Suhaimi Taib Thu | Sep 11, 08 | 3:16:44 pm MYT | |
Umno kini didakwa cuba mencetuskan isu berbaur perkauman secara terbuka setelah parti itu gagal memikat hati dan sokongan orang-orang Melayu selepas pasca pilihan raya umum ke-12 baru lalu. Menurut maklumat, banyak majlis yang disertai kepimpinan Umno sebelum ini diwarnai dengan ucapan-ucapan berbau perkauman terutama sekali majlis-majlis tertutup yang dihadiri oleh orang Melayu. Di Terengganu sebelum ini dilaporkan ada pemimpin Umno negeri itu bercakap tentang isu tersebut bila berdepan dengan orang Melayu termasuk peniaga-peniaga kecil yang menyertai seminar atau kursus tertentu di negeri tersebut. Mereka didakwa bercakap menghentam kaum bukan Melayu untuk kononnya menaikan semangat orang Melayu bagi tujuan mengatasi pencapaian yang diperolehi oleh kaum bukan Melayu tersebut. Difahamkan juga soal kaum bukan Melayu sebagai pendatang menurut sejarah, juga dibangkitkan mereka di majlis-majlis berkenaan. Cuma sebelum ini mereka bercakap secara tertutup, tidak terbuka seperti yang didakwa dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail yang kini digantung keahliannya dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun oleh Majlis Tertinggi Umno. Sebelum ini, insiden seumpama ini sengaja didiamkan oleh kepimpinan Umno kerana disifatkan ia tidak banyak memberi kesan terhadap kestabilan hubungan kaum di negara ini. Bagaimanapun selepas Umno hilang pedoman dan sokongan rakyat serta percakaran dalaman begitu parah, parti itu semacam mencari alternatif mudah untuk memperkasa dan mempertahankan keutuhan parti berkenaan dengan mencetuskan isu-isu sensitif termasuk kenyataan terbaru bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd. Khir Toyo mendakwa ada usaha untuk menghalang azan di laungkan di negeri tersebut. Berikutan itu Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood telah membuat satu laporan polis ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo berikutan satu kenyataan mengenai isu petisyen azan di Puchong. Kini Umno menggunakan isu perkauman ini untuk sekurang-kurangnya boleh mencetuskan satu insiden pergaduhan kaum yang boleh mengundang undang-undang darurat digunakan bagi alternatif menghalang kejayaan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru pada atau selepas 16 September ini. Umno juga dikatakan menjadi punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan ia dicatat dalam sejarah yang disembunyikan. Pergaduhan kaum di Kuala Lumpur ketika itu dikatakan hasil cetusan atau perancangan Umno untuk menguatkan semula parti itu yang agak lemah kedudukannya ketika itu. Parti itu kini hampir pasti mencetuskan semula idea berkenaan untuk menyelamatkannya dari terus karam dari persada politik tanah air. Rakyat perlu berwasada dengan idea atau tindakan liar, luar jangka mungkin berlaku sehingga berlaku pergaduhan kecil di mana-mana tempat di seluruh negara ketika ini agar sejarah hitam itu tidak berulang kembali. Biarkanlah Si Luncai dengan Labu-labunya. Biarkanlah Umno dengan kehancurannya kerana ia bukan lagi parti yang boleh memberi kesejahteraan sebenar kepada rakyat melihat rekod 51 tahun pemerintahannya sebelum ini. Harapan baru ialah bersama Pakatan Rakyat dan rakyat kini menunggu munculnya kerajan baru menggantikan Barisan Nasional tidak lama lagi. - mns_ |
Thursday, September 11, 2008
Umno cetuskan isu perkauman untuk perkukuhkan parti?
1 comments Labels: Harakahdaily, perkauman, UMNO haprak
Negara stabil, tentera tidak campuri isu perkauman - Panglima ATM
Mstar Online
11-09-2008 02:53:04 PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan tidak akan mencampuri urusan politik termasuk dalam isu-isu berkaitan dengan sentimen perkauman, yang menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini.
Sebaliknya, menurut Panglima ATM, Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal (gambar), pihaknya menyerahkan kepada pemerintah untuk menguruskannya kerana ia melibatkan elemen politik.
"ATM sebagai sebuah organisasi yang profesional tidak akan campur tangan kerana isu perkauman ini berkaitan dengan soal politik," katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Abdul Aziz turut mengaku bahawa pada masa ini negara masih berada dalam keadaan stabil.
Dua hari lalu beliau menyarankan agar kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang membangkitkan isu-isu berbaur perkauman kerana perbuatan sedemikian boleh mencetuskan keadaan huru-hara.
Mengulas mengenai kenyataan beliau itu, Abdul Aziz berkata perkara itu tidak bermaksud ATM akan campur tangan dengan keadaan politik semasa.
"Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya hanya suarakan pandangan dan perhatian terhadap isu ini," katanya.
Bagaimanapun beliau menegaskan pihak ketenteraan tidak akan masuk campur dalam hal berkenaan kecuali adanya permintaan melalui proses undang-undang.
Ditanya sama ada ATM mempunyai sebarang cadangan bagi memperbaiki hubungan antara kaum di Malaysia, beliau berkata perkara itu adalah urusan pemerintah.
"Biarkan pemerintah yang uruskan soal untuk meningkatkan hubungan perpaduan di negara kita," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata tanggungjawab mewujudkan kestabilan hubungan antara kaum perlu dipikul bersama oleh semua rakyat di negara ini.
Tambah beliau masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai peranan yang sama dengan kerajaan bagi memastikan negara terus stabil.
Ditanya sama ada ATM telah bersedia jika berlakunya sebarang kekacauan, beliau berkata ATM sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Ya, sama seperti tema sambutan Jubli Intan sempena sambutan hari ATM ke-75 pada tahun ini iaitu 'Komitmen kami, keyakinan anda', jadi kami sentiasa bersedia," katanya.
Diminta mengulas sama ada ATM akan terus memberikan kerjasama kepada kerajaan baru pada 16 September seperti yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau enggan mengulas lanjut mengenai sebarang spekulasi.
1 comments Labels: mstar online, perkauman, pertahanan
Isu Azan: Laporan polis terhadap Khir Toyo
Malaysiakini |
Abdul Rahim Sabri | Sep 11, 08 1:03pm |
Seorang ahli Parlimen hari ini PAS membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman berhubung isu azan di Selangor. Dalam laporan tersebut, beliau mendesak pihak polis supaya menyiasat dakwaaan Dr Mohd Khir mengenai kononnya ada usaha-usaha melarang laungan azan di masjid-masjid di Puchong dan Kota Damansara. Dr Siti Mariah berkata, blog tersebut mendakwa petisyen mengenai suara azan tidak dibenarkan, telah dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor. |
1 comments Labels: Khir Toyo, malaysiakini, PAS, perkauman, polis, selangor
Pak Lah terkejut disuruh 'turun awal'
KLpos
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau terkejut dengan tindakan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui oleh Kabinet dan Majlis Tertinggi Umno.
Semalam, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Abdullah patut fikirkan semula mengenai pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010 kerana tempoh masa itu terlalu lama.
Pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah dua bulan lepas, dakwanya, telah "tenggelam" dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.
Di bawah pelan peralihan kuasa itu, Abdullah akan menyerahkan jawatannya sebagai perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010.
Muhyiddin berkata, beliau turut bertanya kepada Najib sama ada dirinya mahu menunggu selama itu kerana beliau akan hanya mempunyai masa yang singkat untuk menguruskan dan mengembalikan semula kenyakinan rakyat kepada Umno dan BN.
Sambil menyatakan yang beliau memang berfikiran kritis mengenai perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Malaysia, beliau meminta Abdullah memikirkan semula mengenainya. / Mstar
1 comments Labels: kata aku, klpos, Pak Lah undur
29 pemimpin BN di NS sertai PKR
Malaysiakini |
Muda Mohd Noor | Sep 11, 08 3:51pm |
Seramai 29 pemimpin cawangan dan bahagian parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk seorang timbalan ketua bahagian Parti Progresif Penduduk (PPP), telah menyertai PKR Negeri Sembilan hari ini. Seramai 19 pemimpin PPP di peringkat dewan undangan negeri (DUN) di Parlimen Teluk Kemang, yang diketuai oleh timbalan ketua bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy, menyerahkan borang keahlian kepada pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas dalam satu majlis di Seremban pagi tadi. Turut menyertai PKR hari ini ialah tujuh pemimpin cawangan dan ahli jawatankuasa (AJK) MCA bahagian Seremban, Teluk Kemang, Jempol dan Kuala Pilah. Selain mereka, tiga AJK cawangan Pemuda Umno di Rembau dan Kuala Pilah, turut berbuat demikian. Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin berkata, parti itu mengalu-alukan kemasukan mereka bagi menguatkan kedudukan parti itu di negeri tersebut. "Kita mengamalkan sikap tangan terbuka dan menggalakkan sesiapa sahaja untuk menyertai PKR. "Kemasukan Karupusammy penting kerana kekuatan PPP Negeri Sembilan ialah di bahagian Teluk Kemang. "Berikutan itu, kita menjangka sebahagian besar daripada 2,000 ahli PPP Teluk Kemang, akan menyertai PKR tidak lama lagi," katanya. Beliau berkata, berdasarkan pengakuan pemimpin berkenaan, lebih ramai ahli ketiga-tiga parti komponen BN itu akan menyertai PKR. Sabaruddin berkata, kemasukan ahli Umno melalui bahagian PKR di Negeri Sembilan amat menggalakkan. "Jumlahnya ramai sehingga membimbangkan pemimpin Umno termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan," katanya. |
1 comments Labels: malaysiakini, N9, PKR
Mahathir cuba halang Ku Li sertai Anwar
Siasahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Sept: Langkah Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan pucuk pimpinan Umno akan datang disifatkan sebagai usaha beliau (Mahathir) untuk menyekat bekas musuh politiknya itu menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat.Menurut sumber yang rapat dengan Siasah, Ku Li dikatakan antara tokoh politik Umno yang dikatakan akan memimpin para anggota Parlimen Umno menyertai Anwar bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk.
Tun Dr Mahathir dikatakan sedar dengan kemungkinan ini lalu bersetuju untuk menyokong Ku Li bagi merebut jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Disember ini.
0 comments Labels: dr det, DSAI, ku li, siasahdaily
ISA terhadap pencetus isu perkauman: Abdullah
Berita Harian
Oleh Azman Zakaria, Norfatimah Ahmad dan Sazarina Shahrim
bhnews@bharian.com.my
Situasi hubungan kaum menunjukkan tanda kurang baik
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan teragak-agak menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap sesiapa saja yang membangkitkan isu perkauman hingga menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran itu selepas Kabinet pada mesyuaratnya semalam berpendapat situasi hubungan kaum menunjukkan tanda kurang baik yang mungkin boleh menyebabkan ketegangan.
Beliau berkata, Jemaah Menteri juga mengarahkan supaya semua kementerian yang mempunyai bidang kuasa undang-undang berkaitan keselamatan dan perhubungan kaum melaksanakannya dengan tegas.
"Kalau perlu, saya percaya Menteri Dalam Negeri yang mempunyai kuasa terhadap ISA akan mengambil tindakan itu sekiranya ia wajar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, semalam.
Abdullah menegaskan kerajaan selama ini dapat kawal keadaan supaya tidak berlaku perkara tak diingini.
"(Namun) Isu yang biasa tidak ditimbulkan dulu, kini ditimbulkan dan perkara yang tidak pernah dibincang dibincangkan dan timbulkan pelbagai reaksi," katanya.
Beliau yang juga Presiden Umno menjelaskan penguatkuasaan undang-undang perlu supaya rakyat memahami bahawa keharmonian negara berbilang kaum mesti dipelihara bagi mengekalkan keamanan, ketenteraman dan saling meyakini antara kaum.
"Saling menghormati... inilah yang kita mahu, situasi seperti ini memberi kesempatan kepada rakyat maju.
"Kita perlu sayang negara kita dan buat yang sebaik-baiknya dan mengelak pergaduhan atau perkara yang mencetuskan pergaduhan antara kaum. Kita perlu selamatkan Malaysia daripada pergaduhan kaum," katanya.
Ditanya sama ada tindakan yang akan diambil itu boleh menyekat kebebasan bersuara, Abdullah berkata, tiada kebebasan mutlak di dunia ini tanpa sebarang sekatan atau kebebasan.
"Undang-undang mesti dihormati. Undang-undang dibuat oleh Parlimen yang anggotanya di kalangan wakil rakyat yang dipilih dalam pilihan raya.
"Kita memahami bahawa tiada seseorang pun atas nama kebebasan boleh bercakap apa juga yang disukai sehingga menjejaskan ketenteraman awam dan menyakitkan hati orang lain.
"Soalnya sama ada orang berkenaan nak ambil tindakan atau tidak, kalau rasa nak ambil tindakan terhadap yang menggunakan kebebasan bersuara itu menghina dan menggugat hak. Itu satu kebebasan untuknya berbuat demikian," katanya.
0 comments Labels: Berita Harian, Pak Lah undur, perkauman
PAS tentang cubaan cetus isu perkauman - Nik Aziz
Salmah Mat Husain Thu | Sep 11, 08 | 12:33:40 pm MYT | |
KOTA BHARU, 11 Sept (Hrkh) - Peringatan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal mengenai isu-isu perkauman yang dicetus pemimpin-pemimpin politik perlu diberi perhatian semua pihak. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pandangan Jeneral tersebut perlu diambil perhatian kerana isu perkauman yang ditimbulkan sesetengah pihak kebelakangan ini begitu membimbangkan. "Pihak tentera amat bimbang dengan senario itu dan menyarankan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menimbulkan isu perkauman," katanya di sini. Beliau diminta mengulas kenyataan Panglima Angkatan Tentera yang mendakwa isu perkauman yang ditimbulkan ahli-ahli politik sekarang boleh menjurus kepada keadaan huru-hara. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mendakwa kenyataan seperti itu mungkin secara langsung ditujukan kepada Umno dan Gerakan memandangkan mereka sedang bertelagah sesama ekoran isu perkauman yang ditimbulkan Umno. Menurutnya juga sejak awal lagi Islam menolak perjuangan berasaskan kebangsaan kerana ia boleh menjurus kepada semangat perkauman. "Dalam al-Quran disebut "Sengaja Allah jadikan kaum itu berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu kenal mengenali antara satu sama lain," ujarnya. Kata beliau Umno dan Barisan Nasional (BN) bergerak atas asas perkauman di mana parti itu memupuk semangat perkauman mengikut sentimen bangsa masing-masing. Katanya, kaum Cina dengan MCA, India dengan MIC dan Melayu dengan Umno yang akhirnya bertembung sesama sendiri akibat masalah perkauman yang ditiupkan dalam perjuangan mereka," katanya. Sedangkan PAS, tambahnya sejak awal lagi menolak soal perkauman yang telah menjadikan Islam sebagai dasar dalam perjuangannya. Beliau berkata, PAS memberi kesedaran kepada penganutnya supaya menjalin hubungan baik semua bangsa seperti saudara sendiri. "Di Kelantan kerajaan negeri yang mentadbir secara Islam tidak pernah meminggirkan golongan minoriti, antaranya Skim Takaful Kifaalah dan Takaful Armalah diberikan kepada semua kaum. "Selain itu, kita juga menterjemahkan gabungan tiga budaya pada Masjid Jubli Perak di Rantau Panjang bagi menggambarkan penghormatan pimpinan kerajaan negeri kepada golongan terbabit," katanya. Oleh itu beliau berkata, PAS menentang habis-habisan mereka yang membangkitkan isu perkauman kerana ia mendatangkan mudarat besar kepada seluruh rakyat. Sementara itu, ada sumber menyebut isu perkauman seperti sengaja dibangkitkan pemimpin Umno dalam usaha mereka menggagalkan rancangan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan pada 16 September ini. Katanya, ia dibuktikan apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi lambat mengambil tindakan terhadap Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail biar pun tindakan dan kenyataannya ternyata boleh menggugatkan perpaduan kaum di negara ini. "Perdana Menteri hanya menggantungkan jawatan pemimpin itu dalam Umno dan bukannya mengenakan tindakan mengikut undang-undang seperti dikenakan terhadap pemimpin pembangkang sebelum ini," katanya. - mj _ |
1 comments Labels: Harakahdaily, perkauman, TGNA
Nik Aziz: Pas untung Dr Mahathir masuk semula Umno
Mstar Online
11-09-2008 02:54:11 PM
KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno akan memberi kelebihan kepada Pas dan Pakatan Rakyat kerana "Umno akan bergolak".
"Saya seronok dia (Dr Mahathir) timbul kacau bilau," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lepas bahawa bekas perdana menteri itu telah menyuarakan hasrat untuk memohon menyertai semula Umno setelah meninggalkan parti itu selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas kerana kecewa dengan kepimpinan sekarang.
Sambil menyatakan rasa gembiranya kerana Umno akan bergolak, Nik Abdul Aziz berkata tindakan Dr Mahathir untuk menyerang Umno dari dalam merupakan "langkah yang terbaik".
"Dari segi untuk melemahkan Umno, memang saya seronok kerana Umno musuh saya. Tetapi Tun Mahathir serang Pak Lah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah AHmad Badawi) dan keluar parti pada masa dulu, yang itu saya tidak faham.
"Tinggal di luar dan serang Umno itu saya tidak nampak logik. Bila masuk di dalam serang dari dalam, itu betul. Ertinya dia (Tun Mahathir) masuk ni betul untuk serang secara berdepan," katanya.
Ditanya mengenai tindakan Umno menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, kerana membuat kenyataan menyentuh sensitiviti kaum, Nik Abdul Aziz berkata keputusan itu tidak wajar dilakukan oleh Umno sebaliknya ianya perlu diputuskan oleh kerajaan.
"Sepatutnya bukan parti bertindak tetapi kerajaan perlu bertindak. Kalau orang lain sudah kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Nampak macam pilih kasih," katanya.
Nik Abdul Aziz juga berkata mana-mana wakil rakyat yang melompat parti adalah tidak bermaruah kerana mengkhianati kepercayaan yang diberikan pengundi terhadap mereka.
Tetapi, katanya, dalam usaha pembangkang membentuk kerajaan pada 16 Sept ini, soal maruah harus diketepikan bagi memastikan negara ini bebas daripada pimpinan Barisan Nasional terutama Umno yang didakwanya mengamalkan rasuah. BERNAMA
1 comments Labels: dr det, mstar online, TGNA, UMNO haprak
16 September wajar dimartabatkan – Prof Khoo Kay Kim
Suara Keadilan
Khamis, 11 September 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Eksklusif, Liputan Khas, Nasional
Bagi rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung, perayaan kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun sememangnya telah sinonim untuk di raikan sebagai usaha memperingati kemerdekaan. Namun bagi rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak tarikh 31 Ogos 1957 adalah detik yang mana dua negara di kepulauan Borneo itu masih berada di bawah jajahan British. Manakala 16 September 1963 merupakan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Editor, Mat Zahari Ali menemubual Pakar Sejarah Universiti Malaya, Prof Khoo Kay Kim untuk meneliti kewajaran tarikh 16 September untuk di nukilkan sebagai hari kebesaran negara.
SK: Prof membuat kenyataan dalam media arus perdana baru-baru ini bahawa 16 September tidak harus diraikan sebagai hari hari besar kerana telah ada 31 Ogos?
Prof Khoo : Ha ha ha( ketawa kecil)… itu yang saya hairan, ada wartawan yang telefon saya tapi yang dia tulis lain dari apa yang saya cakap. Dia (wartawan arus perdana) tanya saya, apakah saya setuju dengan saranan Anwar supaya 16 September di jadikan sebagai hari cuti umum sebagaimana 31 Ogos. Saya jawab lain tapi dia tulis lain.
SK : Apa jawapan Prof
Prof Khoo : Saya kata dua tarikh itu berdasarkan fakta sejarah adalah penting dan wajar di rayakan sebagai hari kebesaran negara. 31 Ogos 1957 sebenarnya adalah tarikh British menyerahkan kedaulatan negara pada kuasa raja bukannya kepada orang tertentu sebagaimana di dakwa. Tetapi kemudiannya raja menurunkan atau memberikan kedaulatan itu kepada rakyat kerana kuasa tertinggi dalam Tanah Melayu pada ketika itu adalah Raja bukannya individu tertentu. Lalu mandat itu di terima oleh rakyat untuk di sambut sebagai kemerdekaan itu.
16 September pula adalah ulangan kita untuk mengingati tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Tanah Melayu pada 1963 yang kemudiannya Tanah Melayu di tukar kepada Persekutuan Malaysia. Maka mengapa kita tidak boleh bertolak ansur untuk menjadikan 16 September sebagai sebahagian dari hari kebesaran negara. Kita mulakan dengan sambut 31 Ogos dan 16 September sebagai hari puncak perayaan. Dua minggu saja tempohnya dan hari mula dan hari terakhir di jadikan hari cuti. Bukan susah sangat.
SK: 31 Ogos hari merdeka, 16 September apakah pula nama yang sesuai untuk diraikan?
Prof Khoo: Ha, ha ( ketawa kecil).. apa nama pun tak apalah, Hari Malaysia ke, Hari Persekutuan ke atau apa-apa sajalah tetapi mesejnya perlu jelas supaya rakyat memahaminya dalam kontek yang lebih luas.
SK: Maksud Prof
Prof Khoo : Sejarah Negara yang terhidang di depan kita selepas 51 tahun merdeka dan 45 tahun Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia kita menemukan banyak jurang yang berlaku antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur.
Baik dalam kontek bahasa, budaya, ekonomi, pendidikan, perpaduan kaum, politik dan sebagainya banyak yang berbeza. Kita di semenanjung dengan kesemenanjungannya dan kawan kita di Malaysia Timur pula dengan cara mereka dan tidak ada titik pertemuan yang harmoni antara keduanya.
Walaupun ada di bidang politik tetapi masing-masing ada agenda yang bukan bermatlamatkan penyatuan bangsa Malaysia tetapi lebih kepada kekuasaan dan pengaruh politik. Ini sebenarnya lebih memisahkan lagi.
Kita di semenanjung ini pun dalam politik kita di pecah dan di pisahkan dengan kesukuan dan kebangsaan masing-masing. Maka lebih hebat lagilah jurangnya apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak yang turut di pisahkan lagi oleh Laut China Selatan.
SK: Berdasarkan falsafah sejarah apakah mekanisma sesuai untuk menjadikan Semenanjung dan Sabah serta Sarawak lebih bersatu dan ‘harmoni’?
Prof Khoo: Kalau kita membicarakan soal 16 September, saya bersetuju 16 September di jadikan sebagai satu tarikh yang harus dikenang dan dirai oleh rakyat Malaysia secara keseluruhan kerana 31 Ogos tidak sangat memberi signifikan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak. Kalau ini berlaku saya rasa tarikh ini akan memberi satu pengiktirafan dan penghormatan kepada rakyat di kepulauan Borneo itu oleh kerajaan pusat. Tetapi ini bukanlah jalan pokok ke arah itu tetapi ia boleh dijadikan simbol asas ke arah penyatuan yang menyeluruh kerana setiap sesuatu itu harus dimulai dengan satu titik. Maka tidak salah kalau kita jadikan perayaan sempena 16 September sebagai satu titik tersebut.
SK: Ada pihak menganggap menjadikan 16 September sebagi hari cuti umum sebagai hal remeh dan mencukupi dengan hari-hari cuti yang sedia ada?.
Prof Khoo: Saya tidak berminat untuk bercakap hal politik tetapi dalam konteks sejarahnya kita tidak boleh meremehkan sejarah orang lain dan kesalahan yang lebih besar adalah kita memaksa orang lain menerima sejarah kita. Kita kena ingat bahawa sejarah memberi kesan yang besar kepada pelbagai disiplin hidup baik politik, ekonomi, sosial hingga ke pasaran saham. Banyak kegagalan pemimpin dunia dalam menguasai rakyat mereka di sebabkan mereka mengabaikan fakta sejarah. Sejarah juga membuktikan pemimpin yang meletakkan penguasaan kuasa di hadapan dan membelakangkan kedaulatan rakyat adalah pemimpin yang bersifat sementara.
SK: “Perpaduan Asas Kejayaan” sebagai moto sambutan kemerdekaan baru-baru ini dianggap moto tahun 60′an dan tak wajar selepas negara merdeka 51 tahun. Prof setuju dengan saya?
Prof Khoo: Saya setuju kerana berdasarkan status kedaulatan negara itu, perpaduan merupakan hiraki kedua selepas keamanan dalam piramid kemanusiaan. Tapi apabila kita meletakkan perpaduan itu sebagai satu ikon dalam kita memberi sesuatu manifestasi ia menggambarkan pemimpin negara tersebut sedang menghadapi masalah asas dalam mengurus tadbir negara dan rakyatnya. Ini kerana moto itu memberi makna atau bersifat kempen oleh kerajaan kerana ia sedang berhadapan dengan masalah yang menyebabkan moto tersebut disebarkan kepada rakyat.
Pada pandangan saya, kita seharusnya telah selesai mengatasai masalah perpaduan setelah merdeka lebih 51 tahun tetapi saya hairan mengapa kita masih gagal menyelesaikan masalah perpaduan antara kaum ini.
SK: Andai 16 September berjaya di letakkan sebagai satu hari keraian oleh negara kita. Apakah moto perpaduan ini sesuai untuk dijadikan sebagai ikon sulungnya?
Prof Khoo: Boleh juga kalau mahu kerana buat masa ini kita sedang berhadapan dengan mood perkauman yang memperlihatkan semakin menakutkan di mainkan oleh ahli-ahli politik.
Ia tidak berapa ketara di Malaysia Timur tapi di semenanjung telah menampakkan putik-putiknya.
Dalam teori sejarah keadaan ini di lihat sebagai fenomena melangkah kebelakang kerana macam saya sebutkan kita seharusnya menyelesaikan masalah perkauman ini dalam masa sepuluh tahun pertama selepas kemerdekaan tetapi kita gagal.
Sistem pendidikan kita juga gagal, sistem sosial kita juga gagal, dalam ekonomi pun gagal malah banyak yang kita gagal sehingga kesannya selepas 51 tahun merdeka pun kita masih berhadapan dengan masalah asas iaitu perkauman dan perpaduan hingga ke saat ini.
Walhal Penyata Razak 1956 dijadikan agenda perlembagaan Persekutuan untuk merealisasikan perpaduan dikalangan pelbagai kaum.
Tapi hal ini tidak selesai sampai bila-bila pun apatah lagi apabila amalan ahli politik yang menggunakan isu perkauman sebagai jalan mudah untuk berkuasa dan mendapatkan sokongan dari kaum yang diwakilinya. Sampai bila pun tak akan selesai.
0 comments Labels: Malaysia baru, suara keadilan, wawancara