Tranungkite BN nyata tidak yakin untuk memenangi kerusi yang dimiliki oleh Pakatan dan khuatir akan kehilangan lebih banyak kerusi kepada Pakatan jika Pilihanraya diadakan. Isu ketuanan Melayu sering dimainkan oleh BN khususnya Umno sejak Pakatan memerintah dan nyatalah modal ini dijadikan senjata untuk mereka memikat hati Sultan. Pada masa ini BN mempunyai 27 Adun Melayu dan 1 Cina manakala 2 adun Melayu bebas dan seorang cina menyokong BN untuk membentuk Kerajaan baru. Matlamat menaikkan semula orang Melayu memang baik tetapi caranya yang dilakukan begitu menghairankan kerana tidak dilakukan melalui jalan Pilihanraya. Mandat perlu kembali kepada rakyat Mandat untuk memilih Kerajaan baru sewajarnya diberikan kepada rakyat kerana 3 Adun bebas yang menyokong BN mempunyai masalah, goyah dan seolah-olah ada tekanan diberikan kepada mereka untuk sokong BN. Rakyat berhak untuk memilih kerajaan baru yang lebih kukuh, bukannya menukar Kerajaan yang hanya bergantung pada sokongan lemah 3 Adun bebas. BN semakin takut pada Pakatan Jelas BN lebih suka memilih strategi lompat untuk merampas Kerajaan berbanding Pilihanraya dimana pada suasana kini sokongan kepada Pakatan begitu meningkat. Rakyat jelas lebih simpatis dan mahukan Pakatan kembali memerintah melalui Pilihanraya semula. Jika Sultan enggan untuk membubarkan DUN sekarang, tidak mengapa. Rakyat boleh bersabar untuk tunggu Pilihanraya Umum akan datang. Tapi, rakyat akan tetap ingat apa yang berlaku hari ini dan BN akan menerima padahnya. Kerajaan baru yang akan memerintah juga tidak akan tenang kerana ADUN yang masih ada ini pasti akan terus mengegarkan DUN Perak setiap detik, setiap waktu dan setiap hari untuk memastikan BN buat kerja untuk rakyat bukan merompak rakyat. Kedudukan yang begitu tipis ini akan lebih memperlihatkan kelemahan BN dan tidak sesekali Pakatan menyesal jika kalah dalam keadaan sebegini kerana Pakatan dilihat berjuang sebagai anak jantan dihati Rakyat.
Oleh hermansamsudeen
"Situasi politik Perak yang meruncing mempamerkan belang sebenar Barisan Nasional (BN) yang masih fobia dengan kekalahan dalam Pilihanraya Umum lalu. Mereka tiada pilihan melainkan dengan mengumpan 2 Adun PKR yang sedang dibicarakan dan Seorang Adun DAP untuk menyokong mereka.
Pakatan Rakyat yang mencabar BN untuk bertanding semula dalam Pilihanraya tergempar ternyata lebih yakin dan berani berbanding pemimpin BN yang ada sekarang.
Isu Ketuanan Melayu.
Friday, February 6, 2009
BN takut Pilihanraya, Sokongan Rakyat kepada Pakatan meningkat
Posted by
Sang Pemantau
at
12:00 PM
Labels: Perak, tolak BN, tranungkite
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment