+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++
Showing posts with label anugerah. Show all posts
Showing posts with label anugerah. Show all posts

Tuesday, September 23, 2008

Qari muda julang Malaysia

Berita Harian




DUBAI: Muhammad Ahmad Zahid (gambar) mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah al-Quran Antarabangsa Dubai (Dihqa) ke-12 yang berakhir di sini kelmarin.

Lebih membanggakan, hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis penyampaian hadiah oleh Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammad Rashid Al Maktoum.

Berbaju Melayu dan bersongkok, Muhammad, dari Sekolah Darul Hikmah, Ampang, Selangor, gembira serta tidak putus-putus tersenyum menerima tahniah daripada pegawai kerajaan, peserta dan hadirin yang membanjiri Pusat Persatuan Kebudayaan dan Sains, Al Mamzar.

Muhammad, yang mengambil masa tiga tahun menghafal kitab suci itu, menerima hadiahnya pada upacara berasingan.

Johan keseluruhan Dihqa yang bermula awal bulan ini ialah Fares Al Aagam dari Yaman, naib johan, Noor Al Deen Al Younsi (Libya) dan ketiga, Khalid Al Ainati (Kuwait). Sebanyak 85 peserta mengambil bahagian.

Tiga pemenang utama itu masing-masing menerima 250,000 dirham, 200,000 dirham dan 150,000 dirham, manakala pemenang dari tempat keempat hingga ke-10 menerima antara 65,000 dirham dan 35,000 dirham. Satu dirham bersamaan kira-kira 95 sen.

Muhammad kelihatan yakin sebaik saja naik ke pentas memperdengarkan bacaannya di hadapan hadirin yang membanjiri dewan itu. Sebuah akhbar tempatan menyifatkan bacaan Muhammad sebagai 'amat mempesonakan'.

"Alhamdulillah," kata Muhammad apabila ditanya mengenai pengalamannya sebelum keluar dari dewan bersama rakan barunya selepas selesai majlis penyampaian hadiah yang turut dihadiri Duta Besar Malaysia di Dubai, Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.

Terdahulu, dalam temubual dengan Bernama, Muhammad berkata, dia mula berlatih menghafal al-Quran ketika berusia tujuh tahun dan amat terhutang budi kepada bapanya, yang bertugas sebagai penasihat undang-undang dan ibunya, seorang doktor gigi, atas dorongan mereka.

"Pada mulanya, ia memang amat susah, tapi lama-kelamaan, ia semakin mudah. Minat yang mendalam dalam bidang ini juga banyak membantu saya," kata Muhammad yang berasal dari Kuala Lumpur.

Selain Dubai, bakat dan kebolehan yang dimiliki pernah membawa Muhammad ke banyak tempat, termasuk Austria, apabila dijemput memperdengarkan bacaan al-Quran pada 2006. Muhammad juga sering dijemput mengimamkan solat di pelbagai masjid di Malaysia.

Remaja itu berkata, dia menghabiskan sebahagian besar bulan Ramadan di sini dan tidak sabar untuk pulang ke tanah air bagi menikmati suasana berpuasa dan menyambut Aidilfitri bersama keluarganya.

Read More...

Tuesday, September 2, 2008

Nik Abdul Aziz Nik Mat Tolak Anugerah Gusi.

msomelayu

SEMASA muktamar Pas ke 54 di Ipoh Perak baru-baru ini Pengerusi Tetap Muktamar, Ustaz Abu Kassim mengumumkan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan versi Asia oleh Yayasan Gusi yang berpusat di Manila.


Anugerah itu dianggap suatu pengikhtirafan terhadap Nik Aziz sebagai tokoh politik Islam di rantau ini dan sangat dibanggakan oleh Pas. Secara tidak langsung juga pengikhtirafan itu adalah untuk Pas sebagai parti siasah Islam di negara ini.
Menurut pengumuman itu juga Nik Aziz akan hadir untuk menerima anugerah berkenaan yang akan diadakan di Manila pada bulan November depan.

Menurut peraturan anugerah berkenaan, mereka yang ditawarkan perlu hadir untuk menerimanya sendiri dan tanpa kehadiran anugerah itu tidak akan dikurniakan.

Berhubung perkara itu perkembangan terbaru menyebut Nik Aziz dikatakan tidak akan hadir untuk menerima anugerah berkenaan. Badan Perhubungan Pas telah membuat keputusan agar Nik Aziz menolak anugerah berkenaan.

Tidak diketahui sebab-sebab kenapa keputusan itu dibuat.

Surat penolakan berkenaan telah pun dihantar kepada wakil yayasan itu di negara ini dan pihak Manila telah pun maklum mengenai penolakan berkenaan.

Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun oleh Gusi PeacePrice Foundation dan difahamkan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk menerima anugerah yayasan itu. [wm.kl 4:30 pm 02/09/08]

Read More...

Tuesday, July 29, 2008

Tiada pingat selama Sultan T'ganu masih Agong

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Jul 24, 08 5:47pm

Keputusan istana Terengganu tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu pada Ahad lalu diambil berdasarkan titah baginda sendiri, kata ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

sultan mizan zainal abidin terengganu 031106Menurut bekas hakim kanan itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memaklumkan perkara itu ketika mula-mula ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 26 April tahun lalu.

"Menurut amanat Tuanku sewaktu mula-mula ditabalkan, semasa baginda tiada (menjadi Yang di-Pertuan Agong), tidak usah kurnia apa-apa (darjah dan pingat kebesaran)," katanya.

Tuanku Mizan juga ingin "mengurniakan sendiri" darjah dan pingat kebesaran kepada mereka yang layak, kata Abdul Kadir ketika dihubungi Malaysiakini.

"Tuanku hendak mengurniakan sendiri pingat. Kalau buat sekarang, bukan baginda sendiri yang mengurniakannya," tambahnya.

Penganugerahan jika dibuat pada tahun ini, tambah Abdul Kadir, akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Muda dan juga Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

tengku muhammad ismail sultan mizanMPPR dibentuk sebagai membantu Tengku Muhammad yang belum mukallaf (cukup umur) sewaktu putera Tuanku Mizan ini dilantik sebagai Pemangku Sultan Terengganu.

Putera baginda diputerakan pada 1 Mac 1998.

Istana Terengganu, buat pertama kalinya, tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu itu hujung minggu lalu.

Abdul Kadir, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, menafikan tindakan Sultan itu mempunyai hubungan dengan perkembangan politik semasa di negeri itu.

Keputusan tidak menganugerahkan darjah dan pingat kebesaran itu juga, menurutnya lagi, dibuat berdasarkan kesibukan baginda sebagai pemerintah tertinggi negara dan terpaksa menghabiskan banyak masa di Kuala Lumpur.

Ditanya sama ada tahun depan juga tiada sebarang penganugerahan akan dibuat, beliau berkata: "Kalau mengikut amanat itu, tiada."

Bagaimanapun, selepas tamat tempoh menjadi Yang di-Pertuan Agong, penganugerahan akan dibuat seperti biasa, kata Abdul Kadir.

"Mesti ada," katanya.

Read More...

Sunday, July 20, 2008

Istana T'ganu tidak anugerah darjah kebesaran

Malaysiakini

Jul 19, 08 6:56pm

Istana Terengganu, buat pertama kalinya, tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, esok.

sultan mizan zainal abidinSetiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong mengesahkan perkara itu melalui surat yang diterimanya dari istana berkenaan tetapi beliau tidak mengetahui sebab-sebab upacara itu tidak diadakan seperti sebelum ini.

"Sama ada selepas ini (esok) ada majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran atau tidak, saya tidak pasti," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Jet Ski Asean Watercross Super Cup 2008 di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu hari ini.

Menurut Bernama, penyampaian hadiah itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Mengulas lanjut, Mokhtar berkata majlis tahlil dan doa selamat tetap diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri itu, mulai malam ini serta di Istana Maziah tengah hari esok.

Beliau berkata sambutan Hari Keputeraan Sultan Terengganu tahun ini diadakan dalam keadaan sederhana.

Read More...

Thursday, July 17, 2008

MB Kedah kini bergelar Dato' Seri

Harakahdaily

Izwan Abdul Halim

Thu | Jul 17, 08 | 2:52:21 pm MYT

ALOR STAR, 17 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak kini bergelar Dato' Seri setelah menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah Serta Bintang Kebesaran di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini, semalam.

Istiadat tersebut diadakan sempena Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan yang disambut secara rasmi mulai 15 Julai kelmarin.

Pada majlis istiadat itu, KDYMM Tuanku Sultanah, Tuanku Sultanah Haminah Hamidun mendahului senarai 72 penerima darjah kebesaran sempena sambutan tersebut apabila menerima Darjah Kerabat Halimi (DKH) bersama Tunku Bendahara Kedah, Dato' Seri Tunku Anuar Sultan Badlishah dan anakanda Tuanku Sultan Kedah, Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Kerja Raya, Pertanian, Industri Asas Tani, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga, Ir. Phahrolrazi Zawawi dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Mohamed Taulan Mat Rasul pula menerima Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato'. - mns _

Read More...

Friday, July 11, 2008

Terima Anugerah Tertinggi Pulau Pinang; Datin Sri Wan Azizah kini bergelar Datuk Sri Utama

Suara Keadilan

Sumbangan dan ketokohan Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail diabadikan dalam sejarah negara apabila beliau dikurniakan darjah tertinggi Pulau Pinang: Darjah Utama Pangkuan Negeri sempena Ulangtahun Yang Dipertuan Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Di rasmikan dalam suatu majlis sambutan ulangtahun pada Sabtu 12 Julai, anugerah yang dikurniakan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail itu membawa gelaran Datuk Sri Utama.

Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menjadi ikon gerakan reformasi selepas suaminya dipecat dan dihukum atas tuduhan rasuah dan sodomi pada 1998. Mengepalai jutaan rakyat menuntut reformasi di seluruh negara, Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai Presiden Parti Keadilan Nasional (Adil) yang ditubuhkan pada 1999, dan seterusnya Parti KeADILan Rakyat pada 2002.

Dalam Pilihanraya Umum 1999, Dr Wan Azizah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Beliau bertahan dan berjaya mengekalkan kerusi Permatang Pauh dalam PRU 2004, ketika teman-teman seperjuangannya rebah satu-persatu disapu kebangkitan politik Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Keseorangan, beliau terus cekal membawa suara rakyat bersama-sama rakan-rakan politik dari Pas dan DAP.

Pada PRU12 yang lalu, Dr Wan Azizah sekali lagi membuktikan bahawa hasrat BN merampas Permatang Pauh dari tangannya adalah angan-angan semata-mata. Beliau mengekalkan kerusi Parlimen itu, bahkan menambahkan majoriti undi dari 590 kepada 13,388 undi.

Dr Wan Azizah Wan Ismail - tokoh, profesional, ibu dan isteri - diberi penghormatan oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat selaku Ketua Pembangkang di Parlimen. Perlantikan beliau melakar satu lagi sejarah, menjadikannya wanita pertama dilantik Ketua Pembangkang di negara ini.

Warga Editorial Suara Keadilan mengucapkan tahniah kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail. Moga Allah memberi ketabahan dan kekuatan kepada beliau mengharungi ombak badai politik mutakhir ini.

Re~for~ma~si!

Read More...

Wednesday, June 4, 2008

TG Nik Aziz raih anugerah Keamanan Nobel versi Asia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahniah buat TG Nik Aziz dengan pemberian anugerah daripada Gusi Peace Price Foundation yang beribu pejabat di Manila. Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun dan dikatakan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk mendapat anugerah yayasan itu. Anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi , Insyaallah pada bulan November ini di Manila, Filipina.

Menurutnya, TG Nik Aziz adalah tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini. Sebelum ini, anak Kelantan, Datuk Ismail Mohammad dianugerahkan pada 2006 menggantikan Tun Dr Mahathir yang dikatakan tidak boleh hadir untuk menerima anugerah itu pada tahun tersebut. Ini kerana peraturan yayasan mengatakan bahawa penerima anugerah hendaklah menghadirkan diri dan terima sendiri anugerah yang diberikan.

Untuk tahun ini, sebanyak 1490 tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah itu. Anugerah ini boleh dikatakan sebagai anugerah Keamanan Nobel versi Asia, menurut Barry Gusi. Sekali lagi, tahniah diucapkan buat TG Nik Aziz. Semoga dengan pemberian anugerah ini dapat membuka mata Malaysia secara amnya dan dunia, khasnya. Orangkita mengharapkan media arus perdana berbahasa Melayu dapat menyiarkan artikel anugerah yang diperolehi oleh TG Nik Aziz ini di dada akhbar mereka. Biar semua orang nilai sendiri ketokohan TG Nik Aziz. Tolong jangan diamkan cerita begini wahai media arus perdana khasnya 'Utusan Meloya' dan 'Berita Hairan'.

Baca berita tentang ini di sini.

---------------------------------------------
catatan orangkita : 4 Jun 2008, 0415 pm
http://sangpemantau.blogspot.com/
---------------------------------------------

Read More...

Filipino peace prize for Nik Aziz

NST online

Barry Gusi hopes more Malaysians will join in the foundation's effort.
Barry Gusi hopes more Malaysians will join in the foundation's effort.

KUALA LUMPUR: Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has been picked for this year's Gusi Peace Prize for his efforts in politics, social services and religious advocacy.

The Pas spiritual leader would be presented with the award at the Manila-based Gusi Peace Prize Foundation's awards night to be held in the Philippine capital in November, foundation board chairman Barry Gusi told the New Straits Times.

This will be the second time in 10 years that a Malaysian has been nominated for the Filipino award.

Another Kelantan son, Datuk Ismail Mohammad, was presented with the award in 2006 for his philanthropical work, multi-cultural advocacy and preservation efforts for the Muslim culture.

Gusi said former prime minister Tun Dr Mahathir Mohammad was initially chosen to receive the award two years ago.
However, because he couldn't make it to Manila for the ceremony, Ismail was given the award instead.

"This is because our rules say that the candidate must be present at the dinner to receive his award."

Also included in its list of recipients for this year are Cyprus Foreign Affairs Minister Markos Kyprianou, Philippines Airlines owner Lucio Tan and football legend Pele of Brazil.

Annually, 10 to 15 people are awarded the prize, which has been described by Gusi as the Asian version of the Nobel Peace Prize.

For this year, the nominees were chosen from a total of 1,490 nominations from all over the world.

"We hope that more Malaysians will be involved in this effort in the future," said Gusi.

The Gusi Peace Prize Foundation was set up by Gusi 10 years ago as a way of continuing his father's legacy in doing humanitarian work.

The Gusi Peace Prize was initiated at the same time, to recognise candidates from all over the world for their efforts in the fields of economics, chemistry, politics, performing arts and religion, among others.

The foundation also carries out humanitarian work in the country's poorest corners.

Gusi said that many people today were lacking in compassion as the world was becoming more materialistic.

"Compassion is important as people live for love, be it in caring or giving."

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |