+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 17, 2008

Amaran Kepada Anwar?: Lif Dinaiki DSWA & Anak Meletup, Berasap & Hampir Terjatuh


Suara Keadilan

Pejabat Anwar Ibrahim mengarahkan keselamatan rapi 24 jam menjaga keselamatan Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seisi keluarga selepas terjadinya insiden menakutkan sedang mereka melawat Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

Lif yang dinaiki Dr Wan Azizah berserta dua anaknya, Nurul Nuha dan Nurul Iman tiba-tiba meletup, menyebabkan salah satu dari tali kabelnya terputus. Lif itu kemudiannya menjadi senget sebelum ia ditenggelami asap.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 11.30 malam ketika Dr Wan Azizah dan dua anaknya itu mahu menghantar persalinan dan kegunaan mandi kepada Anwar Ibrahim yang ditahan semalaman di IPK Kuala Lumpur.

Anwar Ibrahim ditahan sekembalinya beliau dari Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan.

Bomba dipanggil ke tempat kejadian dan mengambil masa hampir satu jam untuk membuka dan menyelamatkan keluarga Anwar Ibrahim.

Peguam Sivarasa Rasiah dalam satu sidang media di luar IPK berkata kejadian itu “mungkin disebabkan penyelenggaraan lif yang tidak baik”.

Polis meminta maaf diatas kejadian tersebut, dan membenarkan Dr Wan Azizah membawa naik semua anaknya menemui Anwar Ibrahim. Sebelum itu, polis hanya membenarkan Dr Wan Azizah ditemani dua anaknya.

2 comments:

Unknown said...

Ye ke sampai macam tu sekali. Macam kat dalam movie-movie hollywood pula kan.
Kalau insiden tu kecil saja, diharap agar tidaklah diperbesar-besarkan. Takut nanti mengundang lebih banyak perkara-perkara yang tidak baik.

Sang Pemantau said...

bagi saya, perkara camni bukan insiden kecil...kalu sampaikan melibatkan nyawa....memang perlu diperbesarkan.....

tak logik kalau kat pejabat polis sendiri selalu jadi perkara cani....pikir sendiri beb!!!

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |