| Malaysiakini |
| Jul 24, 08 5:21pm |
| Dua orang lagi menteri besar di negeri Pantai Timur - Pahang dan Kelantan - bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said bahawa kos penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif adalah lebih mahal daripada Mercedes. Sambil memberi contoh kereta Mercedes yang digunanya sejak era Menteri Besar terdahulu, Tun Khalil Yaakob, iaitu sejak berbelas tahun lalu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kos penyenggaraan kereta itu untuk tahun lalu ialah RM42,000. "Dari segi hakikatnya, menteri besar Terengganu betul apabila menyatakan kos penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif lebih tinggi daripada Mercedes," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini. Adnan berkata, dari sudut praktikal memang sukar menggunakan kereta yang mempunyai kuasa enjin rendah terutama bagi perjalanan ke destinasi yang jauh. Beliau bagaimanapun mengambil langkah tidak menyokong mahupun menentang keputusan pembelian 14 kereta Mercedes E200 kerajaan negeri Terengganu itu. "Segala keputusan yang hendak dibuat pada masa kini sepatutnya mengambil kira situasi semasa dan kehendak rakyat. Sekarang rakyat lebih suka macam saya (Menteri Besar) naik kereta Kancil atau motosikal pun boleh (jika ke lokasi dekat)," katanya. Beliau menegaskan kerajaan negeri Pahang akan mengambil keputusan untuk mengikut arahan dan keputusan yang ditetapkan kerajaan pusat berhubung pemakaian kereta nasional walaupun ia boleh dipertikai. Banyak masalah Sementara itu, Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini melahirkan pendapat yang sama dengan Ahmad iaitu penggunaan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi negeri banyak menimbulkan masalah. Walaupun tidak bercadang untuk menukar kenderaan rasmi kepada kereta lain termasuk kereta import, Nik Aziz berkata apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Terengganu mengenai kereta Proton Perdana memang berasas. "(Kerajaan negeri) Kelantan kami pun pakai Perdana selain Mercedes lama, ada sedikit kelonggaran kita bagi. Ini kerana sama dengan yang Menteri Besar Terengganu sebut, kereta Perdana ni masalah penyenggaraan dialah. "Rosak sokmo (sering rosak). Kadang-kadang cermin tak boleh naik, kadang-kadang nak tutup tak boleh sedangkan baru keluar dari kilang," katanya kepada pemberita hari ini. Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum itu merasmikan masjid Taqaddum Ilmi di Sekolah Menengah Agama Taqaddum Ilmi, Ketereh. Beliau mengulas isu kerajaan negeri Terengganu membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi baru Menteri Besar, anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu. |
Tuesday, July 29, 2008
MB Pahang, K'tan sokong MB T'ganu
1 comments Labels: malaysiakini, MB Pahang, MB tganu, TGNA
Monday, July 21, 2008
'Guna Mercedes-Benz E200 elak kos selenggara tinggi' - MB Tganu
Berita Harian
Oleh Shaarani Ismail
shaarani@bharian.com.my
MOHON KEPADA ILLAHI: Ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail Nasiruddin Shah (duduk atas kerusi) bersama Ahmad Said (kiri) turut hadir pada Majlis Tahlil Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu di Istana Maziah, semalam. |
KUALA TERENGGANU: Pembelian 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif yang kini digunakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri bukan bermaksud meminggirkan kereta nasional, sebaliknya ia bagi mengurangkan kos selenggara kereta yang digunakan sekarang yang agak tinggi.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata walaupun kos pembelian agak mahal pada peringkat permulaan, tetapi kos selenggara kenderaan baru bagi menggantikan Proton Perdana ini lebih rendah dan menjimatkan untuk jangka masa panjang.
"Pembelian kenderaan baru ini sebenarnya lebih menjimatkan kos selenggara, walaupun harganya mahal pada permulaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Tahlil Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, di Istana Maziah, di sini semalam.
Majlis turut dihadiri Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Sebuah akhbar semalam melaporkan Kerajaan Terengganu membelanjakan kira-kira RM3.43 juta bagi membeli 14 buah Mercedes-Benz E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif.
Kereta berkenaan yang dibeli dengan harga tanpa cukai RM245,000 sebuah adalah bagi kegunaan 10 Exco kerajaan negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri, setiausaha kerajaan negeri, pegawai undang-undang dan pegawai kewangan.
Ahmad berkata, apa yang dibuat bukan untuk memperkecilkan kereta nasional, tetapi hakikatnya kerajaan negeri membelanjakan wang yang banyak hanya untuk penyelenggaraan kereta rasmi dan selepas kajian dibuat kerajaan merasakan kewajaran untuk menukar kenderaan rasmi kepada kenderaan yang penyelenggaraanya lebih rendah.
"Saya boleh tunjuk rekod dari segi penyelengaraan kereta yang terpaksa dibayar kerajaan negeri berikutan masalah penyelenggaraan dihadapi," katanya.
Beliau turut menjelaskan ada kereta yang digunakan Exco terpaksa dihantar servis dua atau tiga kali membabitkan kos selenggara RM50,000 serta bermasalah bila digunakan untuk perjalanan jauh.
Untuk itu katanya, kerajaan memutuskan untuk menukar kenderaan rasmi bagi menjimatkan kos penyelenggaraan jangka panjang selain mempunyai nilai jualan balik yang tinggi serta terbukti lebih menjimatkan penggunaan minyak.
0 comments Labels: Berita Harian, MB tganu, pembaziran
Wednesday, May 28, 2008
RM300 Juta Anjur Piala Monsun Bukan Wang Royalti Minyak - Ahmad Said
KUALA TERENGGANU, 27 Mei (Bernama) -- Peruntukan berjumlah RM300 juta yang digunakan untuk menganjurkan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun sejak 2005 bukan daripada wang royalti minyak Terengganu, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said.
Beliau berkata peruntukan itu daripada kerajaan persekutuan yang disalurkan menerusi Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan serta Kementerian Kewangan manakala kerajaan negeri hanya membelanjakan RM4 juta setiap tahun untuk kejohanan itu.
Katanya kesemua peruntukan itu bukan digunakan untuk menguruskan kejohanan tetapi ia adalah untuk membina pelbagai infrastruktur termasuk kemudahan hotel, tempat melabuh bot serta kawasan meletak kenderaan di Pulau Duyong di sini.
"(Misalnya) Kos pengurusan untuk menganjurkan kejohanan itu tahun lepas hanya melibatkan sebanyak RM22.6 juta," katanya kepada pemberita selepas melancarkan tujuh buah buku terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di sini, Selasa.
Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa wang royalti minyak Terengganu yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan digunakan untuk menganjurkan Piala Monsun.
Mengulas lanjut, beliau berkata jumlah peruntukan untuk pengurusan kejohanan itu sebenarnya kecil berbanding nilai yang diperolehi hasil daripada penganjuran Piala Monsun.
Misalnya pada tahun lepas, beliau berkata penganjuran kejohanan itu yang ditayangkan oleh stesen televisyen sukan antarabangsa, ESPN, berjaya menarik lebih 1.3 bilion penonton.
"Bayangkan kos yang diperlukan sekiranya kita ingin membeli iklan bertaraf antarabangsa yang melibatkan harga yang tinggi," katanya.
Ahmad berkata kejohanan Piala Monsun akan terus dianjurkan sehingga 2012 mengikut perjanjian yang ditandatangani dengan pihak penganjur namun cara pengendaliannya tahun ini berbeza sedikit iaitu lebih banyak aktiviti melibatkan masyarakat tempatan akan diadakan.
Ditanya mengenai perancangan selepas perjanjian dengan penganjur kejohanan itu tamat, beliau berkata kerajaan negeri akan menimbangkan perkara itu apabila tiba masanya.
-- BERNAMA
0 comments Labels: bernama, MB tganu, monsoon cup, royalti
Monday, May 26, 2008
Biar PM-MB selesai 'kehilangan' royalti RM3b
| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | May 26, 08 7:07pm |
| Beberapa bahagian Umno Terengganu menyerahkan usaha mendapatkan kembali "kehilangan" RM3 bilion royalti petroleum negeri itu kepada rundingan antara perdana menteri dan menteri besar Datuk Ahmad Said. Bahagian Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun juga berharap wang royalti dapat dikembalikan semula untuk terus menjana pembangunan ekonomi negeri. "Kita serah saja pada perdana menteri dan menteri besar untuk selesaikannya. Harap rakyat Terengganu mendapat manfaatnya," kata ketua penerangan Hulu Terengganu, Mohd Zawawi Ismail. Ketua penerangan Kuala Nerus, A Manaf Abdullah pula berkata, pihaknya tetap berharap kerajaan persekutuan mengembalikan wang itu walaupun keperluan mengurus dan mentadbir negeri setakat ini sudah mencukupi. "Kita bimbang keperluan di masa-masa akan datang tidak mencukupi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Manakala ketua penerangan Dungun, Matulidi Jusoh berkata wang royalti 5 peratus itu boleh digunakan mengikut kebijaksanaan kerajaan negeri untuk mentadbirnya. Ketiga-tiga bahagian itu juga tidak mengetahui "kehilangan" jumlah besar wang tersebut, tetapi beliau tidak fikir wujud salah guna kuasa atau penyelewengan dalam pengendalian RM7.3 bilion wang royalti tersebut sejak 2004. "Kita belum dapat penjelasan terperinci (tentang misteri itu). Kemungkinan adanya masalah teknikal yang perlu diselesaikan. Tidak ada salah guna kuasa," kata Matulidi. A Manaf pula percaya wang tersebut "tidak hilang". "Mungkin disalurkan kepada projek-projek (persekutuan) yang tidak melalui kerajaan negeri," tambahnya. Wang tersebut, kata A Manaf lagi, mungkin disalurkan projek tambakan laut dekat lapangan terbang di Telaga Batin, Lebuhraya Pantai Timur dan Piala Monsun. Mengulas kempen kutipan 100,000 tandangan rakyat Terengganu anjuran Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) untuk menuntut kembali royalti itu, ketiga-tiga ketua penerangan itu berkata mereka belum memutuskan sama ada hendak bersama-sama kempen itu atau tidak. Program tersebut mesti diteliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan, kata bahagian-bahagian itu. Mohd Zawawi berkata semua pihak mempunyai cara masing-masing untuk menuntut wang royalti tersebut. "Serah pada dia, Mampat dengan cara dia. Kita (bahagian Hulu Terengganu) dengan cara kita," katanya lagi. Mereka mengalu-alukan pertemuan Ahmad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang isu tersebut minggu lalu dan lawatan kerja perdana menteri ke negeri itu bulan depan "amat positif" untuk mendapatkan semula wang royalti tersebut. |
0 comments Labels: malaysiakini, MB tganu, Pak Lah undur, royalti
Thursday, May 22, 2008
Isu Royalti Minyak Terengganu Ada Perkembangan Positif, Kata Ahmad
Bernama
KUALA TERENGGANU, 22 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata isu supaya kerajaan Pusat menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan negeri, kini menunjukkan perkembangan yang positif.
Beliau berkata gambaran tersebut diperolehinya selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen, semalam.
"Hasil perbincangan dengan Perdana Menteri menampakkan perkembangan positif dan rundingan lanjut akan diadakan selepas ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini Khamis.
Ahmad sebelum ini meminta kerajaan Pusat menyerahkan kembali pengurusan wang royalti itu kepada kerajaan negeri setelah ia dihentikan ketika PAS mengambil alih pemerintahan negeri pada 1999.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata rundingan lanjut berhubung isu itu dijangka diadakan sama ada ketika Perdana Menteri melakukan lawatan kerja ke negeri itu bagi merasmikan majlis penutup Sukan Malaysia (Sukma) pada 9 Jun ini atau semasa melawat projek jelapang padi Terengganu di Setiu pada 14 Jun.
"Kita berharap perbincangan itu akan membuahkan hasil yang baik dan memberi kepuasan kepada semua pihak. Sama-samalah kita berdoa," katanya bahawa rakyat juga mahukan supaya wang royalti itu diuruskan oleh kerajaan negeri. Beliau berkata kerajaan negeri meminta kerajaan Pusat menyerahkan kembali pengurusan wang royalti itu kerana Sabah dan Sarawak masih menerima wang tersebut di bawah perjanjian yang sama dengan Terengganu.
"Sabah sebelum ini juga pernah diperintah oleh pembangkang (tetapi masih menerima wang royalti minyak)," katanya.
0 comments Labels: bernama, MB tganu, royalti
Thursday, May 15, 2008
Terengganu tak terima baki RM3b: MB
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu hanya menerima RM4.3 bilion peruntukan daripada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKPP) yang dimasukkan ke dalam bajet negeri selama empat tahun, bermula pada 2004.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata baki RM3 bilion daripada RM7.3 bilion yang dilaporkan dibayar Petronas, tidak diterima dan tidak pernah dimasukkan dalam bajet negeri yang dibentangkan selepas Barisan Nasional (BN) memerintah semula Terengganu.
Katanya, beliau sudah bertanya mengenai wang royalti itu kepada Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan diberitahu bahawa kerajaan negeri hanya menerima RM4.3 bilion.
"Malah, kerajaan negeri juga terpaksa membelanjakan wang royalti bagi membiayai 50 peratus kos pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan kita tidak tahu kos akhir apabila projek itu siap," katanya ketika dihubungi selepas mengadakan mesyuarat Exco di Cyberjaya, semalam.
Selepas mengadakan mesyuarat itu, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu dan malam tadi menghadiri Program Bersama Menteri di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Akhbar sebelum ini melaporkan pembinaan LPT fasa dua dari Jabor, Kemaman ke Gemuruh, Kuala Terengganu membabitkan kos RM2.1 bilion.
Ahmad berkata, beliau akan mendapatkan maklumat lanjut ke mana perginya baki duit royalti atau dana khas itu yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan rakyat negeri ini.
Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham A Aziz bahawa Petronas membayar RM26.7 bilion royalti minyak kepada Kerajaan Persekutuan dan tiga kerajaan negeri dari 2004 hingga 2007.
Amirsham berkata, sebanyak RM13.4 bilion dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, Terengganu (RM7.3 bilion), Sabah (RM1.2 bilion) dan Sarawak RM4.9 bilion).
Ahmad berkata, penyerahan semula hak pengurusan wang royalti minyak sebanyak lima peratus, yang ditarik balik pada 2000 ketika pentadbiran Pas, akan membolehkan kerajaan negeri merancang sendiri projek sesuai dengan keperluan tempatan.
Nilai wang royalti minyak itu dianggarkan RM1 bilion setahun. Kementerian Kewangan pada 5 September 2000 menggantikan bayaran royalti minyak lima peratus kepada Kerajaan Terengganu dengan program wang ihsan yang disalurkan melalui projek pembangunan dan bukan dibayar kepada kerajaan negeri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata, kaedah pemberian wang ihsan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Terengganu, banyak membantu kerajaan negeri itu berjaya selama ini, malah menegaskan sudah ada kaedah diwujudkan iaitu menerusi pemberian wang ihsan yang banyak membantu membangunkan kerajaan negeri berkenaan.
0 comments Labels: Berita Harian, MB tganu, royalti
Friday, May 9, 2008
Walaupun MB disiasat BPR, dapat menubuhkan kerajaan – YB Syed Azman
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh WanKay & SM Noor | |
| Friday, 09 May 2008 | |
| Beliau berkata walaupun Menteri Besar sedang disiasat oleh BPR tetapi dapat menangani gelombang dan arus halangan sehingga dapat membentuk Exco negeri dan menubuhkan kerajaan negeri Terengganu. “tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, “dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya peratus undi yang didapati oleh BN di Semenanjung Malaysia kurang daripada 50 peratus” jelas Syed Azman. |
0 comments Labels: BPR, buletin online, MB tganu
Thursday, April 24, 2008
T'ganu tetap tuntut royalti minyak
| Malaysiakini |
| Muda Mohd Noor | Apr 23, 08 4:42pm |
| Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said tetap bertegas menuntut supaya kerajaan pusat mengembalikan royalti minyak kepada kerajaan negeri itu. 'Minyak habis' |
0 comments Labels: malaysiakini, MB tganu, terengganu
Tuesday, April 22, 2008
Pak Lah Respon Permintaan Mad Said Dengan Alasan Remeh dan Tidak Jelas
| Buletin Online Ditulis oleh SM Noor | |
| Tuesday, 22 April 2008 | |
|
1. “Sejak Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) @ Wang Ehsan @ Royalti Petroleum diperkenalkan, semua projek yang dilaksanakan tidak merujuk kepada kerajaan negeri, menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal memberi impak kerana tidak mengambil kira keperluan rakyat.” 7. “kerajaan negeri mempunyai keutamaan sendiri dalam menentukan projek yang harus dilaksanakan terlebih dahulu dan jika wang itu ada pada kerajaan negeri, bajet dan perancangan akan menjadi lebih mudah”. Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar hari ini yang menyebut Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta Kerajaan Pusat mengembalikan pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan negeri itu - Sumber Bernama |
0 comments Labels: buletin online, MB tganu, Pak Lah undur, terengganu
Monday, April 21, 2008
Hapuskan juga bayaran tambahan deposit air
| Harakahdaily Suhaimi Taib Sun | Apr 20, 08 | 1:11:59 pm MYT ![]() | |
| KERAJAAN Terengganu akan menghapuskan caj sewa meter paip air sebanyak 80 sen sebulan oleh Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) mulai 1 Mei ini. Menteri Besar, Dato' Ahmad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata, caj yang dimasukkan ke dalam bil bulanan pengguna itu akan ditanggung sepenuhnya oleh SATU selepas ini dan pengguna tidak perlu lagi dibebani oleh pembayaran tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Abdul Wahid Endut sebelum ini pernah menjelaskan bahawa dengan bayaran 80 sen sebulan untuk sewa meter berkenaan, SATU dikatakan memperolehi pendapatan tambahan kira-kira RM70,000.00 sehingga ini hasil kutipan sewa meter berkenaan. Bayaran sewa meter itu berkuat kuasa mulai bulan Jun tahun lalu sebagaimana dinyatakan dalam bil air yang diedarkan di kalangan pengguna SATU. Sementera itu Ketua Audit Negara melaporkan bahawa SATU memperolehi pendapatan sebanyak RM30 juta pada tahun 2006. Manakala laporan untuk auditan tahun 2007 belum diperolehi. PAS telah membantah pungutan sewa berkenaan dan telah membawa isu ini ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu tahun lalu. PAS juga telah memasukkan soal menghapuskan bayaran sewa meter dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu. Bagaimanapun Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Menteri Besar yang lalu, Dato' Seri Idris Jusoh memandang sepi sahaja desakan PAS untuk memansuhkan bayaran terbabit. Haji Mohd Abdul Wahid berkata, kerajaan BN mendakwa terpaksa menanggung kos akibat kecurian meter ketika meter lama tidak ditukar kepada meter baru yang kebanyakan komponenya terdiri dari bahan polymer (plastik). Kerajaan boleh menggunakan wang Dana Khas dari Kerajaan Pusat untuk menampung kos pembiayaan berkenaan. Kerajaan sanggup mengeluarkan tidak kurang RM700 juta wang rakyat untuk projek Monsoon Cup dan Taman Tamaddun Islam di Pulau Duyong dan Pulau Wan Man Kuala Terengganu kerana pemimpin Umno dan kroninya mempunyai kepentingan tertentu dalam projek berkenaan. Bagaimanapun tindakan menghapuskan bayaran sewa meter berkenaan dialu-alukan. Ia berubah apabila kerajaan BN menggantikan menteri besarnya yang lama dalam satu penyelesaian krisis politik, selepas pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu. Ia berlaku apabila Dato' Seri Idris tidak diperkenan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang dipengerusikan oleh Raja Tengku Baderulzaman (adik kepada Yang Dipertuan Agong). Sebaliknya Dato' Ahmad Said, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal dipilih sebagai menteri besar negeri tersebut walaupun menerima bantahan dari kebanyakan ahli Perhubungan Umno negeri itu. Tindakan menuntut kehendak rakyat ini merupakan suatu perubahan yang dibuat oleh Umno Terengganu, selepas melihat era sekarang ialah era kuasa rakyat menentukan kerajaan masa depan. Mana-mana parti yang tidak melayan kehendak mereka akan tersungkur kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Demikian antara pengajaran yang diambil dari pilihan raya tersebut. Bagaimanapun Januari lalu, pengguna air SATU di Wakaf Beruas, Kuala Terengganu telah dikejutkan dengan bayaran deposit tambahan antara RM100.00 hingga RM170.00 seorang. Dengan tambahan bayaran ini, penghapusan bayaran sewa meter tidak memberi pengertian apa-apa kepada pengguna terbabit kerana mereka dibebankan pula dengan bayaran tersebut. Difahamkan SATU berbuat demikian bertujuan untuk menambah pendapatan tahunan syarikat berkenaan. Ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dari Daerah Kuala Terengganu dan kemudiannya akan berpindah ke seluruh daerah lain di negeri tersebut. Jesteru walaupun nampaknya Ahmad cuba menunaikan permintaan rakyat bagi menghapuskan bayaran sewa meter tersebut tetapi kerajaan negeri itu masih lagi tidak membuat pertimbangan sewajarnya menggantikan pemansuhan bayaran tersebut dengan bayaran yang lebih besar jumlahnya dari sewa meter berkenaan. Kerajaan BN di bawah pimpinan menteri besar baru hendaklah menghapuskan semua bayaran deposit tambahan tersebut jika kerajaan itu benar-benar cakna dengan masalah ekonomi dan desakan hidup rakyat akibat kenaikan harga barang sekarang. Bagi penduduk miskin, jumlah RM100.00 dan RM170.00 adalah amat besar dan membebankan mereka. SATU masih berupaya 'survive' dengan pendapatan yang sedia ada. Kerajaan Terengganu bukan satu kerejaan yang miskin, ia pernah dikenali sebagai Quwait Malaysia suatu ketika dahulu. Tetapi sayang hasil dasar lautnya terpaksa diperolehi dalam bentuk tabungan dan ihsan (dana khas) dari Kerajaan Pusat apabila menerima padah setelah menafikan hak (merompak) royalti petroleum dan gas ketika PAS memerintah negeri tersebut (tahun 1999-2004). Walaupun melalui dana khas, 'ranking' Terengganu negeri kedua terkaya di Malaysia selepas Selangor masih tetap tidak berubah kerana negeri itu tetap menerima kira-kira RM1 bilion setahun daripada dana berkenaan. Justeru, apa salahnya jika kerajaan mahu berbudi kepada rakyat setelah rakyat berbudi kepada parti itu dengan mengekalkan dua pertiga penguasaan kerusi dalam Dewan Undangan Undangan (DUN) Terengganu selepas pilihan raya umum ke 12 yang lalu. Berbudi kepada rakyat lebih baik daripada berbudi kepada kroni-kroni Umno yang dikutuk oleh rakyat. - mns |
0 comments Labels: bela rakyat, Harakahdaily, MB tganu
MB: Kembalikan royalti minyak T'ganu
| Malaysiakini |
| Apr 20, 08 10:43pm |
| Terengganu menuntut royalti petroleum, yang ditarik balik sejak 2000 sewaktu negeri itu ditadbir PAS, dikembalikan kepada kerajaan negeri. Perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad menukar wang royalti 5 peratus kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "wang ehsan". Menteri besar baru Datuk Ahmad Said hari ini menggesa kerajaan Persekutuan menyerahkan pengurusan wang royalti kepada kerajaan negeri, lapor Bernama. Beliau berkata sudah tiba masanya wang royalti diserahkan sepenuhnya kepada Terengganu bagi membolehkan lebih banyak projek pembangunan dijalankan untuk rakyat di negeri ini. "Kita berharap bahawa kalau boleh kerajaan pusat kembalikan royalti itu, kita cakap terus teranglah... tidak boleh selindung lagi. Kita mengharapkan duit (royalti) dapat kepada kita," beliau dipetik sebagai berkata di Kuala Terengganu hari ini. "Ada projek yang kita rancang... kita akui. Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat. "Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya. "Ini yang menjadi masalah... sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan. Mereka menggunakan wang kita, jadi apabila kementerian yang buat ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu. "Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri. Saya cakap terus terang, ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah," katanya. Ahmad berkata wang royalti diserahkan kembali, ia akan memudahkan kerajaan negeri merancang projek pembangunan menurut keutamaannya berbanding amalan sekarang yang memerlukan permohonan dikemukakan terlebih dahulu kepada kerajaan pusat. Kerajaan negeri bawah menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, selepas merampas kembali Terengganu dalam pilihanraya umum 2004, menarik balik tindakan saman yang difailkan oleh pentadbiran PAS. PAS, ketika pilihanraya umum baru-baru ini, memasukkan dalam manifestonya usaha menuntut kembali wang royalti ini melalui proses mahkamah. Isu perbelanjaan wang royalti dikatakan menjadi satu daripada beberapa punca pihak istana tidak melantik semula Idris, dan menggantikannya dengan Ahmad. |
0 comments Labels: bela rakyat, malaysiakini, MB tganu
Friday, April 18, 2008
Kerajaan Laksanakan Tawaran PAS Terengganu - Hapus Bayaran Sewa Meter Air
| Buletin Online Ditulis oleh Wartawan Buletin Online | |
| Friday, 18 April 2008 | |
| Tindakan Mad Said dialu-alukan bahkan sepatutnya rakyat Terengganu menikmati bekalan air dengan bayaran yang lebih rendah memandangkan Terengganu menerima Dana Khas Persekutuan/Wang Royalti Petroleum bernilai lebih 1 bilion setahun. Namun begitu, kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai kebimbangan penduduk sekitar bandaraya Kuala Terengganu terhadap kenaikan deposit SATU sebagaimana dilaporkan oleh Buletin Online 17 Januari lalu |
0 comments Labels: buletin online, MB tganu, terengganu
Thursday, April 17, 2008
Peruntukkan RM6.4 juta bantu baiki atap rumah rakyat miskin, Ahmad Said
Mstar Online
16-04-2008 03:02:27 PM
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu telah meluluskan peruntukan sertamerta berjumlah RM6.4 juta bagi membantu keluarga miskin di negeri ini membaik pulih bumbung-bumbung rumah mereka tahun ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata bantuan tersebut adalah bagi menggantikan bumbung-bumbung atap zink atau nipah yang telah rosak kepada atap asbestos.
"Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diberikan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi tujuan itu.
"Sebagai permulaan setiap penduduk miskin akan diberikan 50 keping atap asbestos. Bantuan ini akan disalurkan dalam tempoh seminggu dua lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.
Beliau berkata bantuan tersebut akan disalurkan kepada kesemua 32 kawasan DUN menerusi wakil-wakil rakyat manakala di kawasan yang diwakili pembangkang, ianya akan diserahkan kepada pegawai penyelaras DUN.
Ahmad berkata sebelum ini, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada rakyat miskin di negeri ini bagi tujuan membaik pulih pelbagai kerosakan terhadap rumah penduduk terbabit.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri juga akan mewartakan enam kawasan di Pulau Redang sebagai santuari penyu dalam usaha untuk memelihara spesies itu yang diancam kepupusan.
Katanya kawasan-kawasan itu yang meliputi 1 batu nautika dari tempat masing-masing, adalah di antara Tanjung Tokong Guntung dan Tanjung Tokong Siang.
"Sebelum ini, kita pernah mewartakan kawasan-kawasan di Pulau Redang ini sebagai santuari penyu tetapi melibatkan kawasan pantai.
Tetapi kini, ianya melibatkan laut kerana kawasankawasan ini menjadi tempat habitat penyu mencari makan dan sebagainya," kata beliau.
Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan negeri juga telah meluluskan pelaburan berjumlah hampir setengah bilion bagi projek lombong arang besi di Teluk Kalong, Kemaman.
Beliau berkata projek fasa pertama itu akan melibatkan kawasan seluas 140 hektar, yang dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada kirakira 1,000 rakyat tempatan.BERNAMA
0 comments Labels: kerajaan BN, MB tganu, mstar online
Thursday, April 10, 2008
Kontraktor 60% rakyat Terengganu – Mad Said sindir Idris
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh SM Noor | |
| Thursday, 10 April 2008 | |
| Beliau berkata syarat baru itu, berkuatkuasa sertamerta adalah langkah kerajaan negeri untuk memberi lebih banyak peluang kerja kepada rakyat Terengganu dan diharap dapat mengurangkan kadar kemiskinan. "Ini kerana, kita dapati banyak projek yang dikeluarkan selama ini tidak memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. "Apa yang kita lihat sekarang, di tapaktapak projek pada masa kini, kebanyakan pekerjanya merupakan warga Indonesia, Bangladesh, India, Thailand dan Vietnam walaupun yang mendapat kontrak itu adalah rakyat tempatan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman. Mengulas lanjut, Mad Said berkata pada masa ini, ramai rakyat tempatan gagal mendapat pekerjaan walaupun sebelum ini, pembangunan rancak dilaksanakan di Terengganu. Beliau berkata keadaan itu menyebabkan rakyat negeri itu terpaksa berhijrah ke luar termasuk ke Kuala Lumpur dan Singapura untuk mencari rezeki. "Kerja banyak (di Terengganu)... tetapi anak tempatan tak dapat peluang. Perkara ini perlu diperbetulkan," katanya. Bagi memastikan syarat itu dipatuhi, Mad Said kata kerajaan negeri cadang menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang terdiri daripada JKR, Bahagian Sumber Manusia kerajaan Negeri, JKKK serta beberapa badan untuk memantau dari semasa ke semasa. Beliau berkata kerajaan negeri akan menarik balik projek yang diberikan jika kontraktor terbabit gagal mematuhi syarat yang ditetapkan itu. - sumber Bernama |
0 comments Labels: buletin online, MB tganu, terengganu
Wednesday, April 9, 2008
Idris Jusoh tolak jadi Exco: MB Terengganu
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata beliau menawarkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh untuk menganggotai barisan Exco baru kerajaan Terengganu tetapi menolaknya kerana mahu memberikan tumpuan terhadap kawasannya.
“Saya buat tawaran kepada beliau (menjadi Exco)...dia (Idris) tak nak kerana nak berehat selain hendak tumpu pada kawasan,” katanya ketika ditanya sama ada beliau menawarkan jawatan itu kepada Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih.
Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan senarai portfolio 10 Exco kerajaan negeri, yang mengangkat sumpah jawatan di Istana Maziah di sini, pagi ini dan portfolio yang dipegangnya.
Ditanya mengenai kedudukan bekas Exco pada penggal lalu yang kini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Exco, Ahmad berkata, perkara itu adalah biasa dalam politik.
“Biasalah, ada menteri jadi timbalan menteri...ada Ketua Menteri, bila pergi ke (kerajaan) Pusat jadi Setiausaha Parlimen. Dalam politik ini ada naik dan turun...itu biasa,” katanya.
Dua bekas Exco yang kini dilantik sebagai timbalan pengerusi Exco ialah Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam (Adun Bukit Besi).
Rosol dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi manakala Din sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri.
Pada penggal lalu, Rosol adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan sementara Din memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri. - Bernama
0 comments Labels: Berita Harian, MB tganu, pokyeh
Saya Tidak Berdendam Dengan Sesiapa Termasuk Idris …. Cuma saya tidak senaraikan dia
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh SM Noor | |
| Wednesday, 09 April 2008 | |
| (Foto: Raptai angkat sumpah Exco di Istana Maziah hari ini, Idris tiada) "Tidak ada masalah kerana dia (Idris) pemimpin hebat, dia sahabat dan belajar pun satu universiti, saya juga ada bersalaman dan bercakap dengan beliau di Putrajaya dua tiga hari lepas. Mad Said mungkin memang tidak berdendam dengan 17 orang dari 24 orang ADUN UMNO/BN, walaupun 17 orang ini termasuk dalam Geng 23 yang menentang beliau. |
0 comments Labels: buletin online, MB tganu, UMNO haprak
Monday, March 31, 2008
'Saya kerap jadi nombor dua'- Mat Said
Kosmo
berita@kosmo.com.my
| |
| AHMAD (kanan) memeluk Idris selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu semalam. |
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mengaku beliau sentiasa menjadi orang nombor dua kepada Datuk Seri Idris Jusoh sejak zaman mereka di universiti lagi.
Justeru, beliau akan sentiasa merujuk kepada Idris dalam menjalankan tugas barunya walaupun sudah bergelar Menteri Besar menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh itu.
Sambil mengimbas zaman belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) dahulu, Ahmad memberitahu, Idris lebih menonjol kerana pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa selain mendapat anugerah pelajar terbaik.
Pada waktu itu beliau pula hanya pelajar biasa dan menjadi Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa USM selepas dua tahun Idris menjadi Presiden.
"Beliau tetap sahabat yang saya kagumi dan sentiasa mendahului saya dalam apa bidang pun,'' katanya ketika berucap pada majlis penyerahan tugas Menteri Besar yang turut dihadiri Idris di Wisma Darul Iman, semalam.
Ahmad juga akan meneruskan projek-projek pembangunan yang telah dirancang oleh Idris kerana ia berguna kepada rakyat.
Pada masa yang sama, beliau mengajak pemimpin dan rakyat Terengganu kembali bersatu.
"Lupakan apa berlaku, sekarang masa kita laksanakan tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat,'' katanya.
Idris pula enggan memberikan sebarang komen, sebaliknya mahu wartawan mengajukan semula soalan kepada Ahmad yang duduk di sebelahnya pada sidang akhbar tersebut.
Mereka berdua kemudian ke tingkat 16 wisma berkenaan yang menempatkan pejabat Menteri Besar untuk perbincangan ringkas secara tertutup kira-kira 10 minit.
Terdahulu, Ahmad, 51, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri, Istana Maziah, tiga hari selepas Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan menyokong pelantikannya
Kesemua 22 ADUN yang sebelum ini tidak menyokong pelantikannya, menghadiri majlis itu.
Sementara itu, Ahmad berkata, senarai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dijangka dapat dimuktamadkan minggu depan.
Ditanya sama ada ia akan melibatkan banyak muka baru, Ahmad memberitahu, ia juga belum diputuskan lagi.
"Itu saya tidak boleh komen lagi kerana kita masih berbincang. Saya juga akan berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan pihak-pihak lain sebelum senarai barisan exco dimuktamadkan,'' katanya.
Ahmad, yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Terengganu dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari USM, mula menyandang kerusi DUN Kijal pada pilihan raya umum 1990.
Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 setelah tewas di tangan calon Pas, Mehamed Sulong dengan majoriti 264 undi.
Pada pilihan raya umum 2004, Ahmad merampas semula kerusi DUN Kijal apabila menewaskan Mehamed dengan majoriti 3,496 undi.
Pada pilihan raya umum 8 Mac yang lepas, beliau berjaya mengekalkan kerusi berkenaan selepas mengalahkan calon Pas, Hazri Jusoh dengan majoriti 3,157 undi.
Ahmad pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Kemaman dan Setiu, sebelum menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.
0 comments Labels: kosmo, MB tganu, UMNO haprak
Isu MB Terenganu: “Comedy of Error” Yang Memalukan
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]AHMAD Said yang pelantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu dianggap “bercanggah dengan perlembagaan” oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, hari ini mengangkat sumpah jawatan.
Dia berbuat demikian di hadapan Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Beberapa hari lampau, Abdullah dengan lantang berkata tindakan melantik orang lain selain daripada Idris Jusoh sebagai Menteri Besar “adalah bercanggah dengan Perlembagaan” – unconstitutional.
Serentak itu Ahmad Said “dipecat” daripada Umno dan 22 ADUN Umno yang “menyokong’ Abdullah dan “mahukan” Idris mengumumkan pemulauan majlis mengangkat sumpah Ahmad Said sambil mengancam akan meletakkan jawatan.
Sekonyong-konyong, sekitar Rabu lalu, Abdullah mengubah rentak dengan mengumumkan penerimaan pelantikan Ahmad Said. Seolah-olah tidak ada apa yang terjadi, dia mengumumkan isu itu selesai.
Hari ini, turut hadir di hadapan Putera Mahkota Terengganu yang berusia 10 tahun itu adalah 22 ADUN Umno yang sehingga tiga hari lalu enggan menyokong pelantikan Ahmad Said.
Inilah cerita kacau-bilau, kelam-kabut dan kucar-kacir apabila yang diberi mandat dan amanah gagal menggunakan akal, kebijaksanaan, pengetahuan dan budi bicara.
Dengan izin, “comedy of error” ini tidak sepatutnya berlaku kerana pelantikan Menteri Besar bukanlah perkara baru.
Walaupun pada amalannya Perdana Menteri boleh memberi nasihat dan pandangan, kuasa melantik Menteri Besar adalah di tangan Raja. Raja boleh melantik sesiapa sahaja yang pada pandangan Baginda mempunyai keyakinan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.
Akibat tindak-tanduk Perdana Menteri dan para penasihatnya itu, perkara berikut telah berlaku:-
1. Kerajaan Negeri Terengganu lewat ditubuhkan. Ia sepatutnya berlaku pada 10 Mac;
2. Hubungan antara Istana dengan kepemimpinan Umno dan Kerajaan Pusat tercemar;
3. ADUN Umno Terengganu dijadikan bahan percaturan yang merendahkan martabat mereka dan mencetuskan kemarahan rakyat Terengganu;
4. Tidak fasal-fasal mereka dituduh “kurang ajar,” “biadab” dan “derhaka” kepada Raja;
5. Akhirnya mereka terpaksa menelan ludah sendiri kerana terlalu taasub kepada pemimpin walaupun dia ternyata silap; dan
6. Memberi modal percuma kepada pari-parti lawan bagi memesatkan lagi propaganda mengenai keangkuhan, kelemahan dan kecelaruan kepemimpinan Umno.
Bagi Abdullah, seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pulau Pinang hari ini, dia bukan sahaja kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malah dia juga “kehilangan” Perlis, Terengganu dan, mungkin juga, Johor di mana calon-calon Menteri Besar pilihannya ditolak oleh Raja-Raja.
Dr Mahathir yang berucap di mesyuarat agung tahunan Persatuan Melayu Tanjung (Permata) meneruskan rayuannya kepada ahli dan pemimpin Umno agar menukar kepemimpinan parti demi menyelamatkan Umno daripada ditolak secara mutlak oleh orang Melayu.
Sementara itu, berikut adalah ulasan saya dalam blog Dr Mohd Khir Toyo (http://www.drkhir.blogspot.com/):
“ Sdr Dr Khir,
Selamat datang ke dunia blog. Tahniah. Mungkin ini permulaam merawat Umno yang sedang sakit teruk.
Terima kasih kerana akhirnya mendengar suara rakyat. Orang Melayu bukan jahil dan penakut lagi.
Tindak tanduk para pembesar Umno sejak akhir tahun 2003 telah menyedarkan orang Melayu bahawa Umno tidak boleh lagi diubati dari dalam.
Para pembesar Umno tidak lagi mendengar suara hati orang Melayu. Mereka mendengar suara bisikan nafsu mereka dan konco-konco mereka.
Kalau pembesar Umno, termasuk Sdr, mendengar jeritan batin orang Melayu dan ahli Umno, bala yang menimpa Umno pada 8 Mac, Insya-Allah, tidak berlaku.
Tetapi para pembesar Umno terlalu sibuk mendengar kata manis anak mentantu dan konco-konco mereka sehingga membuatkan rakyat benci.
Umno kalah teruk kerana orang Melayu sudah benci. Sudah jelak diperkotak-katikkan.
Terima kasih kerana kini mahu mendengar. Jadilah Ketua Pembangkang yang berwibawa di dalam DUN Selangor dan lakukan perubahan dalam Umno.
Mencium keris, meneriakkan slogan dan menyokong kepemimpinan yang lemah akan memburukkan penyakit Umno.
Jangan biarkan penyakit Umno menjadi penyakit terminal yang membawa maut.
Terima kasih.”
0 comments Labels: bloggers united, MB tganu
Sunday, March 30, 2008
Idris, Ahmad berpelukan
| Malaysiakini |
| Mar 30, 08 1:19pm |
|
Semua 22 wakil-wakil rakyat lain BN, awalnya menentang pelantikan Ahmad, menghadiri majlis angkat sumpah. |
0 comments Labels: malaysiakini, MB tganu
Ahmad angkat sumpah, 22 adun jamin tiada undi tidak percaya
| Harakahdaily Sun | Mar 30, 08 | 5:18:35 pm MYT | |
| KUALA TERENGGANU, 30 Mac (Hrkh) - Dato' Ahmad Said hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru dan sekaligus mengakhiri krisis pelantikan Menteri Besar negeri ini yang berlarutan sejak 10 Mac. Bernama melaporkan, kesemua 22 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), yang sebelum ini tidak menyokong pelantikannya serta bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh, yang dinamakan sebagai Menteri Besar oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, menghadiri majlis angkat sumpah hari ini. Istiadat di hadapan Pemangku Sultan Terengganu Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin, berlangsung di Balairong Seri, Istana Maziah di sini, tiga hari selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat keputusan menyokong pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu. Selepas melafazkan sumpah jawatan dan ikrar taat setia sebagai Menteri Besar, Ahmad, 51, yang juga Adun Kijal kemudian menandatangani surat pelantikannya. Istiadat itu turut disaksikan oleh Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dan dua anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman. Semua Adun Terengganu termasuk daripada parti pembangkang menghadiri majlis hari ini. Dengan berpakaian baju Melayu serba hitam, Menteri Besar baru itu kelihatan tenang sepanjang berlangsungnya majlis itu. Bagaimanapun sebelum beredar meninggalkan majlis, Ahmad kelihatan terharu apabila beliau bersalaman dengan Idris dan memeluk bekas Menteri Besar itu dalam keadaan penuh emosi. Beliau turut bersalaman dengan Adun yang menghadiri majlis itu. Sebanyak 22 Adun dari BN sebelum ini membantah pelantikan Ahmad dan beberapa orang daripada mereka bersedia meletakkan jawatan sebagai Adun jika Idris tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua. Jaminan tiada usul undi tak percaya Sementara itu, Adun Ajil Dato' Rosol Wahid hari ini memberi jaminan barisan Adun BN tidak akan akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar baru pada sidang DUN, yang perlu diadakan dalam tempoh tiga bulan ini. Beliau berkata krisis pelantikan Menteri Besar yang berlaku sebelum ini sudah cukup meresah dan mengelirukan rakyat dan Umno Terengganu merasakan bahawa tidak perlu lagi timbul perkara-perkara yang dikhuatiri boleh menjejaskan imej parti pada pandangan mata rakyat. "Kita boleh beri jaminan tidak akan ada apa-apa masalah selepas ini, sebab yang mendukung kita sekarang ialah rakyat. Jadi kita nampak, tidak perlu lagi timbul isu-isu yang meresahkan rakyat. Hari ini telah masuk tiga hingga empat minggu rakyat resah dengan kemelut ini. "Bagi mereka yang faham, tidak ada masalah, tetapi bagi yang kurang faham, mereka merasakan ini seolah-olah perbalahan berebut jawatan dalam Umno. "Jadi saya yakin (persidangan) Dewan DUN nanti akan berjalan dengan lancar dan baik kerana matlamat kita adalah rakyat sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Perhubungan Umno, mana yang baik untuk rakyat, itulah yang terbaik untuk kita," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas jawatan Besar Terengganu daripada Idris kepada Menteri Besar baru Datuk Ahmad Said di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Selepas ini, satu lagi majlis angkat sumpah akan diadakan untuk anggota Exco kerajaan negeri, apabila Ahmad selesai menyediakan senarai pelantikan dalam masa kira-kira 10 hari lagi. BN menang 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu manakala selebihnya dimenangi oleh PAS. - mks. |
0 comments Labels: Harakahdaily, mat said, MB tganu



