Buletin Online |
Ditulis oleh AnakRedang | |
Sunday, 01 June 2008 | |
Ucapan Mad Said dalam majlis perasmian SUKMA semalam dengan meminta maaf kepada semua delegasi dan peserta SUKMA yang datang dari negeri-negeri lain dengan sebuah pantun;
Semua Kontinjen sampailah sudah, Segala kekurangan harapa dimaafkan. Oleh kerana ‘bermulut lembik’ Mad Said menuturkan pantun dengan bunyi cakap orang Terengganu, dimana huruf ‘m’ pada kebiasaan orang Terengganu akan dibunyi dengan bunyi ‘n’. Dan pantun yang di jual oleh Mad Said adalah untuk mengambil hati para pegawai, peserta dan delegasi yang mula merasai kesan pelbagai masalah yang telah dihadapi dan akan dihadapi sepanjang sembilan hari berkampung di Terengganu Darul Iman. Itulah kelebihan Mad Said berbanding Deris Jusoh. Walaupun Deris Jusoh lebih pandai membuat lawak bodoh dan berucap dengan ‘style’ orang darat Besut, Deris tak tahu bermulut lembik. Mad Said pula walaupun bermulut lembik, tapi tak pandai nak berjenaka. Walau bagaimanapun, pantun penutup Mad Said yang berbunyi; Daun Selasih Ikan Puyu, Terima kasih Thank You. disambut dengan ketawa dan sorakan oleh para hadirin di Stadium Sultan Zainal Abidin. Namun tidak dapat dipastikan samada hadirin ‘suka’ kerana lucu ataupun juga mengiktiraf satu ‘lawak bodoh’ dari Mad Said. Sebelum berucap di majlis perasmian semalam, Mad Said pandai bermulut lembik dengan berkata ‘semua anggota Umno di Terengganu supaya bersabar menunggu keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pengganti Datuk Seri Idris Jusoh yang telah melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu’. Setakat ini tak ada orang yang tidak sabar-sabar, dan tidak ada kedengaran berita orang marah-marah dan nak turun kejalanraya kerana Pak Lah tidak melantik Mad Said. Jadi ‘mulut lembik’ Mad Said memang licik, kerana dia menggunakan teori-teori politik yang dipelajari di Universiti dulu untuk mempengaruhi massa. Cara dia mengatur cakap, nada yang digunakan untuk melobi Pak Lah cukup pandai dengan kata-katanya yang dipetik akhbar-akhbar perdana sebagai ‘keputusan pelantikan pengerusi yang baru adalah terletak di tangan Abdullah yang juga Presiden Umno’. Mad Said berkata lagi dengan lembik mulut, mempengaruhi massa dengan menggunakan perkataan ‘kita’ dan seolah-olah tidak mahu tergesa-gesa menggesa Pak Lah untuk melantik dirinya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu yang baru. "Kita tunggu Perdana Menteri datang ke Terengganu 9 Jun ini untuk merasmikan majlis penutup Sukan Malaysia (Sukma)," kata Mad Said kepada pemberita selepas majlis perasmian Perkampungan Sukma XII Terengganu 2008 di Universiti Darul Iman, kelmarin. -- Sumber berita BERNAMA |
0 comments:
Post a Comment