+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Tuesday, May 26, 2009

Rasionalkah Jambatan Ketiga Johor - Singapura

TKO

Oleh PAS Johor Bahru

PAS Johor Bahru menyambut baik sebarang projek pembangunan yang menguntungkan dan bermanfaat untuk rakyat, tetapi biarlah kewarasan akal fikiran diletakkan dihadapan dalam apa juga perbincangan dan perancangan dan pastinya kebijaksanaan adalah tuntutan agama.
Sabtu lepas Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong bertemu untuk membincangkan cadangan kerajaan Malaysia membina jambatan ketiga yang menghubungkan Pengerang Desaru dan Tanah Merah Singapura sekaligus menolak andaian jambatan tambak Johor akan digantikan dengan jambatan lurus atau bengkok.

Jambatan yang dicadangkan ini adalah yang ketiga setelah Malaysia dan Singapura sudahpun sedia ada Tambak Johor di Johor Bahru dan Link Kedua di Gelang Patah.


Objektif cadangan pembinaan jambatan tersebut kata Dato Seri Najib ialah untuk memberikan kemudahan dan khidmat yang baik kepada rakyak dan dengan adanya jambatan tersebut akan memajukan lagi kawasan Desaru dan Pengerang yang masih ketinggalan dan sebenarnya berpotensi untuk dimajukan, tiada apa yang perlu disegerakan tetapi biarlah kajian terpeinci dilakukan dahulu kata Dato Seri Najib dalam kenyataan akhbar bersama Perdana Menteri Singapura.
Kini timbul persoalan, kenapa begitu mudah Perdana Menteri mencadangkan projek jambatan yang baru sedangkan kesibukan trafik yang sedia ada di tambak Johor masih tidak dapat diatasi biarpun Kompleks Iskandar yang baru sudahpun dibuka termasuklah penggunaan Link Kedua yang tidak dimaksimumkan penggunaannya dan perkhidmatan keretapi KTMB yang perlu diperbaiki segera mutu perkhidmatannya.

Sejauh mana kedua-dua negara jujur dalam pertimbangan

Apakah Dato Seri Najib tidak berani mencadangkan pembinaan jambatan lurus atau bengkok di Tambak Johor kepada Singapura sedangkan kerajaan Malaysia sendiri yang membatalkan pembinaan jambatan bengkok pada 2006 yang lalu, kononnya hendak menjaga sentimen rakyat yang marahkan tuntutan Singapura yang mahukan ruang udara kapal perang sehingga ke tengah Semenanjung dan isu bekalan pasir untuk menambak (membesarkan) pulau Singapura .
Sebelum Malaysia dan Singapura pergi lebih jauh lagi eloklah kedua-dua negara meminta pendapat dan suara hati rakyat...

Read More...

Friday, December 19, 2008

Biro aduan awam didakwa 'enggan terima rungutan'

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Dec 19, 08 11:17am

Biro Pengaduan Awam (BPA) didakwa enggan menerima rungutan penduduk Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru walaupun mereka hadir bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pagi ini.

Menurut penasihat jawatankuasa bertindak kumpulan itu Syed Othman Syed Abdullah, pesuruhjayanya Datuk N Siva Subramaniam sendiri hadir di pejabat biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu di Johor Bahru.

Bagaimanapun biro itu tidak bersedia menerima aduan penduduk berhubung perobohan rumah-rumah mereka dan penempatan semula dengan alasan "mereka (BPA) tidak dimaklumkan terlebih dahulu" dan juga "tidak membawa aduan bertulis", kata Syed Othman.

Setelah satu berada sejam di pejabat biro, Siva dan lima wakil Pertubuhan Kebajikan Kampung Baru Plentong Tengah (PKKBPT) meninggalkan tingkat 21 bangunan Komtar tanpa membuat sebarang aduan.

Syed Othman memberitahu Malaysiakini lagi, kelima-lima mereka bagaimanapun tidak menemui sendiri pegawai biro berkenaan dan mereka dimaklumkan tentang keengganan itu daripada Siva.

"Dalam masa satu jam itu, tiada ada apa-apa keputusan melainkan kekecewaan," katanya, yang juga ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Johor.

rela rape 070907 n siva subramaniamMenurutnya, Siva memaklumkan kepada mereka, "daripada semua biro aduan awam (di seluruh negara), inilah negeri yang paling mengecewakan."

Dihubungi hari ini, pesuruhjaya itu (foto) mengesahkan tiada temujanji dibuat antara biro berkenaan dengan Suhakam untuk membincangkan isu penempatan baru penduduk di Bukit Dagang.

Katanya, kehadiran mereka bersama penduduk hari ini bertujuan mengemukakan butir-butir tentang pengaduan penduduk di lokasi tersebut, kira-kira 50 km dari Kampung Baru Plentong Tengah.

Tambahnya, suruhanjaya itu akan menulis surat selepas ini untuk bertemu Biro Pengaduan Awam bagi membawa isu itu semula.

Dalam pertemuan ringkas beliau dan dua pegawai suruhanjaya, tambah Siva, biro berkenaan memaklumkan terdapat satu aduan berhubung penempatan di tempat tersebut.

Pengadu mendakwa tidak diberikan tempat untuk tinggal di Bukit Dagang.

Bagaimanapun siasatan biro tersebut mendapati pengadu tidak pernah membuat permohonan, tambah Siva.

Malaysiakini gagal mendapatkan reaksi salah seorang penolong pengarah BPA Abdul Karim Atan yang bertemu dengan pesuruhjaya itu.

Seorang pegawai wanita, yang enggan mendedahkan namanya, berkata BPA akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini secepat mungkin.

suhakam kpg baru plentong tengah 111208 kamarul ariffinPengerusi penaja PKKBPT Kamarul Arifin Yusa (foto) mengesahkan BPA tidak merekodkan sebarang aduan berhubung perkara tersebut.

Dengan layanan yang baik, katanya, BPA meminta penduduk menyiapkan aduan secara bertulis kepada biro tersebut.

Ditanya sebab penduduk tidak membuat temujanji dengan BPA sebelum ke pejabatnya 9.30 pagi tadi, beliau berkata:

"Hendak buat aduan, apa perlu dibuat temujanji terlebih dahulu. Kerana aduan (seharusnya) buka setiap masa," katanya.

Rancangan wakil penduduk untuk mengiringi pesuruhjaya Suhakam itu berjumpa dengan Menteri Besar Johor dibatalkan kerana Datuk Abdul Ghani Othman bercuti di luar negara sehingga hujung bulan ini.

Perjumpaan tertutup antara suruhanjaya itu dengan Abdul Ghani dirancang, antara lain, bagi membangkitkan isu pampasan yang sewajarnya kepada penduduk daripada kerajaan negeri.

Mereka juga memohon bantuan persediaan untuk anak-anak ke sekolah memandangkan sesi persekolahan tahun baru akan bermula dua minggu lagi.

Suhakam mengadakan lawatan dua hari sejak semalam untuk meninjau nasib penduduk selepas menerima aduan wakil-wakil PKKBPT di Kuala Lumpur, 11 Disember lalu.

Read More...

Wednesday, September 24, 2008

Pengerang tak mahu Pak Lah bertanding

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Sep 23, 08 6:25pm

Ramai ahli Umno di peringkat cawangan di bahagian Pengerang yang bakal diterajui Datuk Azalina Othman Said, mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti akan datang.

Mereka juga mahu Abdullah yang juga perdana menteri, menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang dan bukannya menunggu sehingga 2010.

Ahli jawatankuasa (AJK) bahagian Abdul Kader Basok berkata, maklumat ini diperolehi daripada mesyuarat cawangan-cawangan Umno di bahagian itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, kehendak ahli cawangan mungkin tidak sama dengan pemimpin-pemimpin utama bahagian Pengerang.

"Orang atas ikut angin kerana masing-masing hendak jaga kedudukan," katanya.

Kepimpinan Umno bahagian Pengerang akan bertukar tangan kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said setelah menang tanpa bertanding jawatan ketua bahagian.

Ketua bahagian sekarang, Datuk Harun Abdullah gagal mendapat pencalonan mencukupi untuk mempertahankan jawatan.

Abdul Kader berkata, jika Abdullah berundur lebih awal, masalah yang sedang dihadapi oleh Umno akan selesai.

Pelan peralihan

"Orang Umno dah kurang yakin dan kurang percaya dengan perdana menteri kita sekarang.

"Buat apa lagi beliau perlu menunggu hingga dua tahun kerana dalam politik, pelbagai perkara boleh berlaku.

"Orang anggap semua ini hanya permainan politik untuk mencari ruang untuk kekal dengan jawatan sekarang," katanya.

Abdullah sebelum ini, mengumumkan akan melepaskan jawatan presiden parti Najib pada pertengahan tahun 2010.

Bagaimanapun, ada pemimpin yang meminta beliau melakukan pelan peralihan itu lebih awal daripada yang dijadualkan.

Abdul Kader berkata, orang Umno di Pengerang mahu Mohd Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi peluang menjadi presiden dan timbalan presiden Umno.

Katanya, ahli-ahli bawahan mahu kedua-dua mereka membuktikan kewibawaan kepimpinan masing-masing, termasuk memulih dan menguatkan semula parti.

Read More...

Tuesday, September 2, 2008

Wilayah Iskandar Malaysia punya rizab air terbesar didunia akan dikuasai Singapura

Tranungkite


Dilulus terbit pada Tuesday, September 02 @ 20:00:00 MYT oleh SongkokPutih

Open Artikel Oleh Ruhanie Ahmad


 Selama ini segolongan bloggers tempatan dan saya sendiri amat kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membuka wilayah pembangunan Iskandar Malaysia di selatan Johor yang disifatkan sebagai usaha Abdullah menggadaikan sebahagian bumi Johor – milik Malaysia yang berdaulat dan merdeka – kepada Singapura.

Posting beberapa sahabat bloggers Malaysia dan saya sendiri telah menyenaraikan pelbagai sebab mengapa Iskandar Malaysia mesti dibatalkan. Tetapi, tulisan kami dianggap sebagai anti-Abdullah dan anti-Singapura.

Hari ini blogger Pasquale, dalam blognya Barking Magpie, di alamat http://barkingmagpie.blogspot.com, mendedahkan satu lagi sebab strategik mengapa Iskandar Malaysia perlu dibatalkan demi kepentingan negara.

Berasaskan satu peta yang diperolehinya secara rahsia, kata Pasquale, Iskandar Malaysia adalah satu-satunya wilayah di jagat ini yang kini mempunyai rizab air bawah tanah yang terbesar sekali di dunia.

Katanya, jika Singapura merupakan pelabur terbesar di Iskandar Malaysia, mustahilkah Singapura juga akan menguasai rizab air bawah tanah yang terbesar ini di hari muka?

Untuk mendalami posting yang terbaru dan menggemparkan ini bacalah sendiri pendedahan blogger Pasquale di http://barkingmagpie.blogspot.com.

Mudah-mudahan pendedahan Pasquale dan blognya ini akan mendorong rakyat Malaysia bertindak sewajarnya, tetapi dengan penuh hemah, supaya Iskandar Malaysia dibatalkan serta-merta. – Ruhanie Ahmad

Read More...

Wednesday, July 30, 2008

Politik wang: ahli Pengerang, Kota Tinggi dipanggil

Malaysiakini

Jul 30, 08 6:23pm

Beberapa pemimpin dan ahli cawangan Umno dari bahagian Pengerang dan Kota Tinggi diminta memberi keterangan berhubung dakwaan politik wang kepada anggota Jawatankuasa Disiplin Ibu Pejabat Umno, esok.

Setiausaha Umno bahagian Kota Tinggi, Rosleli Jahari dan Setiausaha Umno bahagian Pengerang, Nizam Ali mengesahkan perkara tersebut, dan kesemua yang dipanggil oleh jawatankuasa itu diminta berada di sebuah hotel tempatan jam 10 pagi.

"Saya dimaklumkan sehingga lapan ahli cawangan di Umno bahagian Kota Tinggi termasuk saksi-saksi, telah diminta oleh Jawatankuasa Disiplin Umno untuk memberikan keterangan pagi esok," kata Rosleli kepada Bernama hari ini.

Nizam pula berkata, beliau difahamkan seorang pemangku ketua cawangan Umno bahagian Pengerang akan memberi keterangan kepada anggota Jawatankuasa Disiplin itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Mohd Ali Hassan yang dihubungi Bernama berhubung kehadiran anggota Jawatankuasa Disiplin Umno di Johor Bahru pula mengatakan, setakat ini beliau tiada maklumat berhubung dakwaan itu.

"Ini mungkin kerana pengadu berurusan secara terus dengan Jawatankuasa Disiplin Umno dan tidak menerusi Badan Perhubungan Umno negeri," katanya.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan politik wang ketika mesyuarat peringkat cawangan sedang berlangsung.

Dakwaan politik wang

harun abdullahSementara itu, Nizam terkejut dengan dakwaan Ketua Umno Bahagian itu Datuk Harun Abdullah (foto) bahawa politik wang digunakan untuk menggagalkan usahanya bagi mempertahankan jawatan ketua bahagiannya.

"Saya amat terperanjat dengan dakwaan (politik wang) tersebut. Saya telah menjelajah seluruh Pengerang untuk memantau perjalanan mesyuarat cawangan-cawangan dan saya tidak menemui bukti tentang berlakunya gejala tersebut."

Semalam, Harun dilaporkan oleh Malaysiakini mendakwa, gejala politik wang yang berlaku di Umno bahagian Pengerang merupakan punca di sebalik kekurangan pencalonan yang diterimanya dari cawangan-cawangan.

Sehingga Ahad lalu, beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tanjung Surat hanya memperolehi tiga pencalonan selepas 25 cawangan selesai bersidang.

azalina othman 02Pencabarnya, Menteri Pelancongan dan Anggota Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said pula setakat ini telah memperolehi 22 pencalonan daripada cawangan-cawangan bahagian untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian.

Harun memerlukan 20 peratus pencalonan daripada sejumlah 33 cawangan Umno bahagian Pengerang untuk bertanding mempertahankan jawatannya.

Syed Hamid ketinggalan

Manakala di Kota Tinggi pula, 10 daripada 13 cawangan Umno di bahagian Kota Tinggi yang selesai mengadakan mesyuarat minggu lalu, dilaporkan mencalonkan ahli perniagaan Daing A Malik Daing Abdul Rahman bagi jawatan ketua bahagian.

syed hamid albar 02 Daing A Malik pula mendapat pencalonan daripada cawangan Gembut Luar, Bandar, Pasak, Bukit Samsu, Batu Satu, Sungai Gembut, Tunjuk Laut, Tembioh dan Perani, meninggalkan penyandang, Datuk Seri Syed Hamid Albar, dengan kelebihan tujuh pencalonan.

Syed Hamid hanya mendapat tiga pencalonan iaitu dari cawangan Belukar Durian, Pasir Panjang dan Tuan Seh.

Read More...

Wednesday, July 23, 2008

Nelayan Pengarang protes tindakan S'pura

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Jul 23, 08 4:08pm

Persatuan Nelayan Kawasan Pengerang tidak bersetuju dengan tindakan Singapura untuk menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) di sekitar Batu Puteh.

pulau batu putih pulau batu puteh 230508Pengerusinya, Abu Bakar Mohamad menyifatkannya sebagai langkah terdesak, seolah-olah Singapura mahu untuk meluaskan kawasan sempadannya dan nelayan di Pengerang yang akan menerima kesannya.

"Jika dilihat, perairan (di situ) lebih kepada kita. Kalau terpesong sedikit, mereka (Singapura) akan masuk perairan kita.

"Kalau dia tuntut, dia tak bimbang masuk perairan Malaysia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, terdapat kira-kira 2,000 nelayan yang berdaftar di bawah Persatuan Nelayan kawasan tersebut.

Tuntutan tersebut, kata Abu Bakar, dilihat sebagai usaha untuk memonopoli kawasan itu dan berat sebelah.

"Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan, cukup strategik kerana sumber perikanan banyak di kawasan itu," tambah Abu Bakar.

'Perlu berbincang'

Semalam, Menteri Kanan Singapura, Balaji Sadasivan berkata, Singapura mempunyai kawasan perairan Wialayah sehingga 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) pada 10 Disember 1982, di mana Singapura adalah sebuah pihak berkenaan.

Menurut Abu Bakar, beliau beranggapan sebarang cadangan Singapura adalah untuk membolehkan mereka menguasai perairan Batu Puteh.

"Singapura tidak boleh berbuat begitu. Singapura kena berbincang dengan kerajaan Malaysia terlebih dahulu. Singapura tidak boleh bertindak sendirian," katanya.

Bagaimanapun beliau menyerahkan hal ini kepada kebijaksanaan kerajaan Malaysia untuk berunding dengan kerajaan Singapura berhubung tuntutan mereka.

"Kami akur apa sahaja keputusan yang dicapai dalam rundingan (kerajaan Malaysia) dengan kerajaan Singapura," katanya.

Beliau juga mencadangkan agar Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) campurtangan dalam soal tuntutan Singapura ini.

Mei lalu, ICJ memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia.

Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada.

Read More...

Batu Puteh: S'pura tuntut perairan wilayah

Malaysiakini

Jul 22, 08 10:16pm

Singapura menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Puteh, yang diputuskan diberikan kepada republik itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Mei lalu, dalam menyelesaikan satu pertikaian hak milik dengan Malaysia.

pulau batu putih pulau batu puteh 230508Menteri kanan republik itu Balaji Sadasivan berkata Singapura mempunyai kawasan perairan wilayah sehingga maksimum 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) pada 10 Dis 1982, di mana Singapura adalah sebuah pihak berkenaan.

Penyelaras perairan wilayah Singapura dan EEZ akan diumumkan jika tiba masanya, katanya menjawab soalan di Parlimen semalam, demikian menurut laporan Bernama.

Transkrip sesi soalan dan jawapan dikeluarkan kepada media oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura.

Balaji berkata jika had perairan wilayah atau EEZ bertindih dengan tuntutan negara-negara jiran, Singapura akan berunding dengan negara-negara itu untuk mencapai persetujuan bagi menetapkan had atau batasan mengikut undang-undang antarabangsa.

ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Batu Puteh dan Malaysia bagi Terembu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan, milik negara itu di perairan wilayah tersebut di mana ia terletak.

Malaysia telah menegaskan bahawa ia akan terus mencari bukti lagi mengenai kes Batu Puteh dengan pandangan untuk mendapatkan satu semakan penghakiman ICJ bahawa batuan itu milik Singapura.

Dalam rujukan ini, Balaji berkata di bawah statut ICJ, sesebuah pihak boleh memohon untuk satu kajian penghakiman ICJ jika "ia berdasarkan penemuan sesetengah fakta seperti ini menjadi satu faktor muktamad, yang pada hakikatnya semasa penghakiman diberikan, yang tidak diketahui oleh Mahkamah itu dan juga kepada parti yang menuntut semakan, sentiasa menyediakan bahawa kejahilan seperti itu bukan disebabkan kecuaian".

Balaji berkata bahawa dengan penyelesaian pertikaian ini melalui penghukuman pihak ketiga, kedua-dua negara telah menunjukkan hormat mereka terhadap undang-undang antarabangsa dan komitmennya untuk menyelesaikan pertikaian ini dalam cara aman.

Kes ini memberikan contoh mengenai penggunaan mekanisme penyelesaian pertikaian pihak ketiga dan boleh menjadi satu contoh untuk menyelesaikan pertikaian dua hala lain, tambah beliau.

Read More...

Johor yang semakin hilang.

Tranungkite

Dilulus terbit pada Wednesday, July 23 @ 14:10:48 MYT oleh reformis

Artikel Oleh Melayunett


"

Senario politik membuktikan Johor semakin hilang. Bukan dalam sehari atau dua hari ini tetapi dijangka dalam masa 10 ke 20 tahun ini. Berikut ialah penjelasan lengkap bagaimana Johor semakin hilang.

Johor merupakan suatu negeri Melayu yang mempunyai sejarah yang lama. Semenjak jatuhnya kerajaan Melaka, Johor menjadi tempat harapan sebilangan besar rakyat Melayu di kawasan selatan semenanjung sehinggalah penubuhan Malaysia.

Semenjak abad ke -14, Kesultanan Johor menjadi tempat berlindung rakyat Melayu. Selepas penjajahan selama beratus tahun, UMNO lahir dari Johor lalu membela nasib anak bangsa, bersama-sama dengan parti-parti politik yang lain. Johor yang dikawal British semenjak 1914 kini dikawal oleh Malaysia. Untuk satu jangka masa, UMNO dilihat mampu mempertahankan kepentingan Melayu dan Malaysia. Malangnya, langit tidak sentiasa cerah. Kepimpinan UMNO mula hilang taringnya apabila kepimpinan jatuh ke tangan orang-orang politik yang tidak berkebolehan, dan Johor semakin hilang.

Kedaulatan Malaysia & Johor semakin hilang berdasarkan bererapa perkara. Berikut ialah sebahagian darinya:-
1. Perjanjian air yang berat sebelah antara Malaysia & Singapura membebankan Malaysia. Malaysia melalui Johor menjual air dengan harga 3sen untuk 1000 gelen kepada Singapura dan perjanjian sah sehingga 2050. Singapura kemudiannya menjual air ini kepada syarikat perkapalan yang berlabuh dengan harga US20 dolar untuk 1000 gelen.

2. Malaysia seterusnya hilang kedaulatan apabila tidak berani membuat jambatan bengkok dalam kawasan Malaysia kerana takut reaksi balas Singapura. Begitulah komen Tun Mahathir.

3. Malaysia membenarkan kereta-kereta Singapura masuk keluar dengan cukup mudah. Pemandu Singapura terkenal sebagai pemandu yang laju dan merbahaya sewaktu memandu di Malaysia. Di Singapura, undang-undang mereka ketat di mana kereta Malaysia tidak boleh keluar Singapura sehingga semua saman dijelaskan. Ini berbeza dengan Malaysia di mana pemandu Singapura bebas keluar masuk.

4. Kehilangan pulau Batu Puteh. Modus operandi cukup mudah. Dapatkan dokumen dari malaysia bahawa Malaysia tidak menuntut kawasan tersebut. Kemudian laburkan beberapa juta untuk infrastruktur. Akhirnya, bawa kes ke mahkamah antarabangsa. Kebijaksanaan pemimpin seperi Lee Kuan Yew yang dahulunya peguam memang terserlah berbanding pemimpin Malaysia yang setakat belajar kesusasteraan Melayu.

5. Isu-isu penambakan yang sentiasa membesarkan Singapura.

6. Usaha Singapura menjadikan nagara tersebut negara kasino membawa kesan kepada Malaysia. Kaki judi dari malaysia akan mengalirkan matawang malaysia ke Singapura yang merugikan ekonomi Malaysia.

7. Singapura sentiasa kepimpinannya bijak di mana majoriti kepimpinan mempunyai ijazah sarjana dari Harvard dan Oxford. Ini berbeza dgn malaysia di mana kepimpinan negara tidak terpelajar.


Berdasarkan modus operandi yang sama ke atas Batu Puteh, Wilayah Pembangunan Iskandar akhirnya berkemungkinan besar boleh menjadi kepunyaan Singapura."

Read More...

Monday, July 21, 2008

Pembatalan Konsert Inul Satu Rahmat Untuk Rakyat Johor

mindakembara







Semalam, rata-rata akhbar di Malaysia menyiarkan berita pembatalan konsert Inul Daratista di Johor Bahru dengan memaparkan bagaimana betapa kecewanya Inul sehingga hampir pengsan apabila mendapat tahu bahawa konsertnya terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa di Johor.
.
Saya menerima panggilan telefon, SMS, email dan pesanan 'cbox' di dalam blog saya mengucapkan tahniah di atas komitmen Pemuda PAS Johor untuk memastikan konsert Inul dibatalkan. Saya tidak dapat untuk membuat apa-apa komentar kerana semalam dan hari ini saya berada di Ipoh untuk beberapa urusan. Malam ini ada peluang untuk saya mencoretkan pandangan terhadap keputusan pembatalan konsert ini.
.
Bagi saya, segala Puji hanyalah hanyalah bagiNya, Tuhan semesta 'alam. Saya mewakili DPPNJ hanya menjalankan tanggungjawab untuk menegakkan yang ma'aruf dan mencegah kemungkaran.
.
Saya telah dihubungi oleh sdr Salman Hussin, pemberita Harakah Johor untuk mendapatkan maklumat terkini tentang konsert tersebut pada hari Jumaat malam Sabtu. Saya telah menyatakan bahawa konsert tersebut telahpun dibatalkan kerana keputusan pihak berkuasa tempatan adalah muktamad, iaitu permit tidak akan dikeluarkan.
.
Namun, perkara yang saya cukup terasa apabila melihat bagaimana Inul begitu sedih tidak terkata sehingga hampir pengsan apabila mengetahui bahawa konsert tersebut dibatalkan. Bukan terasa kerana sedih tetapi disebabkan Inul tidak dapat menerima takdir bahawa konsert tersebut dibatalkan.
.
Jika kita lihat reaksi dan wajah Inul ketika sidang media tersebut, Inul seakan sudah tidak dapat menahan kesedihan dan sukar untuk menerima takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Inul bukannya calang-calang manusia, beliau telahpun menunaikan haji dan selayaknya digelar Hajah Inul namun apakah Inul tidak mahu melihat ianya adalah satu peringatan daripada Allah SWT?
.
Saya mendoakan agar Inul akan diberi hidayah oleh Allah. Bukan sekadar menunaikan haji tetapi perlu melihat dirinya sebagai seorang muslimah yang perlu mematuhi perintah agama. Setidak-tidaknya, Inul telah berjaya mengelak daripada mempersembahkan goyang gerudinya di Johor yang bakal mencatitkan dosa-dosa ke atas dirinya.
.
-------------------------------------------
Pemuda PAS Johor hargai keputusan MBJB batal konsert Inul - Harakahdaily
Salman Hussin Fri Jul 18, 08 1:03:39 pm MYT

BATU PAHAT, 18 Julai (Hrkh) - Pemuda PAS Johor menyambut baik keputusan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), tidak membenarkan konsert dangdut artis Indonesia, Inul Daratista, yang dijadual pada 19 Julai ini, di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, dekat sini.

"Keputusan MBJB tidak mengeluarkan permit kepada penganjur untuk mengadakan konsert ini adalah satu tindakan yang sangat tepat dan bertanggung jawab," kata Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan akhbar penganjur konsert ini, IMF Prima, berhubung pembatalan konsert ini.

Menurut Faizi, pada 11 Julai lalu, Pemuda PAS Johor telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, bagi membantah penganjuran konsert ini.

"Sehingga hari Selasa, kita dimaklumkan Pejabat MB masih tidak meluluskan permohonan bagi mengadakan konsert ini dan kenyataan akhbar pihak penganjur berhubung pembatalan konsert tersebut, amat melegakan kita.

"Kita juga difahamkan pada 10 Julai lalu, pihak penganjur telah mengemukakan rayuan kepada MBJB, tetapi rayuan mereka ditolak, bagaimanapun keputusan MBJB menolak rayuan ini telah menimbulkan tanda tanya kepada penganjur.

"Bagi kita ketegasan MBJB ini menunjukkan keperihatinan mereka terhadap kepentingan sosial rakyat terutama golongan muda.

"Berdasarkan kepada latar belakang artis dangdut yang membawa imej lucah dalam persembahannya sebelum ini, maka amat wajar sekali MBJB dan Kerajaan Johor, tidak membenarkan konsert ini diadakan di negeri ini.
.
"Kita juga mengharapkan keputusan sama diambil Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), terhadap konsert-konsert seumpama ini pada masa depan.

"PAS tidak sekali-kali menentang hiburan kerana kita faham ianya satu keperluan bagi setiap manusia, tetapi biarlah hiburan yang bersifat mendidik dan menjurus ke arah kebaikan dunia dan akhirat, bukan melalaikan atau menyesatkan manusia, lebih-lebih lagi umat Islam," ujarnya lagi. - mns_

Read More...

Wednesday, July 9, 2008

Kes cabul di Johor serius


walaupun tahu mencabul adalah perbuatan salah, pelaku tetap melakukannya bagi memenuhi tuntutan nafsu yang gagal dikawal.


JOHOR BAHRU 8 Julai - Johor mencatatkan kes cabul ketiga tertinggi iaitu sebanyak 103 kes atau 9.59 peratus daripada keseluruhan 1,073 kes yang dilaporkan di seluruh negara sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, secara purata lebih daripada satu kes cabul dilaporkan di negeri ini dalam tempoh dua hari.

Bagaimanapun, statistik PDRM juga menunjukkan bilangan kes itu menunjukkan penurunan berbanding sepanjang 2006 dengan negeri itu mencatatkan kes cabul kedua tertinggi iaitu sebanyak 262 daripada keseluruhan 1,972 kes yang dilaporkan.

Adakah statistik itu menggambarkan keadaan sebenar jenayah cabul di Johor mahupun seluruh negara dan kenapa ia berlaku? Bagi mendapatkan jawapan itu, wartawan Utusan Malaysia baru-baru ini menghubungi pakar perunding psikologi di Hospital Pantai Indah Kuala Lumpur, Dr. Leong Huey Mei.

Menurut Huey Mei, bilangan kes cabul sebenar yang berlaku mungkin lebih tinggi berbanding yang dilaporkan kerana kebanyakan mangsa atau keluarga mereka berasa malu untuk membuat laporan polis.

''Sepatutnya, mangsa tidak perlu berasa malu kerana mereka tidak bersalah, malah dengan tidak melaporkan kepada polis, maka ia hanya akan menggalakkan pencabul meneruskan jenayah itu.

''Lebih malang, ada yang menyatakan cabul tidak menyebabkan kesan besar kepada mangsa seperti yang berlaku kepada mangsa rogol, jadi tidak perlu laporan dibuat.

''Ini tidak benar kerana mangsa turut berasa trauma dan terhina yang boleh menyebabkan gangguan pada emosi mangsa sehingga menjejaskan kerja dan kehidupan hariannya,'' katanya.

Huey Mei berkata, pencabul boleh disifatkan sebagai manusia yang tidak normal memandangkan mereka mengetahui perbuatan yang dilakukan adalah salah, namun tetap melakukannya bagi memenuhi tuntutan nafsu yang gagal dikawal.

Katanya, lebih memburukkan keadaan apabila perkembangan teknologi pada masa ini turut menyumbang kepada kes cabul kerana bahan lucah mudah diperoleh daripada Internet.

Sementara itu, beliau memberitahu, bagi sesetengah golongan pencabul juga tidak mempunyai kemahiran sosial sehingga menyebabkan mereka tidak dapat bersosial dengan rakan dewasa yang lain, sebaliknya memilih untuk mendampingi golongan kanak-kanak untuk melepaskan nafsu.

''Kanak-kanak adalah sasaran senang dan mudah percaya kepada orang dewasa. Sehubungan itu, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak dan mengingatkan mereka supaya berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali,'' katanya.

Tambahnya, jenayah cabul juga dilakukan oleh mereka yang berpendidikan tinggi dan mempunyai kedudukan, malah menggunakan status mereka itu untuk melakukan pencabulan terhadap pekerja bawahannya.

Kes itu, katanya lagi, melibatkan masalah salah guna kuasa dan kebanyakan mangsa tidak melaporkan jenayah terbabit kerana khuatir diambil tindakan yang boleh menjejaskan 'periuk nasi', sedangkan terdapat undang-undang yang dapat membela mangsa.

Dalam pada itu, sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu, statistik PDRM menunjukkan laporan kes cabul tertinggi dicatatkan di Selangor iaitu sebanyak 226 kes diikuti Kuala Lumpur (134), Johor, Perak (103) dan Pulau Pinang (79).

Kedah mencatatkan bilangan laporan kes cabul sebanyak 68 kes, Pahang (61), Negeri Sembilan (60), Sabah (59), Melaka (56), Sarawak (49), Kelantan (35), Terengganu (30) dan Perlis (10).

Berdasarkan statistik itu, secara purata antara lima hingga enam kes cabul dilaporkan setiap hari di seluruh negara.

Read More...

Saturday, July 5, 2008

Rakyat Johor terus desak kerajaan turunkan harga minyak

Harakahdaily

Salman Hussin

Sat | Jul 05, 08 | 11:32:12 am MYT

JOHOR BAHRU, 5 Julai (Hrkh) - Rakyat berbilang kaum di negeri ini terus menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak yang disifatkan sebagai zalim dan membebankan rakyat, justeru desakan terus dibuat supaya kerajaan menurunkan harga bahan api tersebut.

Demonstrasi aman membantah kenaikan harga minyak yang diadakan di Masjid An-nur Kota Raya, dekat sini, selepas solat Jumaat kelmarin, yang dihadiri ribuan rakyat berbilang kaum di negeri ini adalah bukti jelas sikap rakyat berhubung tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ini.

Bagaimanapun hasrat rakyat untuk menyerahkan memorandum bantahan ini kepada Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, tidak dilayan sama sekali, seperti lazimnya, beliau begitu keberatan untuk menemui rakyat sebaliknya hanya menghantar wakilnya untuk menerima memorandum tersebut. Image

Tindakan sombong dan angkuh Ghani ini menimbulkan kemarahan orang ramai yang mahu menyatakan bantahan ini melalui memorandum yang diserahkan secara langsung kepada beliau sendiri, bukan melalui wakilnya.

Sikap beliau ini dianggap sebagai satu penghinaan terhadap rakyat Johor, orang ramai yang berhimpun lebih sejam di luar bangunan Pejabat Menteri Besar di Bukit Timbalan, dekat sini begitu kecewa dan marah dengan sikap beliau ini. - mns_

Read More...

Friday, June 20, 2008

Etika pakaian: ADUN DAP dilarang sertai sidang dewan

Utusan Online

JOHOR BAHRU 19 Jun – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor daripada DAP dilarang menyertai istiadat perasmian persidangan Dewan itu hari ini kerana tidak mematuhi etika pakaian.

Gwee Tong Hiang, wakil Bentayan yang hanya memakai kot, telah diarah meninggalkan Dewan oleh Speaker Datuk Mohd. Ali Hassan kerana dianggap tidak menghormati majlis perasmian yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar.

Tong Hiang yang ditemui pemberita di luar Dewan berkata, beliau tidak memakai pakaian lengkap suit berwarna putih seperti yang dipakai barisan ADUN lain kerana berpegang pada prinsipnya.

“Saya diarahkan keluar Dewan sebelum ketibaan Sultan. Bagi saya pakai uniform atau tidak, yang penting saya berkhidmat kepada rakyat. Saya tidak tahu tidak boleh hanya memakai kot sahaja. Lagipun peraturan pemakaian uniform itu tidak termaktub dalam arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Tong Hiang merupakan antara empat wakil DAP yang memenangi pilihan raya umum Mac lalu, selain Dr. Boo Cheng Hau (Skudai), Ng Lam Hua (Mengkibol) dan Ong Kow Meng (Senai). Bagaimanapun, tiga wakil lain masing-masing berpakaian lengkap termasuk bersongkok hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Tong Hiang berkata, beliau menempah pakaian menerusi pemberian elaun uniform oleh kerajaan negeri, namun tidak mengambil pakaian yang ditempah itu.

Ditanya mengenai tindakannya itu yang kemungkinan bertentangan dengan prinsip DAP, katanya, beliau menganggap pakaian bukan merupakan isu besar.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang ditemui selepas istiadat itu berkata, tindakan Tong Hiang adalah perbuatan melampau kerana berpakaian lengkap menjadi amalan DUN Johor sejak 50 tahun lalu bagi menghormati institusi raja.

“Tiga bulan lepas, semasa upacara angkat sumpah Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, memang kita lihat empat ADUN dari DAP tidak hadir ke Istana Besar dengan alasan tidak mahu bersongkok. Tetapi, kalau tiga ADUN dari Senai, Mengkibol dan Skudai boleh berpakaian lengkap hari ini, kenapa ADUN Bentayan tidak boleh melakukannya,” katanya.

Mohd. Ali pula berkata, beliau mengarahkan Tong Hiang keluar Dewan sebelum ketibaan Sultan kerana ADUN itu tidak mengikut arahan rasmi dan protokol.

Read More...

Thursday, June 19, 2008

Sultan Johor mahu ikhtiar dapat semula Pulau Batu Puteh

Malaysiakini

Jun 19, 08 2:37pm

Sultan Johor Sultan Iskandar bertitah baginda akan berikhtiar mencari jalan bagi mendapatkan semula hak kedaulatan Pulau Batu Puteh yang kini dimiliki Singapura.

Ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Johor Bahru hari ini, baginda bertitah bahawa pulau berkenaan bukan milik republik itu sebaliknya hak milik kerajaan Johor.

pulau batu putih pulau batu puteh 230508"Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu," titah baginda.

Hadir sama berangkat ke istiadat pembukaan itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim, demikian menurut laporan Bernama.

Sultan Iskandar juga mengingatkan rakyat supaya hidup secara muafakat bagi menjamin keberkatan dalam hidup.

Baginda turut melahirkan keyakinan bahawa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman akan terus maju.

MB enggan ulas

"Beta bersyukur kerana kita dapat terus berada dalam keadaan selamat, aman dan damai. Tahniah kepada kerajaan di bawah pimpinan Datuk Abdul Ghani Othman yang terus mendapat amanah rakyat.

"Oleh itu, kita mesti mengelakkan unsur perkauman dan agama, berpegang teguh kepada Rukun Negara serta Raja Berpelembagaan. Ahli Dewan Undangan Negeri pula hendaklah menjalankan tugas dengan ikhlas, jujur dan memahami hasrat rakyat," titah baginda.

Abdul Ghani, yang ditemui pemberita selepas istiadat itu, enggan mengulas lanjut mengenai titah Sultan Johor berhubung Pulau Batu Puteh itu.

"Tuanku bertitah bahawa Pulau Batu Puteh kedaulatannya telah diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Saya tidak mahu komen lanjut. Kita dengar apa yang telah dititahkan," katanya.

Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda, dalam penghakimannya yang menamatkan pertikaian antara Malaysia dan Singapura, memberikan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura dan Terumbu Karang Tengah kepada Malaysia.

Kedaulatan Terumbu Karang Selatin pula menjadi milik negara di perairan di mana ia terletak.

Read More...

Johor: ADUN DAP tidak patuh etika pakaian diarah keluar Dewan

Mstar Online

19-06-2008 07:50:22 PM

JOHOR BAHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bentayan, Gwee Tong Hiang dari DAP, telah dilarang menyertai istiadat perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini kerana tidak mematuhi etika pakaian termasuk mengenakan songkok.

Beliau yang hanya memakai kot telah diarah meninggalkan DUN oleh Speaker Datuk Mohd Ali Hassan kerana dianggap tidak menghormati majlis perasmian.

Ia disempurnakan oleh Sultan Johor Sultan Iskandar.
Mohd Ali berkata, beliau mengarahkan Gwee keluar dewan sebelum ketibaan Sultan kerana Adun itu tidak mengikut arahan rasmi dan protokol.

"Bagi saya sebagai wakil rakyat, Gwee kena ikut tata susila. Perbuatan beliau tidak elok kerana setiap majlis terutama yang melibatkan Sultan mesti ada etika pakaian. Saya sudah keluarkan surat, bagi duit buat uniform. Dia sudah buat baju tapi dia tidak ambil pakaian itu di kedai," katanya.
Mohd Ali berkata Gwee dibenarkan menghadiri persidangan itu esok.

Dalam pada itu, Gwee yang ditemui pemberita berkata, beliau tidak memakai pakaian lengkap suit berwarna putih seperti yang dipakai barisan Adun lain kerana berpegang pada prinsipnya.

"Saya diarahkan keluar dewan sebelum ketibaan Sultan. Bagi saya pakai uniform atau tidak, yang penting saya berkhidmat kepada rakyat.

"Saya tidak tahu tidak boleh hanya memakai kot sahaja. Lagipun peraturan pemakaian uniform itu tidak termaktub dalam arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri," kata beliau dipetik Bernama.
Gwee merupakan antara empat wakil DAP yang memenangi pilihan raya umum Mac lalu.
Tiga yang lain ialah Dr. Boo Cheng Hau (Skudai), Ng Lam Hua (Mengkibol) dan Ong Kow Meng (Senai).

Bagaimanapun, Boo, Ng dan Ong masing-masing berpakaian lengkap termasuk bersongkok hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Gwee berkata beliau menempah pakaian menerusi pemberian elaun uniform oleh kerajaan negeri, namun tidak mengambil pakaian yang ditempah itu.

Isu pemakaian songkok mendapat perhatian sejak minggu lalu ekoran kenyataan Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang menyatakan empat wakil rakyat parti itu telah menerima arahan daripada ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang meminta mereka tidak memakai songkok pada pembukaan sidang DUN hari ini.

Ditanya mengenai tindakannya itu yang kemungkinan bertentangan dengan prinsip DAP, Gwee berkata beliau menganggap isu pakaian bukan merupakan isu besar.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pula memberitahu, tindakan Gwee itu adalah perbuatan melampau kerana berpakaian lengkap menjadi amalan DUN Johor sejak 50 tahun lepas bagi menghormati institusi raja.

"Tiga bulan lalu, semasa upacara angkat sumpah Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, memang kita lihat empat ADUN dari DAP tidak hadir ke Istana Besar dengan alasan tidak mahu bersongkok.

"Tetapi, kalau tiga ADUN iaitu Senai, Mengkibol dan Skudai boleh berpakaian lengkap dengan bersongkok hari ini, kenapa ADUN Bentayan tidak boleh melakukannya," katanya.

Read More...

Sunday, June 15, 2008

"Melayu Johor akan terpinggir" Mahathir

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Bernama
Ahad, 15 Jun 2008

TELUK INTAN: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mendakwa bahawa rancangan untuk membangunkan Iskandar Malaysia, koridor pembangunan di selatan Johor yang berdekatan dengan Singapura, bukan sahaja akan menjadikan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu sebagai 'Utara Singapura/Singapore North' tetapi juga bakal menyebabkan orang Melayu di Johor terpinggir.

"Penduduknya akan terdiri daripada orang yang kaya belaka dan mereka akan datang daripada Singapura. Kawasan itu akhirnya tidak akan ada orang Melayu kerana mereka tidak berupaya nak beli tanah (disebabkan harganya yang mahal) dan apabila jumlah orang lain terlalu ramai, mereka akan desak meminta hak itu dan hak ini," katanya dalam satu majlis dialog di sini.

Sehubungan itu beliau mengingatkan orang Melayu di sekitar koridor pembangunan tersebut agar tidak mudah melepaskan tanah yang mereka miliki apabila ditawarkan dengan harga yang cukup tinggi oleh pihak tertentu.

Koridor ini, yang juga dikenali sebagai Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER), diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006.

Namanya ditukar kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 Nov 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar sebelum sekali lagi ditukar namanya menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April lepas.

Lebih RM47 bilion diperlukan bagi membangunkan kawasan itu sebagai sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini yang akan memakan masa sehingga tahun 2025.

Keseluruhan kawasan pembangunan itu dikatakan menyamai 2 1/2 kali ganda keluasan Singapura apabila siap sepenuhnya dengan syarikat Khazanah Nasional Berhad sebagai peneraju utama dalam merealisasikan wawasan pembangunan tersebut.

Read More...

Friday, May 30, 2008

Larangan jual minyak di Johor tangguh 9 Jun

Utusan Online

JOHOR BAHRU 29 Mei - Penguatkuasaan larangan menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing di semua stesen minyak di Johor Bahru dan Kulai ditangguhkan sehingga 9 Jun ini.

Namun, larangan yang sama di stesen minyak di utara dan pantai timur Semenanjung yang bersempadan dengan Thailand, kekal berkuat kuasa pada 2 Jun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, penangguhan itu bagi membolehkan kementerian memuktamadkan beberapa isu berkaitan.

"Kita tidak mahu menyusahkan orang ramai untuk membeli petrol dan diesel apabila larangan itu dikuatkuasakan.

"Antaranya, kementerian bercadang untuk mengecualikan larangan tersebut ke atas motosikal," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isnin lalu, kerajaan menetapkan semua stesen minyak di sempadan Thailand dan Singapura dilarang sama sekali menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing yang sepatutnya dikuatkuasakan esok.

Langkah tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Menangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen, Isnin lepas.

Ia membabitkan semua stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 30 hingga 50 kilometer di sempadan Malaysia-Thailand membabitkan Perlis, Kedah, utara Perak dan Kelantan.

Shahrir berkata, penangguhan itu kerana terdapat masalah tertentu di Johor Bahru yang tidak timbul di Perlis, Kedah, utara Perak dan Kelantan.

Ditanya sama ada penangguhan tersebut disebabkan tekanan pihak tertentu, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Shahrir bagaimanapun, mengesahkan beliau dan pegawai kementerian telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa pengusaha stesen minyak hari ini berhubung penangguhan tarikh larangan tersebut.

Tanpa mendedahkan hasil pertemuan itu, beliau menambah, terdapat pihak mencadangkan supaya kerajaan mengenakan caj bagi kenderaan dari Singapura yang memasuki Johor untuk menambah hasil pendapatan negara.

Read More...

Monday, May 26, 2008

Kes Pulau Batu Puteh bukan 'win win situation' - Ketua Umno Batu Pahat

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob

Mon | May 26, 08 | 8:12:08 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Ketua Umno Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan kelemahan yang berlaku dalam perbicaraan kes Pulau Batu Puteh hingga hak Malaysia itu jatuh kepada Singapura.

Beliau menyifatkan kenyataan Menteri Luar Negara, Dato' Seri Dr Rais Yatim bahawa keputusan Pulau Batu Puteh itu sebagai 'win-win situation' tidak benar.

"Ini bukan 'win-win situation', ini kalah," tegasnya semasa berucap dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menyifatkan ia satu kehilangan hak rakyat Malaysia dan hal ini seharusnya tidak berlaku kerana Pulau Batu Puteh adalah hak Malaysia dan berada di perairan Johor.

Sementara itu Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menyifatkan keputusan mahkamah antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Puteh itu menunjukkan kelemahan negara dalam mengkaji kes tersebut sebelum dirujuk ke badan tersebut untuk dibicarakan.

Malangnya kata beliau, keputusan telah dibuat oleh ICJ dan ia tidak boleh dicabar lagi.

Beliau juga melahirkan rasa sedih dengan keputusan itu dan merasakan seluruh rakyat turut sependapat dengannya.

Read More...

Bangunkan P. Pisang - Bagi menjamin status kedaulatan pulau milik Malaysia

Utusan Online


Pemandangan Pulau Pisang dari udara, terletak di perairan Johor, kira-kira 20 kilometer dari Pontian. Bulatan menunjukkan rumah api yang diurus oleh Singapura sebagaimana di Batu Putih. – Gambar FAIL


PONTIAN 25 Mei – Kerajaan perlu segera merangka program untuk membangunkan Pulau Pisang bagi menjamin status kedaulatan negara ke atas pulau tersebut berkekalan, selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut diminta mengkaji untuk mengambil alih pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura.

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan berkata, langkah itu penting kerana pulau tersebut mempunyai persamaan dari segi sejarah dengan Batu Putih.

Katanya, jika ia dibiarkan tanpa sebarang pembangunan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan atau negeri, ia dibimbangi boleh membawa kepada satu lagi tuntutan bertindih.

“Ini kerana Pulau Pisang kini menempatkan rumah api yang diuruskan oleh pemerintah Singapura seperti mana yang mereka jalankan ke atas Batu Putih sejak sekian lama,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perkumpulan Wanita (WI) Johor, di sini, semalam.

Oleh itu katanya, Kerajaan Pusat atau negeri perlu merangka pembangunan di Pulau Pisang sebagai mengambil iktibar daripada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Batu Putih yang kini menjadi milik republik itu.

“Cukuplah Singapura mempunyai hak ke atas Batu Putih dan menyerahkan sepenuhnya operasi rumah api di Pulau Pisang kepada Kerajaan Malaysia,” tegasnya.

Menurut beliau, Pulau Pisang yang mengandungi empat buah pulau kecil dengan keluasan 178.4 hektar jauh lebih besar daripada Batu Putih yang saiznya hanya 0.1 hektar.

“Mengambil pengalaman pahit orang Johor apabila Batu Putih menjadi milik mutlak Singapura, Pulau Pisang tidak sewajarnya menerima nasib yang sama apabila berlaku tuntutan pada suatu masa nanti.

“Justeru Kerajaan Pusat dan negeri perlu mencari jalan untuk membangunkannya supaya tiada lagi sebarang dakwaan mengenai pemilikannya pada masa depan,” katanya.

Tambah Ahmad, sebagai pulau yang terletak di kawasan Parlimen Pontian, banyak perkara yang boleh dilakukan supaya pulau tersebut ‘diaktifkan’ dan tidak hanya berfungsi sebagai rumah api seperti sekarang.

“Antaranya ialah pembinaan jeti yang dimiliki sepenuhnya oleh Malaysia bagi memudahkan pelawat mendarat pada waktu surut serta bekalan elektrik dan air bersih,” ujarnya.

Sekarang ini hanya terdapat satu jeti di pulau itu yang dikendalikan oleh pihak Singapura untuk tujuan pengurusan rumah api tersebut.

Selain itu kata Ahmad, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) boleh mencadangkan Pulau Pisang sebagai Taman Negara seperti Taman Negara Tanjung Piai dan Taman Negara Pulau Kukup.

Katanya, Pulau Pisang juga sesuai dijadikan tapak perkhemahan dengan syarat kemudahan awam seperti surau, tandas, bilik air dan sebagainya disediakan terlebih dahulu.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya amat pedih apabila keputusan ICJ mengenai Batu Putih banyak mengkhususkan kepada pemilikan rumah api.

“Bagi mengelakkan perkara seperti itu tidak berulang lagi, Pulau Pisang sewajarnya tidak dibiarkan tanpa ada satu program pembangunan yang menguntungkan Malaysia dan negeri Johor,” jelasnya.

Tambahnya, beliau juga telah melawat Pulau Pisang baru-baru ini dan sebelum itu, Pegawai Daerah Pontian, Mislan Karmani pernah melawat pulau tersebut bersama-sama ketua-ketua jabatan peringkat daerah.

Katanya, segala aspek pembangunan yang dicadang akan dikaji supaya mesra alam dan kepada nelayan yang berteduh daripada cuaca buruk dan sebagainya.

Jelas beliau, Pulau Pisang juga boleh dijadikan destinasi pelancongan bagi Pontian dengan adanya aktiviti serta kegiatan yang ditawarkan kepada orang ramai.

“Tetapi yang penting ialah soal pemilikannya kepada Malaysia dan negeri Johor, walaupun rumah api itu diuruskan oleh Singapura disebabkan faktor sejarah lampau,” jelas Ahmad.

Read More...

Sunday, May 18, 2008

Pakatan Rakyat sedia mentadbir Johor

Harakahdaily

Salman Hussin

Sun | May 18, 08 | 11:28:06 am MYT

JOHOR BAHRU, 18 Mei (Hrkh) � Kejayaan Pakatan Rakyat memerintah beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu mendorong PR di negeri ini mencari jalan serta melipatgandakan usaha bagi menuruti jejak langkah negeri-negeri tersebut.

Kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat ini terbukti apabila mereka sentiasa duduk semeja berbincang serta merancang bagi merealisasikan matlamat dan hala tuju perjuangan gabungan itu pada masa depan.

"Apa yang kita lakukan ini menunjukkan bahawa kita memang serius untuk mengambil-alih pemerintahan negeri ini dari BN pada PRU akan datang; hasrat dan cita-cita ini tidak mustahil untuk menjadi kenyataan jika semua pihak terus konsisten dan ikhlas untuk membela nasib rakyat," kata Pesuruhjaya PAS negeri, Dato� Dr Mahfodz Muhamad selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat Johor di Skudai, 13 Mei lalu.

Hadir sama pada perjumpaan itu ialah Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Haw, Pengerusi KeADILan Johor, Abdul Halim Dawam, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan para pemimpin Pakatan Rakyat Johor.

Pakatan Rakyat Johor mempunyai lima wakil di Dun Johor iaitu Dr Mohamad Taslim (Maharani), Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh (Sungai Abong), Dr Boo Cheng Haw (Skudai), Ong Kow Meng (Senai) dan Ng Lam Hua (Mengkibul).

Menurut Dr Mahfodz, berbagai perkara telah dibincangkan dan dipersetujui pada pertemuan kali ini.

"Saya mempunyai keyakinan yang cukup tinggi terhadap masa depan Pakatan Rakyat di negeri ini berasaskan kepada keputusan PRU lalu.

"Bagaimana pun sokongan rakyat ini masih belum mencukupi bagi PR untuk meraih kemenangan besar sehingga membolehkan kita memerintah negeri ini, begitu pun kita tetap bersyukur dengan kemenangan beberapa kerusi Dun dan satu Parlimen di Johor, ini adalah petanda yang sangat baik bagi Pakatan Rakyat negeri ini.

"Kita mengharapkan kemenangan yang lebih besar akan diperolehi pada pilihan raya umum akan datang," katanya.- tajdid

Read More...

Saturday, May 10, 2008

Cerita buaya selat ternyata benar


DUA orang nelayan menarik bangkai buaya yang dijumpai di perairan Selat Tebrau, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Mahu pancing ikan, terserempak bangkai buaya.

Sekumpulan kaki pancing di Perairan Selat Tebrau di sini terkejut apabila terserempak dengan bangkai seekor buaya sepanjang dua meter terapung kira-kira 8 pagi semalam.

Ketika ditemui, mulutnya terbelit dengan pukat manakala badannya dililit tali jaring.

Menurut Asmadi Mohd. Elias, 29, berkata, dia ternampak bangkai buaya tersebut dari jarak 50 meter dari jeti.

"Sebelum ini saya hanya dengar cerita ada buaya tapi tak sangka pula selat ini betul-betul ada buaya," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Bangkai buaya itu kemudian dibawa oleh beberapa pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan bantuan beberapa orang nelayan daripada Kampung Usahajaya 1, Skudai Kiri di sini.

Mereka juga masih menyiasat jenis buaya itu serta bagaimana ia boleh ditemui di selat berkenaan.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |