SIDANG akhbar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (tengah) selepas mengadakan mesyuarat tergempar di Ipoh semalam.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (tengah) yang juga Pengerusi Barisan Nasional Perak bersama-sama dengan para ADUN Perak pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya pada 4 Februari selepas empat ADUN dari parti pembangkang mengumumkan keluar dari parti masing-masing. -fotoBERNAMA
BERIKUT ialah perkembangan politik di Perak khususnya yang berkaitan dengan tindakan dua ADUN PKR melepaskan jawatan masing-masing. Maklumat di bawah adalah sejak 25 Januari lalu selepas ADUN Bota dari Umno, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Pakatan Rakyat dan PKR.
[URUTAN SEMASA SEJAK 25 JANUARI]: 4 FEBRUARI, 11.15 MALAM:Di IPOH: Kenyataan Ketua Polis Perak agak hentikan penyebaran SMS mengajak orang ramai berdemonstrasi.
4 FEBRUARI, 9 MALAM: Di IPOH: Menteri Besar Perak menghadiri mesyuarat tergempar PAS.
4 FEBRUARI, 5.45 PETANG:Di IPOH: Menteri Besar Perak mengadap Sultan Perak di Istana Kinta untuk menjelaskan kedudukan senario politik di Perak dan meminta perkenan pembubaran DUN.
4 FEBRUARI, 5 PETANG:Di PUTRAJAYA: Sidang media di pejabat Timbalan Perdana Menteri mengumumkan sokongan empat ADUN Pakatan Rakyat kepada BN. BN mempunyai peluang untuk membentuk kerajaan negeri di Perak.
4 FEBRUARI, 3.50 PETANG:Di IPOH: Menteri Besar dilihat memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
4 FEBRUARI, 3 PETANG:Di IPOH: Menteri Besar membuat tindakan luar biasa dengan mengumumkan pembubaran DUN serta-merta sebelum memohon perkenan Sultan.
4 FEBRUARI, 1 TENGAH HARI:Di IPOH: Menteri Besar Perak menangguhkan sidang media yang dijadual diadakan di pejabatnya.
4 FEBRUARI, 11.50 PAGI:Di KUALA LUMPUR: ADUN Behrang bertegas akan memasuki DUN Perak dan tiada siapa yang berhak menghalangnya.
4 FEBRUARI, 11.30 PAGI:Di IPOH: Menteri Besar Perak ketika dihubungi mStar Online mengatakan bahawa tidak akan membubarkan DUN Perak.
2 FEBRUARI, PETANG-MALAM:Di IPOH: Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya kecil. Menteri Besar Perak dikatakan mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. DAP dan PAS - dua komponen Pakatan juga mengadakan mesyuarat antara petang dan malam ini.
2 FEBRUARI, 4 PETANG:Di SEPANG: Dua ADUN yang disebut-sebut akan hadir membuat sidang media tidak muncul. Exco Kerajaan Perak Jamaluddin Mohd Radzi gagal menghadirkan diri kerana masih sakit, kata pegawai khasnya, Firdaus Shaharudin.
2 FEBRUARI, 12.30 TENGAH HARI:Di PETALING JAYA: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengesahkan sudah dimaklumkan tentang kekosongan dan akan mengadakan mesyuarat esok.
2 FEBRUARI, 10 PAGI:Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilihat masuk mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta, Ipoh. Beliau keluar setengah jam kemudian selepas dipercayai memaklumkan mengenai perkembangan semasa politik negeri ini khususnya berkaitan isu percanggahan peletakan jawatan Jamaluddin dan Mohd Osman sebagai ADUN.
2 FEBRUARI, 10 PAGI:Di IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menganggap ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu yang "hilang" sejak Isnin lepas sebagai wakil rakyat parti itu.
Menurut Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman, kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar dari parti.
2 FEBRUARI, 8 PAGI:Di IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang.
Surat rasmi itu telah diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Perak, Ahmad Adli Abdullah pada pukul 8 pagi tadi.
2 FEBRUARI, 1.30 PAGI:Di SHAH ALAM: Laporan polis dibuat oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat Perak, Mohd Osman Jailu melalui wakilnya berhubung isu mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Changkat Jering. Laporan dibuat oleh wakil Mohd Osman, Mohd Farizal Umar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11.
1 FEBRUARI, 9.30 MALAM:Di IPOH: ADUN Behrang menafikan yang beliau ada menghantar surat letak jawatan kepada Speaker DUN dan mahu mencabar kesahihannya.
1 FEBRUARI, 6.40 PETANG:Di PETALING JAYA: Menteri Besar Perak hampir yakin kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering akan keluar Pakatan Rakyat.
1 FEBRUARI, 5.45 PETANG:Di IPOH: Dua ADUN perak daripada PKR yang "hilang" sejak Isnin lalu mengumumkan peletakan jawatan serta-merta. ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.
1 FEBRUARI, 10 PAGI: Di KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN.
1 FEBRUARI, 11 PAGI: Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang "hilang" sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.
31 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat malam ini dengan membincangkan secara mendalam isu ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering. Ia juga beranggapan bahawa kedua-dua mereka sudah hampir pasti keluar PKR.
30 JANUARI: Di IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada PKR, akan menyertai BN.
29 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi BN Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletak kedua-dua jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.
25 JANUARI: Di KUALA LIMPIR: ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim keluar Umno dan BN untuk menyertai PKR dan Pakatan Rakyat.
Read More...
Summary only...