+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label Malaysia baru. Show all posts
Showing posts with label Malaysia baru. Show all posts

Thursday, January 1, 2009

Azam 2009: Abdullah saran matangkan amalan demokrasi

Mstar Online

Pemimpin kerajaan, pembangkang bertekad hadapi kesan krisis ekonomi sejagat

MENYAMBUT ketibaan Tahun Baru 2009 di Dataran Merdeka dengan berlatarbelakangkan persembahan bunga api. - foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

[DIKEMAS KINI] PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, walaupun krisis ekonomi dunia diramalkan cukup mencabar pada 2009, kerajaan berazam mengambil langkah berkesan untuk memelihara kekuatan ekonomi negara dan melindungi kepentingan rakyat.

Kerajaan akan terus bertindak secara prihatin dan bertanggungjawab serta memantau corak dan perkembangan ekonomi dunia dan mengambil langkah wajar menghadapinya, kata Perdana Menteri dalam amanat tahun baru 2009 yang disiarkan malam ini.

Abdullah berkata Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempias kelembapan pertumbuhan ekonomi global tetapi negara mempunyai beberapa kelebihan yang membantu menghadapi keadaan dengan lebih berkesan daripada banyak negara lain.

"Sektor kewangan kita adalah kukuh, tidak seperti waktu krisis kewangan satu dekad yang lalu.

"Rizab kewangan negara berada pada paras yang tertinggi dalam sejarah kita, iaitu 37 peratus berbanding jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar.

"Institusi kewangan kita mempunyai modal yang kukuh dan dikawal selia secara berhemah. Ekonomi negara kita bersifat pelbagai dan tidak bergantung kepada satu sektor tertentu sematamata," katanya.

Abdullah berkata segala usaha akan diambil untuk merancakkan kegiatan ekonomi dengan menggembleng secara bijak sumber-sumber yang ada dan memberi penekanan kepada sumber dalaman iaitu pelaburan sektor awam dan swasta tempatan.

"Kerajaan telah menyuntik dana tambahan RM7 bilion dalam bentuk rangsangan agar ekonomi tidak akan mengalami kemelesetan, sebaliknya berupaya untuk terus berkembang," katanya.

Kerajaan juga akan memberi perhatian kepada projek berimpak tinggi yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya tahan negara seperti pembinaan lebih banyak rumah kos rendah, pemuliharaan dan baik pulih kemudahan awam dan peningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, kata Perdana Menteri.

SUASANA menjelang kedatangan Tahun Baru 2009 di Dataran Merdeka. foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

SAMBUTAN Tahun Baru 2009 di pekarangan kawasan KLCC. - foto The Star oleh GLENN GUAN

Abdullah berkata jika perlu, kerajaan akan mengambil langkahl-angkah tambahan bagi memastikan ekonomi tetap berkembang dan permintaan dan penggunaan domestik terus meningkat.

Katanya kemampuan negara menghadapi cabaran tidak bergantung kepada keupayaan dan langkahlangkah dalam bidang ekonomi sahaja tetapi keutuhan dan integriti institusi negara, pentadbiran yang bersih dan cekap serta sistem kehakiman yang berwibawa amat penting untuk menjamin pengurusan ekonomi dan sosial yang baik dan mampu menarik keyakinan pelabur.

"Sehubungan ini, saya bersyukur kita telah mencapai kemajuan besar dengan kelulusan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman oleh Parlimen barubaru ini," katanya.

Beliau berkata langkah seperti itu penting untuk menjamin hak masyarakat terpelihara secara adil dan saksama terutamanya mereka yang kurang berupaya untuk mempertahankan hak mereka.

"Saya yakin dan percaya bahawa dengan niat suci dan semangat gigih, tiada gunung yang terlalu tinggi untuk kita daki dan tiada laut yang terlalu dalam untuk kita selami," kata Abdullah.

Mengenai harga minyak, Abdullah melahirkan rasa kesal harga barangan masih tinggi walaupun harga petrol telah turun sebanyak tujuh kali sejak Ogos lepas, malah lebih rendah daripada harga sebelum ia dinaikkan pada Jun.

"Saya sekali lagi menyeru semua pengeluar, pengilang, pengedar dan peniaga barangan agar bertimbang rasa dan prihatin terhadap keperitan rakyat dan sama-sama menurunkan harga barangan demi kesejahteraan mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memelihara kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara, termasuk memberi bantuan seperti bayaran rebat kenderaan dan subsidi beras untuk meringankan kesusahan rakyat.

"Apabila harga minyak dunia turun, faedah daripadanya terus disalurkan kepada rakyat," katanya.

Abdullah juga menyeru rakyat supaya mengamalkan semangat bersatu selain terus menjunjung dan mendaulatkan undang-undang negara untuk mematangkan amalan demokrasi.

"Tanggungjawab politik yang tinggi perlu diamalkan untuk menjamin keamanan dan kestabilan negara serta mengawal kepentingan semua kaum dan lapisan masyarakat," katanya.

KETUA PEMBANGKANG

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pilihan raya umum ke-12 menyaksikan kerusi milik pembangkang bertambah dan menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga.

"Harapan rakyat begitu besar, perubahan mesti dilakukan, makanya hasil dari persetujuan dan permuafakatan ketiga-tiga parti; PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat melahirkan Pakatan Rakyat.

"Sepanjang tahun ini tidak dapat dinafikan pelbagai cabaran yang datang untuk menggugat permuafakatan ini," katanya.

Hasrat Barisan Nasional katanya, untuk melihat kehancuran Pakatan Rakyat nampaknya menemui jalan buntu.

"Mereka lupa, asas kepada permuafakatan ini berpasak kuat dari cita-cita memperjuangkan agenda rakyat dan melakukan perubahan mendasar. Perubahan adalah tuntutan melewati sempadan kaum dan politik kepartian," katanya.

Sambil merujuk kepada kedudukan ekonomi sejagat yang tidak menentu, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, pengurusan ekonomi memerlukan kepimpinan yang berpandangan jauh, tegas dan jujur.

"Sering saya ulangi, negara ini dan rakyatnya yang berbilang kaum sudah mengharungi pelbagai rintangan bersama.

"Kita yakin dengan berlakunya perubahan, dan bila negara ini mula berada di haluan yang tepat, maka sekali lagi kita akan dapat melepasi cabaran ini," katanya lagi.

PRESIDEN MIC

Datuk Seri S.Samy Vellu meminta rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama supaya merapatkan barisan dan bekerjasama bagi menghadapi krisis ekonomi global "yang dijangka memberi kesan terhadap negara terutama dari segi keselamatan kerja dan pelaburan".

Beliau juga meminta kerajaan supaya mewujudkan jaringan keselamatan untuk memastikan rakyat tidak terjejas dengan keadaan itu.

Katanya rakyat malaysia perlu menjalin perpaduan di kalangan mereka dan menjadikan tahun 2009 sebagai "Tahun Perpaduan".

MENTERI SUMBER MANUSIA

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam, yang juga Setiausaha Agung MIC, dalam perutusannya menggesa pekerja Malaysia supaya "berjimat cermat" bagi menghadapi krisis ekonomi global.

Katanya kementeriannya akan memberi fokus kepada latihan dan skim latihan semula bagi membantu pekerja yang diberhentikan untuk mendapat kerja alternatif.

KETUA MENTERI SABAH

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan negeri akan berusaha lebih kuat dan memberi perhatian kepada keperluan rakyatnya.

Katanya, bagi Sabah, keputusan pilihan raya umum 2008, membuktikan rakyat negeri itu menyokong inisiatif pembangunan yang dijalankan kerajaan negeri dan ini mendorong kerajaan negeri terus bekerja kuat bagi memenuhi keperluan mereka.

Barisan Nasional (BN) di Sabah hanya kehilangan satu kerusi, masingmasing bagi kawasan satu bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kepada pembangkang.

Musa juga meminta rakyat Sabah untuk saling bekerjasama dengan kerajaan bagi meningkatkan daya saing dalam dunia global sambil meminta mereka supaya "terus bersatupadu bagi memastikan setiap strategi dan pelan yang diatur dapat dilaksanakan dalam menuju fasa pembangunan seterusnya."

MB SELANGOR

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cabaran utama bagi tahun 2009 ialah bagi mencari cara untuk mengurangkan kesan krisis ekonomi global kepada negeri itu.

"Tidak boleh dinafikan bahawa krisis ekonomi dunia akan memberi kesan kepada pertumbuhan industri pembuatan di Selangor," katanya.

Katanya, para pemimpin dan rakyat di negeri itu perlu memastikan mereka berhatihati semasa membelanjakan setiap ringgit yang mereka ada.

"Ini merupakan masa bagi kita menggunakan sumber terhad yang ada di negeri ini dengan berusaha menjana nilai yang bersesuaian dengan perkhidmatan dan kontrak.

"Cabaran lain juga termasuk bagi memastikan rakyat tidak mengamalkan tabiat yang buruk semasa krisis ekonomiitu," katanya sambil berkata cabaran ekonomi itu perlu dianggap sebagai satu motivasi untuk meningkatkan produktiviti.

Read More...

Sunday, November 30, 2008

Dengan harapan rakyat, kerajaan baru Pakatan Rakyat akan direalisasikan - Wan Azizah

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | Nov 29, 08 | 11:42:20 am MYT

SHAH ALAM, 29 Nov (Hrkh) - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan dengan harapan rakyat dan kerjasama yang tinggi di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, usaha untuk membentuk kerajaan baru di peringkat pusat akan direalisasikan juga akhirnya.

Semasa menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres KeADILan di Stadium Malawati Shah Alam ketika ini, Dr Wan Azizah menyatakan, rakyat terus berharap agar terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang diusahakan.

ImageUjarnya, kerajaan Pakatan Rakyat akan terbentuk dengan 'izin Allah' dan kerajaan ini akan menjadi kerajaan yang prihatin, selamat dan bebas dari belenggu rasuah, campur tangan kehakiman dan dikenali wibawanya di seluruh dunia.

Presiden KeADILan itu juga berjanji jika terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat ini, semua manifesto yang diucapankan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-12 lalu akan dilaksanakan.

Beliau menyebut, pengguna dan rakyat akan mendapat nikmat barangan pada harga yang rendah dan bersesuaian, harga perkhidmatan pada harga yang rendah dan pelbagai kebajikan lain yang kini dinafikan oleh kerajaan Umno/BN.

Beliau menyelar tindakan kerajaan BN yang tidak mahu mengubah dan membentangkan semula Belanjawan 2009 di Parlimen walaupun berlakunya kemelut ekonomi dan penurunan harga minyak.

Beliau menyebut antara kelemahan kerajaan BN hari ini ialah terjadinya aliran keluar FDI (pelaburan dari luar) yang semakin tinggi.

Selain itu Wan Azizah juga menyebut permasalah yang membelenggu dasar-dasar kerajaan yang ada hari ini antaranya, pengganguran, kelemut akhlak remaja, kemiskinan, kemelut ekonomi yang melampau dan permasalahan rakyat yang tidak pernah terlerai.

Beliau juga mengkritik sistem pendidikan hari ini yang sebenarnya perlu dikaji semula bagi meningkatkan taraf rakyat.

Dengan kemelut tersebut, selain kepinggiran warga luar bandar oleh kerajaan Umno/BN, beliau melihat bahawa rakyat kini mula mendampingi KeADILan terutamanya di Sarawak.

"Saya yakin dengan penambahan ahli KeADILan di Sarawak, pilihan raya negeri di peringkat Sarawak tidak lama lagi akan menjadi medan kepada KeADILan untuk membentuk kerajaan baru," katanya.

Justeru beliau mengharapkan usaha yang sedang dijalankan oleh Pakatan Rakyat hari ini akan membentuk satu kerajaan baru berdasarkan kepada 'Harapan Rakyat'.

ImageBeliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan Pakatan Rakyat dalam membina gagasan pakatan ini sebelum dan selepas pilihan raya hingga kini ia mantap.

"Terima kasih kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan seluruh kepimpinan PAS," katanya.

"Terma kasih juga kepada Lim Kit Siang, Karpal Sing dah rakan-rakan dalam DAP kerana kerjasama selama ini hingga Pakatan mantap," katanya.

Kejayaan pada pilihan raya umum ke-12 telah menyebabkan kerjasama dalam Pakatn Rakyat semakin tinggi, an kepercayaan antara pemimpin telah menyebabkan penubuhan sekratariat kepimpinan pakatan.

"Kita telahpun berjaya merentasi idealogi parti antara kita yang sebelum ini amat berbeza semata-mata kerana rakyat, dan kerana rakyatlah kita membentuk pakatan ini," katanya.

Justeru beliau mengharapkan dengan kerjasama ini, impian membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat di peringkat pusat akan direalisasikan akhirnya.

Ucapan Wan Azizah bagaimanapun tidak menyentuh isu kegagalan Anwar untuk menukar kerajaan persekutuan pada 16 September lepas.

Sebaliknya, bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengkritik pelan penggantian kuasa perdana menteri kepada timbalannya yang dianggap "sebuah pentadbiran yang mirip kepada regim lama" yang menyebabkan "kemusnahan dahsyat" kebanyakan insitusi pentadbiran dalam negara.

Semalam, sewaktu merasmikan kongres Wanita dan Angkatan Muda parti itu, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali menjangkakan isu pertukaran kerajaan yang sedang diusahakan oleh Anwar akan disentuh oleh Dr Wan Azizah dan Anwar.

Anwar akan menyampaikan ucapannya, yang dijangka menyentuh beberapa isu penting PKR dan nasional, tidak lama selepas ucapan presiden.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok. _

Read More...

Saturday, November 29, 2008

Anwar tidak ulas kegagalan 16 Sept

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Nov 29, 08 1:30pm

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjelaskan punca kegagalannya menukar kerajaan persekutuan, atau "projek 16 September", walaupun beliau dijangka mengulas panjang isu itu seperti dinanti-nantikan banyak pihak dalam kongres pertama PKR selepas pilihanraya umum Mac lepas.

Semalam, timbalan presiden parti itu Dr Syed Husin Ali berkata, beliau menjangkakan perkara itu akan dijelaskan tokoh utama PKR itu dalam kongres tahunan kelima parti itu yang bermula di Shah Alam hari ini.

pkr national congress 291108 anwar ibrahim3Akibat kegagalan tersebut, media menuduh Anwar berbohong dan terhadap ahli-ahli PKR dalam pergerakan Wanita dan Angkatan Mudanya yang percaya dengan dakwaan sedemikian, kata Dr Syed Husin.

Mengakui projek itu "belum berhasil", Anwar berkata:

"Peralihan kuasa bagi kita bukan percaturan politik peribadi.

"Peralihan kuasa bagi kita adalah menegakkan suatu sistem yang adil, media yang bebas, badan kehakiman yang bebas, polis yang profesional, pimpinan yang tidak rasuah dan tamak haloba menekan rakyat.

"Itu maksud peralihan kuasa. Dan peralihan kuasa belum berhasil pada 16 September."

Anwar juga tidak mengadakan sidang media selepas menyampaikan ucapannya. Beliau disebut-sebut akan mengulas isu ini dalam ceramahnya malam ini di tempat yang sama.

Berucap di kongres PKR tengah hari ini, Anwar sekali lagi membidas para pemimpin Umno yang "terus memainkan api perkauman seolah-olah mereka jaguh Melayu tulen".

Tambahnya, semua pemimpin Pakatan Rakyat yang pelbagai kaum tidak mempertikaikan dasar yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Melayu, Dayak, Dusun, Bajau, Melanau, Kadazan, Cina, India tidak perlu apolegetik untuk bermaafan -- untuk mengatakan kami (anggota Pakatan) tidak lupa dasar yang termaktub dalam perlembagaan di negara kita.

"Itu dasar kita. Kita harus jawab serangan mereka," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan label anti-Melayu yang dikenakan terhadap DAP oleh "jaguh-jaguh Melayu baru" seperti ucapan-ucapan mereka di dalam Parlimen.

Read More...

Saturday, September 27, 2008

Hari Malaysia 16 Sept wajar dijadikan cuti umum

Mstar Online

KUALA LUMPUR: Memandangkan kerajaan bersetuju menjadikan tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September sebagai sambutan Hari Malaysia, maka sudah tibalah masanya bagi kerajaan mempertimbangkan cadangan mengisytiharkan cuti umum pada hari tersebut.

Tokoh sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim ketika membuat saranan itu berkata tarikh 16 September yang berdasarkan fakta sejarah itu adalah penting dan wajar diisytihar sebagai cuti umum.

"Tarikh 16 September adalah ulangan kita untuk mengingati tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 1963 yang kemudian ditukar menjadi Persekutuan Malaysia.

"Oleh itu, mengapa kita tidak boleh bertolakansur untuk menjadikan tarikh 16 September sebagai sebahagian daripada hari kebesaran negara untuk dijadikan cuti umum," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semalam yang berkata, kerajaan bersetuju menjadikan tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September sebagai perayaan Hari Malaysia yang akan disambut di seluruh negara.

Mohd Shafie dilaporkan sebagai berkata, Hari Malaysia lebih signifikan disambut di seluruh negara berbanding sebelum ini, di mana sambutan hanya dibuat di Sabah dan Sarawak.

Perayaan Hari Malaysia tahun ini akan diadakan pada 18 Oktober depan di Sabah ekoran 16 September jatuh pada bulan Ramadan.

Khoo mencadangkan kepada kerajaan agar 16 September setiap tahun harus dijadikan sebagai puncak perayaan sambutan hari kemerdekaan negara selepas 31 Ogos.

"Kita mulakan dengan sambut 31 Ogos dan 16 September sebagai hari puncak perayaan. Dua minggu saja tempohnya dengan hari mula dan hari terakhir dijadikan hari cuti. Bukan susah sangat," katanya.

Sementara itu, pensyarah kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Dr. Sarjit Singh Gill berkata cadangan kerajaan mengisytiharkan cuti umum pada 16 September akan memberikan pengiktirafan kepada Sabah dan Sarawak yang menyertai penubuhan Malaysia.

Beliau berpendapat kedua-dua perayaan (Merdeka dan Hari Malaysia) akan menyuntik semangat perpaduan dan integrasi sesama kaum yang lebih tinggi.

"Keprihatinan kerajaan mengisytiharkan cuti umum pada 16 September akan sedikit sebanyak mewujudkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat Sabah dan Sarawak sebagai warganegara Malaysia," katanya.

Bekas pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya, Dr. Rokiah Talib pula dalam reaksinya berkata, kerajaan harus mengkaji sedalam-dalamnya dahulu sebelum mempertimbangkan untuk mengisytiharkan cuti umum pada 16 September.

Beliau juga menyatakan rasa kebimbangannya akan produktivi negara jika kerajaan mengisytiharkan cuti umum pada 16 September.

"Rakyat Malaysia sekarang menikmati banyak cuti umum dan saya risau akan keberkesanan produktiviti negara akibat daripada pemberian cuti ini," katanya sambil menambah langkah pemberian cuti ini akan sedikit sebanyak merapatkan jurang antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.BERNAMA

Read More...

Thursday, September 25, 2008

Peralihan kuasa: Perkara yang amat menakutkan Umno, BN- Anwar

Suara Keadilan

Rabu, 24 September 2008


Untuk paparan yang lebih jelas, sila lawati Youtube kami di sini. Video Oleh Ebrahem Harris / Suara Keadilan Online.



KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER (SK) - Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim menyifatkan penolakan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk bertemu dengannya bagi mengadakan rundingan mengenai proses peralihan kuasa dan sesi khas sidang Parlimen 23 September lalu sebagai satu perkara yang amat menakutkan BN dan Umno.

Demikian kenyataannya dalam sidang media selepas menghadiri kes perbicaraannya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam sidang media itu, Anwar berkata keengganan Abdullah mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat sebagai satu tindakan Umno bagi membantutkan proses demokrasi.

“Inilah satu negara yang dikatakan demokratik di mana Perdana Menteri enggan bertemu dengan pemimpin Pembangkang sedangkan kita (Pakatan Rakyat) telahpun menghantar surat permohonan untuk mengajak beliau membincangkan proses peralihan kuasa secara aman bertarikh 15 September lalu,” katanya.

Anwar juga menegaskan beliau bersama Pakatan Rakyat tetap akan meneruskan tuntutan supaya Abdullah menghormati hak rakyat sama ada mahu memilih beliau ataupun pucuk pimpinan Umno-BN itu.

Anwar turut menegaskan Pakatan Rakyat akan mentadbir negara dengan adil dan akan menghapuskan ISA apabila menjadi kerajaan pusat.

“Saya fikir wajar untuk kita (PR) mengetengahkan kenyataan tentang kekuatan kita bahawa kita akan mentadbir dengan adil dan bukan untuk membalas dendam, ganas dengan menggunakan ISA dan pendirian kita adalah untuk membatalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebaik sahaja kita memerintah,” jelas beliau.

Read More...

Tukar k'jaan: Hanya Anwar boleh buat kenyataan

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Sep 25, 08 1:11pm

Atas alasan strategi, mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR malam tadi memutuskan bahawa hanya Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang boleh membuat sebarang kenyataan mengenai peralihan kuasa.

anwar ibrahim 02 060207Selain beliau, hanya pihak yang mendapat kebenaran parti dan Anwar sahaja yang dibenar mengeluarkan kenyataan mengenainya, demikian menurut sumber-sumber.

“Sebarang kenyataan hanya akan mengganggu proses (tersebut). Sepatutnya sebelum dibuat, hendaklah berbincangan dengan Anwar, hanya beliau yang tahu apa ceritanya,” kata sumber-sumber itu ketika ditanya mengenai mesyuarat khas itu yang berlangsung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Selain daripada anggota MPT, beberapa ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, turut dijemput menghadirinya.

tian chua 03Dalam mesyuarat itu juga, ketua penerangannya Tian Chua turut ditegur oleh Anwar kerana memberikan kenyatakaan kepada media tanpa merujuk kepada kepimpinan parti terlebih dahulu.

Kelmarin, Tian Chua dilaporkan berkata, Pakatan telah mula berunding dengan kerajaan berhubung peralihan kuasa.

Tian juga dilaporkan berkata bahawa hubungan awal itu dibuat melalui orang tengah Pakatan Rakyat dengan orang tengah perdana menteri.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada hari yang sama dan menyifatkannya sebagai “laporan yang paling gila”.

Malaysiakini difahamkan pertemuan yang dimaksud ahli parlimen Batu itu memang wujud.

Menurut Sumber-sumber itu lagi, senarai penuh ahli parlimen BN yang akan melompat kepada Pakatan juga tidak dibentangkan.

Mesyuarat semalam mensasarkan pembentukan kerajaan baru dapat dibuat selepas hari raya Aidilfitri ini, tambah sumber.

Selain, mesyuarat malam tadi juga menyarankan supaya diperbanyakkan program penerangan untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai peralihan secara aman.

Read More...

Langkah Seterusnya Untuk Membentuk Kerajaan - DSAI

anwaribrahimblog

— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

PETALING JAYA, MALAYSIA, 23 SEPTEMBER 2008

Hari Selasa bersamaan 23 September 2008 saya telah menemui kepimpinan Pakatan Rakyat. Pertemuan bersama pimpinan PAS yang terdiri daripada Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang diadakan di Kota Bharu. Mereka menegaskan komitmen mereka mengenai semangat dan matlamat Pakatan Rakyat. Manakala YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, saudara Lim Guan Eng ketika pertemuannya dengan saya, menyatakan rasa puas hati beliau di dalam setiap perkembangan untuk memperkukuh dan memperkemaskan konsensus di kalangan parti Pakatan Rakyat serta penyokong daripada Barisan Nasional.

Kami juga membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan yang ternyata mencerminkan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen. Keengganan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk membenarkan permohonan kami agar diadakan satu Sidang Khas Parlimen membuktikan usaha Kerajaan BN pimpinan Umno untuk mensabotaj proses demokrasi.

Sungguhpun begitu saya dan teman-teman di dalam Pakatan Rakyat tetap yakin dan percaya bahawa hasrat rakyat untuk melihat perubahan akan menjadi kenyataan. Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara. Saya tidak tahu mengenai adanya perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri - di mana kenyataan yang telah dibuat semalam menyarankan ruang komunikasi yang dibuka telah disalahtafsir.

Kini wujud satu krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara di saat rakyat Malaysia mengkehendaki penyelesaian kenaikan harga barangan yang tertinggi di dalam tempoh dua dekad, peningkatan kadar pengangguran dan keyakinan pelabur yang semakin terhakis.

Tatkala Menteri Kewangan yang baru berdegar-degar menyatakan kedudukan ekonomi negara masih stabil, fakta yang ada merungkai cerita yang berbeza. Untuk tahun 2008 sahaja lebih daripada RM125 billion telah ditarik keluar oleh para pelabur yang semakin jelak dengan sebuah kerajaan yang gagal untuk melaksanakan hatta satu perubahan demi menjamin kebebasan sistem kehakiman dan meneruskan penggunaan undang-undang kuku besi seperti ISA untuk menahan rakyatnya tanpa menuruti proses perundangan.

Perubahan-perubahan ini adalah sendi kepada visi Pakatan Rakyat untuk memulihkan ekonomi, untuk mencipta pekerjaan buat rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan serta menarik pelaburan asing, juga untuk memastikan jaminan perlembagaan dijunjung termasuklah yang berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kebebasan beragama bagi penganut agama lain, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menyekat kebebasan bahasa ibunda lainnya, dan juga status Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan.

On Tuesday I met with Pakatan Rakyat leadership from PAS in Kota Bharu, Kelantan and from DAP in Kuala Lumpur. Kelantan Mentri Besar Nik Aziz Nik Mat and PAS President Hajji Hadi Awang reaffirmed their commitment to the spirit and the goals of the coalition and Penang Chief Minister Lim Guan Eng expressed his satisfaction in the progress being made to strengthen and broaden the consensus among the Pakatan Rakyat parties and supporters from BN.

We also discussed the next steps that Pakatan Rakyat should take towards forming a government that reflects the support of the majority of Members of Parliament. Prime Minister Abdullah Badawi’s failure to accede to our request for an emergency session of Parliament represents another attempt by the UMNO-led BN government to sabotage and scuttle the democratic process.

Nevertheless I along with my colleagues in Pakatan remain confident that the people’s desire for change shall soon be attained. We will proceed cautiously towards our goals and we agreed neither to be provoked into hasty action nor to take an irresponsible approach that would lead to instability and greater uncertainty in country. I am not aware of any negotiations taking place between Pakatan Rakyat and the Prime Minister—statements made yesterday suggesting that a line of communication was open were misinformed.

There is a crisis of confidence in the current leadership of the nation at a time when the Malaysian people are demanding solutions for the highest increases in prices in two decades, increasing joblessness and the dramatic decline in investor confidence.

While the newly appointed Finance Minister boasts that the country is in sound economic standing, the facts tell a different story. In 2008 already over RM 125 billion has been withdrawn from the country by investors weary of a government that has failed to implement a single reform to ensure judicial independence and that continues to use draconian laws such as the ISA to detain its citizens without due process of law.

These basic reforms are cornerstones of Pakatan Rakyat’s vision to revive the economy, to create more growth and good jobs for Malaysian people, to attract foreign investment, and to ensure adherence to constitutional guarantees including the position of Islam as the religion of the federation, the freedom to practice other religions, Bahasa Melayu as the national language and the freedom to practice mother tongue languages, and the status of the Malay kings and the special position of the Malays and bumiputera.

ANWAR IBRAHIM
Opposition Chief
De-facto leader, Keadilan

Read More...

Anwar: 'Deadline' bukan isu, Pakatan hantar surat kepada Agong

Mstar Online

ANWAR Ibrahim ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi tadi bersama isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail. - foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pihaknya akan menghantar sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang dan permintaan untuk diadakan satu sesi khas Parlimen.

Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, sekali lagi mendakwa telah mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

"Surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyentuh mengenai proses peralihan kuasa secara aman dan sidang khas Parlimen bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).

"Kita (Pakatan Rakyat) masih mengemukakan tuntutan supaya Perdana Menteri menghormati hak rakyat yang memilih kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini.

Anwar ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, dan anak mereka Nurul Izzah, yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai.

Ketika mengulas mengenai suratnya yang meminta Perdana Menteri mengadakan sidang khas Parlimen, Anwar berkata Abdullah tidak memberi sebarang jawapan berhubung perkara itu kecuali membuat kenyataan untuk tidak memenuhi tuntutan berkenaan.

Anwar juga masih enggan mengumumkan nama anggota-anggota Parlimen yang beliau dakwa akan menyertai Pakatan Rakyat.

"Saya ada bilangan majoriti. Pasal deadline (tarikh untuk menubuh kerajaan baru) bukanlah satu isu," katanya.

Sementara itu dalam blognya hari ini, Anwar berkata, beliau dan teman-teman dalam Pakatan Rakyat tetap yakin dan percaya bahawa hasrat rakyat untuk melihat perubahan akan menjadi kenyataan.

"Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara."

Kata Anwar, beliau tidak tahu mengenai adanya perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri.

"Kenyataan yang telah dibuat semalam menyarankan ruang komunikasi yang dibuka telah disalah tafsir," katanya lagi.

Read More...

Tuesday, September 23, 2008

Pakatan belum utus surat kepada Agong

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Sep 23, 08 2:29pm

Pakatan Rakyat belum mengutus surat kepada Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan senarai nama ahli parlimen BN yang menyokong gabungan pembangkang sebelum membentuk kerajaan baru.

Anggota sekretariat Pakatan Rakyat, Johari Abdul yang diberi tanggungjawab menyerahkan surat itu berkata, beliau sedang menunggu arahan untuk berbuat demikian.

Beliau yang juga ahli parlimen Sungai Petani menambah, apabila ketiga-tiga pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAS memberikan arahan, beliau akan menghantarnya.

Johari berkata, beliau bagaimanapun tidak mengetahui isu kandungan surat itu.

“Saya cuma tukang hantar, orang suruh hantar saya hantar,” kata bekas ketua perhubungan PKR Kedah kepada Malaysiakini hari ini.

Mengulas sama ada surat kepada baginda menjadi sebahagian starategi Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan BN, Johari berkata:

“Ada sebab kita letakkan 23 September (sebagai tarikh akhir untuk panggil sidang khas parlimen).

"Kalau (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) gagal – hari ini sudah berakhir – kita ada strategi selepas 23 September. Kita ada rancangan.”

Ketua penerangan PKR Tian Chua ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu.

Tambahnya, tidak ada pemimpin Pakatan yang bercakap tentang perkara itu dan "persoalan ini tidak wujud."

Mereka diminta mengesahkan kenyataan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusof Rawa yang dilaporkan menyebut Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi bagi memohon mengadap Seri Paduka minggu lepas.

Beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, Pakatan Rakyat bergantung kepada Istana Negara untuk menasihatkan perdana menteri supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh pembangkang.

Malaysiakini hari ini difahamkan surat kepada baginda telah disediakan.

Read More...

16 Sept bukan tarikh serta-merta tubuh kerajaan baru

Suara Keadilan

Oleh : Hafiz Mohamad

KUALA LUMPUR, 20 SEPTEMBER (SK) - Tarikh 16 September yang dijanjikan penubuhan kerajaan baru bukanlah bermaksud kerajaan baru Pakatan Rakyat di bentuk dengan serta merta pada tarikh tersebut.

Ini disebabkan pelbagai protokol dan undang-undang perlu dibuat walaupun bilangan Ahli Parlimen mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Selain itu usaha supaya proses peralaihan kuasa secara aman dapat dilakukan dengan teratur tanpa melibatkan insiden tidak di ingini berlaku.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan(AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan bahawa walaupun 16 September tidak terjadi kerajaan baru serta-merta tetapi tarikh tersebut tetap merupakan visi dan wawasan Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dalam mencapai hasrat murni tersebut.

“Pada tarikh tersebut kita mengetahui bahawa Anwar mengumumkan secara rasmi bahawa jumlah minimum ahli Parlimen yang diperlukan telah mencukupi,”ujarnya kepada Suara KeADILan pagi ini.

Shamsul menjelaskan pada tarikh tersebut Ahli Majlis Tertinggi (MPT) KeADILan Johari Abdul telah menemui Perdana Menteri Abdullah Badawi bagi menyerahkan surat bagi membincangkan soal peralihan kuasa kepimpinan negara.

“Malah dalam sidang akhbar baru-baru ini Anwar menjelaskan bahawa beliau ingin mengambil alih kuasa secara aman tanpa sebarang huru-hara dalam negara,”katanya.

Shamsul berpendapat Anwar Ibrahim juga memikirkan tentang keselamatan rakyat justeru itu usaha pertimbangan bagi mengambilkira keselamatan Ahli Parlimen BN yang telah berhijrah tetap ditekankan.

“Disebabkan itu identiti mereka sengaja tidak didedahkan demi menjamin keselamatan mereka,”tambahnya.

Beliau turut melahirkan perasaan kecewa apabila kerajaan pusat pimpinan BN telah menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) bagi menangkap Exco Selangor Teresa Kok, penulis blog Malaysia Today Raja Petra dan wartawan Sin Chew Daily yang telah dibebaskan baru-baru ini, Tan Hoon Cheng.

“Ini juga adalah salah satu faktor kenapa kita dalam Pakatan Rakyat mahu berunding secara baik dan proses pertukaran yang bakal berlaku akan menjamin keselamatan dan keamanan negara,”ujarnya.

Shamsul turut mempersoalkan tindakan Abdullah dan Timbalannya Najib Abdul Razak yang menukar portfolio kedua masing-masing sebelum ini iaitu jawatan Menteri Kewangan yang disandang oleh Abdullah serta Najib sebagai Menteri Pertahanan.

“Kita tidak menolak kemungkinan tindakan menukar jawatan ini adalah sebagai persiapan Abdullah bagi menghadapi tindakan pertukaran kuasa yang mengancam kedudukan beliau dan timbalannya selaku pemimpin tertinggi negara,”kata Shamsul.

Bagi Shamsul AMK tetap mendesak supaya Perdana Menteri tersebut supaya menyahut seruan Anwar selaku Ketua Pembangkang supaya dapat diadakan pertemuan empat mata antara mereka.

Menurut Shamsul lagi beliau berharap agar Abdullah dapat membuat Sidang Rakyat tergempar di Parlimen seperti mana yang telah diminta oleh Anwar baru-baru ini.

“Dalam mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi tidak ada kejanggalan bagi Perdana Menteri berjumpa dengan Ketua Pembangkang untuk berbincang mengenai soal peralihan kuasa melainkan Abdullah benar-benar takut kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri akan tergugat,”tambahnya lagi.

Dalam pada itu Shamsul memberi saranan kepada Abdullah supaya jika beliau benar-benar memikirkan kepentingan rakyat beliau mesti tidak mengelak daripada berjumpa dengan Anwar.

“Keadaan ekonomi negara memang sudah tidak stabil lagi ditambah lagi dengan pergolakan politik negara yang kacau-bilau,”ujarnya lagi.

Tambah Shamsul lagi transformasi kuasa mesti dilakukan dengan baik seperti mana tradisi negara mengalami proses kemerdekaan dengan baik.

“Cuma ini saja caranya dan saya berharap tidak akan ada pertumpahan darah,”tambahnya lagi.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zulkifli Ahmad juga menegaskan bahawa tarikh 16 September tetap menjadi agenda kemuncak bagi komponen Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan baru.

Menurut Dr.Zulkifli agenda menubuhkan kerajaan baru telah bermula sejak pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac lalu selepas gabungan pembangkang berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga BN disamping merampas 5 negeri termasuk Wilayah Persekutuan.

“Sejak pakatan pembangkang memperoleh pencapaian cemerlang kami terus merangka menggantikan nama gagasan pembangkang sebelum ini iaitu Barisan Alternatif kepada Pakatan Rakyat,”kata Dr.Zulkifli.

Pada tarikh itu, menurut Dr Zulkifli, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat telah menetapkan bahawa 16 September iaitu tarikh sejarah pengisytiharan Malaysia sebagai semangat baru ke arah kerajaan baru.

“Kita sedia maklum bahawa pada tarikh yang telah berlalu itu tidak ada persidangan parlimen kerana parlimen masih berehat sempena bulan Ramadhan,”tambahnya.

Ujar Dr.Zulkifli disebabkan itu Anwar Ibrahim menuntut Abdullah mengadakan Sidang Rakyat tergempar bagi membincangkan usul tidak percaya kepada kepimpinan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

“Apa yang dilakukan oleh Anwar adalah selaras dengan undang-undang dan mengikut Perlembagaan Negara.Kalau hendak menunggu sehingga persidangan seterusnya iaitu 13 Oktober memang tidak munasabah,”kata Dr.Zulkifli.

Dr.Zulkifli menambah bahawa negara ini sudah tidak ada pelabur asing untuk melabur di sini setelah meneliti masalah yang berlaku dalam negara ini.

“Ekonomi Malaysia sudah semakin parah dan pelabur asing akan kembali melabur untuk menaikkan ekonomi Malaysia dengan syarat Pakatan Rakyat mesti mengambilalih pentadbiran negara segera,”ujarnya lagi.

Tambah Dr.Zulkifli lagi rakyat secara ketara mahukan perubahan dalam kerajaan apabila pengundi Permatang Pauh menolak calon BN Arif Shah ketika pilihanraya kecil pada 26 Ogos lalu dengan memberikan kemenangan yang besar kepada Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Anwar sendiri.

Exco Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu Tian Khiew menjelaskan bahawa tarikh 16 September baru-baru ini bukan untuk sewenang-wenangnya boleh menubuhkan kerajaan Persekutuan secara mendadak.

Adun Pandamaran itu menjelaskan bahawa proses teknikal masih belum selesai.

“Walaupun kita (Pakatan Rakyat) sudah mencukupi bilangan ahli Parlimen dan layak menubuhkan kerajaan, kita kena ikut prosuder yang sepatutnya,”ujar Ronnie.

Menurut Ronnie walaupu Pakatan Rakyat sudah memohon mengadakan Sidang Rakyat tergempar di Parlimen sehingga kini Abdullah Badawi masih belum memberikan jawapan mengenai perkara itu.

“Sebab itu kita memberi peluang sehingga 23 September dan jika tidak ada apa-apa jawapan selepas itu kita bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya,”tambah Ronnie lagi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub menjelaskan walaupun tidak ada perubahan serta-merta pada tarikh 16 September tetapi melalui tarikh tersebut adalah ke arah kerajaan baru.”Tarikh ini merupakan “Seruan Perjuangan” iaitu gegakan sempena mengingati detik bersejarah pengistiharan gagasan Malaysia pada 16 September 1963″kata Salahuddin.

Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menjelaskan bahawa tidak semestinya pertukaran kerajaan berlaku secara mengejut pada tarikh tersebut namun perubahan akan tetap berlaku selepas itu kelak.

Menurut Salahudin untuk mencapai sasaran ke tarikh tersebut sebenarnya bukannya mudah kerana ianya melibatkan ramai Ahli Parlimen BN yang sendiri mahu berpindah parti.

“Menjelang tarikh itu juga macam-macam perkara terjadi seperti perbicaraan kes liwat ke atas Anwar, Ahli Parlimen di bawa lari ke Taiwan dan penangkapan Exco Selangor Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh,”ujarnya lagi.

Salahudin turut mengaku bahawa rakyat Malaysia sendiri yang menuntut perubahan berdasarkan keputusan pilihanraya umum dan pilihanraya Permatang Pauh yang lepas.

Read More...

Tuesday, September 16, 2008

Selepas 45 tahun, pembentukan Malaysia diraikan

Siasahdaily


KELANA JAYA, 16 Sept: Selepas 45 tahun berlaku, pembentukan Malaysia diraikan dengan penuh kebanggaan di Stadium Kelana Jaya malam tadi.

Ia diraikan oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut serta adalah para pemimpin DAP dan PAS yang menjadi rakan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Mewakili PAS adalah Naib Presidennya, Ustaz Ahmad Awang serta Setiausaha Agung, Datuk Kamarudin Jaffar. Manakala DAP diwakili oleh pemimpinnya iaitu Lim Kit Siang dan juga Lim Guan Eng.

Mereka sama-sama menyanyikan lagu Negaraku sambil mengibarkan bendera kebangsaan, Jalur Gemilang.

Sebelum itu, mereka berbuka puasa dan solat Maghrib dan Terawikh bersama-sama.


Read More...

Pembentukan Kerajaan: Kenyataan Penuh Anwar

— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

PETALING JAYA, MALAYSIA, 16 SEPTEMBER 2008

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.

Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.

Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.

Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.

Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.

Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;

4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.

Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.

Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Read More...

Tukar kerajaan bukan angan-angan Mat Jenin - Nik Aziz

Harakahdaily

Muhammad Yusri Amin
Tue | Sep 16, 08 | 6:22:22 pm MYT

KOTA BHARU, 16 Sept (Hrkh) - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kata kerajaan baru karut. Manakala ada pemimpin parti lain pula sebut jangan jadi angan-angan Mat Jenin.

Mengulas perkembangan itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertukaran kerajaan bukan sekadar gimik politik.

"Usaha ke arah membentuk kerajaan baru pada 16 September dengan diketuai Parti KeADILan Rakyat tidak boleh disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin.

"Ini kerana istilah angan-angan Mat Jenin itu tidak ada pada orang politik," katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian sambutan ulang ke-18 Tabung Serambi Mekah di sini, hari ini.

Perdana Menteri hari ini dilaporkan berkata, rancangan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan baru 16 September sebagai karut dan ia seumpama cerita kosong.

Manakala ada pemimpin lain pula menyebut jangan jadi macam Mat Jenin jika kerajaan baru tidak berteraskan Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemerintahan diterajui Umno dan BN sekarang tidak menunjukkan matlamat yang jelas sama ada menuju pemerintahan Islam atau mengamalkan demokrasi.

"Kerja-kerja Umno dan rekod buruknya menjadikan parti itu Islam pun tidak, demokrasi pun tidak," katanya.

Oleh itu beliau berkata, mengapa Umno tidak menukar dasarnya seperti dilakukan PAS di Kelantan melaksanakan polisi pentadbiran mengikut kehendak Islam sejak lebih 18 tahun lalu. - mj _

Read More...

Langkah Pakatan selanjutnya - mengadap Agong

Malaysiakini

Fauwaz Abdul Aziz | Sep 16, 08 4:57pm

Pemimpim Pakatan Rakyat akan mengadap Yang di-Pertuan Agong sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan bertemu mereka untuk membincangkan peralihan kuasa secara aman dari Barisan Nasional.

tian chua 03 240505Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berkata, ini akan berlaku dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

"Kita telahpun berkata, kita mempunyai yang jumah (ahli parlimen) yang cukup, dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) baru tadi mendedahkan bahawa kita mendapat lebih daripada 31 ahli parlimen BN," kata Tian, merujuk kepada sedang akhbar penasihat PKR itu jam 2 petang tadi.

Sekiranya mereka bertemu Abdullah tetapi beliau enggan meletak jawatan, Tian berkata, Pakatan mungkin mendapat campurtangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, untuk memujuk beliau supaya berbuat demikian.

sultan mizan zainal abidin 13th agung king malaysia 1212062"Seboleh-bolehnya, kami akan cuba mengelak membabitkan Yang di-Pertuan Agong," kata Tian ketika dihubungi.

'Sudah ada 116 MP'

Awal pagi ini, AFP memetik Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli sebagai berkata, Pakatan Rakyat akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan mandat untuk memerintah, sekiranya Abdullah enggan bertemu mereka.

Menurutnya, isu pelantikan perdana menteri dan pertukaran kerajaan membabitkan peranan baginda.

dr hatta ramli 01Dr Hatta mendakwa, Pakatan kini mendapat sokongan dari 116 ahli Parlimen. Ini bermakna 35 ahli parlimen kerajaan telah menyertai Pakatan.

Dalam sidang akhbar hari ini, Anwar berkata, beliau telah mendapat lebih daripada 31 ahli parlimen dari BN, yang diperlukan untukk menubuhkan kerajaan baru dan menggesa Abdullah supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa.

Anwar bagaimanapun tidak mendedahkan nama ahli-ahli parlimen BN terbabit.

Selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar telah menetapkan 16 September sebagai tarikh untuk menarik sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen kerajaan menyertai Pakatan untuk memulihkan beliau menubuhkan kerajaan baru.

Read More...

Anwar tidak umum senarai yang akan lompat

KLpos

SELESAI sidang media Ketua Pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya sebentar tadi menyaksikan teka-teki perubahan kerajaan yang diwar-warkan masih belum menjadi kenyataan.

Pakatan Rakyat mahu menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu berhubung pelan sasaran mereka membentuk kerajaan baru persekutuan.

KLpos yang mengikuti sidang media tersebut secara langsung menerusi justin.tv mendapati Datuk Seri Anwar masih berteka-teki dengan dakwaannya berkenaan dengan ahli parlimen Barisan Nasional yang akan menyeberang ke Pakatan Rakyat.

Menurut Anwar, beliau tidak mahu peristiwa 8 Mac lalu berulang di mana peralihan kuasa di Selangor dan Perak tidak berlaku dengan aman.

Anwar mendakwa ada dokumen-dokumen kerajaan dihapuskan pada 8 Mac lalu ketika pakatan pembangkang berjaya mengambil-alih kedua-dua negeri tersebut.

Anwar juga tidak mengumumkan nama ahli-ahli Parlimen BN yang didakwa mahu melompat parti itu sebagaimana dijangkakan sebelum ini.

Sidang media tersebut diakhiri dengan soalan bertalu-talu dari wartawan dalam dan luar negeri.

Semalam Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 12,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya.

Anwar juga mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa.

Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan.

"Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Foto: Reuters


Satu pertemuan dengan PM akan diadakan untuk bincang proses peralihan kuasa

Read More...

Anwar mahu jumpa PM, mengadap YDP Agong untuk bentuk kerajaan

Harakahdaily

Mohd Rashidi Hassan & Irwan Muhammad Zain | Foto Nasir Sudin
Tue | Sep 16, 08 | 3:52:17 pm MYT

PETALING JAYA, 16 Sept (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menunggu jawapan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk diadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat secepat mungkin bagi memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman dan demokratik.

Anwar berkata dalam pertemuan itu, beliau akan mengemukakan senarai nama-nama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telahpun memberikan komitmen untuk bersama-sama membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat.

Tegasnya, selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Pakatan Rakyat akan memohon untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong bagi mendapat mandat penubuhan kerajaan baru.

Semua proses ini katanya, walaupun melepasi 16 September, namun ianya harus dilakukan secara teratur, aman dan demokratik menurut lunas-lunas Perlembagaan Negara.

ImageKatanya, beliau memberikan masa kepada PM beberapa hari ini untuk membuat keputusan bertemu dengan Pakatan Rakyat seberapa segera.

"Saya fikir PM tiada sebab untuk tidak bertemu dengan kami (Pakatan Rakyat)," katanya.

Anwar menegaskan demikian dalam sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat dekat sini. Antara pemimpin yang hadir ialah, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, AJK DAP Pusat, Tan Kok Wai.

ImageMenurut Anwar setakat ini jumlah Ahli Parlimen yang diperlukan melebihi 31 orang dan jumlah yang memberikan komitmen mereka bertambah dari masa ke semasa.

"Ini bukan omong kosong. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita sudah bersedia untuk melakukannya," kata beliau.

Selain itu beliau turut menegaskan jika selepas beberapa hari, tidak ada respons, pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya," katanya.

Menjawab soalan wartawan, Anwar tidak menafikan antaranya adalah yang berjawatan Menteri, Timbalan Menteri serta lain-lain pemegang jawatan utama dari pelbagai parti.

Walaupun diasak pelbagai desakan wartawan meminta beliau mengemukakan senarai tersebut, Anwar bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana bimbang ahli-ahli parlimen tersebut akan diugut.

Katanya, apa yang penting Perdana Menteri harus memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan ISA dan sebarang bentuk sekatan kepada perubahan kerajaan.

Semalam, wakil dari Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Abdullah untuk mengadakan pertemuan.

Anwar berkata, mereka memberi masa kepada perdana menteri untuk berbincang dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menerima kehendak rakyat.

"Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau esok," kata Anwar

Anwar turut berkata masa yang cukup perlu diberikan kepada Abdullah kerana Presiden Umno itu kini merupakan ahli politik yang kini dalam keadaan genting.

"Jadi, anda harus memaafkan beliau kerana beliau dalam keadan terdesak," katanya. - mks. _

Read More...

"Pembangkang telah gagal hari ini, BN masih terus berkuasa" Abdullah

KLpos

16 Sep 2008 11:41AM

PUTRAJAYA: Setelah pembangkang gagal untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara hari ini seperti yang digembar-gemburkan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan yang ada teguh dan masih meneruskan tugas, peranan dan kuasa yang diberikan oleh rakyat.

Sambil meminta rakyat supaya tidak terpesong dengan dakyah pembangkang terutamanya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mereka akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, Perdana Menteri berkata kerajaan akan melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dan menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat.

"Kerajaan akan terus memberi khidmat kepada rakyat dan membangunkan ekonomi negara," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini selepas mengadakan mesyuarat dengan semua Ketua Setiausaha kementerian.

Abdullah berkata rakyat hendaklah menumpukan usaha kepada kerja mereka manakala kerajaan berusaha mengatasi masalah rakyat.

Abdullah berkata rakyat tidak perlu kelam-kabut dengan pembohongan Anwar itu sehingga merugikan masa dan semua usaha mereka tergganggu.

Beliau menyifatkan hasrat Anwar hendak mengambil alih pemerintahan negara dan menjadi Perdana Menteri pada hari ini sebagai "suatu impian Anwar" sahaja.

Sebelum ini, Anwar telah beberapa kali berkata bahawa hari ini 16 Sept adalah tarikh untuk Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara kerana ramai Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional akan menyertai pembangkang.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS kini mempunyai 81 Anggota Parlimen manakala BN pula menguasai 140 kerusi. Seorang lagi adalah wakil Bebas.

Mengenai dakwaan Anwar kononnya pembangkang sudah mempunyai senarai Anggota Parlimen BN yang akan menyertai mereka, Abdullah berkata Anwar boleh bercakap apa sahaja yang dia mahu.

"Memang sudah menjadi lumrah Anwar dari dahulu sehingga sekarang suka memperkatakan sesuatu untuk menarik perhatian umum," katanya.

Perdana menteri berkata beliau pasti bahawa selepas ini Anwar akan mengubah pula tarikh mengambil alih tampuk pemerintahan negara setelah gagal hari ini.

Ditanya mengenai kebimbangan rakyat terhadap perkembangan politik semasa negara, beliau berkata tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana semuanya adalah satu pembohongan politik Anwar.

"Akhbar pula terlampau asyik mengutarakan berita-berita politik sehinggakan satu hari sampai 10 muka surat disediakan untuk tujuan itu," katanya. / Bernama

Read More...

916: Sekitar Himpunan Hari Malaysia

kerabu bersuara



























































































http://anak-reformasi.blogspot.com/2008/09/916-sekitar-himpunan-hari-malaysia.html

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |