Mstar Online 23-08-2008 06:57:07 PM Oleh G. MANIMARAN |
Hari Kelapan (Sabtu): Malam ulama berkempen, makin rancak (Dikemas kini) KETIKA tinggal lagi dua hari untuk berkempen kawasan Permatang Pauh semakin seri dengan perang poster dan kain rentang. Nampaknya, kesemua tiga parti telah selesai menaikkan poster, kain rentang dan papan iklan yang bersaiz kecil dan besar. Bilangan poster, kain rentang dan papan iklan meningkat pagi ini berbanding semalam. Ketiga-tiga parti juga menggunakan sebahagian kecil bahan-bahan berkempen yang lama, yang digunakan semasa pilihan raya umum Mac lalu. Sudah tentu bilangan poster dan kain rentang Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) jauh lebih kecil jumlahnya berbanding BN dan PKR. Salah satu kain rentang AKIM berbunyi "Kepada Pengamal-pengamal Kebenaran dan Keadilan, Undilah AKIM". Jika kita selalu melihat iklan raksasa syarikat telekomunikasi "Ini Wilayah"CELCOM", di sini juga dapat dilihat kain rentang dan papan iklan seumpama itu. PKR menggunakannya. Kain rentang itu tertera "Ini Wilayah Anwar" dan "Anda Kini Berada Di Kubu Kuat PR'". Apa pun malam ini menjadi tumpuan ramai dengan kehadiran pemimpin-pemimpin besar negara. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun turun gelanggang sejak 4 petang tadi. Di pihak Pakatan Rakyat juga difahamkan akan ada kehadiran pemimpinan kanan. Ketika berbual-bual dengan Naib Presiden PKR, Azmin Ali sementara menanti sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat, kita akan membawa ualam-ulama memberikan ceramah pada hari-hari terakhir menjelang hari pengundian. Mereka yang dimaksukan ialah Ustaz Hashim Yahaya, Datuk Haron Din dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Kalau mereka bawa ulama, kita boleh bawa ulama," katanya. Pakatan Rakyat juga menganjurkan majlis Malam Munajat Ummar 2008 selama tiga malam bermula malam tadi. Bercakap mengenai cuaca, keadaan nampak tenang selepas 'ribut' ceramah dan kempen sepanjang malam tadi. Ketika Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terus mencabar Anwar supaya bersumpah menjelang hari pengundian dalam isu meliwat, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat sumpah di Masjid Permatang Pauh bahawa beliau tidak kenal wanita Mongolia yang mati dibunuh dua tahun lalu. Yang lebih menarik Konsul Mongolia Datuk Abdul Rahman pun hadir berkempen untuk BN. Ceramah beliau menyokong BN. Dua bekas orang kuat Anwar, Datuk Nalla dan Ezam Mohamad Nor juga hadir memberikan ceramah. Sementara Nalla cuba mengupas rahsia-rahsia Anwar, yang nampak agak 'panas', Ezam pula berucap dalam suara mirip Anwar. Nampaknya 'Anwar'diklonkan berada di pentas Bilik Gerakan Pemuda Umno dan BN di Permatang Pasir. DUN Permatang Pasir dikuasai wakil PAS. Lagi bercakap mengenai Anwar dan klon, secara kebetulan ketika Khiary berucap konvoi Anwar melalui jalan berhampiran pentas Umno dan BN. Anwar sempat melambai ke arah Khairy. Khairy sambut dengan mengatakan "saya mencabar untuk berdebat di sini (pentas Umno dan BN) sekarang." Kata Khairy dia rasa jelik dengan lambaian Anwar itu. Orang ramai masih ingat kehadiran Khairy di rumah Anwar empat tahun lalu untuk membawa pasport membolehkan Anwar ke luar negara. Menjelang pukul 6 petang ini, jalan-jalan bahagian Permatang Pauh sudah mula dibanjiri kenderaan. Pemerhatian kasar menunjukkan bilangan kereta pada sebelah petang meningkat pada jumlah yang agak banyak. Pertama kerana hujung minggu di mana ramai balik ke Permatang Pauh dan yang kedua, kehadiran orang luar untuk sama-sama berkempen dan mendengar ceramah ahli-ahli politik. Apa yang pasti Permatang Pauh akan rancak dengan isu dan tumpuan ceramah malam ini... kita jumpa balik dengan perkembangan malam ini.... Hari Ketujuh (Jumaat): Perang risalah, Anwar dan Arif bersemuka Hari ini kedua-dua calon ini bertemu dan bersalaman di Masjid Jamek Seberang Jaya.Semalam Anwar berada di Seberang Jaya untuk berkempen. Sudah pasti mereka akan bertemu semula Selasa ini - kemungkinan di pusat penjumlahan undi. Anwar ketika menjadi Ketua Bahagian Permatang Pauh, Arif Shah merupakan Ketua Pemuda. Kemungkinan kedua-dua turut mengenang suasana ketika berada dalam satu parti yang sama - Umno dan BN, sedekad yang lalu. Sebelah pagi Permatang Pauh juga dilanda hujan lebat. Kemungkinan hujan lebih dua jam ini akan menyebabkan banjit kilat dan air bertakung. Tetapi hujan yang berhenti seketika berterusan sehingga pukul 8 malam. Ketika sedang minum di Starbucks, beberapa penduduk tempatan ditemui berkata pihaknya juga agak 'terkejut' dengan hujan lebat. Kata penduduk Seberang Jaya ini, sejak sebulan lama sebelum hari penamaan calon, kawasan ini berhadapan dengan cuaca panas. Tiba-tiba hujan lebat sejak Sabtu lalu, sehari selepas Saiful melakukan sumpah, kata mereka. "Kami pun hairan, ibu saya berkata sejak sebulan tiada hujan," kata salah seorang penduduk berkenaan. Dalam hujan ini, ketika bilangan 'penduduk' Permatang Pauh meningkat lebih 30,000 orang, sudah pasti permintaan payung juga meningkat. Bilangan payung yang disediakan oleh parti-parti politik - BN dan PKR - juga tidak cukup. Semua sudah disapu oleh mereka yang keluar untuk meraih undi. Pada sidang media harian PKR, pemimpin-pemimpin kanan parti itu menunjukkan risalah-risalah yang dikumpul dari parti pesaing BN. BN juga menunjukkan risalah pihak PKR. Ini lumrah dalam kempen ketika pilihan raya. Sudah tentu risalah yang menarik ialah 'Kabinet' Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang diedarkan dalam pelbagai versi ikut kaum dan komposisi penduduk di bahagian Permatang Pauh. Di sebalik media ini, puteri reformasi PKR juga muncul. Apabila ditanya bagaimana dengan kempen beliau untuk ayahnya, Nurul Izzah berkata, penat juga lebih-lebih kali ini bersama anaknya yang masih kecil. Ketika pilihan raya kecil Ijok awal tahun lalu beliau mengandung, dan kini pilihan raya kecil bersama anak kecilnya. Apabila ditanya sama ada anak akan menjejaki langkah beliau menyertai politik satu hari nanti, katanya, "oh, tidak cukup dengan sekarang." Bagaimanapun kata Nurul Izzah beliau akan menyerahkan kepada anaknya membuat keputusan. mStar Online berpeluang untuk menemu bual ringkas Nurul Izzah tadi dan akan disiarkan nanti. Seperti Nurul Izzah dan adiknya, anak-anak Arif Shah juga membantu beliau berkempen kali ini. Anwar mengadakan pertemuan makan tengah hari dengan Menteri Besar Kedah, Perak dan Selangor serta Ketua Menteri Pulau Pinang. Menteri Besar Kedah dan Menteri Besar Perak tidak hadir. Naib Presiden PKR, Azmin Ali memaklumkan Menteri Besar Perak tidak hadir disebabkan membantu siasatan isu rasuah. Di samping risalah, buku-buku politik juga laku. Siri buku politik dikeluarkan. Yang baru didapati hari ini ialah buku tulisan Yahaya Ismail berjudul Anwar Menggugat: Pak Lah, Najib Terjerat. Harganya RM10 senaskhah. Nampaknya, perkembangan pilihan raya kecil ini juga menarik perhatian pelajar Universiti Brunei Darussalam. Dua pelajar ini mengikuti pengajian sosiologi dan dasar awam, berkongsi pengalaman tentang perjalanan pilihan raya Permatang Pauh. Mereka saja-saja berkhemah di sini untuk mengetahui perkembangan perjalanan pilihan raya. Seronok mereka mengetahui ada pilihan raya di negara ini.
Hari Keenam (Khamis): Antara nombor pilihan, kerja keras ubah majoriti (Dikemas kini) DATUK Arif Shah Omar Shah merupakan calon yang fasih berbahasa Mandarin. Gayanya berpeluang menarik pengundi, secara psikologi dan dari sudut komunikasi. Apabila ditanya mengenai hari pengundian, Arif Shah berkata, beliau akan berada di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya menjelang pukul 8 pagi pada 26 Ogos 2008 (26 bersamaan dengan lapan, bulan kelapan, dan tahun 2008). Jika diatur, ia akan membawa 8/8/8 atau tiga kali lapan, membawa angka bertuah bagi Arif Shah. Kata Arif Shah, tiga kali lapan bermakna menuju ke arah kemuncak atau kejayaan. Beliau nampaknya hendak mencapai kejayaan dengan melihat kelebihan susunan angka 888. Semalam dunia melalui 20 Ogos 2008 [20 (haribulan, 8 (bulan kelapan) dan 2008 (tahun dua ribu lapan)]. Arif menduduki tempat ketiga susunan calon yang tertera dalam kertas undi. Arif berpendapat angka tiga ini petanda menuju kejayaan atau ke puncak. Kata Arif Shah, beliau bukan percaya pada nasib dan kelebihan susunan angka, tetapi ia sekadar menarik untuk diperhatikan. Hari ini lima puluh peratus tempoh kempen pilihan raya kecil sudah pun berakhir. Tinggal lagi kurang daripada lima hari warga Permatang Pauh akan melangkah semula ke pusat-pusat pengundian - mengenang pengalaman 8 Mac lalu. Sebagaimana disebutkan pagi tadi, calon-calon gergasi - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Arif Shah Omar Shah optimistik dan yakin akan menang. Seorang lagi calon, Hanafi Mamat ataupun Haji Pi, yang mewakili Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) juga yakin akan mencapai kemenangan 'bersejarah' di Permatang Pauh. Anwar, sebagaimana dikatakan semalam, tidak mahu menyatakan angka ataupun peratusan peluang untuk menang. Tapi wajahnya nampak beliau yakin akan kembali sebagai wakil rakyat Permatang Pauh yang ditinggalkan 10 tahun lalu. Begitu juga Arif Shah yang tidak mahu rombongan iringan besar untuk meraih undi setiap kali keluar rumah dan pusat operasinya. Haji Pi pula berkeyakinan akan memperoleh 40 peratus undi manakala Anwar dan Arif Shah masing-masing 30 peratus. Kalau Anwar sering guna moto "Lawan Tetap Lawan", Haji Pi menggunakan "Yakin Tetap Yakin". Haji Pi memang dalam rancangan harian hari ini untuk ditemui. Secara kebetulan Haji Pi ditemui ketika dalam perjalanan dari Bukit Mertajam ke Seberang Jaya - untuk menghasilkan berita - bersama perasaan agak kecewa dan sedih selepas gagal memperoleh sepucuk surat pengesahan daripada Jabatan Penerangan untuk mendapatkan pas masuk ke tempat penjumlahan undi Selasa depan. Surat faks daripada ibu pejabat Kuala Lumpur dan kad media lama (hanya kerana tertera nama organisasi lama penulis bekerja) tidak cukup kelayakan untuk mendapatkan surat pengesahan Jabatan Penerangan. Jika tiada pengakuan agensi itu Suruhanjaya Pilihan Raya tidak akan mengeluarkan kad khas. Nasib malang! Lagi penat dengan panas terik sehingga petang ini. Tak mengapa ini perkara kecil yang mungkin dan harap-harap boleh diatasi dan Jabatan Penerangan akan bermurah hati untuk memberi surat pengesahan. Ini semua cabaran. Diharap syarat ini boleh dilonggarkan pada masa depan! Hikmah di sebalik itu dan sesat jalan di Bukit Mertajam, membawa ke khemah Haji Pi. Haji Pi. Haji Pi juga memperlihatkan kesederhaan dalam menguruskan kempen pilihan raya. Dengan pekerjanya kira-kira 100 orang sahaja beliau berharap untuk menang pada Selasa ini. Satu lagi aspek yang menarik ialah penyebaran senarai anggota 'Kabinet' Anwar, yang sememangnya bercita-cita untuk ke Parlimen dan kemudian ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri. Semua pihak menafikan bertanggungjawab ke atas penyebaran risalah poster tersebut. Ia ditemui di banyak tempat sejak kelmarin di Permatang Pauh. Dan, hari ini ia nampaknya berterbangan ke bangunan Parlimen di ibu negara. Kempen nampaknya mencakupi Kuala Lumpur sekali. Pakatan Rakyat mengedarkan buku kecil bertajuk "Minyak: Ke Mana Wang Dilarikan?" Ia ditulis oleh Husam Musa dan Syed Azidi Aziz. Setebal 76 halaman, diedarkan sebagai kempen. Penerbitannya bertarikh 5 Julai, bermakna telah dikeluarkan lebih awal sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh. Beg pula sudah mula penuh dengan risalah, edaran, kad pos dan lain-lain. Semakin hari semakin banyak bahan terbitan rasmi dan tidak rasmi dikeluarkan. Masing-masing cuba menghentam dan mengkritik calon lain. Salah satunya menerangkan pasal sumpah - ia dikaitkan dengan tindakan Saiful bersumpah minggu lepas. Difahamkan dalam beberapa hari ini akan ada beberapa keputusan penyokong parti keluar parti. Malam ini dijangkakan penyokong PKR akan keluar menyertai Umno manakala hujung minggu ini sekumpulan ahli Umno Bahagian Rembau akan menyertai PKR. Di sebalik ini, laporan Bernama menyebut, sehingga hari ini polis menganggarkan kira-kira 30,000 penyokong dari luar kawasan itu sudah berada di Permatang Pauh. Sudah tentu jumlah ini akan bertambah menjelang hujung minggu. Kehadiran mereka mudah dirasai penduduk tempatan apabila kumpulan-kumpulan penyokong membanjiri restoran nasi kandar dan warung-warung makan di sekitar Permatang Pauh terutama di bandar Seberang Jaya. Pun begitu, Pegawai Perhubungan Media Pilihan Raya Kecil itu, Supt. Shaharon Anuar Abdul Latif memberitahu bahawa polis memandang serius perkara ini kerana dikhuatiri menimbulkan suasana tegang antara penyokong kedua-dua parti. Malam ini juga Arif Shah dan Anwar dijadual menghadiri majlis makan malam disertai pelbagai kaum khususnya India dan Cina - sebahagian daripada penentu kemenangan calon yang bertanding. Malam tadi Anwar menyampaikan ceramah perdana, yang berakhir selepas pukul 12 tengah lama di kawasan penyokong PAS. Nama tempatnya Kg. Pertama, kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli PAS. Ingat di Jalan Permatang Nibong. Kadang-kadang nak cari tempat pun susah. Tapi di Permatang Pauh, usaha mencari lokasi lebih mudah pada waktu malam daripada siang. Ini kerana akan ada jurupandu yang memberikan isyarat tempat berkempen. Kedua ramai orang berkumpul. Dan ketiga kawasan berkempen khususnya yang libatkan Pakatan Rakyat ini macam pasar malam. Ada banyak gerai yang jual macam-macam benda. Nak cari makan pun senang, nak cari bahan kempen OK! Daripada makanan hinggalah bahan ceramah lepas-lepas, semuanya ada. Jadi, kita sebagai pemberita tidak akan tercicir daripada sampai ke lokasi. Saya banyak kali sesat waktu siang banding waktu malam. Di situ, Anwar berucap malam tadi sentuh banyak hal yang bersifat nasional, yang telah disentuh di lokasi-lokasi lain. Tetapi masih menekankan berpeluang ke Putrajaya. Penceramah jemputan majlis itu sebelum Anwar berucap Pakatan Rakyat sudah ada 50 kerusi "wakil rakyat BN" yang akan menyertai pembangkang untuk membentuk kerajaan. Padang umum yang bersaiz sederhana itu dibanjiri peminat, penyokong dan orang sekitar. Masih tertanya-tanya bagaimana hendak terjemahkan jumlah yang hadir dalam bentukn sokongan. Masih terlalu awal? Beberapa penyokong yang ditemui berkata mereka yakin Anwar akan mendapat majoriti lebih besar kali ini berbanding 13,000. Kata mereka, mereka mahu majoriti lebih besar untuk menjadikan Anwar pemimpin baru. Sebelum Anwar berucap di sana, beliau menyampaikan ucapan di Seberang Jaya - lokasinya kira-kira 200 meter dari Gelenggang Bola Keranjang - tempat di mana wira badminton negara, Lee Chong Wei diraikan dan menerima cek ganjaran RM300,000 daripada Timbalan Perdana Menteri. Chong Wei sekali lagi mendapat perhatian dan tumpuan ramai, sehingga ada yang beranggapan sama da Chong Wei ataupun Arif Shah yang bertanding. Arif Shah yang fasih dalam bahasa Mandarin menggunakan ruang itu untuk berkempen dengan ditemani beberapa menteri Kabinet lain. Nampak gaya Permatang Pauh semakin ramai pengunjung luar. Tapi harga makanan masih terkawal. Kopi dihidangkan dalam cawan "China" masih 50 sen. Malam ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang berada hampir setiap malam tidak hadir. Sebaliknya calon BN diberikan semangat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beberapa pemimpin Sabah juga hadir sambil memberi laungan bahawa mereka akan kekal bersama BN, tidak sama sekali melompat ke Pakatan Rakyat. Hari Kelima (Rabu): Kempen fasa kedua, personaliti bertambah (Dikemas kini) SELEPAS Ezam Mohamad Nor yang disebut-sebut sebagai berpotensi bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh, satu lagi personaliti yang mendapat perhatian ialah Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Kedua-dua nama ini menjadi bahan sebutan dan popular dalam arena politik negara ini. Walaupun Saiful tidak terlibat secara langsung dalam kempen pilihan raya kecil tetapi dia digunakan dan terlibat bersama dalam kempen pilihan raya secara bersama. Nama Saiful menjadi sebutan hampir setiap hari sehingga kini - kempen masuk hari kelima. Hari ini satu lagi nama baru muncul iaitu pemain badminton nombor satu negara - Lee Chong Wei yang baru-baru ini mengharumkan nama negara dalam Sukan Olimpik Beijing. Pukul 5.30 petang tadi, Chong Wei, yang nampak pemalu menemui penduduk kampung halamannya. Dia ditemukan dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Wira Malaysia Saudara Lee Chong Wei. Dia yang dilahirkan di Parit Buntar, Perak menetap di Bukit Mertajam. Malah pada satu ketika dia akan terkejut apabila dikerumuni kumpulan peminat yang terlalu besar, yang berpusu-pusu untuk mendapatkan autograf dan bergambar bersama. Acara yang turut menarik perhatian ramai ialah majlis penyerahan cek ganjaran kemenangan kepada pemain badminton Lee Chong Wei di Gelanggang Bola Keranjang, Jalan Tenggiri, Seberang Jaya. Kenangan manis Olimpik Beijing diikatkan dengan kempen politik pilihan raya. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pagi ini mengumumkan pemain badminton ini akan dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk, pada 30 Ogos ini. Rata-rata calon-calon yang bertanding menggunakan keadaan cuaca yang baik, walaupun panas terik, pada sebelah pagi dengan sebaik yang mungkin untuk mendekati penduduk tempatan. Sejak pukul 2.30 petang tadi keadaan agak mendung, menanti hujan turun di Permatang Pauh. Aspek yang perlu ditekankan hari ini, memandangkan kempen masuk hari kelima hari ini, momentum kempen juga sudah mula dirasai. Bolehkan dikatakan bahawa calon-calon yang bertanding memasuki peringkat atau fasa kedua kempen. Selepas menemui pengundi di Pekan Penanti, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan bekas Exco Pulau Pinang, Dr. Toh Kim Woon yang keluar Gerakan kelmarin. Pertemuan diadakan di Pusat Operasi PKR Permatang Pauh. Turut hadir ialah Dr. Tan Yee Kew, bekas Ahli Parlimen Klang, Selangor dan Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MCA. Toh berkata, beliau tidak mengkhianati Gerakan tetapi menyokong agenda yang dibawa oleh Anwar. Anwar menawarkan Toh jawatan penasihat tetapi beliau dengan rendah diri "menolak tawaran itu." "Minta maaf Datuk Seri," kata Toh. Anwar membalas dengan berkata, beliau menghormati prinsip dan pendirian itu dan tidak perlu ada formaliti dalam bertindak sebagai penasihat serta mahu berkhidmat dalam memberikan khidmat nasihat. Sehingga kini pemimpin tertinggi PAS kecuali Datuk Nik Aziz Nik Mat belum kelihatan dalam membentu kempen Anwar. Anwar ketika ditanya mengenainya memaklumkan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan berada di Permatang Pauh Jumaat ini. Arif Shah masih berkempen secara sederhana dari satu kawasan ke kawasan lain. Bilangan mereka yang mengiringi beliau tidak banyak - kebanyakannya ahli keluarga berbanding kumpulan Pakatan Rakyat. Arif Shah tidak menggunakan jadual program rasmi sebaliknya hadir bersama dalam program-program rasmi pemimpin peringkat persekutuan. Dalam ucapan kempennya Arif Shah tidak mengkritik peribadi calon lain, dan para malah penyokong Anwar sendiri menghormati dan menganggap Arif Shah sebagai pemimpin mesra dan disenangi rakyat. Di sebalik kempen oleh dua calon 'gergasi' - Anwar dan Datuk Arif Shah Omar Shah, wartawan masih menanti kempen calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat. Calom AKIM ini telah memulakan kempennya secara rasmi petang ini. Hanafi dan beberapa pembantunya petang tadi giat memasang kain rentang dan mengedarkan posternya kepada orang ramai di kawasan Bukit Tengah. Hanafi, Presiden AKIM, kumpulan serpihan PAS, memperjuangkan slogan Perpaduan Kesejahteraan Ummah. Malam ini Anwar akan mengadakan tiga ceramah termasuk dua ceramah umum di Pasti Kubang Ulu, Penanti; Kampung Samagagah, Permatang Pasir dan Markas Kampung Pertama, Jalan Permatang Nibong, Seberang Jaya. Hari Keempat (Selasa): Cuaca panas, kempen mula hangat (Dikemasi kini) BERBANDING sepanjang hari semalam, cuaca di Pulau Pinang pagi ini agak 'mesra' bagi membolehkan parti-parti politik berkempen dengan lancar. Cuaca hari sama seperti suasana yang dirasai pada hari penamaan calon - panas terik disusuli dengan hujan selepas tengah hari ini. Setengah tengah hari tadi tiada hujan. Kedua-dua calon utama memulakan kempen mereka sejak pukul 9 pagi tadi. Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan kempennya di Pusat Perniagaan Taman Ciku, Permatang Pasir. Selepas berada di kawasan itu kira-kira sejam lebih, beliau menuju ke Seberang Jaya untuk melancarkan tema kempennya "Merdeka" di kawasan deretan bangunan kedai, berhadapan dengan pusat membeli-belah Sunway Carnival Mall kira-kira pukul 11 pagi. Menurut jurucakap PKR, tema itu sepatutnya dilancarkan hujung minggu lalu tetapi ditangguhkan sehingga ke pagi ini. Langkah ini dipercayai bagi memfokuskan kempen pilihan raya Anwar selepas ini dan mengelak fokus keterlaluan ke atas isu bersumpah Saiful. Nampak gaya sidang media juga terpaksa diadakan di kawasan terbuka dengan panas terik - apa lagi jam menunjukkan pukul 12.15 tengah hari. Lazimnya taklimat media diadakan di Pusat Operasi Utamanya setiap 11 pagi. Isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan tetap bersenyum sambil menggunakan kipas tangan untuk 'mencari kesejukan' - bukan sahaja bagi dirinya, malah untuk suaminya dan wartawan yang berada dekat dengan meja sidang media. Apa pun di sebalik majlis yang diadakan di kawasan terbuka, dalam juga mengharungi panas terik, para pengunjung tetap tertarik dengan tiga buah kenderaan pacuan empat roda, yang dilekatkan dengan pelbagai poster dan wajah-wajah pemimpin dunia bagi menampakkan bahawa Anwar merupakan seorang pemimpin global dan hubungannya dengan pemimpin dunia. Ia mungkin menarik perhatian kerana semalam Gus Dur, bekas Presiden Indonesia berada di Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan moral kepada Anwar, rakan lamanya. Menurut pegawai jentera pilihan raya, hari ini jumlah acara bagi Anwar dikurangkan sedikit. Biasanya beliau menghadiri 10 hingga 15 acara sehari sebagaimana diminta oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat. Selepas majlis pelancaran Anwar ke Pusat Operasi Utamanya untuk menguruskan perkara-perkara lain sebelum meneruskan kempen pukul 5 petang. Dalam pada itu, Datuk Arif Shah Omar Shah pula memulakan kempennya di Bandar Perda. Beliau juga mengunjungi upacara pengebumian di Kg. Petani dan disusuli kunjungan ke Sg. Lembu, kawasan yang majoritinya masyarakat Cina. Kg. Petani di Permatang Pasir dilawati oleh Anwar semalam. Ia merupakan kubu PAS. Kemungkinan pendekatan yang berupa begitu, Arif Shah masih belum menonjol dalam kempennya tetapi tetapi mesra dengan ditemani ahli-ahli keluarganya. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berada di sini malam ini untuk meneruskan kempen hari keempat dengan mengunjungi empat tempat malam ini - satu menemui masyarakat Cina di Kg. Sungai Lembu - ia sebuah kampung baru yang ditubuhkan lima dekad yang lalu. Walaupun beliau tiba lewa sejam, penduduk tetap menunggu beliau sehingga 10.10 malam. Lawatan beliau menyusul ke Bilik Gerakan BN Tanah Liat, Permatang Pasir dan kemudian ke Majlis Ramah Mesra Seni Bela Diri Negara (Masil) di Permatang Janggus. Najib tetap mengakui bahawa jumlah kehadiran tidak seharusnya menjadi pengukur kekuatan dan sokongan undi pada Selasa ini. Ketika tiba di Permatang Janggus, kereta beliau berselisih dengan kenderaan dinaiki Anwar yang turut berceramah selang 100 meter dari lokasi majlis Masil. Nampak gaya, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri semasa 'bertemu' tanpa bersemuka. Pekerja-pekerja PAS yang mula menurun ke Permatang Pauh semalam - sehari selepas berakhirnya Muktamar PAS di Ipoh, menggerakkan jentera mereka. Kenderaan bergerak dengan fungsi hebahan maklumat mula kelihatan di jalan-jalan raya di kawasan Seberang Jaya. Bagaimanapun hari ini wartawan mengharapkan kemunculan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat di Permatang Pauh untuk mendengar ceramah kempen beliau. Beliau yang dihubungi memaklumkan bahawa akan berada di sini malam ini. Difahamkan kempen agresif akan bermula hari ini dengan poster-poster peribadi kedua-dua calon akan dinaikkan hari ini. Di beberapa kawasan poster peribadi sudah dinaikkan malam tadi. Kemungkinan kempen agresif boleh dijangkakan bermula hari dan kempen akan disuntik kerancakan. Hari Ketiga (Isnin): Kempen pagi terjejas kerana hujan SUASANA siang hari masih tidak rancak dan agresif yang diharapkan. Keadaan diburukkan lagi dengan hujan yang turun sejak awal pagi. Bagaimanapun seperti semalam dua calon 'utama' telah memulakan kempen sejak awal pagi. Wartawan yang membuat liputan pilihan raya kecil masih menunggu kemunculan calon AKIM, Hanafi Mamat yang menyatakan bahawa beliau akan berada di Permatang Pauh esok. bahagian pulau hujan lebat tetapi tidak di kawasan Permatang Pauh. Cuaca yang terang dan tenang diingat akan berterusan untuk memudahkan pergerakan mencari berita. Tetapi sangkaan agak meleset. |
|
Saturday, August 23, 2008
Jalan-jalan Permatang Pauh
0 comments Labels: mstar online, Permatang Pauh
Nik Aziz ragui sumpah Saiful
Malaysiakini |
Aug 22, 08 7:45pm |
Mursyidul Am PAS tidak mempercayai sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sentiasa yakin penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikaitkan dengan tuduhan meliwat, menjadi mangsa konspirasi politik. "Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. "Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan," kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam rayuannya kepada pengundi pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan membuat keputusan 26 Ogos ini. "Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini." Sikap ini "harus lantang dan konsisten" hingga hari membuang undi, Selasa depan, tambahnya. Nik Abdul Aziz yang sering sakit-sakit kebelakangan ini dimasukkan ke hospital awal minggu ini. Menyedari pilihanraya kecil itu sangat sengit sejak hari penamaan calon 16 Ogos lalu, menteri besar Kelantan berkata BN melalui calonnya Datuk Arif Shah Omar Shah sedaya-upaya menewaskan Anwar agar menghalang "Pakatan Rakyat maju mara ke Putrajaya." Hanafi Hamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) turut menyertai persaingan dalam pilihanraya kecil itu. Untuk menyekat langkah Anwar, tambah Nik Abdul Aziz, BN sanggup mengulangi pertuduhan yang sama kepada bekas tokoh utama negara itu. "Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. "Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya," katanya. Nik Abdul Aziz berkata lagi, kemenangan mantan timbalan perdana menteri itu bagi "membetulkan landasan supaya negara ini selamat daripada ancaman kegelinciran iman, akidah dan taqwa kepada Allah." Selain itu, kata tokoh kanan PAS itu, kejayaan penasihat PKR itu juga membolehkan beliau "meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekali gus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar." |
0 comments Labels: malaysiakini, sepol bodo, sumpah, TGNA
Arif Shah wajar dibatalkan pencalonannya: Sogok RM500 kepada penduduk Permatang Pauh upah sebagai perisik
PERMATANG PAUH, 23 OGOS (SK)- KeADILan akan melaporkan salahlaku calon BN Arif Shah Omar Shah yang telah menagkui bahawa beliau menggunakan wang untuk membayar kepada bukan petugas kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, di sini.
Naib Presdien KeADILan, Sivarasa Rasiah dalam satu sidang media yang diadakan di Bangunan Yayasan Aman, di Penanti pagi tadi berkata jelas sekali Arif Shah dan jentera pihanraya UMNO-BN telah melakukan kesalahan di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.
“Arif Shah mungkin tidak dapat menafikan kononya jentera pilihan rayanya yang bayar bagi pihaknya untuk membayar sebegitu bayak orang untuk mendapatkan maklumat.
KeADILan akan melaporkan perkara berkenaan perkara tersebut kepada MAFREL dan Suruhanjaya Pilihan raya ( SPR) dalam masa terdekat, katany lagi.
Dalam satu temubual dengan akhbar Sin Chew Daily pada 22 Ogos lalu, Arif telah mengaku bahawa beliau membayar sehingga RM500 kepada penduduk tempatan bagi membantu beliau di dalam kempen pilihan raya.
Media berkenaan melaporkan Arif sebagai berkata wang berkenaan adalah sebagai upah bagi mereka untuk menjadi ‘perisik’ bagi mendapatkan maklumat mengenai jentera pilihan raya Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang penduduk tempatan berkaitan pengakuan Arif dalam laporan akhbar berkenaan.
Penduduk tempatan berkenaan, Abu Bakar CK Mohamed dari Prai, Pulau Pinang telah membuat laporan terhadap salah laku Arif Shah
Menurut laporan polis yang dibuat oleh Abu Bakar, membayar upah pekerja pilihanraya selain daripada yang dibenarkan oleh Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 terutama sekali Seksyen 21 Akta tersebut yang dengan jelas melarang membayar seseorang bagi tujuan memancing undi.
Dalam laporan berkenaan, beliau menambah perbuatan tersebut juga terjumlah kepada kesalahan penyogokan seperti yang dilarang di bawah Seksen 10 Akta yang sama boleh menyebabkan kelayakan calon BN bertanding dilucutkan.
Sehubungan itu, lapornya beliau selaku pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh membuat laporan ini agar sesuatu siasatan dibuat dengan kadar segera bagi menjamin integriti Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.
0 comments Labels: Permatang Pauh, suara keadilan, tolak BN
Abdullah, Najib main isu liwat untuk sekat saya - Anwar
Harakahdaily Fri | Aug 22, 08 | 10:10:54 am MYT | |
Seluruh dunia menghalakan fokus ke Permatang Pauh. Melihat dan meninjau pilihan raya kecil yang bakal mengubah lanskap politik di negara ini. Tidak hairanlah Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bersungguh sungguh mengekang kemaraan Anwar. Ikuti wawancara eksklusif WAN NORDIN WAN YAAKOB, AZAMIN AMIN serta MOHD SABRI SAID dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga calon KeADILan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh di Yayasan Aman Permatang Pauh, pada 19 Ogos lalu. HARAKAH: Buat pertama kalinya selepas sekatan politik yang dikenakan berakhir, Dato' Seri boleh menyertai pilihan raya kecil. Walaupun Umno cuba gagalkan penyertaan Dato' Seri dengan isu-isu liwat dan percubaan menahan Dato' Seri, bagaimana situasi ini dihadapi? ANWAR: Alhamdulillah, walaupun tekanan kuat dan muslihat Umno untuk menghalang saya dengan apa cara juga ternyata kita dapat lepas dari keadaan ini. Saya dapat bantuan dari sahabat-sahabat dan saya sangat bernasib baik kerana berkat doa sahabat-sahabat untuk meneruskan perjuangan dan saya sangat bernasib baik dengan kerjasama Pakatan Raayat walaupunkita difitnah tetapi kita terus bersama dan dengar bekerja dengan penuh komitmen dan keazaman. Bagaimana Dato' Seri melihat sambutan terhadap siri kempen setakat ini? Umumnya sangat baik kerana jentera kita berkesan, jentera KeADILan dan PAS di Kawasan Melayu sangat kuat di Penang. Malah Kedah dan Kelantan turut membantu dengan sepenuhnya dan di beberapa kawasan seperti Seberang Jaya. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan kerjasama dan sokongan yang cukup kuat. Namun masalahnya kita bimbang dengan tindakan pihak lawan yang mengambil salinan kad pengenalan (MyKad) para pengundi di sini yang sudah merebak dan kita curigai motif mereka. Kita akan laporkan kepada kepada SPR selain membuat laporan polis.(Dato' Seri Anwar, tenang berbicara - gambar) Kita juga minta provokasi ke atas anak-anak muda dapat dibendung dan kita harapkan dapat dikawal. Seterusnya semasa kempen saya didatangi pemimpin-pemimpin Umno tempatan yang mengingatkan saya supaya berhati-hati dengan strategi jentera Umno akan masuk ke rumah untukmenabur wang. Sampai begitu sekali kempen yang mereka jalankan. Kita lihat isu liwat dan pengakuan sumpah laknat Saiful Bukhari dimainkan di Permatang Pauh walaupun Saiful sendiri kata kononnya isu ini bukan kerana politik, apa pandangan Dato' Seri? Ini memang isu politik yang dirancang begitu rupa sebaik sahaja saya ambil keputusan nak bertanding. Kes di bawa ke mahkamah sehari selepas pengumuman SPR, sumpah Saiful pula seharisebelum hari penamaan calon. Saya percaya beberapa hari lagi sepanjang kempen Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak akan tentu mainkan isu itu sebagai isu besar mereka. Sekarang ini Najib muncul seolah-olah macam ahli agama cakap seperti seorang agamawan walaupun, berbeza dengan ulama lain, baik Mufti-mufti, baik Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat atau Yusuf Qardhawi atau ulamak-ulamak lain. Pandangan dia (Najib) seolah-olah macam dia sebagai jaguh dalam agama dan nampak macam nak kepada Islam. Kita nampak ini satu politik. Namun saya juga pergi ke beberapa tempat di kampung-kampung. Nampaknya penduduk tak nak isu (liwat dan akuan sumpah Saiful) ini tetapi mahu kepada isu agenda pembaharuan yang kita bawa sebab Permatang Pauh ini 10 tahun telah dihumban daripada arus pembangunan oleh kerajaan BN yang lalu. Saya juga diasak dengan propaganda dengan VCD pengakuan sumpah Sukma Dermawan dan Dr Munawar Anees, berhubung isu dahulu. Ini semua dimainkan semula dan diedar kepada lebih 50,000 rumah pengundi di sini walaupun dalam isu ini semua pengakuan tersebut pengakunya telah menarik semula akuan mereka. Ini masih dimainkan. Dan kempen mereka cukup lucah dan menghina serta mengata orang. Budaya fitnah ini sudah menjadi budaya Umno. Walaupun ramai di kalangan orang Umno di sini kurang minat dengan penggunaan isu ini. Tiba-tiba Akta DNA dibawa ke Parlimen pula. Ini langkah yang sama dalam perancangan mereka (Umno). Tetapi saya tak mahu ditarik untuk beri komentar tentang isu-isu ini. Mereka bicarasoal 'rules of law'. Siapa yang percaya dengan 'rules of law' di negara ini? Siapa yang yakin? Kes bunuh, kes Altantuya, kes rasuah ratusan juta, kes hilangnya dadah di balai polis dan siapa yang nak sebut kes ini? Ini tidak pula dimainkan media arus perdana. Isu perpaduan dan hak Melayu diungkit semula, kononnya kalau Anwar menang, Melayu akan susah di Penang kerana Penang ditadbir DAP. Apa pandangan Dato' Seri? Melayu miskin. Bahasa Melayu direndahkan martabatnya. Agama Islam direndahkan dan penghayatannya tidak berjalan. Maksiat berkembang, jenayah bertambah, rasuah merebak,pemimpin Umno kaya melimpah, rakyat pula terabai. Ini semua siapa yang buat? Sepatutnya pemimpin Umno kena tanya diri mereka sendiri. Mereka penuh kuasa melimpah kekayaan ini. Dia nak salahkan siapa lagi. (Anwar ditemuramah Wan Nordin (kanan) dan Azamin - Gambar) Saya nak tegaskan bahawa kita di Pakatan Rakyat telah menetapkan agenda yang cukup jelas,dan soal kedudukan Melayu dan martabat Islam tak pernah keluar daripada kerangka kita. Yang kita tekankan untuk menjamin keadilan kepada semua. Kita usaha angkat Melayu dan tinggikan martabat Islam tanpa bermaksud untuk pinggirkan kaum dan agama penganut lain. Umno pula sebaliknya gunakan kedudukan Melayu untuk hanya perkayakan diri mereka. Kontrak kerajaan berapa banyak dianugerah kepada anak menantu, keluarga dan kroni. Saham bumiputera pula puluhan juta ringgit diagihkan kepada sanak saudara mereka untuk memperkayakan mereka. Mereka memainkan kononnya kini Ketua Menteri Pulau Pinang ini Cina DAP. Tetapi sedarkah mereka bahawa selama ini pun Ketua Menteri Penang Cina? Lima bulan di Pulau Pinang apa yang dilakukan kerajaan negeri? Adakah rugikan Melayu? Kerajaan negeri telah luluskan peruntukan dalam soal mengimarahkan masjid dan tingkatkan mutu serta elaun guru Kafa. Kerajaan negeri ini juga menjalankan program membasmi kemiskinan termasuk kepada majoriti Melayu yang miskin tegar di sini tanpa kesampingkan orang Cina dan India. Komen Dato' Seri terhadap kenyataan tegas Presiden PAS yang akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat? Media Umno tentunya akan perbesarkan pandangan yang akan berlaku dalam kongres KeADILan dan DAP kerana KeADILan di Kedah dan Perak mungkin ada rasa tidak puas hati dengan kerajaan di sana, seperti juga PAS di Pulau Pinang yang tidak puas hati kepada kerajaan negeri. Ini soal biasa yang bukan isu besar yang boleh sebabkan ketegangan. Namun, ini dilaporkan oleh media arus perdana untuk mencetus kemelut kononnya. Isu ini sebenarnya isu yang boleh dirundingkan dan pandangan mereka yang tidak berpuas hati itu hanyalah sekadar pandangan mereka dan ini bukanlah mewakili parti secara keseluruhannya. Soal adanya kritikan dalam muktamar baru-baru ini, itu terpulang kepada kebijaksanaan pimpinan parti dalam Pakatan dan saya lihat cuma ada kekeliruan. Itu sebab ada kerja fitnah akhbar arus perdana, mereka besarkan isu itu. Di Permatang Pauh ini sendiri, sebenarnya mereka fitnah kononnya PAS tidak membantu kempen sedangkan kalau tengok jentera bantuan ketara sekali dan kerjasama PAS cukup baik. Dalam satu majlis baru-baru ini, ramai pemimpin PAS datang. Takkan mereka ini dah tukar parti. Saya kata kepada pemimpin Umno bahawa inilah sokongan yang PAS berikan. Tetapi ini tak dilaporkan media. Kalau tengok bahawa Nik Aziz telah memberi penegasan terhadap sokongan kepada Pakatan Rakyat di sini dan datang pada hari penamaan calon. Selain itu kalau dengar doa Ketua Dewan Ulamak, Ustaz Mohd Daud Iraqi, dia berdoa sangat kuat supaya kerjasama dalam Pakatan semakin kukuh. Ini satu 'signal' yang jelas bagisaya. Cara mereka hormati kami dalam muktamar cukup baik tetapi media tak perbesarkan. Seruan dan harapan Dato' Seri kepada pengundi? Mereka adalah sebagai keluarga, sahabat dan rakan-rakan saya sejak sekian lama. Bila saya terperpenjara mereka tetap setia kepada saya. Mereka beri laluan kepada Azizah (Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail). Justeru, saya menaruh keyakinan mereka akan terus bersama mendukung agenda Pakatan Rakyat. Mereka ini sahut seruan kita supaya untuk kemerdekaan iaitu kebebasan minda, ekonomi yang selama ini dicengkam golongan kaya Umno. Saya harap pengundi menyokong kerana rakyat Malaysia mengharapkan Permatang Pauh memberi lonjakan baru kepada agenda Pakatan Rakyat memulihkan sistem pentadbiran kerajaan yang dirosakkan Umno-BN. Saya harap mudah-mudahan mereka menggunakan peluang ini untuk perubahan dengan memberi sokongan kepada kita. - mr_ |
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily, wawancara
Mafrel: 83 pengundi dalam satu rumah!
Malaysiakini |
Muda Mohd Noor | Aug 22, 08 4:23pm |
Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), sebuah badan pemerhati pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), mengesan beberapa rumah kampung di Permatang Pauh yang mempunyai jumlah pengundi yang tidak munasabah. Sebuah rumah di Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya, umpamanya, mempunyai 83 pengundi berdaftar di kalangan lelaki keturunan India dan India Muslim. Penyelaras Mafrel Wilayah Utara, Ong Boon Keong berkata, pihaknya juga mengesan ada rumah yang mempunyai lebih 60 pengundi. "Itu yang Mafrel kesan daripada 50 rumah yang diperiksa setakat ini," katanya dalam sidang media di Seberang Jaya hari ini. Semalam, Pengarah Strategi PKR, Saifudin Nasution Ismail mendakwa 26 nama pemilih telah dikeluar oleh SPR tanpa sebarang pameran awam. Mengulas perkara ini, Ong berkata, angka sebenar yang hilang itu ialah 25 orang dan ini menimbulkan tandatanya kerana tidak mengetahui puncanya. 700 pengundi tidak dikenali "SPR pula tidak menjelaskan mengenai perkara ini. Bulan Jun lalu, senarai itu masih ada tetapi kini sudah hilang. "Adakah mereka telah mati dalam tempoh sebulan ini," katanya lagi. Sementara itu bercakap dalam sidang media yang sama, penyelaras Mafrel, Jamaluddin Abdullah berkata, pihaknya mengesan kira-kira 700 pengundi yang tidak dikenali. Katanya, ada satu kawasan penempatan penduduk yang mempunyai 20 rumah di mana terdapat sekurang-kurangnya dua pengundi baru pada setiap rumah. "Beberapa keluarga di kawasan perumahan di Seberang Jaya pula mendakwa alamat rumah mereka telah didaftarkan dengan pengundi baru yang mereka tidak mengenalinya," katanya. Ketika ditanya mengenai pengundi hantu, Jamaluddin berkata, sehingga ini pihak belum mengesan kehadiran mereka. >>> Lihat video di sini |
0 comments Labels: malaysiakini, pengundi hantu, Permatang Pauh
Majoriti Anwar sekitar 15,000? Calon BN kata ia angka "mustahil"
Mstar Online
23-08-2008 07:32:34 PM
Oleh G. MANIMARAN
(Fokus Berita) PERMATANG PAUH: Selepas kempen selama hari dan hanya tinggal dua hari sebelum melangkah ke pusat pengundian Selasa ini, pelbagai pihak sudah mula bercakap mengenai siapa yang bakal dimahkotakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh?
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merampas semula kerusi yang pernah disandangnya dari 1982 hingga 1999? Ataupun muka baru tetapi orang lama Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah akan dipilih sebagai wakil rakyat yang baru?
Ataupun bukan kedua-dua mereka. Sebaliknya calon ketiga - Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat pula mengisi kekosongan yang wujud?
Di atas kertas Anwar dan Arif nampak sama hebat, sekali gus tidak menganggap Hanafi atau yang turut dikenali sebagai "Haji Pi" dalam poster kempennya bakal menggemparkan Permatang Pauh.
Jika mengambil kira Anwar dan Arif semata-mata siapa yang bakal menang? Jika salah seorang daripada mereka menang, apakah majoritinya?
Risikan mStar Online menunjukkan sehingga kini kelebihan masih memihak kepada Anwar.
Ini turut diakui oleh pegawai jentera pilihan raya Anwar yang dihubungi malam tadi dan perkembangan sambutan kunjungan ceramah-ceramah dihadiri Anwar.
Semalam seorang pegawai kanannya mengatakan bahawa Anwar boleh menang dengan kelebihan 15,000 undi.
Hari ini anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi memberitahu, penilaian awal sehingga malam tadi menunjukkan Anwar sepatutnya menang dengan majoriti lebih besar berbanding keputusan 8 Mac lalu.
"Kami menjangkakan akan memperoleh majoriti lebih besar daripada pilihan raya umum lalu, sedikit lebih besar daripada majoriti Mac lalu.
"Tetapi perlu diakui bahawa wujud pelbagai taktik kotor dan penipuan sejak beberapa hari lalu. Ini antara kemungkinan yang boleh menjejaskan majoriti besar yang diharapkan," katanya.
------------------------------------------------------------------------------
Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 kerusi Permatang Pauh (8 Mac)
Wan Azizah Wan Ismail (PKR): 30,338
Pirdaus Ismail (BN - Umno): 16,950
Majoriti: 13,388
Keluar mengundi: 47,442 (81.2%)
Undi rosak: 110
Pemilih: 58,449
------------------------------------------------------------------------------
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah apabila dianjukan penilaian PKR itu berkata: "Saya tidak fikir begitu."
Mengapa?
Kata beliau, kini sokongan kepada beliau dan BN sedang melalui arah aliran peningkatan.
"Kini sokongan kepada saya sudah melepasi 41 peratus walaupun beberapa hari yang lalu ada penurunan sedikit dan saya pasti ia akan meningkat dalam sehari dua ini, tidak mustahil untuk memperoleh lebih 50 peratus," kata beliau ketika ditemui di kediaman beliau pagi tadi.
Setiausaha Badan Perhubungan PKR Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim berkata, "kami tidak bercakap mengenai angka (tahap peratusan), tetapi campur tolak kemungkinan akan memperoleh majoriti yang baik (berbanding 8 Mac)."
mStar Online difahamkan sasaran awal PKR ialah memperoleh majoriti 20,000 undi.
"Bagaimanapun berdasarkan perkembangan-perkembangan semasa (pengumuman janji dan insentif serta isu politik baru), kami menjangkakan banyak lagi kejutan (akan muncul)," kata beliau yang merujuk kejutan-kejutan itu kemungkinan boleh mengurangkan majoriti.
Tiga hari lalu Anwar ketika memulakan kempen hari kelima berkata, beliau terdorong dengan sokongan yang diberikan di kerusi Permatang Pauh tetapi enggan menyebut mengenai soal peratusan yang bakal diperoleh.
Parlimen bahagian Permatang Pauh terdiri daripada 58,459 pemilih iaitu 40,619 orang atau 69.49% merupakan pengundi Melayu, Cina (14,360; 24.56%), India (3,390; 5.79%) dan lain-lain (280; 0.13%).
- Najib: BN punya peluang cerah menang di Permatang Pauh
- Najib pula bersumpah di Permatang Pauh, tidak kenal Altantuya
- PKR buat laporan Arif bayar bukan pekerja pilihan raya
0 comments Labels: DSAI, mstar online, Permatang Pauh, PRK
Penurunan 15 sen bukti harga minyak memang boleh diturunkan - Husam
Basiron Abdul Wahab Sat | Aug 23, 08 | 6:17:29 pm MYT | |
JERANTUT 23 Ogos (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa berkata, penurunan harga petrol dan disel berkuat kuasa hari ini membuktikan bahawa harga bahan itu boleh diturunkan. Beliau berkata, penurunan harga bahan api itu menyanggah kenyataan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad sabery Chik ketika berdebat dengan Dato Seri Anwar 15 Julai lalu kononnya harga minyak tidak boleh diturunkan kerana akan menjejaskan pendapatan negara. Katanya, beliau pernah meminta kerajaan bersabar supaya jangan manaikkan harga minyak secara drastik dan tergesa-gesa dahulu, tetapi kerajaan Barisan Nasional pimpinan Abdullah Badawi berkeras dan menaikkan harga bahan itu. Katanya akibat Kenaikan harga minyak menyebabkan negara mengalami kadar inflasi tertinggi sejak lebih 20 tahun lalu dan kini kerajaan terpaksa menelan balik kata-kata mereka sebelum ini. Beliau ditemui selepas merasmikan Ijtima Pilihan Raya PAS Pahang di Kompleks Tarbiyah Imam Syafie, dekat Temin Jerantut. Kelmarin, Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen daripada RM 2.70 kepada 2.55 sen seliter berkuat kuasa 23 Ogos 2008. Manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter. Harga bagi diesel pula diturunkan 8 sen, daripada RM2.58 kepada RM2.50 seliter. Penurunan harga bahan bakar itu, kata Husam membuktikan kenyataan bahawa harga minyak boleh diturunkan adalah benar. Ditanya mengenai cadangan kerajaan untuk menetapkan harga minyak setiap awal bulan, Husam berpendapat langkah itu sebagai tidak wajar dilakasanakan. Ini kerana katanya Malaysia adalah pengeluar minyak. Katanya menetapkan harga bahan itu berdasarkan harga pasaran dunia adalah tidak adil kepada rakyat. "Rakyat sepatutnya menikmati harga minyak yang lebih rendah kerana Malaysia negara pengeluar minyak, kita tidak sama dengan Singapura dan Thailand yang tidak mempunyai minyak," katanya. Katanya, negara-negara pengeluar minyak lain di dunia seperti Mesir (pengeluar minyak dengan kapisiti hampir sama dengan Malaysia) serta negara�negara lain mengenakan harga yang lebih rendah kepada rakyatnya berbading Malaysia. - mns_ |
0 comments Labels: Harakahdaily, harga minyak, Husam Musa
Harga minyak turun
Berita Harian
Oleh Ismail Mat, Abdul Razak Raaff, Haika Khazi dan Wan Faizal Ismayatim
bhnews@bharian.com.my
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 dan RON92 masing-masing 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter, manakala harga diesel sebanyak lapan sen kepada RM2.50 seliter, berkuat kuasa jam 12 tengah malam tadi semasa merasmikan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan , Pembungkusan dan Pengedaran (CCPC) Kenaf dan penghantaran pertama serbuk Kenaf ke Korea di CPPC Kenaf, Beris Lalang, Bachok, Kelantan, semalam. - Foto Fathil Asri |
RON97 RM2.55, RON92 RM2.40, diesel RM2.50 seliter
PUTRAJAYA: Kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 masing-masing 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter, manakala harga diesel sebanyak lapan sen kepada RM2.50 seliter, berkuat kuasa jam 12 tengah malam tadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam selaras penurunan harga minyak dunia sejak beberapa minggu lalu dan bagi mengimbangi kenaikan kadar inflasi.
"Jemaah Menteri hari ini mengambil keputusan mempercepatkan tarikh penguatkuasaan pelarasan harga baru petrol dan ia dibuat dengan mengambil kira harga sebenar daripada 1 hingga 21 Ogos lalu serta penetapan subsidi 30 sen seliter bagi kedua-dua RON97 dan RON92.
"Berdasarkan harga diesel RM2.50 seliter pula, subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk diesel ialah 50 sen seliter," katanya dalam kenyataan empat perenggan dikeluarkan pejabatnya, di sini petang semalam.
Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan berharap penurunan harga petrol dan diesel itu dapat membantu mengurangkan beban pengguna sekali gus meredakan tekanan inflasi, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Semalam, Jabatan Perangkaan mengumumkan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi angka tunjuk utama inflasi, meningkat kepada 8.5 peratus bagi bulan lalu, berbanding 7.7 peratus pada Jun dan 3.8 peratus sebulan sebelumnya.
Perdana Menteri berkata, keputusan menurunkan harga petrol dan diesel itu juga dibuat berdasarkan perkembangan ekonomi semasa negara.
Awal bulan lalu, kerajaan mengumumkan bahawa harga runcit petrol sehingga akhir tahun ini akan diselaraskan pada 1 hari bulan setiap bulan, berdasarkan purata bulanan harga minyak dunia dan penetapan subsidi sebanyak 30 sen seliter.
Bagaimanapun formula pelarasan itu hanya akan dilaksanakan jika harga runcit bagi petrol kurang daripada RM2.70 seliter. Sekiranya harga pasaran bagi petrol melebihi RM2.70 seliter, maka harga akan dikekalkan pada RM2.70 dengan kerajaan terpaksa menanggung subsidi lebih tinggi.
Pada 4 Jun lalu, harga runcit petrol dinaikkan 78 sen daripada RM1.92 kepada RM2.70 seliter manakala harga diesel meningkat RM1 daripada RM1.58 kepada RM2.58 seliter, sejajar penstrukturan semula subsidi minyak,
Sementara itu dalam sidang media di Bachok, Kelantan, Perdana Menteri menegaskan, tindakan kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel mulai hari ini, tiada kena mengena dengan kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Abdullah berkata, harga bahan bakar itu diturunkan untuk kepentingan seluruh rakyat negara ini, mengikut mekanisme yang ditetapkan selepas Kabinet berbincang mengenai penurunan harga minyak di pasaran dunia sebelum ini.
"Tiada kena mengena...Masa Kabinet berbincang pagi ini, Tan Sri Nor (Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan Kedua) maklumkan, harga minyak dunia yang turun sebelum ini mula mencatat kenaikan semula.
"Jika naik lagi lepas ini, tanpa kita buat apa-apa ketika harganya turun, akhir bulan nanti apabila buat purata, saya bimbang kita tidak dapat berikan pengurangan kepada rakyat. Tindakan itu pasti dipertikaikan nanti.
"Penurunan ini adalah untuk seluruh rakyat, bukan untuk Permatang Pauh. Kalau harga naik balik pun selepas ini, kita sudah tetapkan yang harga minyak tidak akan lebih RM2.70 seliter yang kita tetapkan sepanjang tahun ini," katanya selepas merasmikan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan, Pembungkusan dan Pengedaran (CPPC) Kenaf di Beris Lalang.
Abdullah berkata, walaupun harga minyak diturunkan mulai hari ini, kerajaan tetap akan menilai semula kadar itu pada 31 Ogos ini dan memberi jaminan harga akan dikurangkan lagi jika minyak dunia terus mencatatkan penurunan.
Katanya, pembayaran rebat tunai yang dibuat bagi meringankan beban pemilik kenderaan berikutan kenaikan harga minyak sebelum ini juga akan diteruskan sehingga Mac tahun depan, meskipun harga bahan bakar itu diturunkan.
"Saya yakin penurunan harga ini memberi faedah kepada rakyat. Pada peringkat ini, inflasi naik sehingga 8.5 peratus. Ini bermakna harga barang pun naik, jadi elok juga kita ambil tindakan (turunkan harga minyak) dan ia memang harapan banyak orang," katanya.
Beliau berkata, penurunan harga minyak itu dibuat berdasarkan subsidi 30 sen yang terpaksa ditanggung dan bukannya seperti janji pembangkang yang semata-mata untuk meraih sokongan rakyat tanpa memikir akibat lain.
Katanya, berikutan penurunan harga minyak itu juga, kerajaan mahu peniaga tidak bersikap tamak dengan turut berusaha menurunkan harga barang atau caj perkhidmatan yang dikenakan supaya manfaatnya dapat dikongsi bersama.
0 comments Labels: Berita Harian, harga minyak
DAP: Kami terima Anwar jadi PM
Malaysiakini |
Jimadie Shah Othman | Aug 23, 08 4:21pm |
DAP hari ini mengulangi pendirian dan kesedian parti itu menerima penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan komited bekerjasama dengan Pakatan Rakyat mempromosikan kerajaan yang cekap, bertanggungjawab dan telus (CAT). Ketika diminta mengulas jika PAS hendak menjadi 'kingmaker' dalam Pakatan, Lim berkata, kesefahaman bersama dalam gabungan itu tidak akan berubah. |
0 comments Labels: DAP, DSAI, malaysiakini