+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 17, 2008

MB Kedah kini bergelar Dato' Seri

Harakahdaily

Izwan Abdul Halim

Thu | Jul 17, 08 | 2:52:21 pm MYT

ALOR STAR, 17 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak kini bergelar Dato' Seri setelah menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah Serta Bintang Kebesaran di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini, semalam.

Istiadat tersebut diadakan sempena Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan yang disambut secara rasmi mulai 15 Julai kelmarin.

Pada majlis istiadat itu, KDYMM Tuanku Sultanah, Tuanku Sultanah Haminah Hamidun mendahului senarai 72 penerima darjah kebesaran sempena sambutan tersebut apabila menerima Darjah Kerabat Halimi (DKH) bersama Tunku Bendahara Kedah, Dato' Seri Tunku Anuar Sultan Badlishah dan anakanda Tuanku Sultan Kedah, Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Kerja Raya, Pertanian, Industri Asas Tani, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga, Ir. Phahrolrazi Zawawi dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Mohamed Taulan Mat Rasul pula menerima Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato'. - mns _

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |