| Harakahdaily Ali Hashim |
| PULAU PINANG, 23 April: Tindakan Umno mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah satu perancangan yang telah dilakukan bagi tujuan untuk mematahkan usaha Anwar mendedahkan segala kebenaran yang jelas terbukti dijalinkan oleh kepimpinan negara dengan APCO Worldwide yang mempunyai hubungan dengan zionis Israel. Menurut Timbalan Pengerusi Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Sim Tze Tzin, apa yang direncanakan oleh Umno/BN untuk menyekat kebebasan yang ada pada Ketua Pembangkang. Katanya, ia juga bagi mengaburi mata rakyat seolah-olah Anwar berada di pihak yang salah walaupun pada hakikatnya kebenaran yang dibawa oleh Anwar itu adalah satu pendedahan yang jelas dan nyata. "Kita juga hairan dengan tindakan pemimpin BN yang begitu gentar dan takut apabila isu APCO Worldwide ini mendapat pendedahan yang meluas di kalangan rakyat,” ujarnya. Tambahnya, apa yang lebih menimbulkan keraguan kenapa mereka mesti melenting dan melatah sehinggakan membawa usul di Parlimen bagi menyekat kebebasan yang ada pada seseorang Ahli Parlimen mendedahkan keburukan demi kebaikan rakyat dan negara ini. Menurutnya, itu bukti jelas bahawa Umno dan BN adalah sebuah kerajaan yang tidak layak untuk menerima sokongan daripada rakyat negara ini bagi meneruskan pemerintahan dalam negara. “Sejajar dengan itu maka rakyat haruslah menolak Umno dan BN daripada terus menipu mereka dengan pelbagai akta dan sistem undang-undang yang tidak adil yang mereka ciptakan semata-mata untuk manfaat mereka sendiri," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas Dewan Rakyat yang meluluskan usul membawa Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, semalam. |
Friday, April 23, 2010
Heret Anwar takut terdedah APCO, Israel
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily, Israel, UMNO haprak
Friday, April 16, 2010
Anwar kecam kerajaan melutut kepada Amerika
| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR, 16 April: Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan BN seperti melutut kepada Amerika Syarikat apabila tidak tetap menyatakan pendirian berhubung isu penggunaan senjata nuklear. Tegasnya juga, tidak salah untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan Amerika Syarikat, namun bukan menjadi 'pak turut' kepada negara itu sehingga tidak berani menentang kezaliman yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap umat Islam. "Saya nak sebut untuk kita berbaik dengan Amerika tidak apa, tetapi untuk melutut dasar Amerika menentang Iran dan memusnahkan Afghanistan, itu pengkhianatan kepada umat Islam dan negara ini. Apa kenyataan Perdana Menteri dalam isu Iran? "Kalau kita katakan Iran tak berhak gunakan kekuatan nuklear untuk senjata munasabah tetapi mengapa Israel boleh, mengapa dia (Najib) tak berani menegur Israel dan melutut kepada Amerika Syarikat mengecam Iran di White House, tetapi tidak menegur Israel? "Pendirian Umno ini yang kita tentang. Di Afghanistan, kita ambil sikap keputusan Obama undur tentera kita setuju, tetapi keputusan menyerang Afghanistan dari awal kita tentang. Perdana menteri Malaysia kata akan hantar 'training' di Afghanistan, 'training' apa bila mana umat Islam dibunuh di Afghanistan? "Ini bezanya. Saya memang menghargai hubungan baik dengan Amerika tetapi tidak mengemis dan menjadi hamba abdi Amerika Syarikat," tegas beliau. Beliau berkata demikian sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di peringkat jawatankuasa (Kementerian Luar Negeri) di Dewan Rakyat semalam sebagai membidas kenyataan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang mendakwa beliau sangat berpengaruh di Amerika Syarikat disebabkan peranan media. "Oleh kerana nama saya disebut, satu kira ini satu penghormatan kerana disebut oleh Pasir Salak dan juga Kota Belud, dia berhempas pulas nak pertahankan Apco dan Israel. Dia dengan Rembau sekarang jadi jurucakap Apco. Paling malu bagi umat Islam, apabila orang Melayu Muslim bangun untuk mempertahankan Apco dan kepentingan Israel. "Saya tak pernah mengatakan saya berpengaruh di Amerika. Pendirian saya konsisten, kita pertahankan hubungan baik dengan semua negara termasuk Amerika Syarikat. Sebab itu saya tidak pernah berbohong kalau saya mengadakan pertemuan berkala dengan bekas Naib Presiden (Amerika) Al Gore sampai sekarang. "Bezanya pimpinan kerajaan hari ini untuk mendapat dokongan Amerika terpaksa bayar RM78 juta kepada Apco. Dulu bayar RM4 juta kepada Jack Abrahamoff tauke judi maha besar di Amerika Syarikat . Ini kenyataan Pasir Salak, jangan pertikai untuk saya keluar bukti kerana bukti telah dikeluar. Kota Belud tidak berani bangun untuk pertahankan ini," katanya. Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2010 untuk Kementerian Luar melibatkan peruntukan berjumlah RM110 juta. |
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily, kedaulatan negara
Saturday, April 4, 2009
Saya sanggup serahkan Malaysia kepada Nizar – Anwar
BUKIT GANTANG, 4 April: Penasihat Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sanggup menyerahkan Malaysia pada Haji Ir Nizar Jamaluddin jika PR dapat memerintah negara ini ekoran sifat ikhlas, kuat bekerja, amanah dan mampu memberikan khidmat terbaik.Ini, ujarnya, terbukti bila mana Haji Nizar telah berjaya menjalankan tugas-tugasnya sebagai Menteri Besar Perak dengan baik dan lancar sehinggakan mendatangkan rasa kurang senang pihak BN yang akhirnya melakukan rampasan kuasa.
“Saya mendapati beliau seorang yang tidak mengambil balak, menjaga kepimpinan bersih boleh membantu rakyat miskin dari kalangan Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa yang dicapkan sebagai pengkhianat bangsa sedangkan di kalangan mereka yang mengamalkan rasuah, minum arak, tangkap orang dan sebagainya dianggap sebagai panglima.
“Apa istimewanya BN yang tidak mampu laksanakan perubahan pada masyarakat berbanding PR yang dalam satu tahun sahaja mampu melakukan apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN,” tegasnya yang mendapat sambutan hadirin.
Anwar berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah di UPU Sungai Tinggi dekat sini, baru-baru ini yang turut disertai sama oleh Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan naib Presiden Keadilan, Dr Lee Boon Chye.
Dalam majlis ceramah itu sebanyak lebih RM1500 berjaya dikutip dari ribuan yang hadir sedangkan berhadapan majlis ceramah PR kelihatan majlis forum perdana anjuran BN tidak mendapat sambutan ramai sedangkan kos khemah sahaja melebihi RM10 ribu.
0 comments Labels: DSAI, DSNJ, siasahdaily
Anwar minta rakyat jangan tertipu...
| Malaysiakini |
| Wong Teck Chi | Apr 3, 09 10:09pm |
| Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat supaya tidak tertipu dengan pengumuman pembebasan 13 tahanan ISA oleh Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini. Ketika ditemui pemberita di Bukit Selambau, Anwar berkata pembebasan tahanan ISA itu tidak sama dengan reformasi Sepatutnya, tegas beliau, Akta Keselamatan Dalam Negeri itu dimansuhkan terus. Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, memang sudah menjadi kebiasaan bagi perdana menteri yang baru dilantik, untuk membebaskan tahanan ISA bagi menunjukkan sikap keterbukaannya. Tetapi, katanya, selepas itu, mereka kembali semula bersikap kuku besi dan terus menggunakan ISA bila kuasa mereka terancam. Contohnya, tegas Anwar, beliau sendiri dibebaskan oleh Tun Hussein Onn selepas dilantik sebagai perdana menteri ketiga. "Tetapi selepas itu, (beliau) kembali guna ISA untuk tangkap orang. Dr Mahathir juga sama, bila naik, beliau juga bebaskan tahanan ISA. "Tetapi sampai Operasi lalang beliau tangkap orang seperti Lim Kit Siang," katanya. Anwar berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga membebaskan tahanan ISA apabila menjadi pertama kelima. "Tetapi apabila (merasakan) kerajaannya terancam, beliau juga menangkap pemimpin Hindraf," tambahnya. Dalam ucapan sulungnya ke seluruh negara malam ini, selain mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA, termasuk dua pemimpin Hindraf, Najib juga membatalkan larangan penerbitan ke atas akhbar PAS dan PKR - Harakah dan Suara Keadilan. Dua pemimpin Hindraf tersebut ialah peguam V Ganabatirau, 40, dan R Kenghadharan, 40. Mereka adalah antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan sudah hampir dua tahun. Tiga orang lagi ialah peguam M Manoharan, 46, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, P Uthayakumar, 46, dan bekas pegawai bank, K Vasantha Kumar, 36. Turut dibebaskan ialah Pakana Selama, Amir Hussain, Sundaraj Vijay, San Khaing, Wan Amin Wan Hamat, A Artas A Burhanuddin, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Mohd Arasad Patangari, Idris Lanama dan Binsali Omar Menurut Menteri Kementerian Dalam Negeri, mereka ini dibebaskan kerana tidak lagi dianggap sebagai ancaman kepada negara. |
0 comments Labels: DSAI, ISA, malaysiakini, najib razak
Wednesday, March 25, 2009
Kenyataan balas Anwar ibrahim Club menjawab pertuduhan Hishammudin Hussein
By webmaster at ,
- Isi II
- aic
- Comments Below
- webmaster
- 336 Words
Maka gegak gempitalah Ketua Pemuda Umno dengan hamburan demi hamburan yang dituju kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tidak cukup dengan fitnah dan kezaliman yang dilancarkan ke atas Pakatan Rakyat, hari ini Hishamuddin Tun Hussien melalak lagi. Kononnya mempertikaikan dasar yang lapuk dan usang dianggap salah. Kononnya usaha menyanggah kesalahan pemerintah dan menawarkan alternatif yang lebih baik dikira satu petualang.
Apakah mempersoalkan dasar afirmatif yang menindas dikira satu tindakan yang salah?
Kita sama sekali tidak akan menafikan hak melayu bumiputera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi yang dipersoalkan ialah tindakan menghalalkan penguasaan sesetengah pihak untuk memastikan khazanah negara dibolot rakus oleh hubaya-hubaya yang angkuh dan sanggup menindas bangsa sendiri di atas nama bangsanya.
Kita tidak bersetuju dengan kebebasan tanpa limitasi dan tanggungjawab,tetapi kita juga sama
sekali tidak bersetuju dengan tindakan menyekat kebebasan media, kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun sebagaimana dititip jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.
Di bawah regim Umno-BN, menempelak pemerintah tatkala mereka melakukan kesalahan adalah dosa yang maha besar. Sebaliknya budaya ampu,julang menjulang adalah mauduk wajib jika mahu terus kekal di persada.
Menempelak Anwar Ibrahim sebagai petualang melayu hanya memalitkan si penuduh semata-mata. Mana lebih dasyat: memperjuangkan keadilan untuk semua atau membunuh potensi bangsa melalui sistem pendidikan yang rapuh yang mengabaikan kelangsungan bahasa ibunda? Mana lebih keparat: memupuk persefahaman membentuk kerajaan atas dasar prinsip perjuangan, atau menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan berselindung di balik imuniti istana?
Mana lebih khianat: memperjuangkan dasar tadbirurus yang kompeten,adil dan telus atau mempertahankan dasar yang menindas, mengayakan puak sendiri, dan membunuh potensi orang lain? Mana lebih bangsat: memupuk perpaduan antara kaum ke arah menjulang ketuanan rakyat, atau menyemai kebencian atas sentimen perkauman yang sempit,jumud dan kolot?
Gema di dalam Dewan Tun Dr Ismail di PWTC mungkin menggamit suasana,tetapi apakah mungkin rakyat terkesan dengan retorik tahunan yang bergema atas sentimen sempit yang makin parah dan usang? Hishamuddin boleh terus berkokok, dan Pemuda Umno boleh terus bersorak.
Tetapi rakyat masih kenal fungsi akal: untuk menilai secara rasional, mempertahankan yang hak dan membunuh kebathilan! KELAB ANWAR IBRAHIM PEMANGKIN AGENDA PERUBAHAN
Mohd.Saifuddin Amri
Exco Penerangan Anwar Ibrahim Club
saifuddin.amri@gmail.com
0 comments Labels: bloggers united, DSAI, penjelasan isu
Tuesday, March 24, 2009
Anwar: Gantung akhbar, gas polis 'ke kancah kuku besi'
| Malaysiakini |
| Mar 24, 09 2:59pm |
| Menggantung permit akhbar PKR dan menembak gas pemedih mata terhadap penyokongnya "bakal menjerumus negara ke kancah pentadbiran kuku besi", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ternyata tindakan rakus sedemikian oleh pasukan polis sejurus satelah Suara Keadilan dan Harakah diharamkan (selama tiga bulan) merupakan petanda betapa sistem pemerintahan bawah (Datuk Seri) Najib (Razak) bakal menjerumuskan negara ke kancah ketidakstabilan dan pentadbiran kuku besi," kata penasihat PKR. Mantan timbalan perdana menteri itu, yang turut berada di tempat kejadian, berkata beliau terpaksa dilarikan ke dalam bilik gerakan untuk mengelak tindakan tersebut yang bermula selepas 9.30 malam. "Saya diseludup ke bilik gerakan pilihanraya (dekat pentas ceramah) dan berlindung bersama beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat. "Difahamkan hampir 50 das gas pemedih mata dibedil oleh pihak polis," kata Anwar dalam blognya. "Tanpa sebarang amaran, polis membedil gas pemedih mata beserta pancutan air. Hadirin lari bertempiaran menyelamatkan diri. "Namun ia tidak menghentikan pembedilan bertubi-tubi tanpa sebarang belas kasihan terhadap wanita dan kanak-kanak." Polis Kedah hari ini mengesahkan 31 orang ditahan kerana enggan bersurai selepas diarahkan. Semua mereka dilaporkan dibebaskan pagi ini selepas keterangan mereka diambil. Selain beberapa penyokong parti itu dan pendengar, turut ditahan senator Zamri Yusof, ketua staf pejabatnya Ibrahim Yaacob dan pegawai khas menteri besar Kedah, Mohd Ismadi Abd Kadir. Kementerian Dalam Negeri semalam secara mengejut menggantung serta-merta permit penerbitan dua akhbar berpengaruh itu selama tiga bulan. Dalam coretan blog yang sama, Anwar mengulangi lagi kecamannya terhadap timbalan perdana menteri dengan menyifatkan kenyataan mengenai perubahan yangg diucapkan di Parlimen baru-baru ini "hanya omongan kosong untuk mengalih perhatian rakyat daripada skandal yang terpalit." "Jelas, Umno-BN sememangnya dalam keadaan yang sangat terdesak ketika ini. Gelombang kebangkitan rakyat di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai cukup meresahkan mereka," katanya. Ketiga-tiga kawasan itu akan menghadapi pilihanraya kecil antara 29 Mac hingga 7 April ini. Ceramah Anwar di Taman Ria Jaya, Sungai Petami malam tadi bagi memperkenalkan calon PKR S Manikumar yang akan menggalas cabaran parti itu di DUN Bukit Selambau, Kedah. PKR juga bertanding di DUN Batang Ai, Sarawak; manakala PAS meletakkan bekas menteri besarnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di kerusi parlimen Bukit Gantang, Perak. Anwar juga menyeru para penyokongnya agar bertenang dan tidak mudah dibakar dengan sebarang provokasi. |
0 comments Labels: DSAI, malaysiakini, najib razak, polis
Monday, December 15, 2008
Anwar sasaran baru 'perang bogel'
| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | Dec 12, 08 3:58pm |
| Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang lantang mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingin melebarkan "perang bogelnya" terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Datuk Seri Anwar mesti bertanggungjawab terhadap apa yang Tan Sri Khalid lakukan dalam menindas dan menzalimi rakyat negeri Selangor," kata presidennya Ramlan Abu Bakar di satu sidang akhbar di ibu kota. Awal minggu lalu, NGO itu mengancam akan “menyerang hendap” Abdul Khalid bagi menekan pemimpin itu menunaikan tuntutannya, antaranya kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan dakwaan penyalahgunaan kuasa menteri besar menganjurkan Karnival Rakyat di Shah Alam hujung bulan lepas. "Kalau dedahkan butirannya, bukan lagi (taktik) serang hendap, tetapi peperangan konvensional," katanya. Ramlan malah turut mencabar kedua-dua pemimpin PKR itu tampil berdebat dengannya berhubung dakwaaan Reformis bahawa Selangor gagal membela nasib rakyat miskin. "Saya bagi pihak Reformis mencabar Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Khalid untuk berdebat dengan saya. "Saya hanya perlu satu jam, setengah jam saja untuk menghuraikan masalah rakyat miskin yang terpinggir di negeri maju seperti ini (Selangor), yang dinamakan negeri kebajikan," kata presiden Reformis. Sepuluh penyokongnya turut sama dalam sidang akhbar di gelanggang sepak takraw di perkarangan sebuah rumah pangsa kos rendah di Sentul Utama. Ramlan berkata, debat itu diharapkan dapat menghasilkan rumusan bagi menyelesaikan masalah rakyat miskin di negeri itu. Beliau, yang juga anggota PKR, bagaimanapun tidak menetapkan tarikh kepada penasihat parti itu untuk berdebat. "Terpulang pada beliau. Sebab beliau sibuk, (kami) berlaku adillah (memberikannya masa)," kata Ramlan penuh semangat menyebabkan kanak-kanak dan beberapa penduduk mulai mengerumuni sidang akhbar itu yang dihadiri lebih kurang 10 wartawan, termasuk televisyen. "Soal letak jawatan bukan persoalannya. Kalau beliau ada maruah, beliau mesti ambil pertanggungjawaban ini." Tindakan meletakkan jawatan bagi beliau merupakan "jalan yang akhir", tambahnya. Kelihatan beremosi, beliau mengungkit perihal Anwar yang memperjuangkan nasib rakyat miskin Baling pada 1974 tetapi "gagal membela mereka apabila menjadi timbalan perdana menteri”. Anwar dilabelkan oleh Ramlan sebagai "jelmaan syaitan, pendusta, penipu, hipokrit dan munafik". Ramlan berkata beliau pernah memaklumkan kepada tokoh utama PKR itu "supaya memperbaiki kepimpinan Abdul Khalid" tetapi Anwar gagal melakukannya dan masih "berdiam diri". Ramlan berkata, cabaran debat itu dibuat kerana "kegagalan Pakatan Rakyat di Selangor memenuhi manifesto pilihanraya" yang dibuat Mac lalu. Katanya, daripada dua muka manifesto Barisan Alternatif - yang dianggotai PKR dan PAS - ketika itu, hanya empat atau lima sahaja berjaya dipenuhi. "Selagi manifesto yang terdapat dalam pilihanraya ke-12 tidak ditunaikan, maka perang (bogel) ini akan berlanjutan sehingga tempoh yang ditetapkan – iaitu apabila manifesto itu semuanya tertunai. Tidak cukup dengan kata-kata itu, wakil-wakil rakyat PKR di Selangor turut disindirnya sebagai "Yang Berlagak" dan "Yang Bongkak" sebagai ganti Yang Berhormat kerana gagal menyelesaikan masalah rakyat bawahan di negeri itu. Beliau bagaimanapun menafikan perjuangan Gerakan Reformasi sejak 1998 yang digerakkan oleh Anwar sebagai gagal, sebaliknya "kepimpinan parti yang gagal". "Bukan salah parti, tetapi kepimpinan. Parti hanya nama sahaja, (hanya) slogan," tambah Ramlan. Ditanya sebab beliau memilih menyalurkan desakannya melalui NGO itu dan bukannya melalui PKR yang mengetuai kerajaan Selangor, Ramlan berkata: "Orang macam ini nak pujuk tak boleh, nak rayu tak boleh, nak bincang tak boleh. Cara macam ini, cara samseng. Macam ini, kita kena jadi bapa samseng, baru beliau boleh terima. "Kalau cara proses-proses ini, undang-undang ini, macam (kes) PPR. Tujuh bulan ulang-alik tidak ada (kesan). Bila (ugut) hendak bogel, hendak pula beliau (menteri besar) selesaikan masalah ini." |
0 comments Labels: DSAI, malaysiakini, rosak akhlak
Sunday, November 30, 2008
Tan Yee Kew kata ramai orang samakan Anwar dengan Obama?
| Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Sat | Nov 29, 08 | 12:13:50 pm MYT | |
| SHAH ALAM, 29 Nov (Hrkh) - Bekas Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Tan Yee Kew dalam ucapan aluannya sempena Kongres KeADILan hari ini menyatakan ramai orang menyamakan kegigihan Dato' Seri Anwar Ibrahim sama seperti Presiden baru Amerika Syarikat, Barrack Obama. Ujarnya, kegigihan Anwar dalam bekerja bagi memastikan isu rakyat terus diutarakan dan nasib rakyat terus terbela sama seperti juga kegigihan Obama dalam berkempen pada pilihan raya presiden Amerika beberapa minggu lalu. Beliau memuji kegigihan kepimpinan Pakatan Rakyat dan KeADILan yang tidak mengira waktu berusaha untuk rakyat setiap hari dari pagi hingga ke larut malam. Beliau tidak melihat situasi ini dalam kerajaan BN semasa menyertai pentadbiran kerajaan Umno/BN sebelum ini. Apa yang pasti katanya, apa sahaja yang pernah dikemukakan oleh rakyat sebelum ini kurang mendapat perhatian oleh pemimpin Umno/BN. Sebaliknya pemimpin KeADILan berusaha bersungguh-sungguh memastikan kebajikan rakyat akan terbela, ujarnya yang baru sahaja menyertai KeADILan selepas keluar dari MCA. Antara Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir dalam upacara perasmina kongres di Stadium Malawati Shah Alam hari ini ialah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok./wann _ |
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily
Saturday, November 29, 2008
Anwar tidak ulas kegagalan 16 Sept
| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | Nov 29, 08 1:30pm |
| Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjelaskan punca kegagalannya menukar kerajaan persekutuan, atau "projek 16 September", walaupun beliau dijangka mengulas panjang isu itu seperti dinanti-nantikan banyak pihak dalam kongres pertama PKR selepas pilihanraya umum Mac lepas. Semalam, timbalan presiden parti itu Dr Syed Husin Ali berkata, beliau menjangkakan perkara itu akan dijelaskan tokoh utama PKR itu dalam kongres tahunan kelima parti itu yang bermula di Shah Alam hari ini. Mengakui projek itu "belum berhasil", Anwar berkata: "Peralihan kuasa bagi kita bukan percaturan politik peribadi. "Peralihan kuasa bagi kita adalah menegakkan suatu sistem yang adil, media yang bebas, badan kehakiman yang bebas, polis yang profesional, pimpinan yang tidak rasuah dan tamak haloba menekan rakyat. "Itu maksud peralihan kuasa. Dan peralihan kuasa belum berhasil pada 16 September." Anwar juga tidak mengadakan sidang media selepas menyampaikan ucapannya. Beliau disebut-sebut akan mengulas isu ini dalam ceramahnya malam ini di tempat yang sama. Berucap di kongres PKR tengah hari ini, Anwar sekali lagi membidas para pemimpin Umno yang "terus memainkan api perkauman seolah-olah mereka jaguh Melayu tulen". Tambahnya, semua pemimpin Pakatan Rakyat yang pelbagai kaum tidak mempertikaikan dasar yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan. "Melayu, Dayak, Dusun, Bajau, Melanau, Kadazan, Cina, India tidak perlu apolegetik untuk bermaafan -- untuk mengatakan kami (anggota Pakatan) tidak lupa dasar yang termaktub dalam perlembagaan di negara kita. "Itu dasar kita. Kita harus jawab serangan mereka," katanya. Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan label anti-Melayu yang dikenakan terhadap DAP oleh "jaguh-jaguh Melayu baru" seperti ucapan-ucapan mereka di dalam Parlimen. |
0 comments Labels: DSAI, Malaysia baru, malaysiakini
Monday, November 24, 2008
Usul FDI ditolak, Anwar cadang menteri adakan sidang Parlimen khas
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengadakan sidang khas ahli Parlimen bagi membincangkan mengenai Malaysia yang mengalami pengaliran keluar pelaburan langsung asing (FDI) melebihi pengaliran masuk yang menyebabkan negara mengalami aliran bersih FDI yang negatif.
Cadangan itu dibuat selepas Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan beliau pada Rabu lalu yang meminta sidang Dewan ditangguhkan bagi membincangkan mengenai FDI negara seperti yang dilaporkan United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008.
Penolakan usul tersebut dibacakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) kerana tidak perlu disegerakan sebelum sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 peringkat jawatankuasa.
"Saya menerima keputusan yang dibuat oleh Datuk Yang Dipertua, tapi ingin menggunakan Dewan ini untuk terus meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengambil isu ini dengan serius dengan tidak hanya mencatatkan wang pengaliran masuk dan tenggelamkan.
"Harap menteri dapat memanggil sidang khas ahi Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk bincangkan mengenai isu ini bagi kepentingan negara dan rakyat kerana ia ada kaitan dengan rakyat," kata Anwar dalam reaksinya terhadap penolakan usul tersebut.
Menerusi usul tersebut, Anwar berkata, secara menyeluruh rantau ASEAN mengalami peningkatan kemasukan FDI yang besar mencecah RM209 billion untuk 2007 berbanding hanya RM116 billion untuk tahun 2006 iaitu bersamaan dengan peningkatan sebanyak 81.9 peratus.
0 comments Labels: DSAI, ekonomi, mstar online
Tuesday, November 18, 2008
Anwar: Pakatan pertahan Islam dan hak istimewa Melayu
| Malaysiakini |
| Jimadie Shah Othman | Nov 17, 08 12:30pm |
| Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Isu lain Mengulas beberapa isu dalam kerajaan Pakatan, Anwar mengkritik media yang dikuasai Umno yang menurutnya membuat laporan "tidak berdasarkan akhlak, moral dan etika". |
0 comments Labels: DSAI, Islam Syumul, malaysiakini
Friday, November 14, 2008
Kes liwat Anwar: Pendakwaan dan pembelaan terus bertelagah, Mahkamah Tinggi dengar rayuan 20 dan 21 Nov
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dan pembelaan bagi kes liwat Datuk seri Anwar Ibrahim terus bertelagah mengenai urusan pemindahan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi walaupun Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 1, S.M Komathy Suppiah mendapati sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.
Sesi sebutan kes yang dijadual bermula hari ini terpaksa ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memfailkan semakan semula terhadap keputusan hakim berkenaan buat kali kedua ke Mahkamah Tinggi.
Pada awal sesi sidang mahkamah hari ini, Peguam R. Sivarasa yang mewakili pihak pembelaan mempersoalkan tentang pelanggaran akujanji pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang berjanji akan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bermula.
Sivarasa berhujah berdasarkan peruntukan Seksyen 51(A) yang menjelaskan segala dokumen yang berkaitan mestilah disediakan oleh pihak pendakwaan sebelum tarikh perbicaraan.
"Yang Arif, pihak pendakwa telah melanggar akujanji yang mengatakan bahawa mereka akan menyerahkan dokumen tersebut sepatutnya pada hari ini sebelum perbicaraan bermula," katanya.
Bagaimanapun Mohamed Yusof memaklumkan kepada mahkamah peruntukan seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 terutamanya bagi sub-seksyen 35(2) yang memperuntukan bahawa memandangkan ada permohonan semakan semula, semua prosiding di mahkamah rendah hendaklah digantung.
"Oleh itu kami meminta supaya semua prosiding berhubung dengan kes ini ditangguhkan sementara menunggu apa-apa keputusan dan arahan Mahkamah Tinggi berhubung dengan semakan semula kes tersebut," katanya.
Pada 11 November lalu, pihak pendakwaan telah memfailkan semakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap keputusan yang dibuat Komathy pada 7 November lalu.
Kemudian pada 12 November, Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Jenayah) memaklumkan bahawa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 20 hingga 21 November depan untuk mendengar penghujahan kedua-dua pihak berhubung semakan tersebut.
Alasan yang diberikan Mohamed Yusof masih tidak memuaskan hati pihak pembelaan yang tetap menggesa pihaknya mengemukakan dokumen yang berkaitan kerana kes tersebut akan tetap dibicarakan.
"Kami memerlukan dokumen tersebut untuk buat persediaan dalam kes ini, walaubagaimanapun kes ini akan tetap dibicarakan," kata Sivarasa.
Oleh yang demikian, Mohamed Yusof memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menyerahkan segala dokumen yang diperlukan itu.
Menurutnya, dokumen berkenaan akan diserahkan pada petang ini.
Sementara itu Anwar yang ditemui diluar mahkamah menjelaskan tindakannya 'mencelah' sewaktu Mohamed Yusof berhujah bagi menyangkal dakwaan Sivarasa yang sangsi sebab pihak pendakwaan tidak mahu menyerahkan dokumen-dokumen berkenaan yang berkemungkinan telah diubah, diganggu ataupun hilang seperti yang berlaku sepuluh tahun lalu.
"Sebab tulah saya sergah dalam mahkamah tadi, kita baru cuit sikit dia dah melenting...kalau dah tahu sepuluh tahun lalu ada buat salah, mengaku sahajalah, buat apa nak teruskan kezaliman.
"Sekarang 'pemain-pemain' utama adalah orang sama, cuma pelakonnya sahaja dah tua," katanya sinis.
Ketika di dalam mahkamah, Anwar mencelah dengan mengatakan: "Sejak sepuluh tahun lalu anda tidak pernah minta maaf."
Celahan itu dibuat apabila Mohamed Yusof menyatakan beliau sudah bosan dengan dakwaan Anwar bahawa pihak pendakwaan berat sebelah sewaktu mengendalikan kesnya.
Mohamed Yusof dengan nada yang emosional berkata: "Saya sudah bosan dengan dakwaan seperti ini, semua dokumen ada pada saya hari ini dan tak ada masalah untuk saya serahkan kepada pihak pembelaan."
Dalam pada itu Sivarasa yang menggantikan peguam kanan barisan pembelaan, Sulaiman Abdullah yang tidak hadir pada prosiding hari ini berkata pihak pembelaan membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak pendakwaan yang enggan menyerahkan dokumen-dokumen terbabit.
"Kami bangkitkan persoalan mengenai mengapa mereka tidak mahu serahkan yang mungkin ada sesuatu (agenda).
"Namun akhirnya mereka ubah pendirian dan berjanji akan serahkan semuanya petang ini atau esok," katanya.
BERITA TERDAHULU
KUALA LUMPUR: Sidang sebutan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen mula dibicarakan pukul 9.48 pagi ini.
Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga pada pukul 9.28 pagi ini.
Pada 7 November lalu, Hakim S.M Komathy Suppiah memutuskan untuk mendengar kes itu di Mahkamah Sesyen selepas mendapati sijil untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.
Anwar, 61, menghadapi perbicaraan atas tuduhan dengan sukarela melakukan liwat ke atas bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun.
Jika sabit kesalahan, beliau menghadapi hukuman penjara hingga 20 tahun di bawah Sekseyen 377B kanun Keseksaan. Beliau sekarang bebas dengan bon peribadi RM20,000.
Pasukan pendakwana diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden iaitu ketua unit pendakwaan di Jabatan Peguam Negara. Beliau dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Farhan Read dan Shamsul Sulaiman.
Pasukan peguam bela terdiri daripada Sulaiman Abdullah, R. Sivarasa, Sankara N.Nair, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.
Kes tersebut, yang kedua melibatkan Anwar dalam satu dekad ini, pertama kali disebutkan awal Ogos lalu.
Kemudian pendakwa mohon ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi,
Minggu lalu, sebelum tarikh ditetapkan, timbalan pendakwa raya Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, ketua unit pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, meminta mahkamah menetapkan tarikh pendengaran.
Bagaimanapun Sulaiman, peguam utama Anwar, memberitahu mahkamah pendakwa perlu mengemukakan dokumen tertentu seperti laporan perubatan dan kimia berkaitan kes kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bermula.
Ketika menolak permohonan pendakwaan untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, Komathy memutuskan oleh kerana sijil itu ditandatangani sendiri oleh Abdul Gani, ia melanggar ekspektasi undang-undang Anwar bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu.
Pada Selasa lalu, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang memutuskan kes ini tetap dibicarakan di mahkamah itu tanpa perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Rayuan itu difailkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Sesyen.
0 comments Labels: DSAI, mahkamah, mstar online, sepol bodo
Monday, November 10, 2008
Anwar ulangi pendirian mahu mansuhkan ISA
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) jika berpeluang mengambil alih kerajaaan persekutuan.
"Saya dengan penuh yakin dan tiada masalah sama sekali untuk menolak undang-undang yang rakus bukan hanya ISA dan AUKU, malah semua akta-akta yang menghalang perdebatan berfikir dalam masyarakat.
"Mudah-mudahan kita akan dapat lakukannya dengan kadar yang segera," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran empat buku hasil tulisan Prof. Syed Husin Ali, Timbalan Presiden Parti Rakyat Keadilan (PKR) di sini semalam.
Anwar merupakan penasihat PKR.Tegasnya, ISA perlu dihapuskan kerana akta tersebut merupakan satu undang-undang yang kejam dan zalim kerana menangkap seseorang tanpa melalui perbicaraan.
"ISA perlu dihapuskan kerana ia hanya penting kepada mereka yang berkuasa. Kuasa undang-undang juga tidak membenarkan seseorang ditahan tanpa bicara," katanya.
Anwar yang pernah ditahan di bawah ISA berkata, walaupun ada perkembangan yang baik pada institusi kehakiman negara namun perubahan yang berlaku tidak begitu meyakinkan jika keseluruhan sistem dan institusi kehakiman tidak diubah dengan segera.
Beliau juga berkata ada pihak-pihak yang punya kepentingan politik cuba menggunakan kuasa yang mereka ada kerana mahukan kes liwatnya dipindahkan ke mahkamah.
"Saya lihat ada tangan-tangan tersembunyi yang memainkan peranan mahu kes saya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi kerana mereka ada kepentingan tertentu," katanya.
Bekas Timbalan Perdana Menteri ini turut menyentuh mengenai perkara yang termaktub dalam Perlembagaan dan beliau berpendapat perkara yang termaktubnya dalamnya tidak wajar dikhianati.
"Apa yang berlaku pada hari ini Perlembagaan sudah dipinda beratus-ratus kali sehingga maksud asalnya kian kabur dan kita sudah jauh daripada apa yang diperjuangkan pada zaman kita ingin mencapai kemerdekaan dahulu," katanya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkatam di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mereka membenarkan perbincangan secara bebas dan terbuka dalam pelbagai masalah dalam masyarakat termasuklah isu etnik, isu hubungan Melayu dan kaum-kaum lain.
"Kita mahu mebincangkan hal-hal ini secara terbuka dengan fakta dan ilmu-ilmu yang kita ada untuk menyelesaikan permasalahan dan mencapai matlamat yang sebenar," katanya.
Tambahnya, perkara ini berbeza dengan Umno dan Barisan Nasional yang menganggap perbincangan terbuka ini hanya akan menimbulkan pertelingkahan.
0 comments Labels: DSAI, ISA, mstar online
Friday, November 7, 2008
Kes liwat: Pendakwa gagal pindah kes ke Mahkamah Tinggi
[DIKEMAS KINI, sehingga 2.45 petang] KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini memutuskan kes tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Hakim S.Komathy Suppiah mula membacakan penghakiman ketika sidang bermula pada jam 3.17 petang tadi.
Terdahulu, wartawan sudah mula memasuki mahkamah pada pukul 2.45 petang tadi.
Bagaimanapun, perkarangan mahkamah hari ini agak lengang.
Komathy menetapkan hari ini untuk membuat keputusan bagi mengesahkan sama ada sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada sah atau tidak.
Pada 31 Oktober lalu, peguam bela yang diketuai Sulaiman Abdullah mengemukakan hujah tambahan berhubung isu campur tangan Abdul Gani yang telah menandatangani surat kuasa memindahkan kes tersebut.
Sementara itu, pasukan pendakwa raya turut mengemukakan hujah tambahan berkaitan isu tersebut.
Mahkamah kini mendengar permohonan pendakwa raya untuk memindahkan kes liwat ini ke Mahkamah Tinggi.
Kes Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu.
Perbicaraan kes liwat Anwar masih berada di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.
Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.
0 comments Labels: DSAI, mahkamah, mstar online, sepol bodo
Thursday, November 6, 2008
Ekonomi: Najib - Anwar dicadang berdebat
"Najib terus-menerus membuat pelbagai kenyataan bercanggah mengenai ekonomi Malaysia.
Ahli Majlis Ekonomi Malaysia, Datuk Mohamed Azman Yahya pula mengingatkan bahawa kemerosotan ekonomi yang semakin hampir mungkin lebih mencabar dari krisis yang dihadapi pada tahun 1998
Ia juga mungkin yang terburuk, katanya, dan apa yang lebih membimbangkan ialah kemerosotan kali ini ialah fenomena global.
0 comments Labels: DSAI, ekonomi, najib razak, siasahdaily
Najib tiada semangat ‘Keparlimenan’ - Anwar
oleh Syukree Hussain
Anwar, Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Mat Isa dan Penasihat DAP Lim Kit Siang keluar daripada parlimen sebagai tanda protes terhadap Menteri Kewangan Najib Razak (gambar mstar).
KUALA LUMPUR, 5 November (SK) - Ketua Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim menganggap Menteri Kewangan Najib Razak bertindak di luar daripada batasan semangat Parlimen.
Beliau mengeluarkan kenyataan itu berhubungan dengan tindakan kerana bakal Presiden Umno itu enggan membenarkan sebarang celahan, pertanyaan dan penjelasan sewaktu beliau menggulung perbahasan Belanjawan 2009.
“Selaku Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah tentu sedar ucapan penggulungan beliau akan memberi kesan kepada negara, justeru amat penting ucapan tersebut dibahaskan dengan teliti oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat,” jelasnya ketika ditemui oleh Suara Keadilan Online sejurus sidang media di lobi Parlimen semalam.
Namun, tambahnya, keengganan beliau amat dikesali kerana beliau sanggup membelakangkan kepentingan umum.
“Satelah berulangkali menuntut jawapan, dan menunggu selama satu jam, Timbalan Perdana Menteri tetap berdegil dan enggan memberikan laluan,” ujar Anwar yang juga merupakan Ketua Umum KeADILan.
Sambungannya, sejarah Parlimen Malaysia yang sudahpun menjangkau usia separuh abad, tapi buat pertama kalinya, menyaksikan Menteri Kewangan enggan dan gagal melayani perbahasan belanjawan.
“Adalah malang sekiranya Dewan Rakyat yang menjadi tempat undang-undang dibentuk dan polisi nasional dibentangkan tidak lagi dihormati,” kata beliau dalam kenyataan yang turut disiarkan dalam blognya.
Semalam, semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan selepas satu jam menunggu Najib membenarkan untuk sebarang celahan semasa beliau membuat penggulungan bajet 2009.
1 comments Labels: DSAI, najib razak, parlimen, suara keadilan
Wednesday, November 5, 2008
Menteri Kewangan tidak hormat Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia merupakan salah satu tiang seri utama kepada institusi demokrasi di Malaysia. Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah pentas bagi wakil-wakil yang dipilih untuk menyuarakan hasrat hati serta menjaga kepentingan rakyat keseluruhannya. Di atas semangat inilah Parlimen bukan sekadar bongkah batu kosong, akan tetapi kukuh terbina sebagai sebuah institusi.
Oleh itu menjadi tanggungjawab ahli-ahli dua dewan perundangan tersebut untuk memastikan kepentingan rakyat dan negara menjadi pertimbangan utama, bukannya kepentingan politik kepartian.
Hari ini Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengambil keputusan untuk keluar dari Dewan yang mulia sewaktu Menteri Kewangan menggulung perbahasan belanjawan 2009. Tindakan ini terpaksa diambil kerana YB Menteri secara jelas bertindak luar dari batasan Semangat Parlimen Malaysia.
Selaku Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah tentu sedar ucapan penggulungan beliau akan memberi kesan kepada Negara, justeru amat penting ucapan tersebut dibahaskan dengan teliti oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
Namun keengganan YB Menteri Kewangan untuk membenarkan sebarang celahan, pertanyaan dan penjelasan sewaktu beliau menggulung perbahasan Belanjawan 2009 amat dikesali kerana beliau sanggup membelakangkan kepentingan umum. Satelah berulangkali menuntut jawapan, dan menunggu selama satu jam, Menteri Kewangan tetap berdegil dan enggan memberikan laluan.
Sejarah Parlimen Malaysia yang sudahpun menjangkau usia separuh abad, buat pertama kalinya, menyaksikan Menteri Kewangan enggan dan gagal melayani perbahasan belanjawan. Adalah malang sekiranya Dewan Rakyat yang menjadi tempat undang-undang dibentuk dan polisi nasional dibentangkan tidak lagi dihormati.
ANWAR IBRAHIM
1 comments Labels: DSAI, najib razak, parlimen
Monday, November 3, 2008
Usul Anwar tubuh suruhanjaya siasat projek mega ditolak
oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tiga projek kerajaan persekutuan yang didakwa meragukan ditolak Dewan Rakyat hari ini.
Penolakan secara dalam kamar itu dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Anwar dimaklumkan mengenai perkara itu melalui surat yang dikeluarkan Speaker Dewan Rakyat tanpa diumumkan ketika sidang berlangsung.
Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, yang ditemui di lobi Parlimen turut mengesahkan mengenai perkara tersebut.
"Ya, usul itu dah ditolak," katanya ringkas tanpa menjelaskan sebab penolakan itu.
Bagaimanapun menurut sumber terdekatnya, Anwar akan mengusulkan semula usul tersebut dalam masa terdekat namun tidak dapat dipastikan bila tarikhnya.
Rabu lalu, Anwar menggunakan Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) bagi meminta mesyuarat ditangguhkan untuk menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat keraguan mengenai projek jalur lebar berkelajuan tinggi bernilai RM11.31 bilion, pembelian Bank Internasional Indonesia oleh Maybank bernilai RM4.26 bilion dan perolehan 12 unit Cougar Eurocopter EC-725 bernilai RM1.679 bilion.
0 comments Labels: DSAI, mstar online, parlimen
Friday, October 31, 2008
Anwar ucap selamat kepada Abdul Razak Baginda
PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh (tengah) berbincang dengan peguam, S. Nair selepas menghadiri prosiding kes tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Komplek Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini. Turut kelihatan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri).
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibicarakan atas tuduhan liwat di Mahkamah Sesyen di sini sempat mengucapkan selamat kepada penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang dibebaskan Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
"Saya ucapkan kepada beliau selamat kembali kepangkuan keluarga. Beliau memang layak untuk mendapat keputusan (pembebasan) itu," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini hari ini.
Menurut Anwar, keputusan itu memang telah dijangka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata proses perbicaraan kes liwat Anwar berjalan lancar tanpa sebarang insiden walaupun terdapat sekumpulan penyokong ketua pembangkang itu yang berkumpul di hadapan mahkamah tersebut seawal jam 8 pagi tadi.
"Hampir 20 penyokong Anwar berkumpul di mahkamah dan seramai 50 anggota polis ditugaskan untuk mengawal keadaan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Terdahulu, Anwar tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.50 pagi bagi menghadiri prosiding kes tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.
Mahkamah hari ini mendengar hujahan lanjut yang dibentangkan peguam bela Anwar bagi membantah permohonan pendakwa untuk memindahkan perbicaraan kes liwat terhadapnya ke Mahkamah Tinggi.
Anwar, 61, didakwa meliwat Mohd. Saiful pada 26 Jun lalu, antara jam 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara. - Bernama
0 comments Labels: Altantuya, Berita Harian, DSAI
BPR: Siasatan kes 'mata lebam' Anwar selesai
| Malaysiakini |
| Oct 31, 08 3:05pm |
| Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah selesai menjalankan siasatan kes insiden "mata lebam" Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan 10 tahun lalu. Siasatan itu dijalankan laporan yang dibuat oleh Anwar terhadap Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Ghani Patail. |
0 comments Labels: BPR, DSAI, malaysiakini