+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 17, 2008

"Kerajaan tak cadang guna RM6 bilion untuk turunkan harga minyak" Najib

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Bernama
Khamis, 17 Julai 2008

KL: Kerajaan merancang menggunakan dividen khas diberikan Petronas sebanyak RM6 bilion bagi meringankan beban rakyat menghadapi kenaikan harga bahan api pada masa ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menyentuh cadangan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak menggunakan keuntungan Petronas, Najib berkata Barisan Nasional sebagai kerajaan bertanggungjawab tidak akan menggunakan semua keuntungan Petronas untuk menurunkan harga minyak sehingga menjejaskan generasi akan datang.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengumumkan usaha-usaha yang akan dijalankan menggunakan dividen itu.

"Akan ada lebih banyak pengumuman bagi membantu rakyat (dengan dividen khas itu)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran pendidikan dan kerjaya Malaysia 2008 anjuran Pekan Fest, serta logo F500 Powerboat World Championship Series 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Petronas Selasa lepas mengumumkan mencatat prestasi tahun kewangan luar biasa yang membolehkan syarikat minyak negara itu menyumbang RM62.8 bilion kepada perbendaharaan negara, dan dari jumlah itu, RM30 bilion adalah dividen.

Daripada RM30 bilion dividen, RM6 bilion merupakan dividen khas yang akan dibayar tahun ini.

Menyentuh cadangan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak menggunakan keuntungan Petronas, Najib berkata Barisan Nasional sebagai kerajaan bertanggungjawab tidak akan menggunakan semua keuntungan Petronas untuk menurunkan harga minyak sehingga menjejaskan generasi akan datang.

Beliau berkata jika semua keuntungan Petronas digunakan, syarikat itu tidak boleh lagi melabur untuk masa depan.

"Pada masa inipun, 40 peratus daripada pendapatan Petronas dah datang daripada luar negara kerana kita dah melabur lebih awal lagi, cuba bayangkan jika kita tak melabur selama ini.

"Jadi, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak boleh lihat (situasi) pada masa kini sahaja tetapi kita mesti menentukan masa depan negara terpelihara," katanya.

Beliau berkata kerajaan akan membuat sebarang keputusan mengikut pertimbangannya dan "kita ada rancangan untuk mengurangkan beban rakyat, tetapi kita mesti merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab".

Najib berkata dalam keadaan harga bahan api yang tinggi, "Kita tak boleh mengambil apa-apa langkah yang boleh menjejaskan kepentingan negara pada masa kini dan akan datang".

Mengenai penahanan Anwar oleh pihak polis beliau berkata: "Selagi polis mengikuti prosedur, dan protokol yang perlu diikuti, kita perlu telus".

"Supaya tidak ada salah anggap tentang apa yang polis lakukan, dan kita mesti sentiasa melayan Datuk Seri Anwar dengan tahap kesopanan dan penghormatan yang wajar baginya," kata Najib.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tidak campurtangan tentang bagaimana Anwar ditahan.

"Itu urusan polis. Kita tidak memberikan butir-butir tentang bagaimana melaksanakannya.

Terpulang kepada mereka menggunakan budibicara mereka tentang apa bentuk 'intervention' yang perlu di pihak mereka.

Anda boleh kemukakan soalan itu kepada polis," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |