+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, June 3, 2008

Runding balik caj elektrik IPP

Utusan Online

KUALA LUMPUR 2 Jun - Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi akan berunding semula dengan syarikat penjana tenaga bebas (IPP) untuk mengurangkan kadar caj kapasiti elektrik yang dikenakan ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB), tidak lama lagi.

Timbalan Menterinya, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, rundingan tersebut yang terpaksa dihentikan disebabkan kegagalan mencapai keputusan muktamad awal tahun lalu, akan diteruskan untuk memastikan tarif elektrik di negara ini berada pada paras bersesuaian.

Beliau berkata, kerajaan juga terpaksa berunding dengan kesemua pemilik IPP terbabit disebabkan harga semua jenis bahan api termasuk arang batu sudah meningkat begitu tinggi.

''Kita terpaksa berunding semula dengan mereka berhubung perjanjian pembelian tenaga (PPA). Hasil rundingan itu akan menentukan sama ada terdapat sebarang kenaikan harga bekalan elektrik atau tidak," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.

Pada 2006, kementerian memulakan rundingan dengan IPP bagi membincangkan langkah terbaik untuk mengurangkan rizab tenaga negara, sebagai satu kaedah menurunkan caj elektrik yang dikenakan mereka terhadap TNB.

Bagaimanapun, rundingan itu terpaksa dihentikan atas arahan Kabinet kerana ia gagal dimuktamadkan walaupun sudah setahun rundingan berlangsung.

Sebelum ini, TNB terpaksa membayar kira-kira RM3 bilion setahun kepada sembilan IPP yang membekal tenaga mengikut PPA yang dimeterai sebelum ini.

Kesemua IPP itu membekalkan 40 peratus daripada jumlah bekalan tenaga negara dan mengikut PPA yang dimeterai, TNB terpaksa membayar untuk semua tenaga elektrik yang dibelinya daripada IPP, walaupun ia tidak dijual kepada pengguna.

Dalam perkembangan lain, Joseph berkata, kerajaan sedang mengatur tindakan jangka pendek dan panjang bagi menangani kekurangan bekalan tenaga elektrik di negeri Sabah.

Mengenai cadangan pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu bernilai RM1.3 bilion di Silam, Lahad Datu yang dibatalkan oleh kerajaan negeri Sabah, beliau berkata, TNB sedang mencari lokasi yang lebih sesuai.

Read More...

"Gantung niaga minyak di pasaran hadapan" Abdullah

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Mstar
Selasa, 03 Jun 2008

KL: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mencadangkan agar perdagangan minyak di pasaran hadapan digantung bagi mengekang kenaikan harga yang melampau disebabkan oleh kegiatan spekulasi harga.

Beliau bagaimanapun berkata, cadangan itu hanya boleh dilaksanakan selepas perbincangan dan persetujuan di peringkat antarabangsa.

Katanya,langkah serupa telah pun diambil oleh Jepun bagi mengatasi masalah kenaikan harga beras.

Negara itu katanya, juga telah menawarkan untuk menjual beras daripada simpanan stoknya pada harga lebih rendah.

"Kita perlu mengkaji menggunakan strategi yang sama bagi pasaran minyak yang menjadi faktor utama pada kenaikan barangan lain di dunia," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Mesyuarat Meja Bulat Asia Pasifik ke-22 di sini.

Abdullah berkata, kenaikan harga barangan makanan dan bahan bakar kini menjadi masalah utama di kebanyakan negara membangun sehingga mencetuskan kemarahan dan tunjuk perasaan terhadap kerajaan di beberapa negara.

Katanya, harga beras yang menjadi makanan ruji di Asia meningkat sehingga 76 peratus dalam tempoh lima bulan kebelakangan, harga makanan keseluruhannya meningkat 83 peratus dalam tempoh tiga tahun dan harga minyak pula naik sehingga 40 peratus dalam tempoh lime bulan pertama tahun ini.

Sehubungan dengan cadangannya itu, Abdullah menggesa agar Rizab Keselamatan Makanan Asean meningkatkan simpanan berasnya bagi menjadikannya lebih berkesan sebagai mekanisma menstabilkan harga dan bekalan bahan itu di rantau ini.

Dalam isu keselamatan di rantau Asia Pasifik pula, Abdullah mencadangkan agar pendekatan keras menggunakan intimidasi dan paksaan dalam menyelesaikan permasalahan antara negara dikurangkan.

Sejarah, katanya, telah membuktikan bahawa pendekatan yang menggunakan ugutan dan intimidasi, katanya, tidak berkesan melainkan jika pihak yang terlibat lemah.

Retorik yang beligeren katanya, akan dijawab dengan kata-kata pedas pihak lain dan ini seterusnya akan memburukkan lagi permusuhan antara kedua pihak.

Read More...

Isu peniaga: Dr Lo' Lo' jumpa MB S'gor

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Jun 3, 08 5:40pm

Ahli parlimen Tititawangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali akan menemui menteri besar Selangor minggu depan untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh peniaga di Lot 25 Kampung Baru yang telah diarahkan berpindah pada 20 Jun.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui notis bertarikh 20 Mei lalu, yang meminta mereka mengosongkan premis perniagaan di situ dalam tempoh sebulan.

Lot 25 merupakan kawasan perniagaan terawal orang Melayu yang pernah dibangunkan semula dan dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1967.

Lot itu meliputi kawasan pasar minggu, gerai Mara, pusat kebudayaan PKNS dan deretan gerai makanan di Jalan Raja Muda Musa.

dr loloDr Lo' Lo' berkata, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mereka bertemu di Parlimen minggu lalu.

Katanya, beliau juga telahpun menemui wakil Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM) berhubung masalah tersebut.

Peniaga bermesyuarat

Bagaimanapun, katanya, beliau belum lagi menerima sebarang dokumen daripada persatuan tersebut yang mendakwa kawasan terbabit milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Saya meminta agar (persatuan) peniaga membawa bukti status tanah di situ (kepada saya) supaya dapat diserahkan kepada Tan Sri Khalid," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

kampung baru weekend market 260508 03Dr Lo' Lo' berkata, jika benar kawasan tersebut milik PKNS, maka pihak yang berhak menyelesaikan isu tersebut adalah PKNS dan bukan DBKL.

"Mereka (peniaga) harus bertindak dengan cepat (dengan menghantar geran dan carian tanah) dan kita mahu rakyat di situ memiliki tanah, bukan satu badan sahaja," jelasnya lagi.

Sementara itu, timbalan yang dipertua PPKPM Mohamad Nadzri Abdul Hamid berkata, persatuan itu akan mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasanya malam ini untuk membincang arahan DBKL itu.

"Mesyuarat itu antara lain akan membincangkan tindakan dan langkah yang perlu diambil oleh persatuan berhubung notis yang diterima mengenai perkara itu," katanya.

Rabu lepas, datuk bandar Datuk Ab Hakim Borhan berkata DBKL telah membeli tanah yang kini dipertikaikan itu sejak lebih 20 tahun lepas.

"DBKL telah membeli tanah di situ (Lot 25) daripada PKNS pada tahun 1986 dan proses pertukaran nama sudah selesai," katanya dalam pertemuan mingguan dengan media.

Ab Hakim berkata proses pertukaran nama sudah selasai tetapi ia memakan masa yang lama, antaranya kerana banyak kaveat.

"Memang kalau ditengok (pada daftar carian tanah) memang tidak ada nama DBKL, tetapi proses itu sudah ada. Dari segi perjanjian sudah ada dah," katanya lagi.

Read More...

Stesen minyak di sempadan lengang


Berita Harian


TIADA KENDERAAN ASING: Anggota Rela membuat rondaan di stesen minyak di Rantau Panjang, semalam.

PENGKALAN HULU: Semua stesen minyak yang terletak berhampiran sempadan di sini didapati lengang sepanjang hari semalam, walaupun kerajaan sudah menunda tarikh penguatkuasaan larangan menjual minyak bersubsidi kepada kenderaan asing yang sepatutnya bermula semalam.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, ia hasil tinjauan dilakukan pihaknya dalam operasi bersepadu di semua stesen minyak bermula dari pintu masuk di sempadan Malaysia�Thailand sehingga kira-kira 15 kilometer (km) dari pekan ini.

Katanya, operasi bersepadu itu dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). "Kami juga menempatkan pegawai penguatkuasa di setiap stesen minyak di sini sepanjang operasi bersepadu ini dijalankan sehingga arahan terbaru mengenainya dikeluarkan.

"Kelihatan keadaan di stesen minyak di sini lengang kerana kenderaan asing sudah tidak membeli petrol dan diesel di stesen minyak di negara ini lagi," katanya kepada Berita Harian selepas melakukan tinjauan terhadap operasi bersepadu itu di sini semalam.

Minggu lalu, kerajaan memutuskan supaya semua stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 50 km dari sempadan negara tidak lagi dibenarkan menjual petrol atau diesel kepada kenderaan yang didaftarkan di luar negara, mulai Jumaat lalu tetapi ditunda kepada semalam.

Bagaimanapun, Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai berkata keputusan mengenai tarikh sebenar penguatkuasaan larangan itu akan ditentukan pada mesyuarat jawatankuasa mengenai inflasi hari ini ekoran timbul kerumitan melaksanakan peraturan itu kerana masih ada beberapa kaedah pelaksanaan yang belum diputuskan.

Larangan itu membabitkan semua stesen minyak dalam lingkungan jarak 30 hingga 50 km dari sempadan Malaysia-Thailand di Perlis, Kedah, utara Perak dan Kelantan serta Malaysia-Singapura iaitu di beberapa daerah di Johor termasuk Kulai dan Johor Bahru.

Arahan bertulis mengenai larangan itu, yang dibuat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 akan dikeluarkan kepada kira-kira 200 hingga 300 pemilik stesen minyak di kawasan berkenaan, dalam masa terdekat.

Read More...

Jangan persiakan nasib negara dan rakyat - Dr Husin Ali

Harakahdaily

Ahmad Lutfi Othman & Azamin Amin

Tue | Jun 03, 08 | 11:21:01 am MYT

Setelah lebih dua bulan Pakatan Rakyat menggalas amanah lima negeri, rakyat masih berbicara mengenai 'kejutan' pilihan raya lalu sekali gus menjadikan parti pemerintah khususnya Umno dalam keadaan terumbang-ambing. Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahamad Lutfi Othman dan wartawan Azamin Amin mendekati Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali untuk mendapatkan pandangannya bukan saja terhadap keputusan 8 Mac tetapi juga mengenai urutan peristiwa dan pelbagai isu yang menyusul.

Harakah: Biarpun selepas lebih 70 hari Pilihan Raya Umum 2008, masih ramai bercakap mengenai kejutan besar itu. Pastinya Dr ada rumusan tersendiri?

ImageSyed Husin: Banyak orang menganggap kita tidak menyangka kejayaan tersebut, tetapi empat lima hari sebelum pengundian, Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah melihat tanda kemenangan besar berpihak kepada kita.

Bahkan dua hari sebelum pilihan raya, Anwar berada di Singapura dan mengadakan sidang media (PC) yang besar, menyatakan bahawa PAS, KeADILan dan DAP sudah menang pilihan raya. Tetapi kita tidak dapat memerintah disebabkan pembatalan penggunaan dakwat kekal.

Masa Anwar buat PC di sana, ramai pemimpin BN di sini begitu sinikal. Anwar dan beberapa pemimpin, termasuk di luar KeADILan memang menduga akan berlaku perubahan besar. Saya sendiri tidak begitu terperanjat dengan kemenangan ini.

Yang paling terperanjat Umno-BN. Mereka tahu akan kehilangan banyak kerusi, tapi tak sangka sampai lima negeri jatuh, tak termasuk Wilayah Persekutuan. Tidak disangka KeADILan dapa banyak kerusi Parlimen. Paling tinggi kita jangkakan 20, tapi dapat 31 kerusi.

Maknanya, perubahan hanya kelihatan pada saat akhir sebelum mengundi?

Perubahan saat-saat akhir di kalangan orang Melayu. Sedangkan Cina dan apatah lagi India kita sudah nampak daripada awal lagi.

Adakah faktor kempen yang agak lama mendorong kemenangan itu?

Sekarang 13 hari ya, lama tidak juga. Ia bukannya faktor. Kalau singkat pun kempen, ia pada saat-saat akhir akan berubah juga.

Apa rumusan Dr tentang faktor utama kemenangan?

Ada seorang kawan menulis dalam majalah Aliran tentang faktor orang 'meluat' dengan kerajaan. Bukan sahaja meluat sebab janji-janji mereka, meluat kepada ekonomi yang dikatakan lebih baik tetapi sebaliknya, meluat dengan janji nak perangi korupsi, tapi rasuah makin parah. Nak lawan kronisme tapi makin teruk.

Faktor tidak puas hati dalam bidang ekonomi politik, sosial seperti peningkatan jenayah menyebabkan orang meluat.

Nampak sangat Cina dan India berubah, tapi ada yang berkata, tidak kepada pengundi Melayu disebabkan ada kawasan yang PAS memang pada 1999, tapi kalah di situ pada 2008.

Mungkin ini faktor berkaitan persempadanan semula yang menyebabkan ia berubah ... tapi saya rasa di lain tempat kita nampak perubahan orang Melayu. Kelantan sudah jelas, walaupun ada usaha untuk buat penipuan.

Terengganu walaupun tidak dapat tawan tetapi ada perubahan besar kepada PAS. Balik Pulau di Pulau Pinang, kalau dulu menang 1,000 atau 2,000 tapi kini sampai 17,000 menunjukkan ada 'shift' Melayu. Di sesetengah tempat tidak berlaku, seperti di Pahang. Orang Melayu di bandar ada perubahan besar, termasuk Kelantan dan Kedah.

Sesetengah tempat di Selangor, lebih ramai pengundi Melayu mengundi calon Umno, mengapa?

Faktor penambahan undi yang dipindahkan. Kita percaya ada unsur penipuan. Keadaan berbeza dengan seluruh Selangor dan Kelantan, di mana kesan perubahan dan kesedaran jauh lebih besar daripada kesan penipuan, maka kita berjaya.

Mungkin sesetengah tempat ada penipuan. Penipuan itu jauh besar sedikit daripada kesan perubahan dan kesedaran.

Macam di Sabah, penipuannya lebih besar daripada kesan perubahan. Malah pengundi pun tak dapat melawan penipuan yang sangat besar. Puluhan ribu dan mungkin ratusan ribu. Ada pengundi berasal dari Filipina bahkan Indonesia. Secara rasmi mereka kata ada 80,000 semuanya.

Ada juga orang melihat ini sebagai fenomena sementara terutama trend pengundi Cina dan tidak terkecuali pengundi India?

Pengundi Cina ini merupakan pengundi rasional. Mereka mengundi berasaskan faktor ekonomi dan politik. Kalau prestasi bagus malah kerajaan dapat menjalankan tugas-tugas dengan baik, mereka akan puas hati.

Salah satu sebab adalah kali ini mereka tidak puas hati dengan ekonomi. Soalnya, bagaimanakah prestasi kerajaan lima negeri Pakatan Rakyat, bagaimanakah mereka memenuhi janji?

Kalau mereka lebih telus, bersih, penuhi janji dan baik prestasinya, saya rasa susah nak dikalahkan. Bagaimanapun, banyuak projek pembangunan dan peruntukan datang daripada Pusat. Dan Pusat sekarang ada usaha untuk menyekat peruntukan dan penyaluran wang.

Malah nak memecah-belahkan keadaan di kampung dengan cara salurkan wang dengan cara yang bertentangan dengan kerajaan negeri. Jadi ada yang berfikir, mesti ada perubahan cepat di pemerintah Pusat sebab jika Pusat nak sabotaj kerajaan negeri, buat apa kita benarkan mereka (BN) berada di Pusat?

Kita perlu tubuhkan segera kerajaan persekutuan yang memerintah. Kita tahu setakat mana penduduk boleh bertindak. Sebayak 60 peratus pendapatan negara datangnya daripada lima buah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, daripada cukai dan sebagainya.

Kalau Pusat masih berdegil, kita mahu lihat setakat mana kerajaan negeri boleh bertindak. Jika Pusat tidak mengagihkan kekayaan negara secara adil, kerajaan dan rakyat negeri boleh melakukan sesuatu.

Ini boleh, jika ada perubahan sikap. Kita tengok peruntukan kepada setiap ahli Parlimen. Mula-mula kerajaan negeri Pakatan Rakyat kata akan beri peruntukan kepada semua wakil rakyat termasuk pembangkang daripada Umno sejumlah RM500,000 setahun dengan syarat Pusat juga kena beri yang sama kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga.

Ada 82 ahli Parlimen yang boleh buat riuh di Parlimen, jika mereka tidak diberi peruntukan sama. Ada reaksi timbal balik. Katakan di Selangor nak bagi kepada wakil rakyat pembangkang tapi kalau ikut cara Umno dulu dia langsung tak bagi pembangkang.

Sekarang Pusat terpaksa buat keputusan bagi semua. Maka ertinya tidak semudah itulah kali ini dia nak menekan pembangkang atau kerajaan negeri.

Lihat Sabah dan Sarawak. Tidak diberi peruntukan atau royalti minyak yang cukup. Mereka sekarang bertindak. Sebab itu dia menggugut nak pindahke parti lain. Kedudukan Pusat sekarang tidaklah sekuat mana walaupun mereka menguasai alat pemerintahan atau jentera dan sumber ekonomi.

Sejauhmana lima negeri berkenan menunjukkan prestasi kepada rakyat?

Rakyat umumnya menyatakan rasa puas hati kepada kerajaan lima negeri. Saya sendiri masih belum puas hati sangat sebab dalam masa 70 hari ini, lebih banyak yang boleh dibuat daripada apa yang dilakukan.

Apa yang belum puas hati itu?

Oklah ... mungkin secara umumnya. Janganlah terperangkap untuk menyambung atau melanjutkan apa yang diluluskan kerajaan terdahulu dan sebelum kita nak lanjutkan, kita buat kajian lebih mendalam, sama ada nak teruskan atau tak nak teruskan.

Jangan sebab ia dah diluluskan, kita nak lanjutkan. Tanpa pertimbangan yang cukup boleh menimbulkan rasa resah orang.

Kedua, tidak ada yang jelas atau pemikiran strategik untuk capai matlamat di negeri-negeri. Apa yang kita nak capai bagi tiap-tiap negeri-negeri dan apa yang nak dicapai secara bersama-sama di lima negeri agar apa yang dilakukan mempunyai kesan besar.

Selain itu janji-janji perlu ditunaikan. Projek baru untuk rakyat ramai perlu dimulakan. Projek-projek baru pula mestilah yang betul-betul mendatangkan kebajikan dan faedah besar kepada rakyat ramai khususnya yang berpendapatanrendah dan kepada semua kaum.

Kita tak perlu takut untuk beri kepada semua kaum kerana kebanyakan yang berpendapatan rendah kira-kira 70 peratus adalah Melayu. Jadi tak perlu bimbang.

Ada pihak timbulkan tentang konsep parti kuasai kerajaan. Ada kebimbangan kerajaan pula yang menguasai parti, terutama apabila melihat di peringkat negeri ada ahli-ahli yang masih baru tetapi sudah menang ke posisi kerajaan negeri, sedangkan mungkin kurang penghayatan perjuangan parti?

Memang kadang-kadang apabila baru banyak kekurangan atau kesilapan. Tapi dalam soal ini, ketiadaan pengalaman bukanlah satu masalah yang besar.Ada tempat kita fikirkan selamat kita letak orang baik dan berpengalaman.

Bukan sahaja PAS tetapi KeADILan itu sendiri. Ada percaturan kita yang silap. Mana-mana yang kita rasa 'quite ok' kita letakkan orang baru. Akhirnya banyak orang yang bagus dan berpengalaman kita kalah.

Begitu juga di Perak, orang kita KeADILan yang bagus, kalah di banyak tempat yang kita jangka tempat selamat. Kita harapkan mereka boleh jadi exco, tetapi kalah.

Memang kali ini, KeADIlan mahukan orang muda ramai, memang ada 'plus-minus' dalam hal ini sama ada orang yang bagus kalah dan muda-baru menang.

'Plus'nya ialah mereka orang muda, boleh jadi pelapis yang baik, 'minus'nya ialah mereka kurang pengalaman. Tetapi pengalaman ini semuanya boleh dipupuk.

Kebimbangan kita adalah kiranya mereka ini kurang komitmen. Kalau kurang memikirkan masalah rakyat, mereka boleh terseleweng. Namun biasanya orang muda dia kuat dan mempunyai idealisme. Lama kelamaan mereka akan belajar untuk komited. Kita tak bimbang sangat asalkan kita boleh latih mereka dan tarbiyah mereka ini.

Bagaimana dengan tenaga-tenaga yang berkebolehan ini, yang kalah dalam pilihan raya, boleh dimanfaat dan digabungkan untuk membantu kerajaan negeri?

Ada usaha untuk menggabungkan kepakaran mereka di negeri-negeri tetapi dikhuatiri timbul masalah lain. Pertama, yang kalah ini adalah pemimpin parti atau pemimpin kanan, ada anggapan kerajaan di sesetengah negeri, mereka yang menang layak untuk menjalankan pentadbiran jadi tidak memerlukan kepakaran orang yang kalah atau kekananan dalam parti.

Kedua, ada unsur, nakkan orang daripada partinya sendiri atau kawan rapatnya sendiri untuk membantu dan ini saya rasakan kurang baik terutama jika ia mengenepikan yang baik.

Misalnya pejabat Menteri Besar, kalau MB kebetulan daripada parti A, dia tidak wajar memilih hanya kalangan parti A tetapi yang membantunya mestilah daripada semua parti. Lagi berpengalaman dan berkelayakan lebih baik.

Berbalik isu lompat parti, bagaimana pula soal komitmen terhadap perjuangan parti dengan wakil-wakil rakyat berkenaan, sedangkan yang ada pun dilihat masih ada yang baru dalam parti dan dikhuatiri mereka tidak dapat membawa hasrat parti.

Ya, etika melompat... soal berubah parti atau parti menyertai komponen parti yang lain bukanlah perkara baru. Bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.

Macam dulu, kerajaan Terengganu jatuh kerana Perikatan yang membeli. Itu tradisi BN dan Perikatan, iaitu membeli dengan cara yang tidak bertika. Begitu juga selepas 13 Mei, bukan sahaja individu tetapi parti juga termasuk PAS berpindah kepada BN.

Ada empat kategori sebab mereka lompat parti. Pertama, mereka rasa ada peranan apabila menyertai parti pemerintah, untuk buat perubahan. Kedua, jenis boleh dibeli, ini jenis tidak etika. Kadang-kadang mereka mencari peluang naikkan harga dengan BN. Ketiga, ahli Parlimen jenis yang sengaja dihantar untuk kumpul maklumat dan akhir sekali jenis yang terikut-ikut. Dia berpindah, apabila tengok kawan-kawan lain juga berpindah.

Ini semua berkaitan taktik bijaksana yang boleh dilakukan parti politik. Ini semua telah berlaku lama dan dilakukan oleh BN. Ini semua kita tentang. Tetapi jika ada desakan, ada orang tanya kenapa tak dulu tetapi okay sekarang.

Pertama, dulu tak nampak pembangkang boleh buat perubahan sebab kemenangan kecil tetapi sekarang ini kesannya besar maka mereka nampak ada peluang membuat perubahan apatah lagi melihat pergolakan dalaman Umno.

Kedua mereka mulai nampak Pakatan Rakyat satu parti altenatif yang 'kompak' jadi mereka katakan dari segi realitinya ada alternatif yang jelas yang kuat dan boleh buat perubahan.

Ketiga mereka nampak, kalau tunggu nanti mereka tak tahu apa akan jadi pada Umno dan BN. Mereka tak tahu 'next round' apa akan terjadi. Ini semua 'political survival'.

Dalam suasana yang ada, apa yang boleh ditawarkan oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat adalah jauh lebih baik daripada kerajaan ada sekarang. Macam minyak turun 20 peratus, mereka rasakan ini amat baik.

Begitu juga dengan ahli Parlimen Sabah yang telah menulis kepada Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang masalah tapi tak ada respons.

Yeong Teck Lee, Ketua Menteri Sabah dulu, dia bagi tempoh sampai Ogos, dia sudah ada pertemuan dengan Abdullah dan tulis surat tapi tiada perubahan. Dulu Umno dominate tetapi sekarang dah lemah tapi masih nak cuba-cuba dominate. Ahli Parlimen dan wakil rakyat nampak boleh buat perubahan kepada rakyat di negeri atau kawasan yang diwakili jika mereka berpindah. Jadi mereka tidak mahu lepaskan peluang.

Ada orang kata kalau nak sesuatu perubahan, kita kena kuat menentang, maka ini yang mungkin dilakukan oleh Sabah. Mereka sendiri yang nak pindah dan bukan kita pergi jumpa. Mereka yang nak berjumpa sehingga ada yang kita terpaksa menolak.

Ada ahli-ahli Parlimen BN yang akan menyeberang dalam waktu terdekat?

Tak tahulah, macam-macam boleh berlaku. Dari segi kewangan semua orang tahu kita tak ada wang untuk membeli. Tapi pihak sana boleh membeli. Kalau sedikit yang boleh dibeli, lagi banyak yang boleh dibayar.

Kalau mereka dilihat berpindah, mungkin parti sana membeli dengan harga yang begitu tinggi sampai sanggup tawarkan RM100 juta umpamanya. Itu yang kita tak tahan. Jika berlaku perpindahan mestilah dengan bilangan yang mencukupi.

Walaupun desakan terutama dari Sabah kuat untuk berpindah segera, Anwar nampaknya tidak begitu ghairah nak cepat. Ada dua faktor, pertama, kekuatan dari sana (Sabah) untuk datang dan kekuatan sini (Pakatan Rakyat) untuk menerima tidak cukup kuat lagi dan belum kukuh lagi. Kalau tak kukuh macam mana boleh jadi. Ertinya jikalau majoritinya kecil, pihak BN boleh beli.

Kedua, perkiraan ekonomi yang mungkin mengambil masa untuk pulih. Kalau kita tergopoh-gapah nak buat perubahan dalam suasana ekonomi dan politik yang tidak menentu, saya rasa ini memerlukan pertimbangan yang lebih realistik dan berhati-hati.

Tapi ada juga masalah-masalah lain. Jika kerajaan 'desperate', melihat Sabah dan Sarawak ada memperjuangkan hak, itu sebab ada yang nak cepat tubuhkan kerajaan, khuatir nanti digunakan ISA bagi orang yang bercakap tentang yang kononnya terlibat dengan tuduhan hendak memisahkan Sabah.

Tangkap empat dan lima orang sudah cukup untuk menyebabkan semua takut. Jadi kita tak boleh 'rule out' ini sebab keadaan serta suasana Umno yang tidak menentu.

Bagaimana faktor Tun Mahathir Mohamed keluar Umno, adakah memberi kesan kepada penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat?

Ini perkara lebih serius, ini kebimbangan saya. Saya masih yakin Dr Mahathir masih kuat menyokong Dato' Seri Najib Razak, dia bukan sayang Umno tetapi dia sayangkan Najib supaya dapat berkuasa dengan sokongan kuatnya. Kalau Abdullah diguling kerana hilang sokongan majoriti, Mahathir bersama Najib merupakan kombinasi yang bahaya. Mahathir cukup bimbang akan terbongkar bermacam salah lakunya dahulu.

Dia marah sebab Kabinet luluskan laporan kes VK Lingam. Banyak isu yang ditimbulkan seperti korupsi, kontrol polis dan kehakiman. Saya rasa Mahathir berada dalam mimpi ngeri.

Najib pula ada mimpi ngeri sendiri dengan kes Altantuya, Sukhoi dan Scorpene, walaupun ada penafian. Kedua-duanya ada mimpi ngeri. Kengerian mereka paling besar ialah apabila seandainya Pakatan Rakyat jadi pemerintah dan Anwar jadi Perdana Menteri.

Oleh sebab ngeri itu, jika mereka berkuasa mereka boleh isytiharkan darurat dan pembetukan Mageran seperti dulu. Ini kebimbangan saya.

Ucapan-ucapan Mahathir akhir-akhir ini berbau perkauman sempit. Ini semua boleh mencetuskan pergaduhan kaum. Cetus sedikit sahaja, bom sana sini sikit dan bunuh sana-sini, lepas itu mudahlah isytiharkan darurat.

Ini kalau Abdullah jatuh. Kita memang mahu Abdullah jatuh untuk adakan perubahan. Tetapi kombinasi Mahathir dan Najib itu merupakan kombinasi 'bahaya'...

Apakah ini juga akan mempercepatkan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September?

Macam-macam faktor, semuanya diambil pertimbangan. Tidak semudah itu. Dan pengalaman kita, orang tak semudah itu melepaskan kuasa.

Bagaimana pemikiran Mahathir ini? Adakah dia sanggup memperjudikan nasib rakyat dan negara, asalkan boleh sekat Pakatan Rakyat berkuasa?

Adakah perancangan ini ada kaitan dengan pakatan dengan Tengku Razaleigh dan Najib? Saya tak pasti sama ada wujud pakatan tersebut. Saya kira masing-masing mempunyai agenda sendiri.

Betul mereka dan Mahathir mungkin adakan pertemuan. Dalam percaturan Ku Li agaknya, jikalau berlaku pergolakan dan perubahan dalam kerajaan terpaksa dilakukan. Yang di-Pertuan Agong berperanan penting. Tidak pelik jika Ku Li mengharapkan senario Terengganu dan Perlis mungkin boleh berlaku di peringkat Pusat.

Bagaimana dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, adakah dia akan berundur?

Nampaknya sangat susah, mungkin kalau enam bulan dulu sebelum PRU-12 tetapi sekarang susah nak berlaku. Memang dia lemah tetapi orang dalam keadaan lemah boleh melakukan macam-macam. Najib juga dilihat menonjol diri seolah-olah dia adalah ketua kerajaan akan datang.

Bagaimana peralihan kuasa hujung tahun ini selepas pemilihan Umno, daripada Abdullah kepada Najib?

Memang misalnya pemindahan pimpinan dalam Umno tetapi apa akan berlaku kita tidak tahu. Umno Johor mahukan dipercepatkan proses.

Bagaimana dengan sentimen perkauman kepada pengundi? Benarkah ia sudah tak relevan atau hanya tersembunyi?

Tindakan pengundi menunjukkan mereka merentasi batas perkauman. Orang India, orang Cina mengundi PAS, walaupun macam-macam tuduhan dilemparkan. Macam di Kota Raja, Selangor, Dr Mariah mendapat sokongan pengundi Cina dan Melayu. Begitu juga orang Melayu, sanggup pilih DAP khususnya di Pulau Pinang.

Ini kerana lebih ramai pengundi muda, kajian awal melihat corak pengundi saluran 3 dan 4, mengundi pembangkang.

Bagaimanapun, Umno merasakan ia boleh terus berkuasa kalau dapat tambah sokongan orang Melayu sebab itu mereka guna isu Melayu. Bagi yang ingin dapat sokongan Melayu juga mereka mestilah lebih kemelayuan daripada Umno.

Ini dilakukan Mahathir, tengok ucapan perkaumannya. Cara ini boleh cetus suasana tak selesa malah timbulkan suasana politik yang tidak baik.

Adakah Mahathir sedar kesannya keluar parti mungkin tidak menguntungkan Umno dan dirinya?

Mahathir hampir terdesak ambil tindakan ini untuk dapat balik sokongan orang Melayu. Tapi agaknya Mahathir sudah mulai tahu dia tak dapat sokongan lagi ...tak tahu berapa ramai akan keluar bersamanya, yang dengar Tan Sri Sanusi Junid, tak dengar siapa lagi.

Kalau dia ada sokongan sudah pasti menang perwakilan di Kubang Pasu hari itu. Walaupun ada tuduhan guna wang tetapi dia masih boleh menang jikalau pengaruh besar tetapi rupanya pengaruhnya tidak cukup kuat.

Harapan Dr terhadap penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat dan kerajaan lima negeri yang sudah diperintahnya?

Saya sentiasa memikirkan senario terburuk, jadi kita tidak boleh silap lagi kali ini kerana jika tidak kita akan mengundur 30 tahun ke belakang dan mempersiakan nasib negara dan rakyat jelata. - mks.

Read More...

Perak jumpai mineral berkualiti tinggi

Utusan Online

IPOH 2 Jun - Perak bakal menarik pelaburan besar selepas beberapa syarikat dari Eropah dan Amerika Syarikat berminat untuk menjalankan aktiviti perlombongan mineral bermutu tinggi yang ditemui di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin bagaimanapun enggan menyatakan jenis mineral tersebut dan nilai pelaburan yang bakal diterima daripada syarikat-syarikat asing itu.

Katanya, mineral berkualiti tinggi itu juga bukan bijih timah.

''Sebuah daripada syarikat berkenaan sudah memulakan kajian dan mengesahkan aktiviti perlombongan mineral itu boleh bertahan sekurang-kurangnya untuk tempoh 30 tahun," katanya kepada pemberita.

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Persidangan Geosains Kebangsaan yang turut dihadiri Presiden Persatuan Geologi Malaysia, Yunus Abdul Razak di sini hari ini.

Kira-kira 150 ahli geosains dari seluruh negara mengambil bahagian dalam persidangan itu yang diadakan selama tiga hari.

Menurut Mohammad Nizar, kerajaan negeri juga sedang mempertimbangkan untuk meluluskan pelaburan syarikat-syarikat asing itu bagi mencari gali mineral berkualiti tinggi di Perak.

''Pelaburan syarikat-syarikat berkenaan dijangka mewujudkan sekurang-kurangnya 500 peluang pekerjaan baru kepada rakyat Perak," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sejak kenaikan harga bijih timah di pasaran antarabangsa akhir-akhir ini, kerajaan negeri menerima banyak permohonan daripada bekas pelombong bijih timah untuk menjalankan semula aktiviti tersebut.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri tidak akan mengeluarkan lesen melombong yang baru tetapi hanya akan membenarkan syarikat perlombongan yang sudah mempunyai lesen menjalankan aktiviti itu.

''Kita mahu pastikan aktiviti perlombongan dijalankan menggunakan teknologi terkini dan mematuhi peraturan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan serta Jabatan Geosains dan Mineral.

''Kita tidak mahu kerja-kerja perlombongan boleh menyebabkan berlaku tanah runtuh dan menjejaskan alam sekitar," katanya.

Read More...

Hati-hati dengan 'kiriman dari neraka'

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Metro
Selasa, 03 Jun 2008

KL: Pengguna komputer diingatkan lebih berhati-hati berikutan kemunculan sejenis virus yang mampu mengganggu sistem dan aplikasi komputer dikenali dengan ‘Virus 666’.

Kehadiran virus itu dapat dikesan pada pemacu utama C (C Drive) melalui fail bertajuk HELP.ME!!.html. Jika fail itu dibuka, satu fail lain akan muncul pada skrin komputer yang memaparkan perkataan ‘Kiriman Dari Neraka’ yang turut menyentuh beberapa isu, selain nama pelayan turut diletakkan di bahagian penjuru bawah fail itu.

Virus itu dikesan beberapa bulan lalu mula mengganggu dunia maya dan kebiasaannya dikenali dengan nama fail flash.10.exe.

Dipercayai semua sistem komputer boleh dijangkiti virus itu sebaik membuka fail mesej yang tertera ‘Kiriman dari Neraka’.

Beberapa cara dikenal pasti menjadi landasan utama penyebaran virus itu terutama ketika pengguna mengakses disket, cakera liut atau pemacu storan luaran yang berkemungkinan dijangkiti virus itu. Ia turut menyerang komputer ketika pengguna memuat turun program Internet.


Pengguna komputer diingatkan berwaspada dengan program atau fail mempunyai nama sambungan seperti .EXE, .VBS, .COM, .SYS selain nama fail sambungan seperti .doc, .xls dan .zip kerana virus itu kebiasaannya dikesan dalam keadaan itu.

Difahamkan, amalan menggunakan pemacu storan mudah alih tanpa mengimbasnya terlebih dahulu sebelum disambungkan ke komputer antara punca utama virus itu merebak.

Naib Presiden Dapat Vista Sdn Bhd dan pengasas dapat.com, Azli Paat, berkata virus itu boleh menyebabkan produktiviti sesebuah syarikat menurun berikutan ia mampu memperlahankan kelajuan sistem komputer.

“Sejurus dijangkiti, virus itu akan menyalin semula fail dalam fail sistem dalam kuantiti yang banyak, sekali gus menyebabkan proses membuka mana-mana program dalam komputer menjadi perlahan.

“Virus itu tidak dapat menghilangkan data, cuma kesannya dapat dilihat dari segi kelajuan kadar pemprosesan komputer, namun ia perlu diberi perhatian,” katanya.

Azli berkata, virus yang dipercayai berpunca daripada pemacu storan luaran itu turut mampu menjangkiti komputer lain jika tidak diimbas menggunakan sistem antivirus yang sentiasa dikemaskini.

“Pengguna boleh memuat turun sistem antivirus yang disediakan di Internet dan perlu memastikan sistem itu sentiasa dikemaskini bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

Sebelum ini, beberapa virus besar dikenal pasti seperti LoveBug dan King Trojan dikesan mengganggu sistem komputer pengguna selain beberapa virus lain yang memuat turun ‘diri’nya sendiri seperti Brontok dan Worm.

Antara tanda virus itu mula menyerang komputer ialah kelajuan RAM komputer mula menurun dan proses menutup semua tetingkap window menjadi perlahan selain pelbagai fail baru akan dicipta sendiri seperti Flash.10.exe, msconfig.com, cmd.com, ping.com, regedit.com, aweks.pikz, seram.pkz, msn.msn dan sebagainya.

Dunia perkomputeran sebelum ini pernah digemparkan dengan kehadiran virus ‘Melissa’ pada 1999 yang mampu mencipta fail “script.ini” terus ke direktori sembang maya melalui komputer yang dijangkiti virus sebelum menghantar dirinya sendiri melalu laman sembang kepada mangsa seterusnya, iaitu mereka yang memilih untuk bersembang melalui saluran sembang maya dengan komputer mangsa yang dijangkiti.

Read More...

Kuota: Pemuda DAP kecam badan Melayu

Malaysiakini

Jun 3, 08 2:00pm

Pemuda DAP mengecam penolakan beberapa pertubuhan Melayu terhadap kenaikan kuota 45 peratus biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar bukan bumiputera seperti diumumkan minggu lepas.

loke siew fookSambil menyifatkan penentangan terhadap langkah kerajaan itu "suara-suara retrogresif", setiausaha pergerakan itu Loke Siew Fook menggesa kerajaan agar bertegas dengan keputusannya itu.

"Pemuda DAP percaya biasiswa mestilah diberikan berasaskan dasar meritokrasi dan pelajar yang layak sama ada mereka bumiputera atau bukan bumiputera tidak boleh dinafikan hak mereka melanjutkan pelajaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Sekali lagi kad perkauman dimainkan bagi melemahkan tujuan-tujuan meritokrasi dalam pendidikan Malaysia."

Minggu lalu menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa JPA akan menaikkan kuota pemberian biasiswa ke luar negara untuk pelajar bukan bumiputera daripada 10 kepada 45 peratus.

Pengenalan langkah ini ditentang oleh beberapa pihak, termasuk Pemuda Umno, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Loke, yang juga ahli parlimen Rasah, berkata pelajar bumiputera masih mempunyai banyak peluang mendapatkan biasiswa, termasuk yang disediakan oleh Majlis Amanah Mara (Mara) walauupun kuota biasiswa JPA telah dikurangkan daripada 90 kepada 55 peratus.

university students multiracialSemalam sambil menyokong kuota 45 peratus, Pemuda MCA berkata JPA sentiasa menambah jumlah biasiswa yang ditawarkannya dari tahun ke tahun.

Tahun ini 2,000 pelajar mendapat biasiswa itu berbanding 900 tempat pada 2004, 1,200 (2005), 1,500 (2006) dan 1,800 (2007).

Ketua biro pendidikan Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong, menolak hujah rakan sewajatannya dalam Pemuda Umno yang mendakwa langkah JPA itu menyebabkan "700 biasiswa untuk pelajar bumiputera telah hilang."

Ketua biro pendidikan Pemuda Umno, Ahmad Ikmal Ismail, tidak bersetuju dengan kaedah pengagihan itu, namun bersetuju lebih banyak biasiswa wajar diberikan kepada bukan bumiputera.

"Kami tidak bersetuju dengan langkah menaikkan nisbah itu (daripada 10 peratus) tanpa menambah jumlah biasiswa," beliau dipetik sebagai berkata.

Loke berkata, semua lapisan masyarakat mestilah "membuang mentaliti berasaskan kuota" bagi mencapai kecemerlangan akademik dan meningkatkan daya saing negara.

Presiden GPMS Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, pemberian biasiswa perlu mengambil kira bukan sahaja soal merit pencapaian, tetapi juga persoalan merit sosioekonomi rakyat.

Abim menyifatkan langkah itu tidak akan memberikan "keadilan sosial" dan bercanggahan pula dengan semangat hak keistimewaan Melayu.

PKPIM pula membantahnya dengan mencadangkan peruntukan biasiswa diberikan kepada semua.

Read More...

Pasar raya besar tutup periuk nasi peniaga runcit

Utusan Online


Pengguna beratur untuk membuat pembayaran di kaunter di Pasar Raya Besar Giant yang di buka di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA LUMPUR 2 Jun - Pembinaan pasar raya besar atau 'hyper market' secara berleluasa di seluruh negara tanpa mematuhi syarat yang ditetapkan kerajaan telah membunuh peniaga-peniaga kecil.

Presiden DPPM, Syed Ali Alattas (gambar) berkata, walaupun kerajaan menetapkan syarat pembinaannya perlu berada dalam lingkungan 10 kilometer dari bandar, tetapi kebanyakannya tidak dipatuhi.

"Akibatnya ia mengancam dan membunuh bukan sahaja peniaga runcit Melayu bahkan peniaga runcit Cina," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pertumbuhan pesat hyper market di negara ini yang ada di antaranya tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Ini termasuk membina pasar raya itu di kawasan yang tidak dibenarkan termasuk di bandar- bandar kecil.

Menurut Syed Ali, pasar raya itu juga memiliki rangkaian pengedaran, pemborongan dan pemasaran produk yang jauh lebih teratur berbanding perniagaan runcit.

Saiz mereka yang besar juga katanya, membolehkan ia menghimpunkan pelbagai produk di bawah satu bumbung untuk memudahkan orang ramai membeli-belah yang mana di tidak dapat disaingi oleh peniaga kecil.

"Pasar raya besar dimiliki syarikat gergasi yang berkemampuan membeli secara pukal terus dari kilang-kilang selain pada harga yang lebih murah.

"Maka terdapat peruncit Melayu termasuk Cina menderita kerana gagal bersaing sehingga ada yang gulung tikar.

"Kehadirannya ibarat pukulan maut terakhir terhadap peruncit," katanya

Beliau berkata, walaupun pasar raya tersebut mendakwa kehadiran mereka dapat membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan terutama bumiputera namun realitinya tidak begitu.

Syed Ali memberitahu, IKS tempatan sukar menyenaraikan produk mereka di pasar raya besar ekoran halangan kos penyenaraian serta peraturan yang ditetapkan.

Menurut beliau, ketika ini terdapat kira-kira 20,000 produk tempatan dijual di pasar raya besar dan daripada jumlah itu, peruncit bumiputera hanya menyumbang kira-kira 3,000 hingga 5,000 produk.

Menurutnya, untuk berhadapan dengan saingan pasar raya besar, peniaga runcit perlu mengubah cara pengurusan perniagaan mereka dan menghidu peluang perniagaan baru.

Syed Ali turut mencadangkan penubuhan Majlis Pengedaran dan Peruncitan Negara untuk membantu para peruncit.

Katanya, majlis itu berperanan untuk memastikan pemasaran produk dilakukan secara berkesan, terjalinnya suatu rangkaian pengedar dan pemborong yang berkesan dan terdapat kemudahan tapak perniagaan kepada peruncit.

Read More...

Enam kejayaan PAS Perak

Harakahdaily

Ustaz Ahmad Awang

Tue | Jun 03, 08 | 3:29:40 pm MYT

Selaku Pesuruhjaya PAS Perak, saya telah menyampaikan ucapan di Majlis Taklimat MB yang diadakan di dewan serbaguna Kediaman Menteri Besar Perak.

Majlis tersebut dihadiri lebih 700 pemimpin PAS peringkat negeri, kawasan dan cawangan. Ketika berucap, saya menegaskan bahawa pencapaian PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 8 Mac lalu dengan memenangi enam kerusi Dewan Undangan Negeri telah memberikan PAS Perak enam kemenangan yang sangat bermakna.

Intisari kemenangan yang saya huraikan dalam ucapan adalah seperti berikut:

Penubuhan kerajaan campuran PAS-DAP-KeADILan yang kini dikenali kerajaan Pakatan Rakyat.

Perbincangan dibuat di antara ketiga-tiga parti pada kira-kira jam 1 pagi selepas DAP memenangi 18 kerusi Dun, KeADILan (7) dan PAS (6). DAP memulakan jemputan untuk membentuk kerajaan negeri kerana jumlah kerusi dimenangi parti pembangkang adalah 31 berbanding 28 kerusi BN.

PAS kemudian berbincang dengan KeADILan dan persetujuan di antara ketiga-tiga parti dicapai apabila DAP negeri bersetuju jawatan Menteri Besar disandang oleh ADUN Melayu Islam dari pihak BA (PAS-KeADILan).

Pengumuman atas pemuafakatan antara ketiga-tiga parti untuk menubuhkan kerajaan campuran dibuat kira-kira jam 2 pagi di Pejabat DAP negeri yang teletak hanya kira-kira 50 meter dari Pejabat Perhubungan PAS negeri. Lebih 10 pemberita dan jurugambar tempatan mengemukakan pertanyaan kepada saya dan pengerusi DAP, Ngeh Koh Ham (sekarang Dato�). Jawapan kami sama iaitu bersepakat menyahut suara rakyat yang mahukan perubahan supaya pentadbiran BN digantikan.

Dalam pengumuman itu kami namakan kerajaan Barisan Rakyat. Ia bukannya kerajaan DAP, tidak juga kerajaan PAS atau KeADILan.

Menerajui kerajaan Pakatan Rakyat

Adun PAS Pasir Panjang, Ir Haji Mohd Nizar Jamaluddin (kini Dato� Seri) kemudian diperkenan Sultan Perak sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

Menurut persetujuan awal ketiga-tiga parti, beliaulah satu-satunya calon untuk jawatan tersebut yang akan dipersembahkan kepada Sultan. Tetapi kemudiannya atas campur tangan pemimpin DAP dan KeADILan pusat, tiga nama telah dicalonkan yang mewakili DAP, KeADILan dan PAS. Wakil ketiga-tiga parti bersepakat untuk menerima siapa jua calon yang diperkenan istana.

Namun apabila nama Mohammad Nizar diperkenan istana, Penasihat DAP, Lim Kit Siang membantah dan mengugut untuk memboikot majlis ngkat sumpah jawatan MB.

Bagaimanapun, selepas kira-kira tiga jam perbincangan di antara pihak PAS yang diketuai saya dengan DAP yang diketuai Pengerusi DAP negeri, Ngeh Koh Ham, pemimpin DAP pusat bersedia mengubah pendiriannya dengan mengenakan syarat supaya DAP diberi 8 jawatan Exco dan PAS berjanji tidak melaksanakan hukum hudud dalam kerajaan campuran ini.

Bagaimanapun syarat-syarat itu gugur kira-kira jam 11 malam setelah wakil PAS dan DAP dititah menghadap Tuanku di Istana Kinta. DAP akhirnya bersetuju dengan perlantikan Menteri Besar dari PAS dan akan hadir dalam Upacara Angkat Sumpah esok harinya di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, bahkan setuju akan memohon ampun dari pihak istana. Yang paling penting syarat yang mereka kenakan iaitu 8 Exco dan isu hudud gugur dengan sendirinya.

Persetujuan mengenai pengguguran syarat ini disampaikan sendiri Setiausaha DAP Perak, Nga Koh Meng kepada Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagaimanapun Upacara Angkat Sumpah MB yang dijadualkan pada jam 4 petang akhirnya dibatalkan oleh pihak istana kira-kira 2 jam sebelum ianya dilangsungkan. Ia berpunca dari bantahan saat-saat akhir KeADILan kononnya mereka hanya diberikan satu kerusi Exco padahal pada kira-kira jam 10 pagi, pemimpin KeADILan Perak telah pun dimaklumkan yang mereka akan mendapat 3 kerusi Exco dan PAS hanya 1, manakala DAP memperolehi 6 bukannya 8. Entah di mana silapnya KeADILan pusat beranggapan mereka hanya diberikan satu kerusi Exco sahaja.

Ekoran dari pembatalan itu, pihak istana menitahkan supaya setiap 31 orang Adun daripada ketiga-tiga parti menandatangani surat perakuan masing-masing bahawa mereka menyokong penubuhan kerajaan campuran yang dimuafakatkan dan bersetuju atas pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar kemudiannya dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar di Istana Iskandariah pada 17 Mac jam 10 pagi. Turut hadir di majlis angkat sumpah jawatan ialah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli. Lim Kit Siang turut hadir dan kemudianmya berkesempatan menghadap Tuanku Raja Muda memohon ampun kepada baginda.

Menjalin hubungan mesra dengan istana.

Sejak hari pertama rombongan ketiga-tiga parti menghadap Tuanku Raja Muda di Istana Kinta, sungguh terasa mesra hubungan dengan Tuanku Raja Dr Nazrin Shah. Selepas memperkenalkan diri kepada baginda, baginda berbual menanyakan latar belakang saya. Apabila saya memberitahu mendapat pendidikan dari Maahad Al-Ehya� Ash-Shariff Gunung Semanggol di bawah asuhan Almarhum Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, baginda menjelaskan begitu tertarik dengan peranan para ulama Perak dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Ketika menuntut di Universiti Harvard, baginda juga pernah melakukan penyelidikan tentang peranan beberapa orang ulama Perak. Raja Dr Nazrin kemudian banyak bertanya tentang latar belakang Ir Mohammad Nizar yang mendapat ijazah Sarjana Kejuruteraan dari UK.

Hubungan terus terjalin melalui beberapa pertemuan dengan pihak istana ketika menghadapi saat-saat kritikal mengenai perlantikan MB dari parti PAS. Persefahaman mudah dicapai kerana Istana Perak dianugerah Allah SWT seorang Raja yang arif dalam bidang undang-undang sebagai seorang bekas Ketua Hakim; manakala Raja Muda memiliki daya intelektual yang tinggi dengan memiliki doktor falsafah di bidang sains politik.

Kelebihan istana ini dipertemukan Allah pula dengan pimpinan tertinggi PAS Perak yang mempunyai pandangan politik yang luas dan berpengalaman dalam pengurusan dan pentadbiran. Salah satu bukti begitu mesranya hubungan istana dengan Ir Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar adalah penganugerahan darjat kebesaran Pingat Darjah Seri Paduka Mahkota Perak dengan gelaran Dato� Seri belum pun sampai sebulan menjawat jawatan Menteri Besar. Begitu juga Pengerusi DAP negeri Perak, Ngeh Koh Ham yang dianugerahkan gelaran Dato�.

Memenangi hati para pemimpin parti rakan Pakatan Rakyat

DAP sebelum PRU12 dilihat sebagai parti yang tidak begitu sehaluan dengan PAS. Bagaimanapun selepas PRU12 dan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, pemimpin DAP bukan sahaja mudah bersefahaman dan mesra dengan pemimpin PAS di peringkat negeri, bahkan sentiasa menghormati pandangan pemimpin PAS sama ada mereka yang berada di dalam atau di luar kerajaan.

Saya sendiri dapat melihat bagaimana Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koh Ham berterus terang menyatakan dokongannya kepada pimpinan PAS dan sangat kagum dengan pimpinan Tok Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perkara ini dinyatakan sendiri kepada Tok Guru ketika lawatan pemimpin kerajaan Perak ke negeri Kelantan baru-baru ini.

kejayaan PAS menarik sokongan rakyat bukan Melayu

Pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS begitu menarik perhatian rakyat. Dalam suasana pihak-pihak tertentu terutama Umno yang cuba mempersoalkan kewibawaan kerajaan Pakatan Rakyat, ternyata rakyat Perak memberikan sokongan kuat kepada kerajaan yang baru dibentuk. Rakyat bukan Melayu memberikan sanjungan atas kewibawaan Menteri Besar Perak.

Dalam masa sebulan selepas PRU12, hampir setiap hari berita mengenai Mohammad Nizar tersiar dalam media berbahasa Tionghua. Ceramah perdana pertama di Stadium Perak anjuran Pakatan Rakyat sebaik sahaja kerajaan negeri dibentuk adalah antara bukti awal sokongan rakyat. Stadium itu penuh sesak dengan orang-ramai untuk mendengar ceramah lima pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

mengubah anggapan hanya Umno dan BN layak memerintah

Diayah seumpama ini sudah seperti diterima sebagai satu �khurafat� atau kepercayaan karut yang menyelubungi pemikiran sebahagian orang Melayu khasnya di luar bandar.

Kejayaan Pakatan Rakyat yang diterajui AS berjaya memecahkan tembok kepercayaan karut itu sehingga menyebabkan suatu kejutan budaya kepada pimpinan UMNO-BN Perak. Kemenangan enam Adun PAS yang membawa kepada enam kemenangan berikutnya menjadikan kedudukan PAS Perak begitu penting dalam membawa perubahan kepada landskap politik negara pasca PRU12.

enam saranan

Bagi mempertahankan kemenangan 6+6 ini, saya menegaskan dalam ucapan di hadapan kira-kira 700 orang pemimpin PAS Perak pada malam tersebut bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan tugas kewajipan yang besar untuk dilaksanakan, antara lainnya:

  1. Betapa pentingnya PAS diperkasa kerana hanya dengan kekuatan PAS, segala gerak kerja parti dan kerajaan akan berhasil.
  2. Mindset ahli-ahli PAS di semua peringkat mesti berubah. Mereka mesti berfikir bahawa mereka bukan lagi sebagai pembangkang tetapi sebagai kerajaan. Justeru, mereka perlu menunjukkan sikap adil, bijaksana dan rendah diri. Mereka hendaklah berusaha menerangkan kepada rakyat berbilang kaum dan agama bahawa kerajaan baru Pakatan Rakyat adalah sebuah kerajaan yang adil saksama, beramanah, telus dan bermaruah.
  3. Ahli PAS harus memperkukuh hubungan baik dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat serta menunjukkan sikap ramah mesra dan ambil peduli akan nasib rakyat di peringkat akar umbi. Jangan harapkan kerajaan saja untuk ambil peduli nasib rakyat berbilang kaum, tetapi pendokong PAS sendiri mesti menunjukkan sikap prihatin terhadap mereka.
  4. Menerusi Program Khidmat Masyarakat wakil rakyat PAS, pendokong PAS boleh membantu memberitahu dasar kerajaan baru Perak yang sangat prorakyat. Wakil rakyat PAS harus sentiasa mesra rakyat, sentiasa peduli dengan nasib rakyat berbilang kaum dan agama.
  5. Program tarbiyah, mesti menekankan aspek pengukuhan pengisian kemenangan (tamkin), iaitu melaksanakan idealisme atau cita-cita kita hendak melaksanakan kerajaan yang adil, telus, berkebajikan dan beramanah, sesuai dengan manifesto PAS.
  6. Untuk memperkukuh aspek tarbiyah, usrah cawangan dan kawasan hendaklah diadakan sekerap mungkin, di samping program bulanan liqa�ul fikri peringkat negeri diadakan.

Pada akhir program malam tersebut Menteri Besar, Dato� Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin menyampaikan taklimatnya dengan mesej menyeru semua pihak bersama membantu menjayakan kerajaan baru Perak Darul Ridzuan.- tajdid

Read More...

"Jangan bakar jambatan lepas itu berpantun membina jambatan baru" Khairy

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Khairy Jamaluddin
Selasa, 03 Jun 2008

SEJAK kebelakangan ini terdapat banyak berita tentang keahlian UMNO. Ada yang memohon menjadi ahli dan ada juga yang tidak mahu lagi menjadi ahli.

Dalam semua kes terkini, individu-individu terbabit pernah menjadi pemimpin UMNO sama ada pada peringkat tertinggi mahupun di peringkat akar umbi.
Yang pasti, UMNO semakin menjadi rumah persinggahan yang boleh dikeluar masuk sesuka hati. Ada yang keluar hari ini dengan meletakkan pelbagai syarat sebelum kembali.

Ada yang masuk semula kerana sudah yakin dengan perubahan yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri dalam perkara-perkara tertentu seperti pemulihan sistem kehakiman negara dan rombakan kepada Badan Pencegah Rasuah setelah begitu lama berada dalam parti pembangkang dan mengutuk segala tindakan UMNO.

Apa yang pasti, kita tidak boleh memaksa mana-mana pihak menyertai UMNO. Mereka perlu masuk secara sukarela atas kesedaran bahawa perjuangan demi agama, bangsa dan negara masih lagi merupakan gagasan politik yang paling relevan di Malaysia.

Pada masa yang sama, kita tidak boleh menghalang mana-mana pihak keluar dari UMNO. Kita boleh memujuk mereka untuk berfikir semula, tetapi jika mereka tidak lagi mempunyai komitmen kepada perjuangan UMNO, mereka akan tetap dengan pendirian mereka.

Bagi saya, keahlian UMNO tidak boleh bersyarat. Kita tidak boleh kata kita hanya mahu menjadi ahli UMNO jika pemimpin tertentu menjadi Presiden parti. Ini langsung membelakangkan institusi kepimpinan parti, menafikan proses demokrasi dalaman dan menghina slogan UMNO iaitu "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat".

Parti kita ada proses pemilihan tersendiri. Kalau tak suka kepada pemimpin proses ini perlu diguna untuk mencapai perubahan. Bukannya dengan tindakan keluar parti yang boleh menganggu kestabilan UMNO dan menguntungkan pembangkang.

Ada juga yang kata proses pemilihan parti tidak demokratik kerana ada "kuota" kelayakan bagi pencalonan jadi tidak ada pilihan lain dari keluar parti. Tanya dulu, bilakah sebenarnya UMNO memperkenalkan sistem "kuota" pencalonan ini? Apa sebabnya? Kita mesti jawab soalan-soalan ini terdahulu sebelum membuat apa-apa tuduhan. Jangan kita buta sejarah.

Kepada mereka yang ingin "kembali ke pangkal jalan" saya ucapkan selamat kembali. Jangan sia-siakan peluang kedua menjadi ahli parti keramat ini. Buktikan kesetiaan dan keikhlasan anda kepada UMNO tanpa memikirkan apa-apa jawatan.

Masih ramai yang bersyak wasangka terhadap tindakan anda. Ada yang kata tindakan ini ibarat hadiah kuda Trojan yang diguna oleh tentera Sparta untuk menewaskan Kerajaan Troy. Hadiah kuda ini akan masuk UMNO dan menunggu masa sesuai untuk membuka pintu kepada mantan towkay mereka untuk kembali.

Ada juga yang berspekulasi bahawa kuda hadiah ini adalah kerja saya yang berpakat dengan Saudara Ezam Mohd Nor dengan "grand design" tertentu.

Saya ingin menyatakan bahawa saya langsung tidak terlibat dengan permohonan Saudara Ezam untuk menjadi ahli UMNO semula. Walaupun saya kenal beliau, saya tidak mainkan pernanan malah tidak tahu menahu tentang "kemasukan" semula beliau dalam UMNO. Tapi bagi sesetengah pihak, tidak ada perkara yang saya tidak tahu di Malaysia dan semua kejadian adalah kerja saya. Kalau ada hujan petir atau ribut taufan, itu pun dikatakan kerja KJ!

Saya faham penafian saya ini tidak cukup untuk memuaskan kaki spekulasi (penyangak) politik. Pada mereka, siasah tanahair lebih menarik jika benar saya adalah "mastermind" dan Saudara Ezam merupakan hadiah kuda yang akan membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk semula dalam UMNO.

Inilah senario yang dicanang oleh mereka yang menangguk di air keroh dengan tujuan untuk mencetuskan kekecohan dalam parti. Inilah yang menjadi senario idaman mereka supaya perasaan syak mereka terhadap saya yang sering dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar dapat disahkan.

Malang sekali mereka tidak mengenali saya. Bagi saya, Dato' Seri Anwar sudah tersimpang jauh dari perjuangan kebangsaan yang tulen. Beliau tidak akan dapat apa-apa sokongan malah simpati dari saya. Jika kemasukkan Saudara Ezam bertujuan untuk memenuhi strategi hadiah kuda Trojan, saya adalah orang pertama yang akan membakar kuda tersebut.

Prinsip saya dalam politik adalah mudah. Jangan lompat parti. Jangan bakar jambatan lepas itu berpantun membina jambatan baru. Jangan meletakkan syarat kepada keahlian parti, lebih-lebih lagi UMNO. Sebab sekali kita lompat, selama-lamanya kita akan dipandang serong seolah-olah seekor hadiah kuda.

Read More...

Tiada kawalan harga minyak mulai Ogos

Malaysiakini

Jun 3, 08 12:28pm

Tiada kawalan harga akan dikenakan ke atas petrol dan diesel dengan pelaksanaan mekanisme subsidi bahan api itu Ogos
ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini.

Beliau berkata kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan dua mekanisme subsidi bahan api iaitu "pendapatan tunai" dan penetapan kuota.

shahrir samad 01Menurutnya, dengan cara itu, harga bahan api di Malaysia akan mencerminkan harga pasaran global, demikain menurut laporan Bernama.

"Ia bergantung kepada harga pasaran global," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia Pertama 2008 di Kuala Lumpur hari ini.

"Kita sedang menuju ke arah inflasi yang memerlukan keseluruhan sistem subsidi diubah, dan ini akan dilakukan menjelang Ogos. Tetapi apa yang akan berlaku esok adalah suatu langkah ke arah itu.

"Kita akan melakukannya secara beransur-ansur kerana satu sistem subsidi sepenuhnya tidak boleh dilaksanakan serta merta sekarang.

"Esok harus dilihat dan dianggap sebagai sebahagian daripada perubahan keseluruhan itu," katanya.

"Kita tidak boleh naikkan harga tanpa memberikan suatu bentuk subsidi kepada rakyat Malaysia. Kita sedang memikirkan untuk menaikkan harga runcit dalam pasaran. Pada masa yang sama, kita perlu menghentikan penyeludupan dan penyalahgunaan yang berlaku," katanya.

Shahrir berkata kerajaan menjangka untuk menaikkan subisidinya ke atas komoditi itu hingga di antara RM55 bilion dengan RM56 bilion tahun ini, bergantung kepada harga minyak dunia.

"Harga minyak terus meningkat, jadi peruntukan subsidi juga terus bertambah," katanya.

Tindakan berani

abdullah ahmad badawi surprise lookSementara itu, dalam ucaptamanya dalam Rundingan Meja Bulat ke-22 Asia Pasifik di ibunegara hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa komuniti antarabangsa supaya mengambil langkah berani yang belum pernah berlaku untuk memerangi kenaikan melampau harga makanan, minyak dan komoditi.

Bernama memetik beliau sebagai berkata, beban kenaikan harga kini yang ditanggung sebahagian besarnya oleh negara membangun dan miskin, boleh dengan mudah melimpah kepada masyarakat maju.

"Protes, demonstrasi dan rusuhan makanan telah tercetus di banyak negara di dunia membangun termasuk di rantau kita.

"Bagaimanapun kebimbangan ini tidak begitu ketara dilihat di dunia negara maju, kecuali berkaitan dengan kenaikan harga bahan api," katanya.

Beliau memberi contoh tindakan berani Jepun dalam menangani kenaikan harga beras, dan mencadangkan langkah yang sama diambil oleh pasaran minyak.

"Untuk mengelakkan tawaran spekulatif, Jepun telah menggantung perdagangan beras dalam pasaran hadapan," katanya.

Bekalan beras

"Kita patut mengkaji langkah sedemikian bagi kemungkinan ia dilaksanakan untuk pasaran minyak, yang merupakan penyumbang penting melonjakkan harga komoditi lain. Kesemua langkah ini akan tentunya memerlukan rundingan dan perjanjian di peringkat antarabangsa," katanya.

Abdullah juga berkata Asean Campur Tiga (10 negara Asean dan China, Jepun serta Korea Selatan) juga boleh memainkan peranan dengan mewujudkan Simpanan Jaminan Makanan Asean memandangkan ia kini tidak mempunyak stok yang cukup bagi menstabilkan secara berkesan harga dan bekalan beras dalam kalangan negara anggota.

"Langkah juga perlu diambil untuk menggerakkan Simpanan Beras Kecemasan Asia Timur yang kini masih di peringkat projek perintis. Ia harus menjadi skim simpanan beras yang berdaya maju yang mendapat komitmen penuh daripada semua negara peserta," katanya.

Abdullah berkara harga beras, makanan ruji penduduk Asia, telah meningkat 76 peratus dalam tempoh lima bulan sejak Disember tahun lalu hingga April tahun ini, sementara harga keseluruhan makanan, meningkat 83 peratus sejak tiga tahun lepas dan harga minyak meningkat empat kali ganda sejak enam tahun lalu.

"Para penganalisis berkata harga itu sudah pada puncaknya. Pada satu ketika tidak syak lagi ia mesti berlaku. Tetapi buat masa ini ia kekal pada harga yang amat tinggi," katanya.

Read More...

Dadah dirampas polis hilang lagi

Berita Harian

Oleh Hussain Said dan Zulhilmi Hat

SEREMBAN: Kes kehilangan dadah yang dirampas polis berulang lagi, kali ini membabitkan kira-kira tiga kilogram (kg) ketamin dari bilik simpanan barang bukti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

Kehilangan dadah itu dikatakan disedari seorang pegawai yang menjalankan pemeriksaan di bilik berkenaan, Sabtu lalu.

Dadah yang lesap itu dipercayai sebahagian daripada 30.32 kilogram ketamin bernilai RM1.2 juta yang dirampas polis dalam serbuan di sebuah premis perniagaan dan sebuah rumah di Rantau dekat sini pada 26 Mei lalu. Difahamkan, dua laporan polis sudah dibuat mengenai kehilangan barang bukti itu dan kes berkenaan kini dikatakan disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Bukit Aman juga dilaporkan sudah menghantar pegawainya ke IPD Seremban untuk menyiasat kes itu.

Tiga tahun lalu, 60,000 pil psikotropik yang menjadi bahan bukti perbicaraan kes pengedaran dadah membabitkan seorang warga emas, dilaporkan hilang daripada simpanan polis di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor.

Tidak lama selepas itu, 1,168 pil kuda, 7.5 gram heroin dan 400 mililiter ubat batuk merangkumi sembilan kes turut dilaporkan hilang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin yang dihubungi di Kuala Lumpur, bagaimanapun enggan mengulas mengenai kes terbaru itu.

Beliau berkata, kes itu perlu dirujuk kepada Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Osman yang ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini semalam, pula berkata beliau tidak tahu mengenai kehilangan dadah berkenaan.

Rampasan dadah berkenaan yang terbesar di negeri ini tahun ini, dilakukan JSJN IPD Seremban dalam serbuan di sebuah premis perniagaan dan rumah di Rantau, kira-kira jam 3.20 petang, 26 Mei lalu.

Ketamin itu yang diisytiharkan sebagai marmar perhiasan masjid, dipercayai diseludup sindiket pengedaran dadah antarabangsa dari sebuah negara Asia Selatan menerusi perkhidmatan kurier di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Read More...

Hadiah untuk Sabah

Harakahdaily

Subky Abdul Latif

Tue | Jun 03, 08 | 4:05:59 pm MYT

Perdana Menteri yang berkunjung ke Sabah dua hari hujung Mei menganugerahkan 13 inisiatif yang dianggap sebahagian hadiah untuk Sabah dan penduduknya.

Saya tidak berhajat untuk memperincikan 13 perkara itu yang diberi dengan tiba-tiba.

Apakah yang diberi itu sudah memadai untuk Sabah atau ia suatu yang lebih dari sepatutnya atau tidak memadai?

Apakah yang diberi oleh Perdana Menteri itu adalah suatu yang menjadi hak untuk Sabah atau ia suatu pemberian istimewa untuknya disebabkan oleh sesuatu keadaan yang perlu dibuat begitu?

Apa pun mengapa baru sekarang sesudah Sabah merdeka melalui Malaysia sejak tahun 1963 hadiah 13 perkara itu diberikan? Mengapa tidak dulu? Mengapa tidak diberi 20 tahun lalu atau sepuluh tahun lalu atau sebelum pilihan raya lalu?

Jika apa yang diberi itu memang hak Sabah dan ia memang patut memperolehinya, mengapa baru sekarang ia diberi? Mengapa selepas pilihan raya umum ke-12 yang keputusannya diketahui semua, maka baru Perdana Menteri pergi ke Sabah mengumumkan perkara itu.

Semua tahu bahawa Sabah memberikan hadiah kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu memungkin ia membentuk semula Kerajaan Pusat. Hadiah yang sama diberikan oleh Sarawak.

Jika kedua wilayah itu tidak memberi pakejnya kepada BN, tidak diketahui nasib Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Keduanya masih boleh menang mudah dalam pilihan raya itu, tetapi kemenangan itu boleh memberinya nasib yang sama seperti Mahadhir Khalid, Tajol Rosli dan Dr. Khir Toyo di Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Sekalipun Sabah dan Sarawak sudah membantu kemenangan BN, tetapi timbul pula gempar MP dari negeri itu menimbang untuk bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan alternatif menggantikan pemimpin kerajaan yang dilihat rapuh sekarang.

Dua orang Sabah yang ditawarkan Timbalan Menteri menolak setelah diumumkan terpaksa digantikan dua orang MP Sabah yang lain. Berikutnya secara tergesa-gesa jawatan Speaker Dewan Rakyat yang sedang ditunggu oleh Tan Sri Ramli Ngah Talib untuk diberikan semula kepadanya diberikan kepada orang Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ramli Ngah Talib baru saja diinterbiu media tentang kesediaannya jika dipilih semula. Dia menyatakan kesediaan dan dia pun dipercayai mengharapkan dipilih semula. Rasanya dia akan dipilih semula. Tetapi sepulangnya Perdana Menteri dari Sabah, kerusi itu tidak diberi lagi kepadanya, kerana ia dihadiahkan kepada orang Sabah.

Suara dari Sabah terus menyuarakan rasa tidak puas hati bilangan menteri yang diberi kepadanya, sedang mereka menyebut sebuah negeri yang MP-nya tidak sebesar Sabah diberi tujuh menteri. Suara dari Sabah itu benar-benar membimbangkan kerajaan BN, maka kunjungan segera sekali lagi ke Sabah, Perdana Menteri memberi tambahan hadiah lagi.

Tidak dapat dipastikan adakah suara dari Sabah itu satu amaran atau satu peras ugut, tetapi yang dapat dikatakan, hadiah itu belum tentu ditawarkan kiranya tidak gempar yang dibuat oleh Anwar Ibrahim dan tidak suara keras dari beberapa MP Sabah.

Sarawak sudah tentu melihat dengan penuh minat terhadap apa yang diberi kepada Sabah itu. Apakah memadai orang dari negerinya ditawarkan Timbalan Speaker dan ketua Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen?

Apa pun Sarawak tentu mahukan haknya jika apa yang mereka rasa mereka juga patut dapat hadiah belum diberi. Tidaklah patut Sabah diberi hadiah, maka Sarawak dibiarkan ternganga saja. Jika hak itu tidak diberi, maka tidak mustahil ada yang dalam diam-diam mencari Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang dilihat kepanasan itu akan ke Kuching pula lepas ini untuk membuat hadiah kiranya hadiah belum diberi kepada mereka.

Jika apa yang diberi adalah hak mereka, dan kerana hak itu tidak diberikan selama ini, maka patutlah hak itu diberikan. Dan kalau ia memang hak mereka, apa jadahnya maka ia ditangguhkan selama ini?

Jika demikian benarlah dakwaan, kerajaan BN pimpinan Umno tidak memberikan keadilan kepada semua.

Tetapi kalau keadilan itu sudah dipenuhi, dan semua telah mendapat haknya, maka apa yang hendak dikata kepada pemberian di Sabah itu? Tidakkah pemberian itu dibuat atas peras ugut yang dihadapi?

Saya sekadar hendak menyebutkan satu dari hadiah itu. Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang diwujudkan sejak Sabah ditadbir pembangkang PBS dulu dimansuhkan kerana orang Sabah tidak suka sangat padanya.

Jika jabatan itu dimansuhkan untuk Sabah, maka apa alasan ia mesti dikekalkan di Kelantan. Dan mungkin di lain-lain negeri bukan BN. Ia adalah seperti satu pentadbiran kerajaan dalam kerajaan. Jika ia dibatalkan di Sabah, maka ia juga patut dipanggil pulang dari Kota Bharu. Ia tidak patut ada di mana-mana negeri.

Sabah mungkin boleh berpuas hati, tetapi cara pemberian itu dibuat jelas menunjukkan Kerajaan Pusat sangat tertekan. Belum jelas pemberian itu kerana Sabah patut diberi haknya, tetapi lebih disebabkan takut Sabah hilang dari pengaruh BN.- tajdid

Read More...

Tidak perlu pilihan raya mengejut: Johari

Mstar Online

03-06-2008 07:40:05 PM

KUALA LUMPUR: Tidak timbul keperluan untuk mengadakan pilihan raya mengejut kerana Barisan Nasional (BN) yang mendapat majoriti kukuh dengan menguasai 63 peratus kerusi Dewan Rakyat sudah membentuk kerajaan yang kuat, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamed Johari Baharum berkata tidak timbul keperluan untuk kerajaan mendapat mandat baru menerusi satu lagi pilihan raya umum dalam tempoh terdekat. Beliau berkata kemenangan besar itu membolehkan kerajaan terus mentadbir, melaksanakan dasar dan mendapatkan kelulusan rang undangundang di Parlimen.

"Dengan ini, kerajaan dapat mengekalkan keamanan, kestabilan dan keharmonian dalam negara, di samping terus berupaya melaksanakan dasar dan pendekatan yang dapat meningkatkan daya saing ekonomi, memakmurkan rakyat dan memperbaiki mutu kehidupan masyarakat," katanya menjawab soalan Senator Datuk Armani Mahiruddin.

Menjawab soalan tambahan Armani mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan sekarang tidak dapat memerintah dengan baik, Mohamed Johari berkata ia adalah mainan politik pihak tertentu bagi mencapai matlamat peribadi atau kepentingan politik mereka.

"Kerajaan yang memerintah sekarang tiada masalah untuk memerintah dan ini jelas terlihat menerusi beberapa Rang Undangundang termasuk pindaan kepada Akta Pencen yang diluluskan barubaru ini," katanya. Mohamed Johari berkata BN yang mempunyai majoriti 58 kerusi di Dewan Rakyat dapat mentadbir dengan berkesan dan mendapatkan kelulusan bagi setiap rang undangundang yang dibentang, malah dalam beberapa sesi pengundian, bilangan undi pembangkang tidak mencerminkan bilangan sebenar mereka.

"Jadi, jelas kepada kita bahawa Ahli Parlimen yang bertanding atas tiket pembangkang sekali pun tidak semestinya menyokong pembangkang.

"Jadi, soal perlu diadakan pilihan raya segera tidak timbul kerana perkara itu hanya dibangkitkan pembangkang untuk tujuan tertentu," katanya menjawab soalan tambahan Senator Muhamad Yusof Husin.

Muhamad Yusof berkata beliau sering mendengar uraura bahawa Parlimen akan dibubarkan tidak lama lagi bagi mendapatkan mandat baru dan berharap kenyataan itu tidak benar kerana sesebuah kerajaan perlu terus berjuang dan berpegang kepada prinsip, "biar mati di hujung pedang jangan mati kena tendang".

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Rashid Ngah mengenai langkah kerajaan untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan semasa adalah teguh, Mohamed Johari berkata tindakan itu tidak perlu kerana kerajaan sekarang memang teguh dan mendapat kepercayaan dan keyakinan pelabur serta pelancong asing.

Katanya jumlah pelabur yang datang bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menanam modal di Malaysia tidak pernah susut, manakala bilangan pelancong semakin meningkat terutama dari Asia Barat yang tidak lagi datang secara bermusim ke negara ini. BERNAMA

Read More...

Harga siling simen dimansuh 5 Jun

PUTRAJAYA 2 Jun – Kerajaan hari ini mengumumkan tiga langkah drastik bagi mengatasi masalah gangguan bekalan simen, antaranya memansuhkan harga siling bahan itu di pasaran tempatan berkuat kuasa Khamis ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, bagi menangani masalah yang sama kerajaan juga menetapkan pengimport simen kini hanya perlu membayar duti import pada kadar 10 peratus.

Selain itu, katanya, pengimport simen di Sabah dan Sarawak akan dikecualikan daripada memperoleh lesen import.

Abdullah berkata, langkah liberalisasi simen tersebut melibatkan simen jenis biasa Portland (HS 2523 29 900) dan simen hidraulik (HS 2523 90 000).

“Kerajaan telah menerima banyak aduan mengenai masalah gangguan bekalan simen yang ditetapkan pada harga siling.

“Ini kerana permintaan serta penggunaan simen dalam bentuk beg berbanding pukal telah meningkat di pasaran tempatan manakala harga simen di pasaran dunia pula lebih tinggi daripada harga kawalan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Perdana Menteri, liberalisasi simen tersebut selaras dengan hasrat kerajaan memastikan pembangunan negara berjalan lancar di samping menjamin pasaran simen yang telus serta cekap.

“Masalah gangguan bekalan dan harga yang tinggi di pasaran dunia telah memberikan kesan negatif kepada industri pembinaan sekali gus akan menjejaskan pelaksanaan projek-projek pembangunan negara,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) menyambut baik langkah kerajaan memansuhkan harga siling simen di pasaran tempatan namun ia melahirkan kebimbangan pembekal mungkin menaikkan harga simen sewenang-wenangnya.

Presiden PKMM, Senator Datuk Roslan Awang Chik tidak menolak kemungkinan pembekal mengambil kesempatan daripada pemansuhan harga siling simen itu.

Menurut beliau, walaupun sebelum ini kerajaan mengawal harga simen tetapi masih wujud fenomena harga simen yang berbeza-beza di pasaran tempatan.

Pada masa ini harga simen ialah RM14 sekampit.

“PKMM menjangkakan ada kecenderungan pembekal menaikkan harga pada paras yang tinggi dalam tempoh tiga bulan ini ekoran pengumuman kerajaan memansuhkan harga siling simen,” kata Roslan ketika dihubungi.

Awal Mei lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemansuhan penetapan harga siling besi keluli di pasaran tempatan bagi menangani masalah kenaikan harga serta kesukaran mendapatkan bahan binaan itu di pasaran.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |