melanda pentadbirannya.

Tindakan pentadbiran Ahmad membuat pertukaran beramai-ramai penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri telah menghilangkan keyakinan mereka kepada Ahmad yang juga pengerusi perhubungan UMNO Terengganu.

Walaupun pelbagai pihak dalam UMNO Terengganu cuba menutup isu perpecahan dan wujudnya ‘dua bahtera dengan dua nakhoda’, kini, ia kelihatan semakin jelas.

Ahmad, walaupun ‘bermulut manis’ dengan pihak media, namun kerap menyindir segala projek yang dilaksanakan oleh Idris sebelum ini.

Read More...

Wednesday, November 5, 2008

Masalah Giant-MB T'ganu kekal misteri

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Nov 5, 08 10:59am

Menteri besar Terengganu memanjangkan lagi teka-teki masalah kelewatan pembukaan pasar raya besar Giant di Kerteh selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Datuk Ahmad Said tidak menghuraikan dengan jelas isu tersebut, malah menggesa media mendapatkan maklum balas daripada pegawai tinggi GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd sebelum beliau sendiri memberikan ulasan lanjut.

Malaysiakini minggu lepas mendedahkan Giant gagal beroperasi di Mesra Mall lebih sebulan akibat gagal mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), didakwa akibat campur tangan Ahmad.

Sumber-sumber pasar raya itu dan MPK memberitahu, ia bercadang membuka premis barunya itu di Jalan Kemaman-Dungun sejak 24 September tetapi gagal mendapat lesen.

giant hypermarket and mesra mall terengganu 281008 buildingRangkaian pasar raya milik GCH Retail (Malaysia), yang berusia 60 tahun, difahamkan ingin dibuka selewat-lewatnya 15 Oktober tetapi hingga sekarang tidak jelas kenapa belum menjalankan perniagaan.

Sumber di pihak berkuasa tempatan itu berkata, masalah lesen Giant itu "berkaitan dengan Datuk Ahmad", yang juga wakil rakyat Kijal.

Usaha Malaysiakini banyak kali sejak Selasa minggu lepas gagal mendapatkan reaksi menteri besar berkenaan.

Bercakap kepada akhbar Sinar Harian selepas pulang dari luar negara Khamis lepas, Ahmad dilaporkan bersedia memberi penjelasan mengenai perkara itu ketika bertemu media selepas mesyuarat mingguan exco tadi.

Dalam sidang media hari ini, difahamkan Ahmad menyatakan Giant "tidak boleh buka dulu, baru buat permohonan."

Beliau juga mengakui pernah berunding dengan pegawai tinggi pasar raya besar sebelum ini.

Sumber di Giant sebelumnya bagaimanapun mendakwa ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk menjalankan operasinya termasuk mendapat pengiktirafan keselamatan daripada jabatan bomba dan mengikuti garis panduan pengubahsuaian bangunan MPK.

Mesra Mall, yang dibangunkan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd di atas tanah seluas 12 hektar dan diurus oleh Suria KLCC Sdn Bhd, telah dirasmikan oleh exco pembangunan luar bandar, usahawan dan koperasi Datuk Mohamed Awang Tera pada 10 Oktober lepas.

Difahamkan Giant merupakan penyewa utama kompleks membeli-belah yang diberikan jolokan "mutiara timur anda."

Menurut pelan lantai Mesra Mall, Giant ditempatkan di penghujung kanan dan kiri bahagian depan kompleks itu.

Read More...

Monday, November 3, 2008

‘Kehendak saya kena ikut juga, saya menteri besar’ - Ahmad lawan Presiden UMNO

Buletin Online

Ditulis oleh MatStringer
Sunday, 02 November 2008

Kuala Terengganu - Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said pernah memberikan peringatan keras kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad supaya tidak bertanding jawatan utama peringkat bahagian.


Sumber Buletinonline memberitahu, Ahmad bertindak memaki hamun Yahya dihadapan orang ramai, dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di daerah Marang, seminggu sebelum Eidul Fitri.

“Namun peringatan Ahmad tidak diambil hirau langsung oleh Yahya bahkan Yahya menjadi ‘naik semangat’ untuk merebut jawatan Ketua Bahagian Marang apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat, Alias Abdullah menarik diri dari pertandingan tersebut,”kata sumber itu.

http://buletinonline.net/images/berita13/madsaidpaklah.gifMenurutnya Alias memberi laluan selesa kepada Yahya kerana beliau mahu melihat penyandang jawatan Ketua Bahagian Marang, Dato’ Abdul Rahman Bakar jatuh tersungkur.

“Dengan jatuhnya Abdul Rahman, bermakna Alias dapat membalas perbuatan Ahmad yang memecat beliau dari Jawatan Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu,”katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, Ahmad Said tetap mempertahankan keputusannya dan tidak menghiraukan langsung arahan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO yang akan letak jawatan Mac depan.

Menurut akhbar media perdana, Ahmad tetap akan memecat Yahya daripada barisan Exco atas kerana katanya anak Yahya mengingkari arahannya.

Ahmad berkata beliau berhak menggugurkan Yahya kerana ia terletak di bawah bidang kuasanya.


"Saya kira apa (kehendak peringkat akar umbi)? Kehendak saya dia kena ikut juga. Saya menteri besar dan ada hak terhadap Exco saya...saya yang lantik. Hak bahagian melantik ketua bahagian, hak saya melantik Exco.

Dua keadaan berbeza. Dia tak langgar disiplin parti, tapi langgar arahan saya," katanya selepas Pertunjukan Kuda Kebangsaan di sini, semalam.

"Saya mengarahkan semua Exco supaya tidak terbabit dalam pertandingan jawatan utama peringkat bahagian sebelum pertandingan peringkat cawangan lagi kerana saya minta mereka beri tumpuan kepada jawatan dalam kerajaan dan biar orang lain pegang jawatan ketua bahagian, kecuali jika dia memang dah ketua bahagian. Itu arahan saya jelas," tambah Ahmad


Baca Respon Yahya Khatib Kelmarin - Saya sedia digugur Exco Terengganu

Read More...

Sunday, August 10, 2008

Piala Monsun – Ahmad dan Rahin Bercanggah

Buletion Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mat Stringer
Friday, 08 August 2008

http://buletinonline.net/images/berita9/monsooncup.jpgMenteri Besar, Dato’ Ahmad Said sekali lagi membuat penegasan dan mengakui Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun yang dianjurkan sejak tahun 2006 hanya memberi manfaat kepada segelintir golongan tertentu tetapi tidak kepada rakyat tempatan.

Beliau berkata, di sebalik penganjuran kejohanan itu selama ini, rakyat tempatan hanya mampu menjadi penonton sedangkan orang luar yang mendapat faedah.


''Menyedari hakikat ini, kerajaan negeri mengambil alih pengurusan kejohanan ini bagi memastikan setiap acara dibuat menurut acuan dan selera tempatan,'' kata Ahmad.

''Yang penting bagi kita ialah rakyat dan bukannya orang luar sebab tidak ada guna ia diadakan sekiranya faedahnya hanya dinikmati orang luar.


''Rakyat adalah penduduk di negeri ini, mereka adalah pengundi kita dan jika Kejohanan Piala Monsun faedahnya untuk orang luar, jadi apa faedahnya mereka diutamakan sedangkan rakyat hanya menjadi penonton,'' tambah Ahmad


Sehari sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, Kerajaan Terengganu telah mengambil alih pengurusan T-Best Events, penganjur Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun bagi membolehkannya terlibat secara langsung dalam penganjuran sukan itu.

Kenyataan Rahin disanggah oleh Ahmad dengan mengatakan kerajaan negeri sebenarnya tidak mengambil alih syarikat T-Best sebagaimana yang dinyatakan oleh Rahin.


Ahmad berkata kerajaan negeri hanya mengambil alih pengurusan Kejohanan Piala Monsun dan The Heritage Bay Club and Marina daripada syarikat itu.

Kenyataan Ahmad itu menjelaskan kedudukan sebenar T-Best sebagaiman laporan Buletin Online pada Mei lalu.


Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Ahli Dewan Undangan Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjelaskan sebenarnya syarikat pengendali sukan perahu layar itu bukan milik kerajaan negeri.


TDM Bhd yang mewakili kerajaan Terengganu hanya memiliki 42.9% peratus saham T-Best manakala selebihnya dimiliki oleh beberapa individu, termasuk beberapa pimpinan UMNO Terengganu.


Lebih mengejutkan adalah kaitan diantara T-Best dan syarikat Taman Tamadun Islam Sdn Bhd, syarikat yang dikatakan melaksanakan pembangunan Taman Tamadun islam di Pulau Wan Man.


Kedua-dua syarikat tersebut didaftarkan berhampiran dalam Taman yang sama iaitu Taman Equine, sebuah taman perumahan yang dibangunkan oleh Patrick Lim.

Read More...

Sunday, July 20, 2008

MB: Terengganu beli Mercedes ganti Proton bagi jimat kos

Mstar Online

20-07-2008 08:04:07 PM

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini mempertahankan tindakan kerajaan negeri membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan tahunan.

Ahmad berkata, pembelian kereta itu menggunakan peruntukan yang disediakan sebelum ini dan bukan menggunakan wang royalti minyak.

"Ia tidak melibatkan royalti minyak. Bagaimana nak guna wang royalti minyak, kita masih belum menerimanya daripada kerajaan pusat," katanya.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar berhubung pembelian kenderaan bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Ahmad berkata, keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.

"Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak.

"Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang," katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis tahlil sempena Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini hari ini. BERNAMA

Read More...

14 Buah E200 Kompressor Untuk Exco - Terengganu Mula Bermewah-mewah

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin Online
Sunday, 20 July 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita9/mercedestrg.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Belum pun menerima duit royalti minyak, Exco Kerajaan Terengganu dan pegawai kanan akan menggunakan kereta Mercedes baru E200 Kompressor yang mewah, sebagai kereta rasmi mulai hari ini. Tindakan itu telah mendapat liputan meluas dan menjadi kritikan kepada sesetengah media.

Pembelian Mercedes bukan guna duit royalti - Ahmad -Kemaskini 5.00 petang

Kuala Terengganu, 5ptg - Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said hari ini mempertahankan tindakan kerajaan negeri membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan tahunan.

Ahmad berkata, pembelian kereta itu menggunakan peruntukan yang disediakan sebelum ini dan bukan menggunakan wang royalti minyak.

“Ia tidak melibatkan royalti minyak. Bagaimana nak guna wang royalti minyak, kita masih belum menerimanya daripada kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung pembelian kenderaan bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Bernama melaporkan , Ahmad berkata, keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.

“Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak.

“Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis tahlil sempena Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini hari ini.


Berita Sebelumnya - 14 Buah E200 Kompressor Untuk Exco, Pegawai Kanan

Kuala Terengganu - Belum pun menerima duit royalti minyak, Exco Kerajaan Terengganu dan pegawai kanan akan menggunakan kereta Mercedes baru E200 Kompressor yang mewah, sebagai kereta rasmi mulai hari ini.

Kerajaan negeri telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.

Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli dengan harga RM245,000 dikatakan lebih murah dari harga pasaran, namun tindakan kerajaan Terengganu ‘kontra’ dengan arahan kerajaan pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.

Setiausaha kerajaan negeri Dato’ Mokhtar Nong menyatakan keputusan kerajaan membeli kereta baru tersebut telah dibuat beberapa bulan yang lalu.

Beliau berkata kerajaan membeli kereta tersebut adalah sebagai langkah keselamatan kepada para exco dan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Kenyataan itu seolah-olah menafikan bahawa kereta buatan Malaysia Proton Perdana V6 yang dibeli pada tahun 2004 lalu, tidak lagi selamat dan merugikan jika terus digunakan.

“Kerajaan negeri membuat penilaian bahawa Mercedes lebih baik untuk digunakan bagi jangka panjang dan sudah tiba masanya untuk menggantikan Proton Perdana”katanya.

Walau bagaimana pun, menurut beliau Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said lebih suka menggunakan kereta sedia.

Namun beliau tidak menyatakan mengapa sebab-sebab Ahmad lebih menggunakan kereta lama tersebut.

Orang ramai yang ditemui oleh Buletin Online semalam umumnya menyatakan bantahan terhadap pembelian kereta baru tersebut.

Mereka berpendapat bahawa kereta Proton Perdana V6 masih sesuai dan selamat digunakan kerana baru berusia empat tahun.

“Mungkin Ahmad Said tidak setuju dengan pembelian itu, sebab itu dia lebih suka menggunakan kereta sedia ada,”kata Mustaffa yang sempat ditemui pada majlis ceramah di Batu Enam semalam.

“Ahmad sebelum ini mengatakan bahawa beliau mengutamakan kepentingan rakyat,”tambah Mustaffa yang juga Pengerusi Persatuan Peniaga Batu Enam.

Read More...

Tuesday, July 8, 2008

Ahmad Said Nafi Singkir Kelompok Idris, Tapi Gugurkan Wan Hisham

Buletin online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh MatStringer
Tuesday, 08 July 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita7/derisumno2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Kuala Terengganu - Pengerusi UMNO Terengganu, Dato’ Ahmad Said menafikan pelantikan beberapa tokoh lama mengisi jawatan utama UMNO Terengganu adalah satu usaha mengenepikan pengaruh bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

“Ini ialah proses biasa, apa juga pentadbiran... bila orang baru masuk sudah tentu dia akan bawa rakan yang boleh bekerjasama dengannya dan teruskan perjuangan dengan ambil nilai yang sama... bukan maksud menyingkirkan, ada yang kekal.
“Bila Tun Mahathir lepas jawatan Perdana Menteri kepada Pak Lah ada kekal, ada baru... bila akan datang orang lain pula, sama saja, ini ialah satu proses... tidak timbul soal penyingkiran sebenarnya,” katanya mempertahankan tindakannya.

Ahmad telah melantik ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan sebagai Setiausaha UMNO Negeri menggantikan Datuk Rosol Wahid.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Roslan Awang Chik telah dilantik sebagai Bendahari menggantikan Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

Manakala Datuk Zubir Embong sebagai Ketua Penerangan menggantikan tempat Shabery Cheek yang kini sudah menjadi Menteri.

Dengan kenyataan tersebut Ahmad mengesahkan pelantikan rakan-rakan lama beliau itu menunjukkan ada pihak yang tidak boleh bekerjasama dengan beliau.

Ahmad memang patut melantik Rosli dan menggantikan Rosol dan Zubir menggantikan Shabery kerana kedua-dua Rosol dan Shabery telah meletakkan jawatan meninggalkan kekosongan bagi Setiausaha dan Ketua Penerangan.

Namun beliau menggugurkan Wan Hisham Wan Salleh walaupun Wan Hisham masih memegang jawatan Bendahari dan tidak meletakkan jawatan.

Sekiranya Ahmad tidak berniat untuk membuat penyingkiran, dia harus mengekalkan Wan Hisham.

Mengulas lanjut mengenai pelantikan baru itu, Ahmad memberitahu bahawa individu yang mengisi jawatan itu lebih ramai daripada Bahagian Kuala Terengganu.

Beliau berkata beliau mengambil tindakan demikian kerana kawasan Kuala Terengganu telah menjadi punca banyak masalah kepada Barisan Nasional (BN).

“Orang tanya kenapa semuanya dari Kuala Terengganu... Timbalan Menteri sampai ada dua... kerana saya lihat Kuala Terengganulah punca banyak masalah kepada kita... daripada empat DUN (Dewan Undangan Negeri) satu DUN saja menang.
“Kalau kita kumpul orang ini bekerjasama, kalah lagi saya tidak tahulah... maknanya mereka ini bergaduh sesama sendiri, betullah kata rakyat... kalau mereka tidak boleh bersatu dan bekerjasama serta memenangkan parti dengan jawatan kita beri dan apa yang mereka dapat, tidak ada makna,” katanya.

Kenyataan pedas Ahmad itu dijangka akan mengundang lebih kemarahan dari UMNO Bahagian Kuala Terengganu.
Sebelum ini orang-orang di Bahagian Besut menunjukkan kemarahan sejak Ahmad bersetuju dilantik menjadi Menteri Besar.

Read More...

Friday, June 20, 2008

Ahmad Said tolak untuk berbincang dengan PAS

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor & WanKay
Friday, 20 June 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/madsaidbodoh.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu
- Tawaran PAS Terengganu untuk ‘duduk semeja’ bersama-sama berbincang dengan kerajaan negeri Terengganu berkaitan perkembangan semasa yang berlaku sekarang, tidak diterima dan ditolak oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.

“Saya dah kata, tidak perlu bincang dan kalau ada idea bawa mari kepada kita,

“tunggu surat apa, kalau ada idea bawa mari, Takkan nak buat dailog dan semua sekali.” kata Ahmad Said kepada media ketika ditanya berkenaan tawaran PAS.

Ahmad Said bukan sahaja menolak tawaran ikhlas PAS tersebut, bahkan menuduh PAS bermain politik

”Dia (PAS) hendak main politik. Kalau dia (PAS) betul-betul O.K, awak (PAS) hantar kita surat satu, dua, tiga, empat, lima O.K, saya boleh tunjuk ini suratnya berapa, daripada 20 surat itu lima kita boleh pakai. Kita pakailah, bukan payah,” tuduh Ahmad Said.

Sebelum ini, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali yang menyatakan bahawa PAS mempunyai formula khas untuk menangani isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan.

Menurut Yahaya, formula yang diyakini berkesan itu bagaimanapun hanya akan dihebahkan sekiranya kerajaan bersedia bersemuka dan berbincang dengan PAS untuk melaksanakannya demi faedah rakyat.

Yahaya memberitahu, dalam situasi sekarang semua pihak yang mempunyai kepakaran, pandangan dan idea diyakini berkesan harus duduk semeja dan berbincang bagi mencapai satu jalan penyelesaian terbaik.

“Rakyat kini menilai pendekatan konkrit yang digunakan oleh kerajaan dan sebagai pemerintah, mereka (kerajaan) tidak boleh fikir siapa yang berkuasa kini. Sikap seumpama ini tidak boleh diamalkan dalam keadaan sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut pelawaan PAS itu, Ahmad Said bukan sahaja menolak tawaran ikhlas PAS tersebut, bahkan menuduh PAS bermain politik

”Dia (PAS) hendak main politik. Kalau dia (PAS) betul-betul O.K, awak (PAS) hantar kita surat satu, dua, tiga, empat, lima O.K, saya boleh tunjuk ini suratnya berapa, daripada 20 surat itu lima kita boleh pakai. Kita pakailah, bukan payah,” tuduh Ahmad Said ketika sidang media beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, Rabu lalu.

Lebih teruk lagi, Ahmad Said seolah-olah memperkecil-kecilkan saranan yang dikemukakan oleh PAS bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga minyak dan tekanan yang sedang dialami oleh rakyat sekarang.

”Kalau dia (PAS) ada pakar dan sebagainya, Pakar dia (PAS) lebih hebat dari pakar kita O.K boleh terima,

“jangan cakap sahaja, mari sini dan tidak semestinya mari jumpa kita, buat mari surat, “serah memorandum kita terima, memorandum cadangan beratnya satu kilo kertas cadangan daripada PAS untuk menyelesaikan masalah rakyat Terengganu,”sindir Ahmad Said.

Ahmad Said juga ‘mencemuh’ usaha PAS mengadakan demonstrasi membantah kenaikkan harga minyak

“Ini hendak tunjuk perasaanlah. Adakah tunjuk perasaan harga minyak boleh turun, “Harga minyak dunia akan terus naik lagi. Adakah jika PAS menang harga minyak boleh turun sampai 50 sen seliter?

“Jadi, saya mintalah kalau PAS ada idea hantarlah memorandum kepada kita dan tidak semestinya kita panggil jumpa dan berbincang, boleh tak? Kalau dia (PAS) ikhlaslah dan ada satu formula,” tambah Ahmad Said.

Mengulas jawapan Ahmad Said, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustaffa Ali berkata tujuan PAS mengajak kerajaan negeri Terengganu ‘duduk semeja’ dan berbincang adalah kerana PAS menganggap pimpinan kerajaan negeri khususnya Mnteri Besar, setaraf dengan pimpinan PAS.

“Sebab itu kita (PAS) ajak duduk, berbincang, kalau kita (PAS) hantar memorandum, seolah-olah kita mengajar dia,

“Kita tidak anggap dia ‘bodoh’ sebab kalau kita hantar surat, memorandum, macam kita mengajar orang ‘bodoh’ sahaja,” kata Mustafa selepas sidang media di Pejabat Perhubungan PAS, disini hari ini.

Read More...

Saturday, June 14, 2008

Ahmad Said dilantik pengerusi Umno T'ganu

Malaysiakini

Jun 14, 08 5:10pm

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said hari ini dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Umno Terengganu di Kuala Terengganu.

"Dengan keputusan yang diambil oleh Datuk Seri Idris meletak jawatan atas kehendak serta tujuan dia dan pada waktu ini saya tidak mahu jawatan penting ini kosong.

ahmad said"Maka, keputusan yang disampaikan tadi (semasa perjumpaan dengan pemimpin Umno Terengganu) ialah Datuk Ahmad Said yang sekarang Menteri Besar Terengganu, dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu," katanya.

Menurut laporan Bernama, Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jerteh dan bekas Menteri Besar Terengganu, telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri 29 Mei lalu, selepas tidak dikekalkan menerajui kerajaan negeri.

Peletakan jawatan itu bagi menghormati keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno berhubung pelantikan Menteri Besar Terengganu selain bagi menyelaras pentadbiran politik dan kerajaan negeri.

Read More...

Monday, June 2, 2008

Mad Said memang ‘bermulut lembik’

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh AnakRedang
Sunday, 01 June 2008

The image “http://buletinonline.net/images/pas/madsaidheadphone.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Ucapan Mad Said dalam majlis perasmian SUKMA semalam dengan meminta maaf kepada semua delegasi dan peserta SUKMA yang datang dari negeri-negeri lain dengan sebuah pantun;




Dari Perlis hingga ke Sabah,

Singgah bermalam di DarusSalam,
Semua Kontinjen sampailah sudah,
Segala kekurangan harapa dimaafkan.

Oleh kerana ‘bermulut lembik’ Mad Said menuturkan pantun dengan bunyi cakap orang Terengganu, dimana huruf ‘m’ pada kebiasaan orang Terengganu akan dibunyi dengan bunyi ‘n’.

Dan pantun yang di jual oleh Mad Said adalah untuk mengambil hati para pegawai, peserta dan delegasi yang mula merasai kesan pelbagai masalah yang telah dihadapi dan akan dihadapi sepanjang sembilan hari berkampung di Terengganu Darul Iman.

Itulah kelebihan Mad Said berbanding Deris Jusoh. Walaupun Deris Jusoh lebih pandai membuat lawak bodoh dan berucap dengan ‘style’ orang darat Besut, Deris tak tahu bermulut lembik.

Mad Said pula walaupun bermulut lembik, tapi tak pandai nak berjenaka. Walau bagaimanapun, pantun penutup Mad Said yang berbunyi;

Daun Selasih Ikan Puyu,
Terima kasih Thank You.

disambut dengan ketawa dan sorakan oleh para hadirin di Stadium Sultan Zainal Abidin. Namun tidak dapat dipastikan samada hadirin ‘suka’ kerana lucu ataupun juga mengiktiraf satu ‘lawak bodoh’ dari Mad Said.

Sebelum berucap di majlis perasmian semalam, Mad Said pandai bermulut lembik dengan berkata ‘semua anggota Umno di Terengganu supaya bersabar menunggu keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pengganti Datuk Seri Idris Jusoh yang telah melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu’.

Setakat ini tak ada orang yang tidak sabar-sabar, dan tidak ada kedengaran berita orang marah-marah dan nak turun kejalanraya kerana Pak Lah tidak melantik Mad Said.

Jadi ‘mulut lembik’ Mad Said memang licik, kerana dia menggunakan teori-teori politik yang dipelajari di Universiti dulu untuk mempengaruhi massa.

Cara dia mengatur cakap, nada yang digunakan untuk melobi Pak Lah cukup pandai dengan kata-katanya yang dipetik akhbar-akhbar perdana sebagai ‘keputusan pelantikan pengerusi yang baru adalah terletak di tangan Abdullah yang juga Presiden Umno’.

Mad Said berkata lagi dengan lembik mulut, mempengaruhi massa dengan menggunakan perkataan ‘kita’ dan seolah-olah tidak mahu tergesa-gesa menggesa Pak Lah untuk melantik dirinya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu yang baru.

"Kita tunggu Perdana Menteri datang ke Terengganu 9 Jun ini untuk merasmikan majlis penutup Sukan Malaysia (Sukma)," kata Mad Said kepada pemberita selepas majlis perasmian Perkampungan Sukma XII Terengganu 2008 di Universiti Darul Iman, kelmarin.


-- Sumber berita BERNAMA

Read More...

Thursday, May 15, 2008

Mad Said Tak Tahu Kenapa Kos Menaiktaraf LTSM Menjadi RM 530 Juta

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor
Thursday, 15 May 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/airportrunaways.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Mad Said tidak tahu dan mempersoalkan mengapakah kos menaiktaraf landasan terbang Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menjadi RM 530 juta

Beliau berkata pada awal perbincangan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kos tersebut adalah RM 300 juta sekiranya landasan tersebut dipanjangkan di daratan dan sekiranya landasan terbang dipanjangkan kearah laut, kos menjadi lebih murah kira-kira RM 200 juta.

”Dalam perbincangan pada awal tahun lalu, diberitahu kos tersebut meningkat kepada RM 250 juta,

“kita (kerajaan negeri) menerima dan bersetuju dengan kos tersebut,
”tiba-tiba dua bulan yang lalu diberitahu bahawa kos tersebut menjadi RM 530 juta.” kata Mad Said.

Beliau berkata sekiranya projek tersebut diputuskan oleh kerajaan negeri kemungkinan ia boleh dikurangkan dan kos menjadi lebih murah, namun ia diluar kuasa kerajaan negeri kerana projek tersebut dilaksanakan oleh kerajaan pusat.

Mad Said mengatakan demikian apabila ditanya oleh pengacara didalam rancangan Bersama Menteri yang disiarkan oleh RTM malam ini.

Sehubungan dengan itu, menurut beliau, itulah antara sebab-sebabnya mengapa tuntutan royalti minyak supaya kembali kepada kerajaan Terengganu dibuat.

Beliau menegaskan bahawa tuntutan royalti yang sedang dibuat akan diselesaikan melalui rundingan dengan pihak kerajaan pusat.

“Sebenarnya 10% yang dibayar oleh Petronas, 5% diberikan kepada kerajaan pusat dan 5% kepada kerajaan negeri,
”InsyaAllah saya akan berunding dengan Perdana Menteri dan menyelesaikan tuntutan ini dengan sebaik-baiknya.” jelas Mad Said.

Berkaitan dengan isu Monsoon Cup, beliau telah menerima makluman dari pengendali sukan tersebut T-Best yang mengatakan bahawa penganjuran perlumbaan perahu layar tersebut adalah RM 20 juta setahun.

Makluman ini berbeza dengan penjelasan Exco Belia dan Sukan Negeri, Rahin Said yang menjelaskan dalam Sidang DUN baru-baru ini, bahawa kerajaan mengadakan perbelanjaan RM 4 juta setahun untuk penganjuran tersebut.

Apabila pengacara menegur bahawa kos RM 20 juta setahun bagi menganjurkan Monsoon Cup juga adalah banyak, Mad Said memberi respon ia akan menjadi lebih murah sekiranya dianjurkan sendiri oleh kerajaan negeri.

Menjawab satu cadangan yang dihantar melalui SMS oleh Wan dari Kerteh, supaya pembinaan masjid dihentikan kerana masjid yang sedia ada tidak cukup imam dan bilal, Mad Said menyatakan pembinaan masjid tidak akan dihentikan walaupun negeri Terengganu kekurangan Imam dan Bilal.

”Perlantikan Imam dab bilal akan dibuat dari masa ke semasa, kita sedang membuat temuduga untuk menambahkan imam dan bilal,
”kita rasakan memang ada juga masalah dari segi pengisian Imam dan Bilal apatah lagi yang melibatkan masjid-masjid mukim dan juga masjid-masjid kerajaan,” tambah beliau

Read More...

Sunday, March 30, 2008

Ahmad angkat sumpah, 22 adun jamin tiada undi tidak percaya

Harakahdaily

Sun | Mar 30, 08 | 5:18:35 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 30 Mac (Hrkh) - Dato' Ahmad Said hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru dan sekaligus mengakhiri krisis pelantikan Menteri Besar negeri ini yang berlarutan sejak 10 Mac.

Bernama melaporkan, kesemua 22 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), yang sebelum ini tidak menyokong pelantikannya serta bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh, yang dinamakan sebagai Menteri Besar oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, menghadiri majlis angkat sumpah hari ini.

Istiadat di hadapan Pemangku Sultan Terengganu Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin, berlangsung di Balairong Seri, Istana Maziah di sini, tiga hari selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat keputusan menyokong pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu.

Selepas melafazkan sumpah jawatan dan ikrar taat setia sebagai Menteri Besar, Ahmad, 51, yang juga Adun Kijal kemudian menandatangani surat pelantikannya.

Istiadat itu turut disaksikan oleh Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dan dua anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Semua Adun Terengganu termasuk daripada parti pembangkang menghadiri majlis hari ini. Dengan berpakaian baju Melayu serba hitam, Menteri Besar baru itu kelihatan tenang sepanjang berlangsungnya majlis itu.

Bagaimanapun sebelum beredar meninggalkan majlis, Ahmad kelihatan terharu apabila beliau bersalaman dengan Idris dan memeluk bekas Menteri Besar itu dalam keadaan penuh emosi.

Beliau turut bersalaman dengan Adun yang menghadiri majlis itu.

Sebanyak 22 Adun dari BN sebelum ini membantah pelantikan Ahmad dan beberapa orang daripada mereka bersedia meletakkan jawatan sebagai Adun jika Idris tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua.

Jaminan tiada usul undi tak percaya

Sementara itu, Adun Ajil Dato' Rosol Wahid hari ini memberi jaminan barisan Adun BN tidak akan akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar baru pada sidang DUN, yang perlu diadakan dalam tempoh tiga bulan ini.

Beliau berkata krisis pelantikan Menteri Besar yang berlaku sebelum ini sudah cukup meresah dan mengelirukan rakyat dan Umno Terengganu merasakan bahawa tidak perlu lagi timbul perkara-perkara yang dikhuatiri boleh menjejaskan imej parti pada pandangan mata rakyat.

"Kita boleh beri jaminan tidak akan ada apa-apa masalah selepas ini, sebab yang mendukung kita sekarang ialah rakyat. Jadi kita nampak, tidak perlu lagi timbul isu-isu yang meresahkan rakyat. Hari ini telah masuk tiga hingga empat minggu rakyat resah dengan kemelut ini.

"Bagi mereka yang faham, tidak ada masalah, tetapi bagi yang kurang faham, mereka merasakan ini seolah-olah perbalahan berebut jawatan dalam Umno.

"Jadi saya yakin (persidangan) Dewan DUN nanti akan berjalan dengan lancar dan baik kerana matlamat kita adalah rakyat sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Perhubungan Umno, mana yang baik untuk rakyat, itulah yang terbaik untuk kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas jawatan Besar Terengganu daripada Idris kepada Menteri Besar baru Datuk Ahmad Said di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Selepas ini, satu lagi majlis angkat sumpah akan diadakan untuk anggota Exco kerajaan negeri, apabila Ahmad selesai menyediakan senarai pelantikan dalam masa kira-kira 10 hari lagi.

BN menang 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu manakala selebihnya dimenangi oleh PAS. - mks.

Read More...

Friday, March 28, 2008

Kronologi krisis 19 hari Idris-istana

Malaysiakini
Mar 27, 08 11:07pm


Bermula dengan penangguhan majlis angkat sumpah dua hari selepas pilihanraya umum 8 Mac, krisis pelantikan menteri besar Terengganu berakhir di meja mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Tarikh penting krisis menteri besar Terengganu

9 Mac - Menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, yang cuba menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, gagal menemui baginda sehingga tengah malam.

Beliau ingin menghadap untuk menyerahkan senarai ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan negeri selepas BN kembali memerintah negeri itu - 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

10 Mac - Majlis angkat sumpah menteri besar (Idris) di Istana Maziah, Kuala Terengganu ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

11 Mac - Idris, wakil Jertih dan juga pengerusi BN negeri, kelihatan sugul dan tegang apabila media bertanya persoalan beliau tidak mendapat perkenan istana sebagai menteri besar bagi penggal kedua.

12 Mac - Nama Datuk Ahmad Said, wakil rakyat Ajil, antara tiga nama yang disebut-sebut menggantikan Idris.

Setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid, wakil Ajil, dan Datuk Mohamad Awang Tera, wakil Chukai, turut dinamakan.

Mohamad menafikannya kepada Malaysiakini dan menyebut beliau dan wakil-wakil BN akan berdiri di belakang Idris.

14 Mac - Idris mengesahkan tidak hadir dalam pertemuan semua 24 wakil BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang dijadual diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.

15 Mac - Pertemuan wakil-wakil BN dengan MPPR dibatalkan dua jam sebelum dijadual berlangsung 11 pagi.

Seramai 20 wakil BN bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pelantikan menteri besar Terengganu, selain menyatakan sokongan mereka kepada Idris.

Istana Terengganu dilaporkan menafikan pembabitannya dengan isu pelantikan jawatan itu.

18 Mac - Idris menyeru penduduk Terengganu bertenang sewaktu negeri itu ketiadaan menteri besar dan berkata beliau masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut dari pihak istana.

19 Mac - Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam pemilihan calon menteri besar.

Menurut perlembagaan, kata beliau, Baginda dilarang menjalankan fungsi sebagai Sultan Terengganu kecuali fungsi sebagai ketua agama Islam.

Tan Sri Abdul Gani Patail menambah, dengan itu Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon baginda sendiri bagi jawatan tersebut dan menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan sepenuhnya pada MPPR.


20 Mac - Polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang kira-kira 1.45 pagi mengenai pelantikan menteri besar di Jalan Sultan Mahmud, sebatang jalan utama di Kuala Terengganu.

21 Mac - Empat lelaki tersebut, yang disiasat antaranya menurut Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, dibebaskan.

Polis memberi amaran kepada penyebar SMS, yang dilaporkan semakin meluas sejak beberapa hari lepas, tentang isu pelantikan menteri besar.

22 Mac - Pejabat Sultan Terengganu mengumumkan pelantikan Ahmad sebagai menteri besar dan majlis angkat sumpah dijadual pagi esoknya.

Seramai 22 wakil BN, yang diketuai Rosol, mengisytiharkan untuk memulau majlis tersebut.

Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu (yang tidak dinamakan) kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal.

Setiausaha agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Ahmad agar tidak menerima pelantikan tersebut atau sedia menerima tindakan disiplin.

23 Mac - Majlis angkat sumpah ditangguhkan dan Ahmad hanya menerima watikah pelantikan daripada MPPR.

Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR.

Rosol juga menyatakan Umno negeri telah melucutkan keahlian Ahmad.

Idris bertolak ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri selepas sidang akhbar di kediaman rasminya.

Perdana Menteri menyifatkan pelantikan Ahmad tidak mengikut Perlembagaan kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN.

Malam ini di Kuala Lumpur, semua 23 wakil BN terus mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik MB.

Rosol, di sidang media itu, menafikan kenyataan timbalan ketua badan perhubungan Umno negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang bahawa semua ketua bahagian menolak Idris.

Hanya bahagian-bahagian Hulu Terengganu (diketuai Tengku Putera), Marang, Dungun dan Kemaman (diketuai Ahmad) menolak Idris (ketua bahagian Besut); manakala Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menyokongnya.

Peguam Negara menasihatkan Pemangku Raja Terengganu dan MPPR agar melantik seseorang yang mendapat dukungan majoriti wakil rakyat seperti termaktub peruntukan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.

Tan Sri Abdul Gani Patail berkata beliau memohon menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang juga Sultan Terengganu, untuk menjelaskan fakta-fakta dalam isu tersebut.

24 Mac - Ahmad disambut meriah di kawasannya Kemaman, diarak dengan konvoi kenderaan sejauh 10 kilometer dari sempadan Pahang ke rumahnya di Teluk Kalong petang ini.

Ahmad bertegas akan ke pejabat menteri besar untuk memulakan tugas di Wisma Darul Iman esok.

Sebelah tengah hari, Ahmad menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

PAS menyatakan sokongan kepada pelantikan Ahmad seperti telah diperkenan oleh MPPR.

PKR membuat aduan polis di Kuala Terengganu, mendakwa perdana menteri, timbalan perdana menteri serta 23 wakil rakyat BN "bersikap biadap dan menderhaka" kepada Sultan Terengganu.

25 Mac - Ahmad tiba di Wisma Darul Iman sebelum jam 8 pagi, solat hajat dan masuk ke pejabat lamanya sewaktu menjadi exco penggal lalu.

Idris melahirkan kesediaan memohon keampunan daripada Sultan Terengganu atas segala kesilapan yang telah menimbulkan kemurkaan baginda.

Pemuda PAS menggesa polis menyiasat kain rentang "Kami nak Idris, natang" didakwanya menghina institusi raja.

Pemuda PAS Terengganu membuat laporan polis berhubung kain rentang itu dan kenyataan beberapa pemimpin Umno negeri dalam Berita Minggu dua hari sebelumnya.

26 Mac - Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong, antara membincangkan krisis pelantikan menteri besar Terengganu.

Idris bertemu Abdullah di pejabatnya di Putrajaya. Butiran kedua-dua pertemuan ini tidak didedahkan kepada umum. Spekulasi menyebut, Ahmad kekal sebagai menteri besar.

Rosol, bagi pihak kumpulan 22 wakil rakyat yang menyokong Idris, menggesa Abdullah agar "bersikap tegas" melantik bekas menteri besar itu.

Sekumpulan penduduk negeri itu membuat aduan polis berhubung kain rentang "Kami nak Idris, natang"

27 Mac - Majlis Tertinggi (MT) Umno sepenuhnya menyokong Ahmad, calon lantikan istana.

Persiapan sambutan besar-besaran di Terengganu menjelang keberangkatan pulang Tuanku Mizan pada Sabtu ini.

Polis membuka empat kertas siasatan daripada 26 aduan sepanjang krisis ini.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menyiasat kes seorang ahli politik kanan yang didakwa menyeleweng dalam beberapa projek di Kijal dan Chukai, Kemaman.

Read More...

Wednesday, March 26, 2008

Mad Said masuk kerja – Deris tak tahu apa dosanya?

Buletin Online



Ditulis oleh SM Noor
Wednesday, 26 March 2008
The image “http://buletinonline.net/images/berita2/derismadsai.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu, 25 Mac – ADUN Kijal Dato’ Ahmad Said(Mad Said) melangkah masuk ke Wisma Darul Iman(WDI) pada jam 8 pagi hari ini memulakan hari pertamanya sebagai Menteri Besar.

Lebih seratus orang berhimpun diluar WDI dengan kawalan ketat polis, bercampur-campur antara penyokong, pembantah dan orang awam.
The image “http://buletinonline.net/images/berita2/wdi1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Mad Said memasuki bangunan pentadbiran negeri pada 7.50 pagi diiringi oleh pengawal keselamatan dan kelompok penyokong.

Mad Said telah disambut oleh Setiausaha Kerajaan Mokhtar Nong dan beberapa pegawai tinggi yang lain, mengiringi beliau ke pejabat Menteri Besar, tingkat 16.

Bagaimanapun Mad Said menolak untuk masuk ke pejabat kerana dinding pejabat tersebut dipenuhi dengan potret Deris.

Walaupun dihujani dengan pelbagai kontroversi, Mad Said nampak yakin setelah mengalahkan Idris Jusoh(Deris) dua kali sebelum dan selepas pilihanraya ke 12.

Kali pertama dia berjaya melepasi halangan ‘cantasan mega’ Deris dan tersenarai dalam barisan calon pilihanraya umum lalu setelah membuat ugutan secara terbuka terhadap Deris.

Hari ini, Deris kalah kali kedua dalam tempoh sebulan apabila Mad Said berjaya masuk ke WDI sebagai Menteri Besar mengetepikan Deris selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang telah mendapat watikah pelantikan daripada Perdana Menteri.

"Walaupun keadaan dipenuhi dengan kontroversi, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berkhidmat demi masa depan rakyat Terengganu." katanya yang dipetik oleh sebuah agensi akhbar nasional.

Kelmarin, ketika
menjawab satu pertanyaan bagaimana beliau mahu bertugas sedangkan tidak mendapat sokongan kesemua ADUN berkenaan Mad Said berkata, beliau akan tetap melantik Exco di kalangan mereka dalam tempoh terdekat.

Dakwanya, ada di kalangan ADUN berkenaan sebenarnya telahpun menyatakan sokongan kepadanya secara senyap.

Mad Said juga pernah mendakwa dia telah mendapat sokongan dari 13 ADUN yang berpaling tadah dari kem Deris.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris malaporkan Mad Said berkata bukan semua ADUN menentangnya, ditambah sokongan dari rakyat.

”Tanya orang ramai samada mereka bersetuju dengan perlantikan saya, pasti majoriti mereka dibelakang saya” kata Mad Said dalam himpunan penyokongnya di Kemaman kelamarin

Dalam perkembangan lain, rupa-rupanya Deris selama ini khayal dengan segala slogan ciptaannya sendiri,
sewaktu menjadi Menteri Besar, sehingga tidak tahu apa dosanya kepada istana Terengganu.


Sehingga hari ini, walaupun telah tidak diperkenan oleh istana Terengganu dan menjadi berita hangat dalam media cetak dan elektronik, Deris masih mendakwa hubungannya dengan pihak istana adalah baik.The image “http://buletinonline.net/images/berita2/madsaidsuk.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Dengan sikap ego yang berterusan beliau berkata beliau sedia menghadap Seri Paduka jika diberi peluang untuk memohon maaf terhadap sebarang kesalahan yang telah dilakukannya kepada pihak istana.

Sedangkan sekiranya beliau benar-benar bersifat rakyat, beliau seharusnya terus ‘menjunjung kasih memohon maaf’ kepada Tuanku.

Kata-katanya sebagai dilapor akhbar perdana ``Sebagai hamba Allah, saya tak terlepas daripada melakukan kesilapan,'' tidak membawa sebarang makna, kini.

Sehubungan itu, Unit Komunikasi(UKOM) Kerajaan Terengganu, Unit yang dahulunya cukup kuat menjadi alat propaganda Deris telah pun mengeluarkan berita yang menggelar Mad Said sebagai Yang Amat Berhormat(Y.A.B) namun tidak dicatat sebagai ‘Menteri Besar Terengganu’

Read More...

Tuesday, March 25, 2008

Ahmad mula tugas MB

Berita Harian

Oleh Anwar Hussin, Hanneeyzah Bariah Baharin dan Rosli Ilham




Adun Kijal ingkar amaran kemungkinan dipecat daripada Umno

KEMAMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, yang menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) kelmarin, akan memulakan tugas rasminya hari ini � bercanggah dengan kehendak pucuk pimpinan parti.

Ahmad dalam ucapan sulung di hadapan lebih 1,000 penyokongnya setiba di rumahnya di Kampung Teluk Kalong, Kijal di sini selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu, Kuala Lumpur, berkata beliau akan memasuki pejabat Menteri Besar di Tingkat 16, Wisma Darul Iman pada jam 10 pagi ini.

"Saya diberi mandat untuk menjadi Menteri Besar semalam (kelmarin). Jawatan ini amanah yang perlu saya pikul sebaiknya. Terima kasih seluruh rakyat Terengganu. Saya tetap akan menghormati pucuk pimpinan Umno negeri," katanya.


Pagi semalam, Ahmad, 51, menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selama sejam di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

Ahmad dikatakan memasuki perkarangan istana, kira-kira jam 10.30 pagi, diikuti Tuanku Mizan sejam selepas itu. Beliau dikatakan meninggalkan istana menerusi pintu lain, kira-kira jam 12.40 tengah hari tanpa disedari wartawan yang menunggunya di pintu utama.

Pelantikan Ahmad yang diumumkan Pejabat Sultan Terengganu, Sabtu lalu, mencetuskan kontroversi apabila 22 Adun Barisan Nasional (BN) negeri ini sebulat suara mahukan Datuk Seri Idris Jusoh dilantik semula.

Berikutan itu, semua 22 Adun berkenaan berikrar memulaukan majlis angkat sumpah Ahmad sebagai Menteri Besar dan akan meletak jawatan jika Idris tidak dilantik semula.

Dalam pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin, semua Adun berkenaan juga membuat pengakuan untuk menyokong Idris sebagai Menteri Besar.

Perdana Menteri yang mengulas isu itu pula menganggap pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar tidak kena dari segi Perlembagaan kerana sebahagian besar Adun menyokong pelantikan semula Idris.

Ahmad sepatutnya mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar kelmarin, tetapi majlis itu ditangguhkan untuk memberi Ahmad peluang mengangkat sumpah bersama Ahli Exco yang akan dilantiknya.

Sumber istana ketika dihubungi semalam menjelaskan penerimaan watikah dan perisytiharan sebagai Menteri Besar sudah mencukupi untuk Ahmad menjalankan tugas berkenaan.

Beliau berkata, Ahmad juga hanya perlu melantik sekurang-kurangnya empat Ahli Exco bagi membolehkan majlis angkat sumpah Menteri Besar diadakan serentak bersama barisan Exco.

Dalam ucapan ringkasnya, Ahmad berkata tidak semua Adun menentangnya dan beliau percaya ada sebahagian yang menyokongnya.

Sambil bersyukur di atas pelantikannya itu, Ahmad berikrar untuk menjalankan kewajipan sebagai Menteri Besar dan mentadbir serta mengurus Terengganu sebaik mungkin.

"Saya tidak pernah meminta jawatan tertinggi ini. Ini bukan kehendak saya tapi ketentuan Allah SWT. Saya akan mula masuk pejabat esok (hari ini) dan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

"Walaupun saya mungkin tidak tahan lama, tidak ada seorang pun yang boleh menafikan saya adalah Menteri Besar ketika ini," katanya.

Pada sidang media selepas itu, Ahmad yang ditanya mengenai kemungkinan 23 daripada 24 Adun BN mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya, berharap pucuk pimpinan parti memikirkannya sebaik mungkin.

"Ini soal serius kerana saya juga ahli parti dan tahu mengenai Perlembagaan parti. Kita perlu sabar untuk mencari puncanya kerana pemecatan itu mudah, tetapi kesannya hanya tuan-tuan lebih mengetahui.

"Saya tidak pernah menderhaka kepada Umno. Saya berjuang dengan Umno sejak Allahyarham bapa saya dan Umno Kemaman adalah yang paling ramai keahliannya.

"Saya bekerja siang malam untuk pastikan Umno Kemaman kuat dan tidak timbul soal derhaka. Bagi saya mungkin berlaku kekeliruan dan sebagainya sehingga perkara ini berlaku," katanya.

Ahmad turut berharap Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno akan melihat permasalahan itu sebaik mungkin.

"Kita tidak mahu peristiwa sebegini berlaku. Ini bukan kehendak saya tetapi apa boleh buat ia ketentuan Ilahi dan kita perlu menerima hakikat itu. Saya yakin sekiranya diberi peluang, saya akan menyatukan semula Umno Terengganu berdasarkan pengalaman saya dalam parti dan kerajaan serta hubungan dengan rakyat," katanya.

Sementara itu, perkarangan rumah Ahmad dipenuhi penyokongnya termasuk Ketua Pemuda Umno bahagian Kemaman, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid yang kini menjadi pegawai pengiringnya.

Wan Ahmad Nizam berkata, pelantikan Ahmad bukan bertujuan menentang Idris, sebaliknya sebagai menghormati keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang memilih Adun Kijal itu bagi menerajui kepimpinan kerajaan Terengganu.

"Umno bahagian Kemaman menyokong penuh kepimpinan Datuk Ahmad Said dan kita perlu akur kepada keputusan MPPR melantik beliau sebagai Menteri Besar," katanya.

Ahmad, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), sebelum ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |