Malaysiakini |
Jun 18, 08 12:48pm |
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum lalu, telah diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi Kangar hari ini Ini berikutan keputusan mahkamah menerima pemohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihanraya Pas bagi kerusi itu. Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan bekas calon PAS, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi DUN tersebut. Kes tersebut didengar oleh Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani. Dalam alasan penghakimannya, Zainal Adzam berkata, mahkamah tiada hak untuk mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang kerusi DUN itu kerana Seksyen 35(c) Akta Mahkamah bagaimanapun menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk menentukan sama ada pilihanraya kecil perlu diadakan serta bila akan diadakan. Hashim akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan supaya beliau diisytiharkan sebagai pemenang bagi kerusi Sanglang. Abdullah diwakili peguam K Jegathesan manakala Hashim diwakili Zulmi Sabri, Mohamed Hanipa Maidin dan Aqbal Shiffuddin Adnan Salahudin. Hashim, yang juga pesuruhjaya PAS Perlis, menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Abdullah Hassan, pegawai pengurus pilihanraya, Muhamad Daud Abdull Hamid dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai defenden, demikian menurut laporan Bernama. Hashim memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004 dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Mastika Junaidah Husin. Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, BN memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN di Perlis. Kerusi tunggal pembangkang dimenangi oleh calon PAS, Rus'selle Ezlan di DUN Simpang Empat, dengan majoriti 53 undi. |
Wednesday, June 18, 2008
DUN Sanglang diisytihar kosong
Posted by
Sang Pemantau
at
10:43 PM
Labels: malaysiakini, Perlis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment