| Malaysiakini |
| Mar 6, 09 6:46pm |
| Kerajaan Selangor hari ini mengejar lagi bekas menteri besarnya Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung pembelian aset di Arab Saudi yang berkemungkinan menyalahi Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Akta Kawalan Pertukaran. Dr Mohamad Khir mewakili anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dalam pembelian hartanah Menara Al Marwa Makkah dengan seorang individu pada 2007, kata setiausaha politik menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "PNSB juga telah mendapat khidmat nasihat daripada Bank Negara tentang perkara ini agar syarikat itu bersih daripada tuduhan bersubahat melakukan kesalahan di bawah (dua) undang-undang tersebut," katanya dalam satu kenyataan. Menurut resolusi lembaga pengarah syarikat itu bertarikh 14 September 2007, PNSB memutuskan pembelian lima unit hartanah berharga RM8.3 juta. "Bagaimanapun rekod menunjukkan bahawa di antara 17 September dan 19 September 2007, PNSB telah meremitkan (bayar) RM25.6 juta ke Arab Saudi untuk pembelian 12 unit hartanah. "Kemudian di antara 25 September dan 3 Oktober 2007, PNSB telah menerima bayaran sebanyak RM17.2 juta daripada seorang individu yang dikatakan untuk penjualan tujuh unit hartanah dari Arab Saudi," kata Nik Nazmi lagi. "Pembelian hartanah oleh PNSB dibuat dalam matawang Riyal sedangkan penjualan kepada individu tersebut (dibuat) adalah matawang RM. "Sehingga hari ini, PNSB tidak mempunyai apa-apa rekod yang menunjukkan bahawa individu yang membeli hartanah daripada PNSB telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk membeli hartanah di luar negara." |
Friday, March 6, 2009
S'gor kejar Dr Khir isu beli aset Arab Saudi
0 comments Labels: Khir Toyo, malaysiakini, selangor
Thursday, September 11, 2008
Isu Azan: Laporan polis terhadap Khir Toyo
| Malaysiakini |
| Abdul Rahim Sabri | Sep 11, 08 1:03pm |
| Seorang ahli Parlimen hari ini PAS membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman berhubung isu azan di Selangor. Dalam laporan tersebut, beliau mendesak pihak polis supaya menyiasat dakwaaan Dr Mohd Khir mengenai kononnya ada usaha-usaha melarang laungan azan di masjid-masjid di Puchong dan Kota Damansara. Dr Siti Mariah berkata, blog tersebut mendakwa petisyen mengenai suara azan tidak dibenarkan, telah dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor. |
1 comments Labels: Khir Toyo, malaysiakini, PAS, perkauman, polis, selangor
Thursday, July 24, 2008
Khir Toyo berusaha jatuhkan Pakatan Rakyat Selangor
| Harakahdaily Saidah Hairan Thu | Jul 24, 08 | 7:50:37 am MYT | |
|
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor II, Iskandar A. Samad menegaskan, apa perlu Khir mengungkit pertemuan itu kerana PAS bertemu Umno hanya untuk mendengar apa yang dikehendaki oleh Barisan Nasional (BN). Menurut beliau,pengakuan Khir menunjukkan bahawa beliau hendak memecahbelahkan Pakatan Rakyat sebab Umno sedang dilanda masalah kurang mendapat sokongan daripada orang Melayu. Sebab itu katanya, Umno menggunakan pendekatan 'muzakarah' untuk menarik PAS berbincang tentang perpaduan Melayu atau Islam. Beliau menegaskan jika benar Umno ikhlas untuk berbincang perkara tersebut sepatutnya sudah dilakukan ketika Umno mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya umum tahun 2004. "Umno tidak ikhlas untuk membincangkan masalah orang Melayu tetapi muzakarah itu hanya mahu dijadikan medan menaikkan imej Umno supaya mendapat sokongan semula daripada orang Melayu," tegasnya ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat Suk semalam. Iskandar berkata, kononnya selepas pentadbiran Pakatan Rakyat orang Melayu tertindas tetapi jika dilihat banyak polisi-polisi Umno yang meminggirkan orang Melayu. "Bagaimana dengan polisi perumahan, siapa yang merobohkan masjid dan surau bukankah itu semua kerja Umno? "Umno tidak layak untuk bercakap soal perpaduan Melayu sebab Umno merupakan parti yang memecahbelahkan perpaduan orang Melayu," katanya. Beliau berharap sebelum PAS mahu bergabung dengan Umno perlu dilihat sejarah lalu seperti tragedi Memali begitu juga dengan Akta Hasutan Dalam Negeri (ISA) yang membuktikan bahawa Umno sememangnya jahat. "Sia-sialah pengorbanan kita kalau kita hendak bergabung dengan Umno," katanya. Mengulas tentang media yang sengaja membesarkan isu muzakarah katanya, memang Umno buat untuk mengucar kacirkan keadaan Pakatan Rakyat. Sebelum isu muzakarah katanya, Umno membesarkan isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang akan dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang tetapi tidak berjaya. Tambahnya,Umno terpaksa menggunakan isu liwat oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Anwar Ibrahim tetapi menimbulkan banyak masalah dan akhirnya muzakarah dijadikan gelanggang untuk memecahbelahkan kesepakatan Pakatan Rakyat. Beliau berkata, Umno akan serang satu demi satu untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan isu muzakarah merupakan strategi Umno untuk terus memerangkap PAS. "Ini adalah rentetan perangkap yang sengaja dibuat oleh BN kepada parti -parti komponen dan PAS tidak sepatutnya terpedaya dengan perangkap ini," katanya lagi. Beliau mengingatkan rakyat khususnya ahli PAS jika hendak mengetahui tentang apa yang berlaku di Selangor tanya dengan orang yang terlibat dalam pentabdiran kerajaan negeri. "Jangan dengar kata-kata orang luar bahawa berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan PAS dianaktirikan oleh kerajaan. Dengar sendiri daripada exco dan Adun Selangor," jelasnya. Beliau mendakwa ada pihak yang cuba memberi laporan yang tidak tepat terhadap PAS negeri Selangor dengan mendakwa bahawa PAS telah terpinggir dan sebagainya dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Sehubungan itu Iskandar berharap ahli PAS di Selangor perlu bertenang dan tetap dengan pendirian bahawa sebelum dan selepas pilihan raya ahli PAS Selangor tetap berdiri di belakang Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. - mks._ |
0 comments Labels: Harakahdaily, Khir Toyo, pemimpin haprak, PR Selangor
Tuesday, June 10, 2008
Jangan bayar cukai pintu, air – Khir Toyo
SHAH ALAM 10 Jun – Penduduk di negeri ini diminta tidak menjelaskan cukai pintu bagi tempoh penggal kedua tahun ini sekiranya kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak menurunkan kadar cukai itu sebanyak 20 peratus seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya mereka.
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ketika ini pihak berkuasa tempatan di Selangor dalam proses mengeluarkan bil cukai pintu untuk tempoh enam bulan kedua tahun ini.
''Kita beritahu rakyat, jangan bayar bil cukai pintu sebab janji mereka dahulu selepas 100 hari, penduduk akan menikmati pengurangan cukai, oleh itu mereka perlu menunaikan janji.
''Kalau kerajaan negeri hendak sita rumah penduduk yang tidak menjelaskan cukai pintu, sitalah beratus ribu rumah, kita mahu lihat sejauhmana mereka mampu bertindak ,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 5 Mei lepas mengumumkan keputusan kerajaan tidak menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus untuk kediaman dan 10 peratus bagi premis komersial atas alasan keadaan ekonomi Selangor ketika ini masih belum mencapai tahap memuaskan bagi membolehkan janji tersebut dilaksanakan.
Selain itu, Abdul Khalid bimbang langkah menurunkan cukai taksiran akan menambah beban kerajaan negeri dan mengurangkan hasil menyebabkan peruntukan untuk pembangunan lain di negeri ini tidak mencukupi, meskipun janji itu terkandung dalam manifesto pilihan raya PKR dan Pas.
Pada masa sama, Mohamad Khir yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) mengulangi pendirian meminta penduduk tidak menjelaskan bil air sebanyak 20 meter padu pertama yang bersamaan RM11.40.
''Tan Sri Khalid dan Datuk Dr. Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri) bercakap dalam Dewan Undangan Negeri, rebat air percuma akan dimasukkan dalam bil Jun, kita tunggulah,'' jelasnya.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) semalam menolak terma dan syarat pembayaran yang dikemukakan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berhubung pemberian air meter percuma itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya tidak berpuas hati dengan cadangan KDEB yang mahu supaya pembayaran air secara percuma kepada pengguna dibuat selepas rancangan penstrukturan semula sistem bekalan air di Selangor siap sepenuhnya September ini.
Ini memandangkan cadangan KDEB itu dilihat secara langsung akan menjejaskan aliran tunai serta operasi Syabas.
0 comments Labels: Khir Toyo, selangor, utusan
Wednesday, May 28, 2008
"Tiada bukti Khir Toyo, exco pernah isytihar harta
| KLpos | | |
0 comments Labels: Khir Toyo, klpos
Wednesday, May 7, 2008
'Jangan pandang remeh Anwar Ibrahim' - Khir Toyo
| Harakahdaily Azamin Amin Tue | May 06, 08 | 2:42:28 pm MYT | |
|
Beliau berkata Anwar Ibrahim mengumumkan untuk membentuk kerajaan pakatan rakyat pada 16 September kerana tarikh ini mempunyai signifikan tersendiri kerana merupakan tarikh pembentukan Malaysia. "Saya sedar Anwar ingin menggunakan tarikh ini sebagai permulaan era Malaysia Baru. "Dan saya agak kesal melihat pemimpin Umno masih menganggap ianya suatu sandiwara," katanya yang dipetik daripada blognya. Baginya, Anwar tidak akan merelakan kredebilitinya jatuh buat kali kedua kerana sekiranya berlaku dunia akan menganggap beliau sebagai pemimpin yang kuat berbohong dan tidak akan mendapat kepercayaan rakan politiknya. "Atas dasar itulah pemimpin BN perlu menganggap perkara ini lebih serius. Tindakan tertentu perlu diambil. "Dalam politik segalanya berkemungkinan. Bagi mereka yang merancang dengan baik kemungkinan itu akan berpihak kepada mereka," katanya. Sebelum itu beliau turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang agak terburu-buru membuat keputusan membentuk suruhanjaya kehakiman baru-baru ini. Katanya, selain daripada peranannya yang tidak dijelaskan, beliau khuatir akan ada banyak persepsi dan harapan yang tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan kepada rakyat. Kekhuatiran ini kata bekas Menteri Besar Selangor itu berdasarkan banyak pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh kerajaan berkenaan penubuhan suruhanjaya yang disambut gembira oleh rakyat berakhir dengan lebih banyak kemarahan kemudiannya. Pada beliau lebih penting pengumuman yang sebesar ini perlu dibuat dengan kajian dengan teliti bersama banyak pihak. "Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Janganlah kerana ingin mencari populariti sehari rosak negara bertahun lamanya," katanya. - mks. |
0 comments Labels: DSAI, Harakahdaily, Khir Toyo
Wednesday, April 30, 2008
Kuil: Dr Khir, jangan salahkan MIC
| Malaysiakini |
| Apr 29, 08 5:00pm |
| Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu meminta bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo supaya berhenti membuat tuduhan tidak berasas berhubung kekalahan Barisan Nasional di negeri itu dalam pilihanraya umum lalu. |
0 comments Labels: Khir Toyo, malaysiakini, MIC, pemimpin haprak
Tuesday, April 29, 2008
PR, ambil iktibar insiden Khir Toyo dengan penyapu
| Harakahdaily Saidah Hairan | Foto Nasir Sudin Thu | Apr 24, 08 | 3:35:58 pm MYT | |
| "Inilah kali pertama Khir Toyo angkat tangan pada saya. Dulu masa jadi MB menonong saja, tak tengok orang pun," luah seorang pegawai kerajaan daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais). "Dah kalah baru hendak senyum dengan orang, manusia...manusia," tambah pegawai tersebut. Demikian antara luahan pegawai kerajaan Mais yang berada di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ketika majlis mengangkat sumpah, 22 April lalu yang sempat saya rakamkan dalam minda. Ketika Dr Mohd Khir Toyo (bekas MB kini Ketua Pembangkang) mengangkat tangan pada petugas itu, penulis berada di sebelahnya. Jika sebelum ini ada orang yang membuka pintu kereta sebaik saja beliau ke sampai ke bangunan dewan persidangan, sekarang beliau terpaksa membuka sendiri pintu itu. Tarikh 22 April membuka lembaran baru bagi rakyat Selangor untuk mematuhi peraturan kerajaan baru Pakatan Rakyat (PR) di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim. Ketika majlis angkat sumpah, pihak media, pegawai kerajaan dan pemerhati ternanti-nanti lafaz perjanjian Khalid; Speaker Teng Chang Khim dan Adun Pakatan Rakyat. Penulis turut tidak sabar menanti detik bersejarah Khir Toyo melafaz janji menjadi Adun dan Ketua Pembangkang kerajaan Selangor. Semua petugas media bangun mahu melihat raut wajah Khir ketika mengangkat sumpah di hadapan Speaker, Teng Chang Khim. Kedengaran suara; "Sejarah hitam bagi Khir....oklah dah lama memerintah..." Menjadi pemimpin politik tidak seperti pegawai dan kakitangan kerajaan atau petugas swasta yang 'makan gaji'. Rajin bekerja atau tidak, gaji tetap diperolehi setiap bulan. Orang politik jika hanya tahu mementingkan kemewahan diri sendiri, menghadapi risiko tidak dipilih lagi. Rakyat sekarang sudah cerdik menilai kewibawaan wakil rakyat. Hakikat kepimpinan adalah suatu tanggungjawab dan amanah daripada Allah SWT. Menjadi seorang pemimpin bukan untuk bermegah atau mengejar populariti semata-mata. Lebih penting wakil rakyat bertanggungjawab membawa rintihan dan hasrat rakyat untuk diperdengarkan kepada pihak atasan. Sementara menunggu majlis angkat sumpah bermula 10 pagi penulis bersama jurugambar, Mohd Nasir Sudin mengisi perut di dewan makan yang mejanya sudah terhidang lontong dan kuih muih. Dewan makan itu bukan saja dikhaskan untuk pihak media tetapi exco, Adun kerajaan dan pembangkang, pegawai kerajaan serta petugas DUN turut makan di situ. Penulis melihat setiap Adun yang datang menuju ke tempat duduk untuk menikmati hidangan. Semua wajah Adun dan exco kerajaan ceria lebih-lebih lagi berjalan beriringan dengan pasangan hidup masing-masing. Ketika sibuk memerhatikan kehadiran Adun dan exco, penulis terkejut dihampiri Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang begitu mesra bertanya khabar. Beliau yang juga exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini telah mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang meminta supaya 'kami' tidak memanggilnya YB. Permintaan begitu turut dinyatakan Adun Hulu Klang, Shaari Sunghib. Beliau yang ditemani isteri meminta supaya penulis tidak memanggilnya YB tetapi mengekalkan dengan panggilan 'Pak Abu'. Adun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim yang ditemui di dewan makan sebelum mengangkat sumpah, berkata: "Saya diberi peluang untuk berkhidmat dengan masyarakat, dulu saya pernah kata, saya masuk miskin saya akan keluar miskin." Pada awalnya penulis kurang memahami kata-kata itu tetapi setelah diamati luahan beliau mengandungi seribu erti. Penampilan beliau sebelum dan selepas menjadi Adun tiada bezanya. Sikap rendah diri yang ditonjolkan oleh sebahagian besar ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat menyebabkan penulis berasa malu dengan diri sendiri. Jika mereka sebagai pemimpin rakyat tidak mementingkan gelaran apa lagi penulis yang hanya seorang pekerja parti (PAS). Bagi penulis, sikap bermegah, sombong atau angkuh dengan jawatan serta gelaran tidak membawa kebahagiaan yang hakiki. Sebaliknya mereka yang mementingkan gelaran dan kesombongan hanya akan menjadi umpatan dan kejian rakan sejawat, masyarakat dan rakyat. Penulis kerap bertemu dengan Adun Bukit Antarabangsa merangkap ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali. Setiap kali bertemu beliau, penulis tidak sempat mendahului untuk bertanya khabar. Sebaliknya beliau yang mendahului menegur penulis. Begitu juga dengan sikap ramah mesra Adun Gombak Setia, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali. Inilah antara sikap 'mesra rakyat' yang seharusnya dicontohi oleh seluruh wakil rakyat bukan saja di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat tetapi Umno-BN. Apakah wakil rakyat Umno-BN selama ini menunjukkan 'mesra rakyat'? Sebagai contoh jika Khir Toyo selama menjadi MB bersikap 'mesra rakyat' sudah pasti pegawai kerajaan tidak 'mengumpat' begitu sebegitu. Apatah lagi Khir pernah membuat kaki tangan kerajaan marah selepas menghadiahkan penyapu kepada mereka. Mungkinkah Khir akan dihadiahkan penyapu pula selepas ini kerana seseorang itu akan menerima pembalasan setimpal di atas setiap perbuatannya di dunia lagi sebelum dihukum di akhirat. Kekalahan Umno-BN di Selangor di atas sikap keterlaluan pemimpinnya boleh dijadikan pengajaran kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PAS, KeADILan dan DAP). Jika mengamalkan pendekatan 'mesra rakyat' mereka bukan saja boleh mengekalkan pemerintahan di Selangor tetapi boleh menguasai Malaysia, insya-Allah. - lanh |
0 comments Labels: Harakahdaily, Khir Toyo, Pakatan Rakyat
Penyapu bukan punca BN hilang S'gor
| Malaysiakini |
| Fathi Aris Omar & Syed Jaymal Zahiid | Apr 28, 08 5:14pm |
| eksklusif Bekas menteri besar Selangor menafikan "anugerah penyapu" kepada seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadi punca BN kalah teruk sehingga negeri itu kini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata sebahagian besar faktor tidak ditentukan oleh negeri tetapi "akibat faktor-faktor nasional" di luar pengaruh negeri itu. "Saya tidak bersetuju, kalau faktor penyapu menyumbang kepada kekalahan negeri Selangor. Beliau diminta mengulas tuduhan dua akhbar utama Berita Harian dan New Straits Times, pada 16 April yang mendakwa isu anugerah penyapu, keris dan perobohan kuil sebagai punca-punca yang menyumbang ketewasan teruk BN dalam pilihanraya umum ke-12. Melalui lidah pengarang yang jarang-jarang dimuatkan di muka depan, dua akhbar itu menyatakan: "Ada yang mahu (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) seorang saja bertanggungjawab atas kekalahan (pilihanraya umum 8 Mac) itu sedangkan mereka terlepas daripada tanggungjawab itu. "Mereka seolah-olah cuba menafikan hakikat bahawa kebencian sebahagian pengundi kepada BN dan Umno yang berputik sejak sekian lama, disuburkan oleh tindak-tanduk mereka sendiri sehingga menghasilkan buah busuk pada pilihan raya umum lalu." Tindak-tanduk yang dimaksudkan itu termasuklah upacara menghunuskan keris oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein di persidangan agung Pemuda yang "mengguris hati masyarakat bukan Melayu sehingga pengundi Cina tidak mengundi BN". Harian itu, yang dianggap dekat dengan perdana menteri, juga mendakwa kejadian merobohkan kuil di Selangor dan menghadiahkan penyapu kepada kakitangan awam sehingga "menyebabkan ramai kakitangan awam dan pengundi Melayu mengundi pembangkang sehingga negeri itu kini bertukar kerajaan." Anugerah penyapu itu disampaikan Dr Mohamad Khir kepada yang dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail pada 17 November lepas sebagai lambang pengajaran akibat memberi perkhidmatan yang paling tidak memuaskan daripada keseluruhan PBT di negeri itu. "Apabila saya bincang, setahun yang lepas (sebelum anugerah kontroversi itu), mereka setuju. Ada cadangan memberi (anugerah) selipar, gantung selipar di leher. Ada pula yang mencadangkan, suruh kita pakaikan baju koyak dan ada mencadangkan beri penyapu," katanya. "Cuma mungkin kesilapan (saya, menganugerahkan) penyapu (yang) tidak dibalut. Itu sebab yang siapkan (anugerah) itu bukan saya. Pegawai kerajaan yang siapkan semua (acara) ini. Dan sudah dipersetujui sebelum itu," katanya. Tidak lama selepas wawancara tersebut, Dr Mohamad Khir juga menyentuh isu yang sama di blognya. "Hadiah penyapu dipilih kerana ia merupakan simbolik sebagai usaha untuk membersihkan sikap buruk dan masalah di PBT tersebut," coretnya. "Perkara ini turut diberitahu oleh salah seorang pegawai (bahawa menjadi amalan) biasa dilakukan di negara-negara yang mempunyai produktiviti tinggi seperti di Korea Selatan. "Dan saya telah mengarahkan supaya mesyuarat membuat pilihan, akhirnya penyapu telah dipersetujui sebagai hadiah kepada PBT yang gagal mencapai tahap pungutan cukai minima." Keputusan setahun lebih awal itu, tambahnya lagi, dibuat agar PBT mempunyai masa yang cukup untuk meningkatkan tahap kecekapan mereka. >>> Wawancara lengkap Umno has lost touch with reality |
0 comments Labels: Khir Toyo, malaysiakini, selangor
Tuesday, April 22, 2008
Exit plan: Selain pandangan 3 juta ahli Umno, pandangan 16 juta umat Melayu juga harus diambil kira - Khir Toyo
| KLpos | | |
| Oleh Mohamad Khir Toyo | |
| Selasa, 22 April 2008 | |
| DUA catatan terakhir saya mengenai peralihan kuasa mendapat respon yang pelbagai. Apa yang saya cuba tulis ialah satu analisis senario politik semasa mengikut pandangan dan pemerhatian sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Saya hanya merayu agar satu exit plan dikemukakan segera. Ini juga selari dengan pengakuan YAB Pak Lah sendiri kepada UMNO Johor untuk mengadakan peralihan kuasa. Untuk melaksanakan peralihan kuasa, sama ada sekarang, akan datang atau pun tiada peralihan langsung, itu adalah hak YAB Perdana Menteri. Saya hanya merayu agar satu exit plan dikemukakan segera. Ini juga selari dengan pengakuan YAB Pak Lah sendiri kepada UMNO Johor untuk mengadakan peralihan kuasa. Selain itu, ahli-ahli UMNO juga mempunyai kuasa dan hak menentukan kedudukan kepimpinan parti. Saya hanya berharap jika ada exit plan dikemukakan awal, maka tiada satu pertandingan yang terlalu sengit sehingga memecah belahkan parti akan berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO akan datang. Jika ada pihak mengatakan ini merupakan satu desakan daripada saya terpulanglah kepada pemahaman masing-masing. Saya cuma menyampaikan suara akar umbi yang menyatakan pandangan mereka kepada saya.
Selain pandangan ahli UMNO yang lebih 3 juta orang, pandangan orang Melayu seramai 16 juta juga perlu diambil kira bagi memastikan UMNO terus relevan. Selain pandangan ahli UMNO yang lebih 3 juta orang, pandangan orang Melayu seramai 16 juta juga perlu diambil kira bagi memastikan UMNO terus relevan. Sebab itu dalam catatan pertama saya mengenai peralihan kuasa (ini juga saya sebut dalam forum mykmu.net di Hotel Singgahsana), UMNO, BN dan Kerajaan harus datang dengan satu formula baru bagi memastikan ia terus relevan kepada orang Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain di Malaysia. Semua ini, sama ada cakap-cakap mengenai perubahan kepimpinan mahu pun perubahan pendekatan dalam kerajaan dan parti, adalah bertujuan mengukuhkan UMNO sebagai parti yang menjadi tunggak Barisan Nasional dan juga kepimpinan negara. Penulis merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor; pernah menjadi Menteri Besar Selangor selama dua penggal dan Pengerusi Barisan Nasional & Badan Perhubungan UMNO Selangor. Mempunyai Ijazah Pembedahan Pergigian dari Universiti Malaya dan pernah menjadi Presiden, Majlis Belia Malaysia. Blog beliau boleh dilayari di drkhir.blogspot.com - Pengarang |
0 comments Labels: Khir Toyo, klpos, UMNO haprak
Saturday, April 19, 2008
Khir Toyo: Anwar akan hanya masuk semula ke Parlimen sebagai PM
| | | |
| Oleh Mohamad Khir Toyo | |
| Sabtu, 19 April 2008 | |
| SUNGGUHPUN berada di luar negara, isu-isu dalam negara turut saya ikuti. Berdasarkan laporan-laporan media hari ini ternyata YAB Pak Lah berhasrat untuk kekal buat beberapa tahun lagi. Persoalannya apa akan berlaku kepada senario politik negara dan UMNO? Apakah hala tuju kepimpinan negara berdasarkan kenyataan Pak Lah beberapa hari lalu? Dalam catatan sebelum ini, saya menyatakan bahawa Pak Lah harus melaksanakan exit plan seperti yang disarankan oleh banyak pihak termasuk UMNO Johor. "Saya yakin Anwar tidak akan masuk sidang Parlimen sebagai Ketua Pembangkang. Jika ini berlaku akan banyak cerita lama beliau akan ditimbulkan semula dan pasti akan melukakan hati anak dan isteri beliau. Melihat karektor Anwar sejak dahulu beliau tidak akan membiarkan perkara ini berulang dalam hidupnya. Anwar akan hanya masuk semula ke Parlimen sebagai Perdana Menteri. Itu adalah prasyarat utamanya. Walau apa pun kos dan keadaan itu soal kedua.yang penting ingin jadi Perdana Menteri negara ini" Malah, menurut seorang rakan, rakyat memberi reaksi spontan kepada Tun dengan memberi tepukan gemuruh sambil berdiri (standing ovation) dalam dua majlis terakhir yang beliau hadiri iaitu - Konsert anjuran Pengasih dan Konsert Celine Dion. Ini wajar membuka mata kepimpinan hari ini mengenai pengaruh dan populariti Tun. Senario Semasa Politik Negara Beberapa perkara mungkin akan berlaku dan bakal mengubah lanskap politik tanah air. Perubahan ini boleh menjadi satu yang menguntungkan parti dan negara atau sebaliknya. Walau apa pun kita perlu hadapi secara bersama. Saya menjangkakan beberapa senario seperti berikut mungkin berlaku: Senario Pertama Berlaku perubahan atau rombakan kabinet. Pak Lah terpaksa merombak kabinet sedia ada untuk memenuhi tuntutan dari Sabah dan Sarawak. Pertemuan Pak Lah dengan pucuk pimpinan Sabah memperlihatkan kekecewaan rakyat Sabah. Para pemimpin di Sabah melihat rakyat di negeri itu dilayan sebagai kelas kedua dan sebagainya. Malah ada yang mengatakan "bukan pemimpin Sabah yang perlu dibimbangi akan lompat, tetapi takut nanti rakyat Sabah yang akan lompat dalam pilihan raya umum akan datang." Saya melihat kenyataan ini ada kebenarannya. Malah saya boleh merasakan perasaan yang sama itu kerana saya pernah bekerja di Sabah. Saya tidak ikut serta dalam perjumpaan di Sarawak. Tapi saya rasa mungkin perkara yang sama berlaku. Untuk itu saya berpendapat, sama ada suka atau tidak Pak Lah perlu merombak kabinet. Namun sama ada rombakan Kabinet akan berlaku atau tidak, ia merupakan hak budi bicara (prerogratif) YAB PM. Senario Kedua Namun senario kedua yang mungkin berlaku adalah undi tidak percaya terhadap PM di Parlimen oleh pembangkang. Lebih-lebih lagi pemilihan Speaker juga tampaknya kurang teliti (sama seperti ketika membentuk kabinet). Jika ini berlaku, Datuk Seri Najib akan mengambil alih kepimpinan setelah mendapat persetujuan UMNO dan Barisan Nasional serta Perkenan Yang Di Pertuan Agong. Namun saya tidak menjangkakan ini akan dilakukan oleh DS Anwar Ibrahim dan sekutunya dalam jangka masa terdekat ini. Jika ia dibuat pasti jalan Anwar untuk kembali ke puncak akan lebih sukar. Ini kerana saya pasti DS Najib akan melakukan perubahan yang agresif dalam kerajaan dan parti untuk mengekang Anwar dan sekutunya. Pada hemat saya, Anwar lebih senang melihat Pak lah terus kekal. Ini akan mewujudkan kedudukan UMNO yang lemah dan sokongan parti komponen juga agak kurang. Akhirnya BN akan kalah teruk dalam pilihan raya akan datang. Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru. Justeru, jalan terbaik Anwar Ibrahim adalah untuk terus melemahkan UMNO dan BN. Bagi tujuan itu, Anwar akan cuba membina keyakinan rakyat terhadap beliau melalui proses demokrasi dan sekaligus meruntuhkan moral dan kepercayaan rakyat dan ahli UMNO terhadap Pak Lah dan Najib. Saya yakin menjelang sidang kedua Parlimen nanti, satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen. Kawasan yang hampir pasti ialah Bandar Tun Razak yang berada di depan batang hidung kepimpinan hari ini. Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi ini sebagai balasan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Jawatan tersebut sepatutnya disandang oleh pemimpin nombor dua PKR, Azmin Ali. Namun ia merupakan tolak ansur Azmin yang dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat PR) berkuasa kelak. Anwar akan bertanding sebagai calon Perdana Menteri (in waiting). Sementara itu seperti tradisi, Timbalan Presiden UMNO, DS Najib akan mengetuai jentera pilihan raya kecil BN. Dengan Pak Lah masih menjadi pemimpin nombor satu, mood di kalangan ahli UMNO dan BN akan berada di tahap amat rendah dan amat sukar untuk BN menang. Keputusan hampir pasti akan menyebelahi PKR. Apabila ini berlaku, kemenangan Anwar bukan sahaja menghancurkan keyakinan rakyat, terutama ahli UMNO, kepada Pak Lah tetapi juga kepada DS Najib. UMNO hampir pasti hancur jika ini berlaku. Ini yang amat saya bimbangi dan saya yakin akan berlaku, lebih-lebih lagi memikirkan kemungkinan pilihan raya kecil ini diadakan hampir dengan Persidangan Agung UMNO tahun ini. Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku kepada UMNO. Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan moral dalam dan luar negara. Beliau akan menyusun langkah seterusnya dengan mengadakan undi tidak percaya kepada PM dalam sidang kedua Parlimen akan datang. Ketika itu, sama ada beliau telah "beli" wakil BN atau tidak bukan lagi persoalan. Krisis keyakinan terhadap kepimpinan Pak Lah ketika itu amat dahsyat dan boleh dikatakan tiada keyakinan langsung. Jadi undi tidak percaya kepada Pak Lah bukan proses beli undi tetapi kerana krisis keyakinan kepada kedua-dua kepimpinan negara iaitu Pak Lah dan DS Najib (yang kalah dalam pilihan raya kecil Bandar Tun Razak). Anwar Ibrahim akan membentuk kerajaan campuran baru. Sama ada parti komponen yang lompat atau wakil yang lompat itu perlu dikaji dengan lebih teliti. Saya yakin Anwar tidak akan masuk sidang Parlimen sebagai Ketua Pembangkang. Jika ini berlaku akan banyak cerita lama beliau akan ditimbulkan semula dan pasti akan melukakan hati anak dan isteri beliau. Melihat karektor Anwar sejak dahulu beliau tidak akan membiarkan perkara ini berulang dalam hidupnya. Anwar akan hanya masuk semula ke Parlimen sebagai Perdana Menteri. Itu adalah prasyarat utamanya. Walau apa pun kos dan keadaan itu soal kedua.yang penting ingin jadi Perdana Menteri negara ini. Kesimpulan Atas kebimbangan inilah, saya merayu Pak Lah memikirkan semula exit plan yang terbaik dan ia tidak boleh dilengahkan. Jika proses peralihan kuasa ini dilakukan segera, ia akan memberi ruang dan masa untuk DS Najib melakukan sesuatu yang drastik, menyusun semula kabinet dan melakukan pembaharuan dalam parti. (Bagi saya, jika Pak Lah yang melakukan rombakan kabinet seperti dalam senario 1 pun, ia tetap akan ada krisis keyakinan dan kepimpinan. Ini kerana Pak Lah sekali lagi dilihat membuat keputusan yang berubah-ubah. Justeru pemimpin baru perlu bagi melakukan pembaharuan dalam senarai kabinet mahu pun sistem pentadbiran.) Jika ini dapat dilakukan dalam waktu terdekat, rancangan Anwar untuk bertanding dalam pilihan raya kecil pasti tergendala. Ini kerana mood ahli dan rakyat akan berubah untuk memberi peluang kepada pemimpin baru. UMNO dan parti komponen BN juga akan lebih kukuh menghadapi pilihan raya kecil jika diadakan. Malah jika Anwar menang dalam pilihan raya kecil pun sama ada di bandar Tun Razak atau Permatang Pauh, ia tidak mungkin dapat menjadi Perdana Menteri kerana keyakinan dalam UMNO dan BN telah dipulihkan. Segala hasrat untuk mengadakan undi tidak percaya di Parlimen akan berkubur begitu sahaja. Jika Pak Lah kekal dan dicabar dalam Pemilihan UMNO, akan berlaku suasana yang berbeza sama sekali. Ini mungkin saya akan ulas dalam tulisan akan datang. Penulis merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor; pernah menjadi Menteri Besar Selangor selama dua penggal dan Pengerusi Barisan Nasional & Badan Perhubungan UMNO Selangor. Mempunyai Ijazah Pembedahan Pergigian dari Universiti Malaya dan pernah menjadi Presiden, Majlis Belia Malaysia. Blog beliau boleh dilayari di drkhir.blogspot.com - Pengarang |
0 comments Labels: DSAI, Khir Toyo, klpos
Thursday, April 3, 2008
Khir Toyo kata orang Melayu, Cina dan India tak gembira dengan DEB
| Harakahdaily Wan Nordin Wan Yaacob Wed | Apr 02, 08 | 10:39:56 am MYT ![]() | |
| KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dalam mengupas isu kemelut pencapaian Umno/BN yang merosot teruk pada pilihan raya lalu menyimpulkan antara lain Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu dilihat semula. Dalam forum Umno Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 anjuran laman web Mykmu.net yang diadakan di Hotel Singgahsana semalam, Dr Khir berkata, DEB telah dilaksanakan lebih 30 tahun. "Dalam blog saya yang kini mencapai hits lebih 40,000, ada komen dari pelbagai orang.Orang Melayu, Cina dan India rata-ratanya tak gembira dengan DEB. "Kita kena cari formula baru yang boleh penuhi kehendak dan aspirasi rakyat, ini saya harap dalam forum kita kena bincang objektif bagaimana nak bincang masa depan negara," katanya. Katanya, dalam pilihan raya lalu, bukan sahaja Melayu, tetapi Cina dan India tidak yakin dengan parti-parti yang mewakili mereka dalam BN. "Dan kalau dilihat jumlah undi yang diberi kepada pebangkang seluruh Malaysia undi popular mereka besar berbanding BN hanya 48 peratus, majoriti pembangkang pula menang besar, sementara majoriti BN menang sedikit, walaupun kerusi BN lebih," katanya Dengan keputusan yang penting hari ini ialah kerajaan, BN dan Umno kena lihat kehadapan apa yang perlu lakukan selepas BN alami krisis pada kali ini, katanya. "Jika lihat sejarah kita kena kaji teliti, bila kalah pada tahun 1969, maka pada tahun itu ada perubahan besar dalam sistem politik dan kerajaan Malaysia.berlaku perubahan kepimpinan dan lahirkan DEB untuk kepentingan orang Melayu selain tidak meminggirkan Cina dan India," katanya. Namun pada pilihan raya umum 2008, ramai melihat bahawa Umno seolah-olah tidak perjuangkan nasib orang Melayu, sementara MCA tidak perjuang orang Cina. Begitu juga dengan MIC yang tidak memperperjuangkan nasib orang India, kata Dr Khir. "Sebab itulah maka perubahan begitu besar, jika nak ambil formula 1969, bentuk Mageran dan lihat semua tentang DEB dan bagaimana ia dapat puas hati semua orang, "Jika ambil formula tahun1999 (krisis kepimpinan Umno dimana Dato' Seri Anwar Ibrahim disingkir dari Umno) dengan tukar kepimpinan perkara sama berlaku juga tak selesai.Justeru kita kena lihat balik DEB ini dengan lebih objektif dan dapat beri kepuasan semua, ini dituntut oleh rakyat Malaysia," ujarnya. Secara keseluruhannya Dr Khir meletakkan bukan sahaja krisis kepimpinan dalaman Umno/BN menyumbang kepada kekalahan tetapi isu ekonomi, pendidikan dan sebagainya turut memberi kesan kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN. "Kita nak reformasi, apa kaedah reformasi yang kita perlukan, sebab itu kita kena objektif. Umno, kerajaan kena reformasi, pendidikan kena reformasi., ekonomi kena reformasi," tegasnya. Sementara itu bercakap mengenai isu peletakan jawatannya sebagai Pengerusi BN Selangor beliau berkata, beliau melihat semua pemimpin pakatan BN meletak jawatan selepas kalah dalam pilihan raya umum. "Semua pemimpin MIC, MCA, GERAKAN meletak jawatan dan demi menjaga maruah Melayu, saya pun meletak jawatan," katanya ringkas. Sementara itu semasa sesi soal jawan, Dr Khir ditertawakan oleh hadirin ketika cuba mengutarakan soal isu betapa bersihnya beliau memerintah Selangor. "Saya cabar Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor kini) untuk cari apa masalah sahaja tentang saya sebab saya tahu saya bersih, saya tidak bersalah" "Tuan-tuan boleh cek tengok akaun saya berapa sahaja yang ada" katanya. Namun kata-katanya itu ditertawa dan dipersenda oleh beberapa penonton yang duduk di bahagian belakang dewan dan ada yang sinis dengan kenyataan Dr Khir itu. Begitu juga semasa mempertahankan soal adanya campur tangan dalam pemilihan calon-calon Umno dalam pilihan raya umum yang lalu, Dr Khir yang tidak menafikan adanya campur tangan oleh pihak tertentu. Namun keengganan Dr Khir mengakui adanya masalah dalam pemilihan calon dan meletakkan calon yang sebenarnya ditapis oleh agensi tertentu yang tidak lagi diyakini kredibilitinya turut dipersenda penonton. |
0 comments Labels: DEB, Harakahdaily, Khir Toyo



