+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, June 18, 2008

"Sempit sungguh fikiran Umno, seperti tempurung jantan" - Nik Aziz

Harakahdaily

Nyza Ayob
Wed | Jun 18, 08 | 11:06:52 am MYT

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Buat julung kalinya lautan manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum memenuhi Dataran MPAJ, Pandan Indah pada 14 Jun lalu untuk mendengar tazkirah serta amanat yang disampaikan oleh Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis tersebut juga mencatat sejarah kerana berjaya menghimpunkan dua Adun dari kawasan Chempaka iaitu beliau yang juga Adun Chempaka di ImageParlimen Pengkalan Chepa dan Iskandar Abdul Samad, Adun Chempaka di Parlimen Pandan.

Selain itu majlis tersebut turut menampilkan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pandan, Ramamoorthy sebagai penceramah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Adun Lembah Jaya, Khassim Abdul Aziz.

Nik Abdul Aziz dalam ucapannya menekankan mengenai konsep perpaduan yang disarankan dalam agama. Beliau menceritakan, melalui pertemuannya dengan ketua-ketua agama lain di Kelantan, beliau mengingatkan mereka bahawa semua kaum berasal daripada satu keturunan yang sama yang menjamin satu ikatan persaudaraan.

"Saya menyatakan kepada mereka, oleh kerana kita semua berasal daripada keturunan Adam, kita semua bersaudara. Apabila kita menganggap kita semua bersaudara, akan timbul perasaan hormat, sayang dan kasih.

Image"Tetapi Umno meletakkan Melayu dalam satu kelompok. Bangsa Cina diletakkkan dalam satu kelompok di bawah MCA, bangsa India pula diletakkan di bawah kelompok MIC. Jadi ketiga-tiga kaum ini tidak pernah bertemu kerana diletakkan berasingan. Tetapi Islam tidak mengasingkan kaum kerana semua kaum adalah bersaudara yang merupakan asas kepada perdamaian," katanya.

Selain itu kata Menteri Besar Kelantan ini lagi, sepanjang mentadbir Kelantan sejak 1990, beliau telah memperkenalkan tiga dasar yang diterapkan kepada semua pegawai kerajaan serta kakitangan di bawah pentadbirannya.

Katanya, pelaksanaan dasar ubudiyyah, itqan dan mas'uliyyah memudahkan semua rakyat memahami yang mana dasar berkenaan sesuai untuk semua peringkat masyarakat.

Jelasnya dasar ubudiyyah mengingatkan masyarakat yang berasal daripada pencipta. Manakala dasar Itqan (kualiti) menekankan bahawa setiap perkara dan pekerjaan yang dilakukan hendaklah dilaksanakan tanpa mengetepikan kualiti.

"Allah menyukai setiap apa yang dilakukan hambanya dengan berkualiti. Menulis, berniaga dan bertani semuanya dengan itqan. Selain itu dasar mas'uliyyah mementingkan tentang tanggung jawab yang perlu dilaksanakan. Seluruh masyarakat akan disoal suatu hari nanti tentang tanggung jawab masing-masing," katanya.

Dalam ucapannya juga beliau menekan mendedahkan megenai kepincangan yang dilakukan oleh Barisan Nasional sepanjang beliau menerajui Kelantan, yang menyifatkan parti tersebut tidak mengamalkan konsep keadilan.

"Konsep keadilan disebut di dalam al-Quran dan konsep tersebut wujud sebelum timbulnya konsep demokrasi. Pelbagai kezaliman yang dilakukan Umno. Saya tidak suka menyebut perkara tersebut, tetapi saya terpaksa menyebutnya juga.

"Sewaktu Tun Daim Zainudin menjadi Menteri Kewangan, saya berjumpa dengannya meminta hutang 'soft loan' bagi melaksanakan Air Kelantan. Kami diberi RM600 juta untuk projek Air Kelantan. Semua projek air di Kelantan datang dari kerajaan pusat. Apabila sampai kepada saya, saya tidak dapat memberi projek tersebut kepada kontraktor di Kelantan kerana dikatakan di bawah pemerintahan PAS. Ini perangai Umno," katanya.

Selain itu beliau juga melahirkan kekesalan kerana terdapat Menteri Besar di sebuah negeri mengeluarkan larangan secara terbuka dalam media agar pegawai kerajaan negeri tersebut tidak melawat Kelantan.

"Sempit sungguh fikiran Umno. Seperti tempurung jantan," katanya yang disambut ketawa orang ramai. - mns_

Read More...

Beras murah habis - Pengguna merungut kesukaran mendapatkan beras tempatan


NOTIS pengurusan sebuah pasar raya mengenai masalah kesukaran mendapatkan bekalan sehingga menyebabkan ruang jualan beras super tempatan kosong.


KUALA LUMPUR - Harga barangan yang murah tidak membawa makna jika orang ramai gagal membelinya.
Itulah realiti yang dihadapi sebilangan pembeli di ibu negara serta beberapa negeri akibat kesukaran mendapatkan beras super tempatan 15 peratus hancur (ST15) dan super spesial tempatan 10 peratus (SST10).

Apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati mereka, rak-rak beras itu diisi dengan beras siam wangi yang lebih mahal.

Peniaga runcit serta pasar raya besar pula mendakwa pemborong sengaja tidak hantar bekalan.

Tinjauan Kosmo! di sebuah pasar raya besar di Ampang petang mendapati, pihak pengurusannya terpaksa meletak notis berbunyi, 'Pembekal cuba meningkatkan harga beras super tempatan. Kami sedang berunding untuk mengekalkan harga rendah, namun pembekal enggan menghantar stok ke stor kami.'


SEORANG peruncit di ibu negara meletakkan notis kehabisan beras super tempatan dan sebaliknya menjual beras siam sahaja semalam.


Seorang kakitangan pasar raya itu berkata, pembekal enggan menghantar stok kerana mendakwa harganya yang rendah tidak menguntungkan mereka.

"Kerajaan telah menetapkan harga kawalan baru bagi beras tempatan ini berkuat kuasa 1 Jun lalu tetapi, pada 4 Jun diumumkan pula kenaikan harga petrol dan diesel,'' katanya.

Read More...

16 September…Khairy cabar dan tunggu jawapan Anwar

Agenda daily


Khairy Jamaluddin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim letak jawatan sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat jika pada 17 September ini Barisan Nasional masih berkuasa.

Dalam posting terbaru di blognya rembau.net Naib Ketua Pemuda UMNO itu berkata jika Anwar begitu yakin ada lebih dari 30 wakil rakyat BN sudah "dalam tangan" makanya cabaran itu tidak menjadi masalah baginya. “Jika beliau gagal, bukan hanya beliau harus letak jawatan, tetapi apa sahaja kredibilitinya dimata rakyat akan hancur begitu sahaja.

“Saya menunggu jawapannya”kata Khairy.

Anwar telah beberapa kali membuat kenyataan terbuka kerajaan BN akan merudum menjelang 16 September ini menerusi tindakan lompat parti sebilangan Ahli Parlimen BN.

Sambil menyifatkan usaha Anwar sebagai strategi mewujudkan ‘ kerajaan pintu belakang,Khairy berkata rakyat Malaysia harus sedar bahawa tindak tanduk itu sebenarnya merupakan penghinaan terhadap rakyat.

Katanya,"rakyat Malaysia tidak mahu institusi demokrasi diruntuhkan semata-mata kerana kerakusan Dato' Seri Anwar yang tidak sabar untuk mencapai impian beliau menjadi Perdana Menteri.

Adakah majoriti rakyat Malaysia setuju dengan tindakannya untuk menubuhkan kerajaan yang tidak ada mandat pengundi? Saya percaya tidak. Jika kehendak Dato' Seri Anwar tercapai, negara kita akan menjadi bahan jenaka di peringkat antarabangsa kerana mempunyai Kerajaan yang tidak sah dari segi moral.

Malaysia akan digelar sebagai "illegitimate democracy" dengan kerajaan yang tiada mandat rakyat, kredibiliti mahupun legitimasi moral untuk memerintah. Mungkin ada yang akan kata Malaysia sudah menjadi sebuah "banana republic."- 17/6/2008

Read More...

Shahrir tidak yakin Anwar boleh tubuh k'jaan

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Jun 18, 08 9:14pm

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Abdul Samad tidak yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menubuhkan kerajaan baru selepas 16 September ini.

"Mengapa Anwar tunggu sehingga 16 September...mengapa tidak lakukan sekarang.

"Berapa lama orang politik boleh menunggu...lima hari, lima jam, lima minggu atau lima bulan," katanya ketika ditemui selepas sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna itu berkata, jika Anwar hendak mengambilalih kerajaan, hari ini beliau sudah ada kabinet bayangan.

"Atau, sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat mempunyai seorang jurucakap untuk membuat kenyataan dalam isu-isu tertentu," katanya.

Shahrir juga mempersoalkan adakah DAP dan PAS boleh bekerjasama kerana mereka `dalam satu pakatan, mimpi lain-lain.'

"DAP gembira di Pulau Pinang dan PAS di Kedah. Ini bermakna mereka mempunyai perbezaan pegangan. Atau ia hanya mimpi Anwar," katanya.

Undi tidak percaya


Sementara itu dalam sidang akhbar tersebut, Shahrir berkata, tindakan Parti Progresif Sabah (SAPP) untuk membuat undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai kabur.

"Saya tidak tahu bagaimana hendak membuat undi tidak percaya di Parlimen Isnin ini kerana hari itu kerajaan akan membentang usul mengenai kenaikan harga minyak dan makanan" katanya.

Shahrir berkata, beliau yakin tiada ahli Parlimen yang akan mengikut jejak dua ahli Parlimen dari SAPP itu.

Ahli Parlimen SAPP dilaporkan akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini.

Shahrir berkata, beliau tidak percaya SAPP boleh membawa ahli Parlimen BN lain meninggalkan parti kerana mereka tidak ada kepimpinan atau isu yang konsisten untuk berbuat demikian.

Katanya, beliau menyokong perdana menteri kerana boleh menghadapi tekanan dari mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kabinet Tan Sri Sanusi Junid.

Katanya, Abdullah masih membuat keputusan (untuk kekal sebagai perdana menteri) dan kerana itu beliau seorang yang sangat berjaya.

Read More...

Tunggu 'tsunami kedua' Sabtu ini

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Bernama
Rabu, 18 Jun 2008

PRESIDEN Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, yang mengisytiharkan bahawa parti ini telah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, membayangkan kemungkinan beberapa wakil rakyat dari Sabah meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat sebagai "wakil rakyat" bebas.

Bekas Ketua Menteri itu juga membayangkan kemungkinan "wakil rakyat" bebas ini, anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Pakatan Rakyat, jika mereka memutuskan untuk meninggalkan parti campuran yang memerintah.

"Tunggu Sabtu ini. Ia boleh menjadi satu lagi tsunami politik," kata seorang pembantu kepada presiden SAPP
Yong, yang lantang dengan keputusan politik Abdullah mengenai Sabah dan yang beliau sifatkan sebagai langkah "tidak popular" berkaitan dengan kenaikan harga bahan api dan isu pendatang haram di negeri itu, berkata bahawa mereka tidak berminat untuk menyertai parti pembangkang di semenanjung.

"Kita tidak mahu itu. Apa yang kita mahu ialah jika ada mana-mana parti politik di negeri itu, ia hendaklah sebuah parti yang beribu pejabat di Sabah dan yang menjaga hal ehwal orangnya," katanya dalam temubual dengan Bernama di Kota Kinabalu baru-baru ini.

"Kita tidak jangka diri kita menyertai sebarang parti pembangkang dari Semenanjung jika kita fikir untuk meninggalkan BN. Mungkin dalam aspek sebuah campuran yang kecil (dengan parti pembangkang dari semenanjung)," tambah beliau.

Yong, bagaimanapun, enggan mengatakan sama ada SAPP sendiri akan meninggalkan BN.

"Kita tunggu dan lihat," kata Yong, yang telah mengisytiharkan di Kota Kinabalu hari ini bahawa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong satu usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri pada sidang Parlimen Isnin ini.

Beberapa pemimpin SAPP, ketika ditemui, membayangkan bahawa beberapa ahli politik negeri daripada parti lain menunjukkan minat untuk menyertai "campuran wakil bebas".

"Ia bukan hanya SAPP. Ia akan menjadi campuran bebas yang besar anggota Parlimen dan ADUN , sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang," kata seorang pemimpin yang enggan dinamakan.

Difahamkan kira-kira 10 hingga 18 anggota Parlimen dan ADUN Sabah akan mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan BN dan sebagai permulaan "sekumpulan wakil bebas" dalam masa beberapa hari saja.

"Tunggu Sabtu ini. Ia boleh menjadi satu lagi tsunami politik," kata seorang pembantu kepada presiden SAPP itu kepada Bernama.

Sementara itu, seorang pemerhati politik berkata beberapa anggota Parlimen dari Sabah akan mengumumkan pendirian mereka dalam BN selepas SAPP mengadakan mesyuarat tergempar majlis tertingginya Jumaat ini.

Read More...

Selangor beri gula dan beras percuma

Suara Keadilan

SHAH ALAM, 18 Jun (SK)
- Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian beras dan gula percuma kepada rakyat negeri ini dibawah pendapatan RM1500 sempena sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri ini.

Dalam pada itu, sempena sambutan berkenaan juga, pelbagai program telah dirangka dari 18 Jun hingga 22 Jun sempena sambutan berkenaan, dan kemuncaknya pula adalah ucaptama Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim di Stadium Shah Alam 20 Jun ini.

Beliau berkata sedemikian ketika sidang media mingguan selepas mesyuarat exco di Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

Mengulas mengenai perlantikan Ahli Majlis, Menteri Besar berkata pemilihan berkenaan telah dipersetujui dan satu kenyataan akan dikeluarkan esok.

Sementara itu, Menteri Besar ketika mengulas mengenai tentang ura-ura mengosongkan kerusi Bandar Tun Razak untuk Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim berkata tumpuan sekarang adalah untuk menguasai parlimen dan kerajaan bukan untuk bertanding di pilihanraya./fiq

Read More...

DUN Sanglang diisytihar kosong

Malaysiakini

Jun 18, 08 12:48pm

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum lalu, telah diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi Kangar hari ini

Ini berikutan keputusan mahkamah menerima pemohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihanraya Pas bagi kerusi itu.

hashim jasin pas sanglang perlis state seat court 180608Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan bekas calon PAS, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi DUN tersebut.

Kes tersebut didengar oleh Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani.

Dalam alasan penghakimannya, Zainal Adzam berkata, mahkamah tiada hak untuk mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang kerusi DUN itu kerana Seksyen 35(c) Akta
Kesalahan Pilihanraya 1954 yang memberi bidangkuasa kepada mahkamah untuk berbuat demikian, sudah dimansuhkan pada 2003.

Mahkamah bagaimanapun menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk menentukan sama ada pilihanraya kecil perlu diadakan serta bila akan diadakan.

Hashim akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan supaya beliau diisytiharkan sebagai pemenang bagi kerusi Sanglang.

Abdullah diwakili peguam K Jegathesan manakala Hashim diwakili Zulmi Sabri, Mohamed Hanipa Maidin dan Aqbal Shiffuddin Adnan Salahudin.

Hashim, yang juga pesuruhjaya PAS Perlis, menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Abdullah Hassan, pegawai pengurus pilihanraya, Muhamad Daud Abdull Hamid dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai defenden, demikian menurut laporan Bernama.

Abdullah, calon Barisan Nasional (BN), diisytiharkan pemenang DUN Sanglang dengan majoriti 149 undi selepas memperolehi 3,384 undi berbanding 3,235 undi yang diperolehi Hashim, yang merupakan penyandang kerusi tersebut sejak dua penggal lalu.

Hashim memfailkan saman asal pada 17 Mac untuk mendapat pengisytiharan bahawa beliau adalah pemenang kerusi DUN tersebut.

Hashim mendakwa, beliau sepatutnya diisytiharkan pemenang berasaskan kepada perjumlahan undi dalam manakala Abdullah pula memperolehi 3,286 undi, dan dengan itu, menang dengan majoriti 47 undi.

Hashim memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004 dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Mastika Junaidah Husin.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, BN memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN di Perlis. Kerusi tunggal pembangkang dimenangi oleh calon PAS, Rus'selle Ezlan di DUN Simpang Empat, dengan majoriti 53 undi.

Read More...

Tiada niat susahkan rakyat - Pak Lah

Utusan Online


Abdullah Ahmad Badawi dan Musa Aman mendengar penerangan daripada Raymond Tan (dua dari kanan) mengenai projek yang bakal dibangunkan oleh Setia Berhad Group semasa merasmikan penutupan Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa di Kota Kinabalu, semalam.
HASH(0x26e814c)


KOTA KINABALU 17 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak sesekali berniat untuk menyusahkan rakyat dengan menaikkan harga petrol dan diesel sehingga menyebabkan kehidupan mereka menjadi lebih sukar dan tertekan.

Perdana Menteri berkata, keputusan menaikkan harga bahan api itu sebenarnya adalah satu tindakan paling sukar terpaksa dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan projek-projek pembangunan rakyat dapat terus dilaksanakan.

''Kenaikan harga minyak tinggi menyebabkan rakyat susah, kita memahami perkara ini, bukan kita nak menyusahkan rakyat. Buat apa kerajaan sengaja nak menyusahkan rakyat.

''Tetapi tentu ada sebab mengapa tindakan ini diambil, yang penting usaha dijalankan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat," katanya.

Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif 2008 (ICC2008), di sini hari ini.

Hadir sama pada program anjuran Kumpulan Yayasan Sabah itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, menteri-menteri Kabinet Sabah serta lebih 500 delegasi ketua pegawai eksekutif dari dalam dan luar negara.

Abdullah berkata, kerajaan pada masa ini berusaha sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat kerana memahami kenaikan harga minyak menyebabkan harga barangan keperluan harian termasuk makanan turut meningkat.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh menanggung subsidi petrol dan diesel yang semakin bertambah berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia, hanya kerana mahu mempertahankan harga bahan api daripada turut meningkat.

Jelas Perdana Menteri, wang hasil keuntungan jualan minyak tidak boleh dihabiskan semata-mata untuk menanggung subsidi kerana kerajaan turut mempunyai tanggungjawab melaksanakan projek-projek pembangunan.

''Satu pihak kita ada perbelanjaan pembangunan yang kita nak laksanakan, minyak yang kita perolehi bukan 100 peratus nak dibayar bagi tujuan subsidi. Kita perlu juga ada sekian banyak wang untuk pembangunan, itu yang penting.

''Memang kita ada hasil minyak tetapi kena tengok juga hasil minyak itu untuk apa, jika 100 peratus untuk subsidi selepas itu kita tidak ada wang lagi untuk pembangunan, sedangkan pembangunan mesti dijalankan dan kenaikan harga minyak juga perlu diberi perhatian.

''Ini adalah perkara yang perlu difikirkan masak-masak tentang pengagihan subsidi. Kalau semua belanja untuk beri subsidi tentu harga minyak dapat dikurangkan tetapi bagaimana dengan hal lain. Itu kita kena fikir," katanya.

Perdana Menteri berharap rakyat dapat memahami betapa kerajaan berdepan dengan masalah paling mencabar dengan kenaikan harga minyak dan pada masa sama turut merasai keperitan yang ditanggung oleh rakyat.

Abdullah turut melahirkan rasa bangga apabila ada pihak sudi menulis surat memberikan pandangan dan cadangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan.

Read More...

Harga minyak palsu - Presiden Iran

Kosmo Online


MESYUARAT peringkat menteri anggota-anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) diadakan
di Isfahan, Iran semalam.


ISFAHAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam menyatakan bahawa harga palsu berlaku di pasaran minyak kerana dunia sebenarnya mempunyai bekalan yang mencukupi.

"Peningkatan penggunaan adalah rendah berbanding peningkatan pengeluaran," kata Mahmoud kepada mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) di Isfahan, Iran.

"Pasaran dibekalkan dengan minyak yang mencukupi tetapi harga meningkat dan keadaan itu adalah sesuatu kepalsuan dan dilakukan oleh kuasa-kuasa dunia," tambahnya.

Iran merupakan anggota OPEC kedua yang paling banyak mengeluarkan minyak selepas Arab Saudi.

"Beberapa tangan, untuk tujuan politik dan ekonomi, sedang mengawal harga dalam satu bentuk perlakuan palsu," kata Mahmoud.

Menurutnya, tujuan kenaikan harga itu adalah untuk membiayai kos perang dan pendudukan serta meneroka sumber baru tenaga di dalam lautan di kutub termasuk di tempat lain.

Beliau juga kembali mencadangkan supaya satu mata wang baru boleh digunakan oleh anggota-anggota OPEC bagi menggantikan dolar AS.

"Simpanan mata wang anggota-anggota OPEC terjejas dengan teruk berikutan kejatuhan dolar AS," katanya.

"Saya sekali lagi menyuarakan cadangan yang saya lakukan enam bulan lalu dalam sidang kemuncak OPEC di Riyadh supaya sekumpulan mata wang berwibawa diwujudkan untuk perdagangan minyak," jelas beliau.

"Atau pilihan lain, OPEC mewujudkan satu mata wang baru untuk perdagangan," katanya.

Kelmarin, minyak mentah terus mencatatkan rekod dengan harga hampir mencecah hampir AS$140 (RM458) setong semalam walaupun Arab Saudi mengumumkan sedia meningkatkan pengeluaran.

Namun, harga itu menurun semalam apabila harga minyak mentah light sweet untuk Julai didagangkan pada harga AS$134.41 (RM436). - Agensi

Read More...

Presiden SAPP Bayangkan Wakil Campuran Bebas

Bernama

Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, yang mengisytiharkan bahawa parti ini telah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, membayangkan kemungkinan beberapa wakil rakyat dari Sabah meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat sebagai "wakil rakyat" bebas.

Bekas Ketua Menteri itu juga membayangkan kemungkinan "wakil rakyat" bebas ini, anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Pakatan Rakyat, jika mereka memutuskan untuk meninggalkan parti campuran yang memerintah.

Yong, yang lantang dengan keputusan politik Abdullah mengenai Sabah dan yang beliau sifatkan sebagai langkah "tidak popular" berkaitan dengan kenaikan harga bahan api dan isu pendatang haram di negeri itu, berkata bahawa mereka tidak berminat untuk menyertai parti pembangkang di semenanjung.

"Kita tidak mahu itu. Apa yang kita mahu ialah jika ada mana-mana parti politik di negeri itu, ia hendaklah sebuah parti yang beribu pejabat di Sabah dan yang menjaga hal ehwal orangnya," katanya dalam temubual dengan Bernama di Kota Kinabalu baru-baru ini.

"Kita tidak jangka diri kita menyertai sebarang parti pembangkang dari Semenanjung jika kita fikir untuk meninggalkan BN. Mungkin dalam aspek sebuah campuran yang kecil (dengan parti pembangkang dari semenanjung)," tambah beliau.

Yong, bagaimanapun, enggan mengatakan sama ada SAPP sendiri akan meninggalkan BN.

"Kita tunggu dan lihat," kata Yong, yang telah mengisytiharkan di Kota Kinabalu hari ini bahawa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong satu usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri pada sidang Parlimen Isnin ini.

Beberapa pemimpin SAPP, ketika ditemui, membayangkan bahawa beberapa ahli politik negeri daripada parti lain menunjukkan minat untuk menyertai "campuran wakil bebas".

"Ia bukan hanya SAPP. Ia akan menjadi campuran bebas yang besar anggota Parlimen dan ADUN , sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang," kata seorang pemimpin yang enggan dinamakan.

Difahamkan kira-kira 10 hingga 18 anggota Parlimen dan ADUN Sabah akan mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan BN dan sebagai permulaan "sekumpulan wakil bebas" dalam masa beberapa hari saja.

"Tunggu Sabtu ini. Ia boleh menjadi satu lagi tsunami politik," kata seorang pembantu kepada presiden SAPP itu kepada Bernama.

Sementara itu, seorang pemerhati politik berkata beberapa anggota Parlimen dari Sabah akan mengumumkan pendirian mereka dalam BN selepas SAPP mengadakan mesyuarat tergempar majlis tertingginya Jumaat ini.

-- BERNAMA

Read More...

Isu minyak: Jawapan presiden Petronas

Malaysiakini

Jun 18, 08 9:00pm

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Mohd Hassan Marican menjadi tetamu dalam rancangan Bersemuka Dengan Media dengan tajuk Peranan Petronas: Industri Minyak Negara, yang disiarkan secara langsung di RTM1 malam tadi.

Berikut adalah transkrip wawancara berkenaan.

Soalan: Tan Sri, kalau kita perhatikan harga minyak mentah sudah mencecah US$136-US$137 hari ini. Keadaan ini nampaknya memeranjatkan. Apakah Tan Sri berasakan bahawa hal ini akan berterusan?

hassan mericanJawapan: Pada pendapat saya, harga minyak ini mula meningkat lebih daripada setahun dulu dan telah mencecah RM100 ringgit setong awal tahun dulu dan pun telah mencecah US$140 bulan sudah. Jadi kenaikan harga minyak dunia ini menyebabkan permintaan yang banyak dan yang melebihi daripada supply minyak mentah yang dapat dikeluarkan sekarang.

Soalan: Tapi Tan Sri ada pihak berkata harga minyak mentah melambung tinggi kerana kegiatan spekulatif. Adakah ini benar atau tidak?

Jawapan: Saya rasa memang ada. Memang ada kegiatan spekulatif dalam kenaikan harga minyak ini. Ada setengah-setengah pendapat yang mengatakan ada lebih kurang US$15, antara US$15 ke US$20, di dalam harga yang sekarang disebabkan oleh speculative trading. Tetapi ada juga elemen geopolitik di dalam komponen harga yang tinggi sekarang ini. Dan yang disebutkan di antara US$5 ke US$10 di dalam harga sekarang ini disebabkan oleh geopolitik yang tidak stabil di dalam dunia.

Soalan: Tan Sri, berapa lama agaknya keadaan pasaran dengan harga yang tinggi ini. Bilakah agaknya pasaran akan menjadi normal balik pada pendapat Tan Sri?

Jawapan: Bilakah ia akan menjadi normal balik? Itu saya rasa yang ditanya-tanyakan oleh semua dan juga apakah yang akan kita katakan normal, normal balik ke us$40, balik ke US$100? Itu pada pendapat saya, memang permintaan di dalam dunia. Kita dapat permintaan yang tinggi dari macam pengguna-pengguna negara China, di India dan juga di timur tengah. Banyak tidak mengatakan kenaikan permintaan di negara-negara timur tengah yang sedang menggunakan hasil daripada kenaikan harga minyak untuk pembangunan di dalam
negeri masing-masing.

Soalan: Ok, Tan Sri, saya nak lanjutkan perbincangannya. Kalau kita perhatikan negara China dan India, kita ambil contoh negara China, dari segi keperluan ataupun permintaan untuk minyak di negara itu, kalau dapat Tan Sri berikan sedikit gambaran bagaimana misalnya keperluan dunia ini meningkat dengan banyak oleh kerana pertumbuhan yang luar biasa dari segi ekonomi di kedua-dua buah negara, kita ambil contoh negara China?

Jawapan: Contohnya di negeri China. Ia telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam satu dekad yang sudah. Di dalam pertumbuhan ekonomi itu permintaan petrol dan diesel meningkat. Ia meningkat kerana sektor pengangkutan. Jadi bila kita lihat di negeri China misalnya. Dalam tahun 2006, kenderaaan-kenderaan baru berjumlah lebih kurang tujuh juta. Itu yang baru. Jadi kalau kita guna 10 liter satu hari, itu sudah 70 juta liter sehari meningkat. Kalau setahun, ia lebih kurang satu loji penapisan yang mengeluarkan 300,000 tong minyak.

Soalan: Itu lebih kurang separuh daripada pengeluaran kita.

Jawapan: Ya. Itu lebih kurang separuh daripada pengeluaran kita di negeri China saja untuk kereta baru dan kalau tiap-tiap tahun ia meningkat sebanyak tujuh juta, maknanya tiap-tiap tahun loji minyak yang berkapasiti 300,000 tong sehari dikehendaki untuk permintaan.

Soalan: Tadi Tan Sri sebut pasal geopolitik. Adakah ini berhasil harga minyak naik melambung tinggi kerana pergelutan di antara dunia Arab dan barat kerana OPEC, pertubuhan negara pengeksport minyak tidak berbuat apa-apa pun, mereka belum lagi bermesyuarat. Adakah ini pergelutan antara mereka berdua?

Jawapan:
Saya rasa tidak begitu. Opec telah beberapa kali bermesyuarat untuk mengkaji dan menimbang keperluan minyak dunia. Masalah geopolitik di antara misalnya kedudukan Iran. Iran mengeluarkan 2.5 juta tong sehari. Jadi kalau ada threat peperangan di Iran seperti 10 hari sudah, ada disebut akan diserang, hari itu minyak naik US$10. Dan juga keganasan di negara Nigeria. Kita perlu ambil tahu yang macam negara Nigeria yang juga telah mengeluarkan lebih kurang dua juta tong sehari. Minyaknya berkualiti tinggi, light crude. Jadi keperluan minyak light crude memang banyak. Jadi kalau ada kekacauan di Nigeria harga minyak akan naik.

Soalan: Tan Sri, mari kita pergi kepada isu di negara kita. Pengumuman kenaikan harga minyak mendapat banyak reaksi daripada rakyat. Dan soalan pertama yang mereka tanyakan ialah kita pengeluar minyak. Kita keluarkan minyak, kenapa kita tidak tampung hasil daripada pengeluaran minyak kita, katakan 600,000 -700,000 tong sehari, untuk memberikan subsidi lebih banyak kepada rakyat dan kenapa perlu kita menaikkan harga minyak?

Jawapan:
Memang kita negara pengeluar minyak tetapi pengeluaran kita di dalam konteks itu, kecil, 700,000 tong sehari berbandingkan negara Saudi 10 juta tong sehari. Dan di negara kita ini harga minyak memang rendah kerana subsidi kerajaan yang meningkat tahun demi tahun untuk mengekalkan harga minyak di stesen-stesen minyak pada tahap yang rendah daripada harga pasaran. Tetapi saya rasa keadaan ini tidak boleh diteruskan kerana subsidi yang dibayar oleh kerajaan mengikis budget untuk pembangunan negara. Jikalau kita lihatkan dalam budget dalam tahun 2007, subsidi adalah lebih kurang 30 peratus daripada budget pembangunan negara. Bukan sehari bajet pembangunan.

Soalan: Tan Sri, ada lagi satu argument mengatakan harga minyak naik, keuntungan Petronas pun akan naik. Jadi tidak bolehkah Petronas menggunakan sebahagian daripada keuntungannya untuk menolong kerajaan memberi subsidi yang lebih?

Jawapan: Subsidi minyak yang diberikan kerajaan diberi kepada semua syarikat yang mengendalikan retail stesen, ini termasuk syarikat-syarikat lain daripada Petronas seperti Shell, Esso dan sebagainya. Petronas dagangan, anak syarikat Petronas yang disenaraikan di Bursa Malaysia, pun dibayar subsidi oleh kerajaan. Jadi, memang betul bila harga minyak meningkat, Petronas mendapat keuntungan lebih tetapi keuntungan itu dicukai, dibayar cukai 38 peratus. Cukai petroleum 38 peratus, bukan 26 atau 27 peratus seperti di syarikat lain. Dan Petronas pun telah meningkatkan pembayarannya kepada kerajaan, bayaran cukai, royalti dan juga dividen. Kalau nak dikatakan peratus peningkatan dari tahun 2003 sampai tahun 2007 ialah 180 peratus. Dibandingkan dengan kenaikan minyak dalam jangka masa yang sama, 143 peratus.

Soalan: Tan Sri, boleh Tan Sri terangkan sejak Petronas bermula pada 1974 sampai sekarang, berapa banyak royalti dan sebagainya telah diberikan kepada kerajaan? Petronas bermula dengan modal yang kecil.

Jawapan: Petronas bermula dengan modal RM10 juta dalam tahun 1974 yang dibayar oleh kerajaan persekutuan. Daripada tahun 1974 ke akhir tahun 2007, Petronas telah meraih keuntungan sebanyak RM570 billion dan pembayaran kepada kerajaan ialah RM336 billion di dalam jangkamasa yang sama.

Soalan:
Tan Sri, saya tak begitu yakin dengan penjelasan tadi mengenai subsidi kerana negara-negara lain pun memberi subsidi, Saudi, Brunei. Jadi kenapakah Malaysia mengurangkan subsidi sama?

Jawapan: Kita perlu bandingkan, kalau kita ambil negara Saudi dulu. Seperti saya katakan tadi, pengeluarannya 10 juta tong sehari. Katakan harga minyak US$100 sehari, pendapatannya US$1 billion. Rakyatnya lebih kurang 24 juta. Jadi di negara Saudi, ia bergantung kepada ekonomi minyak dan tiada ekonomi yang lain di Saudi. Bukan saja minyak murah, air, api dan tidak ada cukai pendapatan. Maknanya banyak perbelanjaan rakyat Saudi ditanggung oleh kerajaan dan dia berkemampuan untuk menanggung perbelanjaan itu kerana hasilnya tinggi dan juga di Venuzuela. Di Venezuela, ia mempunyai polisi yang populis. Sebelum polisi ini diadakan, pengeluaran Venezuela lebih kurang 4 juta tong sehari. Sekarang kerana setiap untung yang diperolehi oleh syarikat minyak nasional Venezuela diambil oleh kerajaan, tidak ada pelaburan baru dan pengeluaran mereka telah menurun kepada lebih kurang 2.5 juta tong sehari dan makin merosot.

Soalan: Apa beza dengan negara kita?

Jawapan: Beza dengan kita, seperti saya katakan tadi, kita telah meraih keuntungan RM570 billion. Kita telah bayar kepada kerajaan RM336 billion. Bakinya, Petronas telah menggunakan wang itu untuk melabur di dalam, seperti paip saluran gas PGU, loji-loji penapisan, loji-loji petrokimia dan sebagainya. Ini proses value add yang telah dilakukan, telah memberikan keuntungan yang lebih kepada petronas dan justeru itu kepada kerajaan.

Soalan: Kalau kita tak labur?

Jawapan: Kalau kita tak labur, kerajaan tidak akan menerima pembayaran sebanyak RM336 bilion. Dalam jangkaan saya, mungkin pembayaran kepada kerajaan cuma RM161 bilion.

Read More...

Kenyataan media ahli Parlimen SAPP Sepanggar

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Eric Enchin Majimbun
Rabu, 18 Jun 2008

DALAM ketetapan untuk mengukuhkan perlaksanaan dan kestabilan politik, rakyat Malaysia khasnya di Sabah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kini.

Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskannya dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas.

Maka dengan ini, saya mengistiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kini.

Saya menurunkan tandatangan,

Eric Enchin Majimbun
Ahli Parlimen Sepanggar


Read More...

Undi tidak percaya pada PM, Anwar ucap tahniah pada SAPP

Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, 18 Jun (SK)- Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Parti Progresif Sabah (SAPP) dan dua Ahli Parlimen parti berkenaan diatas ketegasan dan keberanian parti berkenaan untuk mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SAPP awal petang tadi, parti berkenaan yang menjadi salah sebuah parti komponen BN di negeri Sabah akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Abdullah Badawi apabila Dewan Rakyat yang akan bersidang Isnin ini.

“Tahniah dan salut perjuangan kerana ketegasan dan keberanian Parti Progresif Sabah (SAPP) dan dua Ahli Parlimen mereka mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah,” kata Anwar Ibrahim dalam blognya, Anwaribrahimblog.com

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen - Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - dan empat ahli dewan undangan negeri berkenaan.

Menurut Anwar beliau telah mengadakan dua perbincangan sebelum ini bersama Presiden SAPP Yong Teck Lee dan pimpinan SAPP, dan isu pokok berkaitan perbincangan adalah berkaitan good governance atau pengurusan pemerintahan baik dan mematuhi prinsip pertanggungjawaban.

Anwar turut mengatakan bahawa jaminan keadilan bagi rakyat, bumiputra dan lainnya termasuk Sabah.

“Kita menjamin 20 peratus royalti minyak kapada Sabah, Sarawak dan Trengganu, serta perwakilan yang adil bagi negeri Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.

Dengan melahirkan rasa gembira dengan tindakan awal ini, Anwar menyeru supaya Ahli-ahli parlimen lain untuk segera bertindak bagi menjamin polik yang stabil dan pengurusan ekonomi yang cekap.

“Saya gembira dengan tindakan awal ini dan menyeru supaya rakan-rakan lain segera bertindak demi menjamin politik yang stabil dan pengurusan ekonomi cekap yang akan menjamin pertumbuhan pantas serta pengagihan adil,” katanya lagi.

Read More...

SAPP hilang yakin, sokong undi tidak percaya ke atas Pak Lah

Mstar Online

18-06-2008 10:02:10 PM

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Parti Maju Sabah (SAPP), ditubuhkan 14 tahun lalu, sebagaimana dijangkakan membuat keputusan 'penting' hari ini - mengisytiharkan yang partinya telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Justeru, SAPP akan menyokong undi tidak percaya terhadap Abdullah di Dewan Rakyat pada 23 Jun ini.

Dewan Rakyat mula bersidang Isnin ini.

Pendirian itu dikemukakan sehari selepas Abdullah,. yang berada di Kota Kinabalu semalam menegaskan, beliau tidak dimaklumkan ada parti komponen Barisan Nasional (BN) akan keluar untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mahu agar SAPP disingkirkan daripada BN.

Sambil menyifatkan tindakan SAPP sebagai tidak "berdisiplin, tidak demokratik dan tidak bertanggungjawab", beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, SAPP juga memperlihatkan ia tidak sabar dalam tuntutannya untuk mendapatkan jawatan Kabinet.

Pakatan Rakyat pula menyatakan pendirian bahawa pihaknya akan menyokong usul bagi undi tidak percaya terhadap Abdullah, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Ini berita baik kepada saya tetapi kami dalam Pakatan Rakyat memang menyambut baik penyertaan oleh anggotaanggota baru dalam gabungan itu, tetapi kita perlu bekerja sama ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat," kata beliau di Shah Alam petang tadi.

Menurut Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, dua Ahli Parlimen parti itu iaitu wakil rakyat Sepanggar dan Tawau akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

"Sama ada usul itu akan dibentangkan oleh Ahl iParlimen kami atau anggota Parlimen lain, akan diputuskan mengikut keadaan," kata beliau pada sidang akhbar di Kota Kinabalu.

Mengulas lanjut keputusan SAPP, Yong berkata, keputusan parti itu adalah untuk memberikan mesej kepada Kerajaan Pusat bahawa SAPP tidak lagi bertolak ansur dengan sikap tidak sensitif mereka terhadap isu di Sabah yang disifatkannya "adalah nyata dan serius."

"BN tiada lagi di Sabah... pada zahirnya ia wujud tetapi pengisiannya tiada,"

"Bagaimanapun, kedudukan kami dalam BN akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi SAPP pada Jumaat ini," katanya.

SAPP, sebuah parti politik majoritinya kaum Cina di Sabah, adalah satu daripada 14 parti komponen BN yang menerajui kerajaan persekutuan.

Ia ditubuhkan pada 1994 dan kini mempunyai tiga anggota di Dewan Rakyat.

Yong, bekas Ketua Menteri Sabah berkata, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun, yang kini berada di luar negara bagi tugasan rasmi, telah menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatangani.

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui juga membuat pendirian yang sama dalam kenyataan yang ditandatangani.

Eric dijadual pulang ke Malaysia bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat pada 23 Jun.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Eric berkata: "Dalam ketetapan untuk mengukuhkan pelaksanaan dan kestabilan politik, rakyat Malaysia khasnya di Sabah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri."

"Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskannya dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas, maka dengan ini, saya mengisytiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri," kata Eric.

Chua pula berkata: "Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Abdullah."

"Tengku Razaleigh Hamzah dan pemimpin Umno yang lain telah juga mendesak pemimpin mereka berundur.

"SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab berkesan, dia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain untuk mengambil alih," katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berada di Kota Kinabalu memberitahu beliau tidak dimaklumkan mengenai ada parti komponen BN di Sabah akan keluar dalam waktu terdekat.

Jelas Abdullah, beliau tidak tahu mengenai sebarang langkah sebuah parti komponen BN atau anggota-anggota Parlimen meninggalkan BN dan membentuk sebuah gabungan bebas.

Kini di Dewan Rakyat BN mempunyai 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 82 kerusi.

Umno mempunyai 79 kerusi, MCA (15), MIC (tiga), Gerakan (dua), PBB (14), SUPP (enam), SPDP (empat), PRS (enam), Upko (tiga), PBS (tiga), PBRS (satu) dan LDP (satu).

Kelmarin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, tidak ada sebarang petunjuk sehingga ini yang sebuah parti komponen BN negeri akan meninggalkan gabungan itu dan beliau menyifatkannya hanya spekulasi.

Malah pada hari yang sama, Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan turut menafikan yang partinya akan meninggalkan BN.

Beliau berkata parti itu tidak ada membincangkan perkara itu dan memberi jaminan SAPP akan kekal sebagai parti komponen BN.

Pada Sabtu lalu, bekas Naib Presiden Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa akan ada sebuah parti komponen BN akan keluar menjelang hujung bulan ini.

Desas-desus melompat parti yang ditimbulkan semula oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak seminggu lalu.

Anwar telah berulang kali menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan menjelang 16 September. Ia mempunyai 82 kerusi di Parlimen dan memerlukan 30 wakil rakyat yang sanggup melompat parti.

Desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen BN akan menyertai kendengaran sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, dengan kebanyakannya membabitkan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Ditanya sama parti itu menjangka akan disingkirkan daripada BN, Yong berkata: "Kami telah membuat pendirian dan kami akan menanggung akibatnya."

Yong berkata, beliau tidak mempunyai masalah peribadi terhadap Perdana Menteri, malah pertemuan terakhir dengan Abdullah pada 13 Mei lepas di Kuala Lumpur berlangsung dengan mesra.

"Pada masa itulah saya menyatakan dengan agak jelas supaya saya tidak disalah faham. Saya menyatakannnya tiga kali bahawa walaupun tidak akan berlaku (anggota BN) melompat parti seperti yang dispekulasikan, Perdana Menteri tidak seharusnya mengetepikan kemungkinan perkara ini tidak akan terjadi pada masa depan kerana isuisu yang berlaku adalah nyata, anggota Parlimen ini serius," katanya.

Yong berkata, usul undi tidak percaya itu akan diteruskan meskipun jika parti itu masih dalam BN.

Mengenai kemungkinan SAPP menyertai Pakatan Rakyat, beliau berkata isu itu tidak timbul.

Read More...

Tiada rancangan piket, kata kesatuan TNB

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Jun 18, 08 8:36pm

Ketiga-tiga persatuan sekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai rancangan untuk mengadakan piket sementara menunggu jawapan balas pihak pengurusan berhubung penolakan mereka terhadap tawaran pelarasan kenaikan gaji kakitangan.

Ketiga-tiganya ialah Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB, Kesatuan Pegawai Rendah TNB dan Persatuan Eksekutif TNB yang mempunyai keahlian 25,000 orang.

Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB, Md Zamri Md Yasin berkata mereka menolak tawaran pelarasan kenaikan gaji sebanyak tiga peratus dari pihak pengurusan TNB.

Md Zamri memberitahu Malaysiakini, beliau pihaknya juga sedang menunggu keputusan pengurusan TNB terhadap beberapa tuntutan kesatuan sekerja termasuk tawaran pelarasan tersebut.

"Kita mengambil keputusan tidak perlu mengadakan piket kerana masih menunggu keputusan dari pengurusan TNB," katanya sambil menambah keputusan itu dibuat dalam mesyuarat antara semua kesatuan tersebut petang tadi.

Bagaimanapun, Md Zamri enggan menjelaskan apakah tuntutan yang dikemukakan kepada TNB itu.

Pintu rundingan antara kesatuan dengan TNB, tambah beliau, belum tertutup.

Tidak puashati

Md Zamri menegaskan demikian sebagai menjelaskan laporan dalam Malaysiakini hari ini yang menyebut pihak kesatuan merancang untuk mengadakan piket kerana tidak puashati dengan tawaran pelarasan kenaikan gaji sebanyak tiga peratus kepada kakitangannya.

Katanya, apa juga keputusan yang akan diambil akan bergantung kepada jawapan balas dari pihak pengurusan TNB berhubung tuntutan tersebut.

Laporan Malaysiakini itu memetik seorang pemimpin kesatuan itu yang enggan namanya disiarkan sebagai berkata, pihak kesatuan sangat kecewa dengan tindakan syarikat tersebut yang hanya menawarkan pelarasan kenaikan gaji sebanyak tiga peratus kepada kakitangannya.

Latanya, TNB juga tidak membayar elaun sara hidup (COLA) dan elaun perumahan kepada kakitangannya.

"Kami telah berunding empat kali sejak April lalu tetapi belum menemui jalan penyelesaian kerana TNB tetap berkeras hanya mahu menerima pelarasan kenaikan gaji tiga peratus sahaja.

"Jika isu ini tidak selesai dalam masa terdekat, kami akan mengadakan piket membabitkan 20,000 ahli kesatuan.

"Kami telah menyerahkan memorandum kepada pengurusan TNB supaya menaikkan kepada kadar yang lebih tinggi tetapi tidak diendahkan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan menswastakan TNB pada 1990 dan kini ia berada di bawah Khazanah Nasional Bhd, sebuah unit pelaburan kementerian kewangan

Gaji CEO

"Pihak pengurusan TNB menolak permintaan kesatuan untuk mendapatkan pelarasan kenaikan gaji yang lebih tinggi atas alasan kos meningkat ekoran kenaikan harga minyak," katanya.

Bagaimanapun, katanya alasan tersebut tidak diterima kerana syarikat korporat tersebut mencatat keuntungan RM4 bilion tahun lalu iaitu yang paling tinggi dalam sejarah penubuhannya.

Beliau berkata, menurut laporan tahun TNB, gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Datuk Che Khalid Mohamad Noh sekarang ialah RM1,107,280.00 setahun.

Katanya, laporan itu juga menyebut bahawa Che Khalid mempunyai saham dalam syarikat tersebut sebanyak 735,000 unit.

Beliau berkata, pihaknya akan berunding untuk menentukan tindakan lanjut jika pengurusan TNB terus enggan melayan permintaan pekerja mereka.

"Ramai pekerja TNB berkata mereka lebih rela diserapkan sebagai kakitangan kerajaan daripada berada di bawah TNB.

'Azman tidak faham keadaan'


"Mereka telah meminta kesatuan supaya mencari jalan supaya kakitangan TNB diserapkan sebagai kakitangan kerajaan yang lebih terjamin.

"Kini pendapatan pekerja TNB lebih rendah daripada kakitangan kerajaan ekoran kenaikan gaji sehingga 41 peratus tahun lalu," katanya lagi.

Beliau juga ditanya mengenai kenyataaan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar bahawa gaji Che Khalid akan dinaikkan 100 peratus sebagai menghargai sumbangannya kepada kemajuan TNB yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pemimpin kesatuan itu berkata, kenyataan Azman itu jelas menunjukkan bahawa beliau tidak memahami apa yang sebenarnya berlaku dan keadaan kakitangan bawahan TNB.

"Adakah pihak pengurusan TNB memberitahu Azman perkara yang sebenarnya mengenai keadaan kakitangan gaji kakitangannya," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Azman supaya mendapatkan maklumat sebenar dari pihak kesatuan.

Read More...

Kenaikan 100% gaji CEO TNB melampau, tidak berhati perut, kata Mahfuz

Harakahdaily

Salmiyah Harun

Wed | Jun 18, 08 | 5:27:30 pm MYT


KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Kenaikan gaji 100 peratus bagi CEO Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah satu tindakan yang tidak berhati perut pada masa rakyat sedang bergelumbang dengan kenaikan bahan api yang melampau, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.

Beliau ketika dihubungi berkata, rakyat yang juga pengguna TNB telah menyumbang keuntungan berganda kepada syarikat GLC itu tidak mendapat apa-apa daripada keuntungan sebaliknya terus dibebani dengan pelbagai kenaikan.

"Rakyat terus terhimpit dengan kenaikan petrol baru-baru ini dan pada Julai nanti pula rakyat akan berdepan dengan kenaikan tarif elektrik, sedangkan CEO mereka mendapat kenaikan gaji sekali ganda di atas beban yang dipikul rakyat.

"Kenaikan gaji CEO itu menyebabkan wujud jurang pendapatan yang terlalu besar antara pegawai GLC dengan pengguna," katanya.

Sehubungan itu katanya, Perdana Menteri selaku Pengerusi Khazanah Nasional Berhad tidak menggunakan kuasanya sebaliknya hanya menyerahkan keputusan kepada Pengarah Urusannya iaitu Tan Sri Azman Mokhtar.

"Abdullah sepatutnya bertanggung jawab dalam hal ini tidak boleh serah bulat-bulat kepada Azman untuk tentukan kenaikan atau pertambahan gaji di kalangan CEO GLC termasuklah CEO TNB," katanya.

Apa yang dikesali kata Mahfuz, pengguna TNB yang membayar tarif elektrik walaupun RM10 setiap bulan, sekurang-kurangnya mereka juga penyumbang kepada keuntungan kepada TNB.

Beliau berkata, sepatutnya keuntungan TNB dikongsi bersama dengan pengguna kerana penggunalah TNB mampu berdiri sebagai syarikat gergasi yang mendapat keuntungan berterusan.

Justeru katanya, pengguna sepatutnya dijadikan salah satu pemegang syer TNB dan sudah sampai masanya syarikat itu membuat kaedah untuk memberi pulangan kepada pengguna.

"Jangan hanya pandai memotong bekalan elektrik sahaja apabila pengguna lewat membayar elektrik," katanya.

Semalam, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, Buku Biru (Blue Book) Khazanah, yang memperincikan imbuhan eksekutif, cuba untuk melaksanakan keadaan yang "kami tidak membayar terlalu rendah, kami tidak pula sepatutnya membayar terlalu tinggi, tetapi kami perlu membayar secukupnya dan kami perlu membayar secara adil."

"Ini adalah perkara penting. Ia berasaskan prestasi, dorongan insentif dan pembiayaan sendiri," kata Azman selepas menghadiri majlis perasmian bengkel kerja Program Makmal Keusahawanan MIT Sloan Global yang dikelolakan oleh Khazanah.

Menurut sumber dianggarkan CEO TNB mendapat gaji puluhan ribu setiap bulan setaraf dengan syarikat gergasi yang lain dan jika diberi kenaikan 100 peratus gajinya akan mencecah ratusan ribu sebulan. - mns_

Read More...

Azmin: Dua parti akan tinggalkan BN

Malaysiakini

Jun 17, 08 3:56pm

Ketika dua komponen BN menafikan akan melompat kepada Pakatan Rakyat, pemimpin PKR masih yakin ahli-ahli parlimen BN akan meninggalkan parti mereka "sebelum tarikh akhir 16 September."

azmin ali interview 220307 clarifyNaib presiden PKR Mohamad Azmin Ali dilaporkan berkata perundingan antara partinya dengan wakil-wakil rakyat BN "berjalan lancar", termasuk dalam kalangan Umno.

"Ada kemungkinan besar, dan perbincangan itu masih berjalan, bukan hanya dengan MCA tetapi juga dengan Umno dan parti-parti komponen BN," katanya, lapor agensi berita AFP.

Azmin enggan menjelaskan jumlah ahli parlimen Umno yang akan meninggalkan BN, khususnya selepas faktor pengaruh kenaikan harga minyak yang lebih menekan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengurus ekonomi negara.

Menurut laporan agensi itu lagi, setiausaha agung MCA Datuk Ong Ka Chuan menganggap dakwaan akan ada anggota parti itu melompat kepada gabungan pembangkang sebagai "tidak masuk akal dan palsu semata-mata."

"Semua 15 ahli parlimen MCA telah menghubungi saya untuk menafikan mereka pernah berjumpa Anwar, apatah lagi melompat kepada pembangkang," beliau dipetik sebagai berkata, mengulas kenyataan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

"Ia hanyalah pembohongan. Beliau sengaja membocorkan dakwaan itu kepada akhbar, supaya beliau boleh bertemu parti komponen BN yang lain dan kemudian berkata 'tengok, MCA sudah bersedia melompat parti, anda juga harus menyertai kami'," katanya.

Timbalan presiden Parti Progresif Sabah (Sapp) Raymond Tan berkata walaupun ia lantang mengkritik kerajaan tetapi tidak bercadang meninggalkan BN.

Azmin pula berkata penafian seumpama itu sudah boleh diduga keana "budaya ketakutan, ugutan dan gangguan dalam politik Malaysia."

"Jadi anda harus menyelami nasib mereka, tetapi perbincangan kami dengan parti-parti komponen (BN) sangat positif dan menunjukkan kemajuan sangat baik," katanya lagi.

Read More...

Analisis: Enam 'teori' politik Malaysia

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Mohd Sayuti Omar
Selasa, 17 Jun 2008

KALAU boleh dinamakan sebagai teori politik Malaysia mutakhir, ada enam teori yang bakal mengejutkan politik Malaysia dewasa ini. Teori-teori ini merupakan isu-isu yang memenuhi menu perbualan ahli dan pemerhati politik pada masa ini. Dan ia juga bakal merubah senerio politik negara.

Pemerhati yang bertaraf intelektual juga menunggu-nunggu teori atau isu ini dengan penuh tanda tanya dan sukar untuk membuat hepotesis mengenainya.

Ilmu sains politik dan sejarah politik yang mereka hafal juga tidak dapat membayangkan yang mana satukan antara enam teori ini akan menjadi realiti atau mendahului antara satu sama lain. Kedudukannya bernisbah 50 – 50.

Pertama ialah mengenai 30 ahli Parlimen BN yang dikatakan akan lompat menyertai pembangkang – Pakatan Rakyat.

Teori ini bolehlah dinamakan teori Anwar Ibrahim sebab ianya dicetus bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Anwar dakwa ada 30 ahli Parlimen BN akan bersama Pakatan Rakyat.

Masa yang dinanti dan dipacak ialah 16 September sempena hari penubuhan Mayalsia.

Sehubung itu pembentukan kerajaan baru Kerajaan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada tarikh berkenaan dan sekaligus mengakhiri zaman kekuasaan Umno dan Barisan Nasional di Malaysia.

Walaupun teori ini dianggap gimik oleh pihak BN tetapi ia tetap membimbangkan BN. Teori ini menjadikan anggota BN sendiri berbelah bahagi dan yang tidak nyenyak tidur.

Kedua ialah mengenai usaha di kalangan Pas yang kini sedang mengatur dan mencari ruang untuk berbaik dengan Umno.

Dengan menggunakan alasan politik Melayu dalam situasi bahaya dan kedua parti itu perlu berbaik demi menjamin kesenimbungan politik dan masa depan Melayu, Pas dikatakan bersedia untuk berbincang dengan Umno, begitu Umno menanti Pas membuka mulut saja.

Untuk tujuan itu Majlis Syura di mana statusnya paling tinggi dalam hierarki organisasi Pas dikatakan telah mengeluarkan pandangan bahawa tidak menjadi kesalahan Pas berbincang dengan Umno.

Pandangan majlis syura itu dilihat sebagai satu perkembangan baru dalam senerio politik Pas.

Justeru ada pihak bertindak atas pandangan majlis syura berkenaan berusaha secara individu oleh pemimpin Pas termasuk pemimpin tertinggi.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang juga dikatakan tidak melarang usaha menyatukan Pas dengan Umno. Usaha ini sedang dilakukan tetapi secara senyap.

Titik tolak kepada usaha ini juga dibuat kerana mereka tidak percayai kepada ketulusan dan sikap politik orang yang diletakkan untuk mengepalai kerajaan Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Berpandukan kepada pengalaman lalu Pas begitu waspada dengan political animal Anwar Ibrahim.

Kalau ada di kalangan Pas merasa serit dengan peristiwa Pas ditendang dari BN tahun 1974 dulu, begitu juga ada di kalangan tokoh Pas merasa perit dengan Anwar Ibrahim semasa Penasihat Umum PKR itu menjadi orang nombor dua dalam Umno kira-kira 12 tahun lalu.

Lantaran itu wujud percanggahan pendapat di kalangan Pas mengenai perkara ini. Mereka yang percaya dan bersikap liberal mempercayai kepada Anwar dan menolak apa juga usaha dan alasan agar dicari pendekatan dengan Umno.

Sebaliknya mereka yang sangsi kepada Anwar cuba mencari alternatif baru dengan menghulurkan tangan persahabatan dengan Umno.

Yang bakal menentukan apakah usaha pendekatan Pas dengan Umno ini berjaya atau tidak ialah ahli-ahli Pas sendiri.

Dipercayai muktamar Pas tahun ini akan membuat ketetapan berhubung langkah-langkah ini dan sekaligus menjadi muktamar berkenaan panas dan hangat.

Adalah diyakini muktamar akan memutuskan bahawa pakatan dengan Umno mungkin ditamatkan. Ini kerana sikap Mursyidul Am Pas yang berkali-kali menjelaskan beliau (Pas) sudah serit untuk berbaik dengan BN.

Suara dan pandangan Mursyidul Am Pas sering diterima walaupun tidak betul tetapi atas nama dan kapasitinya sebagai Mursyidul Am jarang ahli Pas membantahnya.

Ketiga, mengenai pergolakan di dalam Umno, di mana ada usaha oleh puak-puak Mohd Najib Razak untuk menjatuhkan Abdullah secara terhormat.

Mereka berusaha agar pelan peralihan kuasa berlaku sebelum Disember ini dimana Najib diharap akan mengambil tempat Abdullah.

Gerakan ini sekarang proaktif di mana ia disertai sama oleh Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang akan mendapat tuah dan laba besar daripada peralihan kuasa ini dikatakan bergerak sekali dengan Najib.

Para penyokong dan pencacai politik Muhyiddin bergabung tenaga secara tidak nyata dengan orang-orang Najib.

Tindakan Muhyiddin yang mengistyharkan beliau akan merebut jawatan timbalan presiden adalah strategi beliau memaksa Najib berganjak ke atas.

Tektik dan politik Muhyuddin ini katanya sudah dicurigai Abdullah menyebabkan Abdullah kini benar-benar tidak senang dengan tindak tanduk politik Muhyiddin.

Manakala Muhyiddin kini dikatakan berada dalam dilema sekiranya Najib tidak berganjak beliau bakal menghadapi masalah. Bidalan kerana santan pulut binasa kini katanya sedang melanda Muhyuddin.

Keempat mengenai usaha Ku Li untuk melawan Abdullah. Ku Li kini sedang mengatur dan mencatur politik dalaman Umno untuk membolehkan beliau layak bertanding merebut jawatan presiden Umno.

Apakah Ku Li berjaya melepasi sekatan yang mengenakan kuota 30% itu ataupun tidak. Dalam usaha ini Ku Li sudah menjelajah hampir ke seluruh negara bagi memastikan beliau cukup pencalonan untuk menentang Abdullah.

Sekiranya Ku Li mendapat 58 pencalonan, ia sesuatu yang menarik dan ada yang menjangkakan keadaan itu menyebabkan Abdullah akan menerima nasib seperti Ghafar Baba dalam tahun 1993 dulu sewaktu diasak oleh Anwar Ibrahim.

Kelima ialah mengenai kemungkinan Anwar Ibrahim akan kembali kepada Umno. Walaupun Anwar menafikan kemungkinan ini tetapi ia tidak mudah diterima oleh umum.

Ada keperluan dan logik kalau kemungkinan ini berlaku. Keperluan dan kekosongan dalam politik semasa membawa kepada kemungkinan itu.

Abdullah tidak mustahil akan berkomplot dengan Anwar dalam mengukuhkan kedudukannya sekiranya beliau mendapat tentangan daripada Najib.

Kalau Najib terikut dengan pandangan Muhyiddin sehingga merempuhnya, tidak mustahil Abdullah akan mengundang Anwar menyertai Umno.

Kemasukan bekas orang kanan Anwar ke dalam Umno, Mohamad Ezam Mohd Nor, membuka lagi ruang dan perkiraan ke arah itu.

Walaupun Ezam menjelaskan kemasukannya ke dalam Umno tidak ada kena mengena Anwar sebaliknya kerana beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anwar dalam PKR kini, itu hanya kenyataan politik yang boleh ditafsirkan dengan berbagai tafsiran.

Keenam, apakah ada parti komponen BN yang akan meninggalkan komponen itu dalam masa terdekat ini. Khabar angin tersebar luas kononnya ada sebuah parti komponen akan meninggalkan BN.

Perkara ini bukan diuar-uarkan oleh pihak pembangkang sebali ianya dinyatakan sendiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Walaupun ada parti-parti tertentu telah menafikan dan sekaligus menyatakan kesetiaan mereka kepada BN, namun semua itu tidak dapat menutup percakapan umum mengenai perkara itu.

Hari ini mereka boleh menafikan, tetapi esok lain jadinya. Sudah banyak keadaan demikian berlaku dan inilah menyebabkan orang ramai tidak mudah untuk mempercayai apa saja cakap malah janji dan sumpah dalam politik.

Kesimpulan antara teori-teori itu yang manakah akan berlaku dalam waktu terdekat ini. Sama-samalah kita menunggunya. Boleh jadikan juga keenam-enam itu tidak akan menjadi kenyataan dan hanya asap dan kabus sahaja.

Read More...

Pegawai di Putrajaya tidak sabar menunggu kerajaan baru

Harakahdaily

Lanjusoh
Mon | Jun 16, 08 | 04:36:39 PM

KOTA BHARU, 16 Jun (Hrkh) � Ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memujuk rakyat dengan isu peralihan kuasa, pegawai dan kakitangan di Putrajaya pula tidak sabar untuk menunggu kerajaan baru dibentuk.

Kata mereka peralihan kuasa di kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyelesaikan masalah kerana dasar diamalkan tetap sama.

Sebaliknya pemimpin bukan dari kelompok BN diperlukan bagi mengembalikan negara ke landasan yang betul.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Syapawi Abdul Rani berkata, ketika beliau mengunjungi Putrajaya baru-baru ini ramai pegawai dan kakitangan menanyakan bila tarikh pertukaran kerajaan berlaku.

�Di mana sahaja kita berada di Putrajaya pasti soalan itu yang ditanya kakitangan kerajaan sama ada yang berjawatan tinggi atau rendah.

�Mereka kelihatan tidak sabar-sabar lagi menunggu sebuah kerajaan baru mengambil alih pentadbiran negara yang ada sekarang,� katanya ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini, kelmarin.

Ketika ditemui kemudiannya beliau berkata, bebanan kenaikan harga minyak menyebabkan pegawai dan kakitangan kerajaan persekutuan semakin hilang kepercayaan kepada kerajaan yang ada sekarang.

Menurutnya proses pertukaran kerajaan di peringkat pusat akan menjadi lebih cepat lagi dengan masalah yang berlaku hari ini.

�Bukan lagi rakyat biasa yang menunggu kehadiran kerajaan baru, sebaliknya pegawai dan kakitangan kerajaan juga seperti tidak sabar menunggu bulan September,� ujarnya.

Azman yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata, peralihan kuasa semakin menampakkan riak-riak yang positif sekarang.

Menurutnya biar pun ada pihak memandang sinis dengan peralihan kuasa politik tersebut, namun sesuatu di luar jangka tidak dapat ditolak lagi.

Katanya, itu belum diambil kira dengan tarif elektrik yang akan dinaikkan kerajaan tidak lama lagi.

Perdana Menteri sejak kebelakangan ini sering membangkitkan isu peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Razak bagi memastikan sentimen kemarahan ahli Umno dan rakyat ekoran kekalahan teruk BN pada pilihan raya umum lalu diredakan.

Bagaimanapun penganalisis politik melihat pelan peralihan kuasa tersebut hanyalah mainan politik Abdullah bagi menyelamatkan keadaan.

Ia tidak serius seperti pernah dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengumumkan berundur daripada jawatan nombor satu.

Kata mereka kenyataan Perdana Menteri yang mahu mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan Umno Disember depan menguatkan lagi hujah tidak akan berlaku peralihan kuasa dalam masa terdekat ini.

�Peralihan kuasa sebetulnya sekadar gimik politik bagi meredakan keadaan. Rakyat boleh melihat sendiri apa yang akan berlaku selepas ini,� ujar mereka.

Sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mengandaikan 16 September depan sebagai tarikh peralihan kuasa apabila 30 anggota parlimen BN melompat parti.

Tarikh tersebut dikira keramat memandangkan ia merupakan ulangtahun penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam gabungan Malaysia. - mj _

Read More...

Tali pinggang belakang percuma tahun depan

Kosmo Online


PENGUATKUASAAN pemakaian tali pinggang belakang akan dilaksanakan awal tahun depan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kira-kira 479,000 kereta yang didaftarkan sebelum 1995 dijangka mendapat pemasangan percuma tali pinggang keledar tempat duduk belakang bermula awal tahun depan sehingga pertengahan 2010, di bawah program penajaan yang dimulakan oleh kerajaan.

Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat berkata, setiap pemasangan membabitkan kos purata sehingga RM80 dan kos purata untuk satu set tiga tali pinggang keledar tempat duduk belakang ialah RM100, bagaimanapun kos keseluruhan akan ditanggung oleh pengeluar atau menerusi tajaan oleh warga korporat.

Pemilik kereta hanya perlu membawa kereta mereka ke bengkel terpilih yang dilantik oleh pengeluar untuk memasangnya.

Tee Keat berkata, kira-kira 476,000 kenderaan yang dikeluarkan sebelum 1995 akan terbabit dalam usaha berkenaan, iaitu Perodua Kelisa (28,000), Perodua Kancil (141,000), Perodua Kenari (33,000) dan Proton Iswara/Saga/Gen 2 (150,000), Naza (30,000) dan jenis lain (20,000).

"Berapakah tajaan yang kami peroleh sehingga kini untuk program itu? Kami akan beritahu apabila kami umumkan rakan kerja kami dan apabila kami memeterai MoU berasingan dengan mereka," katanya di sini.




Tee Keat berkata, pemilik kereta boleh memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma dengan pengeluar asal di bengkel terpilih dan pengeluar terbabit dijangka mengumumkan pelan tindakan mereka tidak lama lagi.

Read More...

SAPP tolak dakwaan keluar BN

Utusan Online

KOTA KINABALU 16 Jun - Parti Maju Rakyat Sabah (SAPP) menegaskan tidak akan keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) seperti yang didakwa banyak pihak, akhir-akhir ini.

Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata, apa yang diperkatakan itu sekadar spekulasi dan tidak mempunyai kaitan dengan parti tersebut.

''Saya boleh beri jaminan tidak berlaku SAPP keluar BN, saya tidak tahu mengapa boleh timbul spekulasi seperti ini, tetapi ini bukan perkara yang kecil, pada masa sekarang parti kami langsung tidak ada keputusan untuk keluar dari BN.

''Parti kami ditubuhkan pada tahun 1994 pun mula dengan BN di Sabah dan bagi saya tidak ada alasan untuk keluar dari BN," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Persidangan Antarabangsa Ketua-ketua Pegawai Eksekutif 2008 di sini hari ini.

Beliau mengulas pelbagai khabar angin yang mendakwa SAPP antara parti komponen yang disebut-sebut akan keluar daripada BN hujung bulan ini.

Khabar angin itu bertiup kencang selepas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa parti komponen tersebut bukan berpusat di Semenanjung.

Tan Shu Kiah yang juga Timbalan Ketua Menteri tidak menolak kemungkinan spekulasi itu ditujukan kepada SAPP kerana kelantangan parti tersebut yang menyuarakan pelbagai isu berkaitan keperluan rakyat Sabah.

''Spekulasi ini mungkin disebabkan suara kami yang lantang, tetapi pada masa yang sama banyak parti komponen BN selepas pilihan raya suarakan banyak perkara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaan Persekutuan.

''SAPP sangat lantang, tetapi semua itu atas sebab yang munasabah, kita perjuangkan banyak isu rakyat Sabah dan kita akan teruskan. Bersuara lantang tidak semestinya akan menukar kami kepada pembangkang dan meninggalkan BN," ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman ketika ditemui turut menafikan ada parti komponen di Sabah yang akan keluar daripada BN.

Menurut beliau, tidak ada sebab parti komponen mahu keluar daripada BN dalam keadaan hubungan yang sedia terjalin erat pada masa ini.

''Saya telah jumpa beliau (Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee) sebelum ini, tetapi isu meninggalkan BN tidak pernah timbul. Ini hanya spekulasi. Kita ada hubungan yang baik dan tidak ada alasan untuk mereka keluar daripada BN," katanya.

SAPP sebagai salah sebuah parti komponen di Sabah mempunyai dua daripada 25 Ahli Parlimen dan empat daripada 60 Ahli Dewan Undangan Negeri.

Read More...

Masa untuk menukar kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat sudah tiba

Harakahdaily

Mohd Rashidi Hassan

Tue | Jun 17, 08 | 3:50:23 pm MYT

Difahamkan seawal November 2007 lagi, sudah dilontarkan kemungkinan kenaikan harga minyak dalam mesyuarat di antara Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan anggota exco kewangan kerajaan negeri dari seluruh negara.

Ketika itu, Abdullah dilaporkan sudah membayangkan bahawa subsidi minyak kemungkinan akan dikurangkan atau dihapuskan bagi mengurangkan bebanan kerajaan.

Justeru di kalangan penganalisis ekonomi menjangkakan harga minyak akan dinaikkan sebelum Pilihan Raya Umum ke 12, namun ia segera dinafikan kerajaan.

Jika penarikan balik subsidi minyak dibuat sebelum pilihan raya, nescaya kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ini, sudah lama pupus di muka bumi.

Tanpa menggunakan isu kenaikan harga minyak pun, Pakatan Rakyat sudah menang di enam negeri (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dengan 82 kerusi Parlimen, mungkin jika harga minyak dinaikkan, BN akan 'totaly wiped out' ditolak rakyat.

Langkah menaikkan harga minyak secara mendadak, dengan menarik balik subsidi ini, merupakan langkah yang paling tidak popular, dibuat Abdullah dalam keadaan imejnya, BN dan Umno yang sudah tercalar dari perspektif rakyat.

Ianya merupakan langkah yang paling tidak bijak, yang bakal menunjuk jalan mudah bagi Pakatan Rakyat menumbangkan BN.

Kesan domino menyebabkan ekonomi menguncup

Dalam menguruskan soal ekonomi, Abdullah tidak keseorangan. Beliau dibantu seluruh anggota Kabinetnya, khususnya Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan di bawah JPM sendiri ada Unit Perancangan Ekonomi (EPU).

Timbul pertanyaan di kalangan rakyat, tidakkah kerajaan membuat perbincangan atau perancangan serta mengkaji impak-impak ekonomi dengan menarik balik subsidi?

Apabila harga petrol dinaikkan RM0.78 sen seliter, diesel dinaikkan RM1.00 seliter, ianya menghasilkan kesan domino kepada ekonomi, di mana rakyat begitu merasai tekanan dan terbeban.

Kesan ketara ini, disusuli dengan kenaikan harga makanan, barangan keperluan harian, produk industri serta lain-lain menyebabkan rakyat semakin tertekan.

Tekanan ini menyebabkan ekonomi negara semakin menguncup.

Misalnya jika dilihat dari satu aspek, para peniaga gerai makanan mengadu pelanggan semakin tidak ramai, bila tidak ramai, peniaga akan mengurangkan pembelian bahan mentah. Jika tidak laku, peniaga terpaksa menutup gerai atau memecat pekerja.

Kesan pengurangan pesanan bahan-bahan mentah juga akan menyebabkan industri perkilangan terjejas.

Apabila kuasa beli rakyat berkurangan, perniagaan tidak laku, penghasilan produk yang tidak kompetitif dan ia juga akan menyebabkan indeks pengangguran serta inflasi yang mungkin meningkat.

Aspek ini belum lagi dikaji kesannya kepada bentuk perniagaan yang lain, industri perkilangan, industri pembuatan serta yang terbabit dalam sektor import eksport.

Secara keseluruhannya teori domino yang berlaku kepada ekonomi negara menjejaskan keseluruhan rakyat dari pelbagai sektor dan pekerjaan.

Kegelisahan rakyat dizahirkan tanpa selindung lagi. Di mana-mana sahaja, sama di masjid, pejabat, premis perniagaan, gerai makan, stesyen bas, di kedai kopi, hatta sehingga di pejabat Umno di PWTC juga, rakyat merungut tentang kelemahan PM menguruskan kesejahteraan rakyat.

Tiada kewajaran menyokong kerajaan yang lemah

Rakyat kini, tidak melihat kewajaran bagi sesebuah kerajaan yang juga antara negara pengeluar minyak, menyalahkan kenaikan ekonomi di peringkat global, untuk memujuk rakyat terus menyokong mereka.

Rakyat Malaysia adalah mereka yang matang berfikir serta membuat tindakan. Tahap kematangan yang tinggi ini diungkapkan melalui keputusan PRU lepas.

Rakyat tidak lagi mahu parti yang mempunyai 'solid' majoriti dalam kerajaan. Rakyat mahukan ketelusan serta 'check and balance' dalam pentadbiran negara.

Maka akibat dari kesan ekonomi yang tidak menentu ini, rakyat mula mempersoalkan, apakah pegawai-pegawai kerajaan di EPU dan Kementerian Kewangan tidak buat kerja dan tidak mengkaji kesan seburuk ini?

Atau pun mungkin, kertas kajian mengenai impaknya sudah disediakan, tetapi tidak dibaca atau tidak difahami oleh PM sendiri?

Atau pun mungkin Abdullah yang tidak memahami soal ekonomi, juga terkenal dengan sifat 'spoon feeding'nya, menerima taklimat silap yang diberikan oleh pegawai lulusan Oxford University, yang bukan mahir dibidang ekonomi tetapi major dalam bidang linguistik?

Kesilapan besar Abdullah ialah, beliau tidak disokong dengan kajian yang rapi serta mendalam dan jelas tidak mempunyai langkah pemulihan terancang bagi mengendalikan krisis kenaikan harga minyak dalam negara.

Apabila menerima bantahan menyeluruh di kalangan rakyat, kerajaan mula kelam kabut.

Langkah 'ad hoc' terdesak terpaksa diambil, tiba-tiba elaun anggota Kabinet dipotong 10 peratus, memberi rebet tunai, mengurangkan cukai pendapatan, membayar gaji dua kali sebulan dan entah apa-apa lagi hendak dilakukan.

Semakin banyak langkah 'ad hoc' dibuat, kerajaan menjadi semakin tidak popular.

Apabila tiada cara lain, kerajaan meminta rakyat berjimat cermat, kurang menggunakan kenderaan persendirian, sebaliknya menggunakan pengangkutan awam.

Cadangan kerajaan ini turut menerima rungutan rakyat, macamlah pengangkutan awam negara begitu efisyen.

Jika hendak dihurai soal kelemahan pengangkutan awam ini begitu banyak, ia memerlukan satu topik yang khusus.

Semua ini menimbulkan persepsi negatif rakyat, bahawa langkah 'ad hoc' yang dibuat Abdullah ini tidak akan berhasil. Keyakinan rakyat terhadap kerajaan sukar dipulihkan.

Rakyat bukan tidak boleh menerima kenaikan harga minyak, rakyat juga rasional. Tidak bolehkah Abdullah dan kerajaan membuat sesuatu dasar dengan perancangan yang teliti?

Tidak bolehkah langkah-langkah pemulihan dikemukakan secara terancang, dibentangkan bersekali ketika membuat pengumuman kenaikan harga minyak?

BN 'underestimate' kuasa rakyat

Atau mungkin juga kerajaan BN memikirkan rakyat Malaysia begitu baik dan tidak akan membuat bantahan yang boleh mengakibatkan mereka kehilangan kuasa.

BN sudah membuat kesilapan yang kedua, iaitu kesilapan yang lebih besar apabila mereka 'underestimate' kuasa rakyat.

Kesilapan pertama dilakukan pemimpin BN sewaktu menghadapi PRU ke 12. Mereka terlalu 'confident' untuk mengekalkan kuasa sehingga 'underestimate' pengaruh pembangkang di kalangan rakyat.

Hakikatnya pemimpin BN tidak menyedari bahawa sebarang bentuk kekangan ekonomi yang melampau akan membawa kesan politik yang buruk.

Kelemahan besar anggota komponen BN begitu terserlah apabila mereka terbukti gagal membawa kestabilan politik dan kesejahteraan ekonomi.

Rakyat semakin hilang keyakinan kepada BN. Keadaan negara sekarang ini membuktikan, persepsi bahawa hanya BN sahaja yang mampu memerintah sudah lenyap.

Rakyat bukannya hamba kepada kerajaan BN. Rakyat adalah tuan dalam negara. Tuan berhak menentukan masa depannya sendiri.

Tiada jalan lain untuk mengubah nasib rakyat, selain mengubah kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat.

Justeru, rakyat harus memberikan sepenuh kepercayaan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui negara dengan pembentukan Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat.

Jika 16 September 2008 terlalu lewat, rakyat boleh membantu Anwar menyegerakannya, dengan mengajak wakil rakyat mereka beramai-ramai berhijrah kepada Pakatan Rakyat.

Jika dalam Gerakan, MCA, SAPP, PBB sudah wujud perbincangan 'wajar atau tidak untuk meninggalkan BN', maka parti-parti komponen BN lain juga harus memikirkan opsyen ini.

Berubahlah, berhijrahlah demi kebaikan rakyat. Jika rakyat tidak menyokong mereka, nescaya mereka akan pupus tidak lama lagi.

Masa untuk menukar kerajaan sudah tiba._

Read More...

'Minyak naik RM1, potong elaun 5sen'

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Jun 17, 08 2:07pm

Selangor tidak akan mengikut jejak kerajaan persekutuan untuk memotong elaun menteri dan wakil rakyat sebagai langkah berjimat-cermat berikutan kenaikan harga petrol.

“Kalau (kerajaan pusat) naik RM1, potong (elaun) 5 sen, maknanya rakyat tidak berapa pandailah. Ataupun kerajaan tidak berapa pandailah,” kata menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

first 100 days khalid ibrahim interview 160608 04Beliau menyifatkan pemotongan elaun keraian dan perbelanjaan berhemah sebagai kesan “malu alah” kerajaan pusat kepada rakyat kerana menaikkan harga minyak.

“Sekarang kerajaan naikkan (harga) minyak dan malu alah, (kemudian) baru putuskan agar pegawai dan menteri-menteri potong gaji.

"Potong gaji, sedikit. Habis potong (semua) gaji bagi pada rakyat pun, rakyat kena potong RM7 hingga 8 bilion. Potong gaji semua menteri-menteri itu tidak sampai RM200 juta,” katanya dalam wawancara khas di kediaman rasminya di Shah Alam, Sabtu lalu.

Menurut wakil rakyat Ijok lagi, kerajaan persekutuan sepatutnya mengambil kira pelbagai pilihan yang ada sebelum membuat keputusan.

"Itu yang nak kena kita bincangkan betul-betul. Adakah strategi kerajaan sekarang meringankan beban rakyat atau tidak.

"Kalau tidak mengurangkan beban rakyat, adakah strategi itu berkesan atau tidak? Pada saya, pilihan-pilihan yang lain perlu dibincangkan dulu sebelum mengambil keputusan.”

Minggu lalu, perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan, elaun beliau, timbalannya, menteri dan timbalan menteri akan dipotong 10 peratus mulai 1 Julai.

Ketika ini, elaun keraian sebulan perdana menteri adalah RM18,865, timbalannya (RM15,015), menteri persekutuan (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).

Beberapa negeri yang diterjui BN seperti Terengganu, Sarawak, Pahang, Melaka dan Perlis turut menuruti langkah ini.

Sementara di lima negeri Pakatan Rakyat, hanya Kedah sahaja yang mengumumkan pemotongan, sementara Kelantan mengamalkan dasar itu sebelum kenaikan harga minyak.

Bercakap kepada media berbahasa Melayu sempena seratus hari pentadbiran Pakatan di Selangor, Khalid turut menyarankan kerajaan memfokuskan usaha kepada melindungi pendapatan benar rakyat berbanding pendapatan wang sedia ada bagi menjamin kesan kenaikan bahan api itu.

"Pada saya, apakah yang diperlukan oleh rakyat pada masa inflasi? Jawapannya, rakyat mahu pendapatan dia sampai di tahap boleh digunakan? Maknanya, kita mesti kurangkan beban. Dalam inflasi, duit RM100, sekarang dia kena simpan RM110. Itu isunya. Rakyat mahu pendapatan benar.

first 100 days khalid ibrahim interview 160608 01“Kalau kita meningkatkan pendapatan benar itu dengan memberi subsudi minyak, kita boleh buat kalau kita punya minyak. Tetapi tidak usahlah melampau sampai percuma. Adalah had-had yang kita hendak lakukan,” katanya.

Mengulas mengenai usahanya meningkatkan ekonomi negeri, menurut Khalid, Selangor merancang menguruskan sumber-sumber aslinya seperti pasir dan tanah dengan lebih berkesan supaya hasilnya dapat disalurkan untuk kebajikan rakyat.

Sekarang ini, tambahnya, pengurusan pasir kurang menguntungkan negeri itu. Selangor hanya mendapat RM17 juta setahun daripada royalti penjualan sumber itu.

Khalid berkata, jika ia diuruskan sendiri dapat memberikan pendapatan sehingga 10 kali ganda.

“Kalau kita urus dan jual terus, kerajaan boleh dapat RM150 juta. Sekarang ini kerajaan cuma ambil royalti. Jadi lebih baik supaya mendapat manfaat lebih. Ini boleh disalurkan kepada program kebajikan.”

Mengulas pengurusan tanah pula, Selangor akan membatalkan pemberian tanah percuma dengan bayaran premium kepada pengusaha kerana amalan sekarang tidak menguntungkan kerajaan.

Tetapi, menurutnya, mereka yang menetap di kawasan itu dalam tempoh yang panjang akan dipertimbangkan.

“Kerajaan Selangor bersimpati kepada mereka yang duduk di tanah itu selama 30 tahun dan dijanjikan (oleh kerajaan sebelumnya), itu kerajaan (sekarang akan) beri. Tetapi kerajaan Selangor tidak bagi kepada pengusaha. Dia pergi cari tengok tanah mana kosong, jumpa kita kata, berilah saya tanah ini sebab saya akan usahakan.

“Tetapi kerajaan bukan jual pada dia. Bagi saja. Bagi premium. Premium hanya sepuluh peratus pada nilai itu. Bagi saya, jawapannya buat apa bagi premium. Kalau betul-betul nak jual, jual saja. Dan keuntungan itu bagi balik pada rakyat Selangor,” katanya.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |