+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Saturday, September 27, 2008

Rumah ibu bapa dilontar bom petrol, Teresa dakwa usaha takutkan beliau

Mstar Online



TERESA Kok menunjukan nota ugutan dan contoh bom petrol yang dilontar di kediaman ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini, selepas mengadakan sidang media mengenai insiden itu hari ini. Bagaimanapun kejadian kira-kira 2.55 pagi tadi tidak mencederakan penghuni rumah itu kerana bom petrol itu tidak meletup. -fotoBERNAMA


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengganggap kejadian membaling bom molotov cocktail di rumah ibu bapanya di Jalan Ipoh di sini awal pagi tadi bertujuan untuk menakut-nakutkan dirinya dan menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

"Mungkin tindakan ini berpunca dari perasaan dendam terhadap saya dan keluarga selepas media dan blog tertentu menghina dan menggambarkan saya sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan bersifat perkauman, dengan mereka-reka cerita yang palsu, sebelum dan selepas saya ditahan di bawah akta ISA," katanya.

Teresa ditahan di bawah ISA pada pada 12 September dan dibebaskan selepas seminggu disiasat.

Laporan polis telah dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan, agar mereka yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan, kata Teresa pada sidang media di rumah ibu bapanya di Taman Rainbow.

Sidang media itu turut dihadiri Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan wakil PAS.

Teresa berkata, dengan adanya ancaman itu, beliau berharap polis dapat menjamin keselamatan beliau dan juga keluarganya yang kini jelas terancam.

Lim berkata, DAP akan berjumpa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Seri Ismail Omar dalam waktu terdekat bagi memastikan keselamatan Teresa sekeluarga selamat dan terjamin.

Bapa Teresa, Kok Kim Tong, 74, berkata, kejadian tersebut berlaku pada 3 pagi apabila anak lelakinya yang sedang melayari internet terlihat seorang lelaki menaiki motosikal membaling sesuatu ke rumah mereka.

"Setelah diperiksa, terdapat dua molotov cocktail, dan salah satunya pecah. Tapi mujur tak meletup," katanya yang memberitahu, ketika kejadian terdapat tujuh orang di dalam rumah tersebut.

"Kami juga menemui satu nota berunsur ugutan yang dilipatlipat lalu kami segera membuat laporan polis pada pukul 4 pagi," katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan yang dihubungi berkata Polis akan segera menyiasat bagi menjejaki individu yang terbabit dalam kejadian yang mengancam nyawa ini.

Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 502 iaitu ugutan jenayah, katanya.

Pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengutuk tindakan penjenayah yang melakukan perbuatan itu dan meminta polis dan kerajaan segera menyiasat kes tersebut, agar penjenayah dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Ini kali kedua perkara sama berlaku kurang dari dua bulan. Sebelum ini, bekas rumah Presiden Majlis Peguam, S. Ambiga juga dibaling molotov cocktail," katanya.

Katanya, sesiapa yang tidak setuju dengan dengan pendekatan Teresa, mereka harus menyatakan pandangan mereka dan harus berani untuk mengadakan perdebatan secara aman dan sekiranya mereka rasa tindakan beliau adalah salah, biar undang-undang yang menentukannya.

Koh berkata, sebarang kekerasan atau perkara yang menyalahi undang-undang akan menyebabkan ekonomi negara semakin merosot.

Read More...

Tuesday, September 23, 2008

'Dunia kecil' Teresa Kok di bilik 6 kali 8 kaki selama seminggu


Mstar Online

TERESA Kok dengan wajah gembira pada sidang akhbar selepas dibebaskan pada 19 September lalu.

APABILA Teresa Kok dibebaskan selepas ditahan selama lapan hari tujuh malam di salah satu pusat tahanan sementara ISA di ibu negara, ada yang secara berjenaka mengatakan, Ahli Parlimen DAP kerusi Seputeh bebas awal kerana 'lebih hebat menyoal siasat' pihak polis berbanding polis menyiasat beliau.

Teresa, 44, Setiausaha Publisiti DAP juga diajukan pandangan ini. Beliau cuma ketawa kecil.

Tetapi, Teresa yang awal-awal sudah meramalkan akan ditahan di bawah ISA satu hari nanti sebaik menceburi politik pada 1990, juga menafikan yang beliau iron lady pembangkang khususnya DAP. Katanya: "Saya tidak pernah anggap diri saya sebagai iron lady dan pemimpin handal."

"Saya percaya, adalah penting untuk kita gunakan prestasi kerja kita untuk membuktikan kepada orang ramai yang kita berkhidmat kepada negara dan rakyat secara bersungguh-sungguh. Tetapi kalau orang ramai anggap saya sebagai iron lady, saya mahu berterima kasih kepda penulis kolum Utusan Malaysia, Zaini Hassan, (Datuk Seri) Khir Toyo dan ADUN Sri Serdang, (Datuk Mohamad) Satim (Diman)," katanya dalam temu bual dengan mStar Online di pejabatnya di Tingkat Tiga, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam semalam.

Semalam merupakan hari pertama beliau yang selaku Pengerusi Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor kembali ke pejabatnya. Ikuti temu bual penuh dengan beliau - pemimpin wanita DAP pertama dan exco pembangkang pertama, mengenai penahanannya di bawah ISA.Adakah hari ini hari pertama Yang Berhormat (YB) masuk ke pejabat selepas dibebaskan Jumaat lalu?Ya, hari ini hari pertama. Ini program kedua. Pagi tadi, saya menghadiri satu temujanji dan kemudian pulang ke pejabat.

REAKSI Teresa Kok ketika dikerumuni wartawan pada 19 September.

Bagaimana perasaan YB kembali semula ke pejabat, untuk bertugas?

Saya rasa gembira dan lega kerana ini pejabat saya dan saya pulang semula bekerja berbanding semasa saya berada dalam kurungan persendirian di pusat tahanan ISA. Ada beberapa staf yang rasa gembira bertemu saya semula.

Kini berhadapan dengan sebarang tekanan?

Saya baru sahaja masuk pada pukul 10 pagi dan saya masih perlu melihat apa yang berlaku sepanjang 10 hari lepas.

Selama lapan hari YB berada dalam kurungan persendirian, (apa yang berlaku sebenarnya semasa dalam tahanan?

Sebenarnya saya ditahan pada 12 September iaitu hari Jumaat dan dilepaskan pada 19 September, juga hari Jumaat. Jadi seminggu atau tujuh hari... dalam tujuh hari itu, ketika dalam tahanan ISA, saya tidak tahu apa salah saya. Saya tidak lakukan apa-apa yang dituduh seperti yang disiarkan dalam Utusan Malaysia dan sesetengah blog seperti pembelamelayu.com. Justeru saya rasa, ini kesalahan polis (menahan saya).

Selepas saya disoal siasat oleh pegawai penyiasat polis, saya ingat saya boleh dibebaskan dua atau tiga hari selepas itu kerana memang tiada kes langsung terhadap saya. Jadi, saya rasa agak hairan (saya) ditahan selama tujuh hari.

Tetapi pada hari yang ketiga iaitu hari Isnin, semasa saya dibawa ke Bukit Aman untuk berjumpa dengan ibu bapa dan setiausaha saya, saya diberitahu tentang sokongan yang begitu kuat daripada orang ramai terhadap saya di mana saya diberitahu, ada ramai orang daripada pelbagai kaum dan agama berdoa dan bersembahyang supaya saya dan Raja Petra dibebaskan. Saya ditunjukkan beberapa keratan akhbar oleh setiausaha saya... jadi, saya rasa lebih senang hati kerana saya ada sokongan yang begitu kuat di luar penjara dan ini menguatkan hati dan memberi ketabahan kepada saya. Saya sangka selepas tu, mungkin saya akan dibebaskan tapi tidak sangka akan ditahan sehingga Jumaat (19 September).

Ada laporan yang mengatakan YB akan ditahan selama 28 hari. Pandangan YB?Ya, pada hari Ahad iaitu pada hari ketiga di sebelah malam, selepas saya memberikan kerjasama yang penuh kepada pegawai penyisat polis tentang beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadap saya, saya sangka ia sudah memuaskan hati mereka dan saya akan dibebaskan. Saya tidak sangka, malam itu juga, beberapa pegawai dari Bukit Aman telah datang ke bilik saya dan memberitahu, penahanan saya itu disambung 28 hari lagi.

SATU lagi reaksi TERESA Kok semasa ditemui wartawan.

Ini menyebabkan saya berasa sangat sedih dan saya memang memarahi kesemua pegawai polis yang ada di sana. Saya tahu bukan kesalahan mereka tapi saya rasa begitu sedih kerana mereka menahan seorang yang tidak bersalah dan saya bercakap dengan mereka, 'ini bulan Ramadan... semua kena berfikir dan berbuat baik kerana ini bulan suci. Jadi menahan seorang yang tidak bersalah di bawaa ISA ini memang satu dosa'.

Saya rasa sangat susah hati pada waktu itu tetapi pada hari Isnin, apabila saya diberitahu sokongan yang kuat di luar kepada saya, saya rasa saya boleh teruskan.

YB memang sudah bersedia untuk ditahan lama

Ya, saya (sudah) bersedia. Saya berkata kepada pegawai polis yang datang pada saya, mengapa menahan saya dalam kurungan persendirian kerana saya tidak buat apa-apa kesalahan. Saya beritahu mereka, kalau mahu, hantar saya terus ke (pusat tahanan) Kamunting. Saya diberitahu tempat itu lebih selesa berbanding kurungan persendirian ini.

Bagaimana persekitaran bilik kurunganSaiznya 6 kaki kali 8 kaki. Terdapat dua katil kayu dan satu tandas kecil. Ini ruang yang saya ada.

Pada hari pertama, saya ditahan pada pukul 11.15 malam. Selepas semua prosedur, saya dimasukkan ke dalam bilik kurungan pada pukul 4 pagi. Pada waktu itu, saya terpaksa tidur atas katil kayu tanpa bantal. Tapi pada waktu itu saya begitu letih, jadi saya terus tidur. Tapi hari kedua , saya diberi tilam dan bantal.

Setelah 44 tahun berada dalam dunia yang luas, kemudian tujuh hari di bilik kecil, bagaimana YB merasai kebebasan (yang sebenar)?

Saya tidak rasa panik kerana bila kita tidak buat apa-apa salah, hati kita pun tenang. Saya berdoa kepada Tuhan. Saya rasa Tuhan akan melindungi saya. Saya yakinkan diri sendiri bahawa saya terima hakikat ini dan ingin buktikan kepada polis dan dunia yang saya tidak bersalah. Mereka yang menahan saya itu telah membuat satu kesilapan yang amat besar. Itu yang saya cakap pada diri saya untuk menenangkan hati.

YB tidak sama sekali menganggap diri YB satu ancaman kepada negaraApa yang telah saya buat yang telah mengancam keselamatan negara kita? Apabila saya dibebaskan, saya baca dalam akhbar yang Menteri Dalam Negeri berkata, siasatan polis mendapati Teresa Kok tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamtan negara. Saya rasa sangat lucu dan pada malam itu juga, saya telah menyampaikan beberapa ceramah selepas dibebaskan. Bila saya baca ‘headline’ akhbar kepada orang ramai di mana saya bukan lagi ancaman kepada keselamtan negara, semua orang ketawa. Mana-mana saya pergi pun, semua orang ketawa. Memang tidak ada orang yang anggap saya ancaman kepada keselamatan negara. Ini kenyataan yang memang tidak masuk akal.

Sekarang mereka kena cari alasan kenapa saya ditahan dan dibebaskan dan apa pun alasan yang diberi, memang tidak akan memuaskan hati orang ramai kerana mereka tahu saya tidak bersalah.

Tetapi memang sehingga hari ini memang tiada alasan yang diberikan atas kebebasan YB

Tiada alasan dibebaskan. Tetapi bila saya ditahan di bawah ISA, saya dikatakan mencabuli Seksyen 73(1) Akata Keselamatan Dalam Negeri iaitu saya menyebabkan ketegangan dan pergaduhan antara kaum dan agama. Ini satu kesalahan yang amat serius. Saya ada bertanya kepada mereka, apa yang saya buat yang menyebabkan ketegangan antara kaum dan agama? Saya tidak pernah cakap apa-apa atau pun membuat apa-apa kenyataan secara bertulis yang menyakiti mana-mana kaum dan agama. Jadi kenapa saya didakwa dengan satu tuduhan begitu besar sekali?

Saya berkata pada polis, berikan saya bukti... bila saya diberi notis sambungan 28 hari penahanan, saya tanya kepada Special Branch 'kamu semua selalu ikut saya sebagai ahli politik, kamu mendengar (perbualan) telefon bimbit dan emel kami, jadi kamu tahu gerak-geri saya selama ini... kalau ada masa, saya masuk dalam blog saya, jadi apa lagi kesalahan saya?

Saya tanya 'tidak cukupkah dan sampai sekarang pun tidak dapat buktikan bila saya pernah buat apa-apa kenyataan dalam ceramah dan kenyataan bertulis yang menunjukkan saya menyakiti hati dan mencemarkan apa-apa agama dan kaum'. Mereka memang diam saja dan tidak dapat tunjukkan apa-apa bukti.

Apabila YB menceburi politik (kira-kira) 20 tahun lepas, pernahkah YB menyangka akan ditahan di bawah ISA

Pernah! Saya menceburi politik pada tahun 1990. Saya menjadi setiusaha kepada Lim Kit Siang yang merupakan Ketua Pembangkang Parlimen pada waktu itu.

Ibu bapa saya melarang saya menyertai politik dan bekerja dengan Lim Kit Siang tetapi hati saya berkata, saya mahu menguatkan parti pembangkang supaya lebih demokratik dan mewujudkan sistem dua parti. Saya tidak masuk politik untuk keuntungan dan kebaikan diri. Mereka cuba larang saya kerana bimbang saya akan ditahan ISA kerana Lim Kit Siang baru sahaja dilepaskan daripada Operasi Lalang pada 1987.

Adakah mereka bimbang atau YB yang bimbang

Saya tidak bimbang kerana jika saya yang bimbang, saya tidak akan masuk parti pembangkang. Selama ini, saya tidak pernah keluarkan kenyataan yang menyakitkan hati sesiapa tetapi biasalah, sebagai ahli politik, apabila kita mahu membongkar skandal atau salah laku pentadbiran kerajaan dan polis, tentu ada yang tidak suka. Namun, itu tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat dan ahli politik untuk membantu yang lemah dan memerlukan.

Adakah penahanan selama tujuh hari melemahkan semangat YB

Tidak... sekarang saya bebas. Ke mana sahaja saya pergi, ramai orang kenal saya sekarang... ke gereja, pasar dan restoran, semua orang akan bertepuk tangan. Ini tanda sokongan terhadap saya kerana kalau saya penjenayah, mereka tidak akan menepuk tangan. Mereka gembira saya keluar dari tahanan.

Saya rasa ini adalah kesilapan Barisan Nasional (BN). Sebenarnya pada hari pertama, saya sudah beritahu kepada pegawai penyiasat polis, saya tidak bersalah. Mereka selalu kata itu adalah arahan, mereka tidak tahu kerana hanya menurut perintah.

Saya kata, 'kamu pergi cakap kepada orang atasan, kamu tangkap saya yang tidak bersalah. Ramai orang tahu saya tidak bersalah. Ini tidak akan memberi sokongan tambahan kepada BN malah ini akan menrunkan sokongan kepada BN'.

Penahanan saya sebagai wakil rakyat yang tidak bersalah boleh menggugat kemasukan pelaburan asing dan ini akan menjejaskan ekonomi kita. Pada waktu itu (dalam tahanan), saya meramalkan dalam minggu hadapan, pasaran akan jatuh lebih lagi kerana semasa saya ditahan, indeks komposit 1,038 (mata). Saya meramalkan ia akan jatuh sehingga 1,000 (mata).

Bila saya keluar, saya tengok akhbar, ia jatuh sehingga 900 lebih mata. Memang kebetulan kerana AIG menghadapi masalah di Amerika, jadi mempengaruhi pasaran saham dunia. Bila saya bebas, ia naik pula. Ini sememangnya pengaruh ekonomi dunia.

Tapi apa yang saya cuba mahu sampaikan adalah penahanan seperti ini memang akan menggugat keyakinan pelabur tempatan dan asing secara jangka panjang dan menjejaskan nama baik negara di peringkat antarabangsa.

Adakah semasa dalam tahanan, YB ada terfikir untuk mengakhiri kerjaya politik (selepas keluar)?

Tidak kerana saya tidak bersalah. Keduanya, bila saya keluar dari pusat tahanan, saya terima begitu banyak panggilan telefon dan sms yang menunjukkan orang ramai gembira dengan pembebasan saya. Ini menunjukkan orang ramai sayang dan menyokong saya dan ini yang menyebakan kita sebagai ahli politik akan meneruskan perjuangan kita.

YB adalah pemimpin politik berjawatan dalam kerajaan dan wanita pertama yang ditahan di bawah ISA. Apa pendapat YB apabila ada orang menganggap YB sebagai ‘iron lady’ DAP?

Saya tidak pernah anggap diri saya sebagai ‘iron lady’ dan pemimpin handal. Saya percaya, adalah penting untuk kita gunakan prestasi kerja kita untuk membuktikan kepada orang ramai yang kita berkhidmat kepada negara dan rakyat secara bersungguh-sungguh. Tetapi kalau orang ramai anggap saya sebagai ‘iron lady’, saya mahu berterima kasih kepda penulis kolum Utusan Malaysia, Zaini Hassan, (Datuk Seri) Khir Toyo dan ADUN Sri Serdang, (Datuk Mohamad) Satim (Diman).

Apa yang sebenarnya yang berlaku berhubung isu azan

Saya sebenarnya tidak pernah membabitkan diri dalam petisyen membantah isu azan di masjid di Bandar Kinrara. Apabila tersebar dalam email, blog dan tersiar akhbar Utusan Malaysia dan seterusnya ditanya oleh pemberita dan Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad, saya pun hairan kerana saya tidak terlibat langsung dan saya nafikan tuduhan ini dalam blog saya sendiri sebelum saya ditahan di bawah ISA. Jadi, bukankan sepatutnya polis patut menjalankan siasatan yang lebih baik sebelum menahan saya di bawah ISA? Saya kata kepada kepada pegawai penyiasat supaya ambil satu petisyen itu. Di situ ada nama dan nombor kad pengenalan, pergi tanya mereka, pernahkah mereka berjumpa Teresa Kok dari muka ke muka? Tanya mereka sama ada adakah saya orang yang meminta mereka membuat petisyen kepad Satim.

Apa yang saya tidak puas hati adalah selepas saya ditahan di bawah ISA, imam dari masjid tersebut sudah menafikan yang saya terlibat dan kenyataan itu keluar dalam Malaysiakini. Sepatutnya, apabila imam itu menafikan, mereka patut bebaskan saya. Kenapa mereka terus tahan saya sehinga Jumaat.

Pada 19 September, saya baca dalam NST yang pegawai dari masjid Bandar Kinrara dipanggil untuk memberi kenyataan. Maksudnya itu adalah hari keenam saya ditahan. Bukankah ini menunjukkan siasatan yang dilakukan begitu teruk? Hanya kerana ada orang membuat laporan polis dan tulisan Zaini Hassan, saya ditahan di bawah ISA. Saya diberitahu Cawangan Khas PDRM kita adalah antara lima yang terbaik di dunia tapi inikah siasatan polis kita?

Mungkin ada pihak iri hati dengan perjuangan politik YBMungkin ada tapi selepas menjadi kerajaan, orang iri hati yang cuba merosakkan hubungan parti komponen Pakatan Rakyat adalah orang Umno dan di Selangor, jelas sekali, Umno Selangor selalu menyebarkan khabar angin yang bukan-bukan dan mereka menggunakan internet dan Utusan Malaysia untuk mencapai objektif ini.

Selepas ini, setelah bebas, apa yang YB mahu lakukan dan perancangan masa depan politik serta karierSaya akan lebih tabah hati dalam perjuangan politik saya kerana saya ingin berterima kasih kepada semua yang berdoa dan memberi sokongan secara terbuka kepada saya. Saya rasa saya mesti tunjukkan kepada mereka, kita (Pakatan Rakyat) boleh mencapai apa yang kita cita-citakan semasa menjadi kerajaan dalam beberapa tahun akan datang.

Sebagai mangsa ISA atas kesalahan yang tidak saya lakukan, saya harus berkempen untuk memansuhkan satu undang-undang yang begitu kejam. Ia bukan usaha saya seorang kerana sekarang, sudah ada gerakan untuk memansuhkan ISA dan di Kamunting, ada lebih 60 orang lagi tahanan ISA. Bukan sahaja tahanan yang sengsara, malah keluarga mereka juga telah menjadi berpecah belah kerana penahanan yang tidak adil ini.

Seperti kata Tok Guru Nik Aziz, penahanan ISA ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam kerana tahanan itu tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri sendiri di mahakmah. Kes saya jelas sekali... tidak disiasat dengan betuk tetapi menahan saya di bawah ISA. Saya ini adalah wakil rakyat tapi bagaimana pula dengan orang ramai yang ditahan ISA? Adakah siasatan dijalankan dengan betul sebelum mereka ditahan? Jika mereka benar-benar bersalah, mengapa kerajaan atau polis tidak mendakwa mereka di mahkamah? Negara kita ada banyak undang-undang yang boleh mendakwa.

Setelah ditahan, adakah YB rasa semakin ramai yang menyayangi YB

Ya, memang betul. Bila saya pergi ke mana-mana, orang akan kenal saya. Orang akan lihat sama ada ini Teresa Kok atau tidak. Bila saya tengok mereka punya reaksi muka, saya akan, saya akan pergi berjabat tangan dengan mereka.

Mungkin dulu orang takut kerana YB terlalu agresif dan lantang (bersuara)?

Ini kerja saya... sebagai wakil rakyat, saya sepatutnya berjuang dan bercakap bagi pihak rakyat kepada kerajaan dan Parlimen. Kalau saya orang yang membisu sahaja, buat apa saya menjadi ahli poltik dan dipilih menjadi wakil rakyat. Pada sidang Parlimen akan datang, saya dan rakan-rakan tentu akan membangkitkan isu kekejaman ISA termasuk kurungan persendirian ini. Kami bukan penjenayah. Mengapa kami ditahan di lokap dan pintu bilik itu dikunci serta dimangga?

Terdapat berapa orang dalam bilik (tempat kurungan)?

Saya seorang. Saya dipaksa memakai uniform seperti banduan. Sebelum saya keluar, saya dipaksa untuk menurunkan 10 cap jari pada borang pesalah. Itu tidak cukup. Kemudian, gambar saya diambil dengan nombor dari arah depan, kiri dan juga kanan. Saya beri kerjasama kerana mereka kata ini prosedur. Saya kata kepada mereka, 'kerajaan ini memang kejam dan kita mesti tukar kerajaan. Kamu semua layan saya baik-baik. Bila jadi kerajaan, saya mungkin jadi Menteri Dalam Negeri. Saya akan jadi ketua kamu...'

Bagi saya, saya sudah beri kerjasama penuh. Saya sangka mereka mahu tanya lebih banyak soalam lagi tentang Pakatan Rakyat dan DAP tetapi tidak ada. Soalan pokok yang ditanya adalah berdasarkan artikel yang ditulis Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia dan ini menghairankan saya.

Pernahkah YB membangkitkan isu-isu sensitiviti kaum dalam mana-mana ceramah

Tidak pernah. Bagi DAP, kita adalah satu parti politik pelbagai kaum. Kita ada pemimpin Melayu, ahli Melayu, India dan Cina. Di Sabah, kita ada orang Kadazan dan di Sarawak, kita ada orang Iban. Kalau saya sebagai pemimpin membuat kenyataan seperti itu, saya tentu tidak mendapat sokongan daripada parti saya.

Bagi DAP, kami lebih mengutamakan kepada kaum bukan Cina. Ini terbukti dalam pilihan raya lepas. Kita ada ramai calon kaum India kerana kami cuba memberi lebih peluang kepada mereka. Itu sebabnya dalam mesyuarat Dewan Rakyat kali ini, kita ada lebih Ahli Parlimen kaum India berbanding BN dan MIC. Ini pendekatan kita dan kita mahu tunjukkan kepada kaum Melayu, DAP tidak pernah mengambil apa-apa pendekatan untuk membantah agama Islam ataupun kaum Melayu. Ini adalah agenda yang disebar dalam Utusan Malaysia dan dalam media aliran utama selama ini. Orang Melayu tengok parti DAP sahaja, mereka beranggapan ini parti Cina... ini anti-Melayu... anti-Islam.

Ini adalah imej dan mesej yang cuba mereka sampaikan kepada orang Melayu. Sebagai pemimpin pelbagai kaum, mungkinkah saya nak akan membuat kenyataan untuk menyakiti hati sesiapa? Tidak masuk akal langsung... saya tahu... selepas isu penternakan babi di Selangor iaitu projek yang dimulakan oleh kerajaan BN yang lepas, yang mana kami hanya mahu meneruskannya, saya pernah membangkitkan ia dalam blog saya. Isu itu ‘digoreng’ oleh Utusan Malaysia yang mendapat kritikan yang begitu kuat di kalangan kaum Melayu sehingga mereka anggap inilah satu-satunya projek Pakatan Rakyat di Selangor.

Selepas itu, saya membidas beberapa komen berhubung itu dalam blog saya... itu sahaja. Saya tidak bertujuan membuat pengumuman kerana itu bukan bidang kuasa saya. Selepas itu, saya rasa orang-orang Umno ini cuba menjadikan saya sebagai orang yang chauvinist... mereka mengatakan saya membantah laungan azan... saya yang cadangkan peruntukan dalam JAIS itu iaitu 30 peratus untuk membina kuil, rumah berhala bukan Islam. Semua yang saya tidak pernah cakap, mereka bangkitkan.

Begitu jahat motif mereka dan ia sangat tidak sihat dan gentleman.

Adakah YB sedih dengan hal ini

Ya, saya memang rasa sedih kerana saya dilemparkan dengan tuduhan yang bukan-bukan. Tetapi saya rasa Tuhan akan mengembalikan keadilan kepada saya. Bagi perkara-perkara yang saya tidak buat, mereka yang cuba membuat tohmahan terhadap, saya percaya mereka akan menerima balasan. Kalau bukan masa sekarang, mereka akan terima hukuman daripada Tuhan di akhirat.

Adakah YB berpuas hati dengan cara pegawai-pegawai melayan YB semasa dalam tahanan

Pegawai-pegawai di sana OK kerana mereka menurut perintah daripada atasan. Mereka selalu berkata, ini adalah prosedur. Mereka jalankan tugaskan. (Apabila)saya keluar dari sel bilik saya, saya dipaksa untuk memakai cermin mata besar supaya saya tidak dapat melihat keadaan bangunan dan persekitaran pusat tahanan dan pada hari pertama, mereka malah mahu menggari tangan saya dengan mata ditutup.... macam orang yang mahu dihantar (untuk menjalani) hukuman gantung. Mereka bawa saya pegi jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan perubatan. Mereka bimbang bila saya keluar nanti, saya mengadu kalau ada apa-apa kecederaan pada tubuh badan saya, nanti mereka kena bertanggungjawab.

Doktor pun baik terhadap saya. Saya minta vitamin C dan beliau memberinya. Tiap-tiap pagi, ada seorang pegawai akan memberikan saya vitamin itu dan doktor juga memberi saya pil kalsium untuk menjaga kesihatan saya.

Dari aspek menjaga kesihatan, mereka cuba yang terbaik untuk memenuhi kehendak saya. Bila saya mengadu sakit bahu dan leher, doktor itu sangat baik hati dan memberi saya menerima rawatan fisioterapi.

Jadi (dalam soal kesihatan) saya tidak banyak mengadu. Bila cuaca jadi panas, sebenarnya ada banyak nyamuk. Bila saya masuk ke dalam bilik pada waktu malam, mereka akan letak lingkaran ubat nyamuk di depan pintu saya untuk menghalang nyamuk masuk. Saya diberitahu, mereka buat begini kerana dahulu pernah berlaku demam denggi secara besar-besaran di pusat tahanan itu dan itu mejadikan pegawai lebih sibuk kerana terpaksa menghantar semua orang masuk ke hospital.

Saya rasa gembira kerana YB T. Murugiah akan datang berjumpa saya berkenaan makanan (hari Isnin, semalam). Saya rasa berterima kasih kepada beliau kerana menunjukkan keprihatinan tentang aduan saya saya. Saya berharap selepas aduan saya, kedaaan di sana akan diubahsuai.

Yang pertama, ISA harus dimansuhkan. Yang kedua, kita tidak sepatutnya dihantar ke kurungan persendirian. Ini tidak masuk akal. Kami ini tahanan politik. Kami harus diletakkan dalam keadaan yang lebih baik kerana kami bukan penjenayah.

(Ini soalan peribadi)... bila YB mahu mendirikan rumah tangga?

Buat masa ini, tidak ada masa untuk memikirkan hal ini. Selepas menjadi Exco Selangor dan Ahli Parlimen, rakyat adalah ahli keluarga bagi saya. Saya adalah hak mereka. Apabila saya keluar setiap pag dan balik adaah larut malam, saya tidak ada masa untuk hal lain. Selagi kita gembira dan ada kepuasan kerja, ini bukan isu penting.

Read More...

Monday, September 15, 2008

Teresa tuntut Utusan bayar RM30 juta

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Sep 15, 08 8:28pm

Exco kanan kerajaan Selangor, Teresa Kok - yang kini ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - menuntut Utusan Malaysia menarik balik sebuah artikel yang didakwa memfitnah dan merosakkan nama baiknya.

Beliau turut meminta akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maafnya dengan segera dan membayar ganti rugi sebanyak RM30 juta, termasuk kos.

Teresa hari ini melalui peguamnya Sankara Nair turut menuntut akhbar milik Umno itu agar tidak mengulangi kata-kata, tuduhan dan komen yang dibuat seperti dalam kolum 'Cuit' itu.

Pada 10 September lalu, Utusan Malaysia menyiarkan artikel berjudul 'Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya' (babi) yang menyebut "seorang YB wanita DAP yang berkaca mata" menasihatkan pengurusan sebuah surau supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh.

Artikel Zaini Hassan itu mengulas kenyataan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dilaporkan berkata ''ada usaha oleh pihak tertentu (di Selangor) yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan'', dua hari sebelumnya dalam akhbar yang sama.

Menurut surat tuntutan itu, artikel tulisan pengarang kanan akhbar itu didakwa menggambarkan Teresa sebagai "bersifat perkauman, fanatik agama, tidak boleh dipercayai, ahli politik yang teruk, tidak boleh bertolak ansur, tidak berprinsip serta menentang Melayu dan Islam."

Surat itu yang dihantar petang tadi itu juga menyebut penyiaran artikel itu mendedahkannya kepada kebencian, cemuhan, diejek dan dipandang rendah.

Siaran artikel berkenaan, menurut surat itu lagi, pada prinsipnya dibuat untuk mencari publisiti murahan dan sensasi dan menyebabkan kerosakan serius pada nama baik dan perwatakannya.

Akhbar itu diberikan masa 24 jam untuk mengemukakan jawapannya sebelum dikenakan tindakan saman fitnah.

Read More...

Teresa ditahan hingga 28 hari

Malaysiakini

Sep 15, 08 9:15pm

Exco kerajaan negeri Selangor Teresa Kok akan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 28 hari, kata
bapanya hari ini.

Kok Kim Tong, 74, berkata Teresa memberitahunya bahawa beliau akan ditahan bagi tempoh itu bermula semalam.

Kok dan isterinya Pong Seh Kwon, 71, sebelum itu dibenarkan berjumpa dengan anak mereka selama kira-kira sejam mulai 2 petang di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh, ditahan menjelang tengah malam Jumaat lepas.

"Beliau berkata, polis memberi satu notis kepadanya semalam, yang
memaklumkan bahawa penahanannya akan dilanjutkan selama 28 hari.

"Polis juga memintanya menandatangani notis itu, tapi beliau enggan berbuat demikian," kata Kok, lapor Bernama.

Kok, yang ditemani pembantu khas anaknya Mandy Ooi Haw Voon pada pertemuan itu, berkata Teresa memberitahunya bahawa beliau sedang disiasat tentang tiga perkara.

Perkara-perkara tersebut adalah penggunaan tulisan jawi pada papan tanda, tuduhan melarang laungan azan di dua masjid dan laporan polis terhadapnya oleh beberapa pertubuhan Islam, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bapa Teresa berkata, terdapat kira-kira 13 pegawai polis di dalam bilik berkenaan ketika beliau berjumpa dengan anaknya itu.

Menurut agensi berita itu lagi, Kok berkata, kehadiran sebegitu ramai pegawai polis ketika itu adalah tidak perlu.

Ditanya tentang keadaan Teresa, Kok berkata: "Beliau kelihatan tenang, tapi sangat lemah dan mukanya pucat... beliau mengalami cirit-birit dan sakit perut sejak malam semalam.

"Kata doktor, beliau mengalami tekanan darah rendah," kata Kok.

Kok berkata semasa pertemuan itu, beliau memberikan kepada anaknya ubat herba Cina dan pati ayam.

Beberapa pemimpin DAP, termasuk setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, Fong Kui Lun, Tony Pua dan Lim Kit Siang adalah antara mereka yang menunggu di luar Bukit Aman semasa Kok mengunjungi anaknya itu.

Read More...

Sunday, September 14, 2008

K'jaan S'gor desak Teresa dibebaskan

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Sep 13, 08 7:02pm

Kepimpinan utama negeri Selangor meminta kerajaan persekutuan supaya membebaskan segera exco negeri itu, Teresa Kok dan Raja Petra Kamaruddin yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam.

Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang turut ditahan di bawah ISA semalam, telah dibebaskan hari ini.

khalid ibrahim selangor state budget pc 120808 03Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuntut Teresa, yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Kinrara itu, dibebaskan dalam tempoh selewat-lewatnya dua hari.

Abdul Khalid berkata, tidak ada sebab pemimpin DAP itu perlu ditangkap.

Beliau yang kesal dengan penangkapan Teresa, meyifatkan penggunaan ISA sebagai tidak menyelesaikan masalah dalam negara.
Menurut Abdul Khalid lagi, penggunaannya juga "tidak sesuai, tidak munasabah, 'low class' dan menjatuhkan nama baik Malaysia di peringkat antarabangsa".

"ISA tidak lagi perlu di saat rakyat matang dan bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-51," katanya dalam sidang media bersama Adun dan wakil rakyat Pakatan Rakyat di kediamannya di Shah Alam petang tadi.

Ekoran itu, tegas Khalid, kerajan negeri akan memberikan bantuan guaman dan kosnya akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Katanya, beliau akan berbincang dengan penasihat undang-undang Selangor dan memfailkan petisyen habeas corpus.

Kecam tangkapan Teresa

Diminta mengulas kesannya sekiranya usaha itu gagal, Abdul Khalid berkata, Teresa masih lagi "ada kerusi" sebagai Adun dan ahli parlimen.

Jawatannnya sebagai exco kerajaan negeri juga tidak berubah, tambahnya.

Sementara itu, kebanyakan wakil rakyat Pakatan memberikan reaksi tidak selesa dan mengecam penangkapan Teresa itu.

teresa kok modern pig farm 150408 talkingSpeaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Cheng Khim yang terkejut dengan penahanan itu berkata, beliau terkilan dengan penahanan itu sejurus selepas Teresa (foto) memberikan taklimat kepada delegasi pelabur dari Guang Dong, China malam tadi.

"Bagaimana orang yang menarik pelaburan asing dari luar negara boleh dianggap sebagai mengancam keselamatan negara?" katanya.

Exco pendidikan, Haliman Ali pula berkata jika penangkapan Teresa dibuat atas alasan beliau melarang penggunaan pembesar suara untuk azan di masjid di negeri itu, perkara itu tidak boleh diterima.

Dalam mesyuarat exco Rabu lalu, katanya, Teresa telah menafikan bahawa beliau terlibat dalam larangan itu.

Menurut Adun PAS itu, dalam Islam, kalau benar beliau bersalah sekalipun, penangkapan tanpa bicara tetap tidak boleh dilakukan.

Kesan trauma

Menurutnya lagi, ISA "tidak lagi mempunyai tempat dalam Malaysia, dalam dunia dan dalam era ini".

Ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani pula berkata, dakwaan Teresa melarang laungan azan di negeri itu datang dari pembangkang di Selangor.

Mempersoalkan penangkapan itu, beliau berkata: "Kenapa pembangkang tidak ditangkap?"

Beliau meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar prihatin dengan perkara itu dan membebaskan Teresa segera.

Adun Ulu Klang, Shaaari Sungip yang telah dua kali ditahan di bawah ISA berkata penangkapan kali ini sama dengan Operasi Lalang yang menggunakan alasan agama dan perkauman dan diperkukuhkan
melalui media.

Beliau berkata, penggunaan ISA boleh memberikan kesan trauma.

Beliau menyifatkan tindakan itu tidak demokratik sedangkan Teresa dipilih oleh rakyat secara demokratik melalui proses pilihanraya.

Exco kesihatan, Xavier Jayakumar mahu dihentikan penggunaan undang-undang "drakonian" seperti ISA dan akta Hasutan, dan sebaliknya menggunakan saluran undang-undang dan dibawa ke mahkamah.

Datuk Dr Hassan Ali pula menyifatkan penangkapan itu sebagai usaha BN menggagalkan pembentukan kerajan baru kerajaan oleh Pakatan.

"Perubahan kerajaan akan tetap berlaku sama ada sebelum atau selepas 16 September," katanya.

Hannah Yeoh turut menunjukkan ketidakselesaan terhadap penangkapan itu.

Read More...

Syed Hamid sahkan penahanan Teresa dan Raja Petra dilanjutkan

Harakahdaily

Sat | Sep 13, 08 | 6:16:19 pm MYT

KUALA LUMPUR: 13 Sept (Hrkh) - Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan, tahanan ke atas pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok akan disambung - selama 60 hari yang dibolehkan oleh ISA.

Menurut laporan mSTAR.Online sebentar tadi, Syed Hamid memberitahu, syor untuk menahan mereka datang daripada polis bukannya arahan beliau. Beliau mengulangi bahawa Tan ditahan ekoran maklumat bahawa keselamatannya terancam dan pihak polis mahu mendapatkan maklumat mendalam.

Kata beliau, penahanan kali ini dibuat kerana pihak polis mempunyai asas kuat yang perbuatan mereka boleh membahayakan ketenteraman awam.

"Polis bertindak dengan kuasa mereka dan bukan di bawah arahannya," kata beliau.

Sementara itu, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng telah dibebaskan selepas ditahan hampir 18 jam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dia dibebaskan di IPK Pulau Pinang.

Pembebasan beliau turut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Tan yang dibawa keluar dari IPK Pulau Pinang pada pukul 8.30 pagi tidak dibawa ke Bukit Aman sebagaimana dilaporkan sebelum ini. Sebaliknya beliau disiasat di IPK Perak dan dibebaskan di IPK Pulau Pinang.

Ketika ditemui di rumahnya di Bukit Mertajam sebentar tadi, Tan berkata, dia berpuas hati dengan layanan pihak polis sepanjang tahanan.

Menurut Tan, dia telah disoal siasat berhubung laporannya yang berkaitan dengan ucapan Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang melabelkan kaum Cina negara ini sebagai "penumpang". - (tmj) _

Read More...

ISA: Teresa Kok turut ditahan

Malaysiakini

Sep 12, 08 11:59pm

Pemimpin DAP, Teresa Kok turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.

Beliau merupakan orang ketiga ditahan hari ini di bawah ISA, selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

federal territory round table retrieat 170408 teresa kokDifahamkan, ahli Parlimen Seputeh itu ditahan pada kira-kira jam 11.18 malam ini.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor ditahan ketika pulang daripada menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.

Menurut pemimpin DAP, Lim Kit Siang, tiga kereta polis bersama 10 anggota menahan Teresa di pintu masuk kondominiumnya .

Katanya, Teresa baru pulang daripada menghadiri satu majlis festival kuih bulan di pejabatnya di kawasan pilihanrayanya.

Kontroversi azan

Teresa menjadi tumpuan laporan media - terutama akhbar harian berbahasa Melayu - selepas timbulnya dakwaan bahawa beliau telah meminta pegawai masjid di Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya supaya memperlahankan pembesar suara ketika melaungkan azan.

Kok bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Tidak dipastikan sama ada penahanannya itu ada kaitan dengan dakwaan tersebut.

Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengesahkan penahanan Teresa.

Menurutnya, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.

lim guan eng vs koh tsu koon penang 080808 03Sementara itu, Bernama melaporkan Guan Eng meminta supaya kerajaan dan polis membebaskan Tan dan Teresa.

Bercakap kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, beliau berkata, tindakan menahan mereka dilihat seolah-olah kerajaan dalam keadaan terdesak terutamanya menjelang tarikh 16 September ini, tarikh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan mengambil alih pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

"Sementara pemberita berkenaan hanya menjalankan tugasnya dan tidak sepatutnya beliau dipersalahkan," katanya.

Kira-kira 100 pemimpin dan penyokong parti politik termasuk MCA, Gerakan dan DAP berkumpul di luar perkarangan IPK sambil menyalakan lilin sebagai tanda membantah penahanan wartawan itu.

Mereka berkumpul sejak jam 9.30 malam sebaik sahaja mengetahui mengenai penahanan Tan oleh polis Bukit Aman di rumahnya di Bukit Mertajam pada kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Beberapa pemimpin PAS juga dilihat berada di kawasan itu.

Keadaan di situ terkawal dan anggota polis Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat turut berada di bahagian dalam IPK untuk mengawal keadaan.

Read More...

Wednesday, September 10, 2008

Tunku Aziz: Parti perkauman tiada masa depan di M'sia

Malaysiakini

Sep 10, 08 3:02pm

Aktivis anti-rasuah dan tadbir urus baik yang cukup prominen, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim - yang mengejutkan ramai orang apabila menceburi politik dengan menyertai DAP - tidak yakin parti-parti
perkauman mempunyai masa depan di Malaysia.

tunku abdul aziz tunku ibrahimDalam interbiu dengan Bernama, beliau yang dilantik sebagai naib presiden DAP berkata, kedudukannya dalam badan penggubal dasar parti itu sekarang, akan membolehkan beliau menjadikan DAP sebuah

organisasi yang lebih bersifat Malaysia agar ia tidak setakat dilihat sebagai sebuah "Parti Cina yang berselindung".

"Jika anda mahu menjadi sebuah parti Malaysia, kita perlu menjadi sebuah parti yang benar-benar Malaysia pada sifat luaran, sentimen, kesetiaan dan patriotisme.

Saya tidak yakin parti-parti perkauman punya masa depan di Malaysia," katanya.

Tunku Aziz, 74, memiliki kerjaya cemerlang dalam sektor korporat sebelum melibatkan diri secara aktif di Transparency International, sebuah badan global menentang rasuah.

Beliau telah banyak menulis dan bercakap mengenai isu rasuah dan integriti di dalam negeri dan peringkat antarabangsa dan menerbitkan bukunya "Fighting Corruption: My Mission".

Beliau pernah berkhidmat dengan Bank Dunia dan pada 2006 dijemput untuk menubuhkan Pejabat Etika Pertubuhan Bangsa Bersatu sebagai penasihat khas kepada setiausaha agung ketika itu, Kofi Annan.

Menentang rasuah

Dalam temubual ini, Tunku Aziz bercakap mengenai azamnya untuk terus bersuara menentang rasuah sambil menyatakan: "Tidak ada yang lebih penting bagi sesebuah negara serta sistem dan institusinya daripada dilihat mengamalkan tadbir urus yang baik".

Beliau mengingatkan: "Kita telah melihat banyak negara tumbang atau musnah oleh rasuah. Rasuah akan memusnahkan kita, malahan rasuah telah memusnahkan banyak kerajaan. Tumbangnya kerajaan-
kerajaan lampau adalah akibat rasuah".

Tunku Aziz bercakap mengenai kejayaan Singapura memerangi rasuah dan apa yang boleh dipelajari oleh negara-negara lain dari negara pulau itu.

Beliau berkata, dalam hal Singapura, ia adalah tekad seorang insan, Lee Kuan Yew, bekas perdana menteri dan kini menteri mentor, menentang rasuah.

"Sebelum Lee Kuan Yew, Singapura adalah sebuah masyarakat yang cukup korup, tetapi beliau telah dapat mengubahnya dan menjadikannya sebuah pulau yang berwibawa.

"Beliau barangkali tidak memenangi hadiah kerana hak asasi manusia tetapi andainya ada hadiah dunia semata-mata kerana memerangi rasuah, Lee Kuan Yew jelas pemenangnnya," kata Tunku Aziz.

Beliau berkata semuanya adalah mengenai kepimpinan melalui teladan kerana orang di peringkat bawahan mengikuti cara pemimpin-pemimpin mereka yang dipilih.

"Itu yang telah dapat dilakukan oleh insan tersebut. Kita tidak dapat melakukannya di sini di Malaysia kerana kita meletakkan pandangan kita terlalu rendah.

"Kita perlu meletakkan pandangan tinggi dalam perang menentang rasuah," kata beliau.

Read More...

Monday, September 8, 2008

DAP tolak kemasukan MP BN kerana wang, kuasa

Malaysiakini

Sep 8, 08 10:22am

DAP tidak akan menerima kemasukan mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke dalam pakatan pembangkang sekiranya kemasukan mereka itu adalah semata-mata disebabkan faktor wang dan kuasa.

lim kit siang 01Penasihatnya Lim Kit Siang berkata parti itu hanya akan menerima kemasukan wakil-wakil rakyat BN ke dalam Pakatan Rakyat sekiranya mereka berbuat demikian atas prinsip mahu membawa perubahan demi membela nasib rakyat, dan bukannya atas dasar perjuangan 'periuk nasi politik' mereka.

Bernama memetik beliau sebagai berkata, jika wakil rakyat BN keluar daripada parti yang selama ini memerintah semata-mata disebabkan mahu mendapatkan keuntungan kebendaan, ia merupakan satu tindakan yang tidak beretika.

"Sama ada pembentukan kerajaan baru berlaku atau tidak dalam masa sembilan hari lagi, ia bergantung kepada banyak perkara, perlu tunggu dan lihat.

"Tetapi jika mereka (wakil rakyat BN) mahu keluar parti untuk mendapat keuntungan kebendaan, ia tidak beretika dan bukan prinsip yang baik. Kami tidak akan menerimanya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan penubuhan DAP cawangan Sungai Tong, Setiu dan Kampung Cina, Kuala Terengganu semalam dengan keahlian seramai 60 orang ahli.

Parti itu pernah membuka cawangannya di Kelantan pada tahun 1990, namun berkubur pada tahun 2002 ekoran kurang penerimaan daripada masyarakat setempat.

Read More...

Wednesday, September 3, 2008

Kit Siang may be first Chinese DPM

Sun2surf

by Kong See Hoh

PETALING JAYA (Sept 2, 2008): DAP supremo Lim Kit Siang may make history by becoming the first Chinese deputy prime minister of Malaysia should Pakatan Rakyat (PR) come to power at the federal level, Sin Chew Daily reported today.

Party secretary-general Lim Guan Eng said the DAP leadership has reached a "consensus" to recommend Kit Siang for "a very important" and "most frontline" role in the central government if the opposition coalition takes control.

Asked if the "most frontline" role means the post of deputy prime minister, Guan Eng declined to give a straight answer but stressed that it will be a post that puts him (Kit Siang) on par with other PR leaders.

"We don't want to give the public the impression that we are fighting for posts. And I want to stress that posts are not the most important thing, what is important is we should be fighting for the benefits of the rakyat."

Nevertheless, he said, because of the possibility of PR coming to power at the federal level, DAP leaders have reached a consensus that if indeed it becomes a reality, the party will recommend that Kit Siang play an important role in the federal government.

He said if Parti Keadilan Rakyat (PKR) de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, the newly elected MP who has said his next target is Putrajaya, becomes the prime minister, it is not unlikely for a Chinese to be given the deputy prime minister's job, thus fulfilling a long-cherished wish of the community.

He said PR has never held discussions on post allocation in the event of the coalition coming to power, adding that the PR shadow cabinet that was circulated some time ago was mere fabrication.

What is important for the PR now is to fulfil its election pledges. Guan Eng did not deny that PR is having some teething problems but believed that they can be overcome through negotiations.

In the DAP national congress last month, Kit Siang was re-elected to the central executive committee with the highest number of votes but did not assume any party post, giving rise to speculation that he might be "retiring" from active politics.

But during an interview with Sin Chew, Guan Eng said should PR succeed in taking over the federal government, Kit Siang will be recommended for an important government position, even though he (Kit Siang) is not holding any party post.

"We did not discuss the matter officially, it was just a tacit consensus the party leaders have arrived at," he said.

CANDIDATES vying for the central committee (CC) positions in the MCA party elections next month can expect a slug fest.

According to a report in Sin Chew Daily today, some 50 candidates are expected to contest the 25 CC posts up for grabs.

Four of the incumbents have already indicated they will not seek re-election. They are MCA organising secretary Datuk Hon Choon Kim, Johor exco member Hoo Seong Chang, deputy secretary-general Datuk Wong Kam Hoong, and former Kedah liaison chief Datuk Beh Hen Seong.

CC member Datin Paduka Chew Mei Fun, who is vying for the Wanita top post, is expected not to seek re-election.

Two other CC members – secretary-general Datuk Seri Ong Ka Chuan and Datuk Kong Cho Ha – are also expected not to contest the CC posts as they will be going for higher positions.

That leaves seven CC slots to fill and explains the bigger field of contestants expected.

There were 46 CC contestants in the party elections three years ago.

To date, about 50 members have already indicated that they will go for the CC posts and the final tally could be more.

The bulk of this year's contestants will come from Selangor, with 13 or 14 candidates, followed by six or seven from Johor.

Read More...

Kit Siang mohon maaf...

Malaysiakini

Sep 3, 08 3:40pm

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang petang ini menarik balik kenyataannya yang mendakwa akhbar arus perdana, khususnya Utusan Malaysia dan Berita Harian, tidak menyiarkan berita Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf atas kenyataan ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang didakwa berunsur perkauman.

Lim juga memohon maaf atas kesilapannya itu selepas dimaklumkan bahawa kedua-dua akhbar tersebut turut menyiarkan berita berkenaan.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Lim mempertikaikan keikhlasan permohonan maaf Najib kerana beliau mendakwa berita mengenainya tidak disiarkan oleh akhbar arus perdana Melayu yang dimilik dan dikuasai oleh Umno, terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian.

lim kit siang 01Lim juga berkata, semakan di laman web umum Bernama menunjukkan berita permohonan maaf oleh Najib itu dilaporkan dalam versi bahasa Inggeris, tetapi tidak dalam versi Bahasa Malaysia.

Bagaimanapun, semakan Malaysiakini di Kuala Lumpur mendapati berita tersebut turut disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Laman web Utusan Online juga menyiarkan berita tersebut. Edisi langganan Bahasa Malaysia Bernama turut memuatkan berita permohonan maaf Najib walaupun tidak menerbitkan di laman web umumnya.

Ketika dihubungi untuk memaklumkan perkara itu, Lim berkata, beliau membaca akhbar-akhbar tersebut di Pulau Pinang dan mendapati berita tersebut tidak disiarkan.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini mendapat kedua-dua akhbar berkenaan, yang dijual di negeri itu, memuatkan berita tersebut.

Lim kemudiannya menghubungi Malaysiakini petang ini untuk menarik kenyataanya mengenai perkara itu dan memohon maaf di atas kesilapannya itu.

Read More...

DAP tolak permohonan maaf Najib

Malaysiakini

Sep 3, 08 1:36pm

DAP memberi lima alasan mengapa permohonan maaf timbalan perdana menteri bagi pihak seorang ketua bahagian Umno di Pulau Pinang yang telah membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap orang Cina, "tidak bersesuaian, tidak memadai dan tidak boleh diterima".

Pertama, kata tokoh utama DAP Lim Kit Siang, ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail sendiri tidak memohon maaf dan tidak pun menunjukkan kekesalannya kerana membuat kenyataan tersebut sejak sembilan hari lalu.

Sehubungan itu, Lim mempersoalkan apakah Ahmad bersikap demikian kerana penuh yakin yang beliau mendapat sokongan pemimpin dan ahli arus perdana Umno.

Oleh itu, Lim bertanya sama ada permohonan maaf Datuk Seri Najib Tun Razak boleh diterima sedangkan Ahmad sendiri masih berdegil dan tidak kesal dengan perbuatannya mengeluarkan kenyataan yang berunsur perkauman.

"Walaupun jika Ahmad memohon maaf, akan timbul persoalannya sama ada ia memadai, memandangkan dalam kes Wee Meng Chee dalam isu lagu rap Negaraku, kabinet telah menolak permohonan maafnya sebagai tidak mencukupi," kata ahli parlimen Ipoh Timur itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, banyak laporan polis telah dibuat terhadap Ahmad di bawah Akta Hasutan.

Oleh itu, Lim mempersoalkan sama ada permohonan maaf Najib itu bermaksud sebagai satu mesej kepada pihak polis dan Peguam Negara supaya jangan mengambil tindakan terhadap Ahmad.

Menurutnya, Najib seharusnya memohon maaf bagi pihak dirinya dan bukannya bagi pihak Ahmad, kerana gagal mengambil tindakan segera terhadap ketua bahagian Umno itu, yang didakwa membuat kenyataan itu sewaktu kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh 24 Ogos lalu, yang turut dihadiri Najib.

Media perdana

Lim berkata, perdana menteri juga harus memohon maaf dengan alasan cuba melindungi dan melepaskan Ahmad yang telah membuat kenyataan tersebut.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini pernah menyatakan ketua Umno itu tidak bermaksud seperti yang dikatakannya dan beliau akan "memberitahu Ahmad supaya jangan mengulanginya".

Akhir sekali, kata Lim, keikhlasan permohonan Najib juga dipersoalkan kerana berita mengenainya didakwa tidak disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana Melayu yang dimilik dan dikuasai oleh Umno, terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Menurut Lim lagi, semakan di laman web umum Bernama menunjukkan berita permohonan maaf oleh Najib itu dilaporkan dalam versi bahasa Inggeris, tetapi tidak dalam versi Bahasa Malaysia.

Dengan manipulasi media seumpama itu, dakwa Lim, setakat manalah seseorang itu hendak mempercayai Najib apabila beliau berkata kenyataan Ahmad itu tidak mencerminkan pendirian dan sikap Umno atau kepimpinan Umno.

Katanya, jika Najib benar-benar ikhlas dan serius berhubung kenyataannya mengenai pendirian Umno dan kepimpinan parti itu memisahkan diri mereka dengan kenyataan Ahmad, maka mengapa kenyataannya hanya dibenar dilaporkan dalam media arus perdana bukan Melayu, tetapi tidak dalam media arus perdana Melayu.

Bagaimanapun, semakan Malaysiakini di Kuala Lumpur mendapati berita tersebut turut disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Laman web Utusan Online juga menyiarkan berita tersebut. Edisi langganan Bahasa Malaysia Bernama memuatkan berita permohonan maaf Najib walaupun tidak menerbitkan di laman web umumnya.

Ketika dihubungi untuk memaklumkan perkara itu, Lim berkata, beliau membaca akhbar-akhbar tersebut di Pulau Pinang dan mendapati berita tersebut tidak disiarkan.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini mendapat kedua-dua akhbar berkenaan, yang dijual di negeri itu, memuatkan berita tersebut.

Read More...

Tuesday, September 2, 2008

Mengapa Tunku Aziz pilih DAP, bukan PAS?

Detik Daily

Posted on Monday, September 01 @ 12:57:51 MYT by reformis

Artikel

Oleh Mohamad Sabu
Naib Presiden PAS


Tunku Abdul AzizSaya mengikuti pandangan-pandangan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, bekas naib presiden organisasi antarabangsa terkenal Transparency International (TI) melalui forum, diskusi, seminar dan tulisan beliau dalam akhbar dan majalah.

Telah lama saya meminati tulisan dan pandangan beliau dalam memerangi rasuah dan segala bentuk penyalahgunaan kuasa. Saya yakin beliau terdidik dalam peradaban dan etika Barat yang menjelmakan pentadbiran yang bersih dan kerajaan yang berintegriti.


Saya pernah bersembang-sembang dengan beliau di sebuah hotel di Petaling Jaya. Saya amat berminat dengan pandangan yang beliau kemukakan. Dalam perbualan itu kami mendapati rumah-rumah mewah dari Damansara hingga ke Shah Alam, kebanyakannya didiami oleh para pegawai polis dan juga bekas pegawainya.

Sedangkan tangga gaji yang dinikmati oleh para pegawai polis di Malaysia tentunya tidak mampu memiliki atau mendiami rumah-rumah mewah di kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Kemaman (1999-2004), pernah membongkar sindiket judi haram di Malaysia dan pendedahan itu tidak pula dinafikan oleh pihak Kementerian Kewangan. Judi berlesen di Malaysia menunjukkan bahawa wang pusingannya di sekitar RM4 bilion hingga RM5 billion setahun, sedangkan judi haram (tidak berlesen) adalah lima kali ganda daripada judi berlesen.

Soalnya, siapakah yang melindungi aktiviti judi haram ini, kalau bukan pegawai penguatkuasa, anggota polis tertentu dan pihak berkuasa kerajaan tempatan serta pegawai-pegawai kerajaan yang tidak beramanah?

Tunku Abdul Aziz merupakan seorang individu yang amat prihatin terhadap amalan rasuah terutama di negara-negara Dunia Ketiga. Indeks rasuah yang paling bersih di rantau Asia Pasifik ialah Singapura (9.5 per 10 ) diikuti oleh New Zealand (9.5) dan Australia (9 ke atas). Indeks rasuah Malaysia pula sekitar 5.3 ke 5.5.

Sementara di negara-negara lain, keadaan adalah lebih parah. Oleh itu, usaha memerangi rasuah dan penyelewengan masih menjadi agenda utama Tunku Abdul Aziz, paling kurang menjadikan negara ini setanding dengan negara maju di Eropah.

Daripada begitu banyak parti di Malaysia, kenapa Tunku Abdul Aziz memilih DAP? Pada hemat saya, setelah lima bulan berlalu, kerajaan yang diketuai DAP mungkin dilihat begitu serius memerangi rasuah dan penyelewengan. Tender terbuka, e-perolehan, penjimatan perbelanjaan Ketua Menteri, Exco dan Adun adalah amalan yang ditekankan oleh KM Pulau Pinang.

Saya sendiri pernah bersama Presiden PAS mengunjungi pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dalam siri kunjung hormat ke negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami dihidangkan dengan makan tengah hari yang saya lihat nilainya kurang dari RM10. Penjimatan kerajaan sebegini rupa merupakan salah satu contoh daripada pelbagai pembaharuan oleh Ketua Menteri dan kerajaan Pulau Pinang.

Saya yakin Tunku Abdul Aziz memilih DAP setelah beliau melihat kesungguhan kerajaan yang diketuai oleh DAP dalam usaha memerangi rasuah. Kita harap kerajaan yang diketuai oleh PAS dapat mengatasi apa yang dibuat oleh kerajaan di Pulau Pinang.

Kita tahu ramai orang seperti Tunku Abdul Aziz akan menyertai PAS jika melihat betapa seriusnya PAS memerangi rasuah dan penyelewengan.

Saya berharap beliau memilih PAS tetapi beliau memilih DAP sebagai wadah perjuangannya. Walau bagaimanapun saya ucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada beliau. Diharapkan beliau bukan sahaja berkhidmat untuk DAP tetapi sekali gus kepada seluruh parti-parti dalam Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan yang bersih.

Read More...

Saturday, August 23, 2008

DAP: Kami terima Anwar jadi PM

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Aug 23, 08 4:21pm

DAP hari ini mengulangi pendirian dan kesedian parti itu menerima penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan komited bekerjasama dengan Pakatan Rakyat mempromosikan kerajaan yang cekap, bertanggungjawab dan telus (CAT).

dap 14th congress 230808 outgoing cecSetiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia mempunyai harapan tinggi terhadap Pakatan untuk memerintah dengan baik di negeri-negeri yang dikuasainya.

“Kami ingin tegaskan beberapa kunci untuk menjadi ahli yang bertanggungjawab. Pertama, DAP menerima Anwar sebagai perdana menteri alternatif dan komited dengan kerjasama dalam Pakatan untuk mempromosikan kerajaan CAT,” katanya di kongres kebangsaan DAP di ibunegara hari ini.

Lim juga menolak usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara teokratik kerana menurutnya, ia bertentangan dengan wawasan menuju masyarakat sivil yang pelbagai kaum dan agama.

dap 14th congress 230808 talking to reportersParti yang sinonim dengan penyokong Cina itu, juga bercadang untuk meningkatkan penyertaan bukan Melayu dalam parti itu.

“Sama ada kita boleh mendapatkan sokongan orang Melayu, bergantung kepada prestasi kita sebagai pemerintah di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

“Terutamanya apabila kita memimpin kerajaan di Pulau Pinang, untuk membuktikan kita mengambil berat terhadap orang Melayu dan menyalurkan apa yang tidak berjaya dilakukan BN selama 50 tahun,” kata Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Rakyat jadi 'kingmaker'

Menurut Lim lagi, penglibatan kaum India, golongan wanita dan golongan muda, telah meningkat dalam parti itu.

dap 14th congress 230808 voter registerBeliau berkata, prestasi mereka di negeri itu akan menjadi kayu pengukur untuk mencapai hasrat tersebut.

Lim juga berkata bahawa DAP tidak berminat menjadi 'kingmaker' dalam Pakatan.

“Hanya rakyat 'kingmaker'. Kita hanya mahu menjadi pemangkin untuk perubahan dan berkhidmat untuk rakyat berdasarkan prinsip CAT,” katanya Lim.

Sementara itu, ketika ditanya tentang calon timbalan perdana menteri jika Pakatan memerintah, Lim memberitahu sidang media kemudiannya: "Biar dia (Anwar) jadi perdana menteri dulu."

Beliau berkata, perkara itu mesti dilakukan satu bersatu.

"Sebelum jalan mesti merangkak," katanya.

Ketika diminta mengulas jika PAS hendak menjadi 'kingmaker' dalam Pakatan, Lim berkata, kesefahaman bersama dalam gabungan itu tidak akan berubah.

dap 14th congress 230808 guan eng vote“Bagi kami, hanya rakyat 'kingmaker', bukan parti politik,” katanya.

Beliau turut ditanya sama ada beliau mempunyai 'chai tan' (senarai calon pilihan). Kongres kali ini akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu.

Minta PAS realistik

“Biar perwakilan yang tentukannya,” kata Lim.

Lim turut diminta mengulas penurunan harga petrol sebanyak 15 sen yang dikuatkuasakan hari ini.

Beliau percaya langkah menurun harga petrol lebih awal dari tarikh sepatutnya (1 September) ada kaitan dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh Selesa depan.

dap 14th congress 230808 karpalSementara itu, Pengerusi Agung DAP, Karpal Singh berkata, parti itu tidak akan berkompromi dalam prinsip menerima idea negara sekular seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Beliau berharap PAS – sebuah lagi rakan dalam Pakatan – supaya bersikap realistik.

Bagaimanapun, kata Karpal, DAP boleh bekerjasama dan mesti bekerjasama dalam isu-isu yang boleh disepakati.

“Biar Anwar jadi orang tengah satukan PAS dan DAP,” katanya ketika berucap di kongres tersebut.

Read More...

Thursday, July 31, 2008

Pas Tidak Perlu Takut Ancaman DAP

msomelayu

BUNGA-BUNGA kemesraan yang tumbuh dan mula berputik antara Pas dengan Umno kini yang memungkinkan berlakunya muqabalah nampaknya tidak disenangi oleh DAP.

Pengerusinya Karpal Singh (foto) antara orang yang tidak dapat menyembunyikan kemarahan dan kebimbangan parti berideologi sosialis itu terhadap niat suci kedua parti Melayu Islam itu.

Karpal Singh mencadangkan agar kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat dikaji semula. Beliau mempersoalkan keikhlasan Pas ekoran ura-ura Pas untuk berjumpa dengan Umno.

Kenapa Karpal Singh bimbang dengan niat berkenaan? Apa yang Pas lakukan itu adalah hak Pas dan tidak ada kena mengena dengan DAP. DAP tidak ada urusan dalam soal perpaduan Melayu dan kekuatan Islam. Karpal Singh harus faham benar-benar apakah matlamat perjuangan Pas dan juga Umno. Beliau seolah sengaja buat-buat tidak mengerti kerana semacam ada niat jahat di sebalik ura-ura berkenaan.

Apakah hak DAP untuk menghalang Pas mengadakan perjumpaan dengan Umno? Pakatan Rakyat tidak ada apa-apa rantai besi yang mengikat Pas atau mana-mana parti untuk berbuat mengikut apa saja yang mereka fikirkan baik. Tidak ada peraturan dan hukum dalam Pakatan Rakyat yang melarang mana-mana parti berbincang dengan pihak lain apa lagi untuk kepentingan perjuangannya.

Pakatan Rakyat hanya sebagai persefahaman politik dalam menghadapi BN saja, tidak lebih dari itu. Untuk menjaga keuntuhan Pakatan Rakyat tidak sampai Pas atau PKR terpaksa mengorbankan prinsip dan dasar perjuangan mereka semta-mata kerana ingin ikut atau bersama DAP.

Kerana itu walaupun Karapl Singh menentang Pas berapi-api bila Pas menyuarakan soal Islam, Pas tidak pernah mengemukakan cadangan dan saranan agar kedudukan DAP dalam PR dikaji semula. Pas cukup faham kedudukan dan rupa wajah PR ini, ianya hanya sebuah perjanjian lisan yang bila-bila masa boleh terbelah begitu saja kalau semua pihak sudah hilang rasa hormat dan saling mencurigai antara satu sama lain.

Apakah Karpal Singah lupa apa yang pernah keluar dari rongga mulutnya yang cukup kurang menyenangkan Pas. Bukankah Karpal pernah mengatakan kalau Pas ingin laksanakan Islam mesti langkah mayatnya dulu! Ini satu ancaman dan ugutan bersifat jenayah. Namun Pas tidak memberi reaksi melampau. Kata-kata Karpal Singah itu sesuatu yang boleh mengundang kecelakaan.

Untuk pengetahuan Karpal Singh, Islam tidak boleh dipisahkan daripada Pas. Pas bukan parti sekular. Walaupun akhir-akhir ini ada karektor dari individu Pas menggambarkan ke arah itu, tetapi ia bukan bermakna Pas sedang menunju ke arah sekular dan liberal melampau. Walaupun ada segelintir mereka yang bersedia mengadaikan maruah Pas namun masih banyak yang akan berdiri mempertahakan prinsip jihad Pas. Sebab itulah pada masa ini berlaku perang dingin antara Pas klon dengan Pas sejati!

Pas tidak seharusnya tunduk dan akur dengan gertakan Karpal Singah itu. Pas tidak perlu peduli ancaman berkenaan. Sebaliknya Pas dan Umno serta seluruh orang Melayu perlu menyadari kata-kata Karpal Singh itu ada motif untuk memecahbelahkan orang Melayu.

Karapl Singh sedar kalau Melayu berpecah partinya akan untung. DAP sebagai parti pencelah akan merasa senang jika ada mana-mana puak berpecah kerana mereka boleh menyelit dan mengambil kesempatan daripadanya.

Pas jangan sesekali merasai takut dengan gertakan dan ancam itu. Jangan mudah longlai dan jatuh dalam jerat dan perangkap DAP. Pas boleh bekerjasama dengan DAP dan sesiapa sahaja selagi ia tidak menjejaskan intipati dan tunjang perjuangannya.

Jangan peduli tuduhan Karpal mengatakan Pas sebagai parti perkauman. Sepatutnya sebelum melemparkan kata-kata itu DAP kena renung dulu ke dalam dirinya. Bagaimana komposisi di dalam DAP. Dan apakah agenda DAP yang khusus untuk kepentingan Melayu. Dan bilakah pula DAP tidak memperjuangkan kepentingan-kepentingan Cina dan Sikh!

Sekiranya perlu gara-gara sikap tidak toleran Karpal Singh itu Pas ditakdirkan terpaksa meninggalkan DAP apa boleh buat bukan salah ibu mengandung namun salah nasib sendiri (DAP). [wm.kl. 9:20 am 28/07/08].

Read More...

Wednesday, July 30, 2008

DAP melabel Tajol sebagai 'dinosaur'

Berita Harian

GEORGETOWN:
DAP menyifatkan pelawaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali kepada Pas untuk membentuk kerajaan negeri berasaskan politik perkauman.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata politik perkauman sudah ketinggalan zaman dan sudah ditolak di seluruh dunia.

Beliau juga melabel Mohd Tajol simbol 'dinosaur' yang hidup di zaman moden ketika landskap politik di seluruh dunia sudah bersifat kepelbagaian kaum.

"Tajol Rosli memang seperti itu. Dia masih bermain dengan politik perkauman sedangkan dunia sudah berubah," katanya selepas merasmikan Penang Radio Frequency Cluster, di Bayan Baru, di sini, semalam.

Read More...

Wednesday, July 23, 2008

Papan tanda perlu diturunkan


KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong, Shaharrudin Hassan (dua dari kiri) melihat papan tanda jalan dalam bahasa Mandarin di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang bercadang memasang papan tanda pelbagai bahasa di negeri ini khususnya di kawasan yang mempunyai nilai warisan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Alam Sekitar negeri, Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Pusat sudah meluluskan peruntukan bagi tujuan itu.

Bagaimanapun katanya, hanya kawasan yang mempunyai nilai warisan sahaja dibenarkan dipasang papan tanda menggunakan bahasa lain seperti Mandarin, Tamil, Inggeris dan Arab.

"Ia akan dipasang di kawasan warisan seperti Little India melibatkan bahasa Tamil dan Khoo Kongsi dalam Mandarin.

"Ini bukan isu politik tetapi adalah projek yang dirancang lebih awal," katanya pada sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Beliau mengulas tindakan beberapa ahli Gerakan yang memasang enam papan tanda jalan dalam bahasa Mandarin di beberapa jalan di sini kelmarin.

Mereka berbuat demikian untuk memberikan peringatan kepada DAP bahawa parti itu perlu memasang papan tanda dalam bahasa itu memandangkan parti itu kini memerintah Pulau Pinang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menyentuh isu itu Kon Yeow menegaskan, kerajaan negeri akan menghantar notis kepada Gerakan supaya menurunkan semula papan tanda tersebut.

"Mereka perlu menurunkan papan tanda itu kerana ia di luar bidang kuasa mereka," katanya.

Bekas Ahli Majlis, Dr. Thor Teong Ghee yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Gerakan berkata, papan tanda dalam Mandarin adalah perlu memandangkan George Town sudah disenaraikan sebagai tapak warisan dunia.

Selain Lebuh Pantai, jalan lain yang dipasang papan tanda dalam bahasa itu ialah Jalan Burmah, Macalister, Lebuh Carnarvon, Lebuh Chulia dan Jalan C Y Choy.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Datuk Zainal Rahim, perbuatan tersebut melanggar peraturan MPPP.

Menurut beliau, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kerana PBT itu juga menghadapi masalah yang sama.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, tidak ada negara yang memasang papan tanda dalam pelbagai bahasa dan untuk mengaitkannya dengan pelancongan adalah sesuatu yang tidak wajar.

Read More...

Tuesday, June 24, 2008

Altantuya: Usul tergempar DAP ditolak

Malaysiakini

Jun 24, 08 12:15pm

Usul tergempar yang dibawa oleh ahli parlimen DAP Lim Kit Siang - bagi membincangkan dakwaan yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu - ditolak.

Timbalan yang dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul wakil Ipoh Timur itu dengan alasan subjudis terhadap perbicaraan kes itu yang berjalan sekarang.

Dalam usulnya semalam, Lim berkata dakwaan terbaru penulis blog Raja Petra Kamarudin perlu disegerakan dan mempunyai kepentingan umum untuk dibahaskan.

Lim juga berkata akuan bersumpah penulis sensasi itu mengaitkan tuduhan serius itu terhadap perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Raja Petra, dalam akuannya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah Mansor bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.

Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pengendali blog Malaysia Today juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Read More...

Friday, June 20, 2008

Etika pakaian: ADUN DAP dilarang sertai sidang dewan

Utusan Online

JOHOR BAHRU 19 Jun – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor daripada DAP dilarang menyertai istiadat perasmian persidangan Dewan itu hari ini kerana tidak mematuhi etika pakaian.

Gwee Tong Hiang, wakil Bentayan yang hanya memakai kot, telah diarah meninggalkan Dewan oleh Speaker Datuk Mohd. Ali Hassan kerana dianggap tidak menghormati majlis perasmian yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar.

Tong Hiang yang ditemui pemberita di luar Dewan berkata, beliau tidak memakai pakaian lengkap suit berwarna putih seperti yang dipakai barisan ADUN lain kerana berpegang pada prinsipnya.

“Saya diarahkan keluar Dewan sebelum ketibaan Sultan. Bagi saya pakai uniform atau tidak, yang penting saya berkhidmat kepada rakyat. Saya tidak tahu tidak boleh hanya memakai kot sahaja. Lagipun peraturan pemakaian uniform itu tidak termaktub dalam arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Tong Hiang merupakan antara empat wakil DAP yang memenangi pilihan raya umum Mac lalu, selain Dr. Boo Cheng Hau (Skudai), Ng Lam Hua (Mengkibol) dan Ong Kow Meng (Senai). Bagaimanapun, tiga wakil lain masing-masing berpakaian lengkap termasuk bersongkok hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Tong Hiang berkata, beliau menempah pakaian menerusi pemberian elaun uniform oleh kerajaan negeri, namun tidak mengambil pakaian yang ditempah itu.

Ditanya mengenai tindakannya itu yang kemungkinan bertentangan dengan prinsip DAP, katanya, beliau menganggap pakaian bukan merupakan isu besar.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang ditemui selepas istiadat itu berkata, tindakan Tong Hiang adalah perbuatan melampau kerana berpakaian lengkap menjadi amalan DUN Johor sejak 50 tahun lalu bagi menghormati institusi raja.

“Tiga bulan lepas, semasa upacara angkat sumpah Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, memang kita lihat empat ADUN dari DAP tidak hadir ke Istana Besar dengan alasan tidak mahu bersongkok. Tetapi, kalau tiga ADUN dari Senai, Mengkibol dan Skudai boleh berpakaian lengkap hari ini, kenapa ADUN Bentayan tidak boleh melakukannya,” katanya.

Mohd. Ali pula berkata, beliau mengarahkan Tong Hiang keluar Dewan sebelum ketibaan Sultan kerana ADUN itu tidak mengikut arahan rasmi dan protokol.

Read More...

Thursday, June 19, 2008

Johor: ADUN DAP tidak patuh etika pakaian diarah keluar Dewan

Mstar Online

19-06-2008 07:50:22 PM

JOHOR BAHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bentayan, Gwee Tong Hiang dari DAP, telah dilarang menyertai istiadat perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini kerana tidak mematuhi etika pakaian termasuk mengenakan songkok.

Beliau yang hanya memakai kot telah diarah meninggalkan DUN oleh Speaker Datuk Mohd Ali Hassan kerana dianggap tidak menghormati majlis perasmian.

Ia disempurnakan oleh Sultan Johor Sultan Iskandar.
Mohd Ali berkata, beliau mengarahkan Gwee keluar dewan sebelum ketibaan Sultan kerana Adun itu tidak mengikut arahan rasmi dan protokol.

"Bagi saya sebagai wakil rakyat, Gwee kena ikut tata susila. Perbuatan beliau tidak elok kerana setiap majlis terutama yang melibatkan Sultan mesti ada etika pakaian. Saya sudah keluarkan surat, bagi duit buat uniform. Dia sudah buat baju tapi dia tidak ambil pakaian itu di kedai," katanya.
Mohd Ali berkata Gwee dibenarkan menghadiri persidangan itu esok.

Dalam pada itu, Gwee yang ditemui pemberita berkata, beliau tidak memakai pakaian lengkap suit berwarna putih seperti yang dipakai barisan Adun lain kerana berpegang pada prinsipnya.

"Saya diarahkan keluar dewan sebelum ketibaan Sultan. Bagi saya pakai uniform atau tidak, yang penting saya berkhidmat kepada rakyat.

"Saya tidak tahu tidak boleh hanya memakai kot sahaja. Lagipun peraturan pemakaian uniform itu tidak termaktub dalam arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri," kata beliau dipetik Bernama.
Gwee merupakan antara empat wakil DAP yang memenangi pilihan raya umum Mac lalu.
Tiga yang lain ialah Dr. Boo Cheng Hau (Skudai), Ng Lam Hua (Mengkibol) dan Ong Kow Meng (Senai).

Bagaimanapun, Boo, Ng dan Ong masing-masing berpakaian lengkap termasuk bersongkok hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Gwee berkata beliau menempah pakaian menerusi pemberian elaun uniform oleh kerajaan negeri, namun tidak mengambil pakaian yang ditempah itu.

Isu pemakaian songkok mendapat perhatian sejak minggu lalu ekoran kenyataan Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang menyatakan empat wakil rakyat parti itu telah menerima arahan daripada ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang meminta mereka tidak memakai songkok pada pembukaan sidang DUN hari ini.

Ditanya mengenai tindakannya itu yang kemungkinan bertentangan dengan prinsip DAP, Gwee berkata beliau menganggap isu pakaian bukan merupakan isu besar.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pula memberitahu, tindakan Gwee itu adalah perbuatan melampau kerana berpakaian lengkap menjadi amalan DUN Johor sejak 50 tahun lepas bagi menghormati institusi raja.

"Tiga bulan lalu, semasa upacara angkat sumpah Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, memang kita lihat empat ADUN dari DAP tidak hadir ke Istana Besar dengan alasan tidak mahu bersongkok.

"Tetapi, kalau tiga ADUN iaitu Senai, Mengkibol dan Skudai boleh berpakaian lengkap dengan bersongkok hari ini, kenapa ADUN Bentayan tidak boleh melakukannya," katanya.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |