| Malaysiakini |
| Muda Mohd Noor | Nov 7, 08 12:36pm |
| Sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT), kata seorang pegawai calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah. Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya. "Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang. Katanya, sebaik sahaja laporan tersebut diperolehi, ia akan diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk tindakan lanjut. "Jika Umno berani, ia perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat politik wang dalam parti. "Suruhanjaya ini juga yang sepatutnya yang menyelia mesyuarat Umno di seluruh negara," katanya. Kamal Amir kelmarin mendakwa Tengku Razaleigh gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan. Beliau mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan. "Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang. "(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan. "Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan," katanya. |
Friday, November 7, 2008
Sia-sia adu sogokan ke lembaga disiplin, kata peg. Ku Li
0 comments Labels: ku li, malaysiakini, rasuah, UMNO
Thursday, November 6, 2008
Ku Li tewas akibat gagal sogok wang?
| Malaysiakini |
| Muda Mohd Noor | Nov 5, 08 10:45am |
| Tengku Razaleigh Hamzah gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan, dakwa seorang pembantu bekas menteri kewangan itu. Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan. "Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang. "(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan. Sehingga ini, Datuk Seri Mohd Najib Razak memperolehi 141 pencalonan untuk jawatan presiden Umno daripada 142 bahagian yang telah mengadakan mesyuarat. Manakala Razaleigh hanya mendapat satu pencalonan - di bahagiannya sendiri, Gua Musang yang mengadakan mesyuarat Sabtu lalu. 'Undi angkat tangan' Berikutan itu, Najib yang kini timbalan presiden Umno menang tanpa bertanding jawatan presiden itu dalam perhimpunan yang akan diadakan pada 24 hingga 28 Mac tahun depan. Sebanyak 50 bahagian Umno lagi akan mengadakan mesyuarat pada Sabtu dan Ahad ini, hari terakhir jadual mesyuarat perwakilan selama sebulan. Kamal Amir berkata, 67 bahagian mencalonkan Tengku Razaleigh untuk jawatan presiden Umno. Daripada jumlah tersebut, katanya, 66 daripada bahagian tersebut menjalankan pengundian secara terbuka melalui kaedah angkat tangan. "Bahagian-bahagian tersebut termasuk di Kelantan. Hanya mesyuarat bahagian Muar (yang turut mencalon Ku Li) Ahad lalu, dijalankan secara undi sulit. "Jika mesyuarat dibuat secara undi sulit, saya yakin keadaan pencalonan untuk Tengku (Razaleigh) boleh berubah," katanya. Kamal Amir berkata, kebanyakan mesyuarat bahagian tidak membincangkan usul, sebaliknya perwakilan meninggalkan mesyuarat selepas selesai mengundi. Ini, katanya, seolah-olah perwakilan hanya mahu mengundi dan tidak berminat untuk membahaskan usul seperti dalam mesyuarat perwakilan sebelumnya. |
0 comments Labels: ku li, malaysiakini, rasuah, UMNO
Monday, November 3, 2008
Razaleigh: Ada bahagian minta 'rasuah' pencalonan RM2 juta
KOTA BARU: Ketika dakwaan politik wang dalam pemilihan Umno menjadi tumpuan ramai sejak kebelakangan ini, Tengku Razaleigh Hamzah, yang gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk jawatan Presiden Umno, mendedahkan terdapat bahagian yang meminta sehingga RM2 juta sebagai ganjaran pencalonan.
Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, kini permintaan dan tawar-menawar ganjaran bagi pencalonan-pencalonan yang diberikan berlaku secara terbuka.
"Ahli-ahli Umno kini secara terbuka mahukan manfaat-manfaat kewangan apabila mahu memberi pencalonan.
"Satu bahagian dengan jelas meminta RM1 juta manakala di Sabah, harganya mencecah RM2 juta," kata beliau di sini semalam.
Dua minggu lalu bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan tahap serius gejala politik wang dalam pemilihan Umno berkata, seseorang perwakilan 'berpeluang' memperoleh sehingga RM20,000 sebagai ganjaran undi.
Ketika ditemui di sini awal bulan lalu, Razaleigh mendedahkan kira-kira RM200 juta digunakan untuk tujuan kempen dan membeli undi dalam pemilihan Umno kali ini.
Bekas Naib Presiden Umno itu menyatakan demikian pada hari beliau gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk kerusi Presiden sebaliknya ia dimenangi tanpa cabaran oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
Sambil menjelaskan bahawa beliau sanggup berkhidmat untuk parti tetapi dengan syarat kepimpinan parti boleh meyakinkannya bahawa beliau tidak menyumbang khidmat kepada parti-parti yang berasuah.
Tegas beliau, tindakan memancing undi menggunakan wang dan menghalang anggota daripada bertanding hanya akan menamatkan riwayat Umno lebih awal.
Ahli Parlimen Gua Musang ini juga mengakui bahawa wang diperlukan ketika berkempen tetapi ia tidak seharusnya membawa kepada gejala membeli undi ataupun menggunakan kuasa bagi menghalang pertandingan.
"Amalkan model AS dalam soal kutipan dana untuk tujuan berkempen, boleh diamalkan dalam Umno untuk mengawal politik wang," katanya.
Jelas beliau, usaha semasa mengawal gejala politik wang dalam Umno dan menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sahaja tidak mencukupi.
Ketika ditanya sama ada beliau akan menarik daripada bertanding jawatan Presiden, Razaleigh berkata, beliau tidak perlu menarik diri kerana tidak dicalonkan langsung untuk kerusi berkenaan.
"Sila lihat perkara yang saya katakan. Saya menawarkan untuk bertanding jawatan sebagai seorang ahli biasa.
"Kita ada hak. Oleh kerana saya tidak dicalonkan, tidak perlu bagi saya menarik diri. Jika anda mahu saya menarik diri, ia sama seperti meminta saya menarik diri (keluar) daripada Umno," katanya lagi.
1 comments Labels: ku li, mstar online, rasuah, UMNO haprak
Sunday, September 28, 2008
Kerajaan semakin tenggelam punca - Ku Li
0 comments Labels: Harakahdaily, ku li, Pak Lah undur, tolak BN
Saturday, September 27, 2008
Ku Li: Ganti kuasa PM-Najib macam budak-budak
| Malaysiakini |
| Sep 26, 08 5:13pm |
| Tengku Razaleigh Hamzah, yang berminat merebut kerusi presiden Umno, menyifatkan pelan peralihan kuasa terbaru antara dua pemimpin tertinggi parti itu sebagai "permainan budak-budak yang tidak habis-habis berebut barang kau dan aku". "Sekarang kita sedar Malaysia menjadi negara yang mempunyai prasarana Dunia Pertama dan politik Dunia Ketiga, dengan para pemimpinnya menjadikan negara ini republik pisang," katanya, mengutip kenyataan perdana menteri yang pernah menggesa rakyat mempunyai "mentaliti kelas pertama" dengan kemudahan infrastruktur kelas pertama. "Republik pisang" merupakan istilah sindiran, asalnya merujuk kepada perkembangan di Amerikan Latin, kepada negara yang kurang stabil dan mundur yang dikuasai oleh segelintir elit yang korup, kaya dan pentingkan diri sendiri. "Bukannya menumpukan pada perancangan ekonomi negara atau sebarang reformasi, sebaliknya apa yang kepemimpinan Umno berikan kepada kita sejak (pilihanraya umum) 8 Mac hanyalah pelan peralihan kuasa yang direka untuk menyelamatkan dua orang daripada serba salah menghadapi pemilihan (Umno)," katanya, dalam satu kenyataan pendek tetapi pedas. "Kerjaya politik mereka kelihatan lebih penting daripada masa depan negara ini. "Mereka berdua menjadikan Malaysia bahan lawak masyarakat antarabangsa." Beliau, yang juga ahli parlimen Gua Musang, mengulas keputusan penuh teka-teki Majlis Tertinggi (MT) pagi ini yang tiba-tiba memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan agung Umno ke tahun depan. MT juga dimaklumkan bahawa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan membuat pengumuman penting menjelang pemilihan bahagian 9 Oktober ini sama ada akan bertanding atau tidak dalam pemilihan parti Mac 2009. Dengan nada seumpama tokoh veteran Umno itu, pemimpin utama DAP Lim Kit Siang menyifatkan Abdullah dan Najib terlalu mempedulikan "masa depan politik Abdullah dan ketua-ketua juak Umno, yang tidak mempunyai masa atau idea memikirkan pelbagai krisis keyakinan yang dihadapi negara ini" sejak 8 Mac. |
0 comments Labels: ku li, malaysiakini, Pak Lah undur, pemimpin haprak
Tuesday, September 23, 2008
Ku Li yakin dapat cukup pencalonan tanding Presiden Umno
KUALA LUMPUR:Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau yakin akan mendapat pencalonan yang cukup untuk membolehkannya bertanding merebut jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini.
Tengku Razaleigh yang juga Anggota Parlimen Gua Musang berkata beliau membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan itu setelah mendapat maklumat balas dan sokongan daripada anggota akar umbi.
"Saya tidak boleh memberitahu apa strategi saya sekarang sebab ia akan menjejaskan peluang saya dalam pemilihan parti.
Insya-Allah saya akan dapat pencalonan yang cukup," katanya pada sesi dialog dengan beberapa pengendali blog di rumahnya di sini malam tadi.
Pada 20 Mac lepas, Tengku Razaleigh melahirkan hasratnya bertanding sekali lagi bagi jawatan Presiden Umno pada persidangan agung parti Disember ini. Pada pemilihan parti pada 1987, beliau mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan Presiden Umno tetapi tetapi tewas dengan 43 undi.
Mengulas mengenai keadaan Umno pada ketika ini, Tengku Razaleigh berkata untuk memperkasa dan mengembalikan imej Umno, parti itu perlu menerima dengan terbuka pimpinan dari golongan muda.
"Dengan keterbukaan kepada golongan muda dan orang baru, Umno akan mendapat harapan baru dan mendapat idea yang baru," katanya.BERNAMA
0 comments Labels: ku li, mstar online
Tuesday, September 16, 2008
PM perlu letak jawatan tanpa tunggu peralihan kuasa - Ku Li
| Lanjusoh Tue | Sep 16, 08 | 4:34:19 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 16 Sept (Hrkh) - Seorang lagi pemimpin Umno tampil mendesak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan tanpa menunggu peralihan kuasa Jun 2010 kerana sudah terbukti tidak mampu mengurus negara. Anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa keadaan politik negara sekarang semakin teruk dan tidak menentu. "Mana orang yang tidak mampu memimpin berhentilah, itu aje.. Saranan saya supaya rakyat dapat cari keselesaan dalam kehidupan dan mendapat pembelaan. "Tidak boleh lagi hendak main sana sini, ini bukan masanya. Tumpulah kepada rakyat," katanya pada persidangan media di kediaman di sini, hari ini. Sebelum sidang media berlangsung ada wartawan dan anggota polis cawangan khas yang hadir menjangka Ku Li bakal mengumumkan sesuatu yang mengejutkan, sebaliknya ia menjadi luahan kecewa terhadap Perdana Menteri. Sebelum ini Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mahu peralihan kuasa dipercepatkan kerana tempoh Jun 2010 terlalu lama. Ku Li yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata, masalah rakyat sekarang semakin terdesak kerana harga barang keperluan harian melambung tinggi berikutan kenaikan harga minyak, Jun lalu. "Sekarang tidak ada sesiapa yang hendak fikirkan masalah rakyat. Saya dengar banyak cerita sekarang. Ada laporan menyebut banyak duit dibawa ke luar negara dan modal pun tidak datang lagi ke Malaysia. "Pasaran saham merudum. Nilai ringgit berbanding dengan Dollar Amerika juga jatuh teruk, pasaran eksport kita terjejas. "Harga kelapa sawit minggu lepas RM3,600 satu tan metrik dan minggu ini sudah jatuh kepada RM2,200 setan. Rakyat susah dan keadaan ekonomi teruk," katanya. Ditanya mengenai perletakan jawatan Dato' Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri katanya, baguslah kalau letak jawatan dan tidak terima pujukan Perdana Menteri supaya kekal di jawatan itu. "Selepas saya lawan Dr Mahathir pada 1987 dan kalah saya meletak jawatan sebagai menteri, biar pun ditawar dengan jawatan menteri tak berpotfolio, saya tidak terima. "Saya tidak terima kepemimpinan yang ada pada masa itu. Kalau sesiapa yang tidak setuju dengan cara dan kepemimpinan yang ada sekarang lebih baik berhenti," katanya. Mengenai penahanan pemimpin Pakatan Rakyat dan blogger serta seorang wartawan di bawah ISA baru-baru, Ku Li berkata, beliau tidak tidak bersetuju dengan tangkapan itu. Menurutnya ia seolah-olah satu mainan dengan menidakkan hak rakyat dengan mengurung mereka. "ISA dibuat untuk lawan Komunis dan subversif yang boleh membawa kemudaratan kepada negara bukan di atas alasan lain. Kalau saya berkuasa saya akan bebas semua yang ditahan. Tidak boleh aniaya seseorang," katanya. - mj _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, ku li, Pak Lah undur
Thursday, September 11, 2008
Mahathir cuba halang Ku Li sertai Anwar
Siasahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Sept: Langkah Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan pucuk pimpinan Umno akan datang disifatkan sebagai usaha beliau (Mahathir) untuk menyekat bekas musuh politiknya itu menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat.Menurut sumber yang rapat dengan Siasah, Ku Li dikatakan antara tokoh politik Umno yang dikatakan akan memimpin para anggota Parlimen Umno menyertai Anwar bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk.
Tun Dr Mahathir dikatakan sedar dengan kemungkinan ini lalu bersetuju untuk menyokong Ku Li bagi merebut jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Disember ini.
0 comments Labels: dr det, DSAI, ku li, siasahdaily
Monday, September 1, 2008
Umno hadapi krisis moral dan budaya yang serius - Ku Li
| Harakahdaily Mon | Sep 01, 08 | 11:26:01 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 1 Sept ( Hrkh) - Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah (Ku Li) berkata, Umno sekarang ini menghadapi krisis budaya dan moral yang sangat serius akibat penularan rasuah dalam parti itu. Berucap dalam satu majlis anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan di Kota Bharu, Sabtu lepas, Ku Li menegaskan, selain berleluasa dalam parti yang memerintah rasuah juga sudah menjadi masalah besar dalam perkhidmatan awam. "Masalah ini sudah menjadi 'open secret', yakni bukan rahsia lagi. Baru-baru ini Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendedahkan bahawa rasuah beli undi ini sudah menjalar ke seluruh akar umbi Umno. "Saya anggap ini sebagai krisis budaya dan moral yang sangat serius, dan boleh memusnahkan Umno dan menjadikannya parti politik usang," tegasnya. Teks ucapan Ku Li selaku Penaung MTRK dihantar kepada Harakahdaily menerusi emel. Ku Li yang akan mencabar Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam Perhimpunan Agung parti itu Disember depan turut melontarkan kebimbangan beliau, bahawa rasuah politik dalam Umno, hanya akan menyebabkan parti itu diterajui orang yang tidak layak.
Ku Li turut memetik kata popular di kalangan Umno yang mengatakan, 'dalam Umno kalau anda tidak punya wang (tidak kira dari mana datangnya wang itu) jangan cubalah bertanding melawan calon yang kaya'. Beliau turut memberi perumpamaan bahawa rasuah rasuah adalah seperti anai-anai yang boleh memakan asas atau tiang rumah. Katanya, tiang (Umno) dan rumah (negara) akan roboh dan porak peranda jika 'anai-anai rasuah' tidak dibunuh dengan segera. Dalam ucapannya juga Ku Li turut menegur kepimpinan Umno supaya menyelesaikan segera masalah ekonomi, perhubungan antara kaum dan pelbagai isu yang boleh menjejas kestabilan dan kedaulatan negara. "Masalah inilah yang mesti kita tangani secara serius kalau kerajaan atau parti yang memerintah sekarang tidak mahu kehilangan keyakinan rakyat yang lebih teruk lagi daripada yang dialaminya selepas PRU ke-12," tegasnya. - mr_ |
0 comments Labels: Harakahdaily, ku li, UMNO haprak
Sunday, July 20, 2008
Presiden: 32 cawangan calon Ku Li
| Malaysiakini |
| Jul 20, 08 6:19pm |
Sebanyak 32 cawangan Umno dalam bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tahunan semalam, sebulat suara meluluskan usul mencalonkan Ahli Parlimen dan Ketua Umno bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah, bertanding jawatan presiden Umno Disember ini.Ia terdiri daripada 17 cawangan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, sembilan cawangan dalam DUN Paloh dan enam cawangan dalam DUN Galas. Umno Bahagian Gua Musang mempunyai 116 cawangan. Bagaimanapun, semua cawangan terbabit tidak mengusulkan sebarang nama bagi jawatan timbalan presiden Umno dan lain-lain jawatan kerana perkara itu terserah ahli ahli Umno di cawangan lain di seluruh negara. Kesemua cawangan berkenaan juga mencalonkan supaya jawatan Ketua Umno bahagian dan Timbalan dikekalkan yang kini diterajui Tengku Razaleigh dan Mohamad Saufi Deraman manakala jawatan Naib Ketua dicalonkan, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Yusof Ab Ghani. Sebelum ini, menurut laporan Bernama, jawatan naib ketua disandang oleh Pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohamad Hamzah dan Ketua Penerangan Umno Bahagian itu juga kekal diterajui, ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah. Sementara itu, semasa berucap merasmikan Persidangan Tahunan Umno Cawangan Kijang Bahagia, di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Paloh Satu, semalam, Nozula mahu setiap anggota Umno menyokong usul untuk Tengku Razaleigh bertanding jawatan Presiden Umno. "Ini kerana kita mahu pemimpin dari Kelantan pula mengambil alih kepimpinan negara berikutan rakyat sudah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "Saya juga yakin, Ku Li yang menawarkan diri bertanding untuk merebut jawatan itu sudah mendapat restu ahli Umno peringkat akar umbi dan akan menempah sejarah kemenangannya nanti," katanya. Beliau juga mahu anggota Umno bertanding secara sihat bagi jawatan tertentu yang mungkin dipertandingkan dalam bahagian Gua Musang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. "Kita kena ada etika supaya dapat mematuhi semula garis panduan pertandingan itu dan selepas pada itu perlu bersatu kembali demi kekuatan parti untuk orang Melayu," katanya. Umno minta balik Tapah Sementara itu di Tapah pula, Ketua Umno bahagian Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan bimbang kerusi Parlimen Tapah - yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) - mungkin terlepas ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang, jika ia tidak dikembalikan kepada calon Umno. Katanya, Umno telah menyerahkan kerusi berkenaan selama lima penggal kepada parti komponen sejak 1981 dan kini wujud desakan yang kuat dari akar umbi supaya ia dikembalikan kepada Umno. "Ini bukan ugutan atau amaran tetapi saya cuma menzahirkan hasrat dan kehendak ahli-ahli parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak mesyuarat cawangan Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian berkenaan hari ini. Samsudin berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai usul mendesak BN menyerahkan kerusi Parlimen Tapah kepada calon UMNO pada pilihan raya umum ke-13 yang sebulat suara dipersetujui 83 cawangan UMNO untuk dikemukakan kepada mesyuarat bahagian Oktober depan. Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning itu berkata desakan itu lahir atas kekecewaan anggota UMNO yang telah dijanjikan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-12. "Pada pilihan raya umum ke-12 tidak selesai juga isu penyerahan balik kerusi kepada UMNO...kita khuatir pada pilihan raya akan datang kawasan ini tidak lagi menjadi kubu BN," katanya. Pada pilihan raya lepas, calon BN dari MIC Datuk M. Saravanan yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan memenangi kerusi Parlimen Tapah dengan majoriti 3,020 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Seng Toh. Samsudin berkata, kawasan Parlimen Tapah yang mempunyai kira-kira 40,000 pengundi adalah kawasan majoriti pengundi Melayu, sebanyak 51 peratus. Selain DUN Ayer Kuning, satu lagi kerusi negeri iaitu Chenderiang diwakili oleh calon BN daripada MCA. "Pengalaman dalam pilihanraya umum lalu amat berguna kepada kami, nasib baik Umno Bahagian Tapah sentiasa bersatu dan setia kepada BN, kalau tidak calon-calon kita mungkin kalah seperti di bahagian lain," katanya merujuk kepada prestasi buruk BN apabila terlepas Perak kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum. Kluang: Md Jais tawar diri Sementara itu, di Kluang pula, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, Md Jais Sarday menawarkan diri untuk jawatan ketua Umno bahagian, selepas jawatan itu dikosongkan oleh penyandangnya, Datuk Gapar Gurrohu. Md Jais, 41, yang juga Exco Penerangan, Belia dan Sukan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Mahkota, berkata pengalamannya bertugas di peringkat negeri serta pusat adalah aset yang penting kepada Umno bahagian. Beliau adalah Exco Pergerakan Pemuda Umno dan bekas pegawai khas kepada Datuk Mohamed Khaled Nordin, ketika menjadi Menteri Pembangunan Usahawan. "Dengan pengalaman yang diperoleh di peringkat pusat dan negeri, saya berkeyakinan jika dipilih (sebagai Ketua Umno Bahagian), maka sumbangan kepada Umno Bahagian Kluang dan orang Melayu khususnya akan menjadi lebih berkesan," katanya hari ini. Beliau berpendapat jika jawatan Ketua Umno Bahagian dan Adun dipegang oleh individu yang sama, ia akan memudahkan lagi kesinambungan urusan untuk membangunkan daerah dan taraf ekonomi orang Melayu. Md Jais merupakan ketua pemuda Umno bahagian selama dua penggal. Umno Bahagian Kluang mempunyai 67 buah cawangan. |
0 comments Labels: ku li, malaysiakini, UMNO haprak
Pelan peralihan kuasa tiada dalam perlembagaan Umno - Ku Li
| Harakahdaily Muhammad Yusri Amin Sun | Jul 20, 08 | 2:44:43 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 20 Julai (Hrkh) - Adakah pelan peralihan kuasa yang cuba diamalkan dalam Umno sekarang selaras dengan perlembagaan parti itu. Bagi Tengku Razaleigh Hamzah ia jelas bertentangan. Beliau berkata, penyandang sekarang (Presiden) dipilih untuk berkhidmat hanya untuk tempoh tiga tahun saja. "Oleh itu, mengikut Perlembagaan Umno mesti diadakan pemilihan dan ketika itulah parti akan memilih siapa untuk menyandang jawatan tertentu sama ada orang yang sama atau orang lain. "Kalau dilihat kepada perlembagaan parti tidak ada peruntukan mengenai peralihan kuasa. Timbalan Presiden tidak sepatutnya ditentukan lebih awal. "Kita sudah 50 tahun merdeka, rakyat pandai memilih. Rakyat Malaysia bijak. Ahli-ahli Umno pun bijak," katanya pada sidang media di kediamannya di sini baru-baru ini. Baru-baru ini Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan akan berundur pada pertengahan 2010 dan tempatnya sekarang akan diganti Dato' Seri Najib Razak. Ku Li yang juga anggota Parlimen Gua Musang menegaskan tetap bersedia untuk bertanding bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan sempena perhimpunan agung parti itu, Disember depan. "Saya menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Presiden berdasarkan perlembagaan parti. Kita manusia bertamadun. Kita berorganisasi seperti Umno. Kita ada perlembagaan yang menentukan pergerakan kita. "Dan kalau tidak mahu mengikut perlembagaan parti, baik kita masuk hutan, mengikut undang-undang binatang," katanya. Beliau juga menyifatkan tindakan Perdana Menteri mengumumkan pelan peralihan kuasa pada pertengahan 2010 sebagai keputusan untuk kepentingan diri. Menurutnya Majlis Tertinggi (MT) tidak boleh membuat keputusan atau memberi pandangan bertentangan dengan perlembagaan parti. Kata beliau, ahli Umno berhak dipilih dan boleh memilih, dan hak mereka itu dijamin dalam perlembagaan. "Tidak ada tradisi serah kuasa dalam Umno, perkara itu hanya dibuat-buat saja. Barangkali sebagai helah untuk duduk di situ," tegasnya. Mengulas mengenai cadangan supaya diadakan debat bagi calon yang akan bertanding dalam pemilihan jawatan parti, beliau menyatakan persetujuannya. Beliau juga memberitahu syarat-syarat ketat seperti dimuatkan dalam buku Etika Ahli Umno akan dibatal sekiranya beliau dipilih menjadi Presiden parti. Selain itu, beliau menyifatkan Tataetika tersebut dilakukan bertujuan menyekat pihak establishment dalam parti. "Orang atasan tidak kena. Itulah demokrasi, kita mampus.." katanya sambil ketawa. Bagaimanapun beliau menegaskan mahu mengekalkan demokrasi termasuk peraturan pemilihan Presiden, Pengerusi Tetap dan ahli-ahli Majlis Tertinggi. "Terserahlah kepada pencalonan. Saya tidak membuat apa-apa keputusan mengenai pertandingan jawatan Presiden. Saya serahkan kepada perwakilan dalam perkara itu. "Namun begitu, saya sedia menerima siapa sahaja yang dipilih dan difikirkan layak," katanya. - mj _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, ku li, UMNO haprak
Saturday, July 19, 2008
Ku Li mahu ubahsuai DEB jika dipilih sebagai Presiden Umno
Mstar Online
18-07-2008 09:36:53 PM
GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) hari ini berkata beliau akan mengubahsuai Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi memastikan pelaksanaannya lebih mantap sekiranya dipilih sebagai Presiden Umno.
Tengku Razaleigh yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Nombor Satu Umno pada pemilihan Disember nanti berkata dasar itu akan diperkemaskan lagi kerana ia adalah untuk kebaikan semua kaum dan bukan dikhususkan untuk kepentingan orang Melayu sahaja.
"DEB yang dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak itu bukan sahaja untuk kepentingan orang Melayu, malah untuk kebaikan semua kaum di negara ini.
"Nampaknya selepas pelaksanaannya, dasar berkenaan belum menunjukkan perubahan ketara kepada kemajuan ekonomi orang Melayu dan apa yang perlu kita buat ialah mengemaskan lagi pelaksanaannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan Cawangan-Cawangan Umno dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Nenggiri di Dewan Bukit Chekati, di sini.
Dalam perkembangan lain, Tengku Razaleigh mengecam pihak tertentu yang menuduhnya mempunyai kepentingan diri apabila menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno.
Sebaliknya, beliau menjelaskan hasratnya berbuat demikian adalah bagi memulihkan Umno kerana rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap parti itu.
"Saya bukan tamak kuasa atau gila nak jadi Perdana Menteri, tetapi apa yang saya nak perjuangkan ialah membela bangsa Melayu dan membendung kadar kemiskinan yang masih tinggi.
"Orang yang menuduh saya tamak dan gila kuasa itu sebenarnya yang ingin mengadaikan maruah bangsa Melayu," katanya semasa berucap merasmikan persidangan tahunan Cawangan-Cawangan dalam DUN Paloh di Dewan Orang Ramai Ciku Satu, dekat sini.
Ditanya mengenai sikap Umno Kelantan yang menyambut dingin hasratnya itu, Tengku Razaleigh berkata beliau tidak merasa goyah atau hilang keyakinan apabila ada pihak di negeri itu yang menyuarakan sokongan kepada Presiden dan timbalan presiden parti yang ada sekarang.
"Saya tetap dengan pendirian saya untuk bertanding dan keputusannya sama ada saya menang atau kalah ditentukan oleh anggota parti dalam perhimpunan Agung Umno nanti," katanya. BERNAMA
0 comments Labels: DEB, ku li, mstar online, UMNO haprak
Friday, July 18, 2008
"Saya pun ada formula atasi kenaikan harga minyak" Ku Li
| | | |
2 comments Labels: harga minyak, klpos, ku li
Friday, July 11, 2008
"Abdullah silap" Ku Li
| | | |
| Oleh Bernama | |
| Jumaat, 11 Julai 2008 | |
| KB: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa pada pertengahan 2010 dan bertanding sebagai Presiden UMNO merupakan satu langkah yang silap. Katanya jawatan Presiden UMNO itu ditentukan oleh ahli UMNO dari peringkat akar umbi dan tidak wajar bagi Abdullah untuk serahkan kuasa kepada sesiapa pun. "Banyak pihak tidak menyedari bahawa Perdana Menteri perlu mendapatkan restu pelbagai pihak terutamanya dari Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan ketua-ketua cawangan UMNO di jajahan Bachok di sini Khamis malam. Beliau berkata selama ini Abdullah merupakan "caretaker" (penjaga) kepada UMNO kerana pemilihan parti itu sepatutnya berlaku tahun lepas namun ianya ditunda berikutan pilihan raya umum ke-12. Tengku Razaleigh berkata keputusan Abdullah itu tidak akan mengubah pendirian beliau untuk bertanding bagi jawatan presiden pada pemilihan parti yang dijangka Disember ini. |
0 comments Labels: klpos, ku li, Pak Lah undur
Saturday, June 21, 2008
Iklim politik Malaysia tidak lagi sihat - Tengku Razaleigh
| Harakahdaily Mohd Sabri Said Sat | Jun 21, 08 | 1:05:17 pm MYT | |
| GLUGOR, 21 Jun (Hrkh) - Mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan iklim politik Malaysia semakin sakit berikutan kemunculan suara-suara desakan selepas pilihan raya umum ke 12. Dari segi demokrasi memang ia satu perkembangan yang baik tetapi untuk kepentingan parti Umno dan Barisan Nasional (BN) ia satu yang mendukacitakan, katanya. "Desakan pada kerajaan semakin membara dan ini mengambarkan iklim politik Malaysia makin bercelaru dan tidak sihat. Apa akan berlaku pada masa depan," jelasnya ketika ditanya wartawan selepas ucaptama dalam program Kongres Permuafakatan Melayu Pulau Pinang Zon Utara di Dewan Kuliah 'U' Univesiti Sains Malaysia (USM), Glugor pagi tadi. Beliau ketika mengulas tindakan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Seri Yong Tek Lee yang mahu mencetuskan undi tidak percaya pada Persidangan Parlimen Isnin ini menambah, ia satu keputusan yang memperlihatkan BN tidak lagi seutuh dulu. Rakyat sekarang ini bijak menilai dan mereka telah lakukan tindakan dalam pilihan raya umum lepas di mana BN kehilangan banyak kerusi dan hilang empat negeri di Pantai Barat dan gagal menawan Kelantan, katanya. "Kemelut inilah yang membuatkan wujud suara-suara yang boleh mengancam BN secara menyeluruh," terangnya. Senario ini katanya, menjadi semakin tegang apabila SAPP sebuah parti dari komponen BN di Sabah mengisytiharkan melakukan undi tidak percaya pada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di parlimen Isnin ini. Semalam Perdana Menteri mengumumkan tidak akan mengenakan tindakan pada SAPP kerana ia bukan suara keseluruhan SAPP malahan ia hanya dari Presidenya sahaja. Tetapi, dalam perhimpunan SAPP semalam sudah memutuskan segala-galanya ia adalah suara SAPP bukan secebis keluhan daripada seorang dua kepimpinan tertinggi sahaja. Kongres Kemuafakatan Melayu Zon Utara kali ini dianjurkan bersama antara Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) dan Ikatan Kelab-Kelab Melayu Pulau Pinang (Ikatan). Beberapa kertas kerja dibentangkan antaranya oleh Profesor Dato' Dr Zainal Kling bertajuk 'Kedaulatan Kebudayaan, Pendidikan, Bahasa dan Agama Bangsa Melayu'. Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Haji Azmi Abdul Hamid dengan tajuk 'Mencetuskan Kebangkitan Bangsa' dan 'Melakar Masa Depan Bangsa Melayu Berpaksikan Kedaulatan Perlembagaan Malaysia oleh Profesor Madya Dr. Mustaffa Kasim dari Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, Universiti Utara Malaysia (UUM). - mns_ |
0 comments Labels: Harakahdaily, ku li
Thursday, June 19, 2008
Wang Royalti Mungkin Lebih Banyak - Tengku Razaleigh
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh SM Noor | |
| Thursday, 19 June 2008 | |
|
“Sepatutnya Kerajaan Pusat atau pun Petronas, saya tak tahu siapa yang bertanggungjawab, juga kena bayar berkenaan kadar faedah keatas wang yang terkumpul, “jadi kalau berdasar kepada ‘compounded rate’ (kadar berganda) mungkin jumlahnya lebih besar daripada angka 7, 8 bilion yang saya sebut secara am sebentar tadi,” kata Tengku razaleigh Hamzah, Bekas Menteri Kewangan yang juga bekas Pengerusi Petronas sewaktu menyampaikan ucapan bertajuk ‘Sejarah Royalti; Royalti Petroleum Hak Rakyat Terengganu’ dalam Konvensyen Royalti yang diadakan baru-baru ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham A. Aziz berkata , dalam tempoh tiga tahun bermula 2004, Petronas telah membayar sejumlah RM26.8391 bilion sebagai royalti kepada Kerajaan Persekutuan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. (Gambar: Ku Li dan Tun Salleh, dua individu yang terlibat secara langsung dengan penubuhan Petronas) Amirsham juga berkata, daripada jumlah tersebut, daripada jumlah itu, sebanyak RM13.419 bilion dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, Terengganu (RM7.364 bilion), Sabah (1.234 bilion) dan “Ia perlu dibuat perhitungan secara terperinci kerana kadar faedah adalah berubah pada setiap hari,” tambah Tengku Razaleigh |
0 comments Labels: buletin online, ku li, royalti, terengganu
Sunday, June 15, 2008
Mahathir: Najib, Ku Li tiada peluang tandingi Pak Lah Disember ini
Mstar Online
15-06-2008 03:09:34 PM
Oleh G. MANIMARAN
KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin tiada siapapun termasuk Tengku Razaleigh Hamzah yang 'berpeluang' untuk menandingi jawatan Presiden Umno pada Disember ini.
"Pada pemilihan Umno akan datang Presiden (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) akan menang, tidak akan ada siapa yang boleh tanding Presiden kerana tiada siapa yang boleh memperoleh 60 pencalonan.
"Ini dikawal oleh Presiden seperti yang berlaku dulu... Tengku Razaleigh hendak lawan, beliau cuma mendapat satu sahaja, bahagian beliau yang mencalonkan beliau, bahagian beliau sendiri mencalonkan beliau," katanya.
Bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno itu menyatakan demikian dalam satu temu bual dengan mStar Online baru-baru ini.
Jelas Dr. Mahathir, sama ada Tengku Razaleigh ataupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memang tidak berpeluang untuk menyaingi Abdullah yang menggantikan beliau lima tahun lalu.
Pemilihan pucuk kepimpinan pusat Umno akan berlangsung pada Disember ini.
Tengku Razaleigh, bekas Menteri Kewangan dan bekas Naib Presiden Umno telah menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi Presiden Umno pada Disember ini.
Kini beliau mengadakan pertemuan di seluruh negara untuk mencari sokongan melepasi kelayakan pencalonan yang diwajibkan untuk menentang Abdullah.
Berdasarkan pendirian yang diumumkan sejak kebelakangan ini, Najib dipercayai hanya akan kekal mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Umno.
Ketika mengulas mengenai peralihan kuasa pula, Dr. Mahathir memberitahu, beliau tidak setuju dengan kata sepakat yang telah dicapai oleh Abdullah dan Najib sebelum ini.
"(Saya) tak setuju, lama sangat, tahun 2010... tak ada masa untuk memulihkan parti untuk pilihan raya akan datang," katanya.
Empat hari selepas Dr. Mahathir ditemui mStar Online, semalam Abdullah memberitahu bahawa tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada Najib masih belum ditetapkan lagi.
Menurut Abdullah, sepertimana yang diperjelaskannya kelmarin beliau akan menyerahkan jawatannya itu kepada Najib apabila tiba masanya sepertimana yang difahami oleh kedua-dua mereka.
Dr. Mahathir juga menyentuh soalan sama ada Umno masih relevan ataupun sebaliknya khususnya selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.
Kata beliau: "Bagi banyak orang, Umno sudah tidak relevan."
Mengenai keperluan menubuhkan parti baru, beliau berkata: "Sekarang ini pilihan antara masuk parti lawan, ada tiga parti lawan (dan) mungkin mereka (ahli Umno yang tidak berpuas hati) menyertai parti lawan."
Jelas beliau, parti baru juga sukar untuk ditubuhkan kerana tiada pihak yang berani untuk keluar Umno.
"Saya tidak mahu parti baru, saya patuh kepada Umno yang asal, ini bukan Umno yang asal," katanya.
Dr. Mahathir keluar daripada Umno pada 19 Mei lalu.
0 comments Labels: dr det, ku li, mstar online, najib razak, Pak Lah undur
Saturday, June 14, 2008
2 pemimpin nafi lompat parti, Ku Li dakwa komponen BN keluar bulan ini
Mstar Online
14-06-2008 08:08:17 PM
Oleh G. MANIMARAN
(Mutakhir) PETALING JAYA: Sementara dua pemimpin Barisan Nasional (BN) menafikan akan ada wakil rakyat Sabah melompat parti, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula mendakwa sebuah parti komponen BN akan meninggalkan parti itu sebelum hujung bulan ini.
Bekas Menteri Kewangan itu yang dipetik Bernama bagaimanapun tidak menamakan parti yang dikatakan akan keluar dari BN itu.
"Saya mendapat berita bahawa satu parti akan keluar daripada BN sebelum hujung bulan ini," dakwanya ketika menghadiri majlis Perhimpunan Cawangan-Cawangan Umno Pahang di sini hari ini.
BN terdiri daripada komponen Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu SUPP, SAPP, Parti Bersatu Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Rakyat Sabah, Pertubuhan Bersatu Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko), dan Parti Demoktratik Progresif Sarawak (SPDP) serta Parti Rakyat Sarawak.
Dalam pada itu, hari ini dua Ahli Parlimen - seorang dari Semenanjung dan seorang lagi dari Sabah menafikan spekulasi beberapa wakil rakyat dari negeri itu akan menyertai Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru.
Ketua Penerangan Umno, Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ketika dihubungi mStar Online di Kota Kinabalu memberitahu, selama empat hari berada di Sabah beliau tidak mendengar tentang akan ada Ahli Parlimen dari negeri itu bakal menyertai Pakatan Rakyat.
"Rakyat sudah bosan dengan cakap-cakap seperti ini. Hanya beberapa personaliti yang membangkitkan isu seperti ini, nak sambung-sambung cerita yang mengatakan akan ada mereka yang akan melompat parti.
"Hanya mereka seperti (Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang suka mengatakan perkara seperti ini," kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini yang berada di Sabah sejak Rabu lalu.
"Jika PAS dan DAP hendak menubuhkan kerajaan, sepatutnya mereka berbuat demikian 100 hari yang lepas. Sekarang sudah 100 hari selepas pilihan raya umum diadakan, mengapa masih hendak menimbulkan isu lompat-melompat ini.
"Mereka sepatutnya membantu kerajaan menjalankan projek pembangunan, bukan membuat kenyataan-kenyataan seperti ini. Apa yang mereka dapat?
"Mereka wajar berhenti bercakap mengenai isu melompat ini," kata beliau sambil menambah, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan 13 insentif untuk Sabah baru-baru ini, rakyat negeri itu ingin melihat projek pembangunan serta janji pilihan raya ditunaikan.
Beliau mengatakan demikian ketika diminta mengulas perkembangan semasa politik tanah air ekoran timbulnya isu bahawa kemungkinan wakil rakyat BN dari Sabah akan melompat Pakatan Rakyat tidak lama lagi.
Isu itu timbul lagi selepas seminggu lalu Anwar mengumumkan bahawa beliau masih kekal dengan sasaran 16 September ini untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.
Kelmarin, Agenda Daily melaporkan dua Ahli Parlimen dari Parti Rakyat Sabah (SAPP) disebut secara terbuka merupakan mereka yang akan mengucapkan selamat tinggal kepada BN.
Kedua-dua mereka Enchin Majimbun dan Datuk Chua Soon Bui masing-masing Ahli Parlimen Sepanggar dan Tawau.
Portal itu menyebut, bagaimanapun Majimbun telah menafikan khabar tersebut tetapi menambah, "tapi kita tidak tahulah di masa depan macam mana.”
Chua juga menafikan laporan berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Penyokong Kerajaan BN Sabah di Dewan Rakyat, Datuk Anifah Aman yang pernah 'mencuri' perhatian kerana menolak kedudukan dalam Kabinet dan Pengerusi Kumpulan Ahli Parlimen UMNO (UMPG) di Dewan Rakyat juga menafikan khabar angin tersebut.
"Saya tidak tahu. Saya tidak dengar apa-apa setakat ini," katanya ketika dihubungi.
Kata beliau, pihaknya juga belum ada membincangkan desas-desus terbaru itu dan belum ada rancangan untuk bertemu ahli-ahli Parlimen dari BN di Sabah.
Dewan Rakyat akan mula bersidang semula pada 23 Jun ini.
Kini di Dewan Rakyat BN mempunyai 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 82 kerusi.
Umno mempunyai 79 kerusi, MCA (15), MIC (tiga), Gerakan (dua), PBB (14), SUPP (enam), SPDP (empat), PRS (enam), Upko (tiga), PBS (tiga), SAPP (tiga), PBRS (satu) dan LDP (satu).
Pertengahan bulan lalu, Anifah mencetuskan suasana hangat ketika berucap di Dewan Rakyat dengan mendakwa rakyat Sabah dianaktirikan dan dihina dengan dakwaan mahu melompat parti.
Kata Anifah, wakil rakyat Sabah dipandang serong semata-mata kerana menyampaikan keluhan rakyat negeri itu yang beliau dakwa sekian lama dipinggirkan daripada arus pembangunan.
0 comments Labels: keluar BN, ku li, mstar online
Saturday, May 31, 2008
Ku Li tetap tanding meskipun Pak Lah berundur
Mstar Online
30-05-2008 11:35:55 PM
KOTA BAHARU: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah tetap akan bertanding jawatan Presiden Umno meskipun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan untuk berundur sebelum pemilihan parti Disember ini.
"Saya menawarkan diri (untuk bertanding jawatan Presiden) bukan hanya kerana faktor Pak Lah (Abdullah) tetapi kerana keperluan untuk menyegarkan semula Umno dan mengembalikan arah tuju memandangkan masa depan (parti) kelihatan malap. Ia juga untuk menghidupkan usaha pembangunan negara," katanya.
Beliau mengumumkan untuk bertanding jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu.
Bekas Naib Presiden Umno itu pernah mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden pada 1987 tetapi tewas.
Desas-desus kedengaran bahawa beliau tidak akan mencabar Abdullah jika mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kedudukannya kali ini.
Kata Tengku Razaleigh, kerusi presiden dan timbalan presiden lazimnya terbuka untuk rebutan apabila ada pemilihan parti.
Pemilihan parti sepatutnya diadakan tahun lalu tetapi ditangguhkan sehingga bulan Disember disebabkan pilihan raya umum ke-12.
Semasa berada di Kota Kinabalu minggu lalu, beliau telah meminta bahagian-bahagian UMNO di Sabah supaya tidak takut untuk mencalonkan beliau bertanding jawatan presiden pada pemilihan Disember ini.
Ketika ditanya sama ada sesuai bagi Abdullah meletakkan jawatan sebelum Disember, Tengku Razaleigh memberitahu, beliau perlu tunggu dan lihat kerana bahagian-bahagian hanya akan mengadakan persidangan tahunan dan pemilihan pada Oktober ini.
Mesyuarat cawangan bermuka Julai ini.
Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Persatuan Seni Silat Tomoi Kelantan di Kuala Besar di sini, hari ini.
Mengulas mengenai kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor ke dalam Umno, Tengku Razaeligh berkata, langkah itu boleh membantu menarik sokongan golongan muda yang ketika ini cenderung kepada pembangkang untuk menyertai parti terbesar bangsa Melayu itu.
Kata beliau, ini kerana Ezam mempunyai pengaruh yang besar terhadap politik negara dan mempunyai pengikut terutama golongan muda ketika bersama PKR sebelum ini.
"Saya rasa Ezam boleh membantu menarik golongan muda ke dalam Umno kerana dia seorang ahli politik yang ada pengaruh dan boleh membantu," katanya.
Ahli Parlimen Gua Musang berkata, untuk itu beliau sanggup bersama pemimpin yang lain bagi membantu menarik golongan muda menyertai Umno.
Veteran Umno itu juga berkata, Ezam boleh membawa ideai-dea baru untuk sama-sama membantu menyumbang untuk kebaikan masyarakat dan juga Umno.
"Umno boleh guna Ezam jika dia benar-benar ikhlas untuk berjuang dalam Umno," katanya.
Beliau juga berkata, selain Ezam, Umno perlu membuat sesuatu untuk mempelawa mana-mana bekas pemimpinnya untuk kembali ke dalam parti itu.
"Saya rasa apa yang Tun (Dr. Mahathir Mohamad) buat (keluar Umno) sebenarnya dia masih mempunyai jiwa Umno dan tegurannya sebelum ini bagi saya untuk kepentingan Umno dan negara juga," katanya.
0 comments Labels: ku li, mstar online, Pak Lah undur
Monday, May 5, 2008
Umno mesti jaga Johor...
| |||
0 comments Labels: Johor, ku li, malaysiakini, UMNO haprak


