+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label Agong. Show all posts
Showing posts with label Agong. Show all posts

Thursday, April 2, 2009

Raja Perlembagaan Dan Parlimen Harapan Sekat Najib?

muslimeen united
YDP Tuanku Mizan
" Jalan yang akan dihadapi Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 sangat tidak mudah selain harus mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti UMNO, Najib juga harus mampu mengembalikan kestabilan ekonomi dan Politik Malaysia.

Berbagai pro-kontra pun mulai muncul kerana kredibiliti Najib diragukan sebagai Perdana Menteri. Ahli-ahli politik dari perbagai parti menilai Najib tidak layak jadi perdana menteri karena mempunyai track record yang buruk. Selain itu, gaya kempemimpinan Najib diramalkan akan sama dengan pendahulunya, Dr Mahathir Mohamad yang otoriter yang mengekang kebebasan berekspresi dan berkumpul.


"
Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir sabtu lalu adalah sangat bersejarah bagi Najib Tun Razak, sebab Najib telah resmi terpilih dan dilantik sebagai Presiden UMNO.

Dengan jabatan pula, Najib secara automatik akan menggantikan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Dan serah terima jabatan ditaksir akan dilakukan pada awal bulan April ini.

Kami memikirkan setelah Najib jadi perdana Menteri hak kebebasann media dan perhimpunan akan disekat, kata ketua Penerangan Parti Keadilan, Tian Chua kepada wartawan Tvone di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pemimpin yang akan mengambil alih ini mempunyai sifat yang keras, dan berciri-ciri diktator dan tidak menghormati hak asasi manusia, tambahnya.

Tidak mustahil penggunaan ISA akan digunakan dengan meluas sebagai alasan pengancam keselamatan dan ekonomi negara.

Negara kita boleh dianggap sebagai menghampiri situasi krisis, Krisis kredibiliti Peminpin.

Menelusuri rentetan fenomena ini, dapat disimpulkan bahawa terminologi perubahan yang diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak hanya mendokong maksud ke arah pengukuhan kembali kuasa, bukannya pembersihan UMNO daripada najis rasuah.

Keseriusan sindrom “penyakit gila duit” yang melanda UMNO ini turut digambarkan melalui bekas Presiden UMNO itu sendiri, Tun Mahathir Mohamad menerusi blog peribadi beliau - chedet.cc, dan mantan Pedana menteri ini juga mengenakan syarat untuk menyertai UMNO semula. UMNO dikatakan telah mengundang kejelekan dan kemuakan yang melampau daripada rakyat ekoran gejala ini.

Tambah parah, terdapat ketempangan daripada kes Ketua Menteri Melaka.Kita lihat Ali Rustam dikenakan tindakan disiplin yang menyebabkan beliau digugurkan kelayakan untuk bertanding tetapi tidak digantung keahliannya.Beliau dilaporkan turut melakukan perbuatan membeli undi melalui agen beliau. Namun menggugurkan hak bertanding tidak disertai dengan pergantungan sebagai ahli dan tidak pula di caj ke mahkamah. Berbeza pula dengan kes Datuk Norza yang fakta kesnya adalah serupa.

Konklusinya, walau apapun gendang perubahan yang dicanangkan, UMNO tetap UMNO. Bobrok tetap bobrok. Serong terus melencong. Bengkak kian bernanah. UMNO ibarat pesakit kanser yang menanti masa untuk mati dan situasi ini natijahnya, bakal mengundang peneraju Umno Najib Tun Razak melakukan apa sahaja yang perlu demi UMNO, agar ia terus berkuasa.

Oleh yang demikian situasi ini akan mengakibatkan negara dipimpin
oleh seorang yang diragui ahlak dan tindakannya.
Apakah tindakan setiap parti politik atau NGO mahu pun rakyat dalam menangani isu ini.

Negara kita berbeza dengan Thailand dan Indonesia kerana kita tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan untuk dirujuk. Biasanya kita merujuk kepada Mahkamah Persekutuan tetapi sepanjang 51 tahun lepas Mahkamah Persekutuan tidak pernah membicarakan perlanggaran perlembagaan dan kredibiliti kepimpinan. Dan, berbeza dengan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang telah beberapa kali membicarakan kontroversi-kontroversi berkaitan perlembagaan, Mahkamah Persekutuan kita tidak langsung dirujuk semasa krisis perlembagaan pada tahun 1983, 1988 dan 1993. Mungkin ini merupakan tempias daripada kurangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan hakim-hakim kita.

Maka kita tinggal dengan satu sahaja pilihan iaitu Yang Di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu. Sebagai contoh. kredibiliti peminpin yang akan menubuhkan kerajaan.

Masalah yang sedang kita alami sekarang berkisar di sekeliling isu perlantikan kerajaan, yang dalam bahasa perlembagaan sebenarnya ialah isu perlantikan perdana menteri. Perlembagaan memberikan tanggungjawab ini kepada Yang Di-Pertuan Agong berdasarkan budi bicara Baginda. Dalam situasi yang terang, contohnya jika terdapat majoriti di parlimen dan ketua yang jelas, maka Yang Di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan selain daripada melantik ketua tersebut sebagai perdana menteri dan seterusnya menerima nasihat perdana menteri dalam urusan pembentukan kabinet. Ini boleh berlaku selepas pilihanraya umum, kematian perdana menteri semasa masih memegang jawatan, ataupun setelah berlaku perletakan jawatan perdana menteri.

Perletakan jawatan boleh berlaku dengan beberapa bentuk. Contohnya perletakan jawatan biasa seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003. Dalam konteks negeri dan peranan sultan negeri tersebut pula, kita boleh melihat contoh yang berlaku setelah Dewan Undangan Negeri tidak lagi menyokong Menteri Besar mereka seperti yang dialami oleh Menteri Besar Selangor Harun Idris pada tahun 1976 dan Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir pada tahun 1977. Tetapi perlembagaan negara kita tidak mempunyai klausa yang jelas dalam isu perletakan jawatan. Satu-satunya peruntukan yang menyentuh isu perletakan jawatan ialah Artikel 43(4) yang menyebut bahawa mana-mana perdana menteri yang kehilangan sokongan dewan rakyat perlu meletak jawatan. Tetapi perlembagaan kita tidak menyebut mengenai proses menarik balik sokongan terhadap perdana menteri. Ini telah dimanipulasi oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Apa peranan Yang Di-Pertuan Agong dalam situasi sekarang? Berdasarkan undang-undang, Yang Di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan. Hakikatnya, walaupun tidak disebut secara jelas dalam perlembagaan, Baginda perlu memastikan wujud sebuah kerajaan pada setiap masa. Seterusnya, jika terdapat persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja. Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini. Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan sedia ada tatkala kesahihan kerajaan tersebut sendiri sedang dipertikaikan.

Jika diteliti perlembagaan asal yang dihasilkan oleh Lord Reid, sebenarnya memang terdapat peruntukan yang membolehkan Yang Di-Pertuan Agong memecat perdana menteri dalam situasi sedemikian. Tetapi peruntukan ini tidak dimasukkan dalam draf akhir yang diluluskan menjadi perlembagaan negara kita. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa Yang Di-Pertuan Agong masih mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini.

Artikel 43(4) juga menyentuh mengenai pembubaran parlimen. Tetapi Artikel ini perlu dibaca dengan Artikel 40(2)(b) yang memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan budi bicara dalam menentukan sama ada perlu atau tidak parlimen dibubarkan setelah diminta oleh perdana menteri. Berdasarkan pengalaman negara-negara Komanwel, Suruhanjaya Reid mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa pembubaran parlimen perlu diserahkan kepada budi bicara Yang Di-Pertuan Agong, antaranya ialah untuk mengelakkan negara kita dipaksa mengulangi pilihanraya berkali-kali oleh kerajaan yang tidak stabil.

Yang Di-Pertuan Agong, boleh mengambil tindakan terhasil daripada pembacaan literal Artikel 43(4) bersama dengan Artikel 40(2)(a). oleh kerana terdapat unsur-unsur tidak demokratik dalam menghalang tercapainya, maka mungkin cara ini lebih praktikal. Ia juga boleh menghalang kerajaan daripada terus menerus menyekat perubahan. Tetapi cara ini amat bergantung kepada kemahuan Yang Di-Pertuan Agong untuk memainkan peranan yang lebih proaktif.

Mungkin wajar disebut di sini bahawa terdapat negara-negara demokrasi yang stabil di Eropah yang turut mengamalkan sistem monarki seperti kita. Di luar Eropah pula, telah terdapat Raja yang secara aktif membantu lahirnya demokrasi di negara mereka. Inilah yang berlaku di Sepanyol, Thailand dan juga sedikit sebanyak di Jordan. Adakah Raja-Raja kita juga mahu turut sama seperti Raja-Raja di negara-negara itu?

Apakah Tuanku akan menperkenankan Perdana Menteri yang baru ini.? Ini adalah situasi terbaru yang rakyat semua ternanti-nantikan.

Read More...

Najib iringi Abdullah menghadap Agong hari ini, angkat sumpah esok

mstar online

MESYUARAT KABINET TERAKHIR...Perdana Metneri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempengerusikan mesyuarat Kabinetnya yang terakhir hari ini.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.

"Esok Perdana Menteri jemput saya untuk mengiringi beliau menghadap Agong.

"Jika mendapat perkenan Tuanku, Jumaat ialah harinya (beliau mengambil alih jawatan perdana menteri)," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Tamil di sini semalam.

Abdullah akan menghadap Tuanku Mizan bagi memohon perkenan berhubung isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri seperti mana yang telah dipersetujui dalam pelan peralihan kuasa antara beliau dan Najib sebelum ini.

Upacara angkat sumpah Najib sebagai Perdana Menteri keenam dijangka berlangsung esok di Balai Rong Seri, Istana Negara.

Difahamkan istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah menyimpan rahsia Najib akan diadakan pada pukul 10 pagi.

Ketika diminta mengulas mengenai pelantikannya nanti sebagai Perdana Menteri menggantikan Abdullah, Najib berkata pelantikan tersebut merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul dengan sebaik mungkin.

"Saya amat isnaf bahawa ini satu tanggungjawab yang amat berat yang akan saya pikul.

"Saya rasa satu penghormatan yang amat besar, tapi lebih penting dari itu saya membawa perasaan keinsafan yang mendalam dan tawaduk bahawasannya ini bukan status atau pangkat tapi soal tanggungjawab...harapan rakyat kepada saya dan kerajaan amat besar," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan membawa senarai anggota Kabinet yang baru ketika menghadap Agong esok, Najib berkata: "Tidak...tidak...bukan esok."

Dalam pada itu Najib turut enggan mengulas mengenai laporan dan ramalan beberapa penganalisis politik yang mengatakan bahawa barisan Kabinet baru akan dikecilkan.

"Boleh kita tunggu masa yang lebih sesuai? Saya tidak mahu bercakap mengenainya sekarang...saya tidak buat apa-apa keputusan lagi mengenainya," katanya.

Najib turut ditanya sama ada beliau akan membariskan barisan anggota Kabinet di kalangan pemimpin Umno yang sedang disiasat oleh Lembaga Disiplin berhubung politik wang, beliau berkata perkara tersebut masih terlalu awal untuk diputuskan.

"Ini peringkat siasatan, kita tak tahu lagi apa hasil siasatan dan ia bergantung kepada dapatan Lembaga Disiplin.

"Saya tak dapat andaikan apa-apa, tentu ada banyak khabar angin...tapi kita tidak boleh buat kesimpulan berdasarkan khabar angin.

"Saya serah kepada Lembaga Disiplin, mereka akan buat tindakan yang difikirkan wajar," katanya.

Read More...

Friday, March 20, 2009

Agong digesa tidak lantik Najib jadi PM

Malaysiakini

Mar 18, 09 7:47pm

Datuk Zaid Ibrahim hari ini menggesa Yang di-Pertuan Agong supaya membuat pilihan yang betul - jangan lantik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri akan datang.

"Ini adalah masa yang amat sukar. Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang akan menyatupadukan negara ini yang sedang berdepan dengan kesukaran. Berpecah kita lemah.

"Saya keberatan untuk menyatakannya tetapi untuk sebab-sebab yang telah saya katakan, saya terpaksa menyebut bahawa Najib pasti akan memecahbelahkan kita dan dalam berbuat demikian, akan menolak kita semakin hampir ke tepian," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

zaid ibrahimBerucap di majlis makan tengahari Royal Rotary Club di ibu negara hari ini, bekas ketua bahagian Umno itu berkata, terdapat ahli-ahli parlimen parti itu yang berkelayakan untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Sehubungan itu, demi negara, kata Zaid, beliau menggesa Seri Paduka Baginda supaya mengambil kira keperluan dalam pelantikan bagi jawatan tersebut serta kebimbangan rakyat.

"Tidak ada obligasi perlembagaan bagi Seri Paduka untuk melantik presiden Umno sebagai perdana menteri," katanya dalam ucapan yang agak keras itu.

Najib dijadual mengambil alih jawatan perdana menteri lewat bulan ini apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersara.

Menurut Zaid lagi, tidak pernah dalam sejarah negara ini di mana pemilihan perdana menteri menjadi begitu genting.

"Malaysia", tegasnya, "kini dalam krisis" apabila negara sedang berdepan dengan cabaran-cabaran ekonomi yang besar yang akan memberi kesan sosio-politik yang teruk, yang tidak dapat dielakkan.

Read More...

Tuesday, September 23, 2008

Pakatan belum utus surat kepada Agong

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Sep 23, 08 2:29pm

Pakatan Rakyat belum mengutus surat kepada Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan senarai nama ahli parlimen BN yang menyokong gabungan pembangkang sebelum membentuk kerajaan baru.

Anggota sekretariat Pakatan Rakyat, Johari Abdul yang diberi tanggungjawab menyerahkan surat itu berkata, beliau sedang menunggu arahan untuk berbuat demikian.

Beliau yang juga ahli parlimen Sungai Petani menambah, apabila ketiga-tiga pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAS memberikan arahan, beliau akan menghantarnya.

Johari berkata, beliau bagaimanapun tidak mengetahui isu kandungan surat itu.

“Saya cuma tukang hantar, orang suruh hantar saya hantar,” kata bekas ketua perhubungan PKR Kedah kepada Malaysiakini hari ini.

Mengulas sama ada surat kepada baginda menjadi sebahagian starategi Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan BN, Johari berkata:

“Ada sebab kita letakkan 23 September (sebagai tarikh akhir untuk panggil sidang khas parlimen).

"Kalau (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) gagal – hari ini sudah berakhir – kita ada strategi selepas 23 September. Kita ada rancangan.”

Ketua penerangan PKR Tian Chua ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu.

Tambahnya, tidak ada pemimpin Pakatan yang bercakap tentang perkara itu dan "persoalan ini tidak wujud."

Mereka diminta mengesahkan kenyataan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusof Rawa yang dilaporkan menyebut Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi bagi memohon mengadap Seri Paduka minggu lepas.

Beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, Pakatan Rakyat bergantung kepada Istana Negara untuk menasihatkan perdana menteri supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh pembangkang.

Malaysiakini hari ini difahamkan surat kepada baginda telah disediakan.

Read More...

Monday, September 22, 2008

Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak - Aziz Bari

Harakahdaily

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari
Sun | Sep 21, 08 | 11:16:57 am MYT

Cara Dato' Seri Abdullah Badawi menjawab soalan-soalan pemberita mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini menunjukan bahawa beliau memandang serius cabaran Ketua Pembangkang itu.

Sebelum ini Abdullah biasanya berkata bahawa Anwar hanya bergimik apabila mendakwa bahawa beliau mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, lantas membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Tetapi mutakhir ini Abdullah telah bertukar nada. Anwar telah dituduh sebagai pengancam keselematan dan ekonomi negara. Tuduhan ini membayangkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin akan digunapakai.

Jelas sekali kerajaan kini merasa tergugat. Selain cabaran daripada Anwar, parti pemerintah juga digugat oleh perebutan kuasa dalaman. Jika kita lihat reaksi beberapa menteri terhadap penggunaan ISA baru-baru ini, tidak mustahil jika kita katakan bahawa Abdullah tidak lagi dapat mengawal sepenuhnya kabinet beliau.

Negara kita boleh dianggap sebagai menghampiri situasi krisis. Dalam waktu sebegini, kita memerlukan sesuatu yang mungkin kelihatan sedikit 'di luar perlembagaan' (extra-constitutional) untuk menangani keadaan.

Cara-cara biasa mungkin tidak berkesan, terutama kerana kerajaan seolah-olah telah panik dan kelihatan tidak lagi berkebolehan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan mengendalikan tugas-tugas biasa dalam pentadbiran.

Negara kita berbeza dengan Thailand dan Indonesia kerana kita tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan untuk dirujuk. Biasanya kita merujuk kepada Mahkamah Persekutuan tetapi sepanjang 51 tahun lepas Mahkamah Persekutuan tidak pernah membicarakan perlanggaran perlembagaan.

Dan, berbeza dengan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang telah beberapa kali membicarakan kontroversi-kontroversi berkaitan perlembagaan, Mahkamah Persekutuan kita tidak langsung dirujuk semasa krisis perlembagaan pada tahun 1983, 1988 dan 1993. Mungkin ini merupakan tempias daripada kurangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan hakim-hakim kita.

Maka kita tinggal dengan satu sahaja pilihan iaitu Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu.

Masalah yang sedang kita alami sekarang berkisar di sekeliling isu perlantikan kerajaan, yang dalam bahasa perlembagaan sebenarnya ialah isu perlantikan perdana menteri. Perlembagaan memberikan tanggungjawab ini kepada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan budi bicara Baginda.

Dalam situasi yang terang, contohnya jika terdapat majoriti di parlimen dan ketua yang jelas, maka Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan selain daripada melantik ketua tersebut sebagai perdana menteri dan seterusnya menerima nasihat perdana menteri dalam urusan pembentukan kabinet.

Ini boleh berlaku selepas pilihan raya umum, kematian perdana menteri semasa masih memegang jawatan, ataupun setelah berlaku perletakan jawatan perdana menteri.

Peletakan jawatan boleh berlaku dengan beberapa bentuk. Contohnya peletakan jawatan biasa seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003.

Dalam konteks negeri dan peranan sultan negeri tersebut pula, kita boleh melihat contoh yang berlaku setelah Dewan Undangan Negeri tidak lagi menyokong Menteri Besar mereka seperti yang dialami oleh Menteri Besar Selangor Harun Idris pada tahun 1976 dan Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir pada tahun 1977.

Tetapi perlembagaan negara kita tidak mempunyai klausa yang jelas dalam isu peletakan jawatan. Satu-satunya peruntukan yang menyentuh isu peletakan jawatan ialah Artikel 43(4) yang menyebut bahawa mana-mana perdana menteri yang kehilangan sokongan dewan rakyat perlu meletak jawatan.

Tetapi perlembagaan kita tidak menyebut mengenai proses menarik balik sokongan terhadap perdana menteri. Ini telah dimanipulasi oleh Umno dan Barisan Nasional. Speaker Dewan Rakyat seolah-olah berusaha keras untuk menafikan usaha Pakatan Rakyat membawa usul tidak percaya di parlimen.

Apa peranan Yang di-Pertuan Agong dalam situasi sekarang? Berdasarkan undang-undang, Yang Di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan. Hakikatnya, walaupun tidak disebut secara jelas dalam perlembagaan, Baginda perlu memastikan wujud sebuah kerajaan pada setiap masa.

Seterusnya, jika terdapat persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja. Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini. Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan sedia ada tatkala kesahihan kerajaan tersebut sendiri sedang dipertikaikan.

Mungkin jika kita mengikut protokol dengan ketat maka Anwar tidak boleh ke Istana Negara sekarang. Dengan itu, Yang di-Pertuan Agong sewajarnya menjemput Ketua Pembangkang tersebut untuk mengadap dan mempersembahkan senarai ahli parlimen yang beliau dakwa akan menyokong beliau dalam kerajaan baru.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak untuk mendengar secara terus daripada ahli-ahli parlimen tersebut, sama seperti mana Sultan Selangor dan Raja Perlis telah memanggil mengadap ahli-ahli dewan undangan negeri mereka selepas pilihan raya Mac lalu.

Sekiranya Yang di-Pertuan Agong mendapati dakwaan Anwar adalah benar dan Anwar memang mempunyai sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli parlimen, maka Baginda boleh menitahkan agar Abdullah meletak jawatan.

Bukan sahaja Abdullah boleh dititahkan untuk meletak jawatan, bahkan dalam situasi sedemikian, berdasarkan undang-undang, peletakan jawatan menjadi tanggungjawab Abdullah dan kabinetnya.

Jika diteliti perlembagaan asal yang dihasilkan oleh Lord Reid, sebenarnya memang terdapat peruntukan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong memecat Perdana Menteri dalam situasi sedemikian.

Tetapi peruntukan ini tidak dimasukkan dalam draf akhir yang diluluskan menjadi perlembagaan negara kita. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa Yang di-Pertuan Agong masih mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini.

Artikel 43(4) juga menyentuh mengenai pembubaran parlimen. Tetapi Artikel ini perlu dibaca dengan Artikel 40(2)(b) yang memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan budi bicara dalam menentukan sama ada perlu atau tidak parlimen dibubarkan setelah diminta oleh perdana menteri.

Berdasarkan pengalaman negara-negara Komanwel, Suruhanjaya Reid mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa pembubaran parlimen perlu diserahkan kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong, antaranya ialah untuk mengelakkan negara kita dipaksa mengulangi pilihan raya berkali-kali oleh kerajaan yang tidak stabil.

Jika kita teliti semula situasi sekarang, maka bagi saya tidak ada keperluan bagi Yang di-Pertuan Agong membubarkan parlimen walaupun diminta. Kita baru sahaja menjalankan pilihan raya umum pada Mac 2008 dan kita boleh membentuk kerajaan tanpa perlu satu lagi pilihan raya.

(Profesor Dr. Abdul Aziz Bari ialah Profesor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa) - (www.WauBebas.org)._

Read More...

Tuesday, September 16, 2008

Langkah Pakatan selanjutnya - mengadap Agong

Malaysiakini

Fauwaz Abdul Aziz | Sep 16, 08 4:57pm

Pemimpim Pakatan Rakyat akan mengadap Yang di-Pertuan Agong sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan bertemu mereka untuk membincangkan peralihan kuasa secara aman dari Barisan Nasional.

tian chua 03 240505Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berkata, ini akan berlaku dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

"Kita telahpun berkata, kita mempunyai yang jumah (ahli parlimen) yang cukup, dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) baru tadi mendedahkan bahawa kita mendapat lebih daripada 31 ahli parlimen BN," kata Tian, merujuk kepada sedang akhbar penasihat PKR itu jam 2 petang tadi.

Sekiranya mereka bertemu Abdullah tetapi beliau enggan meletak jawatan, Tian berkata, Pakatan mungkin mendapat campurtangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, untuk memujuk beliau supaya berbuat demikian.

sultan mizan zainal abidin 13th agung king malaysia 1212062"Seboleh-bolehnya, kami akan cuba mengelak membabitkan Yang di-Pertuan Agong," kata Tian ketika dihubungi.

'Sudah ada 116 MP'

Awal pagi ini, AFP memetik Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli sebagai berkata, Pakatan Rakyat akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan mandat untuk memerintah, sekiranya Abdullah enggan bertemu mereka.

Menurutnya, isu pelantikan perdana menteri dan pertukaran kerajaan membabitkan peranan baginda.

dr hatta ramli 01Dr Hatta mendakwa, Pakatan kini mendapat sokongan dari 116 ahli Parlimen. Ini bermakna 35 ahli parlimen kerajaan telah menyertai Pakatan.

Dalam sidang akhbar hari ini, Anwar berkata, beliau telah mendapat lebih daripada 31 ahli parlimen dari BN, yang diperlukan untukk menubuhkan kerajaan baru dan menggesa Abdullah supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa.

Anwar bagaimanapun tidak mendedahkan nama ahli-ahli parlimen BN terbabit.

Selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar telah menetapkan 16 September sebagai tarikh untuk menarik sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen kerajaan menyertai Pakatan untuk memulihkan beliau menubuhkan kerajaan baru.

Read More...

Anwar mahu jumpa PM, mengadap YDP Agong untuk bentuk kerajaan

Harakahdaily

Mohd Rashidi Hassan & Irwan Muhammad Zain | Foto Nasir Sudin
Tue | Sep 16, 08 | 3:52:17 pm MYT

PETALING JAYA, 16 Sept (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menunggu jawapan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk diadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat secepat mungkin bagi memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman dan demokratik.

Anwar berkata dalam pertemuan itu, beliau akan mengemukakan senarai nama-nama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telahpun memberikan komitmen untuk bersama-sama membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat.

Tegasnya, selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Pakatan Rakyat akan memohon untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong bagi mendapat mandat penubuhan kerajaan baru.

Semua proses ini katanya, walaupun melepasi 16 September, namun ianya harus dilakukan secara teratur, aman dan demokratik menurut lunas-lunas Perlembagaan Negara.

ImageKatanya, beliau memberikan masa kepada PM beberapa hari ini untuk membuat keputusan bertemu dengan Pakatan Rakyat seberapa segera.

"Saya fikir PM tiada sebab untuk tidak bertemu dengan kami (Pakatan Rakyat)," katanya.

Anwar menegaskan demikian dalam sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat dekat sini. Antara pemimpin yang hadir ialah, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, AJK DAP Pusat, Tan Kok Wai.

ImageMenurut Anwar setakat ini jumlah Ahli Parlimen yang diperlukan melebihi 31 orang dan jumlah yang memberikan komitmen mereka bertambah dari masa ke semasa.

"Ini bukan omong kosong. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita sudah bersedia untuk melakukannya," kata beliau.

Selain itu beliau turut menegaskan jika selepas beberapa hari, tidak ada respons, pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya," katanya.

Menjawab soalan wartawan, Anwar tidak menafikan antaranya adalah yang berjawatan Menteri, Timbalan Menteri serta lain-lain pemegang jawatan utama dari pelbagai parti.

Walaupun diasak pelbagai desakan wartawan meminta beliau mengemukakan senarai tersebut, Anwar bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana bimbang ahli-ahli parlimen tersebut akan diugut.

Katanya, apa yang penting Perdana Menteri harus memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan ISA dan sebarang bentuk sekatan kepada perubahan kerajaan.

Semalam, wakil dari Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Abdullah untuk mengadakan pertemuan.

Anwar berkata, mereka memberi masa kepada perdana menteri untuk berbincang dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menerima kehendak rakyat.

"Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau esok," kata Anwar

Anwar turut berkata masa yang cukup perlu diberikan kepada Abdullah kerana Presiden Umno itu kini merupakan ahli politik yang kini dalam keadaan genting.

"Jadi, anda harus memaafkan beliau kerana beliau dalam keadan terdesak," katanya. - mks. _

Read More...

Tuesday, July 29, 2008

Tiada pingat selama Sultan T'ganu masih Agong

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Jul 24, 08 5:47pm

Keputusan istana Terengganu tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu pada Ahad lalu diambil berdasarkan titah baginda sendiri, kata ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

sultan mizan zainal abidin terengganu 031106Menurut bekas hakim kanan itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memaklumkan perkara itu ketika mula-mula ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 26 April tahun lalu.

"Menurut amanat Tuanku sewaktu mula-mula ditabalkan, semasa baginda tiada (menjadi Yang di-Pertuan Agong), tidak usah kurnia apa-apa (darjah dan pingat kebesaran)," katanya.

Tuanku Mizan juga ingin "mengurniakan sendiri" darjah dan pingat kebesaran kepada mereka yang layak, kata Abdul Kadir ketika dihubungi Malaysiakini.

"Tuanku hendak mengurniakan sendiri pingat. Kalau buat sekarang, bukan baginda sendiri yang mengurniakannya," tambahnya.

Penganugerahan jika dibuat pada tahun ini, tambah Abdul Kadir, akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Muda dan juga Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

tengku muhammad ismail sultan mizanMPPR dibentuk sebagai membantu Tengku Muhammad yang belum mukallaf (cukup umur) sewaktu putera Tuanku Mizan ini dilantik sebagai Pemangku Sultan Terengganu.

Putera baginda diputerakan pada 1 Mac 1998.

Istana Terengganu, buat pertama kalinya, tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu itu hujung minggu lalu.

Abdul Kadir, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, menafikan tindakan Sultan itu mempunyai hubungan dengan perkembangan politik semasa di negeri itu.

Keputusan tidak menganugerahkan darjah dan pingat kebesaran itu juga, menurutnya lagi, dibuat berdasarkan kesibukan baginda sebagai pemerintah tertinggi negara dan terpaksa menghabiskan banyak masa di Kuala Lumpur.

Ditanya sama ada tahun depan juga tiada sebarang penganugerahan akan dibuat, beliau berkata: "Kalau mengikut amanat itu, tiada."

Bagaimanapun, selepas tamat tempoh menjadi Yang di-Pertuan Agong, penganugerahan akan dibuat seperti biasa, kata Abdul Kadir.

"Mesti ada," katanya.

Read More...

Friday, July 4, 2008

Agong wajib sekat penglibatan tentera bantu polis kawal ketenteraman

Harakahdaily

Tarmizi Mohd Jam

Fri | Jul 04, 08 | 11:01:00 am MYT



KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - Penglibatan tentera mengawas ketenteraman awam adalah tidak perlu dan mungkin bertentangan dengan Perlembagaan berikutan terdapatnya ura-ura pihak polis akan meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengawal ketenteraman awam sebagaimana yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan kelmarin.

Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi menegaskan tugas menjaga ketenteraman awam adalah tanggung jawab pasukan polis sebagaimana yang disebut di dalam Akta Polis 1967.

Ia bertujuan untuk membolehkan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Apa yang berlaku selama ini, ujar beliau, pasukan polis telah menyekat perhimpunan yang aman yang pada satu ketika pernah disahkan oleh Suhakam sendiri tindakan itu sebagai keras dan keterlaluan.

Dengan itu, kata Aziz lagi, polis tidak perlu mendapatkan bantuan tentera dan adalah lebih baik mereka menggunakan kekuatan dan sumber yang ada untuk mengawal dan menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat.

Pensyarah Undang-Undang UIAM itu berkata, penggunaan tentera adalah merbahaya dan ura-ura yang disebut oleh Musa Hassan itu telah menghampiri garisan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang dipertuntukkan oleh Perlembagaan bertanggungjawab menghalang cubaan untuk mempolitikkan angkatan tentera sebagaimana yang telah berlaku kepada pasukan polis.

"Dalam keadaan yang sedemikian baginda wajib bertindak dan tidak membiarkan diri baginda diperalatkan oleh kerajaan melalui nasihat yang berbahaya kepada Perlembagaan," tegas Aziz.

Selain Yang di-Pertuan Agong, tegas beliau, kesemua Raja-Raja Melayu adalah Kolonel Yang Dipertua untuk pelbagai regimen, kor dan formasi di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sementara itu Majlis Raja-Raja juga mempunyai wakil di dalam Majlis Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan.

Aziz berpendapat Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak kerana sudah tidak ada lagi sesiapa yang boleh diharapkan. Di dalam keadaan biasa mahkamah sepatutnya mentafsirkan peruntukan di dalam Akta Polis - seksyen 27 - yang menyekat perhimpunan aman dengan ketat termasuk membatalkan peruntukan itu.

Malangnya, kata Aziz, mahkamah membenarkan sekatan itu meskipun ia tidak munasabah. Polis sering menyebut kekecohan dan gangguan awam meskipun selama ini apa yang menimbulkan kekecohan ialah tindakan keras yang tidak perlu oleh pasukan polis sendiri. Dengan demikian adalah tidak wajar untuk pihak polis menyeret angkatan tentera terlibat sama dalam perkara ini.

Aziz berkata angkatan tentera perlu menyedari sumpah kesetiaan mereka kepada raja dan negara dan tidak mengikut perintah kerajaan membuta tuli sehingga menyebabkan mereka bertembung dengan rakyat yang mahu menentukan arah negara melalui demokrasi yang dijamin oleh Perlembagaan.

Angkatan tentera, tegas Aziz, adalah sebahagian daripada perkhidmatan awam persekutuan sebagaimana pasukan polis dan pelbagai cabang perkhidmatan kerajaan yang lain. Mereka patut setia kepada raja dan negara dan tidak harus mematuhi perintah kerajaan yang berpotensi menggugat Perlembagaan dan menyalahi undang-undang. - tmj _

Read More...

Friday, June 20, 2008

BN tidak boleh bertindak membelakangi YDP Agong

Harakahdaily

Tarmizi Mohd Jam

Fri | Jun 20, 08 | 10:05:12 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Profesor Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengingatkan parti-parti politik supaya tidak bertindak membuta tuli dalam menghadapi kemelut politik negara dengan membubarkan Parlimen atau mengisytiharkan darurat.

Beliau menegaskan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan yang sangat penting di dalam mententeramkan keadaan politik yang tidak menentu sekarang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan apa yang akan berlaku, selepas Parti Maju Sabah (SAPP) yang dipimpin Dato' Yong Teck Lee mengisytiharkan partinya akan membawa atau menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan.

Ekoran tindakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, pelbagai spekulasi telah timbul. Ini termasuklah tindakan mengadakan pilihan raya mengejut oleh BN untuk menyelamatkan dirinya.

Selain itu, tegas beliau, ada yang bimbang bahawa perisytiharan darurat akan dibuat bagi mengelakkan kejatuhan kerajaan BN melalui undi tidak percaya di parlimen.

"Oleh kerana kemungkinan-kemungkinan itulah maka Perlembagaan secara idealnya memberi ruang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk bertindak bebas dari nasihat atau pengaruh kerajaan yang memerintah," tegas Aziz.

Beliau yang juga pakar Perlembagaan, mengingatkan bahawa kedudukan dan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan tidak harus disamakan dengan cop getah yang perlu melaksanakan apa sahaja yang diminta oleh kerajaan.

"Raja berperlembagaan sebenarnya lebih merujuk kepada seorang raja yang bertindak selaras dengan tuntutan dan semangat demokrasi bukan mengikut nasihat membuta tuli", tambah beliau.

Mengenai pilihan raya mengejut Aziz berkata ia hanya boleh dilakukan sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan dengan permohonan Perdana Menteri untuk membubarkan Dewan Rakyat.

Aziz berkata di bawah Perlembagaan kuasa itu adalah kuasa baginda dan Perdana Menteri tidak boleh memaksa Yang di-Pertuan Agong. "Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa ia adalah kuasa budibicara Yang di-Pertuan Agong," tambahnya lagi.

Dua minggu lalu Aziz berkata bahawa di dalam senario sekarang adalah tidak wajar untuk Yang di-Pertuan Agong membubarkan dewan bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan.

Beliau menjelaskan, meskipun kuasa itu kuasa budibicara baginda diberi tanggungjawab untuk menilai keadaan dan mempastikan bahawa kepentingan negara dan rakyat mengatasi segala-galanya.

"Inilah sebabnya mengapa Suruhanjaya Reid meminta Yang di-Pertuan Agong melihat pengalaman negara-negara Komanwel yang lain," tegas beliau.

Aziz menjelaskan di dalam keadaan sekarang pembubaran dewan adalah tidak perlu kerana dua sebab.

"Yang pertama kita sudah mendengar hasrat untuk membawa usul undi tidak percaya di parlimen. Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong mesti menunggu sehingga usul itu dikemukakan dan melihat hasilnya. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan membubarkan dewan maka baginda akan dilihat menyebelahi kepentingan Barisan Nasional dan ini tidak selaras dengan ideal Perlembagaan yang mahukan baginda bebas dari politik dan melindungi proses Perlembagaan," tegas Aziz.

Sebab yang kedua, bahasnya, wujudnya potensi pembentukan kerajaan baru tanpa melalui pilihan raya. Beliau menjelaskan sama ada melalui undi tidak percaya atau lompat parti, sebuah kerajaan baru sebenarnya boleh dibentuk.

"Cara ini jelas lebih murah dan lebih menjimatkan masa. Lagipun pilihan raya baru sahaja diadakan," ujarnya.

Bagaimanapun, Aziz berasa ragu sekiranya pilihan raya adalah satu pilihan yang sesuai ekoran kenaikan harga minyak kerana isu itu menyebabkan kerajaan yang memerintah sekarang tidak lagi popular.

Mengenai pemerintahan darurat di bawah Perkara 150, Aziz berkata ia adalah tidak baik kerana krisis politik yang ada sekarang boleh ditangani melalui proses dan prosedur biasa yakni undi tidak percaya dan seterusnya.

"Dalam soal ini Yang di-Pertuan Agong mesti menolak nasihat untuk mengisytiharkan darurat kerana ia akan menyebabkan Perlembagaan digantung dan kerajaan yang ada diberi kuasa untuk membuat undang-undang tanpa ke parlimen. Ini berbahaya", tegas Aziz. - mr _

Read More...

Saturday, June 14, 2008

48 kanak-kanak serah 'teddy bear'

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Jun 14, 08 4:48pm

Kira-kira 48 kanak-kanak, dengan ditemani kira-kira 30 penyokong Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) berarak kira-kira 100 meter menujuk ke kawasan Istana Negara pagi tadi untuk menyerahkan 'teddy bear' kepada Yang di-Pertuan Agong sempena menyambut Hari Bapa.

Mereka tiba dengan sebuah bas, kira-kira jam 10.40 pagi. Perarakan itu terdiri daripada kanak-kanak yang terdiri daripada umur tujuh tahun hingga 12 tahun telah beratur untuk menuju ke Istana.

palace teddy bear 140608 kids walkingSambil berarak mereka mereka memegang teddy bear yang diletak dalam bakul. Turut bersama berarak ialah kira-kira 30 penyokong Hindraf, termasuk beberapa pemimpin, sambil melaungkan "Daulat Tuanku" dan "Bebaskan Tahanan ISA".

Perarakan itu telah diketuai oleh Penyelaras Hindraf, R S Thanenthiran dan S Jayathas. Mereka berarak ke kawasan istana dan tiba di situ kira-kira 10 minit kemudian.

Sebelum itu, penasihat undang-undang Hindraf, N Surendran telah ditahan polis bersama-sama dengan tiga ahli Parlimen PKR kerana didakwa menghalang polis menjalankan tugas di depan Istana Negara.

Bagaimanapun, ketika menghampiri Istana Negara, perarakan mereka terhenti kerana jalan masuk ke situ telah dihalang oleh kira-kira 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Turut berada di situ ialah kira-kira 30 lagi anggota polis biasa.

palace teddy bear 140608 celebrateThanenthiran kelihatan berbincang sesuatu pihak polis. Bagaimanapun, mereka masih tidak dibenar meneruskan perarakan menuju ke pintu utama istana.

Sambut Hari Bapa

Semasa menunggu di situ, orang dewasa yang menyertai kumpulan tersebut kedengaran melaungkan berkali-kali 'Bebaskan Uthayakumar', 'Daulat Tuanku', We Love The King', Raja Sayang Anak', dan 'Agong Cintakan Anak'.

Beliau kedengaran memberitahu pihak polis bahawa kehadiran mereka adalah semata-mata untuk menghadiahkan 'teddy bear' kepada Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Hari Bapa esok.

Sebelum ini dilaporkan bahawa acara simbolik itu adalah bagi menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 70 kanak-kanak telah dinafikan hak untuk menyambut Hari Bapa kerana bapa-bapa mereka sedang ditahan di Pusat Tahanan Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

bm lima tahanan hindrafAntara yang ditahan di Kamunting ialah lima pemimpin Hindraf itu - M Manohan, P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar.

Mereka ditahan pada 13 Disember tahun lalu, selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Seorang daripada mereka, Manoharan bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu atas tiket DAP dan menang kerusi negeri Kota Alam Shah.

Beliau memperolehi 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.

Benar serah 'teddy bear'

Ketika Thanenthiran sedang berbincang dengan anggota polis di situ, kanak-kanak terbabit kelihatan mendiam diri, dan di wajah mereka terbayang rasa takut.

Seorang wartawan meminta orang ramai supaya memberi ruang udara kepada kanak-kanak tersebut yang kelihatan rimas dan berpeluh kerana kepanasan.

Jam sudah menunjukkan jam 11.15 pagi dan hari semakin panas. Manakala lalulintas agak sesak apabila pemandu memperlahan kenderaan mereka untuk melihat apa yang berlaku di situ.

Kemudian kelihatan Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu muncul dan berjalan menuju ke Thanenthiran untuk membantu berbincang dengan pihak polis.

palace teddy bear 140608 bearsTurut kelihatan di situ ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman yang berpakaian sukan dan Ketua Polis Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Sejurus kemudian, Muhammad kelihatan mengarah anggotanya supaya membenarkan kanak-kanak tersebut berjalan menuju ke arah pintu utama istana.

Thanenthiran kemudiannya memberitahu mereka yang berkumpul di situ bahawa usaha untuk menghubungi pihak istana bagi menerima 'teddy bear' tersebut, gagal.

Diminta beredar

Ekoran itu, Thanenthiran memutuskan untuk menyerahkan 'teddy bear' tersebut kepada Ronnie selaku wakil kerajaan negeri Selangor.

palace teddy bear 140608 ronnie acceptBeliau meminta Ronnie supaya menyerahkan kesemua 'teddy bear' itu kepada Yang di-Pertuan Agong pada hari yang sesuai.

Sebelum itu, kedengaran seorang bapa memberitahu anaknya dan kanak-kanak yang lain, dalam bahasa Tamil supaya bersabar kerana menurutnya, Raja akan menemui mereka.

Apabila mereka melihatkan Ronnie yang menerima 'teddy bear' tersebut, seorang daripadanya dia terus kepada bapanya, apakah orang itu (Ronnie) Raja berkenaan.

Tidak lama selepas itu, mereka pun beramai-ramai bersurai secara aman.

Sebelum ketibaan tersebut, polis telah menahan tiga ahli Parlimen PKR - Zuraida Kamaruddin (Ampang), Sivarasa Rasiah (Subang) dan PKR S Manikavasagam (Kapar) serta tiga orang lagi kerana didakwa menghalang tugas polis yang diarahkan mengawal kawasan tersebut.

palace teddy bear 140608 arrestedSebelum ditahan, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberi masa selama lima minit kepada mereka untuk beredar dari situ.

Bagaimanapun, mereka enggan berbuat demikian kerana menganggap mereka tidak melakukan kesalahan untuk berada di situ.

Menurut Zuraida, yang juga ketua Wanita PKR, beliau datang ke situ sebagai mewakili presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sivarasa pula adalah naib presiden PKR. Zuraidah adalah ketua Wanita PKR, manakala Manikavasagam pula adalah anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR.

Tiga orang lagi itu ialah N Surendran (penasihat undang-undang Hindraf); Salmah Ismail (setiausaha Zuraida) dan Loude Mary (aktvis Hindraf).

Pada masa yang sama, terdapat kira-kira 200 pelancong asing yang berada di situ dan pihak polis telah meminta mereka beredar dari kawasan tersebut.

Read More...

Saturday, June 7, 2008

Poster Hari Ini - Hari Agong....Daulat Tuanku!!!!

Sempena Hari Keputeraan Agong pada hari ini.....


Daulat Tuanku!!!! Daulat Tuanku!!!!! Daulat Tuanku!!!!!

Semoga Tuanku dan Permaisuri Raja menjadi payung kepada rakyat.....
Sentiasa diredhai Allah dan menjadi ketua negara yang sentiasa disanjungi dan disegani di seantero dunia......
Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah.......

- Ikhlas dari rakyat Tuanku -

Read More...

Rakyat diminta sabar, bijak hadapi isu minyak - YDP Agong


Berita Harian


BERSYUKUR: Seri Paduka bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membaca Surah Yassin sempena Hari Keputeraan Seri Paduka di Masjid Negara, malam tadi.

Seri Paduka mahu sumber petroleum diurus dengan lebih cekap

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah menyeru semua rakyat supaya bersabar dan bertindak bijak dalam menghadapi krisis kenaikan harga barang berikutan kenaikan harga minyak.

Seri Paduka bertitah: “Jika perlu mungkin elok untuk kita mengubah suai gaya hidup bagi memastikan tekanan daripada masalah ini dapat dikurangkan. "Beta akur bahawa masalah kenaikan harga ini sememangnya amat menekan kehidupan rakyat. Namun beta berharap agar rakyat semua bersabar dan bertindak bijak dalam menghadapi situasi seumpama ini,” titah Seri Paduka sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong esok yang disiarkan menerusi RTM, malam tadi.

Seri Paduka mahu kerajaan terus memantau situasi itu dan mengambil segala tindakan bagi memastikan masalah dapat diatasi.

"Insya-Allah berkat kesabaran dan kebijaksanaan kita, masalah ini akan sama-sama kita atasi dan kita akan bertambah matang dan kuat untuk menjalani kehidupan seterusnya,” titah Seri Paduka.

Seri Paduka juga menitahkan supaya pengurusan sumber petroleum negara diurus dengan cekap supaya kekayaan itu dapat terus diwarisi dan dinikmati oleh generasi akan datang.

Titah Seri Paduka, jika bukan dalam bentuk asalnya, hasil yang diperoleh hari ini wajar dilaburkan dalam aspek lain seperti pembangunan prasarana supaya ia turut dinikmati generasi akan datang.

"Beta khuatir dan prihatin apabila dimaklumkan bahawa menjelang 2011, import petroleum negara akan lebih tinggi daripada eksport.

"Beta berpandangan bahawa adalah tidak adil jika kurniaan Tuhan ini kita perah dan manfaatkan hasilnya dengan sepenuhnya tanpa ditinggalkan sedikitpun untuk generasi akan datang,” titah Seri Paduka.

Merujuk kepada sistem kehakiman negara, Seri Paduka mahu melihat sistem kehakiman wujud sebagai institusi yang bebas, adil dan diyakini rakyat.

Seri Paduka menyambut baik sebarang usaha yang diambil untuk memperkasakan sistem kehakiman negara, termasuk penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim.

Seri Paduka turut mengalu-alukan usaha kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Parlimen Mengenai Pencegahan Rasuah dan pengambilan lebih ramai pegawai pencegah rasuah.

Baginda juga yakin rancangan kerajaan untuk mengkaji semula Akta Percetakan dan Penerbitan Negara dapat memastikan media memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan sewajarnya.

Read More...

Yang Di-pertuan Agong Berkenan Saksikan Istiadat Mengarak Panji-panji

Bernama


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memberi tabik hormat kepada anggota-anggota tentera di Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto:Bernama

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pagi ini berangkat ke istiadat mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka di sini.

Istiadat sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong itu diadakan sebagai sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir menyaksikan istiadat itu.

Keberangkatan tiba pasangan diraja di Dataran Merdeka tepat pukul 8 pagi disambut dengan lagu Negaraku serentak dengan tembakan meriam 21 das.

Seri Paduka kemudian menaiki pentas khas untuk menerima tabik hormat pasukan kawalan kehormatan yang dianggotai pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Pada masa yang sama, lima pesawat helikopter milik ATM yang masing-masing membawa bendera Malaysia, ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang di ruang udara Dataran Merdeka untuk upacara lintas hormat.

Tuanku Mizan Zainal Abidin, dengan diiringi Panglima ATM Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal, kemudian berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada pegawai dan anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Istiadat mengarak Panji-panji Yang di-Pertuan Agong menyusul kemudian dengan penuh istiadat ketenteraan, dalam tempo kawad perlahan dan tempo kawad cepat.

Laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan bergema di Dataran Merdeka pada penghujung istiadat mengarak panji-panji itu.

Tuanku Mizan Zainal Abidin kemudian sekali lagi menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan kehormatan dan lintas hormat oleh kelima-lima pesawat ATM itu.

Iringan muzik lagu-lagu patriotik yang dimainkan Pancaragam Pusat ATM oleh anggota daripada TDM, TLDM dan TUDM, sepanjang istiadat itu berlangsung, menyerikan lagi majlis penuh warna-warni itu.

Panji-Panji adalah simbol semangat dan tradisi serta lambang kemuliaan setiap warga pasukan dan mesti dipertahankan daripada jatuh ke tangan musuh.

Sebagai tanda penghormatan kepada sesebuah pasukan, nama peperangan yang mana pasukan itu terlibat akan disulam di atas panji-panji berkenaan dan dikenali sebagai Penghormatan Perang.

-- BERNAMA

Read More...

Monday, May 26, 2008

Lawatan Bersejarah Yang di-Pertuan Agong Ke Laos

Bernama


LAWATAN BERSEJARAH… Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, diiringi Presiden Laos Choummaly Sayasone (kanan) sebaik tiba di Istana Presiden di Vientiane, untuk majlis sambutan rasmi. Kelihatan juga Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah (belakang, tengah). Foto: Zahari Razak

Daripada Noor Shamsiah Mohd

VIENTIANE, 26 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat tiba di sini Isnin bagi memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Laos.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vientiane Wattay kira-kira 10.15 pagi (waktu tempatan) setelah berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba pasangan Diraja itu, yang diiringi Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek serta pegawai kanan kerajaan disambut oleh Menteri Tenaga dan Galian Laos, Dr Bosaykham Vongdara selaku Menteri Pengiring dan para pegawai kanan kerajaan Laos, serta Duta Malaysia ke Laos Zainal Abidin Ahmad.

Lawatan Seri Paduka adalah di atas jemputan Presiden Laos, Choummaly Sayasone dan merupakan sejarah kerana lawatan ini merupakan lawatan pertama kali oleh Ketua Negara Malaysia ke negara itu dalam sejarah hubungan antara kedua-dua negara.

Seri Paduka berdua kemudiannya diiringi ke Istana Presiden untuk upacara sambutan rasmi negara dan disambut oleh Choummaly serta isteri Keosaychay Sayasone.

Tuanku Mizan kemudian diiring oleh Choummaly ke pentas khas untuk istiadat sambutan dengan lagu kebangsaan Negaraku dan lagu kebangsaan Laos dimainkan.

Seri Paduka seterusnya memeriksa pasukan kawalan kehormatan sebelum diperkenalkan kepada para pembesar, menteri, pegawai kerajaan dan diplomatik asing yang berkhidmat di Laos.

Pada sebelah petang, Seri Paduka berdua dijadual melawat Muzium Kaysone Phomvihane yang dibina khas untuk memperingati bekas pemimpin revolusi dan juga bekas Presiden Laos, Kaysone Phomvihane.

Pasangan Diraja akan turut melawat Galeri Ekkalak Loa yang merupakan pusat pemasaran barangan kraft utama di kalangan pengusaha kraftangan tempatan.

Tuanku Mizan selepas itu akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sidang Nasional Laos, Thongsing Thammavong di hotel penginapan baginda Don Chan Palace Hotel.

Permaisuri Nur Zahirah yang mempunyai atur cara berasingan, dibawa melawat National Rehabilitation Center yang dibina pada 1964 dan kini menempatkan serta melatih 120 pelajar cacat penglihatan dan pendengaran serta 90 pelajar kurang upaya.

Pada sebelah malam, Seri Paduka Baginda berdua akan menghadiri jamuan negara yang diraikan oleh Choummaly dan isteri di Loa Plaza Hotel.

Pada pagi esok, Tuanku Mizan dijadual menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Laos, Bouasone Bouphavanh sebelum baginda berdua melawat Luang Stupa.

Seri Paduka Baginda berdua akan turut berangkat ke Kota Diraja bersejarah Luang Prabang, yang juga dikenali sebagai "Permata Indo China", yang merupakan tapak sejarah yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Di Luang Prabang, Tuanku Mizan dan Permaisuri Nur Zahirah akan melawat Muzium Istana Diraja sebelum berangkat ke pusat kraftangan The Sangkhong.

Baginda berdua kemudian akan berangkat kembali ke Vientiane untuk menghadiri majlis makan malam bersama masyarakat Malaysia, di Don Chan Palace Hotel.

-- BERNAMA

Read More...

Thursday, May 22, 2008

Dr M: Jangan libatkan Agong

Malaysiakini

May 22, 08 7:19pm

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak perlu dilibatkan dalam usaha membantu menyelesaikan kemelut antara beliau dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ini soal politik Umno, kita tak akan bawa kepada Agong," katanya apabila diminta mengulas mengenai cadangan itu oleh veteran Umno Tan Sri Aziz Tapa.

Abdul Aziz memberitahu Bernama bahawa kemelut antara dua pemimpin itu telah mencapai tahap yang memerlukan penglibatan Yang di-Pertuan Agong sebagai "orang tengah" untuk menyelesaikannya.

Veteran Umno itu berkata hanya menerusi campur tangan Tuanku Mizan sebagai wakil Raja-raja Melayu, kedua-dua pemimpin itu boleh duduk berbincang bagi mengatasi perselisihan pendapat antara mereka.

Menurut Bernama, Dr Mahathir, yang berada di Tokyo bagi menghadiri persidangan antarabangsa Nikkei, juga berkata beliau tidak ada halangan jika Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ingin menemui beliau.

Kemelut antara Dr Mahathir dan Abdullah memuncak selepas bekas perdana menteri itu mendesak Abdullah meletak jawatan setelah Umno dan Barisan Nasional mengalami prestasi buruk dalam pilihanraya umum lepas.

Isnin lepas Dr Mahathir mengumumkan tindakannya untuk keluar Umno dan berkata akan hanya kembali jika Abdullah berundur.

Read More...

Hanya Agong Boleh Bantu Selesai Kemelut Dr M-PM, Kata Tan Sri Aziz Tapa

Bernama

22 Mei, 2008 11:58 AM

Oleh Nor Hayati Muda

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Kemelut antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mencapai tahap memerlukan penglibatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai "orang tengah" untuk menyelesaikannya, kata veteran Umno Tan Sri Abdul Aziz Tapa.

Beliau berkata hanya menerusi campur tangan Tuanku Mizan sebagai wakil raja-raja Melayu, kedua-dua pemimpin itu boleh duduk berbincang bagi mengatasi perselisihan pendapat antara mereka.

"Susah nak selesai dah. Tak ada lompang lagi (antara mereka), macam mana nak berbincang. Sebab tu saya ada cadangan, kalau boleh Yang di-Pertuan Agong panggil kedua-dua mereka ini dan berbincang.

"Pada saya tidak ada siapa lagi dah yang boleh menjadi orang tengah, sebab dua-duanya api. Api sama api susah nak dilerai. Veteran (Umno) pun tak laku (untuk jadi orang tengah)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Aziz, 85, berkata seperti pepatah Melayu "alam beraja, luak berpenghulu, bersuku-suku anak buah sembah kepala datuk", orang Melayu terikat dengan tradisi yang berakar umbi kepada raja.

Beliau berkata tidak ada salahnya untuk raja-raja Melayu campur tangan dalam kemelut antara bekas perdana menteri dan penggantinya itu memandangkan Umnolah yang mengembalikan semula kuasa raja.

"Semasa Malayan Union, raja tak ada kuasa langsung kecuali sebagai ketua agama (Islam), tetapi Umno menaikkan balik (kuasa raja), (pengasas parti) Datuk Onn (Jaafar) perjuangkan hak raja Melayu," katanya.

Tambahan pula, yang menjadi pertaruhan dalam isu kedua-dua pemimpin Melayu itu bukan setakat Umno tetapi orang Melayu secara amnya, kata Aziz.

"Saya melihat ini sebagai tanda-tanda kehancuran Umno, dan orang Melayu juga akan terus berpecah. Pak Lah (Abdullah) dah ada Kabinet, menang pilihan raya, macam mana nak turun. Takkan kerana sebab itu (Dr Mahathir meninggalkan Umno), beliau (Abdullah) nak letak jawatan.

"Sekarang ramai yang dah nyatakan sokongan mereka kepada Pak Lah, dan yang tak sokong pula tak berani bersuara, senyap-senyap saja. Berpecahlah," katanya.

Abdul Aziz menggambarkan perasaannya terhadap apa yang berlaku kepada orang Melayu sekarang melalui pantun yang berbunyi:

Anak raja menjunjung kayu,

Kayu dibawa dibuat titian,

Malang sungguh anak Melayu,

Sebab pemimpin berdengki-dengkian.

Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Aishah Ghani bagaimanapun berpendapat kemelut antara Dr Mahathir dan Abdullah tidak memerlukan penglibatan raja kerana ia adalah perkara dalaman parti.

"Tak usahlah kita nak libatkan Yang di-Pertuan Agong kerana ini soal parti. Lagipun, ini bukan kali pertama Umno menghadapi krisis, malah ada yang lebih teruk. Tapi semuanya kita dapat atasi.

"Lagipun nak panggil mereka berdua ni duduk berbincang bukan senang. Mereka bukan budak-budak," kata veteran Umno itu.

Sebaliknya, Aishah, berkata beliau yakin kemelut Dr Mahathir dan Abdullah dapat diselesaikan "jika Pak Lah beransur sikit".

"Cadangan saya dalam hal ini Pak Lah beritahu bila nak berundur. Dulu dia pernah cakap tapi tak beritahu bila. Jadi sekarang masanya dia beritahu.

"Bukan apa, orang muda sekarang bukan senang nak percaya. Bila ada jangka waktu orang yang harap Pak Lah berundur tak adalah nak gesa dia, sebab dah tahu bila dia nak buat," katanya.

Aishah berkata beliau banyak mendengar "cakap-cakap" daripada kalangan anggota parti sendiri yang sinis dengan kenyataan Abdullah untuk melepaskan jawatan.

"Itulah masalahnya, cuma cakap saja tapi orang tak nampak. Macam kenyataan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) kata dia akan bincang pasal peralihan kuasa dengan Pak Lah, buatlah cepat. Jangan cakap saja," katanya.

Aishah, 85, berkata sebagai "orang lama" yang membesar di dalam parti beliau sedih dengan apa yang berlaku dalam Umno sekarang.

"Kami ni dah tak boleh buat apa-apa, dah tak ada kuasa, cuma anggota biasa sahaja. Yang kami ada cuma pengalaman dan kasih sayang kami terhadap Umno, dan kerana kasih sayang kamilah kami masih beri pandangan dan nasihat. Sama ada mereka (pemimpin sekarang) nak ikut atau tidak terpulang kepada mereka," katanya.

Penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussein pernah menyuarakan pandangan serupa bahawa tidak ada salahnya jika Abdullah mengalah dan membuat langkah pertama menemui Dr Mahathir.

"Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Apatah lagi ia untuk kepentingan Umno dan orang Melayu," kata Ahmad Atory, Pensyarah Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang Universiti Utara Malaysia.

Bagaimanapun, pada mata kasar, saranan Aishah dan Ahmad Atory, sukar untuk direalisasikan kerana sejak kemelut Dr Mahathir dan Abdullah berlaku, kedua-dua tokoh pemimpin itu pernah mengadakan pertemuan.

Bagaimanapun jelas ia gagal menyelesaikan perselisihan pendapat antara mereka, sebaliknya, Dr Mahathir terus lantang mengkritik Abdullah yang disifatkannya sebagai lemah dan berada di bawah kawalan orang terdekat termasuk keluarga.

Abdullah yang menerima baton sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional daripada Dr Mahathir pada 31 Okt 2003, lebih banyak berdiam diri daripada menjawab kritikan bekas ketuanya itu.

Kemelut itu menyaksikan satu kejutan apabila Isnin lepas, Dr Mahathir yang pernah memimpin Umno selama 22 tahun, mengumumkan keluar daripada parti atas alasan tidak yakin dengan kepimpinan Abdullah.

Tindakan itu dilihat sebagai cubaan terakhir beliau untuk memaksa Abdullah berundur.

-- BERNAMA

Read More...

GPMS lancar blog Daulat Tuanku, SMS

Malaysiakini

May 22, 08 10:55am

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) melancarkan laman blog dan khidmat SMS untuk orang ramai terutama golongan belia, menyuarakan pandangan berhubung isu yang berkaitan perpaduan kaum di negara ini.

Timbalan Presiden GPMS Syed Anuar Syed Mohamad berkata kewujudan blog yang dinamakan Daulat Tuanku dan SMS itu adalah berikutan rasa tanggungjawab GPMS terhadap beberapa isu yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.

gpms daulat tuanku blog website 220508"Blog dan SMS ini bertujuan memberi ruang kepada semua kaum terutama golongan belia memberi pandangan terhadap isu berkaitan perpaduan kaum sebagai tanda pendirian mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman blog itu semalam.

Menurut laporan Bernama, orang ramai yang mempunyai pandangan atau komen mengenai sebarang isu semasa yang melibatkan perpaduan kaum di negara ini, boleh menyuarakan pendapat menerusi lamanweb www.daulattuanku.blogspot.com atau menerusi SMS dengan menaip DT Nama No.K/P Pendapat/Komen dan hantar ke 32728.

Setiap SMS akan dikenakan caj 50 sen dan GPMS akan memberikan maklumbalas dengan kadar segera pada sebarang pertanyaan daripada orang ramai, katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas pandangan GPMS sebagai sebuah badan bukan kerajaan mengenai keadaan politik negara, Syed Anuar berkata: "Kami yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan biarlah mereka yang menyelesaikan masalah dalam parti mereka".

Read More...

Wednesday, May 7, 2008

Individu Persoal Kedaulatan Raja dan Sultan Boleh Didakwa

Bernama

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Mana-mana individu yang mempersoalkan sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi boleh didakwa mengikut Akta Hasutan kerana mencabar kedaulatan negara seperti yang termaktub dalam perlembagaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Sambil mengutuk tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung perkara itu, Syed Hamid mempersoalkan mengenai rasional dan sebab Karpal perlu membangkitkan perkara itu dalam sidang akhbar di lobi Parlimen.

"Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sendiri sudah memohon ampun kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung kes itu dan saya kira tentunya mewakili Pakatan Rakyat itu sendiri.

"Tetapi nampaknya ada kepala lain yang tiba-tiba hendak mempersoalkan semula. Bukankah sepatutnya perkara ini sudah selesai," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Karpal semalam bahawa Sultan Perak tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri, termasuk mengarah Mohammad Nizar membatalkan arahan pertukaran dan melantik semula Datuk Jamry Sury sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Syed Hamid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri dialog tertutup bersama Lembaga Penapis Filem dan Rayuan Filem di sini Selasa.

Sementara itu, Syed Hamid berkata kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ia masih relevan untuk digunapakai di negara ini.

Katanya ISA masih relevan dalam mempertahankan keselamatan, kemakmuran, undang-undang dan peraturan di negara yang mengamalkannya.

Beliau memberi contoh Amerika Syarikat sendiri yang masih menggunapakai `Homeland Security' untuk mengelak ancaman dan berlakunya situasi buruk yang kaedahnya hampir serupa dengan ISA.

"Kita tidak hukum mereka sebagai penjenayah tetapi sebagai mereka yang mempunyai potensi untuk memberi ancaman kepada masyarakat. ISA cukup relevan bagi membendung daripada berlakunya jenayah dan menjaga keselamatan masyarakat dan juga negara," katanya.

-- BERNAMA

Read More...

Sunday, May 4, 2008

Bila Agong Tersenyum Lebar . Apakah Rahsianya?

Almuslimin2



Friday, May 2, 2008


AhmadHadeed

Saya terpandang satu gambar yang menarik , senyuman seorang Agong kepada seorang ulama. Betapa Indahnya suasana itu. Apakah rahsia disebalik senyuman itu. Malah permaisuri Agong pun turut tersenyum. Mungkin mereka nostalgic mengenang saat manis semasa PAS memerintah Terengganu dahulu. Itulah peristiwa yang berlaku di Parlimen. Gandingan Sultan dan Ulama memang telah menjadi budaya orang Melayu.

Terengganu di zaman pemerintah Islam sebelum penjajahan British, aman berada di bawah pemerintahan Sultan di bantu oleh ulama terkenal saperti Tok Ku Paloh dan Tok Sheikh Duyung. Terdapat juga Sultan yang juga seorang ulama. Memang Terengganu penuh dengan ulama terbilang dalam ilmu dan akhlaq.
Oleh kerana Sultan memandang tinggi kedudukan ulama maka rakyat turut berlumba lumba untuk menuntut ilmu ugama bagi menjadi barisan pelapis ulama. Kegiatan mengajar kitab wujud di merata ceruk negeri Terengganu. Orang baik mengatasi orang jahat. Alangkah bagus nya kita wujud kembali semua itu di semua negeri di Malaysia. Semoga Ruh Islam kembali berseri memenuhi bumi.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |