Harakahdaily Azamin Amin Fri | Jul 18, 08 | 10:07:11 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Debat di antara Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Dato' Shabery Cheek baru-baru ini turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membenarkan debat antara Pembangkang dan Kerajaan namun baginya ia bukanlah satu pertandingan yang adil. "Shabery sangat kurang pengalaman didalam bidang yang mana Anwar adalah jaguh iaitu bercakap. Perkara yang didebatkan pula sudah pasti meletakkan Kerajaan didalam keadaan tertekan. "Apabila Shabery menimbulkan apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai saya pada masa lampau, ianya telah sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Anwar. Tetapi adalah jelas bahawa Shabery gementar," kata Mahahtir dalam blognya. Baginya Anwar boleh meyakinkan terutama kepada mereka yang mahu mempercayainya malah Media Barat telah membuat kesimpulan bahawa tuduhan terkini terhadap Anwar adalah sama dengan agenda politik yang lama yang dibuat untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri. Sementara itu rata-rata pemerhati dan responden melihat persembahan pembukaan Menteri Penerangan itu sebagai berjalan lancar dan berada di landasan yang betul dalam mempertahankan dasar kerajaan. Namun setelah agak lama, beliau kelihatan agak tersasar dan lebih tertumpu kepada serangan peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim malah dengan tidak semena-mena cuba membangkit nostalgia lama Anwar memperjuangkan isu Baling pada 1974. Shabery serang peribadi, Anwar pertahan nasib rakyat "Saya lihat Anwar tidak berubah. Masih lagi mengambil kesemepatan atas kesempitan hidup rakyat," begitulah kira-kira antara ungkapan Shabery kepada Penasihat KeADILan itu. Shabery terus menerus mengungkit latar belakang Anwar sebagai Timbalan Perdana Mneteri yang tidak berbuat apa-apa semasa berada di dalam kerajaan tetapi 'pandai bercakap' bila berada di luar dan menjadi pembangkang. "Senanglah cakap. Dulu masa saudara menggerakkan massa, berdemostrasi Baling kata yang kaya menjadi kaya, yang miskin papa kedana," kata Menteri Penerangan itu dan dijawab secara seloroh dan sinikal oleh Anwar :"Betul tu." Pemerhati debat juga kesal isu fitnah terhadap Anwar yang kononnya menjadi 'pak turut' IMF dalam krisis ekonomi negara ditimbulkan semula dalam debat tersebut malah menuduh Anwar membawa rakyat ke jalan raya demi mencapai matlamatnya. "Kenaikan harga minyak sekarang adalah mengikut perskripsi IMF," begitulah bidasan tajam Anwar kepada Shabery. Malah Anwar juga mencuit dan meruntun rasa rakyat apabila menyatakan perbezaan antara subsidi dan insentif yang dilaungkan oleh kerajaan selama ini. "Kalau untuk menyelamat dan bantu pedagang-pedagang, korporat dipanggil insentif tetapi kalau untuk rakyat dipanggil subsidi. Perkataan subsidi itu seperti negatif," antara petikan kata-kata Anwar Rata-rata pemerhati politik dan rakyat bawahan yang memberi maklum balas menyatakan berpuas hati dengan perdebatan semalam khususnya hujah Anwar yang dilihat tertumpu dan menekankan isu membela nasib rakyat berikutan kenaikan mendadak melampau harga minyak di negara ini. Ini berbeza dengan Shabery yang menyenaraikan 'kesalahan' lampau Anwar dan menyerang secara peribadi tanpa sebarang hujah dan fakta yang jelas demi menjatuh kredibiliti tokoh yang telah membuat 'come-back' dalam landskap politik negara. Malah lebih mengejutkan dan dikagumi ramai ialah tindakan Anwar yang tidak menyerang balas hujah dangkal Sahbery tersebut. "Biarlah dia serang peribadi saya. Saya tak akan balas kerana ini bukan platformnya. Malah Shabery ada banyak ruang media lagi untuk berbuat demikian, saya selepas ini tidak ada peluang," demikian antara kata akhir Anwar dalam Debat tersebut. Tidak syak lagi, sesiapa pun mengakui Anwar ternyata hebat dalam berpidato beserta dengan nada, intonasi, retorik dan kecekapannya mencantas hujah lawan manakala Shabery pula dilihat boleh berhujah tetapi mula terbawa-bawa dengan emosi dalam mengemukakan hujah. Perdebatan di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semalam dianjurkan oleh Agendadaily atas tajuk " Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" menyaksikan kehadiran kira-kira 300 hadirin dengan moderatornya Dato'Johan Jaafar. Pihak TV9,TV3,Astro Awani,Bernama TV dan Radio 24 telah merakamkan serta menyiarkan secara langsung debat itu untuk tontonan 27 juta rakyat Malaysia yang terhimpit berikutan kenaikan harga minyak ini. Syabas untuk semua! _ |
Saturday, July 19, 2008
Shabery gementar, Anwar jaguh - Mahathir
0 comments Labels: DEB, dr det, DSAI, Harakahdaily
Ku Li mahu ubahsuai DEB jika dipilih sebagai Presiden Umno
Mstar Online
18-07-2008 09:36:53 PM
GUA MUSANG: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) hari ini berkata beliau akan mengubahsuai Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi memastikan pelaksanaannya lebih mantap sekiranya dipilih sebagai Presiden Umno.
Tengku Razaleigh yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Nombor Satu Umno pada pemilihan Disember nanti berkata dasar itu akan diperkemaskan lagi kerana ia adalah untuk kebaikan semua kaum dan bukan dikhususkan untuk kepentingan orang Melayu sahaja.
"DEB yang dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak itu bukan sahaja untuk kepentingan orang Melayu, malah untuk kebaikan semua kaum di negara ini.
"Nampaknya selepas pelaksanaannya, dasar berkenaan belum menunjukkan perubahan ketara kepada kemajuan ekonomi orang Melayu dan apa yang perlu kita buat ialah mengemaskan lagi pelaksanaannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan Cawangan-Cawangan Umno dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Nenggiri di Dewan Bukit Chekati, di sini.
Dalam perkembangan lain, Tengku Razaleigh mengecam pihak tertentu yang menuduhnya mempunyai kepentingan diri apabila menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno.
Sebaliknya, beliau menjelaskan hasratnya berbuat demikian adalah bagi memulihkan Umno kerana rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap parti itu.
"Saya bukan tamak kuasa atau gila nak jadi Perdana Menteri, tetapi apa yang saya nak perjuangkan ialah membela bangsa Melayu dan membendung kadar kemiskinan yang masih tinggi.
"Orang yang menuduh saya tamak dan gila kuasa itu sebenarnya yang ingin mengadaikan maruah bangsa Melayu," katanya semasa berucap merasmikan persidangan tahunan Cawangan-Cawangan dalam DUN Paloh di Dewan Orang Ramai Ciku Satu, dekat sini.
Ditanya mengenai sikap Umno Kelantan yang menyambut dingin hasratnya itu, Tengku Razaleigh berkata beliau tidak merasa goyah atau hilang keyakinan apabila ada pihak di negeri itu yang menyuarakan sokongan kepada Presiden dan timbalan presiden parti yang ada sekarang.
"Saya tetap dengan pendirian saya untuk bertanding dan keputusannya sama ada saya menang atau kalah ditentukan oleh anggota parti dalam perhimpunan Agung Umno nanti," katanya. BERNAMA
0 comments Labels: DEB, ku li, mstar online, UMNO haprak
Sunday, April 6, 2008
DEB gagal dalam perlaksanaannya, PRU12 buktinya
Klpos | | |
0 comments Labels: DEB, klpos
Thursday, April 3, 2008
Khir Toyo kata orang Melayu, Cina dan India tak gembira dengan DEB
Harakahdaily Wan Nordin Wan Yaacob Wed | Apr 02, 08 | 10:39:56 am MYT ![]() | |
KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dalam mengupas isu kemelut pencapaian Umno/BN yang merosot teruk pada pilihan raya lalu menyimpulkan antara lain Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu dilihat semula. Dalam forum Umno Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 anjuran laman web Mykmu.net yang diadakan di Hotel Singgahsana semalam, Dr Khir berkata, DEB telah dilaksanakan lebih 30 tahun. "Dalam blog saya yang kini mencapai hits lebih 40,000, ada komen dari pelbagai orang.Orang Melayu, Cina dan India rata-ratanya tak gembira dengan DEB. "Kita kena cari formula baru yang boleh penuhi kehendak dan aspirasi rakyat, ini saya harap dalam forum kita kena bincang objektif bagaimana nak bincang masa depan negara," katanya. Katanya, dalam pilihan raya lalu, bukan sahaja Melayu, tetapi Cina dan India tidak yakin dengan parti-parti yang mewakili mereka dalam BN. "Dan kalau dilihat jumlah undi yang diberi kepada pebangkang seluruh Malaysia undi popular mereka besar berbanding BN hanya 48 peratus, majoriti pembangkang pula menang besar, sementara majoriti BN menang sedikit, walaupun kerusi BN lebih," katanya Dengan keputusan yang penting hari ini ialah kerajaan, BN dan Umno kena lihat kehadapan apa yang perlu lakukan selepas BN alami krisis pada kali ini, katanya. "Jika lihat sejarah kita kena kaji teliti, bila kalah pada tahun 1969, maka pada tahun itu ada perubahan besar dalam sistem politik dan kerajaan Malaysia.berlaku perubahan kepimpinan dan lahirkan DEB untuk kepentingan orang Melayu selain tidak meminggirkan Cina dan India," katanya. Namun pada pilihan raya umum 2008, ramai melihat bahawa Umno seolah-olah tidak perjuangkan nasib orang Melayu, sementara MCA tidak perjuang orang Cina. Begitu juga dengan MIC yang tidak memperperjuangkan nasib orang India, kata Dr Khir. "Sebab itulah maka perubahan begitu besar, jika nak ambil formula 1969, bentuk Mageran dan lihat semua tentang DEB dan bagaimana ia dapat puas hati semua orang, "Jika ambil formula tahun1999 (krisis kepimpinan Umno dimana Dato' Seri Anwar Ibrahim disingkir dari Umno) dengan tukar kepimpinan perkara sama berlaku juga tak selesai.Justeru kita kena lihat balik DEB ini dengan lebih objektif dan dapat beri kepuasan semua, ini dituntut oleh rakyat Malaysia," ujarnya. Secara keseluruhannya Dr Khir meletakkan bukan sahaja krisis kepimpinan dalaman Umno/BN menyumbang kepada kekalahan tetapi isu ekonomi, pendidikan dan sebagainya turut memberi kesan kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN. "Kita nak reformasi, apa kaedah reformasi yang kita perlukan, sebab itu kita kena objektif. Umno, kerajaan kena reformasi, pendidikan kena reformasi., ekonomi kena reformasi," tegasnya. Sementara itu bercakap mengenai isu peletakan jawatannya sebagai Pengerusi BN Selangor beliau berkata, beliau melihat semua pemimpin pakatan BN meletak jawatan selepas kalah dalam pilihan raya umum. "Semua pemimpin MIC, MCA, GERAKAN meletak jawatan dan demi menjaga maruah Melayu, saya pun meletak jawatan," katanya ringkas. Sementara itu semasa sesi soal jawan, Dr Khir ditertawakan oleh hadirin ketika cuba mengutarakan soal isu betapa bersihnya beliau memerintah Selangor. "Saya cabar Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor kini) untuk cari apa masalah sahaja tentang saya sebab saya tahu saya bersih, saya tidak bersalah" "Tuan-tuan boleh cek tengok akaun saya berapa sahaja yang ada" katanya. Namun kata-katanya itu ditertawa dan dipersenda oleh beberapa penonton yang duduk di bahagian belakang dewan dan ada yang sinis dengan kenyataan Dr Khir itu. Begitu juga semasa mempertahankan soal adanya campur tangan dalam pemilihan calon-calon Umno dalam pilihan raya umum yang lalu, Dr Khir yang tidak menafikan adanya campur tangan oleh pihak tertentu. Namun keengganan Dr Khir mengakui adanya masalah dalam pemilihan calon dan meletakkan calon yang sebenarnya ditapis oleh agensi tertentu yang tidak lagi diyakini kredibilitinya turut dipersenda penonton. |
0 comments Labels: DEB, Harakahdaily, Khir Toyo