KLpos |
Oleh Bernama | |
Isnin, 02 Jun 2008 | |
KL: Ketika kalangan Umno membincangkan permohonan beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai parti itu, ada pula yang mengeluh mengenai kesukaran orang biasa menganggotainya. Mereka mendakwa, Umno seolah-olah pertubuhan elit yang membenarkan hanya segolongan tertentu menyertainya, manakala permohonan yang lain mengambil masa berbulan kalau tidak bertahun untuk diterima. Anggota Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir berkata perkara itu berlaku berikutan wujud anasir 'sekat-menyekat' di kalangan pemimpin bawahan yang bimbang kedudukan mereka akan tergugat dengan penyertaan orang baru itu.
"Pada dasarnya untuk menggangotai Umno seseorang hanya perlu mengisi borang, membayar yuran keanggotaan sebanyak RM1 dan mendapat sokongan daripada pemimpin cawangan", kata Mukriz Beliau mendakwa biasanya masalah berlaku apabila pemohon adalah golongan muda yang agak berjaya sama ada daripada segi perniagaan mahupun pendidikan. "Baru-baru ini semasa saya ke Melaka, ada yang datang memberitahu saya dia baru diterima jadi anggota sebelum pilihan raya umum baru-baru ini walaupun mohon dah enam tahun lalu," kata anggota Parlimen Jerlun itu. Mengulas lanjut, Mukhriz berkata pada dasarnya untuk menggangotai Umno seseorang hanya perlu mengisi borang, membayar yuran keanggotaan sebanyak RM1 dan mendapat sokongan daripada pemimpin cawangan. "Sepatutnya tidak ada unsur birokrasi kerana Umno adalah parti yang terbuka untuk semua orang Melayu dan isu sukar masuk parti tidak sepatutnya timbul," kata beliau. Malah kata beliau, ada juga yang menyertai parti pembangkang kerana kecewa tidak dapat menyertai Umno yang disifatkan mereka sebagai 'elitis'. "Setahu saya untuk sertai parti pembangkang agak mudah, ada yang buat menerusi online. Tak banyak kerenah. Umno pun patut mudah," katanya. Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee turut mengakui ada mendengar rungutan serupa. "Saya ada dengar borang permohonan baru terperap dekat cawangan-cawangan tertentu. Tak tahulah kenapa," katanya. Beliau yang tidak menolak kemungkinan ada pemimpin bimbang kedudukan mereka tergugat dengan kemasukan anggota baru itu berkata perkara itu patut dipantau oleh pucuk pimpinan parti kerana ia menyekat kemasukan anggota baru khususnya golongan muda. "Apa nak takut. Pada saya kalau pemimpin jalankan tugas dia, tanggungjawab dia dengan ikhlas, dia tak ada sebab nak rasa bimbang kalau ada orang nak sertai Umno," katanya. Bagaimanapun katanya, jika ada bekas anggota parti pembangkang, khususnya yang pernah menyertai Umno sebelum ini dan berhasrat untuk kembali ke pangkuan Umno, mereka harus melalui satu proses berbeza. "Mereka ini patut dipanggil temuduga oleh Jawatankuasa Pengurusan parti, tanya, soal selidik tujuan mereka sebelum diterima semula ke dalam Umno. Kita tak nak mereka ini nanti jadi duri dalam daging," katanya.
Umno kini mempunyai keanggotaan lebih tiga juta orang, menjadikannya ia parti politik orang Melayu terbesar di Malaysia. Syed Ali berkata jika kedua-dua bekas pemimpin PKR itu diterima dengan mudah oleh pucuk pimpinan Umno, akan timbul rasa tidak puas hati di kalangan anggota yang setia kepada parti sekalipun pernah dikenakan tindakan disiplin. Bagaimanapun keadaan itu dipercayai berlaku hanya di sesetengah negeri sahaja, sedangkan di Johor, keanggotaan Umno seolah-olah secara 'automatik'. "Di Johor, kalau ibu bapa anggota Umno, anak-anak pasti jadi anggota. Tak boleh tidak, melainkan kalau seluruh keluarga langsung tak terlibat," kata seorang anggota Umno dari negeri itu yang tidak mahu identitinya didedahkan. Beliau berkata penyertaannya dalam Umno juga dilakukan oleh ibu bapanya yang mendaftarkan keanggotaannya sebaik sahaja beliau layak. "Di Johor menjadi anggota Umno seolah-olah dah jadi budaya. Pelik kalau tak jadi anggota," kata pemuda yang berusia lingkungan 30an ini. Umno kini mempunyai keanggotaan lebih tiga juta orang, menjadikannya ia parti politik orang Melayu terbesar di Malaysia. |
0 comments:
Post a Comment