+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, June 2, 2008

Usaha singkir pengaruh Dr M

Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Jun 1, 08 8:11am

Pemuda Umno bahagian Jerlun tidak puas hati sekiranya exco pergerakan Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir dikenakan tindakan displin kerana kelantangannya mengkritik kepimpinan Umno secara terbuka.

"Bila bersuara kena mengadap lembaga displin. Di mana ketelusan dalam Umno," katanya Setiausahanya, Amran Ali ketika dihubungi Malaysiakini.

Amran berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Panel Rayuan Lembaga Displin Umno, Tan Sri Zuki Kamaluddin bahawa pemimpin Umno yang dihadapkan ke lembaga displin dan jika didapati bersalah, menghadapi risiko, termasuk terlepas peluang bertanding dalam pemilihan parti Disember ini.

Akhbar Utusan Malaysia memetik Zuki sebagai berkata, sekiranya digantung keahlian kira-kira satu tahun atau dua tahun, maka hilanglah hak untuk bertanding.

Menurut laporan akhbar itu, seorang menteri dan dua orang ahli parlimen akan dihadapkan ke Lembaga Displin Umno.

mukhriz mahathir and umnoSelain Mukhriz, yang lainnya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Mengulas lanjut mengenainya, Amran berkata, jika setiap komplen dikena tindakan displin, ia menunjukkan seolah-olah tidak ada demokrasi dalam Umno.

Sebaliknya, kata beliau, Zaid harus menghormati Mukhriz dan Tajuddin kerana mereka dipilih oleh rakyat.

Pilihan rakyat

"(Datuk) Zaid duduk atas ikhsan perdana menteri, jangan pertikaikan kedudukan Datuk Mukhriz dan Datuk Tajuddin yang dipilih oleh rakyat," katanya

Menurutnya lagi, banyak perbezaan antara ahli Umno yang dipilih oleh rakyat dan ahli Umno yang dipilih oleh perdana menteri.

Amran berkata, jika lembaga disiplin menggantung Mukhriz, usaha anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merebut jawatan ketua pemuda akan gagal.

Beliau berpendapat sekiranya terjadi pergantungan maka ia adalah strategi untuk menyekat Mukhriz daripada bertanding.

Sementara itu, Amran juga menafikan tuduhan bahawa Mukhriz tidak menggunakan saluran yang betul untuk menegur kepimpinan Abdullah.

"Dia (Mukhriz) guna saluran betul, tetapi tidak ada tindakan susulan. Kritikan dia berpunca daripada surat beliau yang tak diendah, menyebabkan dia mengkritik secara terbuka," katanya.

Bagaimanapun, Amran berkata, lembaga displin Umno mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Mukhriz dengan syarat mengambil pandangan daripada akar umbi.

Tindakan pada Mokhzani

Sekalipun Mukriz digantung, kata Amran, rakyat masih lagi yakin bahawa ahli Parlimen Jerlun itu dapat menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Amran juga tidak menolak kemungkinan terdapat ada usaha untuk menyingkirkan pengaruh Dr Mahathir dalam kerajaan.

mahathir in heart institute ijn 091106 mokhzaniIni kerana, selain Mukhriz, adiknya Datuk Mokhzani turut diminta melepaskan jawatan sebagai pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

"Saya difahamkan jawatan sekarang (Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang) dilantik oleh Kementerian Kewangan dan Khazanah," jelasnya.

Oleh itu, katanya, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob tidak ada kena mengena dalam soal ini.

Mokhzani dilantik sebagai pengerusi SIC bagi menggantikan Tan Sri Basir Ismail pada tahun 2003.

Semalam, Ismail meminta Mokhzani melepaskan jawatan pengerusi SIC ekoran daripada pengumuman keluar dari Umno pada 21 Mei lau.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |