+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, June 2, 2008

Mad Said memang ‘bermulut lembik’

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh AnakRedang
Sunday, 01 June 2008

The image “http://buletinonline.net/images/pas/madsaidheadphone.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Ucapan Mad Said dalam majlis perasmian SUKMA semalam dengan meminta maaf kepada semua delegasi dan peserta SUKMA yang datang dari negeri-negeri lain dengan sebuah pantun;




Dari Perlis hingga ke Sabah,

Singgah bermalam di DarusSalam,
Semua Kontinjen sampailah sudah,
Segala kekurangan harapa dimaafkan.

Oleh kerana ‘bermulut lembik’ Mad Said menuturkan pantun dengan bunyi cakap orang Terengganu, dimana huruf ‘m’ pada kebiasaan orang Terengganu akan dibunyi dengan bunyi ‘n’.

Dan pantun yang di jual oleh Mad Said adalah untuk mengambil hati para pegawai, peserta dan delegasi yang mula merasai kesan pelbagai masalah yang telah dihadapi dan akan dihadapi sepanjang sembilan hari berkampung di Terengganu Darul Iman.

Itulah kelebihan Mad Said berbanding Deris Jusoh. Walaupun Deris Jusoh lebih pandai membuat lawak bodoh dan berucap dengan ‘style’ orang darat Besut, Deris tak tahu bermulut lembik.

Mad Said pula walaupun bermulut lembik, tapi tak pandai nak berjenaka. Walau bagaimanapun, pantun penutup Mad Said yang berbunyi;

Daun Selasih Ikan Puyu,
Terima kasih Thank You.

disambut dengan ketawa dan sorakan oleh para hadirin di Stadium Sultan Zainal Abidin. Namun tidak dapat dipastikan samada hadirin ‘suka’ kerana lucu ataupun juga mengiktiraf satu ‘lawak bodoh’ dari Mad Said.

Sebelum berucap di majlis perasmian semalam, Mad Said pandai bermulut lembik dengan berkata ‘semua anggota Umno di Terengganu supaya bersabar menunggu keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pengganti Datuk Seri Idris Jusoh yang telah melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu’.

Setakat ini tak ada orang yang tidak sabar-sabar, dan tidak ada kedengaran berita orang marah-marah dan nak turun kejalanraya kerana Pak Lah tidak melantik Mad Said.

Jadi ‘mulut lembik’ Mad Said memang licik, kerana dia menggunakan teori-teori politik yang dipelajari di Universiti dulu untuk mempengaruhi massa.

Cara dia mengatur cakap, nada yang digunakan untuk melobi Pak Lah cukup pandai dengan kata-katanya yang dipetik akhbar-akhbar perdana sebagai ‘keputusan pelantikan pengerusi yang baru adalah terletak di tangan Abdullah yang juga Presiden Umno’.

Mad Said berkata lagi dengan lembik mulut, mempengaruhi massa dengan menggunakan perkataan ‘kita’ dan seolah-olah tidak mahu tergesa-gesa menggesa Pak Lah untuk melantik dirinya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu yang baru.

"Kita tunggu Perdana Menteri datang ke Terengganu 9 Jun ini untuk merasmikan majlis penutup Sukan Malaysia (Sukma)," kata Mad Said kepada pemberita selepas majlis perasmian Perkampungan Sukma XII Terengganu 2008 di Universiti Darul Iman, kelmarin.


-- Sumber berita BERNAMA

Read More...

Sidang DUN Pahang: Adnan Akui Kerajaan Negeri Pasti Akan Bertukar !!

Tranungkite

Dilulus terbit pada Monday, June 02 @ 14:00:00 MYT oleh SongkokPutih
Artikel

Oleh: cucumatkilau

 Cucu sempat hadir sebagai pemerhati pada hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang bagi penggal pertama DUN Ke-12 di Wisma Seri Pahang baru-baru ini. Biarpun kini Cucu telah bermastautin di Kuala Lumpur, namun atas pelawaan Nancy (bekas calon PKR DUN Semambu) maka Cucu hadir juga biarpun agak keletihan. Kehadiran Cucu juga berikutan maklumat yang diterima daripada Nancy yang mengatakan sejak dua tiga hari sebelum itu, isu Blogger sering ditimbulkan dalam persidangan itu. Maka sudah pasti menjadi tanggugjawab Cucu sebagai salah seorang blogger dari Pahang untuk mendengar butir bicara perkara itu.



Cucu tiba lewat sekitar jam 11.30 pagi, tika itu sidang rehat seketika, dan semua YB asyik menjamu selera dibawah khemah diluar dewan yang disediakan. Maka Cucu sempat singgah diluar dewan untuk bertemu dengan rakan-rakan lama dalam UMNO, dari jauh terlihat kelibat MB Pahang, Dato' Nan sedang rancak berbual. Sambil dimeja yang lain terlihat anggota exco kerajaan negeri, YB dari BN dan beberapa orang ketua jabatan sedang berbicara sesuatu. Mungkin perihal isu keluarnya mantan PM Mahathir dari UMNO agaknya. Tidak kelihatan pun, kelibat YB dari Pakatan Rakyat, mungkin mereka menjamu selera ditempat lain agaknya bisik hati Cucu.

Cucu sempat beramah mesra dengan beberapa orang rakan lama yang masih lagi sebati jiwa mereka dengan UMNO karat itu. Sambil terlihat juga YB lain yang memandang sini terhadap diri Cucu. Mungkin mereka marah kerana Cucu menjadi calon PKR DUN Kemayan dalam Pilihanraya Umum ke-12 lalu agaknya. Sebelum ini, Cucu amat disenangi oleh sebahagian besar anggota exco kerajaan negeri. Majoriti daripada mereka amat rapat dan mengenali Cucu. Tambahan pula sebelum ini Cucu sering menjadi pengacara untuk majlis-majlis rasmi kerajaan negeri. Bahkan Cucu juga sering mengendalikan berbagai acara keramaian yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO Pahang termasuk juga MB Dato' Nan sendiri. Sememangnya hubungan Cucu dengan anggota pentadbiran kerajaan negeri begitu mesra dan rapat sekali. Cuma, masalahnya prinsip hidup Cucu jelas iaitu berkawan tetap berkawan namun perjuangan adalah hak masing-masing dan tiada paksaan untuk menyokong mana-mana parti politik. Inilah yang Cucu pegang selama ini, biarpun ianya agak pahit untuk ditelan oleh mereka-mereka ini.

Tidak lama selepas itu, Cucu bertemu dengan Nancy berhampiran lobi Wisma Seri Pahang. Kemudian Cucu dibawa masuk ke tempat duduk pemerhati dalam Dewan Undangan Negeri Pahang. Dalam perjalanan, sempat juga Cucu bertemu dengan rakan lama yang kini bergelar YB untuk DUN Panching iaitu Cikgu Zaili (Naib Ketua Pemuda UMNO Pahang). Biarpun beliau agak takut untuk berbicara dengan Cucu sebelum itu, namun atas dasar sahabat kami sempat bertukar-tukar pandangan. Selepas itu, Cucu terus mengikut Nancy masuk ke dalam dewan. Itulah kali pertama Cucu dapat berada dalam dewan yang mulia itu. Dari jauh Cucu dapat melihat kelibat Speaker Dewan iaitu Dato' Wan Razali (bekas ADUN Chini yang kalah 5 undi kepada Keadilan dalam pilihanraya umum 1999 dulu). Sememangnya Cucu juga rapat dan telah beberapa kali berkunjung mesra ke rumah beliau selama ini. Tidak lama kemudian terlihat kelibat MB Pahang, Dato' Nan dan diikuti oleh YB yang lain.
Persidangan dimulakan selepas rehat, dan Cucu melihat MB Pahang menyuarakan berbagai usul tentang pembangunan kerajaan negeri. Kelihatan juga serangan balas daripada YB Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YB Leong Ngah Ngah (DUN Triang). Tampak YB Triang ini begitu yakin dan bersahaja dalam mengeluarkan hujah-hujah bernasnya. Dalam kehangatan itulah maka terjelmalah beberapa insiden yang tidak diingini. Ini berkaitan MB Pahang Dato' Nan yang sengaja menimbulkan berbagai spekulasi yang ternyata tidak masuk akal. Ini terbukti dengan beberapa kenyataannya yang sungguh memualkan untuk didengari. Bahkan ada juga kenyataan beliau yang amat mengelirukan dan membuka pekung didada.

Antara insiden tersebut ialah kenyatan Adnan tentang kerajaan negeri akan bersikap adil kepada semua rakyat miskin tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik masing-masing. Kononnya untuk kesejahteraan rakyat beliau akan akan berlaku adil untuk semua (keadilan untuk semua). Sungguh melucukan kenyataan MB Pahang ini, bercakap boleh tapi hakikatnya "jauh panggang dari api". Yang dibantu dan ditolong hanya rakyat yang menyokong parti pemerintah semata-mata, bagi yang menyokong pembangkang pasti dianggap pengkhianat dan petualang. Seolah-olah apabila menyokong pembangkang rakyat akan dianggap seperti "Komunis" dinegara berdaulat seperti Malaysia ini. Semua ini amat mengecewakan kita sebenarnya. Maka itu banyak rakyat yang tidak dibela semata-mata hanya kerana perbezaan fahaman politik masing-masing. Jika pun ada yang ingin memohon bantuan, tabung kebajikan, atau lain-lain, pasti yang pertama akan ditanya ialah "Berapa nombor ahli UMNO awak?". Inilah dia mentaliti pemimpin yang kononnya ingin bersikap adil kepada semua rakyat. Tidak langsung timbul perasaan dibenak hati mereka bahawa mereka menjadi pemimpin untuk semua rakyat bukan parti-parti tertentu. Buktinya rakyat baik apa jua fahaman politik tetap membayar cukai kepada kerajaan memerintah. Ini bermakna gaji dan elaun mereka yang diangkat sebagai pemimpin itu dibayar oleh rakyat. Namun atas nama ingin bersikap adil dan saksama, mereka "menganaktirikan" rakyat yang tidak sehaluan dengan aspirasi mereka.

Dalam hal pembinaan gelanggang rakyat untuk semua DUN oleh Kementerian Belia Dan Sukan sekali lagi MB bertindak tidak adil apabila hanya diberikan untuk DUN dari BN semata-mata. Sebaliknya lima DUN pembangkang Pahang tidak akan mendapat keistimewaan itu. Walhal dalam DUN terbabit juga ada ramai rakyat yang menyokong mereka. Kerana kebodohan dan kedangkalan berpolitik, maka mereka mengganggap semua kerusi yang jatuh ke tangan pembangkang tidak akan diberi faedah seperti DUN lain, atas alasan rakyat dikawasan terbabit menyokong pembangkang. Mereka mengganggap 100% rakyat memihak kepada parti lawan, lantaran itulah projek tidak akan diagihkan dikawasan terbabit. Walhal ramai juga penyokong mereka di kawasan berkenaan. Inilah balasan kepada rakyat yang hidup dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini.

Adnan juga banyak mengulas isu perkauman yang kononnya sukar untuk diubah dalam masa 50 tahun. Katanya British yang bertanggungjawab memisahkan komuniti kaum di negara ini. Mereka membawa masuk orang-orang Tionghua dan India untuk bekerja. India di bawa masuk bekerja di estet-estet dan Tionghua pula berniaga di pekan-pekan. Manakal orang-orang Melayu dibiarkan bekerja di kampung-kampung. Inilah yang menyebabkan senario ini berlaku hingga ke hari ini. Ketika ditanya oleh YB Triang, mengapakah kerajaan yang ada tidak mengubah apa yang berlaku ini. Beliau sekali lagi menyatakan bahawa amat sukar untuk melakukannya kerana ia sudah berlaku. Ini menyebabkan YB Triang itu tidak berpuas hati dan sedikit kecewa.

Dalam masa yang sama Adnan telah menghina dirinya sendiri dengan mengakui dirinya memang "samseng" agaknya. Ini berikutan kenyataannya yang mengatakan ayahnya berasal dari keturunan Bugis dan ibunya dari keturunan Minangkabau. Ini bermakna katanya Minangkabau ramai "Imam-imam" dan Bugis pula adalah dari jenis "Penyamun". Ini jelas membuktikan yang Adnan menghina dirinya sendiri di dalam dewan undangan negeri Pahang. Bahkan kenyataannya itu turut disaksikan oleh semua YB kerajaan dan pembangkang termasuk juga pemerhati dan pihak media sendiri.

Lebih melucukan, Adnan sekali lagi cuba ingin berperang dengan pihak media arus perdana. Ini berikutan beliau memberi amaran kepada pihak media agar tidak menyiarkan beberapa kenyataan sumbangnya itu. Beliau menempelak bahawa media arus perdana "Baca boleh, tapi jangan percaya 100%". Lebih hairan selama ini kita ingatkan kenyataan sebegini hanya dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang sahaja. Bukankan media arus perdana selama ini yang menjadi wadah perjuangan mereka untuk menjatuhkan gerakan pembangkang di negara ini. Kini Adnan sendiri, pemimpin dalam sebuah negeri yang dikuasai BN secara terang-terangan menempelak media yang memenangkan mereka selama ini. Kita tidak hairan jika kenyataan itu ditujukan kepada akhbar pembangkang seperti Harakah, Siasah, Suara Keadilan, Wasilah dan sebagainya. Ini tidak, MB UMNO marahkan akhbar kerajaan sendiri. Bukankah pelik bunyinya !
Apapun diakhir persidangan MB Pahang itu, sempat menyatakan bahawa kerajaan yang dipimpinnya tetap akan berubah suatu hari nanti.

Perubahan pasti akan berlaku katanya, ini berikutan senario semasa dimana pertukaran kerajaan sering berlaku dimana-mana negara di dunia hari ini. Begitulah juga katanya di negeri Pahang itu sendiri. Beliau berkata demikian menjawab soalan YB Triang perihal sikap pembangkang yang tidak membangkitkan isu penjualan tanah UMNO baru-baru ini. Perubahan katanya bukan setakat berlaku kepada kerajaan, malahan juga turut membabitkan parti politik dan tamadun sesebuah negara itu sendiri. Ini bermakna beliau percaya yang BN tidak akan selama-lamanya memerintah negara ini. Akan tiba masanya kepimpinan negara ini berubah mengikut aspirasi rakyat terbanyak.

YB Leong Ngah Ngah (bertali leher) sudah 4 penggal menjadi ADUN DAP Pahang

Walaubagaimana pun kita ucapakan syabas kepada MB Pahang itu yang akhirnya bersetuju untuk memasukkan wakil pembangkang ke dalam jawatankuasa baru dewan iaitu YB Triang (DAP) dan YB Semantan (PAS) dilantik sebagai AJK Kira-Kira Wang Negeri bagi penggal pertama DUN Ke-12. Manakala itu YB Triang (DAP) selaku Ketua Pembangkang juga telah dilantik sebagai AJK Peraturan Majlis Dewan Negeri. Itu pun setelah ditempelak oleh wakil pembangkang tentang ketelusan kerajaan negeri sekiranya wakil pembangkang tidak dimasukkan sebagai ahli jawatankuasa tersebut.

Persidangan berakhir sekitar jam 1.30 petang. Cucu sempat beramah mesra sekali lagi dengan rakan-rakan di dewan dan mengucapkan selamat bertugas kepada semua. Sempat juga menjamu selera bersama YB Triang (Leong Ngah Ngah) di cafe Wisma Seri Pahang selepas itu. Sebelum itu, Cucu sempat berbual dengan calon BN yang menang di DUN Kemanyan ketika menentang Cucu dulu. Syabas Cucu ucapkan kepadanya, dan Cucu mengatakan biarpun kalah tetapi Cucu tetap menang maruah. Perjuangan harus diteruskan. Terima kasih semua rakan-rakan termasuk Nancy yang membantu memasukkan nama Cucu untuk menyaksikan sendiri perjalanan persidangan dewan undangan negeri Pahang itu. Semoga akan bertemu lagi dalam persidangan seterusnya selepas ini.

[ Kesihan sungguh melihat YB Triang dari DAP Leong Ngah Ngah, yang sudah 4 penggal menjadi wakil rakyat dalam DUN Pahang yang tidak pernah merasa jemu untuk terus bersama dalam mempertahankan hak serta nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Beliau bukan sahaja amat disayangi oleh orang Tionghua di Triang malahan juga orang-orang Melayu. Hinggakan ada yang memanggil nama timangannya "Pak Ngah". Menurut kisahnya Pak Ngah amat sayangkan rakyatnya, hingga sanggup memandu kereta meredah malam untuk membawa seorang pesakit ke klinik setelah tiada kenderaan lain lagi yang sanggup menghantar pesakit ke hospital. Bayangkan beliau sanggup tinggalkan tidurnya biarpun beliau sendiri mengalami penyakit yang agak serius. Tahniah kita ucapkan kepada YB Leong Ngah Ngah selaku Ketua Pembangkang yang paling berkaliber di Dewan Undangan Negeri Pahang selama ini ]

Read More...

Jutawan tabur duit dari langit

Utusan Online


BEREBUT... Sebahagian daripada ribuan penduduk berebut-rebut wang kertas yang dijatuhkan dari sebuah pesawat berhampiran stadium bola sepak di Serang, kira-kira 60km dari barat Jakarta, semalam.


JAKARTA 1 Jun – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital setelah pengsan sewaktu berebut wang kertas yang ‘jatuh dari langit’.

Insiden itu berlaku apabila ribuan penduduk berebut-rebut mendapatkan wang kertas yang ditabur dari sebuah pesawat ringan oleh seorang ahli perniagaan, Tung Desem Waringin.

Ribuan wang kertas 1,000 dan 5,000 rupiah yang berjumlah 100 juta rupiah (RM34,700) ditabur dari pesawat itu sebagai satu bentuk promosi buku terbaru Waringin hari ini.

Pesawat ringan tersebut terbang di ruang udara berhampiran sebuah stadium bola sepak di bandar Serang, 60 kilometer ke barat Jakarta.

Mengikut perancangan awal, Waringin mahu menabur wang-wang tersebut di ibu kota Jakarta tetapi gagal mendapat kebenaran pihak polis.

Akhbar dalam talian, Detikcom melaporkan, sewaktu penerbangan pertama dan kedua, wang- wang tersebut jatuh 500 meter dari stadium berkenaan.

Khabar mengenai tindakan Waringin itu tersebar sejak semalam dan keadaan itu menyebabkan ramai yang menunggu di kawasan tersebut untuk mendapatkannya.

Dalam laman blognya, Waringin berkata, beliau lebih memilih untuk mendermakan wang tersebut kepada mereka yang memerlukan berbanding teknik promosi biasa untuk memperkenalkan buku baru.

– AFP

Read More...

Sidang pertama Dewan Rakyat belum jadi gelanggang sebenar

Harakahdaily

Saidah Hairan
Mon | Jun 02, 08 | 3:47:51 pm MYT

Persidangan Dewan Rakyat bagi penggal pertama, Parlimen ke-12 baru saja melabuhkan tirainya dan ditangguhkan hingga 16 Jun depan.

Persidangan selama 18 hari itu mencatat sejarah apabila ramai muka-muka baru di kalangan ahli parlimen Pakatan Rakyat (PAS, DAP, KeADILan) begitu juga dengan Umno-BN.

Penampilan muka-muka baru menyebabkan rakyat ternanti-nanti kemunculan mereka di Parlimen. Tugas yang diamanahkan rakyat amat besar untuk dipikul semua ahli parlimen sama ada daripada BN atau Pakatan Rakyat.

Jumlah ahli parlimen Pakatan Rakyat seramai 82 orang sudah cukup untuk menggegarkan suasana dewan yang sunyi penggal lalu kerana ketika itu BN memperolehi kemenangan besar dalam 'pesta' pilihan raya umum ke-11.

Bagaimanapun, persidangan selama 18 hari itu belum cukup untuk mengadili kemampuan dan kewibaan ahli parlimen ketika membawa masalah rakyat untuk diperdebatkan.

Hari pertama persidangan suasana menjadi kecoh apabila Point of Order dibincangkan sehingga tamat waktu sesi soal jawab lisan.

Persidangan yang diadakan secara langsung melalui RTM1 itu menimbulkan kemarahan dan kecewa di kalangan ahli parlimen BN, menteri kabinet khususnya Menteri Penerangan, Datuk Shabery Chik.

Point of Order itu berpunca daripada ahli parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh yang tidak puashati dengan tindakan ahli parlimen BN yang tidak angkat tangan ketika mengangkat sumpah di Parlimen.

Perkara itu berlarutan. Tempoh sesi soal jawab lisan yang diperuntukkan masa selama satu jam setengah, hanya sempat dijawab dua soalan oleh Perdana Menteri.

Point of Order diajukan semula apabila speaker tidak membenarkan soalan tambahan daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat kepada Perdana Menteri. Perkara itu tidak pernah berlaku dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini.

Tindakan speaker itu menyebabkan dewan kembali kecoh sehingga Perdana Menteri meminta jasa baik speaker untuk memberi laluan kepada dua soalan tambahan.

Bagaimanapun, speaker hanya membenarkan satu soalan tambahan saja oleh ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Tindakan ahli Parlimen Padang Serai (KeADILan), N Gobalakrishnan yang membisikkan sesuatu kepada speaker juga tidak pernah berlaku sebelum ini.

Perbuatan itu amat bercanggah dengan peraturan mesyuarat walau pun Gobalakrishnan bertujuan membantah ahli parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron yang mengeluarkan perkataan dalam bahasa India membawa maksud tidak baik.

Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertindak profesional melalui Ketua Whip, Azmin Ali (KeADILan - Gombak) mengarahkan Gobalakrishnan meminta maaf di atas perbuatannya.

Sidang Dewan Rakyat bukan saja tempat untuk ahli parlimen mengajukan soalan kepada menteri kabinet tetapi ia juga memperlihatkan kecekapan, kebijaksanaan, kepekaan wakil rakyat terhadap sesuatu isu.

Ketika kekecohan berlaku di sidang dewan pada hari pertama, beberapa wartawan berbisik kepada saya. "Ahli Parlimen Kubang Kerian (Salahuddin Ayub) bagus la. Saya suka dia. Dia very soft men."

Beliau merupakan antara ahli Parlimen yang tabah diuji dan sanggup menempuh segala kritikan dan cabaran khususnya ketika persidangan dewan tahun 2004-2007.

Ketika itu PAS hanya berjaya memiliki enam kerusi, satu kerusi KeADILan dan 13 DAP. Beliau terpaksa mengambil alih tanggungjawab sebagai Ketua Whip daripada ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar.

Kepakaran dan kepetahan ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar ketika berhujah dan mengajukan soalan kepada menteri kabinet dan wakil rakyat BN tidak dinafikan.

Apa saja isu beliau tidak kekok untuk berhujah dan mengajukan soalan. Ini diakui oleh beberapa wartawan, pegawai kerajaan dan pemerhati sidang Dewan Rakyat sejak tahun 1999.

Kemunculan beliau untuk beraksi semula di Dewan Rakyat setelah sepenggal berehat kerana tewas di tangan Umno dalam PRU ke-11 mengembalikan semula suasana �panas� sidang dewan.

Ditambah dengan kehadiran Abdul Hadi (berada di Dewan Rakyat sejak tahun 1994-1999) dan pengalaman lama di DUN Terengganu.

Begitu juga kehadiran ahli Parlimen (Bachok) Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Tumpat, Kamaruddin yang mempunyai pengalaman sejak tahun 1999.

Manakala Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) bukan saja berpengalaman dalam Dewan Rakyat sejak tahun 2004 bahkan sebelum itu di persidangan DUN Kelantan.

Bekas Speaker DUN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu) dan mantan Senator, Siti Zailah Mohd Yusof turut mempunyai keistemewaan tersendiri. Mereka sudah tentunya arif dan memahami peraturan mesyuarat.

Inilah uniknya ahli parlimen PAS walaupun di kalangan Pakatan Rakyat, calon PAS merupakan parti yang paling sedikit memperolehi kemenangan.

Bagaimanapun, tempoh persidangan selama 18 hari itu menunjukkan mereka mempunyai kualiti ketika berbahas dan sesi soal jawab tambahan yang diajukan dengan penuh kebijaksanaan.

Mungkin disebabkan kemunculan ahli parlimen PAS yang sebahagian besar berpengalaman di DUN dan Parlimen, menyebabkan wakil rakyat Rembau, Khairy Jamaluddin enggan memberi ruang kepada pembangkang mengajukan soalan ketika sesi perbahasan.

Wakil rakyat Gombak, Azmin Ali merupakan antara wakil rakyat yang aktif dalam tempoh sidang penggal pertama. Ketua Whip daripada KeADILan itu merupakan bekas orang `kuat' Umno dan mengeluarkan diri daripada kepompong kerakusan dan kezaliman di era reformasi.

Beliau turut mempunyai pengalaman di DUN Selangor tahun 1999.

Peminat politik tanah air sudah pastinya ternanti-nanti kemunculan ahli Parlimen Lembah Pantai (KeADILAN), Nurul Izzah untuk bersuara dalam sidang sesi kedua nanti.

Beliau merupakan generasi muda yang menjadi pilihan rakyat masih belum dapat membuktikan kepekaan dan kesungguhannya membawa masalah rakyat ke sidang dewan.

Khairy juga masih belum nampak `taringnya', setakat berbahas dengan membaca teks tanpa membenarkan laluan untuk soalan tambahan, pemandu lori pun boleh melakukannya kalau sekadar itulah lagaknya, kata seorang pemerhati.

Ahli parlimen perlu sedar sidang Dewan Rakyat bukan tempat untuk mengampu pak-pak menteri dan memaki hamun.

Sebaliknya sidang dewan wajar dijadikan wadah bermuhasabah membetulkan kesilapan serta kelemahan bukan saja terhadap pimpinan BN tetapi semua ahli yang sudah berikrar menjadi wakil rakyat.

Realiti, rakyat masih belum boleh membuat keputusan di atas kesungguhan, kehebatan dan kepekaan wakil rakyat masing-masing.

Tempoh sidang selama 18 hari mungkin tidak boleh dijadikan `kayu pengukur` sebenar terhadap kreadibiliti wakil rakyat sama ada yang baru atau lama.

Apa yang lebih penting, wakil rakyat tidak wajar membataskan diri mereka dalam pergaulan. Tanpa rakyat, tanpa orang kampung siapalah anda.

Justeru, panggilan YB (Yang Berhormat) adalah anugerah daripada rakyat. - mj

Read More...

Selamatkan RM 100 juta wang rakyat Terengganu!

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor
Monday, 02 June 2008

The image “http://buletinonline.net/images/pas/lrayapantaitimur.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Berbilion ringgit wang milik rakyat dan kerajaan Terengganu dari hasil royalti petroleum telah dibelanjakan ‘dalam gelap’ oleh pentadbiran bekas Menteri Besar Idris Jusoh

Kini, Menteri Besar yang baru Ahmad Said berupaya membuktikan kepimpinan beliau yang mengutamakan rakyat dan menyelamatkan RM 100 juta wang tersebut dengan mengambil tindakan pro-aktif dalam menentukan dasar supaya Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) menjadi lebuhraya tidak bertol yang pertama.

LPT2 yang sedang dalam pembinaan dapat menjimatkan kira-kira RM 100 juta wang rakyat dari peruntukan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) sekiranya kerajaan memutuskan lebuhraya tersebut tidak bertol.

Sehingga kini, belum ada apa-apa keputusan kerajaan samada LPT2 sepanjang 186 kilometer yang berharga RM 3.7 bilion itu adalah lebuhraya bertol atau sebaliknya.

Projek LPT2 adalah sambungan dari LPT1, kedua-keduanya fasa ini adalah adalah merangkumi keseluruhan projek pembangunan Lebuhraya Pantai Timur sepanjang 336 kilometer.

Perlaksanaan LPT2 berbeza daripada projek-projek lebuhraya yang telah dilaksanakan sebelum ini kerana 70 peratus daripada nilai kontrak ditender kepada kontraktor bumiputera manakala 30 peratus lagi diberi secara rundingan terus kepada MTD Capital Bhd (Pakej 10).

Tujuh puluh peratus tender LPT2 telah dipecahkan kepada 16 pakej dan tender diberikan kepada syarikat-syarikat seperti dibawah;

Bil

Pakej

Kontraktor

Nilai Kontrak (RM)

1

1A

Essenvest Sdn Bhd

47,517,424.80

2

1B

-

55,000,000.00

3

1C

-

90,000,000.00

4

2

Kobena Bhd

191,063,040.50

5

3

Tidal Marine Sdn Bhd

169,232,896.95

6

4

-

68,500,000.00

7

5A

Ahmad Zaki Sdn Bhd

148,202,638.59

8

5B

Yuta Maju Sdn Bhd

68,223,000.00

9

6

Ahmad Zaki Sdn Bhd

85,591,161.00

10

7

Bukit Timah – TSR JV

144,509,432.95

11

8

Arah Jitu Sdn Bhd

50,823,220.00

12

9A

Arah Murni Sdn Bhd

168,125,886.72

13

9B

Arah Jitu Sdn Bhd

59,215,000.00

14

9C

Ahmad Zaki Sdn Bhd

90,340,347.00

15

11

GPQ Bukit Puteri JV

57,961,710.50

16

12

TSR Bina Sdn Bhd

97,780,000.00


Dengan perlaksanaan pembahagian tender tersebut mengesahkan bahawa pembangunan LPT2 adalah sebuah projek lebuhraya yang dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan dan bukan sebuah lebuhraya konsesi.
The image “http://buletinonline.net/images/pas/lpt2map.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Separuh dari kos pembinaan LPT2 bernilai RM 1.8 bilion adalah dibiayai melalui Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP), manakala bakinya dibiayai oleh Rancangan Malaysia

Sumber dari Pasukan Projek LPT2 mengesahkan perkara tersebut bahawa 50% pembiayaannya adalah dari RMK9 dan 50% adalah dari DKKP, selain Laman Khas LPT2 yang diterbitkan oleh kerajaan Terengganu serta kenyataan Ahmad Said beberapa minggu lalu juga menyatakan demikian.

Oleh kerana LPT2 bukan sebuah lebuhraya konsesi, maka adalah tidak wajar sama sekali ianya dikenakan tol, kerana lebihraya-lebuhraya yang bertol sebelum ini dikenakan tol adalah kerana untuk membayar balik perbelanjaan yang dikeluarkan oleh syarikat konsesi untuk mebangunkan lebuhraya berkenaan.

Maka sekiranya diputuskan oleh kerajaan, LPT2 adalah sebuah lebuh raya tidak bertol, wang rakyat dan kerajaan boleh dijimatkan dengan tidak perlu membina plaza tol.

Pelan LPT2 telah mecadangkan agar didirikan sebanyak 10 plaza tol disepanjang LPT2 yang terletak disemua ‘interchange’.

Lokasi-lokasi yang dicadangkan untuk ‘interchange’ adalah di Kuala Terengganu, Bukit Payung, Ajil, Bukit Besi, Dungun, Paka, Kertih, Kijal, Cukai dan Ceneh.

Kos asal yang dicadangkan untuk membangunnkan 10 plaza tol tersebut adalah dianggarkan sebanyak RM 52 juta.

Oleh kerana berlaku kenaikan harga bagi bahan-bahan binaan terutamanya besi, kos tersebut mungkin menjadi 70 atau 80 juta ringgit.

Itu tidak termasuk system tol yang akan dibangunkan secara berangkaian yang mennyambungkan system tol yang sedia ada dari LPT1.

Keseluruhannya kos dengan yang akan ditanggung dengan adanya ‘tol’ pada LPT2 aadalah dianggarkan RM 100 juta.

Kos yang ditanggung oleh rakyat Terengganu dibawah DKKP ini mungkin boleh diselamatkan sekira secara rasional, oleh kerana LPT2 bukan kebuhraya konsesi, maka tol tidak perlu diwujudkan.

Bacaan berkaitan :

LPT2 Tidak perlu tol

Read More...

Rakyat Perak mahu tahu ke mana RM8 juta itu - Nizar

Harakahdaily

Mon | Jun 02, 08 | 3:50:39 pm MYT

IPOH,2 Jun (Hrkh) - Kerajaan Negeri Perak tidak berhasrat mencari kesalahan apabila membangkitkan isu peruntukan RM8 juta yang dibelanjakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan bekas exco Barisan Nasional (BN) dalam tempoh dua bulan sebelum pilihan raya umum Mac lalu, kata Menteri Besar Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata perkara yang menjadi persoalan sekarang ialah mengenai perincian projek-projek kecil dan kosnya untuk mendapat justifikasi perbelanjaan berkenaan. Katanya kerajaan negeri bukannya ingin menyalahkan kepemimpinan sebelum ini atau menghadapkan mereka ke mahkamah, tetapi hanya ingin tahu perincian dalam perbelanjaan itu.

"Dalam dua bulan setengah, apa jenis perbelanjaan mereka, jelaskan. Kita bukan nak kata mereka salah. Cuma senaraikan perbelanjaan dan masyarakat akan lihat perbelanjaan RM8 juta dalam dua setengah bulan, kita bukan nak dakwa," katanya dipetik Bernama selepas merasmikan Persidangan Geosains Kebangsaan di sini hari ini.

"Rakyat Perak berhak tahu kerana wang RM8 juta itu duit rakyat. Apa yang mereka belanja, Untuk apa? Kalau buat jambatan kecil, menurap jalan atau membaiki bangunan, kita tak persoal. Itu hak rakyat. Memang sewajarnya dibelanjakan," tambahnya.

Beliau berkata jika Adun dan exco BN menjelaskan perbelanjaan berkenaan, maka rakyat sendiri boleh menilai sama ada nilai projek berkenaan setimpal dengan jumlah yang diperuntukkan.

Menteri Besar juga berkata walaupun dana RM8 juta itu habis dibelanjakan oleh Adun dan bekas exco terdahulu, kerajaan negeri masih mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi melaksanakan projek pembangunan di Perak.

Jumaat lalu, Kerajaan negeri Perak meminta kerajaan BN yang memerintah negeri sebelum ini supaya menjelaskan kepada rakyat mengenai dana pembangunan RM8 juta yang dibelanjakan dalam masa dua bulan sebelum pilihan raya umum.

Exco Kanan Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air serta Hal-ehwal Bukan Islam, Dato' Ngeh Koo Ham, berkata kerajaan negeri sangat terkejut dengan cara peruntukan RM75,000 untuk setiap Adun dan tambahan RM100,000 untuk exco itu dihabiskan kerana dana berkenaan bagi projek kecil.

Ekoran kenyataan itu, bekas anggota Exco kerajaan negeri sebelum ini, Dato' Ramly Zahari berkata, peruntukan RM8 juta yang dibelanjakan itu adalah dana kerajaan Persekutuan yang diluluskan pada Oktober 2007 dan ia dibelanjakan dengan sah kerana peruntukan kerajaan pusat dibenarkan dibawa ke tahun berikutnya untuk dimanfaatkan bagi menyiapkan projek-projek kecil. - mks.

Read More...

Harga minyak naik mulai Ogos: Shahrir

Mstar Online

02-06-2008 07:36:52 PM

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini membayangkan harga minyak petrol dan diesel akan naik mulai Ogos depan.

"Ia akan berlaku... harga petrol akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula," katanya.

Kenaikan harga minyak itu selari dengan penstrukturan mekanisme baru skim subsidi minyak yang dinikmati rakyat kini.

"Sudahpun ada beberapa cadangan dan mekanismenya sudah disampaikan kepada Kementerian Kewangan dan ia akan diputuskan secara terbaik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Beliau berkata walaupun harga minyak naik, subsidi minyak masih akan dinikmati rakyat berasaskan keperluan bukannya penggunaan.

"Kalau hari ini kita lihat subsidi yang kita terima tu, dia berasaskan kepada jumlah yang kita pakai. Kalau kita guna 200 liter sebulan pun kita akan dapat subsidi bagi setiap liter yang kita beli, kalau kita guna hanya 100 liter pun kita akan dapat subsidi, jadi bermakna tak ada sekatan kepada subsidi yang kita peroleh kerana ia berasaskan kepada kegunaan kita.

"Itu bermakna ia satu sistem subsidi yang tak terjurus kepada masalah. Sepatutnya subsidi itu kepada kumpulan yang memerlukan pertolongan dan memerlukan subsidi, bukan hanya diberikan ikut kemampuan kita menggunakannya (bahan yang bersubsidi)," katanya.

Shahrir berkata penstrukturan itu juga adalah antara pendekatan kerajaan dalam menangani peningkatan beban tanggungan subsidi berikutan kenaikan mendadak harga minyak dunia sehingga mencecah lebih AS$130 setong ketika ini.

Beliau berkata jumlah subsidi yang dijangka ditanggung kerajaan untuk petrol, diesel dan LPG tahun ini ialah RM56 bilion dan ia berbeza dari tahun 2000 hingga 2007 iaitu RM37.4 bilion.

Shahrir berkata larangan penjualan petrol dan diesel oleh stesen minyak beroperasi dalam lingkungan 50km dari sempadan kepada kenderaan asing, adalah hanya langkah sementara.

Katanya larangan itu mungkin sehingga sistem pengurusan subsidi bahan api yang sesuai diputuskan oleh Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi pada Ogos ini.

"Ini adalah tindakan sementara dan ia bukan satu tindakan yang berpanjangan kerana akhirnya kerajaan akan uruskan soal subsidi petrol dan diesel.

"Sekatan ini perlu untuk halang kenderaan masuk hanya untuk ambil minyak seterusnya membuat rakyat sedar memang besar subsidi yang diberikan kepada petrol dan diesel. Apabila sistem pengurusan subsidi dapat kita putuskan, sekatan tak akan timbul lagi," katanya.

Beliau berkata larangan penjualan itu sudah berkuatkuasa di sempadan Malaysia dan Thailand hari ini manakala bagi sempadan Singapura, ia akan berkuatkuasa pada 9 Jun ini.

"Larangan penjualan minyak itu tidak membabitkan mereka yang menunggang motosikal kerana kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap golongan yang berpendapatan rendah dan membuat keputusan untuk mengecualikan mereka," katanya.

Shahrir berkata beliau tidak melihat larangan itu akan menjejaskan ekonomi negara walaupun terdapat rungutan daripada pengusaha stesen minyak terbabit.

"Saya dapati daripada laporan yang diterima memanglah perniagaan di sebelah sempadan itu dari segi pelanggan kereta kenderaan Thailand bisnesnya di stesen minyak itu telah berkurang sikit, dah tak berpusu-pusu macam dulu.

"Jika ekonomi negara bergerak hanya kerana penjualan barangan subsidi, maknanya kita tak mantap. Saya tak lihat bahawa ia boleh menimbulkan masalah dari segi ekonomi," katanya.

BERNAMA

Read More...

5 negeri berhenti beli, iklan di Utusan

Malaysiakini

Jun 2, 08 9:34pm

Lima negeri Pakatan Rakyat mengambil keputusan menghentikan pembelian dan iklan dalam dua akhbar kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd dalam rangka memulaukan akhbar tersebut.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat gabungan tiga parti pembangkang itu baru-baru ini, kata penasihat PKR dalam blognya.

Mesyuarat Isnin minggu lalu turut dihadiri presiden parti itu Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan dua naib presiden Mohamad Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah bagi pihak PKR.

DAP diwakili oleh pengerusinya Karpal Singh, tokoh utama Lim Kit Siang dan penasihat seumur hidup Dr Chen Man Hin, manakala PAS disertai oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Minggu lalu di lobi Parlimen, Pakatan menggesa pembaca dan pengiklan supaya memboikot Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwanya terus-menerus menyiarkan laporan yang cuba merosakkan gabungan tersebut.

Gesaan itu terkandung dalam satu kenyataan yang ditandatangani bersama oleh Wan Azizah, timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

parliament 270508 paktan boycott utusan pc wan azizahKetika membaca kenyataan tersebut, Wan Azizah mendakwa, dua akhbar itu masih menggunakan cara tidak adil untuk mengkritik dan merosakkan Pakatan dan pemimpin-pemimpin utamanya, seolah-olah kempen pilihanraya masih berjalan.

Kenyataan itu juga mendakwa, Utusan cuba mengapi-apikan sentiman perkauman sempit, terutama membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap Pakatan dan pemimpin-pemimpin utamanya.

Selain memboikot Utusan, kata Anwar kelmarin, Pakatan juga mengambil keputusan:

bullet buttonMembentuk urusetia bersama membincang semua isu berkaitan dan diketuai bersama Dr Syed Husin, Tan Kok Wai (DAP) dan Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS). Mereka ditugaskan menyiapkan draf kerangka dasar bersama Pakatan.

bullet buttonMelantik jawatankuasa penyelaras Parlimen antara Azmin, Dr Tan Seng Giaw (DAP) dan Salahuddin Ayub (PAS) bersama beberapa lagi ahli parlimen untuk memastikan wujudnya kerjasama erat dalam semua tindakan di Parlimen.

Negeri-negeri Pakatan Rakyat - gabungan yang diumumkan selepas kemenangan besar pembangkang dalam pilihanraya umum 8 Mac - Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan.

Read More...

Sabah kekal dalam BN - Karpal

Utusan Online

KUALA LUMPUR 1 Jun - Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah akan kekal dalam parti itu walaupun mereka terus-terusan 'diumpan' oleh pembangkang untuk melompat parti.

Menurut beliau, cita-cita Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'menawan' Sabah menjelang 16 September ini sekadar angan-angan.

Katanya, BN sedang giat menangani isu lompat parti sehingga ke peringkat akar umbi.

''Setakat ini, saya lihat Anwar sangat yakin. Adakah anda percaya cita-citanya akan tercapai?

''Secara ikhlas, saya tidak percaya ia akan berlaku. Sekarang BN memberikan mereka (ahli Parlimen) apa-apa yang diminta,'' jelasnya.

Karpal berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Tiada Niat Untuk Membunuh di sini hari ini.

Buku itu ditulis oleh peguam T. Vijayandran yang didorong pengalaman beliau membela seorang pembantu rumah warga asing yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana didakwa membunuh majikannya.

Karpal berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berkunjung ke Sabah dan memberikan 'manisan' kepada ahli-ahli politik negeri itu.

Katanya, manisan yang dimaksudkan itu ialah 13 inisiatif sebagai 'hadiah' daripada Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Sabah berikutan sumbangan besar negeri itu kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Antara inisiatif itu termasuk memansuhkan serta-merta Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah selain pelantikan anak Sabah menjawat jawatan penting di universiti dan dalam kerajaan.

''Buat pertama kali di Parlimen, Speaker datang dari Sabah. Kedua-dua timbalan speaker juga datang dari Sabah dan Sarawak,'' katanya.

Dalam pada itu Karpal menegaskan, secara peribadi beliau tidak menerima dan menyetujui amalan lompat parti.

Jelasnya, tindakan lompat parti adalah perbuatan mengkhianati parti sendiri.

''Mereka yang mengkhianati rakyat sepatutnya tidak diberikan sebarang status,'' katanya.

Read More...

Pakatan Rakyat mahukan soalan daripada anda untuk dibawa ke Parlimen

Suara Keadilan

AHLI-ahli Parlimen Pakatan Rakyat mahukan soalan daripada anda untuk dikemukakan di sidang parlimen kedua yang akan berlangsung daripada 23 Jun hingga 15 Julai.

Soalan-soalan yang boleh diutarakan perlulah berkaitan isu seperti masalah, aduan, cadangan atau apa-apa berkaitan dengan kawasan Parlimen anda.

Demokrasi pembabitan anda semua, menerusi soalan yang diutarakan membantu ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat untuk rakyat dan negara.

Oleh itu, kirimkan soalan-soalan anda kepada parlimenpakatanrakyat@gmail.com

Sila sertakan sekali dalam kiriman emel anda:

- nama penuh (nama samaran boleh diterima dengan syarat disertakan nama penuh)
- alamat dan no telefon
- Ahli parlimen di kawasan anda

Read More...

Hanya RM9 juta bayar elaun imam dan bilal tapi RM 20 juta setahun untuk Monsoon Cup

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin Online
Monday, 02 June 2008

The image “http://buletinonline.net/images/pas/mnorhamzah.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Kerajaan Terengganu tidak perlu berbangga dengan memperuntukkan RM9 juta setahun untuk membayar elaun kira-kira 2,200 imam dan bilal yang bertugas di masjid mukim di seluruh negeri.

Dengan kewangan yang banyak hasil sumbangan kerajaan pusat melalui Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) sepatutnya Imam dan Bilal yang berkhidmat sepenuh masa dengan cemerlang di berikan insentif lebih dari hanya RM650 untuk Imam dan bilal menerima RM450 sebulan.

"Kenapa tidak ! Sedangkan kerajaan Terengganu membelanjakan RM 20 juta setahun untuk menganjurkan Monsoon Cup,
”sekiranya atas pertimbangan kerajaan Monsoon Cup membawa pulangan kepada negeri, apakah sumbangan Imam Bilal tidak membawa manfaat?,” kata Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payung ketika diminta mengulas kenyataan seorang pegawai pejabat ugama berkenaan perkara diatas.

Menurut Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, sepatutnya pegawai-pegawai pejabat agama berusaha mendapat bajet yang lebih dari kerajaan negeri bagi meningkatkan usaha dakwah dan tarbiah.

”Usaha pejabat agama hendaklah menjangkau kepada sasaran orang-orang muda yang paling teruk menerima kesan pengaruh negatif dari pembangunan pesat sekarang,

“namun apa yang dilihat sekarang, kegiatan kegiatan dakwah dan majlis ilmu hanya berlegar disekitar masjid dan surau sahaja,” tambah Ustaz Mohd Nor.

Beliau berkata demikian merujuk kepada masalah sosial yang melanda remaja dan muda mudi Terengganu yang semakin teruk sekarang ini.

Sehubungan dengan itu, beliau juga menggesa supaya pejabat agama dan kerajaan negeri menyegerakan pengambilan penguatkuasa syariah serta imam dan bilal bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan tersebut.

”Mengapa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu boleh menambah penguatkuasa dengan segera setelah diistiharkan Kuala Terengganu sebagai bandaraya ?,

“sedangkan bagi menambah penguatkuasa syariah, terlalu lama masa yang perlu diambil !,” ujar beliau.

Read More...

Umno umpama pertubuhan elit, wujud sekat-menyekat untuk jadi ahli

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Bernama
Isnin, 02 Jun 2008

KL: Ketika kalangan Umno membincangkan permohonan beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai parti itu, ada pula yang mengeluh mengenai kesukaran orang biasa menganggotainya.

Mereka mendakwa, Umno seolah-olah pertubuhan elit yang membenarkan hanya segolongan tertentu menyertainya, manakala permohonan yang lain mengambil masa berbulan kalau tidak bertahun untuk diterima.

Anggota Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir berkata perkara itu berlaku berikutan wujud anasir 'sekat-menyekat' di kalangan pemimpin bawahan yang bimbang kedudukan mereka akan tergugat dengan penyertaan orang baru itu.

"Pada dasarnya untuk menggangotai Umno seseorang hanya perlu mengisi borang, membayar yuran keanggotaan sebanyak RM1 dan mendapat sokongan daripada pemimpin cawangan", kata Mukriz
"Banyak kes macam ini berlaku. Jangan anggap isi borang, bayar yuran keanggotaan RM1, terus boleh jadi anggota Umno. Permohonan saya sendiri menerusi Bahagian Jitra (Kedah) pada tahun 2000 ambil masa enam bulan untuk diterima," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau mendakwa biasanya masalah berlaku apabila pemohon adalah golongan muda yang agak berjaya sama ada daripada segi perniagaan mahupun pendidikan.

"Baru-baru ini semasa saya ke Melaka, ada yang datang memberitahu saya dia baru diterima jadi anggota sebelum pilihan raya umum baru-baru ini walaupun mohon dah enam tahun lalu," kata anggota Parlimen Jerlun itu.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata pada dasarnya untuk menggangotai Umno seseorang hanya perlu mengisi borang, membayar yuran keanggotaan sebanyak RM1 dan mendapat sokongan daripada pemimpin cawangan.

"Sepatutnya tidak ada unsur birokrasi kerana Umno adalah parti yang terbuka untuk semua orang Melayu dan isu sukar masuk parti tidak sepatutnya timbul," kata beliau.

Malah kata beliau, ada juga yang menyertai parti pembangkang kerana kecewa tidak dapat menyertai Umno yang disifatkan mereka sebagai 'elitis'.

"Setahu saya untuk sertai parti pembangkang agak mudah, ada yang buat menerusi online. Tak banyak kerenah. Umno pun patut mudah," katanya.

Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee turut mengakui ada mendengar rungutan serupa.

"Saya ada dengar borang permohonan baru terperap dekat cawangan-cawangan tertentu. Tak tahulah kenapa," katanya.

Beliau yang tidak menolak kemungkinan ada pemimpin bimbang kedudukan mereka tergugat dengan kemasukan anggota baru itu berkata perkara itu patut dipantau oleh pucuk pimpinan parti kerana ia menyekat kemasukan anggota baru khususnya golongan muda.

"Apa nak takut. Pada saya kalau pemimpin jalankan tugas dia, tanggungjawab dia dengan ikhlas, dia tak ada sebab nak rasa bimbang kalau ada orang nak sertai Umno," katanya.

Bagaimanapun katanya, jika ada bekas anggota parti pembangkang, khususnya yang pernah menyertai Umno sebelum ini dan berhasrat untuk kembali ke pangkuan Umno, mereka harus melalui satu proses berbeza.

"Mereka ini patut dipanggil temuduga oleh Jawatankuasa Pengurusan parti, tanya, soal selidik tujuan mereka sebelum diterima semula ke dalam Umno. Kita tak nak mereka ini nanti jadi duri dalam daging," katanya.

Umno kini mempunyai keanggotaan lebih tiga juta orang, menjadikannya ia parti politik orang Melayu terbesar di Malaysia.
Beliau merujuk kepada tindakan bekas Ketua Angkatan Muda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor dan bekas ketua Bahagian PKR Permatang Pauh Anuar Shaari yang meninggalkan Umno sebelum menyertai parti pembangkang itu, dan kini berhasrat untuk kembali kepada Umno.

Syed Ali berkata jika kedua-dua bekas pemimpin PKR itu diterima dengan mudah oleh pucuk pimpinan Umno, akan timbul rasa tidak puas hati di kalangan anggota yang setia kepada parti sekalipun pernah dikenakan tindakan disiplin.

Bagaimanapun keadaan itu dipercayai berlaku hanya di sesetengah negeri sahaja, sedangkan di Johor, keanggotaan Umno seolah-olah secara 'automatik'.

"Di Johor, kalau ibu bapa anggota Umno, anak-anak pasti jadi anggota. Tak boleh tidak, melainkan kalau seluruh keluarga langsung tak terlibat," kata seorang anggota Umno dari negeri itu yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Beliau berkata penyertaannya dalam Umno juga dilakukan oleh ibu bapanya yang mendaftarkan keanggotaannya sebaik sahaja beliau layak.

"Di Johor menjadi anggota Umno seolah-olah dah jadi budaya. Pelik kalau tak jadi anggota," kata pemuda yang berusia lingkungan 30an ini.

Umno kini mempunyai keanggotaan lebih tiga juta orang, menjadikannya ia parti politik orang Melayu terbesar di Malaysia.

Read More...

Ezam pernah kata 'tunjukkan saya orang yang masuk Umno itu ikhlas'

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob

Mon | Jun 02, 08 | 1:57:17 pm MYT

Sekitar era reformasi pada tahun 1998-2000, Ezam Mohd Noor ketika itu seorang penceramah yang amat dikenali dengan kelantangannya menghentam kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno.

Ezam juga antara tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang dizalimi kerajaan Umno/BN ketika itu kerana kelantangannya mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.

Dalam satu ceramahnya di Ibu Negara ketika itu (tahun 1998), Ezam antara lain pernah berkata bahawa "kepala otak dia, tunjukkan saya mana satu pemimpin yang menyertai Umno kerana ikhlas".

Ezam juga pernah berkata, sekuat mana tekanan, sekuat mana tawaran ke atasnya diberikan, beliau tidak akan berganjak dari perjuangan kerana ia adalah janji beliau kepada diri beliau.

Beliau juga dengan bersemangat menyatakan bahawa "lawan tetap lawan" dan rela dipenjarakan sekali lagi demi memperjuangkan hak rakyat.

Beliau juga pernah memperlekeh kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan laporan rasuah setebal 632 muka surat yang diserah kepada Presiden Umno itu tidak disiasat dengan baik.

Ezam juga pernah berkata bahawa beliau tidak akan menyerahkan dokumen setebal 632 muka surat tanpa sebarang bukti, tetapi selepas menyerahkannya dengan bukti, orang yang dituduh terlepas begitu sahaja.

Tetapi kini Ezam kembali kepada Umno dengan tidak menyatakan syarat malah mengakui ikhlas membantu Presiden Umno untuk memperjuangkan Umno.

Ezam juga sebaliknya menyatakan bahawa ingin membantu Perdana Menteri yang juga Presiden Umno meneruskan dasar-dasar kerajaan yang dilihat berada pada landasan yang betul untuk 'reform'.

Walaupun rakyat, dan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyedari dan mengakui kepimpinan Abdullah terlalu lemah selain berlaku banyak penyelewengan, Ezam tetapi kembali ke pangkuan parti yang dipimpin Perdana Menteri kepada 'Kerajaan Tiga Beranak'.

Sejauh mana Ezam ikhlas, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, tepuklah dada tanya iman.

Read More...

Dr Asri tuduh Faisal 'berbohong'

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Jun 2, 08 2:19pm

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan satu karya penulis terkenal Faisal Tehrani sebagai sebuah "pembohongan" dan mendorongnya membantah penerbitan tersebut di sebuah akhbar tabloid.

"Kita boleh terima kepelbagaian, kita boleh terima pelbagai tafsiran, tetapi bukan pembohongan.

"Kita boleh terima karya seni. Saya rasa (saya) yang paling terima karya seni berbanding orang agama yang lain.

"Tetapi, macam mana pun kita tak boleh terima pembohongan," kata Dr Mohd Asri kepada Malaysiakini minggu lalu, ketika ditanya sebab beliau menulis surat membantah karya itu kepada Harian Metro.

Dalam suratnya bertarikh 6 Februari lalu, berdasarkan satu daripada siri novel Ketupat Cinta, beliau menyifatkan Faisal menggunakan "hadis palsu untuk mengagungkan Syiah" dan menggunakan "pegangan dan fahaman Syiah mengenai sambutan Asyura."

surat bantahan faisal tehrani harian metro 050208Aduannya itu berdasarkan siri keempat berjudul 'Bubur Ratapan Asyura' yang diterbitkan pada 5 Februari lalu di tabloid tersebut.

Dr Mohd Asri bagaimanapun tidak menjelaskan bahagian-bahagian dalam karya sastera itu yang dianggap mengagung-agungkan fahaman tersebut.

Menurut surat tersebut, mufti itu menyatakan sasterawan popular itu "seorang yang berfahaman Syiah dan beliau menggunakan saluran penulisan sebagai wadah penyebaran fahaman yang dipegangnya."

Salinan surat kepada ketua pengarang akhbar itu dikirimkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Selain karya tersebut, mufti Perlis mendakwa Faisal juga menyebarkan fahaman Syiah melalui blognya.

Surat itu, yang dimuatkan di laman web Dr Mohd Asri buat seketika pada 1 Mei, diterbitkan kembali oleh Faisal dalam blognya pada pada hari yang sama, termasuk teks penuh karya yang dibantah mufti itu.

Menjawab dalam blognya, Faisal menafikan dakwaan mufti itu.

Pemenang anugerah ‘Sastera Perdana’ itu berkata "sumber hadis yang dipetik adalah dari kitab-kitab Ahlus Sunnah Wal Jamaah."

"Saya tidak mengerti niat surat (mufti) ini. Melainkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah juga telah dianggap sesat lantas kita umat Islam hanya dibenarkan merujuk Ibnu Taimiyyah, Albani atau Ben Baz. Tentu keterbukaan merujuk sumber diizinkan dalam Islam, apatah lagi dunia akademik," katanya.

Mengulas lanjut reaksi penulis sastera tersebut, Dr Mohd Asri berkata jawapan itu hanyalah dakwaan dan sering dilakukan oleh kelompok Syiah untuk mempertahankan diri.

"Lama dah orang Syiah guna hujah ini, sejak kita belum lahir lagi. Dah seribu tahun lebih dah (guna hujah ini). Dia kata pakai sumber Sunnah (Ahli Sunnah wal Jamaah), tetapi bila kita semak balik, macam lain, ditafsir macam lain," katanya.

Dr Mohd Asri menjelaskan, suratnya kepada akhbar itu sebagai susulan aduan individu berkaitan penyiaran 'Bubur Ratapan Asyura' kepadanya.

"Saya terima aduan daripada banyak pihak. Ada yang bertulis, ada yang lisan," katanya (foto bawah, kiri).

asri zainul abidin and faisal tehraniDitanya kenapa beliau hanya membuat bantahan khusus siri itu sedangkan banyak lagi karya sastera Faisal, Dr Mohd Asri menjawab:

"Ada orang bawa surat khabar itu (Harian Metro), tunjuk pada saya. Sebab itu saya rujuk pada tulisan itu."

Diminta menjelaskan secara terperinci bahagian yang didakwa mempunyai unsur Syiah dan pengagungan terhadap perayaan Syiah, beliau berkata beliau tidak dapat melakukannya kerana tabloid itu tidak ada di tangannya sewaktu dihubungi Khamis lepas.

Ditanya maklum balas daripada akhbar tersebut, Jakim dan KDN terhadap surat rasminya itu setelah hampir tiga bulan dihantar, beliau berkata:

"Saya tak perasan. Banyak sangat surat masuk. Nak kena tengok dulu," katanya, yang juga bekas pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM).

Ditanya tindakan selanjutnya yang bakal diambil terhadap siri novel itu kerana ia masih terus diterbitkan, beliau enggan mengulas.

Dr Mohd Asri, walaupun menolak kandungan siri 'Bubur Ratapan Asyura', tetap mengakui bahawa karya sastera penulis itu berkualiti.

Diminta reaksinya terhadap tindakan mufti ini, Faisal enggan mengulas lanjut tentang hal ini.

"Peguam nasihatkan usah layan. Jika berlaku sekali lagi hal ini, saya tak akan teragak-agak heret dia ke mahkamah. Saya tak pasti apa lagi yang dia (Dr Mohd Asri) mahu dengan ini," kata Faisal kepada Malaysiakini melalui e-mel pertengahan Mei lalu.

Faisal, atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa, memulakan siri novelnya Ketupat Cinta di akhbar itu pada 15 Januari lalu. Novel itu disiarkan secara mingguan setiap Selasa.

Usaha mendapatkan ulasan akhbar itu, setakat ini, belum berjaya.

Siri ke-21 Ketupat Cinta akan menemui pembaca esok.

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |